Está en la página 1de 6

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA


DAERAH JELEBU 2015
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola
Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM
2. PENDAFTARAN PEMAIN
2.1 Setaip pasukan mestilah mendaftar 12 orang pemain, 1 orang Jurulatih dan 1 orang Pengurus
Pasukan.
2.2 Tiap-tiap pemain mestilah berumur 12 tahun kebawah, 15 tahun kebawah dan 18 tahun
kebawah.
2.3 Salinan surat beranak/kad pengenalan mestilah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar sekolah
pemain berkenaan dan dikepilkan bersama borang R01dan R02(Sekolah rendah) dan
borang M01 dan M02(Sekolah Menengah)
2.4 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan sahaja dibenarkan bermain.
3. PAKAIAN
3.1 Pemain-pemain diwajibkan memakaibibs tinggi huruf 6 inci atau 8 inci menunjukkan
kedudukan pemain-pemain.
3.2 Pemain-pemain tidak dibenarkan memakai seluar pendek atau tights atau tights dipakai
dengan skirt
3.3 Pemain yang mengambil bahagian mestilah memakai kasut atau boots
3.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa(2) set bibs berlainan warna.
3.5 Sekiranya kedua-dua pasukan yang memakai bibs sama warna maka undian lambungan duit
akan dijalankan.

4. SISTEM PERTANDINGAN
4.1 CARA LIGA EMPAT KUMPULAN
4.1.1 Pusingan Awal
4.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian hendaklah dibahagikan
kepada empat kumpulan A, B, C dan D. Pertandingan dijalankan secara liga.

4.1.1.2 Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam pertandingan dalam 2013 akan
ditempatkan seperti berikut:
Johan
: Kumpulan A
Naib Johan
: Kumpulan B
Ketiga
: Kumpulan C
Keempat
: Kumpulan D
Lain-lain pasukan akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan
cabutan undi
4.1.1.3 sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka
kumpulan terbaik berikutnya akan dipertimbangkan kedudukannya.
4.1.2 Pusingan Kedua(Suku Akhir)
4.1.2.1 Johan dan Naib johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir
dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
4.1.2.2 Perlawanan akan ditetapkan sebagaimana berikut:
4.1.2.2 .1 Undian bagi 4 pasukan Pemenang Kumpulan akan didahulukan untuk
ditempatkan dikedudukan 1, 3, 5 dan 7.
4.1.2.2.2 Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua kumpulan untuk ditempatkan
dikedudukan 2 atau 4 jika pasukan pemenang 1 kumpulannya diundi
dan ditempatkan dikedudukan 5 atau 7, manakala 2 Pasukan Pemenang
kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan dikedudukan 6
atau 8.
4.1.2.2.3 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan
memasuki perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan
sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk
menentukan tempat ketiga dan keempat.

4.2 CARA LIGA TIGA KUMPULAN(A,B DAN C)


4.2.1 Pusingan Pertama
4.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian hendaklah dibahagikan
kepada 3 kumpulan A,B dan C.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.
4.2.1.2 Johan, Naib Johan dan Ketiga dalam pertandingan tahun 2013 akan ditetapkan
dalam kumpulan berikut:
Johan
: Kumpulan A
Naib Johan
: Kumpulan B
Ketiga
: Kumpulan C
4.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamankan(seeded) tidak mengambil bahagian maka
kumpulan terbaik berikutnya akan dipertimbangkan kedudukannya.
4.2.2 Pusingan Kedua
4.2.2.1 Pemenang 1 dan pemenang 2 dalam setiap kumpulan ditetapkan ke dalam
kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.
4.2.2.2 Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
2

4.2.2.3 Dari 3 pemenang, 1 akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 kumpulan


ditempatkan ke kumpulan Y.
4.2.2.4 Pemenang 2 setiap kumpulan akan ditempatkan dikumpulan lain dari pemenang
kumpulannya.
4.2.2.5 Pasukan-pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain liga dalam kumpulan
masing-masing.
4.2.3 Pusingan Akhir
4.2.3.1 Pemenang 1 kumpulan X akan melawan pemenang 1 kumpulan Y untuk
menentukan johan dan naib johan.
4.2.3.2 Pemenang 2 kumpulan X akan melawan pemenang 2 kumpulan Y untuk
menentukan tempat ketiga dan tempat keempat.

4.3 CARA LIGA 2 KUMPULAN


4.3.1 Pusingan Pertama
4.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian hendaklah dibahagikan
kepada 2 kumpulan A dan B.
4.3.1.2 Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lepas akan ditempatkan
dalam kumpulan A dan Naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam
kumpulan B. Bagi pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan
cabutan undi.
4.3.1.3 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan
terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
4.3.2 Pusingan Kedua(Separuh Akhir)
4.3.2.1 Pemenang 1 kumpulan A akan melawan pemenang 2 kumpulan B dan pemenang 1
kumpulan B akan melawan pemenang 2 kumpulan A.
4.3.2.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
4.3.3 Pusingan Akhir
4.3.3.1 Pemenang 1 kumpulan A/Pemenang 2 kumpulan B akan melawan pemenang 1
kumpulan B /pemenang 2 kumpulan A untuk menentukan Johan dan Naib Johan.
4.3.3.2 Pasukan kalah dalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan tempat
ketiga dan keempat.
4.4 CARA LIGA SATU KUMPULAN
4.4.1 Sekiranya 5 pasukan atau kurang mengambil bahagian pertandingan secara liga satu
pusingan akan dijalankan. Pasukan yang dapat mata tertinggi diisytiharkan sebagai
Johan.
3

5. CARA MENENTUKAN KEMENANGAN


5.1 Pemberian mata bagi peringkat liga kumpulan ialah seperti berikut:
Menang
3 mata
Seri
1 mata
Kalah
0 mata
5.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan
seperti berikut:
5.2.1 Secara purata gol, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan
jumlah gol yang kena didarabkan dengan 100 dan dibahagikan dengan bilangan
permainan. Bagi menentukan kedudukan yang muktamad, bilangan angka
5.2.2

perpuluhan bagi purata gol ialah tiga.


Sekiranya masih seri , maka keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol iaitu

5.2.3
5.2.4

jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah yang kena.


Sekiranya masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
Sekiranya masih seri , keputusan akan ditentukan secara lambungan duit. Jika lebih
daripada 2 pasukan terlibat, maka keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi.

5.3 Cara kalah mati


5.3.1 Pada peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya keputusan adalah seri, cara berikut
dijalankan:
5.3.1.1 Pertandingan disambung semula, pasukan akan bertukar kawasan bermain serta
merta dan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama 5 minit tanpa
rehat.
5.3.1.2 Undang-undang yang meliputi hantaran tengah dan penggantian seperti mana
terdapat didalam Buku Undang-Undang Permainan, akan dilaksanakan.
5.3.1.3 Setelah masa tambahan 5 minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar
kawasan bermain dan meneruskan permainan selama 5 minit lagi tanpa rehat.
5.3.1.4 Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan 5 minit kedua tamat, maka
permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan.

6. MASA BERMAIN
6.1 Masa bermain bagi pusingan akhir ialah 40 minit dengan masa rehat selama 5 minit
6.2 Pemain mesti berada digelanggang 10 minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika selepas
masa itu sesuatu pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya 5 pemain, pasukan itu
dikira kalah dengan sengaja dan diberi kemenangan percuma dengan mata( 10 0 ).
6.3 Sekiranya pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan,
semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan. Pasukan
tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan
diambil oleh Jawatankuasa Pengelola dan Teknikal MSSD Jelebu
7. PENGGANTIAN
7.1 Gantian pemain adalah mengikut Undang-Undang Permainan Bola Jaring MSSM.
7.2 Penggantian boleh dibuat pada masa kecederaan atau masa rehat sahaja. Masa kecederaan
hanya diberi 2 minit sahaja. Pemberhentian yang dibuat oleh pengadil masa tidak dihadkan.
Tiga penggantian boleh dibuat dan pemain yang diganti boleh bermain semula.
7.3 Penggantian pemain boleh dibuat oleh pemain yang sakit itu sendiri dengan memberitahu
kepada pengadil ( tanpa mengisi boring pertukaran ).
8. PENANGGUHAN
8.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan permainan diteruskan seperti hujan lebat, petir,
kilat, cuaca gelap dan kedengaran azan maka pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa
Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.
8.2 Permainan yang ditangguhkan kerana keadaan cuaca akan diteruskan seperti berikut:
a) Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama maka perlawanan akan
disambung mengikut baki masa yang tinggal.
b) Sekiranya perlawanan ditangguhkan kepada hari lain maka permainan hendaklah
dimainkan semula.
8.3 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubahkan sesuatu
jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara
serta merta.

9. BANTAHAN
9.1 Bantahan bertulis dengan menggunakan Borang Bantahan yang dituliskan dalam 2 salinan
dan ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya tidak lewat 30 minit selepas
perlawanan dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua
Ratus).
9.2 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan yang dibuat tidak wajar.
5

9.3 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah
dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan.
10. PEMILIHAN PEMAIN
10.1
Pengerusi Teknik B. Jaring MSSD Jelebu
10.2
Penyelaras Sukan MSSD Jelebu
10.3
Pengerusi Jurulatih MSSD dan Jurulatih/Pengurus MSSD
10.4
Pengerusi Pengadil MSSD Jelebu dan Pengadil MSSD B. Jaring
11. JURI RAYUAN
11.1
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola/Wakil
11.2
Setiausaha Agung
11.3
Pengerusi Teknik B. Jaring MSSD Jelebu
11.4
Dua orang Pengurus Pasukan yang berdaftar yang tidak terlibat dengan bantahan/kes
tersebut.
12. PENGADIL
12.1
Bayaran pengadil seperti berikut:
12.1.1 Sekiranya perjalanan pengadil itu kurang 25 km, maka bayaran pengadil adalah
RM 20.00 sahaja.
12.1.2 Sekiranya perjalanan pengadil itu lebih dari 25 km, maka tuntutan boleh dituntut
mengikut kadar kelayakan masing-masing.
12.1.3 Pengadil akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola
12.2
Keputusan pengadil adalah muktamad.

13. PERATURAN PENGURUSAN


13.1
Pengurus, jurulatih dan pemain simpanan dikehendaki duduk dibangku yang disediakan
ditepi gelanggang.
13.2
Hanya ketua pasukan sahaja yang boleh menyampaikan sebarang pertanyaan dimasa
rehat dan selepas tamat perlawanan.
14. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
14.1
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusan adalah muktamad.
14.2
Semua pertandingan tidak boleh ditangguhkan melainkan jika berlaku hal yang tidak
dapat dielakkan dan Jawatankuasa Pengelola berhak membuat keputusan untuk
penangguhan.

También podría gustarte