Está en la página 1de 6

PENDEKATAN

Pendekatan
perihal mendekati, iaitu merujuk beberapa teori yang berkaitan dengan
sifat-sifat semula jadi pengajaran dan pembelajaran.
pendekatan struktural, pendekatan mengalami-menghayati dan
pendekatan berfokus.
Pendekatan Struktural
Pendekatan struktural adalah berasaskan Teori Peniruan yang
diperkenalkan oleh Aristotle.
Peniruan alam oleh seniman menyebabkan terbentuk kesatuan karya seni
berkenaan.
Kesatuan ini lahir daripada unsur-unsur dalam cereka atau prosa seperti
tema dan persoalan, watak, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan.
meliputi unsur-unsur dalam puisi seperti diksi, imejan, sintaksis, prosodi
atau unsur bunyi dan nada.
pendekatan struktural ialah pendekatan pengajaran yang menekankan
pada menganalisis karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya.

Ciri-ciri Pendekatan Struktural adalah seperti berikut:


Menekankan aspek intrinsik dalam menganalisis karya
sastera.
Kajian secara induktif.
Memerlukan pembacaan yang rapi.
Guru mengetahui terlebih dahulu hubungan dalam struktur
karya yang dikaji.
Guru membimbing murid ke arah mencapai hasil
pembelajaran khusus.
Setiap unsur memerlukan penjelasan secara terperinci.
Menekankan pemahaman murid terhadap setiap elemen
sesebuah karya sastera.
Menitikberatkan pemahaman istilah sastera, makna istilah
berkenaan dan contoh penggunaan istilah berkenaan dan
Guru menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai.

Pendekatan Mengalami-Menghayati
Pendekatan mengalami-menghayati adalah berasaskan Teori Neorosis oleh
Sigmund Frued. Teori Neorisis adalah tentang analisis jiwa seniman dan hasil
seni sastera.
fikiran seniman dihubungkan oleh pengalaman awal seseorang seniman itu.
seniman mencipta situasi yang berhubung dengan masa depan yang
memperlihatkan pencapaian dan penyempurnaan keinginan.
pendekatan pengajaran yang memerlukan penghayatan murid sendiri melalui
pengalaman, perenungan dan penganalisisan.

Ciri-ciri Pendekatan Mengalami-Menghayati adalah seperti berikut:


Murid mengaitkan pengalamannya dengan isi karya yang dikaji.
Murid terlebih dahulu memahami isi cerita atau maksud puisi.
Setelah murid memahami isi karya, murid mengkaji secara
terperinci aspek struktur-struktur sesebuah karya.
Guru memberikan bimbingan awal.
Setelah murid mendapat bimbingan guru, murid mengkaji aspek
struktur karya secara individu atau berkumpulan.
Guru mempelbagaikan teknik dan aktiviti.
Guru memberi penekanan untuk menggunakan alat bantu
mengajar yang sesuai.
Guru memberi latihan yang menekankan analisis pengalaman
murid sendiri.
Guru mengemukakan soalan yang mencabar daya intelek murid.
Mementingkan aktiviti yang melatih murid berfikir secara kritis
dan analitis, dan
Murid memberi pendapat dan menilai aspekaspek struktur yang
tertentu dalam sesebuah karya sastera.

Pendekatan Berfokus

Berdasarkan Teori Estetika yang dimajukan oleh I.A Richards.


Berkaitan dengan sikap estetik yang melibatkan cara manusia memberi
perhatian dan pengamatan terhadap alam.
Manusia memberi perhatian dan pengamatan terhadap sebilangan benda
dan melihat benda yang lain secara tidak langsung.
Pendekatan Berfokus ialah pendekatan pengajaran yang menekankan
sesuatu aspek tertentu dalam sesebuah karya sastera bagi setiap
pengajaran dan pembelajaran di samping menyentuh aspek-aspek yang
lain secara sampingan.

Ciri-ciri Pendekatan Berfokus adalah seperti berikut:


Kajian bermula dan berdasarkan aspek yang paling menonjol
dalam sesebuah karya sastera.
Aspek yang paling menonjol menjadi Fokus Utama (FU).
Perkara atau aspek lain yang kurang menonjol menjadi Fokus
Sampingan (FS).
Fokus Utama dan Fokus Sampingan adalah saling berkaitan.
Fokus Sampingan membantu Fokus Utama.
Fokus Utama memerlukan kadar masa yang lebih semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Fokus Utama dan Fokus Sampingan boleh bertukar ganti.
Perkara atau aspek yang kurang menonjol boleh menjadi
Fokus Utama.
Guru mempelbagaikan teknik dan aktiviti.
Contoh Model Pendekatan Berfokus adalah seperti di bawah :

FS1
Gaya bahasa

FU
Watak

FS2
Nilai

KAEDAH

Kaedah ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu


pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Antara kaedah-kaedah
pengajaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu adalah seperti berikut:
Kaedah Membaca Teks dan Perbincangan
Murid diminta membaca teks atau cerita secara kuat dan
kemudian secara senyap.
Guru dan murid membincang tentang cerita yang dibaca oleh
murid.
Kaedah Membaca Teks dan Pemahaman
Murid diminta membaca teks atau cerita sambil mereka cuba
memahami sendiri isi tersurat atau tersirat di samping mengenal
pasti aspek-aspek teknik dalam cerita.
Kaedah Membaca Teks dan Syarahan Guru
Murid mula-mula sekali diminta membaca teks atau cerita
kemudian.
Murid dikehendaki mengemukakan soalan kepada guru.
Guru hendaklah memberi penerangan seberapa jelas terhadap
soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid.
Kaedah Membaca dan Melakonkan Adegan
Murid diminta menghafaz dialog tertentu daripada teks atau
drama.
Kemudian murid dikehendaki melakonkan adegan-adegan
berdasarkan tafsiran mereka terhadap teks atau cerita yang dibaca
atau dihafal oleh murid.
Kaedah Mendengar Pita Rakaman
Guru perlulah membuat rakaman bahan pengajaran sebelum mula
mengajar.
Murid diminta mendengar dialog, pembacaan dan penjelasan
daripada pita rakaman tersebut.
Kaedah Menonton Lakonan Pentas

Sebahagian daripada murid di dalam kelas diminta melakonkan


adegan tertentu daripada teks atau cerita.
Bilik darjah bolehlah dijadikan tempat.
Murid-murid lain dikehendaki menjadi penonton sambil
memperhatikan aspek-aspek seperti lakonan, watak dan latar.

Kaedah Tutorial
Murid diminta melibatkan diri dalam sei perbincangan dengan
sepenuhnya.
Guru hendaklah menggunakan teknik penyoalan isi pelajaran.
Guru hanya bertindak sebagai pembimbing atau fasilitator.
Kaedah Seminar
Guru hendaklan menyediakan tajuk dan objektif terlebih dahulu
sebelum memulakan seminar.
Guru meminta beberapa orang murid membentang pandangan mereka
sendiri tentang isi cerita atau teks yang mereka kaji.
Guru bertindak sebagai pemerhati dan campur tangan bila perlu
sahaja.
Kaedah Menggunakan Kemahiran Berfikir
Guru hendaklah melatih murid menggunakan minda untuk mencari
makna dan pemahaman tentang sesuatu perkara, meneroka berbagaibagai kemungkinan idea, membuat keputusan, membuat refleksi dan
menyelesaikan masalah.
Guru patutlah menggunakan Pusat Sumber Sekolah untuk tujuan ini
supaya para murid mudah memperoleh bahan rujukan.
Guru boleh menjalankan aktiviti-aktiviti seperti membuat projek,
menggunakan lembaran kerja, pembelajaran secara bekerjasama,
perbincangan, sumbangsaran dan soal dan penyoalan.
Kaedah Forum
Guru hendaklah terlebih dahulu menetapkan tajuk yang berkaitan
dengan isi pelajaran teks atau cerita. Kemudian murid diminta menjadi
ahli panel.
Pengerusi forum juga hendaklah daripada kalangan murid. Semasa
berforum, murid-murid lain diminta mendengar dengan teliti.
Guru hendaklah bertindak sebagai pemerhati.
Kaedah Perbahasan

Beberapa orang murid tertentu dipilih sebagai pasukan


perbahasan iaitu satu pasukan pencadang dan satu pasukan
pembangkang.
Isi pelajaran yang berkaitan dijadikan tajuk perbahasan.
Murid diminta menjadi pengerusi dan penjaga masa.
Guru pula bertindak sebagai hakim.

Kaedah Diskusi
Murid diminta berdiskusi secara berkumpulan-kumpulan kecil.
Tiap-tiap kumpulan diminta membincangkan tajuk-tajuk kecil
tentang isi pelajaran, teks atau cerita. Contoh: Tajuk kecil watak
dan perwatakan dalam novel Restu pelajar kumpulan 1
membincangakan watak Ikram murid kumpulan ll membincang
kan watak Hasnah dan seterusnya.
Murid hendaklah digalakkan oleh guru menggunakan fakta yang
kompleks.
Guru hendaklah bertindak sebagai pengatur idea, pemangkin idea,
penunjuk jalan dan perumus.
Kaedah Soal-Jawab
Guru hendaklah menggunakan kaedah ini ketika langkah
menyampaikan isi pelajaran, cerita atau teks bagi tujuan peluasan
isi pelajaran.
Guru hendaklah mengemukakan soalan yang berkaitan dengan
pengalaman murid.
Guru hendaklah cuba mengetahui apakah proses pemikiran murid.
Oleh itu, semua jawapan murid hendaklah diterima tetapi pada
akhir sesi, guru hendaklah menegaskan manakah jawapan yang
tepat dan manakah jawapan yang kurang tepat.
Murid diminta membuat tugasan di dalam kelas atau di rumah.

TEKNIK

Teknik ialah ialah satu kemahiran cara melaksanakan penyampaian bahanbahan pengajaran kepada murid. Antara beberapa teknik pengajaran mata
pelajaran Kesusasteraan Melayu adalah seperti berikut:
Teknik Penerangan
Guru hendaklah menitikberatkan kepada mengguna penghuraian
lisan semasa menyampaikan isi atau bahan pelajaran.
Penerangan ini hendaklah diarahkan kepada penikmatan,
pemahaman dan penghayalan bahan, isi, cerita atau teks.
Guru menerangkan beberapa perkara seperti unsur-unsur, nilai
kemanusiaan dan gaya bahasa.
Teknik Keperihalan
Teknik ini hendaklah digunakan selepas teknik penerangan
digunakan guru terlebih dahulu.
Murid hendaklah didedahkan dengan aspek-aspek tertentu seperti
bentuk, gaya bahasa, nilai, elemen struktur, unsur psikologi dan
sosiologi.
Guru hendaklah memastikan bahawa bahan yang dipetik daripada
cerita atau teks itu fokus kepada objektif khas pengajaran.
Teknik Perbandingan
Teknik ini sesuai digunakan untuk tingkah laku penyatuan aspekaspek yang mudah terkeliru seperti membeza istilah-istilah sastera
dan menganalisis watak.

Contoh: Dalam pengajaran novel, cerpen atau drama, watak atau


peristiwa dapat dibandingkan dalam cerita yang sama atau dalam
cerita yang berlainan.
Teknik Cerakinan
Murid hendaklah didedahkan dengan isi pelajaran cerita dan teks
supaya mereka dapat menghayati, memahami dan menilai cerita yang
dibaca oleh pelajar.
Guru hendaklah mencerakinkan setiap elemen satu demi satu
sehinggalah terbentuk kesatuan. Contoh: Dalam pemgajaran sajak,
setiap stanza, baris atau bait puisi hendaklah dicerakinkan aspek
keindahan bahasanya.
Kemudian aspek itu dikelompokkan dari segi personifikasi, metafora,
altierasi atau asonansi.
Aspek-aspek ini digabungkan bagi membentuk keindahan sajak.
Teknik Latihan
Murid hendaklah didedahkan dengan pelajaran uji kaji dalam bentuk
latihan lisan atau bertulis.
Guru hendaklah mewujudkan keadaan menarik, gembira dan
menyenangkan sewaktu latihan berjalan.
Guru hendaklah memberi beraneka latihan seperti tugasan,
penceritaan semula, mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman
sedia ada, peraduan mengarang, pementasan drama dan pembacaan
puisi.
Guru hendaklah memastikan bahawa semua latihan ini disusun secara
sistematis dalam bentuk satu siri yang dapat memperlihat keutamaan
berdasarkan objektif.
Teknik Membuat Projek
Murid diminta menentukan apakah projek yang akan dilakukan.
Contoh, guru hendaklah meminta murid memikirkan satu projek
mengumpul maklumat mengenai watak-watak wirawati dalam cerita
klasik yang dibaca oleh pelajar.
Guru memastikan murid mencari dan memilih projek yang sesuai.
Seterusnya, guru mencadangkan cara-cara menggunakan projek itu
bagi mengulang kaji.
Selain itu, guru meminta pelajar mencatat dan merekod hasil dengan
kemas dan tersusun.
Guru juga meminta murid melapor dan mempersembahkan projek
mereka di hadapan kelas.

Guru kemudian menilai dan memberi markah projek tersebut.


Teknik Menggunakan Lembaran Kerja
Murid diminta menyusun proses pemikiran secara sistematik
untuk penulisan, bertutur dan membuat persembahan.
Murid diminta menggunakan Lembaran Pengurusan Lisan untuk
menyusun
idea
atau
langkah-langkah
perbincangan
individu/kumpulan.
Murid juga diminta menggunakan Lembaran Pengurusan Grafik
sebagai panduan dalam bentuk gambar rajah untuk merekod
maklumat dan melihat perhubungan fakta antara satu sama lain.
Murid juga diminta menggunakan Peta Minda bagi memahami
dan mengingati maklumat dengan lebih mudah.

Teknik Percambahan Fikiran


Guru hendaklah meminta murid membentuk kumpulan dengan
ahli-ahli bagi setiap kumpulan antara 8 10 orang murid.
Seorang murid diminta bertindak sebagai pengerusi dan seorang
lagi sebagai penulis idea.
Guru hendaklah memastikan bahawa pengerusi berupaya
menggalakkan ahli-ahli kumpulan menjanakan idea-idea tentang
sesuatu aspek dalam cerita atau teks tanpa dinilai atau dipertikai.
Teknik Teater Pembaca
Murid menghayati dan membaca skrip cerita dengan
menggunakan sebutan, nada, intonasi yang betul bagi
menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan.
Teknik Teater Bercerita
Murid merealisasikan sesuatu watak dalam sesebuah cerita yang
disampaikan dalam bentuk lakonan.
Teknik Pemaduan Seni
Menyepadukan unsur-unsur seni seperti muzik, seni lukis, seni
tari, kaligrafi dan seni lakon dalam menghayati sesebuah karya.
Teknik Kerusi Panas
Menyoal pelakon yang melakonkan watak-watak tertentu sebuah
cerita yang telah dibaca dengan teliti untuk menghayati watak dan
perwatakan dalam cerita tersebut.
Teknik Tangga Cerita

Menyusun dan mencatat peristiwa-peristiwa dalam sebuah cerita


mengikut urutan dengan menggunakan bahan grafik agar dapat
memahami plot dan sinopsis cerita.
Teknik Mestamu
Teknik melagukan sajak tanpa muzik dengan penuh penghayatan.
Teknik Cerpendra
Melakonkan sesebuah cerpen dalam bentuk drama.

También podría gustarte