Está en la página 1de 27

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

1.0

Pengenalan
Pendidikan di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak secara
menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui
persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan,
kreatif dan bermakna.
Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk
konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran
sedia ada dan bersedia untuk menangi cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah
kelak. Ibu bapa serta guru di sekolah rendah pula mengharapkan murid yang dididik dari
prasekolah telah dapat menguasai empat kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira
dan menaakul.
Untuk memastikan matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu
dijalankan untuk menilai perkembangaan kanak-kanak dari semasa ke semasa dalam
aspek-aspek yang dikenal pasti. Pentaksiran yang dicadangkan adalah pentaksiran secara
formatif dan autentik melalui pengajaran dan pembelajaran harian.
Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan
kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran dan penilaian
merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu,
kemahiran guru prasekolah dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian amat membantu
dalam mengenalpasti tahap kecergasan dan perkembangan murid.
Untuk membuat instrument pentaksiran pula, guru perlu mendalami konsep
pentaksiran dan penilaian supaya instrument yang digunakan sah dan sahih untuk
digunapakai seterusnya memberikan keputusan yang boleh membantu dalam memberi
gambaran sebenar perkembangan seseorang murid tersebut.
Oleh itu, maklumat yang diperolehi daripada melaksanakan kerja kursus ini amat
membantu serta member pengalaman kepada kerjaya kelak.
1.1

Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat

pertimbangan tentang hasil daripada sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan
pentaksiran merupakan satu kesinambungan dalam proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat
tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan
satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam
sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.
Berikut merupakan definisi pentaksiran mengikut beberapa orang tokoh. Menurut Dunn
(1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya
1 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka. Dodge et. Al (1994)menyatakan bahawa
pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam
aspek

pengetahuan,

kemahiran

dan

perkembangan

mereka

yang

dinilai

melalui

pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak. Dalam Kurikulum


Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pula menyatakan bahawa pentaksiran
ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan tentang
produk sesuatu proses pendidikan. Munurut Kementerian Pelajaran lagi ia merupakan
proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar
secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.
Noraini Idris (2008) menyatakan pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan
menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki
proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat
formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk
menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh
ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan untuk
mentaksir

kemahiran pelajar. Menurutnya

lagi,

pentaksiran sebagai

pembelajaran

menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman


pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk
memperbaiki pelajar. Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan membuat
klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), menghuraikan pentaksiran sebagai
sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara
berterusan. Dalam kontekspendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor
(markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi
sesuatu tujuan tertentu. Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran
tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.
Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk
skor. Skor mestilah sari dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta
mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul
maklumat tentang perkembangaa murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap
mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Proses dalam pentaksiran
2 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterprestasi maklumat yang


diperoleh.
Kesimpulannya pentaksiran membelajaran pembelajaran di mana dapat menggalakkan
seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam
proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Di
samping membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan
kelemahan pelajar.

2.0

BANDING BEZA KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM


PENGAJARAN DAM PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA.
PENGUJIAN

PENGUKURAN/
PENTAKSIRAN

3 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

PENILAIAN

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

DEFINISI

TUJUAN

KEGUNAAN

BENTUK

CARA/PROSES

Alat pengukuran

Proses menentukan

.Proses menentukan

perubahan sesuatu

peringkat pencapaian

perubahan

aspek tingkah laku.

dan kedudukan

tingkahlaku dan

pelajar

membuat

Menentukan

Untuk membuat

pertimbangan nilai.
Memberi maklumat

pencapaian sesuatu

pengelasan bagi

tentang pencapaian

pembelajaran.

pencapaian dan

objektif pembelajaran,

kedudukan dalam

kaedah mengajar dan

pembelajaran.

kurikulum.

Untuk menempatkan

Untuk Pengelasan,

Untuk membaiki

murid-murid dlm

pensijilan dan

rancangan mengajar,

kumpulan yg sesuai.

menempatkan murid

kurikulum,

dalam jurusan yang

pengesanan punca

sesuai dan untuk

kelemahan dan

Pemerhatian.

penyelidikan.
Set ujian bertulis

membuat ramalan.
Jadual.

Ujian lisan.

dengan markah dan

Gred berdasarkan

Bertulis.

gred.

teknik perangkaan.

Persediaan Ujian. - Proses pengujian.


Pntadbiran
- Merekod
Pemeriksaan..
markah/gred.

PENGUJIAN

MASA

LIPUTAN

PENGUKURAN/
PENTAKSIRAN

penganalisisan.
- Proses interprestasi.
- Melapor.
- Tindakan.

PENILAIAN

Selepas

Selepas

Sebelum, semasa,

pembelajaran.

pembelajaran.

selepas

Terhad pada sesuatu

Sesuatu peringkat

pembelajaran.
Dari sesuatu

kemahiran atau

pembelajaran.

pembelajaran tertentu

pembelajaran.
KEPUTUSAN

- Proses pengukuran.
- Proses

Menunjukkan prestasi

4 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

ke seluruh kurikulum.
Menunjukkan

Menunjukkan

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

sesuatu kemahiran

pencapaian secara

pencapaian

atau penguasaan

relatif.

keseluruhan tetapi

pembelajaran yang

tidak semestinya

spesifik.

membayangkan
kebaikan seorang
individu.

3.0

DOMAIN TAKSONOMI BLOOM DAN ANALISIS 10 SOALAN OBJEKTIF MENGIKUT


ARAS DOMAIN TAKSONOMI BLOOM.
3.1
Taksonomi Bloom
TAHAP

ISTILAH

Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh,
peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan,
namakan, labelkan.

5 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang
lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah,
memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,
tulis semula.

Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk
menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori,
formula. Bina graf daripada data, dll.

Selesaikan, ramalkan,
cari, kesilapan, bina
alat.

Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta
daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur
organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri,
menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun,


kembangkan.

Penilaian

Pilih, berikan alasan,


kritikan, buktikan.

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan


dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Jadual 1.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

3.2

Analisis 10 Soalan Objektif Mengikut Aras Domain Taksonomi Bloom.


3.2.1

20 Item Ujian Objektif Aneka Pilihan

1. Burung itu ___________ pulang ke sarang selepas mencari makanan. (tahap rendahpengetahuan)
A. Berlari
B. Menyusur
C. Mengepak
6 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

D. Terbang
2. Saya, Rania dan Lina pergi ke perpustakaan setiap hujung minggu. __________ pergi ke
perpustakaan dengan menaiki bas. (tahap rendah- pemahaman)
A. Dia
B. Mereka
C. Kamu
D. Kami
3. Sikap Rozali yang kedekut menyebabkan dia kehilangan banyak kawan. Pilih perkataan
seerti bagi kedekut. (tahap rendah pemahaman)
A. Bakhil
B. Culas
C. Liat
D. Pemurah
4. Laila sangat taat akan suaminya. Perkataan berlawan bagi taat ialah. (tahap rendahpemahaman)
A. Derhaka.
B. Setia.
C. Benci.
D. Bosan.
5. Nenek Aishah _______________ sebaldi air ke arah kambing yang merosakkan pokok
sirehnya. (tahap rendah-pengetahuan)
A. Membaling
B. Menuang
C. Menyiram
D. Menyimbah
6. ______________ itu sedang berenang-renang di dalam kolam. (tahap rendah- pengetahuan)
A. Kekelip
B. Kekura
C. Pepatung
D. Tetupai
7. Pilih ayat yang betul. (tahap rendah-pengetahuan)
7 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

I.

Beliau melaporkan dari Paris berita itu tentang nahas udara.

II.

Umur bapa kamu berapakah, Kudin?

III.

Pembahas pertama pasukan pencadang bijak mematahkan hujah pihak lawan.

IV.

Pihak polis memberkas dua orang pemuda yang dipercayai terlibat dalam sindiket
pemalsuan wang.

A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. II, III, dan IV.

Keputusan peperiksaan Azman semakin meningkat dari sehari


kerana dia rajin belajar :
8. Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas. (tahap sederhana-aplikasi)
A. Ada udang di sebalik batu.
B. Bagai melepaskan batuk di tangga.
C. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
D. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.
Soalan 9 dan soalan 10.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. (tahap sederhana-aplikasi)
9. A. Anak Pak Abu sudah besar.
B. Keris panjang alat besar negara.
C. Pak Mat sedang besar rumahnya.
D. Hatinya besar setelah mendapat hadiah.
10. A. Dia lalu mengangkat batu yang berat itu. (tahap sederhana-aplikasi)
B. Jangan lalu di kawasan itu.
C. Abu lalu bermain dengan kawannya.
D. Siti ke dapur lalu menjerang air.
11. Ibu memasak rendang ayam kegemaran kami sekeluarga. (tahap sederhana-analisis)
A. Kami sekeluarga memasak rendang ayam kegemaran ibu.
B. Ibu kegemaran kami menyediakan rendang ayam untuk kami.
C. Ibu memasak rendang dan ayam kegemaran kami.
D. Rendang ayam kegemaran kami sekeluarga dimasak oleh ibu.

8 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Kempen Kesihatan itu dilancarkan di Menara Kuala Lumpur. (tahap sederhana-analisis)
A. Apakah tujuan Kempen Kesihatan itu dilancarkan?
B. Bilakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan?
C. Di manakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan?
D. Siapakah yang merasmikan Kempen Kesihatan tersebut?
13. Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang betul. (tahap sederhana- aplikasi)
A. Pemanah itu melepaskan anak panah dan tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
B. Ayah berpesan kepada kakak supaya menjaga adik ketika beliau bekerja.
C. Ibu membeli baju baru kepada adik agar adik gembira.
D. Dia membasuh baju tetapi menjemurnya.
14. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. (tahap sederhanaanalisis)
I.

Sungai Rajang di Sarawak mempunyai cabang yang banyak.

II.

Bangunan yang cabang itu hampir roboh.

III.

Syarikat itu mempunyai cabang di seluruh negara.

IV.

Salah satu cabang Kursus Sebarab Am ialah Kursus Penyiaran.

A. I dan II sahaja.
B. I dan IV sahaja.
C. II dan IV sahaja.
D. I, III dan IV sahaja.

Soalan 15 17
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya
yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan
buangan

industri,

asap ekzos

kenderaan,

tindakan pembalakan

dan sebagainya

yang

mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan
buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk
menangani
9 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

pencemaran.

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap
pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan
udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap
pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon
dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini
seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami
masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan
udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini
mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan
tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat
tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan
akan

terdedah

kepada

pelbagai

penyakit

dan

hasil

keluarannya

akan

terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai
bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan
akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke
dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran
bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang
memberi kesan menyeluruh kepada bumi.
Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan.
Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan
dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan
lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan
rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan
memulihkannya.
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita
menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon
sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon
dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan
meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera
tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada
umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih ketat
perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka
agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

10 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

15. Apakah yang anda faham mengenai petikan di atas? (tahap tinggi- sintesis)
A. Kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.
B. Faktor pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.
C. Ciri-ciri pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.
D. Cara mengatasi pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.
16. Sebagai individu, cadangkan langkah yang paling sesuai bagi mengurangkan pencemaran
udara. (tahap tinggi - sintesis)
A. Tidak membuang sampah /toksid ke dalam sungai.
B. Menggunakan pengangkutan awam.
C. Mengenakan tindakan kepada pembalak haram.
D. Menguatkuasakan undang-undang
17. Pada pandangan anda, apakah cara mengatasi pencemaran udara yang boleh dilakukan
secara individu? (tahap tinggi-penilaian)
A. Menggunakan pengangkutan awam.
B. Menanam pokok di sekeliling rumah.
C. Tinggal di rumah
D. Memakai topeng muka

Soalan 18-20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Felda Veg Oil Prod,
Kom Bandar, Sahabat,
PS 617-37,
91125 Lahad Datu,
Sabah.
11 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

3 Mac 2012
Menemui saudara Ignatius Petrus yang berada di Kuching, semoga berada dalam keadaan
ceria selalu.
Saudara,
Apa khabar sekarang? Saya berharap agar saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat wal
afiat. Saya memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudara tempoh hari. Sebenarnya saya
baru sahaja pulang bercuti di kampung ayah saya di Ranau. Sepanjang seminggu di sana, saya
telah melawat tempat-tempat yang menarik. Ranau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak
kira-kira 110 kilometer dari Kota Kinabalu. Kebanyakan penduduk di sini ialah suku kaum Dusun.
Saya berkesempatan melawat Kolam Air Panas Poring. Poring adalah antara destinasi pelancongan
yang popular di Ranau. Telaga air panas ini terletak kira-kira 13 kilometer dari pekan Ranau.
Banyak orang mandi di kolam air panas ini kerana mereka percaya bahawa air yang mengandungi
sulfur semula jadi itu dapat menyembuhkan penyakit kulit.
Di kawasan Kolam Air Panas Poring ini juga terdapat Taman Orkid, Taman Rama-rama, dan Taman
Tropika Poring. Saya dan ibu berpeluang melawat Taman Orkid. Di Taman Orkid, pokok-pokok orkid
ditanam terus pada batang kayu di dalam rumah hijau. Taman Tropika Poring pula merupakan
kawasan pemuliharaan lebih daripada 100 spesies burung, orang utan, dan rusa. Taman ini dibina
untuk memastikan spesies hidupan liar tersebut tidak diancam kepupusan. Haiwan di sini bebas
mencari makanan, tempat tinggal, dan pasangan untuk menambahkan populasi.
Saya dan abang juga tidak melepaskan peluang untuk meniti jambatan gantung di taman ini yang
panjangnya 600 kaki. Pada mulanya, saya berasa gayat. Lama-kelamaan saya dapat meniti
jambatan itu hingga ke hujungnya. Saya turut melawat Gua Kelawar Kipungit.
Hingga di sini sahaja yang dapat saya ceritakan kepada saudara. Semoga kita bertemu lagi dalam
lembaran yang lain. Sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara sekalian. Sekian, terima
kasih.
Sahabatmu,
Ryan
18. Mengapakah Ryan terlewat membalas surat Ignatius? (tahap tinggi-sintesis)
A. Ryan ketika itu itu berada di Kuching.
B. Ryan baru pulang daripada bercuti di Ranau.
C. Ryan memang sengaja berlengah untuk membalas surat itu.
D. Ryan dan keluarganya pergi bercuti ke Lahad Datu selama seminggu.
19. Apakah kesitimewaan Kolam Air Panas Poring? (tahap tinggi-penilaian)
A. Pemandangan di kolam air panas itu sangat indah.
12 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

B. Air panas di kolam itu dapat menyembuhkan penyakit kulit.


C. Jaraknya yang tidak berapa jauh dari bandar Kota Kinabalu
D. Kolam air panas itu mempunyai kemudahan asas yang lengkap.
20. Rangkai kata kawasan pemuliharaan dalam petikan membawa maksud... (tahap tinggisintesis)
A. Tempat memberi makan minum secukupnya kepada haiwan liar.
B. Tempat hidupan liar tidak diancam oleh para pelawat.
C. Tempat merawat hidupan liar supaya sentiasa dalam keadaan sihat.
D. Tempat memelihara, menjaga dan melindungi hidupan liar.

IV.1

MEMBINA JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU THN 5 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN


TAHUN
N0
SOALAN
1
2
3
4

TAJUK / BIDANG
Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri
Penjodoh Bilangan
Kata Perintah

13 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

ARAS KESUKARAN
1
2
3
4
5
6

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

5
Kata Sendi Nama
6
Kata Adjektif
7
Kata Adjektif
8
Kata Bilangan
9
Kata Bantu
10
Kata Kerja
11
Soalan Petikan 1
12
Soalan Esei 1
13
Soalan Esei 2
14
Soalan Esei 3
15
Soalan Esei 4
16
Soalan Esei 5
ARAS KESUKARAN
MUDAH
SEDERHANA
SUKAR
JUMLAH SOALAN

ARAS TAKSONOMI BLOOM

: PENGETAHUAN

2.

: KEFAHAMAN

3.

: APLIKASI

4.

: ANALISIS

5.

: SINTESIS

6.

: PENILAIAN

4.0

MEMBINA 10 SOALAN OBJEKTIF, 5 SOALAN KEFAHAMAN DAN 5 SOALAN ESEI


MENGGUNAKAN DOMAIN TAKSONOMI BLOOM.
4.1
20 Soalan Objektif
Soalan 1 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Ayah membawa______________sekeluarga makan angin ke Pulau Redang.
A. kami
B. kalian

14 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

C. beliau
D. kita
2. "Segala titah perintah tuanku akan _________________ laksanakan ," kata
Bendahara kepada Sultan Melaka.
A.
B.
C.
D.

beta
saya
patik
baginda

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Beberapa _______________ durian itu tidak dapat dimakan kerana isinya sudah masam.
A. sikat
B. baris
C. pangsa
D. bekas
4.

________________buang sampah di kawasan ini,kata Erfan kepada Zul.


A. Sila
B. Jangan
C. Tolong
D. Minta

5. Baka lembu susu itu berasal______________New Zealand.


A.
B.
C.
D.

dari
di
oleh
daripada

6. Arif tidak dapat melupakan peristiwa tertelan air laut yang ______________semasa
mandimanda di Pantai Teluk Kemang.
A.
B.
C.
D.

pahit
masin
payau
tawar

15 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

7. Tabiat adik yang suka tidur selepas balik dari sekolah _________________sukar
dielakkan.
A. amat
B. sekali
C. nian
D. paling
8. _____________ orang mudah hilang sabar jika selalu menghadapi
______________situasi yang
memalukan mereka.
A.
B.
C.
D.

Setengah setiap
Sebahagian .satu
Sesetengah . sesuatu
Sekalian .beberapa

9. Irfan ________________pernah sampai di Putrajaya. Oleh itu, pada cuti sekolah ini
mereka sekeluarga akan ke sana.
A.
B.
C.
D.

masih
belum
sudah
telah

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Mak Cik Kamariah sedang ________________kelapa dengan alat kukur peninggalan
neneknya.
A.
B.
C.
D.

meracik
memesin
merincih
mengukur

16 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

4.2

Lima Soalan Kefahaman

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Setiap pagi sarapan dihidangkan untuk anda. Ada nasi lemak, mi goreng, roti canai, roti bakar, dan
bermacam-macam lagi hidangan yang bersilih ganti setiap hari. Malah, ibu anda akan berleter
panjang sekiranya anda enggan menjamah hidangan tersebut. Mengapa, ya? Apa agaknya yang akan
terjadi sekiranya anda tidak bersarapan?
Anda diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan kerana sarapan penting untuk kesihatan
anda. Jangan biarkan perut anda kosong. Makanlah sedikit makanan sebagai alas perut. Jika tidak,
perut anda akan sakit. Anda mungkin juga akan diserang penyakit gastrik. Jika hal ini berlaku, sudah
tentu anda tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Tugas-tugas anda yang lain akan terganggu
juga.
Sesetengah orang sanggup meninggalkan sarapan kerana ingin kurus. Ada juga yang berbuat
demikian kerana ingin berjimat cermat. Tetapi tindakan tersebut adalah berbahaya. Jangan ikat perut.
Tahukah anda bahawa perut yang kosong tidak dapat membekalkan tenaga kepada anda? Badan anda
akan menjadi lemah. Asid di dalam perut pula akan menghakis lapisan perut anda menyebabkan

17 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

perut anda sakit. Hal ini demikian kerana tidak ada makanan yang dapat diproses oleh asid tersebut
untuk disalurkan ke seluruh bahagian tubuh.
Oleh itu, bersarapanlah sebelum anda memulakan hari anda. Mudah-mudahan kesihatan anda
terjaga dan terang hati anda ketika menghadapi pelajaran. Namun begitu, anda tidak seharusnya
makan terlalu banyak kerana dikhuatiri anda akan kekenyangan dan berasa mengantuk. Makanlah
dalam kuantiti yang sederhana kerana banyak makan akan mendatangkan penyakit. Jadi, beringatingatlah. Kata orang, perut punca segala penyakit.
31. Mengapakah kita diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan?
A.

kerana ibu akan berleter jika kita tidak makan

B.

kerana sarapan penting untuk kesihatan

C.

kerana banyak makanan lazat dihidangkan untuk sarapan

D.

kerana kita tidak akan pandai jika tidak bersarapan

32. Apakah akibatnya jika kita tidak bersarapan?


A.

kita akan diserang penyakit gastrik

B.

kita tidak akan bersemangat untuk belajar

C.

kita akan menghadapi masalah kesihatan

D.

kita akan dapat menguruskan badan

33. Apakah salah satu punca sakit perut?


A.

terlalu banyak makan ketika lapar

B.

tidak makan makanan yang berkhasiat ketika bersarapan

C.

tiada tenaga yang dibekalkan oleh perut yang kosong

D.

lapisan perut dihakis oleh asid kerana tiada makanan untuk diproses

34. Nyatakan maksud simpulan bahasa ikat perut.


A.

menahan lapar kerana ingin berjimat

B.

tidak ada selera makan

C.

makan sedikit sebagai alas perut

D.

berpuasa kerana ingin menguruskan badan

18 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

35. Pada pendapat anda, apakah tujuan kita makan?


A.

untuk mengelakkan rasa lapar yang berpanjangan

B.

untuk menikmati makanan yang lazat dan pelbagai

C.

untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan

D.

untuk mengawal berat badan yang semakin kurang

4.3

Lima Soalan Esei

Soalan 1: Memindahkan Maklumat


Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan


19 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah kata.
1

Sewaktu anda dalam perjalanan pulang ke rumah, anda terpandang akan seekor anak
kucing yang basah kuyup di tepi jalan.
Ceritakan tindakan yang anda ambil terhadap anak kucing itu dan peristiwa
yang berlaku seterusnya.

Anda baru saja menerima sepucuk surat daripada rakan lama anda yang telah
berpindah ke sekolah lain. Rakan anda ingin mengetahui perkembangan sekolah lamanya
daripada anda.
Balas surat rakan lama anda itu.

Anda bersetuju dengan pendapat sesetengah orang bahawa belajar bersendirian lebih baik
daripada belajar secara berkumpulan.
Tulis pendapat anda itu selengkapnya

20 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

Soalan 3: Membina Ulasan


Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam
satu perenggan.

Negeri Hang Tuah indah ceria,


Pantainya bersih tiada sampah;
Bertuah kita rakyat Malaysia,
Buminya indah khazanah melimpah.
Turun-temurun, hidup bersatu,
Rakyat Malaysia pelbagai kaum;
Sukar digugat perpaduan jitu,
Pelancong asing berasa kagum.
Spesies haruan, toman, dan keli,
Terdapat banyak di Tasik Bera;
Kekalkan kemakmuran kukuhkan ekonomi,
Pergiat usaha makmurkan negara.
Pangkor dan Tioman tumpuan pengunjung,
Perairannya jernih bagai cermin;
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,
Amalkan sentiasa kesejahteraan terjamin.

Soalan 4: Memindahkan Maklumat


21 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 5: Menulis Karangan


22 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah kata.

1
Andaikan bahawa anda dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah. Anda diminta
menyampaikan ucapan atas pelantikan tersebut.
Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

Andaikan bahawa anda pembangkang dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk

Tinggal di Rumah Lebih Baik daripada Tinggal di Asrama Sekolah.


Sediakan hujah-hujah anda selengkapnya.

Andaikan bahawa anda seekor burung yang dipelihara di dalam sangkar.

Tulis karangan yang menarik tentang diri anda.

23 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

Soalan 6: Membina Ulasan


Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam
satu perenggan.

Hari itu hari minggu. Nazim mengikut ayahnya ke pasar raya untuk membeli- belah.
Sepanjang perjalanan, Nazim berbual-bual dengan ayahnya tentang pelbagai
perkara. Antara topik utama perbualan mereka ialah pentingnya mematuhi peraturan di
jalan raya.
Nazim kagum akan sikap ayahnya.
Beliau bukan saja memandu dengan cermat,
malah sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya. Ayahnya tidak pernah mengherdik
pemandu lain walaupun sesetengah pemandu memandu secara berbahaya dan melanggar
peraturan lampu isyarat.
Selain itu, Nazim kagum akan sikap ayahnya yang mudah memberikan pertolongan kepada
orang lain.
Misalnya, hari itu ayahnya membantu membaiki kerosakan enjin kereta
seorang wanita. Walaupun wanita itu ingin memberinya wang, namun ayah menolaknya
atas alasan pertolongannya itu ikhlas.
Ayah Nazim bijak juga mengurus perbelanjaan. Beliau sentiasa berjimat cermat ketika
berbelanja. Beliau lebih dahulu merancang barang-barang yang hendak dibeli dan
menganggarkan kosnya.
Sememangnya,
Nazim berasa bertuah dan berbangga mempunyai ayah yang
bertanggungjawab terhadap keluarganya. Nazim berazam untuk mencontoh perilaku
ayahnya itu.

24 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

5.0

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan
kepada kedua ibu bapa saya atas segala pertolongan dari segi materialistik dan sokongan
moral yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah
pembimbingan atas segala tunjuk ajar yang diberi. Tidak dilupakan juga kepada semua yang
telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini.
Tugasan pada kali ini memerlukan saya untuk menghuraikan perbezaan konsep
pengujian, pengukuran, dan penilaian serta menganalisis soalan mengikut aras Taksonomi
Bloom. Selain itu, saya perlu menyediakan satu JSU dan membina 10 item soalan objektif,
lima soalan kefahaman serta lima soalan esei.
Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih lagi mengenai kepentingan
menyediakan JSU sebagai garis panduan dalam merancang soalan. Saya juga lebih jelas
mengenai hubung kait antara JSU dengan perancangan membina soalan. Sebelum ini, saya
tidak jelas mengenai kepentingan menyediakan JSU namun setelah melakukan tugasan ini,
saya lebih faham dan dapat menyediakan JSU berserta item soalan. Pengetahuan baru ini
akan memudahkan saya untuk menyediakan set soalan kepada murid pada masa akan
datang.
Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya mengalami masalah kekangan masa
menyiapkan tugasan memandangkan tugasan diberi semasa praktikum dijalankan. Saya
terpaksa membahagikan masa di antara menyiapkan tugasan dan juga membuat
persediaan penilaian pensyarah dalam tempoh praktikum.
Di samping itu, saya mengalami masalah mencari maklumat yang dikehendaki oleh
pensyarah.Bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti, saya telah mencari maklumat dari
pelbagai sumber seperti buku rujukan di perpustakaan. Malah bagi mendapatkan maklumat
yang bersifat fakta, saya perlu sentiasa membuat rujukan di buku dan juga di internet bagi
memilih isi yang terbaik dan bersesuaian untuk disampaikan kepada pensyarah
pembimbing. Selain itu, rakan-rakan juga tidak lokek untuk berkongsi sebarang maklumat
tambahan yang diperolehi dan memberi cadangan yang munasabah kepada saya
membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih mudah. Saya turut meminta
pandangan dan merujuk kepada guru Bahasa Melayu dalam menyediakan JSU dan
membina item soalan.

25 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

Dalam menyediakan tugasan ini, saya mengalami kesukaran untuk menyediakan


JSU dan membina item ujian objektif aneka pilihan. Ini kerana saya masih tidak jelas
mengenai cara menyediakan JSU dan merancang soalan berdasarkan kepada konsep
Taksonomi Bloom. Ini kerana saya tidak dapat membezakan dengan baik aras di dalam
Taksonomi Bloom dan menyediakan soalan yang bersesuaian dengan aras tersebut.
Benarlah kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Tanpa usaha keras dan kesabaran, sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan
jayanya mengikut tempoh yang diberi. Diharapkan tugasan ini dapat mencapai standart
yang diinginkan oleh pensyarah. Sekian, terima kasih.

26 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

6.0

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor : Universiti
Teknologi Malaysia Skudai.
Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Ramina Haji Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

27 | Nor Mazitah Mahussin PPG PJM 2

También podría gustarte