Está en la página 1de 6

NAMA

: LO SIEW LING

OPSYEN

: SMPMT1108

KURSUS

: EDU3109 GURU DAN CABARAN SEMASA

PENSYARAH : PUAN ZULELAWATI BINTI HAJI BUJANG

27 JUN 2011

TUGASAN ISL (Minggu ke-1)


Integrasi Nasional Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).
RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang mula diperkenalkan
semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Menteri
Pendidikan pada 1984 (ketika itu Menteri Pelajaran) kini akan digiatkan lagi melibatkan
lebih banyak sekolah di seluruh negara. Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menginstitusikan pelaksanaan RIMUP dalam teras terutama Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006 2010, iaitu Membina Negara Bangsa. Kementerian Pelajaran telah
memutuskan bahawa pada tahun 2007 sejumlah 337 buah sekolah rendah akan
memulakan pelaksanaan program e-Integrasi dan diperluas sepenuhnya menjelang
tahun 2010.
Walaupun kini program RIMUP dijalankan secara berterusan di beberapa buah
sekolah di seluruh negara sehingga kini, pelaksanaannya dijalankan secara tidak serius
dan tidak berstruktur.Ditambah dengan kewujudan beberapa kompleks sekolah
wawasan, RIMUP seolah-olah dilupakan walaupun konsep pelaksanaannya baik dan
murni.Bagaimanapun menurut menurut sumber Kementerian Pendidikan, kini, selain
program integrasi menerusi sekolah wawasan, program RIMUP mula dihidupkan
semula di beberapa buah sekolah di Pulau Pinang. Kata sumber itu lagi, usaha-usaha
serius ke arah menyegar dan menyebarluaskan program RIMUP juga kini sedang giat
dijalankan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab
berhubung kegiatan dan aktiviti-aktiviti sekolah. Khabarnya, Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan akan menghalusi semula buku panduan pelaksanaan RIMUP

yang diterbitkan pada 1986 dan akan disebarkan ke seluruh Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) sebagai panduan pelaksanaan. Buku panduan itu akan diperincikan lagi dengan
memasukkan beberapa elemen baru terutamanya aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan
pelajar secara bersama melalui perkongsian kemudahan melibatkan ketiga-tiga jenis
sekolah.
Selain itu, menurut sumber Kementerian Pendidikan, jika sebelum ini buku
panduan itu ditumpukan kepada pelaksanaan di sekolah rendah iaitu sekolah
kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil, tetapi
konsepnya kini akan diperluaskan di sekolah-sekolah menengah.
Pelaksanaan Program RIMUP di Sekolah Rendah adalah berdasarkan Kelompok
seperti berikut:
A
B
C
D

:
:
:
:

SK, SJK(C) & SJK(T)


SK & SJK(C)
SK & SJK(T)
SJK(C) & SJK(T)

*Sekiranya tidak terdapat sekolah kelompok, sekolah perlu mengadakan RIMUP dalam
konteks sekolahnya sendiri.
Manakala, Pelaksanaan Program RIMUP di Sekolah Menengah adalah
berdasarkan Kelompok seperti berikut:
A
B

:
:

Sekurang-kurangnya 2 SMK
Sekurang-kurangnya 2 SMK,
termasuk SMJK/SMT/SMA/SBA

*Sekiranya tidak terdapat sekolah kelompok, sekolah perlu mengadakan RIMUP dalam
konteks sekolahnya sendiri.
(http://www.johordt.gov.my/ppdjbahru/Unit/hem/muatturun/DASAR%20PELAKSANAAN
%20RIMUP.pdf)

KONSEP

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat


setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta
penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.
MATLAMAT
Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu
pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mapu
menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
OBJEKTIF RANCANGAN
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta


warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam
kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana


muhibah secara sedar dan terancang.

Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.

Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan


kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.

(http://sok2006.tripod.com/rimup.htm)

Apa sebenarnya pengisian RIMUP dan apakah perbezaannya dengan projek


integrasi yang dilakukan menerusi konsep sekolah wawasan?.
Perbezaan paling ketara antara kedua-dua konsep integrasi itu ialah daripada
segi fizikalnya.Sekolah Wawasan seperti mana yang diketahui umum melibatkan
sebuah kompleks yang menghimpunkan ketiga-tiga jenis aliran sekolah rendah di
negara ini iaitu SK, SJKC dan SJKT. Program-program integrasi antara ketiga-tiga

sekolah itu dijalankan di dalam kawasan persekitaran sekolah. Walaupun memakai


nama sekolah yang berlainan dan di bawah pentadbiran tiga guru besar berlainan,
pelajar dan guru sekolah berkongsi kemudahan asas seperti dewan sekolah, padang
permainan dan kantin. Perhimpunan pelajar melibatkan ketiga-tiga jenis sekolah iaitu
SK, SJKC dan SJKT dilakukan setiap hari. RIMUP pula meliputi aktiviti-aktiviti bercorak
integrasi kaum melibatkan tiga sekolah berlainan aliran terutamanya daripada kawasan
yang berhampiran.Projek-projek yang dilaksanakan itu akan melibatkan penggabungan
kegiatan-kegiatan khas, penggunaan bersama kemudahan dan peralatan sekolah serta
perkongsian dan penggembelingan tenaga, pengalaman dan kepakaran yang ada.
Matlamat akhirnya ialah perpaduan kaum antara pelajar daripada ketiga-tiga
aliran persekolahan. Konsep kesefahaman, kerjasama, tolong menolong, muhibah dan
toleransi antara pelajar daripada ketiga-tiga jenis aliran persekolahan ini juga adalah
unsur-unsur yang akan disemai menerusi program RIMUP.
Bagi pelaksanaan program dan aktiviti RIMUP pula, terdapat 6 kumpulan
pendekatan, iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Aktiviti kecemerlangan akademik


Aktiviti kesukanan dan permainan
Aktiviti korikulum
Aktiviti khidmat masyarakat
Aktiviti meningkatkan patriotisme
Aktiviti virtual melalui e-integrasi

Enam modul aktiviti RIMUP di atas telah memberi ruang yang seluas-luasnya
kepada sekolah untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang secara langsung akan
memberi peluang yang lebih kepada murid-murid untuk menyertai aktiviti di luar bilik
darjah. Langkah kementerian menyediakan peruntukan khas RIMUP kepada sekolah
sebenarnya memberi rangsangan kepada sekolah untuk menjayakan RIMUP dengan
lebih baik lagi.
Panduan am untuk pelaksanaan program dan aktiviti RIMUP adalah seperti
berikut:
- Mencapai matlamat perpaduan antara kaum.
- Pemilihan aktiviti tertakluk kepada kemudahan dan kemampuan.

- Undang-undang dan peraturan diterangkan dan diajar terlebih dahulu.


- Aktiviti dipersetujui bersama-sama.
- Cara mendapatkan kewangan mesti mendapat persetujuan Jawatankuasa RIMUP
(peruntukan SMK boleh digunakan).
- Aktiviti sebagai kegiatan tambahan kepada aktiviti yang sedia ada di luar waktu
sekolah.
-

Mesti melibatkan semua kaum, semua jenis sekolah dalam setiap kali aktiviti

diadakan.
- Penglibatan ibu bapa dan masyarakat setempat dalam kegiatan khas.
Antara kegiatan-kegiatan khas yang dicadangkan untuk dilakukan secara
bersama ialah seperti merentas desa, lumba jalan kaki, bola sepak, bola keranjang,
bola baling, sukaneka dan juga kegiatan-kegiatan bercorak khidmat masyarakat seperti
gotong royong membersihkan dan mengindahkan kawasan sekolah. Satu aspek
penting dalam melaksanakan RIMUP ini ialah ia tidak akan melibatkan aspek-aspek
agama, akademik, bahasa pengantar, kurikulum dan pentadbiran ketiga-tiga jenis
sekolah. Dalam erti kata lain, segala program yang dirancang di bawah RIMUP
hendaklah dilaksanakan di luar waktu rasmi sekolah demi menjejaskan keperibadian
serta kedudukan ketiga-tiga jenis sekolah.
Soal integrasi kaum antara pelajar kini menjadi amat penting bagi menjamin
bangsa Malaysia yang bersatu padu dan kesedaran kepada pentingnya perpaduan itu
perlu dipupuk sejak pelajar berada di sekolah lagi. Memandangkan pembinaan sekolah
wawasan memerlukan belanja yang besar, RIMUP perlu dilaksanakan secara lebih
serius, tersusun dan melibatkan lebih banyak sekolah. Malah, kerjasama antara ketigatiga buah sekolah itu seharusnya tidak dihadkan kepada aktiviti-aktiviti bercorak
kokurikulum semata-mata, tetapi juga melibatkan aktiviti akademik. Umpamanya
berkongsi mengadakan kelas-kelas tuisyen ataupun bertukar-tukar kertas soalan
peperiksaan antara ketiga-tiga sekolah. Selain itu, ketiga-tiga sekolah juga boleh
bersatu tenaga untuk mengadakan kem-kem motivasi. Mungkin di sini, Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) daripada ketiga-tiga sekolah boleh bergabung tenaga untuk
merancang program tertentu.
(http://sksr.upsr-5a.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=187)

Natijahnya, RIMUP memang membantu menyemai dan menyemarakkan


perpaduan di kalangan murid sekolah. Sikap hormat menghormati sesama murid akan
terjalin apabila mereka terlibat dalam melaksanakan aktiviti RIMUP sama ada semasa
latihan ataupun semasa aktiviti RIMUP yang sebenar. Ini adalah laluan yang sangat
penting ke arah melahirkan murid yang bukan sahaja berpengetahuan, berkemahiran
tetapi juga mempunyai sahsiah diri yang unggul. Rasa cinta kepada negara dan
warisan budaya bangsa akan dapat dilihat pada murid-murid sekolah apabila mereka
terlibat dalam aktiviti RIMUP ini. Ini amat bertepatan dengan Teras 1 dan 2 dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

También podría gustarte