Está en la página 1de 5

Pengenalan

Merujuk kepada hasil pembacaan saya di sebuah laman web, Ujian PISA adalah
merupakan

akronim

kepada

Programme

International

Student

Assessment

yang

diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development).


Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula
menyertainya pada tahun 2009.
Menurut kajian saya lagi, TIMSS pula adalah singkatan kepada Trends in
International Mathematics and Science Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada
Progress in International Reading Literacy Study. Ujian PISA ini boleh dikatakan sebagai
suatu gabungan kepada dua ujian atau kajian ini. Bezanya, TIMSS digunakan bagi mengkaji
penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Selain itu,
TIMSS juga hanya dilaksanakan 4 tahun sekali sahaja.
Kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA
Ujian PISA yang terkini yang dijalankan pada tahun 2009 dan 2012 telah
menunjukkan bahawa Shanghai (China), Hong Kong dan Singapura merupakan tiga negara
yang mendapat kedudukan tertinggi dalam ujian membaca, Sains dan Matematik. Manakala
kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA adalah seperti berikut:
2009
Matematik

- 57 (mata 404)

Sains

- 53 (mata 422)

Membaca

- 55 (mata 414)

2012
Matematik

- 52 (mata 421)

Sains

- 53 (mata 420)

Membaca

- 59 (mata 398)

Hasil dari keputusan ujian PISA yang telah dijalankan ini menunjukkan bahawa
Malaysia terlalu jauh dan kelihatan amat lemah dari segi pembelajaran. Hasil ujian ini juga
menunjukkan bahawa terlalu banyak lagi yang perlu dilakukan bagi mencapai hasil setidaktidaknya tidak jauh berbeza dengan negara jiran.

Factor/Punca
Hasil dari pembacaan saya, saya mendapati terdapat 3 faktor utama yang menjadi
punca kepada keputusan yang kurang memberangsangkan ini. Antara factor yang
menyumbang kepada keputusan ini ialah sikap pelajar yang tidak menjawab dengan
bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza daripada format soalan
peperiksaan Malaysia (format soalan ujian dan peperiksaan di Malaysia lebih ringkas dan
mudah dijawab) serta keutamaan guru di Malaysia yang lebih fokus untuk menghabiskan
sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar pengetahuan.
Sikap Pelajar
Jelas, tiada pelajar yang sempurna dan cemerlang dalam semua aspek dan perkara.
Ini ialah hasil dari kajian yang telah saya lakukan sebelum ini. Ini kerana ada kalanya ada
pelajar yang cemerlang dari segi akademik, dan ada yang lebih menonjol dari segi lain.
Namun, sistem pendidikan di negara ini memerlukan pelajar untuk memonopoli kesemua
aspek yang telah ditetapkan. Oleh itu, ketika ujian PISA ini dijalankan, ada pelajar yang
kurang menyerlah dari segi akademik akan sekadar menjawab bagai melepaskan batuk di
tangga. Selain itu, para pelajar juga sering menganggap bahawa ujian lain selain dari ujian
bulanan, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, UPSR, PMR (kini telah
digantikan dengan PT3), SPM dan STPM adalah tidak penting dan mereka hanya menjawab
dengan sambil lewa.
Format Soalan yang Berbeza
Setelah saya melakukan penelitian, format soalan antara dua (format soalan di
Malaysia dan PISA) yang berbeza juga menjadi faktor utama kepada tahap pencapaian
Malaysia yang tidak memberangsangkan ini. Soalan-soalan di Malaysia lebih kerap
menggunakan soalan objektif dan kebanyakkan soalan subjektif pula lebih ke arah soalan
yang dipandu (close-ended questions). Manakala soalan-soalan PISA pula menggunakan
aras kemahiran Taxonomy Bloom yang lebih tinggi seperti mencipta dan memerlukan para
pelajar untuk berfikir lebih jauh, mendalam dan di luar kotak.
Keutamaan Guru di Malaysia
Seperti yang telah saya sebutkan di atas, guru-guru di Malaysia lebih terarah kepada
menghabiskan sukatan pelajaran tanpa mengira sama ada para pelajar memahami apa
yang telah disampaikan atau tidak. Sebagai contoh, guru kelas belakang (kelas yang terdiri
daripada pelajar lemah) cuba untuk mengejar kadar kelajuan sukatan kelas hadapan (kelas
yang terdiri daripada pelajar cemerlang). Ini kerana guru-guru sering dipersoalkan jika

proses pengajaran mereka terlalu lambat. Selain itu, mereka juga mengejar sukatan
pelajaran bagi memudahkan sesuatu ujian dijalankan. Sebagai contoh, jika ujian bulanan
perlu dijalankan, hanya 1 set soalan yang perlu dikeluarkan dan dihasilkan kerana kesemua
murid telah mempelajari perkara tersebut. Ini juga bagi memudahkan para guru untuk
menanda kertas soalan ujian yang telah dijalankan.

Perubahan Penilaian dalam Sistem Pendidikan di Malaysia


Bagi menangani isu ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang
beberapa strategi dan melaksanakan sistem pengajaran dan pembelajaran yang baru bagi
membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama-sama dengan
negara-negara jiran serantau dari segi akademik dan juga hasil pencapaian dalam ujian
PISA ini.
1. KSSR dan KSSM
KSSR bagi sekolah rendah dan KSSM bagi sekolah menengah. Ini ialah salah satu
elemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan teknologi
maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) diperkenalkan
pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah
Menengah) pada tahun 2017.

2. i-Think
i-Think ialah suatu program hasil daripada kerjasama antara KPM dengan Agensi
Inovasi Malaysia. Ia adalah suatu kaedah pembelajaran dengan menggunakan 8 Peta
Pemikiran. Mula dirintis pada tahun 2012 di 10 buah sekolah, seterusnya telah dilaksanakan
di seluruh Malaysia pada tahun 2014.
3. Kajian Susulan
Selain dari 2 tindakan di atas, KPM juga telah menjalankan kajian kes di sekolah
yang mendapat keputusan yang cemerlang pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada
kajian

kes

tersebut

akan

dikongsikan

sebagai

amalan

terbaik

pengajaran.

4. PPPM
PPPM ialah singkatan dari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.Hasil kajian
PISA dan TIMSS telah diangkat menjadi input utama dalam merangka (PPPM). PISA dan
TIMSS ialah merupakan punca mengapa kesemua inovasi ke arah penambahbaikan ini
dijalankan seterusnya dijadikan sebagai penanda aras kepada pencapaian pelajar seluruh
Malaysia dalam penguasaan Matematik, Sains dan Membaca. Peperiksaan peringkat
sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan menambahkan bilangan soalan aras
tinggi

yang

menggunakan Kemahiran

Berfikir

Aras

Tinggi

(KBAT).

5. Task Force (Pasukan Khas)


Hasil dari keputusan ujian TIMSS dan PISA pada tahun 2009 dan 2012 yang kurang
memberangsangkan, kerajaan Malaysia telah menubuhkan suatu Pasukan Khas (Task
Force).

Pasukan

khas

ini

ditubuhkan

bagi

memberi

tumpuan

dalam

meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid dan guru.
Hasil Pencapaian dari Inovasi
Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi
boleh diterangkan sebagai: Merupakan penghasilan baru
Berbentuk maujud dan mujarad
Berdasarkan proses penyusunan semula
Dengan menggunakan unsur yang sedia ada
Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai
Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk
menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang
banyak persaingan.
Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi
pertama pada sesuatu produk atau proses. Damapour (1991) menyatakan
inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.
Secara am, semua pakar bersetuju novelti adalah komponen yang wajib dalam
kreativiti. Boleh diringkaskan secara umum bahawa kreativiti ialah kombinasi di antara idea
baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga
merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan antara maklumat
idea baru dan kemahiran.

También podría gustarte