Está en la página 1de 2

ESSZONE ( Zon Selamat Sabah Timur ) dan

ESSCOM ( Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah )


ESSZONE
Pada 25 Mac 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam
ucapannya di Pusat Latihan Polis (Pulapol) sempena peringatan Hari
Polis ke-206 di Kuala Lumpur, mengumumkan pewujudan Zon Selamat
Sabah Timur atau ESSZONE di 10 kawasan di timur Sabah. Zon ini
merangkumi 10 daerah (meliputi 1,733.7 kilometer) dari Kudat ke
Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kunak,
Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, dan Tawau.
YDPA memperkenankan penubuhan ESSZONE di Peraturan-Peraturan
Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013. Dengan penubuhan
jawatankuasa ESSZONE, kerajaan mengamalkan dasar holistik dan
bukan satu pendekatan tentera semata-mata untuk melindungi timur
Sabah dan mencari penyelesaian kepada isu pencerobohan.

ESSCOM
EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM) DIKUATKUASAKAN
DI KAWASAN EASTERN SABAH SECURITY ZONE (ESSZONE).
Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) membabitkan lima
daerah di pantai timur Sabah iaitu Sandakan, Tawau, Kunak, Kudah dan
Lahad Datu.
ESSCOM merupakan ejen penguatkuasaan keselamatan bagi
ESSZONE yang merangkumi 10 daerah dan diwujudkan khusus bagi
menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini
ekoran krisis pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu.
Pewujudan ESSZONE turut menyaksikan penubuhan satu jawatankuasa
menurut Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013
yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri.
Jawatankuasa ESSZONE itu dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah
Datuk Seri Musa Aman manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak mempengerusikan jawatankuasa pemantau.

Penubuhan ESSCOM membabitkan penyelarasan kerjasama antara tiga


komponen, iaitu penduduk setempat, pasukan tentera dan pihak polis
bagi membanteras ancaman pengganas.
HALATUJU ESSCOM
VISI:
Peneraju kepada keselamatan demi kesejahteraan rakyat di Kawasan
Timur Sabah menjelang 2017.
MISI:
Mengekal dan meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah dari
sebarang ancaman melalui kerjasamastrategik antara agensi kerajaan
bagi memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
FUNGSI DAN PERANAN
(Peraturan-peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013)
1. Memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan
kesejahteraan rakyat.
2. Memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan
bersama.
3. Memastikan, memelihara dan memudahkan di kawasan Kawasan
Timur Perjalanan secara bebas.
4. Tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau
kumpulan orang.
TERAS STRATEGIK
1. Mengukuhkan kawalan keselamatan secara bersepadu.
2. Meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat.
3. Merancang dan menyelaras penempatan semula.
4. Memupuk semangat patriotism
5. Menyelaras pembangunan sosio ekonomi

También podría gustarte