Está en la página 1de 3

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan telah didirikan pada tahun 1878

apabila Pemekrisa Jentera yang pertama dilantik. Selepas itu, jabatan ini dikenali
sebagai Jabatan Jentera sehingga tahun 1970. Nama jabatan ini kemudian ditukar
kepada Jabatan Kilang dan Jentera (JKJ). Dengan terwartanya Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan pada tahun 1994, jabatan ini sekali lagi mengubah nama
kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). JKKP kini
merupakan agensi kerajaan utama yang berfingsi memastikan keselamatan,
kesihatan dan kesejahteraan pekerja semasa bekerja.
Untuk mencapai matlamat yang dinyatakan di atas, JKKP melaksanakan tiga
aktiviti penting iaitu perumusan piawaian, penguatkuasaan dan penggalakan. JKKP
dari semasa ke semasa akan menggubal peraturan, kod amalan dan garis panduan
yang berkaitan, untuk membimbing para majikan dan pekerja. Bagi memastikan agar
segala perundangan dan kod amalan yang digubal itu dipatuhi, Jabatan ini
menjalankan aktiviti penguatkuasaan dengan berkesan. Untuk tujuan ini, JKKP
mempunyai pejabat cawangan di setiap negeri kecuali negeri Perlis. JKKP juga
menjalankanaktiviti penggalakan dengan memberi ceramah dan menganjurkan
pameran serta kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Tujuannya
ialah meningkatkan kesedaran majikan, pekerja dan masyarakat mengenai
pentingnya KKP dan untuk mewujudkan satu budaya kerja yang selamat dan sihat.

Objektif JKKP
Penubuhan JKKP mempunyai 3 objektif utama iaitu:
1. Menggubal da mengkaji dari masa ke semasa melalui proses tripartisme
dasar, undang-undang, tata-amalan dan garis panduan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan pekerjaan, sebagai asas memastikaan keselamatan
dan kesihatan semasa bekerja.
2. Menjalankan kegiataan penguatkuasaan dan galakan supaya majikan, pereka
bentuk dan pembekal, pengimport dan pekerja sentiasa mengamalkan
budaya kerja yang selamat dan sihat, dan sentiasa mematuhi kehendak
undang-undang, tata-amalan dan garis panduan yang sedia ada.
3. Membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakan, latihan,
penyebaran maklumat dan penyelidikan untuk agensi kerajaan dan bukan
kerajaan IPT, persatuan-persatuan majiakn, pekerja dan professional dalam
usaha untuk meningkatkan lagi taraf keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerja.

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk
menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya
dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.
Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai
matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.
Khususnya, dasar Jabatan ialah:

Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang

selamat dan sihat;


Untuk mempastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan,
latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat

dan tanpa risiko kepada kesihatan;


Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian
berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk mempastikan kejadiankejadian tersebut tidak berulang lagi;

Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan lain-lain keperluan


mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan

tataamalan yang diluluskan;


Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan
Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.
Jabatan ini juga yakin bahawa keselamatan dan kesihatan yang dipertingkatkan

secara berterusan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan


penggunaan cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah mempastikan
kejayaan misi jabatan ini.

Perundangan JKKP

También podría gustarte