Está en la página 1de 12

Penggunaan Kaedah Tolak Bertangga Bagi Membantu Murid Menguasai

Kemahiran Menolak Mengumpul Semula Melibatkan Penolak Sifar


Oleh:
Kong Jing Yin1 dan Sukiman Bin Saad2
1

jingyin2009@live.com
sukiman.saad@iptho.edu.my

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menolak
mengumpul semula nombor melibatkan penolak sifar bagi murid tahun 3 dengan
menggunakan kaedah tolak bertangga. Tiga orang murid daripada salah sebuah
sekolah kebangsaan di daerah Muar, Johor terlibat sebagai subjek kajian.
Berdasarkan pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran menunjukkan
bahawa murid-murid menghadapi masalah dalam menguasai topik menolak dengan
mengumpul semula nombor melibatkan penolak sifar. Tiga sesi rawatan kaedah
tolak bertangga dijalankan. Instrumen yang digunakan ialah ujian pra dan pasca,
pemerhatian, semakan ke atas rekod kemajuan murid dan temubual. Data ujian pra
dan pasca dianalisis secara kuantitatif deskriptif manakala data rekod kemajuan
murid, temubual dan permerhatian dianalisis kualitatif dari segi kandungan untuk
tujuan triangulasi data dan maklumat tambahan. Skor min ujian pasca menunjukkan
peningkatan sebanyak 62.5% menunjukkan bahawa kaedah tolak bertangga dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran menolak mengumpul semula nombor
melibatkan penolak sifar. Dapatan kajian berdasarkan rekod kemajuan, pemerhatian
dan temu bual menunjukkan 3 orang murid berpendapat bahawa kaedah tolak
bertangga membantu memahami proses pengumpulan semula dan peminjaman.
Cadangan lanjutan juga dibincangkan dalam kajian ini.
Kata kunci: Menolak dengan mengumpul semula, melibatkan penolak sifar, tolak
bertangga
ABSTRACT
This action research was to study the effectiveness of "ladder subtraction" to
increase achievement in mastering skill subtraction with regrouping across zero in
Year 3. There were 3 students in year 3 involved in this research in one of the school
in Muar. Based on the observation during teaching and learning session, showed
that the students had difficulty in mastering topic subtraction with regrouping
across zero. Three sessions of treatment method "ladder subtraction" were carry out.
The instruments were pre and post test, records of students progress, observation
and interview. Pre and post test data were analysed using descriptive and
quantitative while data records of students' progress, interviews and observations
were analysed qualitatively in terms of content for the purpose of triangulation of
data and information. Post-test mean scores showed an increase of 62.5%. It shows
that the "ladder subtraction" to increase the skill subtraction with regrouping across
zero. The findings based on the record of progress, observations and interviews show
3 pupils felt that ladder subtration help understand the process of regrouping and
borrowing. Recommendations were also discussed in this study.
Keywords: Subtraction with regrouping across zero, ladder subtraction
1

PENGENALAN
Saya merupakan guru pelatih opsyen Matematik Pendidikan Rendah di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO). Tempoh praktikum fasa
III selama tiga bulan berlangsung daripada 26 Januari 2014 hingga 24 April 2014 di
salah sebuah sekolah kebangsaan dalam daerah Muar. Saya telah
dipertanggungjawabkan untuk mengajar Matematik kelas Tahun 3 Merah seramai 37
orang murid. Saya mendapati murid-murid sekolah rendah menghadapi masalah
dalam operasi tolak mengumpul semula melibatkan penolak sifar berdasarkan
pemerhatian dari ujian diagnostik. 3 orang murid, iaitu 2 orang perempuan dan 1
orang lelaki dipilih sebagai subjek kajian berdasarkan markah dan penguasaan yang
rendah di dalam ujian diagnostik. Jika murid-murid diberikan nombor melibatkan
penolak sifar, jawapan penolakan mereka kurang tepat. Saya menyedari murid
kurang faham dengan konsep pengumpulan semula, iaitu proses peminjaman.
Kesilapan berlaku apabila murid melakukan peminjaman berturut-turut. Masalah
yang dihadapi oleh murid-murid menarik perhatian saya untuk mengkaji tindakan
yang boleh mengelakkan kesilapan dalam operasi tolak ini daripada terus berlaku.
Refleksi Nilai Pendidikan
Murid didedah dengan Kemahiran Menolak dalam subjek Matematik sejak sekolah
rendah. Apabila menerusi pembelajaran ke sekolah menengah, murid yang masih
kurang menguasai kemahiran-kemahiran ini akan menjejaskan penguasaan ilmu
pengetahuan murid yang selanjutnya dalam subjek Matematik. Selain itu, sayaan ini
juga melihat sejauh mana kaedah pengajaran tolak bertangga dapat meningkatkan
pencapaian dan penguasaan murid dalam kemahiran tolak ini. Kajian ini juga dapat
dijadikan rujukan bagi pihak kementerian pelajaran untuk merancangkan sukatan dan
hasil pembelajaran yang sesuai dengan murid setiap tahap.
FOKUS KAJIAN
Cikgu, saya tidak faham macam mana hendak kumpul semula di sifar?. Kenyataan
ini merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan murid-murid membuat
kesilapan dalam operasi tolak mengumpul semula melibatkan penolak sifar. Masalah
ini juga didapati di dalam kajian Johari (2010) yang menyatakan murid-muridnya
tidak dapat mengumpul semula terutamanya apabila bertemu dengan angka sifar.
Saya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Untuk mengenalpasti isu ini benarbenar berlaku, saya telah melakukan satu ujian diagnostik untuk mengesan kesilapan
murid-murid. Jadual 1.1 merupakan beberapa contoh kesilapan yang dapat dikesan
dalam ujian diagnostik murid-murid pada awal praktikum.
Jadual 1.1 : Contoh Langkah Kerja Murid dalam Ujian Diagnostik

Mengumpul semula di Menggunakan angka yang Meletakkan nilai yang


baris bawah (nombor yang lebih besar untuk menolak salah selepas kumpul
semula.
ditolak)
angka yang lebih kecil.

Berdasarkan kepada fokus kajian, saya membuat keputusan untuk membantu subjek
A, B dan C bagi menguasai kemahiran menolak mengumpul semula melibatkan
penolak sifar dengan memperkenalkan kaedah tolak bertangga. Pada permulaannya,
bahan konkrit digunakan sebagai asas pengukuhan kepada konsep pengumpulan
semula. Rawatan saya bermula dari yang mudah ke yang kompleks dengan mula dari
dua nilai tempat, diikuti oleh tiga nilai tempat dan empat nilai tempat.
Tinjauan Awal
Jadual 1.2 : Soalan-soalan temubual untuk tinjauan masalah
Soalan-Soalan Temu Bual
1. Boleh memperkenalkan diri?
2. Pada pendapat anda,
anda rasa tolak dengan mengumpul semula
melibatkan
sifar itu susah atau tidak? (Jika ya, apa masalah
dihadapi semasa menolak?)
3. Adakah anda keliru semasa meminjam dari sebelah
apabila tolak
bentuk lazim?
4. Boleh tunjukkan bagaimana menolak 1000-953?
Bolehkah
terangkan proses pengumpulan semulanya?

yang
yang
dalam
anda

Berdasarkan temubual tinjauan awal, murid-murid menghadapi masalah semasa


menolak mengumpul semula melibatkan penolak sifar dan keliru apabila meminjam
dari sebelah. Justeru, murid-murid tidak dapat menolak dengan betul sebelum
rawatan diperkenalkan.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk:
Mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah tolak bertangga dalam
membantu murid menolak dengan mengumpul semula melibatkan penolak
sifar.
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:
Adakah penggunaan kaedah tolak bertangga dapat meningkatkan pencapaian
murid dalam kemahiran menolak dengan mengumpul semula penolak
melibatkan sifar?
Bagaimanakah penggunaan kaedah tolak bertangga dapat membantu murid
menolak dengan mengumpul semula melibatkan penolak sifar?
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Pelaksanaan kajian tindakan ini dan jangka masa pengumpulan data adalah 4 minggu
seperti berikut:
Jadual 1.3: Tarikh Pelaksanaan Tindakan
Tindakan
Ujian Diagnostik
Ujian Pra
Sesi Rawatan 1
Sesi Rawatan 2
Sesi Rawatan 3
Ujian Pasca
Temubual

Tarikh Pelaksanaan
7 Feb 2014
9 Julai 2014
10 Julai 2014
14 Julai 2014
22 Julai 2014
22 Julai 2014
23 Julai 2014
3

Prosedur Pelaksanaan Kajian Tindakan

Ujian Pra

Ujian Diagnostik

Temu Bual

Pelaksanaan Rawatan
- Sesi 1
- Sesi 2
- Sesi 3
+ Pemerhatian

Rekod
Kemajuan
Murid

Ujian Pasca

Rajah 1.1: Prosedur Pelaksanaan Kajian Tindakan


Sebelum kajian dijalankan, murid-murid diberi ujian diagnostik untuk mengenalpasti
masalah murid. Selepas itu, ujian pra diberi kepada murid sebelum rawatan
dijalankan untuk mengesan tahap penguasaan mereka dalam menguasai kemahiran
menolak dengan mengumpul semula melibatkan penolak sifar. Pelaksanaan rawatan
sebanyak 3 sesi dijalankan selepas ujian pra. Setiap sesi dijalankan selama 1 jam.
Pemerhatian dijalankan ke atas murid-murid semasa rawatan. Sesi rawatan
dijalankan secara berkumpulan dan individu. Pada hujung setiap sesi rawatan, murid
akan diberikan satu rekod kemajuan yang berkaitan dengan peringkat tolak bertangga
yang dipelajari. Selepas murid menggunakan tolak bertangga, murid-murid
ditemubual beberapa soalan berkaitan dengan pembelajaran kaedah ini. Selepas
tamat sesi rawatan, murid-murid diberikan ujian pasca untuk menentukan tahap
penguasaan murid terhadap menolak mengumpul semula melibatkan penolak sifar.
Pelaksanaan Sesi-sesi Rawatan
i.

ii.

Guru menunjukkan perkaitan antara sepuluh sa dengan satu puluh dengan


menggunakan batang-batang ais-krim. Murid-murid menggabungkan batangbatang ais-krim supaya dapat sepuluh batang. Konsep mengumpul semula
ditegaskan, iaitu sepuluh sa sama dengan satu kumpulan puluh. (Peringkat
Konkrit untuk memperkenalkan konsep Pengumpulan Semula)
Guru menunjukkan cara menolak dengan menggunakan kaedah tolak
bertangga. (Peringkat Pengabstrakan untuk memperkenalkan konsep
Pengumpulan Semula)
2

10

5
5

Rajah 1.2: Cara Menolak Dengan Tolak Bertangga


iii.
iv.
v.

Murid-murid diberikan soalan-soalan penolakan sehingga 2 nilai tempat


untuk diselesaikan dalam kumpulan.
Murid membuat lembaran selepas tamat sesi rawatan.
Langkah ii-v diulang pada sesi rawatan kedua (3 nilai tempat) dan ketiga (4
nilai tempat).
4

KAEDAH MENGUMPUL DATA


Ujian Pra
Ujian pra terdiri daripada soalan-soalan daripada tajuk menolak mengumpul semula
melibatkan penolak sifar. Soalan ujian pra terdiri daripada 8 soalan. Miskonsepsi
murid-murid dapat dikenalpasti melalui ujian ini.
Ujian Pasca
Setelah murid-murid didedahkan dengan kaedah tolak bertangga untuk 3 sesi
rawatan, ujian pasca digunakan bagi menguji keberkesanan kaedah tolak bertangga.
Keputusan ujian pra dan pasca akan dijadualkan untuk dibuat perbandingan. Soalansoalan dalam ujian pasca adalah soalan yang setara dengan ujian pra.
Pemerhatian Berstruktur
Rakaman video diambil untuk menjalankan pemerhatian terhadap pelaksanaan sesisesi rawatan saya. Langkah-langkah murid-murid menolak direkodkan dan dianalisis
berdasarkan item-item yang disenaraikan dalam borang rekod pemerhatian.
Dokumen-dokumen
Dokumen-dokumen saya gunakan ialah rekod kemajuan murid pada akhir sesi
rawatan. Data daripada rekod-rekod kemajuan menunjukkan penguasaan subjek
kajian dalam menjawab soalan penolakan dengan menggunakan kaedah tolak
bertangga. Kertas ujian pra dan pasca juga dianalisis dari segi kandungannya.
Temu Bual Separa Berstruktur
Saya telah menemubual ketiga-tiga subjek berdasarkan peningkatan dalam
pencapaian mereka. Tujuan temubual separa berstruktur adalah untuk mengetahui
pandangan subjek tentang pengalaman pembelajaran mereka dengan menggunakan
kaedah tolak bertangga dan sama ada tolak bertangga boleh membantu dalam
pembelajaran mereka.
ANALISIS DAN HURAIAN DATA
Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca
Untuk menjawab persoalan kajian pertama, analisis dijalankan ke atas ujian pra dan
pasca di mana markah-markah subjek-subjek direkodkan dalam jadual.
Jadual 1.4: Perbezaan Markah Subjek-subjek dalam Ujian Pra dan Pasca
Bil

1
2
3

Subjek

A
B
C

Bilangan soalan yang betul

Peratus (%)

Ujian Pra

Ujian Pasca

x

8

x

8

2
3
2

8
6
8

Ujian
Pra

Ujian
Pasca

Peningkatan

25.0
37.5
25.0

100.0
75.0
100.0

+75.0
+37.5
+75.0

Ketiga-tiga subjek telah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pasca.


Peningkatan ini membuktikan kaedah tolak bertangga membantu subjek-subjek
semasa menolak.
5

Jadual 1.5: Perbandingan Min Markah Subjek dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca
Subjek

Ujian
Pra (%)

Ujian
Pasca (%)

A
B
C
Min

25.00
37.50
25.00

100.00
75.00
100.00

= 29.17
Peningkatan min

= 91. 67
91.67 - 29.17 = 62.5%

Min markah telah meningkat dari 29.17 kepada 91.67, iaitu meningkat sebanyak 62.5%
setelah menggunakan kaedah tolak bertangga. Dapatan ini selari dengan kajian yang
dijalankan oleh Johari (2010) di mana dapatan kajiannya menunjukkan peningkatan
min peratusan sebanyak 28.3% bagaimanapun kaedah rawatannya berbeza dengan
kajian ini.
Analisis Kandungan
Untuk menjawab persoalan kajian kedua, analisis kandungan dijalankan ke atas
dokumen, pemerhatian dan temubual.
Analisis Rekod Kemajuan
Jadual 1.6: Analisis Rekod Kemajuan Subjek-Subjek dalam Rawatan-rawatan
Rekod
Kemajuan
Sesi 1

Sesi 2

Sesi 3

Subjek Subjek Subjek


A
B
C
Bil Soalan yang Betul

Catatan

A:*Membuat
kesilapan
semasa
mengumpul semula.
B:*Membuat
kesilapan
dalam
mengira
C:*Membuat
kesilapan
semasa
mengira.
*Semua murid menolak dengan betul
menggunakan kaedah tolak bertangga.
*Subjek B tidak dapat menjelaskan
bagaimana mendapatkan jawapan.
*Semua murid menolak dengan betul
dan boleh menjelaskan bagaimana
mendapatkan jawapan menggunakan
kaedah tolak bertangga.

Pada sesi rawatan pertama, murid-murid masih melakukan kesilapan dalam


mengumpul semula dan kecuaian semasa mengira. Kemajuan dapat dilihat menerusi
rekod-rekod kemajuan pada sesi rawatan kedua dan ketiga. Murid-murid mahir
menolak dengan menggunakan kaedah tolak bertangga. Hal ini terbukti apabila pada
akhir sesi rawatan murid-murid berjaya menjawab semua soalan dalam rekod
kemajuan dengan betul. Saya juga mendapati bahawa ketiga-tiga murid tersebut
dapat menerangkan dengan jelas tentang langkah yang mereka gunakan untuk
menolak.
6

Analisis Pola Kesilapan dalam Ujian Pra


Kesilapan-kesilapan murid-murid dalam ujian pra boleh dikategorikan kepada
beberapa jenis. Antaranya termasuklah menggunakan angka yang lebih besar untuk
menolak angka yang kecil tidak mengira kedudukan sesuatu angka, tidak
mengurangkan nilai selepas kumpul semula, meletakkan nilai yang salah selepas
kumpul semula dan kecuaian dalam mengira. Isu menggunakan angka yang lebih
besar untuk menolak angka yang kecil tidak mengira kedudukan sesuatu angka
merupakan pola kesilapan yang paling kerap didapati dalam ujian pra. Menurut
Sourviney (1989) dalam Setian (2010), segelintir kanak-kanak tidak dapat
membalikkan proses penolakan kerana disebabkan oleh kesalahan seperti menolak
angka atas dari bawah nombor untuk mengelakkan pengumpulan semula.
Jadual 1.7 : Hasil kerja Ujian Pra dan Pasca Subjek A
Ujian
Pra

Menggunakan
angka Tidak mengurangkan Tidak mengurangkan
lebih besar untuk tolak nilai selepas kumpul nilai selepas kumpul
angka yang kecil dan semula dan cuai.
semula.
cuai.

Ujian
Pasca

Meminjam dari sebelah Memotong


dan
jika tidak cukup tolak.
mengurangkan
nilai
dan
selepas kumpul semula. Memotong
mengurangkan
nilai
selepas kumpul semula.

Jadual 1.8 : Hasil kerja Ujian Pra dan Pasca Subjek B


Ujian
Pra

Menggunakan
angka Tidak mengurangkan Cuai semasa mengira.
lebih besar untuk tolak nilai selepas kumpul
angka yang kecil.
semula dan cuai.

Ujian
Pasca

Meminjam dari sebelah Memotong


dan Mengira dengan tepat
jika tidak cukup tolak.
mengurangkan
nilai selepas
mengumpul
selepas kumpul semula. semula.
Jadual 1.9 : Hasil kerja Ujian Pra dan Pasca Subjek C

Ujian
Pra

Menggunakan
angka
lebih besar untuk tolak
angka yang kecil dan
cuai.

Tidak mengurangkan Meletakkan nilai yang


nilai selepas kumpul salah selepas kumpul
semula
dan semula dan cuai.
menggunakan
angka
lebih besar untuk tolak
angka yang kecil.

Ujian
Pasca

Meminjam dari sebelah Mengurangkan


nilai Meletakkan nilai yang
jika tidak cukup tolak.
selepas kumpul semula betul selepas kumpul
dan
semula.

Perbandingan kerja murid sebelum dan selepas pelaksanaan kaedah tolak bertangga
menunjukkan bahawa murid-murid menunjukkan peningkatan dan mampu
menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul semula yang melibatkan sifar.
Setian (2010) dalam kajiannya juga membandingkan kerja murid-murid sebelum dan
selepas pelaksanaan rawatan. Dapatan ini selari dengan kajian Setian yang
menyatakan bahawa kebanyakan murid-murid dapat menjawab dengan betul soalan
yang diberikan melalui kaedah Step-Ladder Subtraction.
Analisis Temubual
Jadual 1.10: Transkrip temubual dengan subjek tentang konsep pengumpulan
semula di angka sifar di bawah topik tolak
Subjek

Sebelum

Selepas

Soalan: Pada pendapat anda, anda rasa tolak dengan mengumpul semula
yang melibatkan sifar susah atau tidak. (Kalau ya, apa kesulitan yang anda
hadapi semasa menolak?)
Susah cikguSaya tidak faham Errrsifar-sifar tu tak susah
bagaimana kumpul semula di sifar
la cikgu.
Sifar itu susah sangat laa Sifar yaarr..tidaksenang nak
cikgu..Kena pinjam sana dan sini tu buat
yang susah
Emmtidak..taktak sangat..
Tak lahsaya boleh buat
8

Jadual 1.11: Transkrip temubual dengan subjek tentang proses peminjaman di bawah
topik tolak
Subjek

Sebelum

Selepas

Soalan: Adakah anda keliru semasa Soalan: Adakah tolak bertangga


meminjam dari sebelah apabila membantu anda memahami proses
tolak dalam bentuk lazim. Kenapa? peminjaman?
Kerana emmmemmmkerana Ya..
pinjam banyak kali itu saya keliru
cikgu
Sedikit cikgu lepas pinjam itu tak boleh bantu..
tahu nombor itu kena letak nilai
apa
Kadang keliru..
ErrrerrBoleh..Membantu

Sebelum rawatan diberikan, murid-murid berpendapat bahawa mengumpul semula di


angka sifar itu susah dan keliru apabila meminjam dari sebelah semasa tolak.
Temubual menunjukkan murid-murid telah memahami konsep pengumpulan semula
dan proses peminjaman di angka sifar selepas rawatan diberikan menerusi kaedah
tolak bertangga. Temubual ini menyokong data-data pemerhatian.
Analisis Borang Rekod Pemerhatian
Menurut Brown (1991) dalam Setian (2010), kaedah pemerhatian adalah penting
kerana ia membantu saya untuk mengumpul data yang mendalam tentang sesuatu
tingkah laku.
Jadual 1.12: Kod-kod Pemerhatian
Kod-kod
P1

Perkara yang Diperhatikan


Menyusun nombor dalam bentuk lazim mengikut nilai tempat dengan
betul semasa menolak.
Mula tolak dari nilai tempat (sa) yang betul.
Mengumpul semula semasa menolak dengan tepat.
Meletakkan nilai yang betul di nilai-nilai tempat setelah mengumpul
semula.
Menolak dengan betul.
Boleh menerangkan proses penolakan dengan betul.

P2
P3
P4
P5
P6

Jadual 1.13: Analisis Rekod Pemerhatian Rawatan-rawatan


A

R1
B

P2

P3

P4

Item
P1

R2
B

R3
B

Catatan

P5

P6

Pada sesi rawatan pertama, murid-murid masih menghadapi masalah dalam


mengumpul semula, maka tidak dapat menolak dengan betul serta tidak dapat
menjelaskan proses penolakan dengan betul. Murid-murid masih kurang mahir
menggunakan kaedah tolak bertangga untuk menolak. Situasi ini bertambah baik
pada sesi rawatan seterusnya kerana murid-murid telah dapat menolak dengan
menggunakan kaedah tolak bertangga. Pada akhir sesi rawatan ketiga, murid-murid
telah dapat menolak dengan betul dan berupaya menjelaskan langkah menolak
dengan betul.
REFLEKSI DAN IMPLIKASI KAJIAN
Dalam kajian tindakan ini, saya telah cuba satu kaedah alternatif, iaitu penggunaan
kaedah tolak bertangga yang merupakan kaedah pertama kali saya aplikasikan. Saya
sedar bahawa saya sepatutnya berani mencuba kaedah pengajaran baru supaya dapat
membantu murid mengatasi masalah tertentu.
Refleksi ke Atas Subjek Kajian
Kesilapan murid dapat dikenalpasti dan tindakan diambil untuk menambahbaik
miskonsepsi murid-murid. Kesilapan-kesilapan boleh dikategorikan kepada jenisjenis seperti yang dipaparkan di atas. Subjek-subjek menerima satu kaedah tolak
alternatif untuk mengatasi masalah yang dihadapi semasa tolak, iaitu mengumpul
semula di angka sifar dan akhirnya berjaya menolak dengan betul.
Refleksi Kendiri
Saya dapat meningkatkan ketelitian dari segi semakan ke atas ujian diagnostik, ujian
pra dan rekod kemajuan murid dan menjadi lebih fokus kepada miskonsepsi yang
dilakukan oleh murid-murid. Dari situ, saya dapat mengenal pasti sebab murid
berkenaan menolak membantu saya dalam mengetahui miskonsepsi serta tahap
penguasaan murid terhadap konsep pengumpulan semula dan seterusnya mencari
jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah murid. Mohd Salleh (1991) dalam Azizi
dan Elanggovan (2010) telah menjelaskan bahawa kefahaman konsep merupakan
perkara penting dalam pembelajaran matematik. Menerusi kajian ini, saya sedar
bahawa murid-murid perlu membina kefahaman konsep pengumpulan semula di sifar
dahulu sebelum beralih ke algorithma yang abstrak.
Tambahan pula, saya turut meningkatkan kemahiran menyoal saya. Saya telah
mempelajari cara mengemukakan soalan melalui temubual. Saya sedar bahawa saya
perlu menggunakan bahasa yang senang difahami untuk mendapat respons daripada
murid-murid. Sebagai seorang bakal guru, saya turut menyedari bahawa saya
sepatutnya berperanan sebagai pengamal reflektif. Melalui kajian tindakan ini, saya
secara tidak langsung telah sentiasa mengimbas kembali untuk mengenal pasti
permasalahan yang timbul kemudian berusaha untuk mengatasi masalah tersebut
dengan memperkenalkan kaedah tolak bertangga. Dengan itu, saya telah mempelajari
supaya sentiasa membuat refleksi dalam amalan mengajar di bilik darjah.
Di samping itu, saya telah mempelajari etika yang harus diamalkan oleh seorang saya.
Saya perlu sentiasa mematuhi etika kajian tindakan supaya menjadi seorang saya
yang beretika dan boleh dipercayai. Saya juga menyedari bahawa setiap tindakan
10

yang diambil perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak yang terlibat, sama ada
pihak sekolah atau murid-murid.
Refleksi kepada Sekolah
Rosinah (2012) dalam Wong (2012) menyatakan penyelidikan dalam pendidikan
digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengamal pendidikan.
Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat membantu pengamal pendidikan lain di
sekolah-sekolah apabila mengajar operasi tolak dengan mengumpul semula nombor
yang melibatkan penolak sifar secara tidak langsungnya.
RUMUSAN
Secara keseluruhan, objektif kajian telah tercapai. Kaedah tolak bertangga telah
meningkatkan penguasaan kemahiran menolak mengumpul semula melibatkan
penolak sifar. Pemerhatian yang dijalankan terhadap ujian pra itu mendapati
kebanyakan subjek tidak dapat menolak dengan betul kerana tidak boleh mengumpul
semula di angka sifar. Keadaan ini telah berubah dan bertambah baik selepas rawatan
dijalankan. Semasa ujian pasca dijalankan, semua subjek boleh membuat proses
peminjaman dan pengumpulan semula di angka sifar maka boleh menolak dengan
menggunakan tolak bertangga kerana telah memahami konsep yang terkandung
dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
(2001) telah menjelaskan bahawa murid yang belajar secara konstruktivisme diberi
peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Kaedah tolak
bertangga yang beorientasikan pendekatan konstruktivisme ini membolehkan muridmurid membina kefahaman tersendiri dan menolak menggunakannya.
Selain itu, subjek-subjek juga memberi respons positif tentang kaedah tolak
bertangga dapat membantu mereka meningkatkan penguasaan kemahiran menolak
mengumpul semula melibatkan penolak sifar menerusi temubual yang dijalankan.
Semua dapatan dalam analisis data-data telah menunjukkan subjek-subjek
mempunyai peningkatan positif dalam aspek penguasaan, terbukti kaedah tolak
bertangga adalah amat sesuai dan berkesan dalam membantu murid-murid menolak
mengumpul semula melibatkan penolak sifar kerana murid-murid mampu
menyelesaikan dan menerangkan dengan jelas tentang penolakan mengumpul semula
yang melibatkan sifar. Konsep pengumpulan semula dalam kaedah tolak bertangga
dibuat dari satu nilai tempat ke satu nilai tempat untuk menggambarkan proses
peminjaman dalam penolakan. Dapatan ini selari dengan Teori Pembelajaran
Hierarki oleh Gagne yang menyatakan pemeringkatan pembelajaran penting bagi
membantu pembelajaran pembelajaran pada setiap peringkat serta penyusunan
penyampaian pengajaran dan pembelajaran daripada peringkat asas kepada yang
lebih kompleks (Noriati A Rashid et.al, 2009).
TINDAKAN SUSULAN
Kajian Dalam Kumpulan Sasaran Yang Lebih Besar
Kajian ini hanya dijalankan melibatkan 3 orang subjek di sebuah sekolah sahaja.
Oleh itu, untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah tolak bertangga ini, kajian
perlu diperluaskan yang melibatkan jumlah subjek yang lebih besar dan di lebih
banyak sekolah.

11

Penambahbaikan Instrumen
Penambahbaikan instrumen seperti pemerhatian bukan sahaja terhadap langkahlangkah kerja menolak tetapi juga dilaksanakan ke atas aktiviti pembelajaran di mana
pola interaksi yang berlaku boleh dianalisis untuk mengetahui apakah yang
sebenarnya proses-proses yang terlibat yang menyebabkan peningkatan pencapaian
murid-murid. Melalui pemerhatian, dapatan kajian akan menjadi lebih telus.
Perubahan ke atas tingkah laku murid juga akan dapat dilihat dengan lebih jelas.
Penggunaan Kaedah Tolak Bertangga Yang Lebih Berkesan
Kajian yang telah dijalankan ini lebih menekankan kepada pengajaran dan
pembelajaran melalui kaedah tolak bertangga semata-mata. Aktiviti pemulihan dan
pengayaan tidak ditekankan oleh saya. Kaedah tolak bertangga harus disusuli dengan
aktiviti pemulihan atau pengayaan yang bertujuan untuk mengesan kekuatan dan
kelemahan murid-murid.
RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Elanggovan M. Savarimuthu. (2010). Kepentingan Kefahaman
Konsep Dalam Matematik
Johari, A. B. (2010). Menghadapi Angka Sifar Dalam Penolakan Pengumpulan
Semula : Strategi "Kiri Ke Kanan". Prosiding Seminar Kajian tindakan 2010,
36-37.
Noriati A. Rashid, Boon Poon Ying, Sharifah Fakhriah Syed Anmad. (2009). Murid
dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme.
Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Setian, S. B. (2010). Mengatasi Masalah Murid Dalam Penolakan Yang Melibatkan
Sifar Dalam Minuend Melalui Kaedah Step-Ladder Subtraction. Prosiding
Seminar Sayaan 2010, 47-48.
Wong Kiong Loong (2012). Penggunaan Garis Nombor Berhujan untuk Membantu
Murid Membundarkan Nombor. Prosiding Seminar Kajian tindakan 2012,
125-127

12

También podría gustarte