Está en la página 1de 6

90

AYAT TANYA
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
1.

Bapa Azman abang emak saya yang sulung. Jadi, saya memanggilnya Pak Long.
A

Bagaimanakah hubungan kamu dengan Pak Long, Azman?

Apakah hubungan Pak Long dengan emak kamu, Azman?

Mengapa kamu memanggil bapa Azman Pak Long?

Adakah kamu memanggil Pak Long kerana bapa Azman abang emak kamu?
UPSR 1990

Sambutan Hari Guru diadakan pada 16 Mei tiap-tiap tahun sebagai mengenang jasa dan
pengorbanan guru kepada masyarakat.
A

Apakah tujuan mengadakan sambutan Hari Guru pada 16 Mei tiap-tiap tahun?

Bilakah sambutan Hari Guru diadakan?

Mengapakah masyarakat mengadakan sambutan hari guru pada 16 Mei tiap-tiap


tahun?

bagaimanakah sambutan hari guru aiadakan pada tiap-tiap tahun?


UPSR 1990

Sekiranya hujan, Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah akan diadakan di dewan sekolah, kata
Guru Besar itu.
A

Mengapakah Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah akan diadakan di dewan


sekolah sewaktu hujan?

Bagaimanakah Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah itu akan diadakan jika
hujan?

Bilakah Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah akan diadakan sekiranya hujan?

Dimanakah Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah akan diadakan jika hujan?
UPSR 1991

Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan disambut dengan paluan kompang dan bunga
manggar oleh murid-murid.
A

Siapakah yang menyambut ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan?

Bagaimakah ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan disambut oleh muridmurid.

Mengapakah ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan disambut oleh muridmurid?

Dari manakah sambutan untuk Yang Berhormat Menteri Pendididkan dilakukan oleh
murid-murid?
UPSR 1991

91

Saya mungkin akan melawatnya sehari dua lagi kerana taman burung itu terletak berhampiran
dengan rumah saya.
A

Apakah yang terdapat di taman burung itu?

Mengapakah kamu melawat taman burung itu?

Bagaimanakah kamu akam melawat taman burung itu?

Bilakah kamu akan melawat taman burung itu?


UPSR 1992

Bapa Azman seorang yang pemurah. Dia sentiasa memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang
memerlukannya.
A

Benarkah bapa Azman seorang yang pemurah?

Sejak bilakah bapa Azman terkenal?

Mengapakah bapa Azman terkenal?

Siapakah yang dibantu oleh bapa Azman?


UPSR 1992

Dengan menyebarkan risalah-risalah yang menarik tentang Pulau Tioman, kerajaan telah berjaya
menjadikan pulau itu terkenal di seluruh dunia.
A

Bagaimana kerajaan menyebarkan risalah yang menarik tentang Pulau Tioman?

Bagaimanakah kerjaan menjadikan Pulau /Tioman masyhur di seluruh dunia?

Mengapakah kerajaan menyebarkan risalah-risalah menarik tentang Pulau Tioman?

Mengapakah Pulau Tioman boleh menjadi terkenal di seluruh dunia?


UPSR 1995

Persatuan kebudayaan sekolah akan melawat Cameron Highlands pada cuti penggal nanti.
A

Apakah tujuan Persatuan Kebudayaan setelah melawat Cameron Highlands?

Bagaimanakah anggota Persatuan Kebudayaan sekolah melawat Cameron


Highlands?

Mengapakah Persatuan Kebudayaan sekolah akan berkunjung ke Cameron


Highlands pada cuti penggal?

Bilakah Persatuan Kebudayaan sekolah akan bekunjung ke Cameron Highlands?


UPSR 1995

Saya serahkan buku catatan pengakap itu kepada Muhamad.


A

Bilakah kamu serahkan buku catatan pengakap itu?

Di manakah kamu letakkan buku catatan pengakap itu?

Siapakah yang mengambil buku catatan pengakap kamu itu?

Apakah yang kamu lakukan pada buku catatan pengakap itu?


UPSR 1997

92
10

Rumah itu dicat menjelang Hari Raya Puasa.


A

Bilakah rumah itu dicat?

Bilakah Hari Raya Puasa menjelang?

Mengapakah rumah itu dicat?

Mengapakah rumah itu dicat menjelang Hari Raya Puasa?


UPSR 1998

11 Fahmi pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.


A

Ke manakah Fahmi pergi?

Apakah tujuan Fahmi pergi ke hospital?

Siapakah yang pergi ke hospital?

Fahmi berada di hospital?


UPSR 2000

12

Murid-murid itu mengkaji kitar hidup rama-rama.


A

Bagaimanakah murid-murid mengkaji kitar hidup rama-rama?

Apakah yang dikaji oleh murid-murid itu?

Mengapakah kitar hidup rama-rama dikaji oleh murid-murid itu?

Benarkah murid-murid itu mengkaji kitar hidup rama-rama?


UPSR 2000

13

Sifat tekun dan sabar perlu ada pada seorang pengukir kayu.
A

Apakah yang perlu ada pada seorang pengukir kayu?

Mengapakah seorang pengukir kayu perlu tekun dan sabar?

Bagaimanakah sifat seorang pengukir kayu?

Adakah sifat tekun dan sabar mesti ada pada seseorang pengukir kayu?
UPSR 2002

14

Mazlan bercadang untuk menetap di Sabah pada tahun hadapan.


A

Mengapakah Mazlan hendak menetap di Sabah?

Bilakah Mazlan hendak menetap di Sabah?

Apakah cadangan Mazlan yang berada di Sabah pada tahun hadapan?

Siapakah yang mencadangkan Mazlan menetap di Sabah pada tahun hadapan?


UPSR 2002

93
15

Saya akan berjaya ke menara gading jika belajar dengan bersungguh-sungguh.


A

Mengapakah kamu tidak jemu belajar?

Siapakah yang akan berjaya ke menara gading?

Ke manakah kamu akan melanjutkan pelajaran?

Bagaimanakah kamu belajar dengan bersungguh-sungguh?


UPSR 2005

16

Doktor menasihati pesakitnya supaya mengamalkan gaya hidup sihat.


A

Mengapakah doktor menasihati pesakitnya?

Apakah nasihat doktor kepada pesakitnya?

Bagaimanakah cara mengamalkan gaya hidup sihat?

Siapakah yang perlu mengamalkan gaya hidup sihat?


UPSR 2006

17 Pengusaha restoran itu sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggannya.


A

Bilakah pengusaha restoran itu membuat peanggannya berasa puas hati?

Bagaimanakah pengusaha restoran itu menjaga hati pelanggannya?

Mengapakah pengusaha restoran itu mengutamakan pelanggannya?

Siapakah yang dilayan oleh pengusaha restoran itu?


UPSR 2007

18

Murid-murid itu sedang menghias perpustakaan.


A

Bagaimanakah murid-murid itu menghias perpustakaan?

Siapakah yang bearda di perpustakaan?

Di manakah murid-murid itu berhias?

Apakah yang dilakukan oleh murid-murid itu?


UPSR 2008

19

Untuk membuat jus oren, kisar buah oren dengan sedikit air sebelum dicampurkan
dengan gula.
A

Bagaimanakah jus oren disediakan?

Mengapakah oren dicampurkan dengan air?

Mengapakah gula dicampurkan dengan jus oren?

Bagaimanakah oren dikisar dan dicampurkan dengan gula?


UPSR 2009

94
20

Adira berkenalan dengan kawan baiknya Hanisah sewaktu bercuti di Port Dickson.
A

Bagaimanakah Adira mengenali kawan baiknya Hanisah?

Bilakah Adira berkenalan dengan kawan baiknya, Hanisah?

Apakah yang Adira lakukan sewaktu bercuti di Port Dickson?

Siapakah yang mengenali Adira sewaktu bercuti di Port Dickson?


UPSR 2010

21

Murid-murid yang menyertai lawatan diberikan taklimat keselamatan sebelum menuju


destinasi.
A

Mengapakah murid-murid diberi taklimat keselamatan?

Bagaimanakah taklimat keselamatan diberikan kepada murid-murid?

Bilakah taklimat keselamatan diberikan kepada murid-murid?

Apakah taklimat keselamatan yang diberikan kepada murid-murid?


UPSR 2011

14

Rombongan ke Melaka itu terdiri daripada ahi Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya.
A

Siapakah yang menyertai lawatan ke Melaka?

Mengapakah Persatuan Bahasa Melayu melawat ke Melaka?

Persatuan Bahasa Melayu sekolah manakah yang melawat ke Melaka?

Ke manakah ahli Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya membuat lawatan?


UPSR 2012

15

Pantang larang orang-orang tua dapat mendidik dan mendisiplinkan diri kanak-kanak tentang
sesuatu perkara.
A

Siapakah yang perlu mendisipinkan kanak-kanak tentang ssuatu perkara?

Mengapakah pantang larang orang-orang tua dipatuhi oleh kanak-kanak?

Apakah kebaikan pantang larang orang-orang tua terhadap kanak-kanak?

Bagaimanakah orang-orang tua mendidik dan mendisiplinkan diri kanak-kanak?


UPSR 2013

95

También podría gustarte