Está en la página 1de 39

PENGGUNAAN DWI HEXA G DALAM

MENINGKATKAN PENGUASAAN AMALI MURID


TAHUN 4 TERHADAP HUKUM MAD JAIZ MUNFASIL
DAN MAD WAJIB MUTASIL

NURUL AIN ANISHA BINTI MOHD ALI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR

2015

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan amali murid


terhadap hukum tajwid mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil menggunakan
Dwi Hexa G. Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa kebanyakan murid dapat
menyatakan tanda mad yang terdapat dalam kalimah secara teori semata-mata dan
lemah dari aspek amali. Di dalam pendekatan ini, ciri-ciri mad wajib mutasil dan
mad jaiz munfasil di jelaskan secara terperinci dan diklasifikasikan dalam bentuk
pengayaan dan praktikal secara visual. Peserta kajian terdiri daripada empat orang
murid tahun empat di salah sebuah sekolah di Tangkak, Ledang yang juga
merupakan pelajar dari kelas kedua. Instrumen pengumpulan data yang digunakan
adalah pemerhatian, rekod kemajuan murid dan rakam video. Data yang telah
dikumpul dianalisis secara statistik diskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan
pencapaian positif peserta kajian dalam menentukan hukum mad pada kalimahkalimah yang diberi daripada potongan ayat surah lazim yang dipelajari.

ABSTRACT

KANDUNGAN

ABSTRAK.....................................................................................................................i
ABSTRACT.................................................................................................................ii
KANDUNGAN...........................................................................................................iii
PENGESAHAN PENYELIA.......................................................................................v
HALAMAN PENGAKUAN.......................................................................................vi
DEDIKASI.................................................................................................................vii
PENGHARGAAN.....................................................................................................viii
SENARAI LAMPIRAN..............................................................................................ix
SENARAI JADUAL....................................................................................................x
SENARAI RAJAH......................................................................................................xi
1.0

PENDAHULUAN.............................................................................................1

1.1

LATAR BELAKANG KAJIAN.....................................................................1

1.2

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU....................2

1.3

RUMUSAN...................................................................................................3

2.0

FOKUS KAJIAN /ISU KEPRIHATINAN......................................................4

2.1

TINJAUAN MASALAH................................................................................4

2.2

ANALISIS MASALAH...............................................................................5

2.3

KAJIAN LITERATUR.................................................................................6

2.4

RUMUSAN..................................................................................................10

3.0

OBJEKTIF KAJIAN........................................................................................11

3.1

OBJEKTIF KAJIAN....................................................................................11

3.2

SOALAN KAJIAN......................................................................................11

3.3

RUMUSAN.................................................................................................11

4.0

SUBJEK KAJIAN............................................................................................12

4.1

KUMPULAN SASARAN..........................................................................12

4.2

RUMUSAN..................................................................................................13

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN..............................................................14

5.1

PELAN TINDAKAN...................................................................................14

5.2

PELAKSANAAN PENGUNAAN DWI HEXA G...................................17


3

5.3
6.0

RUMUSAN..................................................................................................19
PENGUMPULAN DATA................................................................................20

6.1 CARA MENGUMPUL DATA..........................................................................20


6.1.1

UJIAN.....................................................................................................20

6.1.2

REKOD KEMAJUAN MURID...............................................................20

6.1.3

PEMERHATIAN MELALUI RAKAMAN VIDEO...............................20

6.2

CARA MENGANALISIS DATA................................................................21

6.2.1

ANALISIS UJIAN..................................................................................21

6.2.2

ANALISIS REKOD KEMAJUAN MURID...........................................21

6.2.3

ANALISIS RAKAMAN VIDEO...........................................................21

6.3

RUMUSAN..................................................................................................22

7.0 DAPATAN KAJIAN.............................................................................................23


7.0

ANALISIS REKOD KEMAJUAN MURID...............................................24

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan


penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini
telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Tandatangan

:...............................................................

Nama Penyelia :...............................................................


Tarikh

:................................

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya


sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

.............................................................

Nama Penulis : .............................................................


Tarikh

.............................................................

DEDIKASI

Syukur Alhamdulillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Terima kasih
diucapkan kepada
Suami tercinta
Muhammad Zakwan bin Abu @ Hussin
Kerana banyak membantu dan memberikan sokongan moral kepada adinda
sepanjang menjalankan kajian tindakan ini tanpa sekelumit keluhan sentiasa
memberikan buah fikiran yang bernas untuk penambahbaikkan.
Khas buat mak dan ayah tercinta
Umi Kalthom binti Mohd dan Mohd Ali bin Mahadi
Yang banyak memberikan kata-kata semangat untuk anakanda bagi menyelesaikan
segala tugasan dengan baik
Buat mak dan abah mertua
Abu @Hussin dan Misrah binti Hj Amin
Yang juga banyak memberikan kata-kata nasihat dan semangat agar saya
menjalankan tugasan dengan baik dan lancar.
Buat pensyarah penyelia saya yang berdedikasi
Ustaz Mohd Anuar bin Hayyan juga pensyarah bimbingan Ustazah Asma Nabihah
Rahman yang banyak member tunjuk ajar tanpa penas dan lelah.
Terima kasih sekali lagi tidak terhingga kerana banyak memberikan teguran, nasihat
serta ilmu yang bernilai dalam menambahbaik kajian saya dengan jayanya. Semoga
kalian semua dalam redha Allah dan dirahmatiNya.

PENGHARGAAN

SENARAI LAMPIRAN

SENARAI JADUAL

10

SENARAI RAJAH

11

1.0

PENDAHULUAN

Kelemahan murid dalam kemahiran membaca al-Quran berkaitan dengan ilmu


pengetahuan hukum tajwid yang perlu diberi perhatian yang serius. Jika masalah ini
tidak

ditangani

segera,

ia

akan

mengganggu

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.Masalah ini juga menyebabkan murid hilang fokus ketika membaca alQuran.Hal ini terjadi kerana, kebanyakan murid keliru dengan hukum-hukum tajwid
yang sedia ada.
Oleh yang demikian,untuk menangani masalah ini pendekatan terbaik ialah
menggunakan bahan yang boleh membantu dan menarik perhatian murid untuk
menguasai hukum-hukum tajwid perlu dipertimbangkan. Dengan itu, penyelidikan
tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan terhadap hukum tajwid yang
lebih berfokus kepada mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil.
Kajian dijalankan berpandukan Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw
(1992). Pengunaan Dwi Hexa G dalam kajian ini bertujuan untuk menyelesaikan
masalah ini. Dwi Hexa G bermaksud dua hexagon bergaya. Dalam pengunaan
bahan ini murid akan didedahkan dengan bagaimana untuk menguasai hukum-hukum
tajwid dan membezakannya. Ianya berfokus menggunakan dan merangsang deria
murid dari VAK (Visual, Auditory, and Kinestetik).
1.1

LATAR BELAKANG KAJIAN


Menurut falsafah Pendidikan Islam, Pendidikan Islam adalah satu

usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam


berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Allah berfirman dalam surah al-Qamar ayat 17 yang bermaksud :
dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi
peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan
dan pelajaran daripadanya?

Dalam Pendidikan Islam juga amat menekankan aspek pembelajaran ilmu AlQuran. Di dalam pembelajaran ilmu tersebut lebih memfokuskan pembacaan yang
bertajwid selain daripada memahami tafsirannya yang mencerita lebih 1001 kisah
istimewa. Ini kerana, dengan membaca 1 huruf ganjarannya adalah 10 pahala. Oleh
yang demikian, pembacaan Al-Quran bertajwid merupakan satu kewajipan yang
amat dituntut.
Sebagai seorang Guru Pendidikan Islam, kita seharusnya berusaha sehabis
baik untuk memastikan murid-murid kita dapat menguasai hukum tajwid dalam
pembacaan Al-Quran dengan baik. Secara umumnya, kita mengetahui bahawa AlQuran adalah satu-satunya warisan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad selain
sunnahnya. Sekiranya Guru Pendidikan Islam sendiri tidak memainkan peranan
sewajarnya dalam menerapkan dan mementingkan tajwid dalam Al-Quran, maka,
anak-anak pada zaman globalisasi ini akan terus hanyut melupakan dan
meninggalkannya.
Guru perlulah menggunakan pelbagai usaha untuk menarik minat muridmurid untuk terus mempelajari dan mengusai kemahiran membaca Al-Quran dengan
baik. Dalam arus pembangunan bidang pendidikan ini juga, tidak mustahil untuk
seorang Guru Pendidikan Islam menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah
pengajaran yang lebih menarik dan maju sebagai tujuan menarik minat murid
seterusnya dapat menguasai ilmu Al-Quran dengan cemerlang.
Dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji kesan penggunaan Dwi Hexa G
dalam meningkatkan penguasaan hukum-hukum tajwid kepada murid-murid.
Diharap usaha yang dicipta ini dapat memberi manfaat dan berkesan kepada
Pendidikan Islam dalam bidang Al-Quran bagi mengetengahkan pemahaman murid
terhadap maksud hukum tajwid yang sering dipandang mudah.

1.2

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Semasa saya menjalani sesi latihan praktikum di salah sebuah sekolah di


daerah Ledang, saya mendapati murid-murid sekolah rendah menghadapi masalah
dalam menentukan hukum-hukum tajwid. Murid-murid juga dikenal pasti kerap kali
2

keliru dengan membezakan hukum tajwid. Saya mengenal pasti perkara ini semasa
saya mengajar murid-murid dalam bidang Al-Quran dengan memfokuskan
penguasaan tajwid.
Melalui pemerhatian saya, murid-murid keliru terhadap hukum tajwid kerana
keliru dengan tanda dan penulisannya. Ini kerana, kebanyakan hukum-hukum tajwid
yang dipelajari mempunyai tanda yang lebih kurang sama. Lebih-lebih lagi pada
hukum mad. Ianya lebih ketara pada mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil.
Selain itu, saya juga memerhati dan mendapati murid-murid tertarik dengan
pembelajaran menggunakan kaedah pergerakan gaya. Di samping mereka
bergembira semasa belajar, mereka dapat memperoleh suatu pembelajaran yang
bermakna bagi mereka. Tambahan lagi, melalui pemerhatian yang telah jalankan,
saya dapati murid-murid lebih bersemangat untuk belajar sekiranya saya
menggunakan kaedah yang merangsang pergerakan mereka. Mereka bersemangat
dalam menjalankan aktiviti apabila diberi ganjaran kupon jika melakukan aktiviti
dengan baik. Melalui aktiviti seperti ini, persaingan sihat antara murid-murid dapat
diwujudkan.
Seorang guru yang baik perlulah sentiasa memperbaiki mutu dan tahap
pengajarannya. Saya juga telah meminta maklum balas daripada murid berkaitan
teknik atau kaedah yang mereka gemari untuk mempelajari matapelajaran
Pendidikan Islam. Rata-rata murid gembira sekiranya guru mereka menggunakan
teknik pergerakan dalam pengajaran. Ini kerana, psikomotor murid-murid dapat
dirangsang sekaligus dapat meningkatkan kecerdasan emosi mereka. Tambahan
pula,tekanan yang diterima oleh murid-murid berkurang kerana mereka dapat
belajar dengan gembira.
1.3

RUMUSAN

Menerusi latar belakang kajian dan refleksi pengajaran dan pembelajaran


yang lalu, dapatlah saya menilai dan menemui permasalahan yang diketengahkan
untuk kajian ini. Oleh yang demikian, saya berperanan besar dalam mencari
penyelsaian masalah serta melakukan inovasi untuk menambahbaik pengajaran dan
pembelajaran.
3

2.0

FOKUS KAJIAN /ISU KEPRIHATINAN

Bahagian ini membincangkan mengenai isu kajian dan kajian


literature yang berkaitan dengan kajian yang telah dilaksanakan.
2.1

TINJAUAN MASALAH

Sepanjang tempoh saya menjalani praktikum di salah sebuah


sekolah di Daerah Ledang, saya telah dapat mengesan masalah
yang agak ketara dalam kalangan murid-murid di sekolah ini.
Masalah tersebut adalah masalah dalam pembelajaran tajwid. Hal
ini

dapat

dikesan

kerana

saya

memfokuskan

tajwid

dalam

pembacaan pengajaran Al-Quran dan latihan. Masalah berkaitan


hukum tajwid ini bukan hanya melibatkan murid-murid yang lemah
dalam pelajaran, bahkan, melibatkan murid-murid yang berprestasi
baik dalam pelajaran. Kebanyakan murid memberikan tindak balas
bahawa mereka keliru dengan hukum tajwid tersebut dan kurang
mengingati perbezaan antaranya.
Menurut Noraini dan Shuki (2009), tahap penerimaan pelajar
terhadap sesuatu perkara yang disampaikan adalah berbeza, di
mana

ada

pelajar

yang

dapat

menerima

maklumat

yang

disampaikan dengan baik manakala segelintir lagi mungkin akan


menghadapi

kesulitan

untuk

memahaminya.

Kenyataan

ini

menyokong pernyataan bahawa murid-murid akan berasa bosan


sekiranya guru hanya menggunakan kaedah yang sama pada
setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian,
setiap guru perlulah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
menambah baik amalan mengajar mengajar pada setiap masa.
Kamarul Azmi et al (2011) menyatakan bahawa alat bantu
mengajar merupakan antara yang kerap digunakan oleh Rasulullah
dalam pengajaran dan pembelajarannya sehinggakan asas-asas ini
menjadi

kepentingan

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

Pendidikan Islam. Maka, penggunaan alat bantu mengajar dan

kaedah yang menarik merupakan suatu faktor penting dalam


menarik minat murid untuk mempelajari sesuatu pelajaran.
Pembacaan bertajwid dalam pengajaran dan pembelajaran
Al-Quran merupakan satu tuntutan yang wajib ditunaikan oleh
guru-guru Pendidikan Islam di negara ini. Oleh yang demikian,
guru-guru juga perlulah memastikan murid-murid dapat menguasai
hukum tajwid ini dengan sebaiknya. Seperti yang dinyatakan
sebelum ini, murid-murid yang bermasalah dalam pembacaan AlQuran bertajwid ini bukanlah murid-murid yang berprestasi rendah.
Mereka mampu mencapai pencapaian yang lebih baik dalam
bidang Al-Quran sekiranya mereka dapat menguasai hukum tajwid
dengan baik. Saya percaya dengan mengintegrasikan kemahiran
merangsang deria kanak-kanak dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan melalui bimbingan secara individu, murid yang
dipilih dalam kajian ini akan dapat meningkatkan potensinya.
2.2 ANALISIS MASALAH
Oleh yang demikian, saya mendapati murid menghadapi
masalah menentukan hukum tajwid bagi sesuatu kalimah. Lebihlebih lagi, mereka menghadapi masalah kekeliruan memahami
perbezaannya pada hukum mad jaiz munfasil dan mad wajib
mutasil yang lebih kurang sama bunyinya dan penulisannya.
Namun, ada perbezaan ciri antara keduanya.

Tahap Kefahaman Murid

Faham
Kurang Faham

Rajah 1: Peratusan Kefahaman Murid Terhadap Dua Hukum Mad


Merujuk Rajah 1 di atas, seramai 44% murid kurang memahami perbezaan antara
dua mad yang menjadi fokus masalah kajian. Mereka juga terdiri daripada kalangan
murid yang rendah pencapaiannya.

2.3
Kajian

KAJIAN LITERATUR

tentang

penguasaan

hukum

tajwid

telah

banyak

diperkatakan. Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan dan


menghuraikan

kajian

yang

telah

dilakukan

oleh

pengkaji,

antaranya, Che Rozali bin Hussain dalam kajiannya yang bertajuk,


Penguasaan Tajwid Hukum Lima di Kalangan Murid Tahun Lima.
Penyelidikan
meneliti,

tentang

memahami

serta

kajian-kajian
menilai

lepas

sejauh

dibuat

untuk

manakah

tahap

pencapaian murid dalam menguasai hukum tajwid dalam bidang


tilawah al-Quran yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran
Pendidikan Islam. Masalah ini bukanlah merupakan satu masalah
baru, ianya telah berakar umbi membelenggu masyarakat dari dulu
dan masih lagi jelekit dalam masyarakat kita hingga ke hari ini.
Masalah ini juga, telah hangat diperkatakan oleh segenap lapisan
masyarakat sama ada orang perseorangan, golongan pendidik, dan
pakar-pakar serta tokoh-tokoh agama juga dari pihak kementerian
sendiri,. Namun hasilnya tidak begitu banyak perubahan yang
berlaku.
Berdasarkan tinjauan lepas, hari ini didapati kebanyakkan
umat Islam di negara kita Malaysia, sama ada golongan dewasa,
remaja dan khususnya murid-murid sekolah masih lagi keciciran
dalam penguasaan ilmu al-Quran dari sudut pembacaan secara
bertajwid. Mengikut fakta daripada Bahagian Hal Ehwal Islam
(BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri (1995), didapati lebih 40%
golongan remaja khususnya pelajar di negara ini, buta Al-Quran
dan jawi. Sebagai muslim, ini adalah merupakan tanggungjawab
kita semua.
Tambahan lagi, pembacaan Al-Quran yang tidak menjaga
makhraj huruf, tajwid dan peraturan-peraturan yang berkaitan
dengan pembacaan ayat-ayat suci al-Quran akan berdosa dan
dimurkai oleh Allah s.w.t. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan
oleh Abdullah Sidek (1980), yang membawa maksud bahawa kita
7

perlu membaca al-Quran dengan betul sebagaimana bacaan


junjung besar kita nabi Muhammad s.a.w. semasa menerima wahyu
pertama melalui malaikat Jibril a.s. di Gua Hira.
Selain daripada itu,menurut Ahmad Mohd Salleh (2008)
pengajian Al-Quran merupakan salah satu dasar pembelajaran bagi
seluruh kurikulum sekolah di semua negara Islam. Ini adalah kerana
al-Quran

merupakan

salah

satu

syiar

agama

Islam

yang

menguatkan lagi aqidah dan meresapkan iman ke dalam jiwa setiap


insan yang mempelajari dan memahaminya.
Merujuk takrif tajwid dari aspek bahasa pula, menurut
Abdullah

al-Qabbani,

1990

ia

bermaksud

memperelok

atau

mencantikkan. Dari segi istilah tajwid ialah merujuk kepada suatu


ilmu untuk melafaz huruf-huruf Al-Quran dengan betul. Hukum
mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah dan beramal
dengannya adalah fardhu ain. Oleh yang demikian, banyak kajiankajian

lebih

memfokuskan

tentang

hukum

tajwid

dan

menghuraikannya lebih terperinci mengapa hukum tajwid ini perlu


dititikberatkan.
Mahmud Lutfi Abdul Hadi dan Sabri Mohamad (2013) dalam
kajian mereka mengenai Peranan Waqf dan Ibtida' dalam Khilaf
Qira'at Mutawatirah menyatakan bahawa ilmu tajwid berperanan
menjaga keelokan bacaan al-Quran supaya menepati bacaan yang
diajar Jibril kepada Rasulullah s.a.w serta memelihara daripada lahn
jail dan khaf, manakala al-waqf dan al-ibtida menjaga maksudnya.
Ini kerana, jika kita salah mengaplikasikan hukum tajwid dan
sesuka hati memberhentikan bacaan tanpa tujuan jatuh hukumnya
berdosa.
Lebih- lebih lagi,menurut Abdul Aziz Abdul Rauf, 2011 waqaf
didefinisikan

sebagai

tempat

berhenti

di

suatu

kata

ketika

membaca al-Quran, baik di akhir ayat mahupun di tengah ayat


yang disertai nafas. Sedangkan berhenti dengan tanpa nafas
disebut

saktah.

Berhenti

ketika

melakukan

memerlukan pengetahuan yang khusus.


8

tilawah

Al-Quran

Menurut kajian yang telah dilaksanakan oleh guru pelatih


Institut Pendidikan Guru kampus Dato Razali Ismail iaitu Nurul
Syahirah (2011) mengatakan dengan menggabungkan multimedia
dalam pembelajaran membantu murid meningkatkan pencapaian
mereka di dalam pelajaran al-Quran. Beliau telah menjalankan
kajian berkaitan Keberkesanan Smart Multimedia membantu murid
mempelajari hukum tajwid terhadap lapan orang murid SK Bukit
Cempaka.
Nurul Mardhiah Abd Wahab (2013) pula, dalam kajian beliau
telah mendapati elemen warna berkesan dalam membantu murid
mengenal pasti hukum mad asli dengan betul di samping menarik
minat murid untuk membaca al-Quran. Terbukti bahawasannya
murid perlu dirangsang dengan baik dan teliti. Ini kerana, perlu kita
ketahui lain murid lain gaya pembelajarannya. Hal ini bertepatan
apabila banyak teori yang wujud menjadi penyelesaian kepada
masalah-masalah

yang

dihadapi

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran.
Muhammad Nazir Mohammed Khalid (2013) telah mencipta
satu buku yang berjudul Teknik Memahami dan Mengingati Cara
Pantas Pintar al-Quran. Kata beliau dewasa ini banyak teknik yang
diperkenalkan untuk menjadikan al-Quran sebagai perkara yang
seronok untuk didalami. Sebagai contoh, buku tajwid menjadi nilai
tambah untuk mempelajari al-Quran dengan lebih sempurna dan
betul.
Selain daripada itu, kita perlu mengetahui bahawa murid
akan dapat menguasai

sesuatu pembelajaran apabila

deria-

derianya dirangsang dengan baik. Menurut psikologi pendidikan


pula, pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan
pemikiran, emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman. Hasil
daripada itu, perubahan tingkah laku dalam diri individu pun
berlaku sama ada ianya membawa kepada positif ataupun negatif.
Berdasarkan Teori Pelaziman Operan E.L Thorndike (18741949), beliau memperkenalkan teori connection. hubungan atau
9

connection antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi


kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkkan atau memuaskan.
Bertepatan sekali kepada seorang guru untuk mengamalkan teori
ini dengan menggunakan deria untuk merangsang murid agar
menunjukkan minat dalam pembelajaran. Ini kerana, murid di
sekolah adalah klien yang masih kecil dan masih di dalam alam
dunianya yang penuh keseronokan dan kegembiraan. Oleh yang
demikian, tidak salah guru memanfaatkannya dan menyelami jiwa
anak-anak dan menyerapkan aktiviti rangsangan deria dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Ustaz Mohd Arif Asaad Johari, pengasas modul OMT
(Oh, Mudahnya Tajwid) mengatakan pembelajaran tajwid dengan
menggunakan simbol lebih berkesan dan mudah. Menurut beliau
sebagai seorang Profesional Learning Facilitator, membimbing
anak-anak dalam mengenali hukum tajwid adalah mudah apabila
menggunakan kaedah merangsang deria visual mereka. Dalam
modulnya, beliau telah menekankan pengenalan hokum tajwid
dalam kalimah menggunakan symbol-simbol khas yang telah sedia
ada di dalam ayat Al-Quran.
Menurut Honey dan Mumford (1992), pembelajaran telah
berlaku apabila
manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru, sama ada dalam
bentuk

pemahaman,

kesedaran,

kemahiran.

Dalam

proses

pembelajaran ini terdapat beberapa kecenderungan yang dimiliki


dan diamalkan oleh individu. Kecenderungan ini termasuklah
kecenderungan untuk memiliki pengalaman semasa mempelajari
sesuatu,

kecenderungan

untuk

mengimbas

kembali,

kecenderungan untuk membuat kesimpulan dan kecenderungan


memastikan implementasi.
Dengan menggunakan teori behavioris, yang juga telah
diperkenalkan oleh B.F Skinner (1957) dipetik dalam buku Mohd.
Sharani Ahmad yang bertajuk Mengurus Kanak-kanak yang Susah
Belajar (2004), teknik peneguhan amat sesuai digunakan. Menurut
10

beliau, peneguhan perlu diberikan kepada kanak-kanak pada


peringkat umur 4-6 tahun supaya mereka boleh mengingat apa
yang

telah

dipelajari

guru.Disamping

itu

mereka

juga,

sepanjang

kanak-kanak

bersama

bukan

sahaja

dengan
diberi

peneguhan di sekolah sahaja, bahkan di rumah juga. Ibu bapa


memainkan peranan dalam memberi pengukuhan dan peneguhan
positif supaya kanak-kanak boleh menguasai suku kata.
Menurut Adli Aziz bin Abdillah (2012) dalam kajiannya yang
bertajuk Mimik mukaku. Murid juga perlu diberi peluang untuk
berfikir dengan cara yang kreatif supaya apa yang mereka pelajari
dapat diadaptasikan dalam kehidupan harian mereka. Jika proses
pengajaran satu hala sahaja, IQ murid tidak akan berkembang dan
mereka juga hanya menerima input daripada guru dan guru tidak
membuat penilaian tahap perkembangan yang telah mereka
peroleh. Oleh itu, pengajaran ini tidak boleh dilaksanakan kepada
kanak-kanak yang lambat menerima pengajaran guru dan mereka
perlu menjalani pembelajaran dan pengajaran dua hala supaya
pemikiran mereka berkembangan dengan baik.
Walau bagaimanapun, dalam hasil kajian beliau berpendapat
bahawa dengan menjalankan pengajaran menyebut suku kata
kepada kanak-kanak dengan menggunakan ekspresi atau mimik
muka berkesan berbanding menggunakan kaedah lisan. Mimik
muka

yang

beliau

gunakan

adalah

dengan

menggunakan

pergerakan mulut. Bagi membolehkan kanak-kanak mengetahui


cara sebutan suku kata, guru menunjukkan bagaimana mereka
boleh mengingat suatu suku kata terbuka tersebut dengan
membuat mimik muka.
Jelas di sini, beliau mengabungjalinkan dan merangsang deria
wajah untuk menyampaikan sesuatu kefahaman kepada murid.
Begitu juga pada hukum tajwid yang menjadi fokus kajian pengkaji
yang memfokuskan gaya sebagai satu penyampaian kefahaman
dan ingatan maksud hukum tajwid kepada murid.

11

Kesimpulannya, kajian tentang hukum tajwid bukanlah asing


lagi namun, ianya perlu ditiitkberatkan dari segi penyampaiannya.
Ini kerana, seringkali masalah berlaku apabila murid keliru dengan
perbezaan maksud hukum itu sendiri. Masalah ini yang selalu
dipandang enteng oleh pihak Guru Pendidikan Islam, namun
demikian, tanpa pengajaran yang terperinci pada awal maka
pemahaman tentang hukum tidak dapat mencapai objektifnya.
Oleh yang demikian, bertepatanlah tajuk kajian pengkaji tentang
penggunaan Dwi Hexa G dalam meningkatkan penguasaan murid
terhadap maksud hukum tajwid. Ianya berfokus penguasaan murid
terhadap hukum mad, ini kerana mempelajari hukum

tajwid

amatlah penting. Tambahan lagi, jika tiada permulaan maka


pertengahan dan pengakhiran pembelajaran tidak akan dapat
mencapai objektifnya dengan baik.

2.4

RUMUSAN

Berdasarkan tinjauan literatur yang lalu, terdapat pelbagai


kajian yang dijalankan mengenai masalah murid memahami hukum
tajwid.

Perlu ditekankan bahawasannya, permasalahan ini akan

menjadi serius jika tidak dibendung. Ini kerana, kanak-kanak akan


hilang minat untuk mengenali Al-Quran dik disebabkan tidak
menguasai tajwid dengan baik. Sebagai guru pendidikan ini,
peranan ini perlu dimainkan untuk memupuk kesedaran kanakkanak

bahawasannya

mewujudkan pelbagai

seronok

mempelajari

Al-Quran

dengan

aplikasi atau bahan yang menarik dan

memudahkan kefahaman mereka sewaktu belajar.

12

3.0

OBJEKTIF KAJIAN
Bahagian ini membincangkan tentang objektif kajian dan persoalan kajian
yang berkaitan. Ianya amat penting bagi menyatakan prosedur atau kaedah
pelaksanaan yang dijalankan.
3.1

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji :
1. Meningkatkan penguasaan amali murid terhadap hukum tajwid
mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil menggunakan Dwi
Hexa G.
2. Meningkatkan kemahiran murid dalam pembacaan Al-Quran
dengan bertajwid agar lebih baik.

3.2

SOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan

untuk

menjawab

persoalan-

persoalan berikut :
i

Adakah penggunaan Dwi Hexa G berkesan dalam


meningkatkan penguasaan amali murid terhadap
hukum tajwid mad jaiz munfasil dan mad wajib

ii

mutasil?
Bagaimana

pelaksanaan

Dwi

Hexa

Berjaya

meningkatkan kemahiran murid dalam pembacaan


Al-Quran bertajwid dengan baik.
3.3

RUMUSAN
Secara keselurahannya, ianya memperjelaskan lagi tentang proses

kajian. Ianya bertumpukan kepada rekabentuk kajian yang dijalankan.


Dengan adanya objektif juga, dapat membantu saya menyediakan insturmen
yang akan digunakan dalam kajian.

13

4.0

SUBJEK KAJIAN
Bahagian ini menbincangkan tentang kumpulan sasaran yang dipilih untuk

menjadi responden dalam kajian. Mereka dipilih berdasarkan ujian diagnostik yang
dilaksanakan pada awal kajian.
4.1

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilaksanakan kepada murid-murid bermasalah


dalam pelajaran tajwid di salah sebuah Sekolah Kebangsaan di
daerah Ledang. Subjek kajian yang dipilih ialah empat orang murid
tahun 4 bermasalah dalam pelajaran al-Quran. Murid-murid ini
dipilih di kalangan murid yang lemah.
Peserta kajian dipilih berdasarkan ujian diagnostik dan
pemerhatian. Empat orang yang berpencapaian rendah dalam ujian
diagnostik dipilih sebagai subjek. Di antara markah murid yang
menjadi subjek kajian adalah yang memperolehi markah dari 20%60%. Subjek kajian yang telah dipilih juga perlulah menyukai
matapelajaran pendidikan Islam dan mempunyai masalah dalam
bidang tajwid.

PERATUS% UJIAN DIAGNOSTIK


120%
100%
80%
PERATUS%
60%
40%
20%
0%
M1

M2

M3

M4

M5

14

M6

M7

M8

M9

Rajah 2: Peratus Ujian Diagnostik Terhadap Satu Kelas Murid


Tahun 4

Merujuk rajah 2 di atas merupakan peratusan ujian diagnostik


yang telah dijalankan terhadap satu kelas murid tahun 4, terdapat
empat orang murid yang mendapat markah terendah dalam ujian
tersebut telah saya pilih sebagai subjek kajian. Ciri keempat-empat
murid tersebut juga berbeza. Dua orang daripadanya aktif dan
banyak

bergerak,

berlainan

dengan

dua

orang

lagi

yang

berkelakuan pasif dan pendiam.

4.2

RUMUSAN
Rumusannya, bahagian ini menjelaskan dengan lebih terperinci tentang

subjek kajian yang diambil sepanjang kajian dijalankan. Laporan mengenai


pemilihan dan faktornya juga jelas dinyatakan. Di bahagian seterusnya pula terdapat
pelan dan rancangan tindakan yang dijalankan untuk kajian ini.

15

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Sebelum melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah

merancang beberapa aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk


mendapatkan data dan seterusnya menganalisis data yang
diperlukan.

5.1

PELAN TINDAKAN

Rajah 3: Proses Penyelidikan Tindakan Model Lewin (1946) dan Laidlaw


(1992)
Kajian ini menggunakan Model Kajian Tindakan Lewin (1946)
dan Laidlaw (1992) yang mana ianya terdiri daripada 5
langkah yang utama. Diantaranya :
1.

Mengenalpasti aspek amalan bagi penambahbaikkan.

16

Sesuatu kajian adalah berasal dari permasalahan


yang

timbul

untuk

penambahbaikkan.

Bagi

membuat
mengenal

pasti

sesuatu
sesuatu

masalah, mulanyasaya mencari isu-isu yang timbul


daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu.
Antara isu nya ialah murid-murid berhadapan dengan
masalah kekeliruan menentukan hukum tajwid. Lebih
ketara ianya terjadi apabila saya mengajar topik hukum
mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil. Kemudian,
Saya membuat tinjauan awal iaitu untuk menghimpun
fakta

berdasarkan

pemerhatian

dalam

proses

pengajaran dan pembelajaran.


2.

Merancang tindakan.
Langkah seterusnya, saya telah merancang tindakan yang
sesuai bagi menyelesaikan masalah tersebut. Objektif utama
perancangan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan amali
murid terhadap hukum tajwid mad jaiz munfasil dan mad wajib
mutasil menggunakan Dwi Hexa G.

3.

Melaksanakan tindakan.
Jadual 5: Langkah-langkah pelaksanaan pengunaan Dwi Hexa G

Minggu
Minggu 1

Langkah

Perkara

Langkah 1

Guru menjalankan ujian pra kepada murid


yang dipilih.

Langkah 2

Guru mengajarkan kepada murid tentang


definisi mad jaiz munfasil dan mad wajib
mutasil berserta contoh.
Murid berperanan untuk bersoal jawab dengan
guru tentang apa yang menjadi kekeliruannya.
17

Langkah 3

Guru mengajarkan kepada murid cara


membuat nota dalam memahami definisi dan
perbezaan kedua hukum mad tersebut.

Langkah 4

Murid menghafaz nota perbezaan kedua


hukum mad yang menjadi kajian utama.
Ujian menulis semula nota dijalankan.

Minggu 2
Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Guru
memperkenalkan
murid
dengan
penggunaan Dwi Hexa G.
Guru memberikan murid merasai dan mencuba
aplikasi bahan Dwi Hexa G dalam
pembelajaran.
Guru membuat penambahan dalam nota murid
dan memberikan isyarat gaya yang bertepatan
menunjukkan tanda hukum mad yang perlu
diingat.
Ujian gaya dijalankan.

Langkah 1

Ujian menggunakan Dwi Hexa di jalankan ke


atas murid dengan soalan yang sama dengan
ujian pra.

Langkah 2

Pemantapan penggunaan Dwi Hexa G


dijalankan kerana masih terdapat murid yang
keliru terhadap dua hukum mad.

Langkah 3

Guru memberikan nota tambahan mengenai


simbol yang berkaitan dengan hukum mad jaiz
munfasil (-ll-) dan mad wajib mutasil (--ll--).

Langkah 4

Murid di minta menghafaz semula definisi dan


mengingati gaya dan pergerakan.

Langkah 1

Guru memberikan peluang kepada murid untuk


menggunakan Dwi Hexa G dalam latihan
pemantapan pemahaman murid.

Minggu 3

Minggu 4
Langkah 2

Langkah 3

Guru menjalankan ujian pasca kepada murid


Murid menerangkan dengan jelas secara
individu daripada hasil pembelajaran baru yang
mudah untuk memahami mad jaiz munfasil
18

dan mad wajib mutasil.


Guru memberi penghargaan kepada setiap
kumpulan.
.

4.

Melihat kesan tindakan


Langkah seterusnya adalah melihat kesan tindakan. Semasa
proses pelaksanaan berlangsung, saya membuat pengawasan terhadap
kajian yang dilakukan melalui ujian, rekod kemajuan dan pemerhatian
video. Pemerhatian yang dilakukan telah direkodkan dalam borang
senarai semak yang bertujuan untuk mengenalpasti minat dan respon
murid terhadap kaedah yang diperkenalkan.

5.

Membuat refleksi terhadap tindakan.


Langkah yang terakhir, bagi peringkat membuat refleksi, saya
membuat analisis terhadap instrumen yang dilaksanakan bagi
mendapatkan hasil dapatan kajian. Saya juga menilai dan mereflek
kembali kekuatan dan kelemahan yang ada pada bahan Dwi Hexa
G. Seterusnya, cadangan penambahbaikan dirancang berdasarkan
maklumbalas yang diperoleh dalam dapatan kajian bagi melihat
sejauh mana objektif yang telah dinyatakan tercapai. Dapatan kajian
yang diperoleh dijadikan sebagai rumusan kajian dan sebagai panduan
bagi kajian masa hadapan.

19

5.2

PELAKSANAAN PENGUNAAN DWI HEXA G


Dwi Hexa G ialah gabungan pengunaan bahan maujud dan teknik

pengayaan. Dwi Hexa berasal daripada perkataan dua hexagon. Ianya


merupakan bahan maujud yang dibina bertujuan menjana psikomotor murid
dalam mengerakkan fizikal dan mental sekaligus bagi mengigat dan
menguasai perbezaan antara dua hukum mad yang menjadi fokus kajian.
Ianya ialah inovasi daripada permainan kanak-kanak di taman permainan
yang mencantumkan antara huruf-huruf berpusing. Tambahan lagi, G pula
disandarkan kepada gaya. Murid-murid akan diajar ketika menggunakan
bahan Dwi Hexa dengan gaya yang menampakkan perbezaan antara kedua
mad. Berikut merupakan aktiviti intervensi yang dilaksanakan berdasarkan
pengunaan Dwi Hexa G:
1. Aktiviti 1 Memperkenalkan kegunaan Dwi Hexa
1) Saya memaparkan kepada murid bahan maujud yang diberi nama Dwi
Hexa. Di badan bahan tersebut mempunyai kad kalimah yang berkaitan
dengan soalan. Murid-murid diajar bagaimana untuk menggunakan Dwi
Hexa dalam menjawab soalan.
2) Saya memberikan murid beberapa ayat Al-Quran dan mengarahkannya
membulatkan hukum mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil . Oleh itu,
peranan Dwi Hexa telah dilaksanakan dengan cara murid memutarkan
bahan tersebut sehingga berbentuk perkataan yang sama di dalam
potongan ayat alquran.
3) Setelah menjumpainya murid akan disoal sama ada kalimah tersebut
berhukum mad jaiz munfasil atau mad wajib mutasil. Dari itu, melihat
sama ada kalimah di Dwi Hexa itu bercantum mahupun tidak. Jika huruf
mad thobii tidak bersebelahan dengan hamzah (tidak bersambung dalam
satu perkataan) maka jawapannya kalimah itu mengandungi mad jaiz
munfasil dan sebaliknya.
2. Aktiviti 2- Memperkenalkan kaedah gaya bagi mengenali perbezaan
hukum mad.

20

1) Saya menunjukkan cara bagi murid mengaplikasikan perbezaan kedua


hukum yang menjadi fokus kajian dengan kaedah tunjuk cara gaya.
2) Apabila selesai murid menggunakan Dwi Hexa, seterusnya murid
mengaplikasikan pengayaan bagi memantapkan ingatan mereka terhadap
perbezaaan kedua mad.
3) Rangsangan visual dan audio juga berperanan di sini kerana murid
mengayakan bagaimana penuilisan kalimah mad jaiz munfasil yang
terdapat dua kalimah dan mad wajib mutasil yang penulisannya dalam 1
kalimah.
4) Antara gaya dan sebutan yang digunakan untuk mengingat ialah:

5.3

Mad Wajib

Mad Jaiz

Mutasil

Munfasil

Arah Tangan

Tangan

Tangan Kiri

Simbol

Kanan
----ll------

-l-----l-

Tangan
Sebutan

Bercantum

Bercerai

RUMUSAN
Bahagian ini telah melaporkan mengenai pelan tindakan dan cara

pelaksanaan bahan kajian. Ianya menunjukkan bagaimana proses pengajaran


dan pembelajaran berlangsung dalam kajian yang berinovasi ini.

21

6.0

PENGUMPULAN DATA

Aktiviti mengumpul data ini merupakan satu langkah yang penting. Ianya bertujuan
untuk mengenal pasti aspek amalan yang perlu ditambah baik dengan lebih teliti. Ini
kerana, tanpa data yang sempurna tidak akan wujud teknik penambahbaikkan
baginya .
6.1

CARA MENGUMPUL DATA


6.1.1

UJIAN
Ujian pra dan pasca diberi kepada murid-murid untuk menilai

peningkatan penguasaan amali murid. Ujian pra diberi sebelum memulakan


sesi ujian rawatan yang menggunakan Dwi Hexa G. Selepas selesai sesi
rawatan, saya memberikan ujian pasca bagi menilai tahap pencapaian /
penguasaaan murid setelah diberi rawatan. Ujian pra dan pasca ini berkaitan
dengan:
1

Mengenalpasti dan menggeluarkan kalimah yang mengandungi hukum

mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil.


Menentukan hukum kalimah yang dikeluarkan daripada potongan ayat
yang diberikan.
Ujian tersebut mengandungi 5 soalan yang terdiri

daripada potongan ayat daripada surah lazim yang dipelajari


dalam matapelajaran Pendidikan Islam KSSR tahun 4
6.1.2

REKOD KEMAJUAN MURID


Dalam kajian ini, rekod kemajuan merupakan salah satu instrumen

yang penting. Rekod kemajuan murid ialah suatu rekod yang mengandungi
catatan perkembangan dan peningkatan murid sepanjang rawatan ini
dijalankan. Melalui rekod ini, saya membuat penilaian kemajuan murid,
seterusnya merumuskan kesan rawatan kepada murid sama ada kesan yang
baik atau sebaliknya.
Selain itu, rekod kemajuan ini memberi peluang kepada saya untuk
memberi perhatian dan tumpuan kepada kemahiran yang belum dikuasai oleh
murid.

22

6.1.3

PEMERHATIAN MELALUI RAKAMAN VIDEO


Dalam kajian ini juga, saya telah merakam rawatan-rawatan yang

telah dijalankan menggunakan rakaman video. Saya merakam setiap sesi


rawatan yang membolehkan saya mengkaji tingkahlaku murid, menganalisis
kekuatan dan kelemahan setiap kali sesi rawatan dijalankan. Selepas itu, saya
dapat membuat penambahbaikan dan melaksanakan penambahbaikan itu pada
sesi rawatan seterusnya sehingga mendapat keputusan ujian murid yang baik.
6.2

CARA MENGANALISIS DATA


Analisis data bermaksud mengolah dapatan kajian supaya menjadi
sesuatu informasi yang mudah difahami dan bermanfaat untuk menjawab
persoalan-persoalan kajian yang telah ditimbulkan. Analisis data perlu dibuat
bagi menjadikan kajian tersebut boleh diceritakan dan difahami. Tujuan
menganalisis maklumat adalah untuk meningkatkan pemahaman dan
menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui. (Poh, 2005).
6.2.1

ANALISIS UJIAN
Dalam kajian ini, pencapaian murid diukur melalui ujian pra yang

dijalankan sebelum rawatan dan ujian pasca yang akan dijalankan selepas
rawatan. Markah ujian pra menunjukkan prestasi murid sebelum rawatan,
manakala markah ujian pasca adalah prestasi murid selepas rawatan
dijalankan. Perbezaan markah dia antara ujian pra dan ujian pasca
membuktikan keberkesanan rawatan yang dijalankan terhadap murid tersebut.
6.2.2

ANALISIS REKOD KEMAJUAN MURID


Rekod kemajuan murid dianalisis berdasarkan catatan yang ditulis

oleh saya berdasarkan perkembangan murid di dalam setiap rawatan. Analisis


dibuat secara kualitatif berdasarkan kemajuan yang telah dicapai oleh seorang
murid bukannya skor markah yang diperolehi. Dalam sesi rawatan, murid
diperkenalkan dengan lebih mendalam tentang perbezaan kedua mad yang
menjadi kajian saya. Murid membuat nota catatan untuk di hafal tanda dan
gayanya. Disamping menentukan kemajuan murid, saya juga dapat
memahami secara mendalam masalah yang dihadapi oleh murid dan
membantunya menyelesaikan masalah tersebut.

23

6.2.3

ANALISIS RAKAMAN VIDEO


Setelah rakaman video setiap sesi dijalankan, saya memainkan semula

rakaman tersebut berulang kali dan menganalisis data yang terdapat dalamnya
melalui proses rawatan.
Terdapat tiga aspek utama yang dititikberatkan ketika menganalisis
iaitu tingkahlaku murid, keberkesanan penggunaan Dwi Hexa G dan
peranan saya ketika sesi rawatan berlangsung. Analisis tingkahlaku murid
boleh memberi gambaran tentang penglibatan mereka sepanjang rawatan,
menganalisis pengunaan Dwi Hexa G dapat menilai keberkesanan teknik itu
dapat meningkatkan kefahaman murid dalam membezakan hukum-hukum
tajwid dan seterusnya menganalisis peranan saya dapat memberikan
maklumat tentang bimbingan yang diberikan oleh saya kepada murid.
6.3.1

RUMUSAN
Bahagian ini telah menjelaskan secara mendalam tentang cara pengumpulan

data yang digunakan. Terdaapat tiga instrument pengumpulan data yang digunakan
antaranya ialah ujian, rekod kemajuan murid dan pemerhatian video. Setiap dapatan
data yang diperolehi melali teknik-teknik ini telah dianalisis dan dilaporkan pada
dapatan kajian.

24

7.0

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan tentang keputusan hasil dapatan sepanjang


kajian dijalankan. Ianya mengandungi profil murid, keputusan pencapaian ujian pra
dan pasca dan kesan pengunaan Dwi Hexa G. Ianya juga bertujuan untuk
menjawab persoalan yang ada dinyatakan dalam objektif kajian.
7.1 Profil Murid
Maklumat mengenai murid telahpun saya kumpul daripada buku maklumat murid
yang terdapat pada pentadbiran sekolah. Selain itu, saya juga dibantu oleh guru untuk
memberi sedikit maklumat latar belakanh murid yang menjadi subjek kajian saya.
Subjek yang dipilih

Keputusan ujian pra:


40%
35%
30%
25%
20%

Column2

15%
10%
5%
0%
M1

M2

M3

Rajah 4: keputusan ujian Pra


Keputusan Ujian Pasca:

25

M4

100%
90%
80%
70%
60%
50%

Column2

40%
30%
20%
10%
0%
M1

7.0

M2

M3

M4

ANALISIS REKOD KEMAJUAN MURID


Dalam sesi tersebut saya mengesan kelemahan dan kekuatan murid.

daripada empat orang yang menjadi subjek kajian saya merupakan insan yang
dominan kepada kinestatik. Mereka lebih mudah mengingat dan memahami
pembelajaran dengan hanya mengerakkan anggota badan dengan gaya. Manakala
sebahagian daripada mereka pula merupakan insan yang dominan audio yang banyak
menggunakan deria mendengar dan perjelasan melalui percakapan dan visual.
Rekod kemajuan ini juga dilihat daripada hasil nota yang dibuat oleh subjek
kajian semasa sesi rawatan. Pada sesi rawatan pertama masih terdapat kesalahan dan
kekeliruan yang dilakukan. Berlainan pula peningkatan bagi sesi rawatan kedua
apabila Dwi Hexa G telah diaplikasikan. Hasilnya menunjukkan peningkatan
kefahaman murid bertambah baik dalam membezakan kedua hukum mad yang
menjadi kajian saya pada kali ini.

26

Gambar : hasil rekod kemajuan murid berbentuk nota.

27

También podría gustarte