Está en la página 1de 26

Menu Pilihan :

1. Asam Pedas Ikan Pari


2. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
3. Kerabu Mangga Muda
4. Udang Dan Asparagus
5. Mee Ketam
6. Puding Roti
7. Ikan Pindang Serani
8. Bubur Lambuk
9. Puding Karemel Buah Peach
10. Gulai Tempoyak
11. Telur Kukus Air Ala Cina
12. Sayur Kangkong
13. Buncis Dengan Hati
14. Siakap Sos Tiram
15. Udang Masak Lemak Nenas
16. Chicken Chop
17. Tomyam Campur
18. Siakap Steam
19. Ayam Goreng Air Kelapa (Style Indon)
20. Hot Plate Toufu
21. Kari Ikan Masin

22. Nasi Ayam


23. Nasi Dagang
24. Telur Bungkus
25. Peria Dan Ikan
26. Ketam Goreng Taucu
27. Botok-Botok Ikan
28. Ikan Bakar Sumbat
29. Ikan Sumbat Istimewa
30. Ikan Tiga Rasa
31. Ikan Cencaru Goreng Bercili
32. Soto Ayam
33. Mee Bandung
34. Ikan Kerapu Goreng ala Katonis
35. Kurma Kambing/Daging/Ayam

Asam Pedas Ikan Pari


1/2 kg ikan pari (boleh di gantikan dgn ikan lain)
5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan di hiris
2 biji tomato di belah dua
4 biji kacang bendi
asam jawa secukupnya garam dan gula
minyak untuk menumis
Bahan Untuk Di Tumbuk
13 tangkai cili kering - jika suka pedas tambah lagi
9 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas

sedikit belacan - boleh di bakar dulu jika suka


1-3 batang serai di titik
Caranya
1. Ikan di potong dan di bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan daun kesum, bunga kantan, serai, air asam jawa dan air secukupnya.
mendidih.
4. Masukkan ikan dan garam serta sedikit gula secukup ras. Biarkan mendidih.
5. Kemudian masukan tomoto dan kacang bendi.

Biarkan

***Tips****
1. Selain daun kesum atau bunga kantan, letakkan beberapa helai daun kari pun boleh
mewangikan masakan.
2. Menambahkan sesudu kecil halba juga boleh menambah perisa asam pedas anda.
Back to Menu

Ayam Kepak Masak Minyak Bijan


Bahan-Bahan :
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
3 sudu madu
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram
Cara-Cara :
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, madu, sos tiram, sos ikan ( jangan banyak
sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yang dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah
tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.
Kalau nampak tak cukup masak, lamakan sikit. Kalau nak tambah more accessories pun boleh,
cth hirisan bawang besar, daun sup, button mushroom, carrot dll...
Back to Menu

Kerabu Mangga Muda


Bahan-Bahan

10 biji mangga muda - dicincang halus memanjang


2 biji kelapa parut - digoreng dan dikisar kasar
200gm kacang tanah - digoreng & ditumbuk kasar
100gm udang kering - dikisar halus
5 ulas bawang merah - dihiris
50gm cili padi - dihiris halus
Secukup rasa gula, sos ikan & garam.
Cara menyediakannya
Masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan kesemua sehingga sebati.
Back to Menu

Udang Dan Asparagus


Bahan-Bahan:
10 ekor udang besar: dibuang kulit kepala & sesungut saje.
1 ikat sayur asparagus, yang gemuk-gemuk lagi bagus. Di kerat panjang 2 in.
1 tiub tauhu elur (japanese tofu) ada dijual disuper market.
2 ulas bawang putih di cincang halus
Sikit garam & lada sulah
Sedikit minyak untuk menumis dan sedikit minyak bijan.
Caranya:
1. Di dalam minyak yang panas, tumis bawang putih, dah wangi, masukkan udang dan
digoreng sambil alih-alihkan selama 1-2 min saje.
2. Kemudian masuk asparagus, kacau lagi 1 min.
3. Kemudian masukkan atu paket tauhu telur tadi dan dikacau cepat2.
4. Bila udang masak taruk garam dan lada sulah dan m. bijan.
Masakan ini dimasak sekejap saja. Udang tak boleh dimasak lama-lama takut keras dan tak
sedap nanti.
Back to Menu

Mee Ketam
1. Bahan-bahannya
1 kg mee basah
2 ekor ketam - dibuang karapes & dipotong dua sos tomato ] sos cili ] secukup rasa sedikit
kicap ]
1 ketul kiub ikan bilis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

serbuk sup adabi @ sup punjut


sayur-sayuran - sawi, karot, pucuk jagung, tomato buah, tauge, bunga kobis,
& kobis (option) minyak untuk menumis
2 -3 cawan air atau ikut suka, kalau nak kuah banyak tambah le air, kemudian tambah lerr
bahan-bahannya sebiji telur.
2. Kaedahnya
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih & bawang merah yg telah ditumbuk
3. Masukkan air dan ketam kemudian rebus sehingga mendidih
4. Masukkan serbuk sup, sos cili dan sos tomato, kicap, kiub ikan
bilis, garam dan gula secukup rasa, tomato buah
5. Rebus lagi. Rasa kuah kalau dah ok, masukkan telur dan sayur
6. Tauge dan mee dicelur
3. Hidangan
Bubuh mee dalam mangkuk, kemudian letakkan tauge di atasnya kemudian bolehlah
dituangkan kuah panas-panas dan terus dimakan. rasanya macam mee bandung,
tapi kuahnya sedap sebab ada ketam.

Back to Menu

Puding Roti
Bahan-Bahannya:
1/2 buku roti
santan dr 1 biji kelapa
gula dan garam secukup rasa
Cara-Caranya:
1. susunkan roti lapis demi lapis dalam loyang. Selepas tuh curahkan
santan kelapa yang dicampurkan dengan gula dan garam ke atas roti tersebut.
2. lepas tuh kukuslah sampai roti dan santan dah sebati..
OPTION :
1. kalau tak nak lapis-lapiskan pun boleh... kita ramas-ramas sampai sebati dengan gula dan
santan tu, kalau nak bagi lagi sedap, untuk sebuku roti tu, bolehlah tambahkan 3-4 camca
besar margerin.
2. Kemudian, kalau nak bagi menyelerakan dan berkhasiat untuk kanak-kanak (orang dewasa
pun suka jugak), kurangkan gula tapi tambah kismis, sedap youuuuu... tapi nak membakar tu
makan masa sikit....
Kalau nak hasilnya senang dipotong, (keras sikit), tambahkan roti tapi kurangkan santan... tapi
kalau suka yang lembik-lembik (kena makan dengan sudu), lebihkan santan....

Back to Menu

Ikan Pindang Serani


Bahan-Bahan:
1/2 cawan minyak masak
100g asam jawa
500g ikan siakap
2 biji cili merah / hijau dibelah dua
garam
Bahan A
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
1.5cm halia
3cm belacan
Cara:
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A hingga naik bau.
2. Masukan air asam jawa dan biarkan ia mendidih, kemudian masukan ikan,
cili merah dan garam secukupnya.
3. Biarkan sehingga ikan masak
Back to Menu

Bubur Lambuk
Bahan-Bahan
Beras (agak2 jangan terlalu banyak)
Santan [asingkan pati (pekat) & cair]
1/2 sudu teh Halba
Serbuk Lada Hitam
Kentang / karot - didadukan
Udang kering - diblendkan
Halia sebesar ibujari
Bawang Merah
Daun Bawang
Daun Sup
Udang/Ayam/Daging (fresh)
Garam secukup rasa
Cara-Caranya
1. Basuh beras, rebus dengan air biasa dulu bersama Daging hingga separuh kembang dan
daging empuk. (U/P : Daging hendaklah dimasak dahulu kerana liat)
2. Kemudian masukkan ayam, kacau diikuti dengan masukkan halba dan halia yang dihiris.

3. Masukkan santan cair dan rebus lagi.


4. Bila nasi dah agak kembang elok, masukkan garam secukup rasa, udang kering, karot,
kentang, serbuk lada hitam dan udang serta pati santan. Kacau.
5. Sediakan dapur satu lagi. Goreng bawang merah yang dihiris tadi hingga kekuningan.
6. Angkat bersama-sama sedikit minyak (jangan terlalu banyak nanti berminyak sangat) dan
masuk kedalam periok bubur tadi. Masukkan daun bawang /sup yang dihiris. Kacau.
Actually tak banyak beza dengan bubur TANPA SANTAN.
Back to Menu

Puding Karemel Buah Peach


Bahan-Bahan :
5 biji telur
1 tin susu cair
1 tin buah peach (diasingkan airnya)
sedikit air suam
1 cawan gula hangus
Cara Membuatnya:
1. Pukul telur hingga sederhana kembang. Masukkan susu dan pukul lagi.
2. Kemudian masukkan air buah peach tadi.
3. Sementara itu, sediakan air gula hangus dalam mangkuk kaca yang boleh dikukus.
4. Tuang telur yang telah dipukul tadi kedalam air gula hangus.
5. Kukus selama 45 minit. Pertengahan kukus, atur buah peach diatasnyer
dan kukus semula hingga masak.
Kuih gunting
600g tepung gandum
1/2 peket rempah kari daging
serbuk cili secukup rasa
garam secukup rasa
1 genggam udang kering
1 ikat daun bawang
2 sudu majerin
1 biji telur
air secukupnya untuk menguli minyak untuk mengoreng
daun kari (jika suka)
Cara membuatnya:
1. campurkan tepung gandum, serbuk kari, cili dan garam dan gaul rata
2. campurkan majerin dan gaul rata sehingga jadi seperti serbuk roti(bread crumbs)
3. tumbuk halus udang kering, mayang halus daun bawang dan campurkan ke dalam adunan
4. campurkan telur dan air ke dalam adunan dan uli sehingga sebati
5. tebarkan adunan, canai sehingga nipis dan gunting, goreng menggunakan minyak yang
banyak.

Back to Menu

Gulai Tempoyak
Bahan-Bahan :
Ikan (dibersih dan dipotong ketul2)
Tempoyak (ikut cita rasa. . kalau nak kuat rasa dan pekat guna banyak about 5 sudu besar)
Cili basah/api (ikut kepedasan anda.. kalau suka pedas tambah cili)
Timun (separuh) - di buang biji dan dipotong dan dipotong panjang panjang macam buat gulai
acar ikan.
Bawang merah
Garam
Gula
Serai - 2 batang atau mengikut citarasa.
Cara-cara :
1. Tumbuk cil, bawang merah hingga lumat. Kemudia masuk kan serai dan titik bersama-sama
dengan cili dan bawang tadi.
2. Tempoyak di isi di dalam mangkuk yang agak besar dan gaul2 hingga hancur. Tapis agak2
ketulan2 yang tidak pecah dapat di asing.
3. Masukkan ikan kedalam periuk.
4. Masukkan air tempoyak kedalam periuk ( kepada yang sukakan santan )
5. Masukkan bahan yang ditumbuk kedalam periuk.
6. Letak periuk diatas api untuk dimasak.
7. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa. Jika tempoyak agak masak, tambahkan gula
untuk mengurangkan rasa masam.
Back to Menu

Telur Kukus Air Ala Cina


Bahan-Bahannya :
2 biji telur ayam
1 1/2 mangkuk air
Sedikit minyak bijan
3/4 sudu besar minyak masak
Sedikit Garam
Sedikit serbuk lada putih / pepper
Lebih sedikit bawang goreng (preferable buat sendiri)
Lebih sedikit daun bawang dipotong dan dihiris macam biasa
Cara Penyediaan :
Sediakan satu mangkuk kaca yang boleh menampong cecair
1. Pukul telur ayam dalam satu mangkuk kecil sehingga berbuih.
2. Tambahkan air sebanyak 1 1/2 mangkuk bersama telur yang telah
dipukul tadi dan tuangkan ke dalam mangkuk kaca yang telah disediakan diatas tadi.

3. Masukkan lada putih / pepper.


4. Masukkan sedikit garam.
5. Masukkan setitik minyak bijan, kemudian kacau rata-rata.
6. Sebelum kukus, masukkan minyak masak ke dalam, sekarang akan
kelihatan minyak akan menampong di bahagian atas.
* Kekurangan air boleh menyebabkan telur itu kelihatan keras dan berkedut.
** Berlebihan air boleh menyebabkan telur itu tidak enak/tawar serta tidak menyelerakan.
Cara Memasak :
1. Masak air sehingga didih dalam satu periuk / bekas dan masukkan potstand didalamnya
(apabila air telah mendidih, perlahankan api (kawal api) ke peringkat sederhana perlahan). Air
tidak seharusnya lebih tinggi dari potstand tersebut.
2. Kemudian masukkan dan letakkan mangkuk yang siap berisi telur tadi ke atas potstand,
tutup tudung dan kukus.
3. Jaga api, kukus dalam lingkungan 3 - 4 minit sahaja dan buka tudung periuk lihat samada
ianya telah pejal dan sebati. Biasanya bahagian tepi akan mula pejal dan diikuti bahagian
tengah. Tutup periuk semula dan tunggu sampai keseluruhan permukaan telur tadi kelihatan
masak dan licin seperti Tau Fu Far, terus tutup api. Jangan tunggu lama kerana temp. dalam
mangkuk boleh menyebabkan telur itu over cook dan rasa amat tidak sedap nanti.
* Tidak boleh kukus lebih dari 5 minit atau ianya akan jadi berkedut, kering dan hodoh! Paling
lama 5 minit atau sempurna pejal, licin dan cantik, terus angkat dan jangan tunggu lama-lama.
1. Hidangkan, taburkan daun bawang serta bawang goreng ke atas permukaan telur yang telah
masak dikukus.
2. Jika anda gagal memasaknya buat kali pertama, tidak apa dan cuba lagi... sememangnya
resipi ini simple tapi amat menguji kemampuan/kepantasan tukang masak !!!
NOTE :
Anda boleh tambah daging ayam cincang (yang telah diperap dengan sedikit kicap cair) atau
telur kuning masin ke dalamnya sebelum mengkukus, itu biasa dilakukan oleh kaum cina.
Hasilnya seperti puding berisi daging tetapi tidak manis seperti puding! Belum cuba belum
tahu, sekali cuba selalu buat!
Jika dimasak dengan sempurna dan berjaya, resipi ini diberi jaminan keenakannya !
Back to Menu

Sayur Kangkong
Bahan-Bahannya:1 ikat sayur kangkung - diasingkan daun dan batangnya
beberapa ekor udang basah - kalau nak lebih sedap - lebihkan kuantitinya
2 ulas bawang merah
7 biji cili padi - kalau nak lebih pedas, lebihkan cili
segenggam kelapa parut - ambil santannya (anggaran air 1/4 cawan )
garam dan gula secukup rasa, sedikit minyak untuk menumis
Cara-Caranya:1. Tumbuk bawang merah bersama cili padi.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi. Biarkan hingga berwarna

keperangan.
3. Masukkan udang, kacau hingga udang setengah masak. Masukkan garam dan gula secukup
rasa.
4. Batang kangkung yang telah diasingkan tadi dimasukkan dahulu, kacau hingga hampir layu,
kemudian tuangkan santan yang telah diperah tadi. Kacau lagi hingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan daun kangkung dan kacau hingga sebati dan layu kesemuanya.
6. Hidangkan panas-panas, dijamin terbuka selera.InsyaAllah
Back to Menu

Buncis Dengan Hati


Bahan-Bahannya :
600 gm kacang buncis
150 gm hati
1 cawan santan pekat
4 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
Cara-Caranya:
Potong kacang buncis serong-serong sepanjang 2.5 cm. Potong hati sebesar 2 cm. Panaskan
minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang. Kacau hingga
lembut. Masukkan rempah, kacau supaya tidak melekat. Masukkan hati dan goreng selama 10
minit. Masukkan garam. Masukkan kacang dan balik-balikkan. Masukkan santan pekat. Masak
hingga empuk.
Back to Menu

Siakap Sos Tiram


Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap yang sedang
3 ulas bawang merah- dikisar
sudu besar bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1 biji limau nipis
1 sudu kecil lada sula
1 biji telur seri murni
cawan tepung sagu
garam secukup rasa
Daun salad sebagai hiasan
Sosnya:

2 batang lada merah- dikisar halus


sudu kecil bawang putih
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar air limau kasturi
1 sudu besar gula pasir
Cara-caranya:
Ikan siakap dibersihkan, dibelah seperti "fillet". Kemudian isi ikan, dipotong anggaran 1 cm.
Kepala ikan dan tulangnya jangan dibuang, ambil sedikit tepung sagu, gaul kepala dan
tulangnya hingga rata, goreng hingga garing.
Gaulkan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar, sos tiram, air limau nipis, lada sula
dan garam hingga rata, masukkan isi ikan dan kacau hingga rata.
Kemudian isi ikan dcelupkan ke dalam telur yang telah dipukul, masukkan tepung sagu, gaul
hingga rata. Kemudian digoreng hingga garing.
Hiaskan isi ikan di atas tulang ikan tadi, hiaskan dengan daun salad.
Satukan bahan-bahan sos, kacau rata dan masak sebentar. Hidangkan dengan ikan di atas.
Back to Menu

Udang Masak Lemak Nenas


Bahan-bahannya :
10 ekor udang(sedrhana besar)
8 biji cili kering
2 biji cili merah
biji nanas
5 ulas bawang merah
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
inci belacan
2 cawan santan
sedikit kerisik
sedikit gula
Caranya :
Bersihkan udang dan toskan. Taburkan sedikit gula diatasnya. Tumbuk cili kering,cili
hidup,kunyit hidup,serai,belacan dan bawang merah hingga lumat. Masukkan santan ke dalam
kuali & biarkan sehingga mendidih, barulah dimasukkan rempah yang telah ditumbuk tadi,
masukkan sedikit minyak masak dan masukkan udang lalu dibalik-balikkan. Angkat udangnya
terlebih dahulu.Masukkan nanas dan sedikit garam. Bila kuahnya telah sebati masukkan udang
dan kerisik. Angkat dan hidangkan.

Back to Menu

Chicken Chop
Bahan-Bahannya :
4 - 8 keping daging ayam yang telah dibuang tulang & diketuk
cawan jus limau
cawan air bawang putih
1 sk serbuk lada hitam
2 sb kicap pekat
2 biji telur dipukul
1 cawan tepung jagung bubuh sedikit garam untuk perasa minyak untuk menggoreng
hiasan - timun, tomato kentang goreng dan daun salad
1.
2.
3.
4.
5.

Ayam diperap bersama jus limau, air bawang putih, kicap dan serbuk lada hitam.
celupkan didalam tepung jagung & telur yang telah dipukul sedikit.
goreng kepingan ayam didalam minyak yang sederhana panas.
angkat & hias dengan timun, tomato, kentang goreng dan daun salad.
hidang bersama sos chicken chop.

SOS / Gravy
150gm sos cili
1 s.k. gula (optional)
2 cawan stok ayam
1 s.b. brown gravy (boleh dapat di super/mrkt - dalam paket)
3 ulas bawang putih - kisar halus
3 cm halia kisar halus
100 gm sos tomato
sedikit garam
Serbuk lada hitam kasar (ikut suka)
1. Tumis halia bersama bawang putih, masukkan gula, sos tomato, sos cili, garam dan air
rebusan (stok ayam).
2. Angkat dan siram ke atas chicken chop.
Back to Menu

Tomyam Campur
Bahan-BahanNya :
50 gm udang basah - dibuang kulit
50 gm sotong - potong ikut suka
100 gm isi ayam - dipotong dadu
1 biji buah tomato - potong ikut suka
3 batang serai - di titik
4 biji cili padi - di ketuk

1 biji bawang besar - di hiris bulat


2 ulas bawang putih - diketuk
1 - 2 biji limau nipis
2 - 3 helai daun limau purut
1 camb kicap sotong ( kicap cair Thailand)
sedikit bunga kobis dan carrot - potong ikut suka
daun sup & daun bawang
1/2 camb sos tomato siam - optional
garam, gula dan ajinomoto secukupnya.
4-5 cawan air
Cara-Caranya ::
Didihkan lebih kurang 4 cawan air di dalam periuk. Bila air mendidih, masukkan serai, bawang
putih dan daun limau purut. Kemudian masukkan ayam, udang dan sotong. Apabila ia
mendidih, masukkan pula bawang besar, garam, gula, ajinomoto, sayur-sayuran, cili padi, sos
tomato, kicap siam dan buah
tomato. Ingat proses memasaknya mesti cepat. maksud saya api dapur mesti besar untuk
memastikan tomyam anda lebih enak.
Dan akhir sekali, angkat dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang.
* jangan ikut sukatan ni 100 % sebab saya pakai agak je...
Back to Menu

Siakap Steam
Bahan-Bahannya :
1 ekor ikan siakap dibuang sisik dan isi perut.
pepper
0.5" halia dipotong halus
1 biji Bawang besar potong bulat
6 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap cair
Daun bawang dipotong panjang sikit
garam
6 / 7 sudu besar air ( for kuah) unless nak berkuah, bubuh lebih sikit dan kicap lebih sikit
4/5 Asam makan bulat yang dipekat , selalu dijual dekat tempat titsbit.
kalau tak nak pun takapa. Ganti asam jawa sikit aje. Anyway Nanti balik rumah cari nama
packet tu.
Cara-Caranya :
Periuk kukus siapkan masak air. Bubuh ikan yang dilumur garam dan pepper dalam pinggan
besar . Tuang kicap cair dan air. Letak halia atas ikan. Tabur bawang besar. letak asam kelilikng
ikan. Tabur daun bawang. Sementara tu tuang 2/3 sudu minyak dalam kuali dan goreng
bawang putih kemudian tuang bawang putih bersama dengan minyak yang panas tu atas ikan.
Kemudian bubuh dalam periuk kukus & tutup. Kalau air tak masak lagi selalunya saya biar 45

min plus ikan habis masak.so around 30 min if air dah mendidih.
Back to Menu

Ayam Goreng Air Kelapa ( Style Indon )


Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong 8 keping
2 biji limau kasturi
5 ulas bawang merah
1 sudu besar bawang putih
1 sudu teh halia
1 sudu teh kunyit serbuk
2 helai daun kunyit
2 helai daun salam
2 batang serai
4cm lengkuas
1litre air kelapa
100ml air kelapa
70gm tepung beras
sudu teh bicarbonate of soda
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
Bersihkan ayam, campurkan bahan-bahan kisar seperti bawang besar, bawang putih, halia,
kunyit serbuk, serai dan lengkuas,kecuali daun kunyit dan daun salam. Rebus hingga
masak.
Angkat ayamnya, ambil air ayam dalam 100ml dan ambil rempah-rempah yang tertinggal. Air
ayam, tepung beras dan soda kuih dikacau rata ketepikan. Panaskan minyak, goreng ayam
hingga kekuning-kuningan, dan toskan minyaknya.
Satukan adunan tepung beras soda kuih dan air ayam, bubuh sedikit garam, goring adunan
hingga kekuning-kuningan. Hidangkan ayam di pinggan dan taburkan adunan tepung beras
atas ayam
Back to Menu

Hot Plate Toufu


Bahan-bahannya:
2 bungkus silken tofu
8 ekor udang yang sedang
3 ekor sotong
1 sudu besar taucho
2 biji telur
sedikit air

sedikit tepung jagung


1 sudu kecil lada sula
1 sudu besar sos tiram
1 sudu biji bawang besar- dihiris halus
sudu besar bawang putih
1 batang lobak merah
1 tin kecil cendawan
garam secukup rasa
Cara-Caranya :
Tofu dipotong 4, taburkan sedikit tepung jagung hingga rata, panaskan minyak dan goreng tahu
hingga kuning. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar, bawang putih yang telah
dikisar, tumis hingga wangi. Masukkan tachu, tumis lagi. Masukkan sotong yang telah dipotong
dan sedikit air dan masukkan udang, lobak yang telah dihiris dan cendawan, kacau rata.
Masukkan tofu yang telah digoreng, ratakan. Panaskan hot plate, tuang sedikit minyak,
ratakan, pukul 2 biji telur, garam dan lada sula. Kemudian tuang di hot plate hingga rata agak
masak
telurnya, masukkan bahan-bahan di atas dan ratakan. Hidangkan.
Back to Menu

Kari Ikan Masin


Bahan-bahan
300 gm ikan asin - dikerat 3 sm tebal.
400 gm terung bulat (warna ungu).
sudu teh halba
2 tangkai daun kari
1 bungkus rempah kari ikan
2 sudu teh asam jawa, garam & gula secukup rasa
sudu teh jintan putih
sedikit serbuk kunyit
Dikisar hingga halus
30 tangkai lada kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar kelapa parut
Bahan-bahan untuk ditumis
1 tangkai daun kari
1 biji bawang besar
sudu teh biji sawi
2 sudu besar minyak
Cara membuatnya
Campurkan bahan-bahan berikut dalam sebuah periuk: ikan asin, terung, halba, daun kari,
jintan putih, serbuk kunyit, rempah kisar, air asam jawa dan garam. Tutup dan biarkan
mendidih. Setelah airnya mendidih, dikacau dan kecilkan apinya. Direnih sehingga terungnya

empuk, masukkan bahan tumis, ditutup anggaran 1 minit supaya rasa rempahnya menyerap.
Back to Menu

Nasi Ayam
NASI
Bawang kecil 6 biji
Halia seinci
Daun Sup 2 tangkai
Beras 4 pot
Air + kuah sup separas beras
garam secukup rasa
Cara-cara:
1) Bawang kecil dihiris halus, halia dipotong jangan terlalu kecil
2) Basuh beras masukkan garam, air & bahan (1), daun sup dipatah-patah je baru naik bau
dan masak.
*Kalau nak nasi jadi kuning sikit, tumis bahan (1) dengan planta baru masuk dlm beras.
AYAM
Ayam 9 ketul
Halia seinci
Bawang putih 4 biji
Kunyit seinci
kicap manis 3 sudu besar
serai 3-4 batang
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1) Bahan-bahan diblend & diperap (lagi lama perap lagi meresap rempah tu)
2) Goreng ayam
SAMBAL
Cili merah 10 biji
Bawang putih 3 biji
Sos tomato / cuka 1 sudu besar
garam secukup rasa
Cara-cara:
1) Blend cili & bawang putih
2) Masak dalam periuk & tambah sos tomato / cuka & garam
* Ingat! Ada orang tak leh makan cuka...
Back to Menu

Nasi Dagang
Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1 inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
1.. Didihkan air didalam periuk kukusan
2.. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3.. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras
bekas pengukus
4.. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras
masak
5.. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6.. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit),
bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7.. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan
sahaja dan ketepikan. Pijarkan minyak di dalam periuk Tumiskan bawang, bawang putih dan

halia, sehingga naik bau


Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping
untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Bila
mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja
Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya.
Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai
ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
Back to Menu

Telur Bungkus
Bahan-Bahan:
5 biji telur
200 gm daging lembu - dicincang
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang
1 sudu besar rempah ikan
2 sudu besar sup tomato
Sedikit garam
Cara:
Tumis bawang putih, halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang
besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang. Kemudian tambahkan sup tomato,
garam dan perasa. Akhir sekali masukkan sayuran campur. Biarkan sebentar hingga semuanya
masak dan bolehlah diangkat. Pukul telur hingga kembang. Panaskan kuali dan goreng seperti
membuat telur dadar. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya ditengah-tengah dan
lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur
habis.
Back to Menu

Peria Dan Ikan


Ikan tenggiri cili api
kunyit hidup
kelapa - (diasingkan pati santannya)
peria (direndam dengan air garam)
asam keping - agak-agak 2 atau 3 keping
Cara memasaknya:
1. Cili api dan kunyit di tumbuk dan dilumurkan / digaulkan dengan ikan (yang telah
dibersihkan ).
2. Masukan santan dan kacau di atas api . masukan asam keping.
3. Api jgn kuat biar perlahan dahulu, takut nanti pecah minyak. Bila dah menggelegak
masukkan peria yang dah dibersihkan.
4. Jangan lupa masukan pati santan bila peria dah agak agak dah nak masak.
5. Last sekali rasakan asam dan garamnya.
Back to Menu

Ketam Goreng Taucu


Bahan-Bahannya:
Ketam...(ini dah tentulah)
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering yang siap dikisar
Kicap manis Kipas Udang
Oyster Sauce
Tauchu
Sedikit lada hitam yang ditumbuk halus
Tomota Sauce
Sedikit gula, Air, Garam
Cara-Caranya.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering. Biarkan sehingga cili betul-betul garing.
Setelah bahan-bahan di atas garing masukkan Tauchu (lebih kurang 2-3 sudu bergantung
kepada berapa ekor ketam - tidak boleh terlalu banyak juga sebab tauchu ni telah sedianya
masin) , kicap manis kipas udang , oyster sauce , tomato sauce , sedikit lada hitam , gula ,
sedikit air dan garam secukup rasa.
Masukkan ketam dan gaulkan sehingga sebati . Tutupkan kuali semasa menunggu ketam
masak supaya sos kita tidak kering dan hangus.
Cubalah....
P/S Tips : Halia tidak digunakan kerana penggunaannya akan menghilangkan rasa isi ketam.

Back to Menu

Botok-Botok Ikan
Bahan-Bahan
1 ekor ikan tenggiri yang sederhana
2 biji bawang besar
5 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
25 biji lada padi
sedikit belacan
6 biji buah keras
kunyit, halia dan cekur sebesar ibu jari
1 batang serai (dititik)
lengkuas sebesar ibu jari (dititik)
1 sudu makan ketumbar
1/3 sudu makan jintan halus
santan secukupnya dari 3/4 biji kelapa
garam dan perasa secukupnya
Cara-cara
Siang dan bersihkan ikan. Dipotong sederhana.
Kisar semua bahan kecuali serai dan lengkuas.
Panaskan kuali. Setelah minyak panas, masukkan serai dan lengkuas.
Tumis bahan yang dikisar sehingga garing.
Masukkan santan, garam dan perasa.
Setelah mendidih masukkan ikan.
Back to Menu

Ikan Bakar Sumbat


Bahan-Bahan
3 ekor ikan kembung (sederhana besar)
biji kelapa parut
daun pisang dan lidi
sedikit minyak
Tumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai lada kering (direndam dahulu)
1 inci halia

Perasa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Ikan
Tumbuk lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.
Kemudian masukkan kelapa dan tumbuk semula supaya sebati. Masukkan garam dan gula
secukup rasa. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam perut ikan yang telah dibersihkan.
Sapukan sedikit minyak pada ikan. Bungkus ikan dengan daun pisang dan kemaskan dengan
lidi.
Bakar sehingga ikan masak kira-kira 15 minit. Ikan siap dihidang. Sesuai dimakan dengan nasi.
Back to Menu

Ikan Sumbat Istimewa


Bahan-bahan
8 ekor ikan kembung sederhana besarnya
12 sudu makan cili kisar
sedikit belacan
dua sudu makan air asam jawa pekat
gula secukupnya
garam dan perasa secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Bersihkan ikan dan belah tepinya.
Kesemua bahan-bahan diatas digaul hingga sebati. Rasanya mestilah manis.
Panaskan minyak. Masukkan dua sudu makan cili yang digaul tadi kedalam ikan.
Goreng hingga garing. Setelah habis menggoreng, cili yang lebih ditumis hingga garing.
Selepas itu tuangkan keatas ikan tadi. Enak jika dimakan panas-panas bersama nasi.
Back to Menu

Ikan Tiga Rasa


Bahan-Bahan
1 ekor Ikan Kerapu
cili padi - di hiris kasar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang kecil - dirajang
2 ulas bawang utih - dirajang
sedikit oyster sauce, fish sauce
sedikit minyak bijan
1 senduk kecil lemon paste
sedikit daun ketumbar atau daun pudina

sedikit tepung jagung


air dan garam secukupnya
Cara-cara
Ikan dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan garam dan digoreng setengah garing dan
diangkat.
Tumis bawang putih, bawang kecil, cili padi dan bawang besar hingga layu dengan minyak
bekas ikan tadi dan sedikit minyak bijan. Setelah layu, masukkan sedikit fish sauce, oyster
sauce dan lemon paste, dikacau rata dan masukkan sedikit air (jika ingin lebih berkuah,
lebihkan air).
Setelah mendidih, tuangkan campuran tepung jagung dan air dan di kacau hingga pekat.
Masukkan daun ketumbar atau daun pudina dan segera diangkat. Tuangkan kuah keatas ikan
yang telah digoreng tadi dan hidangkan ketika panas.
Back to Menu

Ikan Cencaru Goreng Bercili


Bahan-Bahannya
4 ekor ikan cencaru yang sederhana besar (dalam 8 inci panjang X 3 inci lebar tengah-biarkan
dgn kulit sekali)
belah belakang dari hujung kepala ke ekor - jangan
putus, buang insang dan perut - cuci bersih dan tos.
Gaulkan dan perap 15 minit dengan :
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar garam
Kisar bersama hingga halus:
35 tangkai cili kering - potong dan rebus
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan air
Bahan lain :
1 labu bawang besar - dihiris bulat kasar
1 sd besar garam
1/2 sd teh serbuk perasa
3 sd besar gula
2 sd besar asam jawa dibancuh dengan 2/3 cawan air
dari baki2 kisaran cili dalam blender
2 cawan minyak
Goreng ikan dengan minyak hingga garing. Angkat dan tinggalkan 1 cawan minyak lalu tumis
bahan kisar bersama garam - petua cepat garing, hingga garing dan naik minyak (kira kalu dah
jadi cam tahi minyak tu dah garingla). Masukkan air asam jawa dan kacau lagi hingga garing,
masukkan gula, serbuk perasa (bahan2 perasa ni actually secukup rasa anda-tapi better ada
rasa2 manis2 masam sikit).
Masukkan bawang dan kacau sekejap hingga gegelang bercerai - api jgn besar sangat nanti
cepat hangus pasal ramuan ni tade air added.

Masukkan ikan dan kacau rata dan ratakan ramuan juga dalam bahagian dalam belakangnya.
Angkat dan hidangkan.
Boleh makan dengan nasi, bubur lambuk, nasi lemak dan roti canai.
Ikan cencaru boleh digantikan dengan ikan kembung, ikan selar atau cutlets - ikan tenggiri atau
parang dan sebagainya.
Back to Menu

Soto Ayam
Untuk soto nasi impit, rebus ketupat segera
Untuk mee hoon soto, celur mee hoon dgn air panas sehingga lembut
Kuah Soto (ayam / daging)
ekor ayam direbus dan diambil isinya. tulang ayam tadi masukkan balik
dalam air rebusan.
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu besar rempah kurma
minyak untuk tumis, garam
caranya:
1. Sangai ketumbar dan jintan atas kuali (sangai tu maksudnya goreng
tanpa minyak). Blend halus.
2. Bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas ditumbuk halus.
3. Tumiskan bahan ini sampai garing sikit dan masukkan rempah yang sudah diblendkan
bersertakan rempah kurma. Jangan lupa tumiskan sekali dengan garam.
4. Bila nampak dah sebati dan kering, masukkan air rebusan dan tulang ayam tadi. Air
ditambah sekiranya nampak pekat. Bila dah didih, taburkan daun sup dan daun bawang.
Hidangkanler.
Untuk Sambal Kicap:
5 biji cili padi (ikut suka) ] kisar
1 sudu gula pasir ] kesemua
1 ulas bwg putih ] bahan dan
cwn kicap masin ] cukupkan
air limau nipis (ikut citarasa) ] rasanya
hidangkan bersama bahan hiasan.
Bahan-Bahan lain :
taugeh
kacang tanah - digoreng

suhun - digoreng
daun sup/bawang
bawang goreng
nasi himpit/mee/mee hoon
tauhu - digoreng & dipotong kecil2
fish ball - direbus & dipotong kecil2
ekor ayam direbus & disiat
ekor ayam digoreng & disiat
cili api - dimesin & campurkan dengan kicap manis & kicap masin
Back to Menu

Mee Bandung
Bahan-Bahannye :
1 kg Mee kuning
400 g Sawi
250 g Udang sederhana
200 g Sotong
4 biji Kentang - rebus & blend
4 biji Tomato
botol Sos Cili
3 sb Sos Tomato
3 ketul Fish cake
10 tangkai Cili kering
1 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
100 g Udang kering
6 cawan Air
Telur - ikut bil orang yang makan
Minyak , Garam
Daun sup & bawang goreng
Cara-Caranya :
Kuahnya (kalau boleh masak dalam periuk)
1) Blend bawang besar, bawang putih, cili kering & udang kering sehingga lumat & tumis
2) Masukkan sotong sampai separuh empuk, masukkan udang
3) Tambahkan sos cili, sos tomato, air & garam. Didihkan.
4) Lepas tu masukkan kentang blend & masak sampai mendidih.
Telurnye (dalam kuali lain tau)
1) Ambil sedikit kuahnya utk memasak telur. Masak telur satu persatu.
Lastly masukkan fish cake, mee, sawi & tomato dalam periuk tadi. Hidangkan dan taburkan
daun sup dan bawang goreng.
Bolehlah dihidangkan utk. 4-5 org.
Back to Menu

Ikan Kerapu Goreng ala Katonis


Ikan Kerapu 2 keping lebih kurang dibasuh dan diperap dengan sedikit garam dan cuci bersihbersih. Perap garam dan kemudian cuci untuk tujuan hilangkan bau hanyir ikan. Ikan tidak
perlu diperap dengan apa-apa dan selepas bersihkan dengan garam, terus goreng sahaja!
Bahan-Bahannya:
* Minyak masak untuk mengoreng
* Halia sebesar tapak tangan - potong halia seperti bentuk hirisan
(macam potong timun buat laksa tapi nipis-nipis. Buat banyak2 sikit.
* kicap cair
Cara Memasak:
1. Goreng ikan Kerapu (ikut suka kalau suka garing)
2. Selepas ikan selesai digoreng, angkat dan letak atas piring
3. Ambil lebihan minyak goreng ikan tadi sebanyak 4 - 5 sudu besar dan
gorengkan hirisan halia sehingga keemasan.
4. Apabila halia selesai disediakan tadi (# 3), angkat hali dengan
minyaknya sekali dan curahkan ke dalam ikan. Maka sekarang permukaan ikan atas dipenuhi
dengan hirisan halia yang harum.
5. Curahkan satu sudu besar kicap cair ke merata minyak bersama ikan
dan halia tadi.
6. Makan isi ikan dan cicah bersama minyak yang telah dicurahkan kicap
tadi dalam piring.
Back to Menu

Kurma Kambing / Daging / Ayam


(Hidang Untuk 4 Orang)
Daging/ayam dipotong kiub
1 botol natural yogurt (size kecik macam Nestle punya, kalau tak suka masam, kurangkan)
1 biji bawang besar - mayang
3 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1 tbsp ketumbar sebuk
1 tbsp jintan putih serbuk
1 tsbp cili serbuk
1/4 tbsp kunyit serbuk
2 helai bay leaves
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Cengkih
Minyak masak/minyak sapi / butter untuk menumis
Cara-Caranya:
1. Tumis bawang besar sampai brown colour.

2. Masukkan bawang putih & halia tumbuk.


3. Masukkan kulit kayu manis, pelaga & cengkih, tumis sampai wangi.
4. Masukkan rempah2 serbuk, tumis sampai wangi.
5. Masukkan daging/ayam, kacau sebentar.
6. Masukkan yogurt & bay leaf.
7. Lastly, masukkan garam & sedikit gula (utk menggantikan serbuk perasa..).
8. Kalau agak2 daging tu masih liat, masukkan sikit air, tutup periuk (kacau sekali-sekala) &
biar kuah sampai pekat.
Colour kurma ni tak macam kurma yg biase tu, kelabu, tapi merah kekuningan.
Ok, selamat mencuba.
Back to Menu

También podría gustarte