Está en la página 1de 2

1.4.

Pengertian Matematik

Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola.

Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan.

Matematik adalah suatu bahasa

Matematik adalah suatu kajian seni

Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri, kalkulus dan


sebagainya.
Matematik adalah satu cara berfikir.
Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.
Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola
Pola / Corak adalah suatu perkara yang berulang. Perhubungan adalah suatu yang ada kaitan
disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini penting untuk memberi kita keyakinan
dalam menentukan / menjangkakan perkara seterusnya yang akan berlaku / muncul.
Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan
Jika

berapakah nilai f jika x = 2 ?

Apakah hubungan antara x dan f ?


Sesetengah perhubungan angkubah-angkubah/anu boleh juga ditunjukkan dalam
bentuk jadual atau graf.
Matematik adalah suatu bahasa
Di dalam bahasa Matematik, tatabahasa terdiri daripada hukum-hukum, teorem-teorem
dan rumus-rumus Matematik yang menghubungkan simbol-simbolnya.
Matematik adalah suatu kajian seni
Terdapat unsur-unsur Matematik dalam pelbagai bentuk seni. Antaranya ialah :
Seni muzik
Seni bina
Seni lukis

Seni budaya.
Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri, kalkulus dan
sebagainya.
Terdapat pelbagai teknik atau kaedah dalam Matematik bagi mendapatkan penyelesaian
kepada pelbagai masalah. Pengiraan adalah akar umbi kepada Matematik.
Matematik adalah satu cara berfikir
Berfikir secara Matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep, kemahiran
dan kaedah Matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul.
Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.
Kita menggunakan asas matematik dalam kehidupan seharian. Ini meliputi aktiviti atau
bidang pekerjaan seperti pertukaran wang, membaca carta, mengira diskaun, mengukur
jarak, masa dan sebagainya.

También podría gustarte