Está en la página 1de 5

Adab Pergaulan Lelaki dan Perempuan

Firman Allah SWT bermaksud :


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. (Surah An
Nur : 30)

Firman Allah SWT bermaksud :


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan
mereka. (Surah An Nur : 31)

ULASAN AYAT:
1 - Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan,
namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita.
Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara
wanita dan lelaki ajnabi. Agar tidak berlaku perkara maksiat yang sering terbabas di antara
lelaki dan perempuan samada yang belum berkahwin ataupun sudah berkahwin.
2- Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam
kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktivitiaktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang
tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang kecelakaan dan murka Allah.
Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan :
Ucapan yang makruf (baik) dan sopan. Allah SWT telah menjelaskan di dalam Al Quran
supaya kita mengucapkan kata-kata yang baik, kita ditegah sama sekali mengucapkan katakata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk 'flirting' (menggoda),
gurauan, sendaan yang tidak bermanfaat dan sia-sia.

Menundukkan pandangan. Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah SWT


menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya
dalam suasana takutkan fitnah dan yang berbaur syahwat.

Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari


meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi
salam (solat) beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita
keluar dahulu.

Tidak berkhalwat (berdua-duaan). Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu


Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Janganlah sekali kali seseorang lelaki
bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhrimnya.

Menghindari tempat syubhah. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara yang


meragukan kamu (Riwayat Bukhari)

Adab khas untuk wanita :


Iltizam dengan pakaian Islam. Firman Allah SWT: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri
dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. (Surah Al Ahzab : 59).
Dan firmanNya lagi: Janganlah kamu berhias diri sebagaimana yang dilakukan oleh kaum
jahiliyyah zaman dahulu. (Surah Al Ahzab : 33)

Serius dalam ucapan, tidak mengada-ngada atau bermanja-manja dalam


percakapan. Firman Allah SWT : Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan
memanja-manjakan) percakapan (yang boleh menambat hati semasa bercakap dengan
lelaki asing) sehingga boleh menimbulkan keinginan orang yang berpenyakit dalam
hatinya (yang menyimpan niat buruk terhadap kamu), dan ucapkanlah perkataan yang
baik (sopan). (Surah Al Ahzab : 32)

Menjaga pergerakan tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan


lenggang lenggok yang menggoda. Firman Allah SWT: Janganlah mereka
menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka
sembunyikan. (Surah An Nur : 31)

Justeru itu, pergaulan antara lelaki dan perempuan amatlah dititik beratkan di dalam Islam.
Pastikan kita sentiasa menjaga batasan antara lelaki dan perempuan dimana sahaja kita
berada, terutama di tempat kerja kerana ianya suasana yang sering melibatkan antara lelaki
dan perempuan. Elakkan diri dari mengundang dosa dan fitnah.
-----------------------------------Apakah sebenarnya ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi) itu haram?
Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan
dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan.
Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah
ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan
bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka.
Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni
adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki,
tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialah:
Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan
wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan

lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka
kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.
Apakah bentuk pergaulan yang diharuskan?
Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram,
maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau
keperluan yang mendesak. Sheikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal Fi alAhkam al-Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di
bawah.
1- Harus kerana terpaksa (dharurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan
katanya:
"Berkata ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berduaduaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadankeadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi
bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita
tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya
adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi
melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu
satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.
2- Harus kerana keperluan (hajat)
Ulama' berkata, hajat mengambil peranan dharurah dalam mengharuskan perkara yang haram.
Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan
perempuan.
a) Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar,
memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab
adab pergaulan.
b) Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua
perkara di sisi az-Zahiriah dan Imam at-Tabari. Sudah termaklum kerja seperti ini
mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh,
saksi dan lain-lain.
c) Ikhtilat kerana menjadi saksi
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya.
Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri
kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

d) Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar


Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-Khattab RA
telah melantik al-Syifa menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan
bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
e) Ikhtilat kerana melayan tetamu
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'i seperti
tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu.
Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW
dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk Baginda SAW.
f) Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan
tetamu atau tujuan lain yang syar'i. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin
memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit,
mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda.
Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama,
walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.
g) Ikhtilat dalam kenderaan awam
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan,
walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu
bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang
menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia
mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang
syar'ie.
h) Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan
seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah
syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya: "Kami
bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh
ke Madinah."
i) Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua
rakaat. Setelah selesai solat Baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka
dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.
j) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan
Tersebut dalam kitab Muwatta' persoalan: "Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba
atau lelaki bukan muhramnya?" Berkata Malik: "Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut,

jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut." Kadang-kadang wanita
makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang
berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara. Dalam suasana
yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik,
makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab
Islamiah.

También podría gustarte