Está en la página 1de 15

ANALISIS KETIDAKHADIRAN DAN KEHADIRAN

MENGIKUT KELAS BAGI TAHUN 1, 2 DAN 3 SESI PETANG


SEPANJANG TAHUN 2013

ALIRAN TAHUN 1
Bagi aliran tahun 1, secara keseluruhannya tahun 1 Arif mencatatkan
kehadiran yang membanggakan dengan peratus tertinggi sebanyak
96.84% dengan jumlah kehadiran sebanyak 7325 hari daripada jumlah hari
sepatutnya sebanyak 7592 hari dan kelas tersebut mencatatkan bilangan
ketidakhadiran yang paling rendah iaitu hanya 267 hari sahaja dengan
peratus sebanyak 3.52%.
Jumlah kehadiran peratus kedua tertinggi dicatatkan oleh darjah 1
Bestari, di mana jumlah kehadiran muridnya sepanjang tahun 2013 ialah
sebanyak 7009 hari dengan peratus sebanyak 93.46%, manakala
ketidakhadiran pula dicatatkan sebanyak 490 hari dari jumlah kehadiran
sepatutnya 7499 hari dengan peratus sebanyak 6.54%.
Kelas 1 Bijak yang merupakan kelas ketiga bagi aliran Tahun 1 ini
turut mencatatkan peratus ketiga tertinggi iaitu sebanyak 91.48%.dengan
khadiran sebanyak 5163 hari dari jumlah kehadiran sepatutnya sebanyak
5644 hari. Dengan tercatat peratus sebanyak 8.50% iaitu sebanyak 480
hari merupakan data ketidakhadiran bagi murid kelas 1 Bijak.
Catatan kehadiran peratus kedua terendah pula ialah kelas 1 Cerdik
dengan catatan kehadiran sebanyak 5053 hari dari jumlah sepatutnya
ialah 5729 hari.Peratus keempat terendah iaitu sebanyak 88.20% itu turut
mencatatkan ketidakhadiran sebanyak 666 hari dengan jumlah sebanyak
11.63%.
Manakala kelas 1 Cemerlang yang merupakan kelas yang terakhir
bagi aliran tahun 1 turut mencatatkan peratus kehadiran yang paling
rendah iaitu sebanyak 82.09% sahaja dengan catatan kehadiran sebanyak
5295 hari dari jumlah yang sepatutnya sebanyak 6450 hari. Ini bermakna
jumlah ketidakhadiran adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 1155 hari
dengan peratus tertinggi sebanyak 17.91%. Malah kelas 1 cemerlang turut
mencatatkan
peratus ketidakhadiran yang paling tinggi dalam aliran
murid sesi petang secara keseluruhan.

ALIRAN TAHUN 2

Terdapat 6 kelas di dalam aliran murid tahun 2 bagi sesi 2013,


catatan peratus sebanyak 94.13% merupakan catatan peratus tertinggi
kehadiran bagi murid tahun 2 Arif dengan kehadiran sebanyak 6464 hari
dari jumlah sepatutnya sebanyak 6867. Oleh itu kelas tersebut
mencatatkan peratus terendah bagi ketidakhadiran sebanyak 398 hari
dengan peratus sebanyak 5.80%.
Dengan catatan peratus kedua terendah sebanyak 93.73% iaitu
kehadiran sebanyak 6399 hari dari jumlah sepatutnya sebanyak 6827
merupakan catatan dari kelas 2 Bestari. Jumlah ketidakhadiran bagi kelas
berkenaan adalah sebanyak 428 hari itu mencatatkan ketidakhadiran
kedua tertinggi iaitu sebanyak 6.30%.
Bagi kelas 2 Bijak pula jumlah kehadiran sebanyak 5998 hari dengan
peratus sebanyak 92.19% dari jumlah sepatutnya sebanyak 6506
merupakan catatan bilangan hari ketiga terbanyak. Bagi catatan murid
yang tidak hadir sepanjang tahun tersebut adalah sebanyak 508 hari
dengan peratus sebanyak 7.81%.
Kelas 2 Cemerlang yang merupakan kelas yang kelima mencatatkan
peratus yang agak baik jika dibandingkan dengan kelas 2 cerdik, di mana
kelas 2 Cemerlang mencatatkan kehadiran sebanyak 5036 hari dari
jumlah sepatutya sebanyak 5646 hari dengan peratus sebanyak 89.21%
dan ketidakhadiran sebanyak 10.69% dengan jumlah bilangan hari
sebanyak 603 hari.
Manakala kelas 2 cerdik pula mencatatkan kehadiran sebanyak
87.91% dengan bilangan hari sebanyak 5673 dari jumlah kehadiran
sepatutnya sebanyak 6453 hari. Dengan catatan bilangan hari kelima
tertinggi sebanyak 12.08%, jumlah ketidakhadiran bagi kelas 2 Cerdik ialah
sebanyak 780 hari.
Kelas 2 Cekap yang merupakan kelas terakhir dalam aliran tahun 2
merupakan kelas yang mencatatkan kehadiran yang paling rendah iaitu
sebanyak 13.05% dengan bilangan hari sebanyak 702 hari dari jumlah
yang sepatutnya sebanyak 4677 hari.

ALIRAN TAHUN 3

Tahun 3 merupakan kelas yang tertua dalam sesi petang di mana


terdapat 5 kelas di dalam aliran tersebut. Kelas yang mencatatkan
ketidakhadiran yang paling tinggi ialah kelas 3 Cemerlang, di mana
tercatat sebanyak 614 hari dengan peratus sebanyak 10.68%. Ini
bermakna kehadiran murid-murid di dalam kelas tersebut sepanjang tahun
2013 ialah hanya sebanyak 88.45% dengan catatan kehadiran sebanyak
5086 dari jumlah hari sepatutnya iaitu sebanyak 5750 hari.
Kelas yang mencatatkan peratus kehadiran tertinggi ialah kelas 3 Arif
dengan peratus sebanyak 92.76% dengan bilangan kehadiran sebanyak
6697 hari dari jumlah kehadiran sepatutnya iaitu sebanyak 7220 hari. Ini
bermakna kelas 3 Arif mencatatkan peratus ketidakhadiran yang paling
rendah iaitu dengan hanya 7.24% dengan ketidakhadiran sebanyak 523
hari sepanjang tahun 2013.
Dengan catatan kehadiran peratus kedua tertinggi sebanyak 91.06%
dengan jumlah kehadiran sebanyak 6560 hari dari jumlah kehadiran
sepatutnya sebanyak 7204 ialah kelas 3 Bijak. Untuk itu kelas tersebut
mencatatkan ketidakhadiran sebanyak 644 hari dengan peratus sebanyak
8.94%.
Ini membuktikan kelas 3 Bijak walaupun berada di tahap kelas
ketiga mampu mencapai peratus kehadiran yang lebih baik berbanding
dengan kelas 3 Bestari iaitu kelas yang kedua, dimana kehadiran murid
bagi kelas 3 Bestari pula adalah sebanyak 6939 hari dari jumlah yang
sepatutnya 7631 hari iaitu sebanyak 90.93%. Manakala ketidakhadiran
murid bagi kelas 3 Bestari ialah seramai 692 hari dengan peratus sebanyak
9.07%.

Bagi kelas 3 Cerdik pula kehadiran murid mencatatkan peratus


sebanyak 87.64% dengan jumlah kehadiran sebanyak 6184 hari dari
jumlah kedatangan sepatutnya 7056 hari. Manakala ketidakhadiran bagi
kelas tersebut ialah sebanyak 872 hari dari jumlah sepatutnya 6184 hari
dengan peratus sebanyak 12.36%.

ANALISIS SECARA KESELURUHAN MENGIKUT ALIRAN


SESI PETANG

Pada analisa ini, dibahagikan 11 bulan dari Januari hingga November


kepada 3 fasa, iaitu Fasa Pertama ialah bulan Januari hingga April, Fasa
Kedua dari bulan Mei hingga Ogos, manakala fasa Ketiga ialah bulan
September hingga November.
Pada bulan fasa pertama hingga fasa kedua , kehadiran bagi
semua murid sesi petang secara keseluruhannyaamat menggalakkan di
mana peratus kehadiran mereka adalah dari 90% hingga 98%. Peratus
kehadiran tertinggi yang pernah dicatatkan adalah sebanyak 97.34%
yang dicatatkan oleh murid-murid aliran tahun 1 pada bulan Januari.
Peratus kehadiran tertinggi juga dicatatkan oleh 2 aliran yang sama sesi
iaitu tahun 2 dan tiga di mana masing-masing mencatatkan peratus
sebanyak 95.34% dan 96.78% pada bulan Januari.
Jumlah peratus kehadiran bagi murid-murid sesi petang juga turut
menggalakkan bagi fasa kedua iaitu antara bulan Mei hingga Ogos di mana
peratus tertinggi yang dicatatkan ialah sebanyak 92.28% yang turut
dimenangi oleh murid aliran tahun 1 pada bulan Mei. Pada fasa kedua ini
juga , peratus tertinggi yang dicatatkan oleh murid aliran tahun 2 pula
ialah sebanyak 90.82% pada bulan Jun, manakala pada bulan yang sama
aliran tahun 3 turut mencatat peratus tertinggi sebanyak 92.56%.

Kehadiran murid-murid sesi petang sepanjang tahun 2013 agak


merundum pada Fasa Ketiga, di mana tercatat dalam bulan September
hingga November , peratus kehadiran menurun hingga pada 83%, di mana
murid aliran tahun 2 tercatat peratus paling rendah pada bulan November
iaitu sebanyak 83.46% manakala peratus kehadiran yang paling rendah
bagi murid-murid aliran tahun 1dan tahun 3 ialah sebanyak 85.93% dan
84.89% pada bulan yang sama iaitu bulan November.

KESIMPULAN ANALISIS KEHADIRAN KESELURUHAN


BAGI SESI PETANG

Secara keseluruhannya, jelas menunjukkan pada fasa pertama


merupakan fasa yang mencatatkan peratus kehadiran yang tinggi. Peratus
tertinggi yang dicatatkan oleh semua murid sesi petang ialah pada bulan
Januari iaitu sebanyak 95.98% dan bulan Februari iaitu sebanyak 95.4%
dan 94.8% pada Bulan Mac. Walaupun pada bulan Januari dicatatkan bulan
bilangan hari persekolahan terbanyak iaitu sebanyak 20 Hari.Ini mungkin
disebabkan pada peringkat fasa ini, murid-murid mempunyai sikap dan
naluri yang bersemangat untuk mengenali dunia persekolahan yang sudah
lama ditinggalkan bagi tahun 2 dan tahun 3 manakala memasuki dunia
yang serba baru bagi murid tahun 1.
Pada Fasa Kedua pula, peratus tertinggi kehadiran murid-murid ialah
pada bulan Mei dengan catatan peratus sebanyak 93.21% dan peratus
terendah adalah sebanyak 88.13% pada bulan Ogos dengan catatan hari
persekolahan hanya sebanyak 13 hari sahaja. Namun begitu tahap
kedatangan murid-murid ini tidaklah membimbangkan di mana pada fasa
5

ketiga secara keseluruhan


peratus yang tertinggi ialah pada bulan
September iaitu sebanyak 87.62%.
Untuk itu ketidakhadiran yang paling rendah sepanjang tahun 2013
ialah tercatat pada bulan November iaitu sebanyak 84.21% yang mana
hanya 9 hari sahaja bilangan hari persekolahan dan merupakan bilangan
hari persekolahan yang paling sedikit. Ini berkemungkinan pada bulan
terakhir persekolahan ini merupakan bulan yang tercatat berakhirnya
peperiksaan akhir tahun dan waktu minggu terakhir ternyata bilangan
murid tidak hadir semakin meningkat setelah penyerahan dan penerimaan
buku-buku teks.

ANALISIS KETIDAKHADIRAN DAN KEHADIRAN


MENGIKUT KELAS BAGI TAHUN 4, 5 DAN 6 SESI PAGI
SEPANJANG TAHUN 2013
ALIRAN TAHUN 4
Bagi aliran tahun 4 pula, peratus kehadiran tertinggi yang telah
dicatatkan oleh kelas 4 Bijak iaitu sebanyak 94.65% di mana kelas yang
merupakan kelas ketiga ini Berjaya mencapai kehadiran yang paling tinggi
berbanding dengan kelas terawal yang lain iaitu sebanyak 6424 hari dari
6787 jumlah yang sepatutnya hadir. Dengan itu kelas 4 Bijak turut
mencatatkan bilangan ketidakhadiran yang paling sedikit iaitu sebanyak
363 dengan peratus hanya 5.35%.
Namun begitu bagi kelas pertama iaitu 4 Arif dan kelas kedua iaitu 4
Bestari turut mencatatkan kehadiran yang memberangsangkan di mana
6

peratus kehadiran 4 Arif mencatatkan sebanyak 6172 hari dari 6650


kehadiran yang sepatutnya dengan peratus sebanyak 92.81%, dengan
mencatatkan peratus ketidakhadiran murid sebanyak 7.19% dengan
bilangan tidak hadir sebanyak 478 hari.
Justeru itu, kelas 4 Bestari telah mencatatkan bilangan kehadiran
kedua tertinggi selepas 4 Bijak iaitu sebanyak 6366 hari jumlah bilangan
hari sepatutnya iaitu 6788 dengan peratus sebanyak 93.78%, dengan itu
jumlah ketidakhadiran kedua terendah dengan hanya tidak hadir sebanyak
422 hari.
Manakala bagi kelas 4 Cerdik pula, jumlah kehadiran murid-muridnya
adalah sebanyak 6003 hari dari jumlah besar iaitu 6653 hari dengan
peratus sebanyak 90.23%. Bagi pengiraan peratus ketidakhadiran pula
ialah sebanyak 9.33% dengan bilangan hari sebanyak 621 hari.
Agak jauh berbeza peratus kehadiran 4 Cemerlang dan 4 Cekap
dengan 4 kelas bagi tahun 4 di atas di mana 4 Cekap mencatatkan
peratus kehadiran yang paling sedikit dalam aliran tahun 4 iaitu sebanyak
5066 hari dari jumlah yang sebenar iaitu 5960 hari dengan hanya
mencatatkan peratus sebanyak 85% sahaja, manakala peratus
ketidakhadiran yang paling tinggi turut dicatatkan oleh kelas tersebut
dengan jumlah bilangan hari sebanyak 894 hari dengan peratus 15%.
Bagi kelas yang mencatatkan kehadiran yang rendah juga ialah kelas
4 Cemerlang iaitu sebanyak 5749 hari dari jumlah kehadiran yang
sepatutnya iaitu sebanyak 6596 hari dengan peratus sebanyak 87.16%
dan mencatatkan ketidakhadiran sebanyak 847 hari dengan peratus
sebanyak 12.84%

ALIRAN TAHUN 5

Kelas 5 Arif telah mencatatkan peratus kehadiran tertinggi bagi aliran


tahun 5 dengan mencatatkan jumlah sebanyak 6243 hari dari jumlah yang
sepatutnya iaitu 6650 hari dengan peratus sebanyak
93.88%, ini
menunjukkan kelas 5 Arif turut mencatatkan jumlah ketidakhadiran yang
paling rendah iaitu sebanyak 6.1% dengan bilangan ketidakhadiran
sebanyak 407 hari.
Peratus kehadiran yang paling rendah dicatatkan oleh kelas 5 Cekap
iaitu sebanyak 85.60% dengan jumlah bilangan hanya 4979 hari dari
7

jumlah yang sepatutnya iaitu sebanyak 5817 hari. Dengan kadar kehadiran
yang paling rendah ini jelas membuktikan bahawa kelas 5 Cekap
mencatatkan peratus ketidakhadiran yang paling tinggi iaitu sebanyak
14.44% dengan jumlah bilangan hari terbanyak tidak hadir iaitu sebanyak
840 hari.
Manakala
kelas yang menunjukkan peratus kehadiran yang
menggalakkan sepanjang tahun 2013 ialah kelas5 Bestari, 5 Bijak dan 5
Cemerlang iaitu sebanyak 90% ke atas, di mana 5 Bestari mencatatkan
kehadiran sebanyak 91.92% dengan jumlah kehadiran kedua tertinggi
dengan bilangan hari hadir sebanyak 6382 hari dari jumlah besar 6943
hari, Oleh itu ketidakhadiran bagi kelas 5 Bestari mencatatkan peratus
kedua terendah iaitu sebanyak 561 hari dengan peratus sebanyak 8.08%.
Kelas 5 Bijak mencatatkan peratus kehadiran yang hampir sama
dengan 5 Cemerlang iaitu sebanyak 90.05% dan 90.38%. Murid-murid
kelas 5 Bijak mencatatkan kehadiran sebanyak 6532 hari dari 7253 hari
iaitu jumlah bilangan hari sepatutnya. Manakala ketidakhadiran adalah
sebanyak 721 hari dengan peratus sebanyak 9.94%.
5 Cemerlang mencatatkan kehadiran yang lebih baik dari kelas 5
Bijak iaitu sebanyaak 90.38% dengan kehadiran sebanyak 6457 hari dari
julah sepatutnya sebanyak 7144. Ini menunjukkan peratus ketidakhadiran
murid-murid di dalam kelas tersebut lebih baik dari 5 Bijak iaitu sebanyak
9.62% dengan catatan ketidakhadiran ketiga terendah iaitu sebanyak 687
hari sepanjang tahun 2013.
Peratus kehadiran kedua terendah dicatatkan oleh kelas 5 Cerdik
dengan sebanyak 87.44% di mana jumlah kehadiran sebanyak 6308 hari
dari jumlah sepatutnya iaitu 7214 hari. Dengan peratus ketidakhadiran
kedua tertinggi selepas 5 Cekap iaitu sebanyak 12.84% dengan jumlah
tidak hadir sebanyak 926 hari.

ALIRAN TAHUN 6
Tahun 6 merupakan aliran tahun terakhir bagi seseorang murid di
peringkat sekolah rendah. Tahun 6 juga merupakan tahun yang penting di
mana pada tahun tersebut peperiksaan UPSR ( Ujian Penilaian Sekolah
Rendah) dijalankan. Bagi murid-murid yang mementingkan pencapaian
8

kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut, sudah pasti mengganggap


kehadiran ke sekolah menjadi salah satu penyebab kejayaan tersebut. Ini
dibuktikan oleh murid-murid yang berada di 3 kelas terawal iaitu kelas 6
Arif, 6 Bestari dn 6 Bijak di mana peratus kehadiran murid-murid di kelaskelas berkenaan agak menggalakkan.
Dengan mencatat peratus kehadiran tertinggi sebanyak 94.93%, 6
Arif berjaya menduduki tempat pertama yang mencatatkan jumlah
kehadiran yang tertinggi iaitu sebanyak 6639 hari dari 6993 hari jumlah
yang sepatutnya, justeru itu berjaya mencatatkan peratus ketidakhadiran
yang paling rendah iaitu sebanyak 5.06% dengan ketidakhadiran sebanyak
354 hari.
Manakala tempat kedua tertinggi disandang oleh 6 Bestari dengan
catatan kehadiran sebanyak 6106 hari iaitu sebanyak 90.33%, peratus
ketidakhadiran sebanyak 9.67% dengan jumlah tidak hadir sebanyak 654
hari dari jumlah keseluruhan kehadiran sepatutnya 6760 hari.
Bagi kelas 6 Bijak, peratus kehadiran bagi kelas berkenaan ialah
sebanyak 89.7% dengan catatan kehadiran sebanyak 6814 hari dari jumlah
kehadiran yang sepatutnya iaitu 7593 hari. Manakala peratus
ketidakhadiran pada kelas tersebut ialah sebanyak 10.25% dengan jumlah
ketidakhadiran sebanyak 779 hari.
Kelas yang turut memberangsangkan juga ialah kelas 6 Cemerlang,
dimana walaupun kelas tersebut merupakan kelas yang kelima namun
berjaya mencapai peratus kehadiran murid-muridnya yang begitu
memberangsangkan iaitu sebanyak 88.97% dengan catatan kehadiran
sebanyak 6615 hari dari jumlah kehadiran yang sepatutnya iaitu sebanyak
7435 hari. Manakala peratus ketidakhadiran adalah sebanyak 10.99%
dengan mencatatkan jumlah ketidakhadiran sebanyak 817 hari.
Dengan catatan peratus kehadiran sebanyak 85.74%, kelas 6 Cerdik
menduduki kedudukan yang kelima dengan mencatatkan jumlah kehadiran
sebanyak 6495 hari dari 7575 hari yang sepatutnya, ini menunjukkan
jumlah ketidakhadiran murid-muridnya adalah ketiga tertinggi dengan
catatan peratus sebanyak 14.26% dengan jumlah tidak hadir sebanyak
1080 hari.
Peratus kehadiran yang dicatatkan sebanyak 81.66% dan 79.34%
merupakan peratus kehadiran yang agak membimbangkan bagi muridmurid pada aliran tahun 6. Peratus kehadiran yang rendah ini dicatatkan
oleh murid-murid tahun 6 Cekap dan 6 Cerdas, di mana 6 Cekap hanya
mencatatkan kehadiran sebanyak 5848 hari sahaja dari jumlah kehadiran
sepatutnya iaitu berjumlah 7161 hari, ini bermakna peratus ketidakhadiran
9

murid-murid ini agak membimbangkan iaitu sebanyak 18.34% dengan


jumlah tidak hadir sebanyak 1313 hari.
Manakala kehadiran yang paling membimbangkan ialah 6 Cerdas
dengan hanya mencatatkan peratus kehadiran sebanyak 4371 hari sahaja
dari jumlah yang sepatutnya hadir iaitu 5509 hari. Ini menunjukkan kelas
tersebut mencatatkan peratus ketidakhadirang yang paling tinggi iaitu
sebanyak 19.84% dengan tidak hadir sebanyak 1093 hari.
Dengan catatan data ini, menunjukkan bahawa kelas tahun 6
menghadapi sedikit permasalahan dalam proses pembelajaran yang boleh
menyebabkan boleh berlakunya penurunan prestasi akademik disebabkan
masalah ketidakhadiran yang tidak menentu dan merosot

10

ANALISIS SECARA KESELURUHAN MENGIKUT ALIRAN


SESI PAGI

Dalam analisa ini juga, keseluruhan data dibahagikan kepada 3 fasa,


iaitu Fasa Pertama termasuk data yang diambil pada bulan Januari hingga
April, Bulan Mei hingga Bulan Ogos dimasukkan ke dalam Fasa Kedua
manakala fasa Ketiga termasuk bulan September,Oktober dan bulan
November.
Mengikut data mentah tersebut jelas menunjukkan bahawa peratus
kehadiran yang paling tinggi dicatatkan oleh tiga aliran pada sesi pagi ini
ialah pada bulan Januari dengan peratus sebanyak 95.35%, 95.75% dan
94%. Pada bulan Februari hingga bulan April dalam Fasa Pertama ini
mencatatkan peratus kehadiran yang agak baik iaitu antara 90% hingga
94%.
Pada Fasa Kedua juga turut mencatatkan kehadiran yang agak
memberangsangkan iaitu antara 89% hingga 92%.Ini menunjukkan secara
keseluruhannya kehadiran murid-murid mengikut bulanan masih
menunjukkan peratus yang agak baik walaupun pada zahirnya kehadiran
tahun 6 yang agak merosot peratus kehadiran pada fasa ketiga.
Dalam fasa ketiga terutama bulan terakhir persekolahan iaitu bulan
November mencatatkan peratus kehadiran yang merosot seperti muridmurid pada sesi petang. Walaupun bilangan hari persekolahan yang paling
sedikit pada bulan November iaitu hanya sebanyak 9 hari sahaja di mana
peratus yang paling redah dicatatkan dimana aliran tahun 4 hanyak
sebanyak 86.82%, aliran tahun 5 sebanyak 84.67% dan aliran tahun 6
hanya 86.45%.

11

KESIMPULAN ANALISIS KEHADIRAN KESELURUHAN BAGI


SESI PAGI

Berdasarkan data mentah yang dicatatkan, secara keseluruhannya


jelas menunjukkan bahawa bulan Januari merupakan bulan yang
mencatatkan jumlah peratus kehadiran yang paling tinggi iaitu sebanyak
95.42% bagi semua aliran di sesi pagi sepanjang tahun 2013 dengan
catatan kehadiran seramai 12,719 murid yang mana jumlah hari
persekolahan sebanyak 20 antara hari persekolahan yang banyak bagi
tahun 2013.
Bulan-bulan pada Fasa Pertama dan Fasa Kedua mencatatkan
peratus kehadiran yang agak menggalakkan di mana peratus kehadiran
antara 90% hingga 93%. Melalui data tersebut jelas juga terbukti bahawa
walaupun bilangan hari persekolahan yang terbanyak iaitu pada bulan April
dan Julai iaitu sebanyak 23 hari persekolahan, peratus kehadiran tetap
menggalakkan secara keseluruhan iaitu sebanyak 90.19% dan 90.73%.
Kehadiran peratus yang menggalakkan juga tercatat pada bulanbulan dari Fasa Pertama hingga menjejaki bulan pertama pada Fasa Ketiga
dengan catatan peratus kehadiran yang melebihi dari 90%. Sebagaimana
yang dijelaskan di atas jugamenunjukkan bilangan murid yang hadir pada
tahap yang memberangsangkan setelah pengiraan bilangan murid hadir
dengan bilangan hari persekolahan.
Kehadiran murid pada bulan-bulan terakhir dalam Fasa Ketiga iaitu
bulan Oktober dan November mencatatkan penurunan peratus kehadiran
di mana peratus kehadiran murid mencapai 87.6% pada bulan Oktober
dengan kehadiran murid hanya seramai 3216 orang . Manakala kadar
peratus kehadiran murid semakin menurun pada bulan terakhir bulan
persekolahan iaitu catatan peratus kehadiran yang hanya sebanyak
83.58% sahaja.

12

KESIMPULAN SECARA KESELURUHAN KEHADIRAN MURID


SEKOLAH KEBANGSAAN CAHAYA BARU
TAHUN 2013
Mengikut data yang dikumpulkan dari data analisis kehadiran murid
pada sesi pagi dan sesi petang ini menunjukkan bahawa pada bulan
pertama sahaja iaitu bulan Januari mencatatkan peratus kehadiran yang
cukup memberangsangkan iaitu peratus sebanyak 94.14% dengan catatan
kehadiran seramai 24,082 dari jumlah yang sepatutnya iaitu seramai
25,581. Pada bulan-bulan yang berikutnya mencatatkan peratus kehadiran
yang turun naik di mana dari bulan kedua dalam Fasa Pertama hingga
bulan kedua pada Fasa Ketiga peratus kehadiran dari 84% hingga 91%.
Peratus kehadiran murid yang agak sama tercatat pada bulan
Februari dan bulan Mac dengan catatan sebanyak 91.78% dan 91.94%
dengan kehadiran seramai 17,799 murid dan 18,866 murid,yang mana
bilangan hari persekolahan yang tidak jauh beza iaitu sebanyak 15 hari
dan 16 hari pada bulan Mac.
Dengan catatan peratus kehadiran sebanyak 90.16% dengan jumlah
kehadiran seramai 17,410 orang telah tercatat dalam data pada bulan Mei.
Manakala pada bulan lain dalam bulan April dariFasa Pertama dan bulan
Jun dari Fasa Kedua hingga bulan-bulan pada Fasa ketiga mencatatkan
peratus kehadiran di bawah 90%. Bulan April dan bulan Jun mencatatkan
pertaus kehadiran yang agak sama iaitu sebanyak 89.22% dan 89.13%.
Manakala bulan Julai mencatatkan penurunan peratus kehadiran sebanyak
88.39% dengan kehadiran seramai 25,845 dari kehadiran sepatutnya
29,181.
Peratus kehadiran turut mengalami penurunan pada bulan
berikutnya iaitu pada bulan September dan Oktober yang mencatatkan
peratus kehadiran sebanyak 85.29% dan 85.91% dengan jumlah murid
hadir yang tidak jauh bezanya iaitu seramai 22,759 murid dari kehadiran
13

sebenar 26,691 orang murid dan 22,783 murid dari jumlah sebenar murid
seramai 26,520.Kadar peratus kehadiran semakin menurun pada bulan
Ogos dengan kehadiran seramai 13,857 dari jumlah hadir murid sebenar
iaitu seramai 16,485 murid dengan peratus sebanyak 84.06%.
Kadar peratus kehadiran yang dicatatkan pada bulan terakhir dalam
Fasa Ketiga menunjukkan peratus kehadiran semakin merosot hingga
dapat dikategorikan hanya dalam pangkat B sahaja iaitu sebanyak 72.77%.
Kehadiran murid pada bulan terakhir bulan November tersebut hanya
seramai 8,238 murid dari jumlah yang sepatutnya iaitu seramai 11,321
walaupun bilangan hari persekolahan pada bulan tersebut yang paling
sedikit sepanjang bulan persekolahan dalam tahun 2013.
Secara purata kehadiran murid adalah sebanyak 88 sahaja setelah
962.79 murid dibahagikan dengan 11 bulan waktu persekolahan. Ini
menunjukkan murid-murid mula mengambil langkah mengambil cuti lebih
awal dari tarikh yang sepatutnya mereka bercuti panjang pada akkhir
tahun, ini berkemungkinan mereka sudah selesai menjalani peperiksaan
akhir tahun jadual dan proses pemulangan dan penerimaan buku teks
telah dijalankan, ditambah lagi murid-murid yang menganggap proses
pembelajaran tidak akan berlaku lagi.
Ternyata dalam catatan data Buku Rekod Kehadiran Murid 2013, ratarata murid banyak tidak hadir pada hari persekolahan yang bersambung
dengan cuti semasa seperti hari Ahad dan hari Khamis. Terbukti yang
paling ketara ialah ketidakhadiran murid-murid ialah pada rekod kehadiran
hari ganti persekolahan iaitu hari sabtu di mana pernah tercatat separuh
malah hanya suku yang hadir dalam sesebuah kelas, perkara ini turut
sama berlaku pada murid-murid sesi pagi dan petang sepanjang 2013 ini.
Untuk itu telah menjadi peranan sekolah secara amnya dan
tangggungjawab seorang guru secara khususnya untuk memberikan
galakkan secara berterusan kepada murid-muurid untuk hadir pada setiap
hari persekolahan dengan tekun dan sabar agar tabiat pemontengan dapat
dibendung dari peringkat murid sekolah rendah dan tidak terus menular
hingga melarat pada peringkat dewasa.
Tabiat sikap memonteng akan menjadi sebati dalam kehidupan
seharian murid dan menjadi amalan berterusan hingga ke peringkat
pekerjaan seandainya perkara ini tidak dapat dibendung dan hanya
memandang ianya hanyalah perkara biasa pada peringkat awal kehidupan
seoorang murid.
InsyaAllah, dengan beberapa data dan pengumpulan maklumat serta
penyelesaian permasalahan ini sedikit sebanyak dapat membantu semua
14

murid dan guru-guru untuk bersama-sama mengatasi permasalahan


ketidakhadiran murid agar masalah ponteng murid tidak menjadi perkara
yang boleh menimbulkan pelbagai permasalahan kepada murid itu sendiri,
pihak sekolah dan pihak ibu bapa dan seterusnya kepada bangsa Malaysia
secara keseluruhannya dan dijauhkan dari perkara-perkara yangnegatif

15

También podría gustarte

  • MATEMATIK Akhir Tahun16
    MATEMATIK Akhir Tahun16
    Documento9 páginas
    MATEMATIK Akhir Tahun16
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Surat Lantik Ajk
    Surat Lantik Ajk
    Documento1 página
    Surat Lantik Ajk
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Kelab Kompang 2016
    Kelab Kompang 2016
    Documento5 páginas
    Kelab Kompang 2016
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Surat Jemputan Pengarah IPG
    Surat Jemputan Pengarah IPG
    Documento22 páginas
    Surat Jemputan Pengarah IPG
    Yee Wah
    Aún no hay calificaciones
  • Ujian Pra Uppm 1
    Ujian Pra Uppm 1
    Documento17 páginas
    Ujian Pra Uppm 1
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Vita
    Vita
    Documento1 página
    Vita
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • BAB 1a
    BAB 1a
    Documento1 página
    BAB 1a
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Pbs
    Pbs
    Documento2 páginas
    Pbs
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Tahap Pencemaran Sungai Di Johor
    Tahap Pencemaran Sungai Di Johor
    Documento6 páginas
    Tahap Pencemaran Sungai Di Johor
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Analisis Swot Upsr 2014
    Analisis Swot Upsr 2014
    Documento6 páginas
    Analisis Swot Upsr 2014
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Rekod Perjumpaan
    Rekod Perjumpaan
    Documento1 página
    Rekod Perjumpaan
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Tahap Pencemaran Sungai Di Johor
    Tahap Pencemaran Sungai Di Johor
    Documento6 páginas
    Tahap Pencemaran Sungai Di Johor
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah - KPM
    Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah - KPM
    Documento1 página
    Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah - KPM
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Takwim Pep 2015
    Takwim Pep 2015
    Documento4 páginas
    Takwim Pep 2015
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Ancaman Terhadap Biodiversiti
    Ancaman Terhadap Biodiversiti
    Documento14 páginas
    Ancaman Terhadap Biodiversiti
    Pauzan Abu Bakar
    100% (1)
  • SPSK Pantau 1
    SPSK Pantau 1
    Documento16 páginas
    SPSK Pantau 1
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Ikrar Pengawas
    Ikrar Pengawas
    Documento1 página
    Ikrar Pengawas
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Border
    Border
    Documento3 páginas
    Border
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Abs Trak
    Abs Trak
    Documento1 página
    Abs Trak
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Lawatan Kertas Kerja LEGOLAND Lawatan 2012 (1) 1
    Lawatan Kertas Kerja LEGOLAND Lawatan 2012 (1) 1
    Documento15 páginas
    Lawatan Kertas Kerja LEGOLAND Lawatan 2012 (1) 1
    Siti Norasikin Muhyaddin
    Aún no hay calificaciones
  • Bab 4
    Bab 4
    Documento27 páginas
    Bab 4
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • SPSK
    SPSK
    Documento13 páginas
    SPSK
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Modul Sains Sekolah Rendah
    Modul Sains Sekolah Rendah
    Documento114 páginas
    Modul Sains Sekolah Rendah
    Azlina Zabidi
    100% (1)
  • BAB3B
    BAB3B
    Documento9 páginas
    BAB3B
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • BAB2A
    BAB2A
    Documento6 páginas
    BAB2A
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • BAB 1a
    BAB 1a
    Documento1 página
    BAB 1a
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • BAB2BARU
    BAB2BARU
    Documento7 páginas
    BAB2BARU
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones
  • Ciri Khas Tumbuhan Melindungi Diri
    Ciri Khas Tumbuhan Melindungi Diri
    Documento30 páginas
    Ciri Khas Tumbuhan Melindungi Diri
    Pauzan Abu Bakar
    100% (1)
  • Edu Sem 7 Latest
    Edu Sem 7 Latest
    Documento29 páginas
    Edu Sem 7 Latest
    Pauzan Abu Bakar
    Aún no hay calificaciones