Está en la página 1de 13

ALKOHOL

Bahaya Ketagihan
Alkohol

Arak / Minuman Keras


/ Alkohol
Adakah anda tahu apa itu alkohol?

Alkohol sinonim dengan arak atau


minuman keras
selalunya diminum ketika bersosial atau
digunakan untuk
mempertingkatkan "mood"
Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika
selalu
diminum
Minuman beralkohol terdapat dalam
pelbagai bentuk
termasuk bir, wain, brandi dan wiski

Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya


etanol) yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak
sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Biasanya minuman keras
mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si
peminumnya. Contohnya ialah wain, bir, wiski dan lain-lain.
Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab
Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di
kebanyakan negara, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia
memberi amat berbahaya kepada kanak-kanak.
Jenis-jenis arak
Rum
Wine
Scotch
Wiskey
Khamar
Samsu

Adakah anda tahu kesannya terhadap badan?


Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat
Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan
pendengaran seseorang
Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum
berlebihan?
Faktor persekitaran contohnya :
o Mudah didapati
o Tidak mahal
o Pengiklanan yang menarik di media
Faktor Sosial :
o Pengaruh rakan sebaya
o Latarbelakang keluarga
o Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
o Budaya
Faktor Biologi :
o Keturunan
o Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

Apakah kesan-kesan pengambilan alkohol ?


Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek
kehidupan seseorang. Implikasi
sosial termasuk :
Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan
prestasi pelajaran
Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian
akademik
Kelakuan Delinkuen/salah laku
Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat
ketagihan alkohol

Kesan fizikal alkohol adalah:


Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang,
pertuturan yang tidak betul
atau jelas, bingung dan bercelaru).
Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat,
tidak sedar diri, sukar
bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh
menyebabkan kematian).
Gangguan kesihatan termasuk:
Kerosakan otak yang kekal
Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
Kanser usus
Penurunan naluri seks dan mati pucuk
Keguguran spontan
Bayi yang tidak normal
Anaemia (kandungan darah rendah)

Masalah Psikososial juga mungkin timbul.


Antaranya :

Perubahan personaliti
Kemurungan
Bunuh diri
Kelakuan agresif

HARAM

Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?


Anda sepatutnya :
Mengamalkan gaya hidup sihat
Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang
dihadapi
Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol
Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan,
mulakan satu program senaman atau hobi, mengambil bahagian
dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti
PROSTAR dan Rakan Muda
Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun
untuk sekali sahaja
Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan
alkohol seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya.
Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah
termasuk semua yang
tertera di atas

Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung


terhadap kesihatan?
Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :
Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi
mendapat HIV/AIDS).
Menunjukkan perilaku yang ganas.
Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan
jalanraya.
Apakah itu ketagihan alkohol?
Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu
bergantung kepadanya sepanjang
masa.
Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?
Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol
Gagal untuk berhenti dari terus minum
Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)
Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum
Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak
masalah yang diakibatkan
oleh alkohol

Apakah yang boleh anda


lakukan jika anda
mempunyai masalah
alkohol?
Dapatkan pertolongan
secepat mungkin
Berbincang dengan orang
dewasa yang boleh
dipercayai (ibubapa, doktor,
kaunselor sekolah dan
sebagainya) atau seseorang
yang boleh memberi
sokongan

También podría gustarte