Está en la página 1de 4

Soalan 38

Huraikan kepemimpinan dan sumbangan Khalifah Salahuddin al-Ayyubi

Pengenalan

Salahuddin al-Ayyubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota
Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan
Baghdad. Beliau adalah anak kepada seorang gabenor. Ayahnya bernama
Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah seorang anak saudara kepada Sultan Nurudin
Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai
panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam
yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
Salahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi)
pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau
sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau
bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk
mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Beliau juga
akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak
manusia supaya bangkit membela Islam.
Apa yang lebih mengharukan umat Islam pada ketika itu, beliau meninggal dunia
tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya
memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas.Oleh itu, urusan
penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya
diberikan oleh menteri.

Isi-isi Penting:

1. Menentang Tentera Salib


Semasa hayat Salahuddin Al-Ayyubi, beliau telah memberikan sumbangan yang
sangat besar kepada umat Islam pada ketika itu. Ketika berusia 17 tahun,
Salahuddin al-Ayyubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik.Beliau adalah
panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan
sangat popular ketika zaman perang salib.Beliau membabitkan diri dalam
peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi
bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib
di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah
(Januari 1969 Masihi).Selepas Shirkuh meninggal dunia, Salahuddin al-Ayyubi telah
menggantikan tempatnya. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai
panglima angkatan tentera Syria.

2. Membebaskan Kota Baitul Maqdis

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah
mengisytiharkan Salahuddin al-Ayyubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan
dirinya sebagai Sultan Al-Islam Wa Al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina
kota pertahanan di Kaherah. Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang
Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin.Peperangan ini dipimpin
sendiri oleh Salahuddin al-Ayyubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan
kembali Baitulmaqdis.
Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam
dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula
Baitulmaqdis daripada orang Islam.Walaupun perang Salib yang ketiga itu
menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu
menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayyubi.Pihak Kristian mengalami
kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan.Baitulmaqdis yang dikuasai
orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin alAyyubi.Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat
jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun
mengakui mengenai hal itu.

3. Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut Kristian

Lane-Poole, seorang penulis Barat mengesahkan mengenai kebaikan hati


Salahuddin mencegah rakyatnya daripada membalas dendam. Beliau menulis
bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian
menyerah kalah.Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap
jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang
Kristian dianiaya.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian
ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama iaitu pada 1099. Tercatat dalam sejarah

bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem,


jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan
dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat. Darah
membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara
beramai-ramai.Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar
sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan
dengan baik oleh Salahuddin.

4. Memulih dan membangunkan negara

Memberikan tumpuan kepada pemulihan benteng kota Kaherah yang diawasi oleh
arkitek yang bertujuan untuk mengawal negara daripada pencerobohan musuh.
Membangunkan Pulau al-Raudah dan al-Gizah yang menyediakan kemudahan
petempatan dan pasaraya.
Menubuhkan Diwaqn Armada yang bertanggungjawab menyelia urusan
pembinaan kapal-kapal perang dan armada perang yang besar.
Membina hospital Bimaristan al-Atiq dan bangunan gedung ubat-ubatan bagi
membolehkan ubat diagihkan kepada pesakit mengikut gred. Ruangan khas untuk
wanita disediakan dan pesakit mental.

5. Memajukan aspek pendidikan

Membina sekolah-sekolah dan menjemput golongan cerdik pandai dan ulama ke


negaranya
Memperkenalkan pendidikan prasekolah yang dikenali dengan nama sistem alKatib yang menjadi pusat pendidikan kanak-kanak mempelajarai al-Quran,
menghadal hadis dll
Masjdi seperti Masjid Amru al-As, Masjid al-Azhar berperanan sebagai pusat
pembelajaran ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir.

6. Kemajuan dalam bidang ekonomi

Sumber ekonomi negara daripada jizyah, fidyah (tawanan perang) dan kharaj.

Menumpukan kepaeda sektor ekonomi pertanian dengan memberikan tumpuan


kepada penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan dan teknik-teknik
pertanian bagi tujuan meningkatkan produktiviti pengeluaran negara.
Menggalakkan aktiviti perdagangan dan menjadi pusat pertemuan dai timur dan
barat. Membina banyak pasar-pasar di Mesir dan Syria selain membaik pulih serta
meluaskan pasar yang sedia ada.

Penutup:
Apa-apa yang berkaitan.

También podría gustarte