Está en la página 1de 9

Teks Khutbah Jumaat

Indahnya Berjemaah

INDAHNYA BERJEMAAH
24 Julai 2015M/ 8 Syawal 1436H

.





.


Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah,


Perbuatan maksiat melahirkan maksiat yang lain. Kali pertama melakukannya
hati pasti tidak berasa aman, namun setelah beberapa kali dilakukan, maksiat mula
menjadi biasa sahaja. Semakin maksiat dipandang kecil oleh kita, semakin ia
membesar di sisi Allah SWT. Ianya menjadi titik hitam di dalam diri kita yang
menyebabkan hati jauh dari Allah SWT. Walau bagaimanapun kita berasa berat dan
1

Teks Khutbah Jumaat

Indahnya Berjemaah

sering bertangguh untuk bertaubat dan beristighfar di kala mempunyai waktu. Justeru,
rebutlah peluang keemasan pada hari yang mulia ini, dengan meningkatkan ketaqwaan
kita kepada Allah SWT dan memperbanyakkan istighfar kepada-Nya. Mudah-mudahan,
hati ini kembali bersih dan bersinar daripada hati berpenyakit yang menjejaskan amalan
harian kita.
Pada hari yang mulia ini, marilah sama-sama kita menghayati khutbah yang bertajuk:
Indahnya Berjemaah.
Tetamu-tetamu Allah yang diberkati,
Setiap kali apabila azan dilaungkan di Masjidil Haram ataupun Masjid Nabawi, penuh
rasa kekaguman kepada umat ini. Jutaan manusia pelbagai Negara dan bangsa, latar
pendidikan dan budaya, dengan pelbagai gaya bergegas menuju ke Masjid untuk
menunaikan solat secara berjemaah. Mereka berdiri membentuk saf solat dengan
penuh disiplin. Tiada beza antara golongan bangsawan dan golongan bawahan,
golongan belia dan golongan yang sudah berumur, dalam mengambil tempat dalam
saf-saf solat. Terzahir kekuatan dan kesatuan umat Islam yang sangat digeruni oleh
musuh. Betapa hebatnya agama ini melalui solat berjemaah yang menghimpunkan dan
mendisiplinkan manusia.
Namun malang sekali di negara kita, keadaan ini sering diambil mudah dan kurang
mendapat sambutan daripada masyarakat. Mengerjakan solat berjemaah di masjid
seminggu sekali pada waktu Jumaat dianggap telah mencukupi oleh sesetengah umat
Islam asalkan tidak meninggalkan rukun Islam yang kedua ini. Malah yang lebih
menyedihkan, ada yang tidak mahu berjemaah disebabkan rasa tidak berpuas hati
dengan orang-orang tertentu di surau atau masjid atas kepentingan peribadi.
Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah,
Solat berjemaah adalah berkaitan dengan sistem hidup bermasyarakat dan membina
kekuatan serta tamadun umat. Ianya melambangkan kemesraan, kerahmatan,
kesatuan serta dapat mendidik manusia untuk berdisiplin di samping menghidupkan
dan mengimarahkan Rumah Allah. Firman Allah SWT yang dibacakan pada permulaan
khutbah tadi yang bermaksud:
2

Teks Khutbah Jumaat

Indahnya Berjemaah

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah


orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang
dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifatsifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang
mendapat petunjuk.
Tidak ada satu bangsa yang boleh mencapai kemajuan jika mereka tidak bersatu dan
bergerak mengikut satu haluan. Alangkah indahnya jika umat Islam memahami,
bahawa solat berjemaah yang dilakukan di surau atau masjid itu bertujuan untuk
merapatkan hubungan kasih sayang dan mengikat hubungan kesatuan, disamping
dapat membentuk aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan yang lain. Kita boleh
bersatu dalam solat harian, solat Jumaat, dan lain-lain solat, tetapi mengapa kita tidak
boleh membawa prinsip kesatuan hati dan iman ini di luar solat? Inilah kekuatan yang
disediakan Islam kepada umatnya yang tidak ada pada yang lain. Berkata Dr. Yusof Al
Qardawi di dalam bukunya Ibadah fil Islam:
Dengan menunaikan solat berjemaah di masjid, menjadikan masjid tempat yang amat
penting dalam Islam dan kehidupan muslim. Masjid Nabi adalah madrasah dakwah,
demikian juga ianya adalah pejabat kerajaan. Masjid juga adalah tempat memberikan
kerja bagi yang menganggur, ilmu kepada yang jahil, pertolongan kepada yang fakir
dan menyebarkan berita-berita yang amat penting untuk masyarakat.
Tetamu-tetamu Allah yang diberkati,
Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang Allah SWT sediakan kepada mereka yang
melakukan solat berjemaah di surau atau masjid. Antaranya sebagaimana hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Saidina Uthman Bin Affan RA berkata,
bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bermaksud: Sesiapa yang berwuduk untuk menunaikan solat, lalu dia berwuduk
dengan sempurna kemudian menuju ke masjid untuk solat fardhu, kemudian dia pun
3

Teks Khutbah Jumaat

Indahnya Berjemaah

solat bersama-sama dengan orang ramai, atau berjemaah atau melakukannya di dalam
masjid, maka Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya.

Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah,


Kita perlu mengembalikan kekuatan yang tinggi nilainya ini di mata masyarakat. Tidak
ada jalan pintas selain dari merealisasikan prinsip-prinsip berjemaah jika ingin
mencapai kejayaan sebagai sebuah masyarakat bertamadun. Justeru, antara usaha
yang patut diberi perhatian untuk menggalakkan solat berjemaah adalah seperti berikut:
Pertama: Memulakan amalan berjemaah daripada rumah
Didikan ini hendaklah bermula dari rumah lagi. Sebagai ketua keluarga perlu
berperanan mendisiplinkan ahli keluarga sendiri dengan solat berjemaah. Ingatilah
peringatan Rasulullah SAW dan ganjaran yang disediakan Allah SWT sebagaimana
hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Abu Hurairah RA berkata,
bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Sekiranya manusia mengetahui apa yang terdapat dalam seruan azan
dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapatinya kecuali dengan cara
undian nescaya mereka akan melakukannya. Jika manusia mengetahui kelebihan pergi
awal untuk menunaikan sembahyang nescaya mereka akan bersegera, dan sekiranya
manusia mengetahui apa yang ada pada sembahyang isyak dan subuh berjemaah
nescaya mereka akan menghadirinya walau dengan merangkak .

Kedua: Menjadikan Surau atau masjid sebagai pusat aktiviti umat Islam
Masjid perlu digerakkan dengan aktiviti bagi membantu membangunkan umat selagi
tidak bercanggah dengan syarak. Justeru, ia perlu dibangunkan sebagai tempat yang
mesra kepada semua lapisan masyarakat. Kempen solat berjemaah, kempen ekonomi

Teks Khutbah Jumaat

Indahnya Berjemaah

muslim, festival dan lain-lain lagi patutnya diperluaskan. Tidak salah juga jika Masjid
turut dijadikan tempat pertandingan sukaneka, futsal dan sukan lain yang sesuai bagi
menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja.

Ketiga: Menyedarkan diri dan masyarakat tentang kehebatan solat berjemaah.


Subhanallah, hebatnya Solat berjemaah kerana di sebaliknya terkandung seribu
hikmah. Bayangkan jika kita bersolat secara berjemaah sesungguhnya kita akan
mendapat pahala seperti membuat haji, kita telah membuat sedekah bagi setiap
langkah ke masjid untuk berjemaah dan kita akan mendapat ganjaran berganda 27
lebih dari solat sendirian.
Sedarlah, apabila umat islam memelihara solat berjemaah, ia mampu menggerunkan
yahudi dan kafir, ia mampu menghidupkan syiar bermasyarakat islam dan pelbagai lagi
perkara yang menjanjikan kebaikan pada diri ika kita solat berjemaah. Sebaliknya jika
kita meninggalkan solat berjemaah, kita telah meninggalkan cara solat Rasulullah SAW
dan kita sendiri telah menghilangkan semangat dalam bermasyarakat.

Tetamu-tetamu Allah yang diberkati,


Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin kembali menyedarkan para Jemaah
sekalian kepada beberapa perkara:
Pertama: Solat berjemaah adalah berkaitan dengan sistem hidup bermasyarakat dan
membina

kekuatan

serta

tamadun

umat.

Ianya

melambangkan

kemesraan,

kerahmatan, kesatuan serta mendidik manusia untuk berdisiplin


Kedua: Pelbagai ganjaran dan kelebihan di dunia dan akhirat yang telah disediakan
oleh Allah SWT kepada mereka yang melakukan solat berjemaah di surau atau masjid.
Ketiga: Pembangunan institusi solat berjemaah ini bermula daripada mendidik rohani
dengan berjemaah, dan mengembalikan peranan surau atau masjid sebagai pusat
umat Islam. Dengan ini, umat Islam akan menjadi umat contoh yang terbaik dan ikutan
umat yang lain.
5

Teks Khutbah Jumaat

Indahnya Berjemaah

Firman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah ayat 143:





Maksudnya: Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat
yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar
Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan
kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya
nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh
(pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi
petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.

Teks Khutbah Jumaat

Indahnya Berjemaah












.






.


.


:
.









.



7

Teks Khutbah Jumaat

Indahnya Berjemaah







.


.



.


.





.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, kami
bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat yang Engkau kurniakan, berilah hidayah
dan petunjuk kepada kami dan pemimpin-pemimpin kami, kukuhkanlah perpaduan
8

Teks Khutbah Jumaat

Indahnya Berjemaah

antara kami, satukanlah hati-hati kami di atas jalan-Mu, permudahkanlah segala urusan
kami, tambahkanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan
akhlak yang mulia, pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai, teguhkanlah iman kami
dalam menempuhi segala mihnah dan ujian-Mu, kekalkanlah keamanan kami dan
kesejahteraan negeri kami Wilayah Persekutuan agar sentiasa aman dan makmur.

.




.


También podría gustarte