Está en la página 1de 10

Alami Perang Dunia Kedua

PULAU Pinang bukan saja terkenal sebagai destinasi pelancongan,


malah menyimpan pelbagai sejarah negara berikutan negeri ini satu
ketika dulu pernah menjadi kubu British ketika Perang Dunia Kedua
lebih 60 tahun lalu.
Ramai yang mungkin tidak sedar Muzium Perang Pulau Pinang di
puncak Bukit Batu Maung adalah muzium terbesar di Asia Tenggara
yang dibina pada 1930 dan digunakan untuk operasi ketenteraan British
pada Oktober 1939.
Berbeza dengan muzium lain, pengunjung berpeluang merasa
pengalaman melalui satu daripada tiga terowong keselamatan rahsia
yang pernah digunakan tentera British dan Jepun.
Bagaimanapun, untuk memasuki terowong keselamatan pertama yang
panjang, gelap, sempit, berbelok-belok dan pasti amat menyeramkan itu,
pengunjung perlu berjalan dalam keadaan tunduk.
Satu terowong lain pula menghala ke laut yang kini ditutup kepada orang
ramai, tetapi pernah digunakan sebagai terowong rahsia askar British
meninggalkan Pulau Pinang untuk melarikan diri ke Singapura ketika
Jepun menyerang.
Pengunjung juga berpeluang melawat dalam kubu yang terbahagi kepada
tiga bangunan utama dengan melihat lebih dekat reka bentuk kubu yang
menjadi tempat perlindungan askar apabila mendengar semboyan
kecemasan dibina dengan teliti.
Mengikut sejarah, kubu pertahanan British itu jatuh ke tangan tentera
Jepun pada 1942 selepas satu pertempuran membabitkan lebih 1,500
anggota tentera British termasuk askar Punjab, Gurkha dan Melayu itu
menyebabkan ramai tentera British mati dan cedera di tangan tentera
Jepun.
Tentera Jepun kemudian menjadikan kubu itu tempat tahanan dan
penyeksaan selama kira-kira dua tahun setengah sebelum menyerah
kalah kepada Tentera Berikat pada 1945, sekali gus menamatkan Perang
Dunia Kedua.
Bermula dari itu, kubu seluas lapan hektar itu ditinggal dan dibiarkan
begitu saja menyebabkan ia dipenuhi semak, lumut dan kotor manakala

haiwan liar di bukit itu menjadikan lokasi berkenaan sebagai habitat


mereka.
Bagaimanapun, selepas lebih 60 tahun diabaikan pada Oktober 2002,
bekas kubu pertahanan British itu dijadikan Muzium Perang Pulau
Pinang yang menyimpan pelbagai rahsia dan sejarah.
Dengan lokasi ketinggian 75 meter dari aras laut, kubu usang yang
dikelilingi rimbunan pokok itu masih berada dalam keadaan yang baik
walaupun banyak kesan peluru dan bom di setiap bangunannya.
Ketika itu, kubu berkenaan dijadikan pusat mengawal keselamatan tiga
perempat daripada keseluruhan Pulau Pinang daripada serangan musuh
dan ia dipamerkan kepada pengunjung dalam keadaan seperti lebih 60
tahun lalu.
Malah, laluan pejalan kaki dan cat hijau suram di sesetengah bangunan
terutama di berek askar, masih dikekalkan warna asalnya selepas terbiar
apabila negara merdeka.
Berhampiran bangunan pertama terletak sebuah perigi sedalam 30.5
meter (100 kaki) iaitu laluan menghantar barang seperti senjata api dan
sebagai laluan kecemasan.
Dalam bangunan kedua pula banyak dipamerkan gambar koleksi
peribadi dirakamkan tahanan perang ketika penjajahan Jepun, James
Tait sekitar 1941 dan 1942.
Untuk keluar dari bangunan berkenaan, pengunjung boleh memilih
sama ada merangkak dalam terowong yang lebih kecil dan sempit
sebelum terpaksa memanjat tangga besi menuju ke pintu keluar rahsia
atau hanya melalui jalan biasa saja.
Muzium itu mempunyai 29 lokasi perlu dikunjungi antaranya bilik teater
terbuka, menara tinjau, 20 ruang menembak pesawat udara, penjana
elektrik dan bilik rehat pegawai yang turut dijadikan bilik hukuman dan
seksaan ketika zaman Jepun.
Di bahagian belakang menara pemerhati yang terletak betul-betul di
puncak Bukit Batu Maung pula, didirikan 12 berek berasingan untuk
askar British, Melayu dan Gurkha mengikut pangkat masing-masing.
Terdapat juga penjara, dapur, klinik, stor menyimpan barang dan bilik
tukang masak.

Malah, kebanyakan peralatan yang dipamerkan pula adalah artifak asal


yang dijumpai ditapak berkenaan seperti kuali, peralatan untuk
menyeksa tahanan dan serpihan pinggan mangkuk.
Artifak peninggalan tentera Jepun dan British yang ditemui dan kini
dipamer kepada orang ramai menjadi bukti tempat itu pernah menjadi
kubu pertahanan sebelum dijadikan muzium.
Malah, terdapat juga gambar tokoh yang terbabit dalam Perang
Dunia Kedua di Malaya turut dipamerkan seperti Jeneral
Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya dan Jeneral
MacArthur.

Toy Museum, Penang

Sebelum balik sempat singgah di Toy Museum yang terletak betul-betul


di hadapan Hotel Copthorne Orchid. Bayaran masuk adalah RM10.00
bagi dewasa dan kanak-kanak RM6.00 dan untuk pelancong asing pula
bayarannya adalah berganda. Muzium ini dikatakan mempunyai koleksi
barang mainan yang terbesar seumpamanya iaitu lebih kurang 100,000
dan bernilai lebih RM20 juta. Telah mencatat 2 rekod dalam The
Malaysia Book of Records untuk muzium permainan pertama di Malaysia
dan koleksi terbesar permainan dan figura.

Muzium ini seluas 650


meter persegi. Muzium ini di bahagikan kepada beberapa bahagian
seperti the Chamber of Horror, Hall of Celebrities, Field of Combats,
Chamber of Monsters, Chamber of Comic Book Heroes, Hall of Virtual
Reality, Hall of Robots, Hall of Rock Legend, Hall of Cartoons, Hall of
Mythical Monsters dan seksyen khas untuk peminat koleksi Star Wars.

Robot berwarna oren ini adalah koleksi yang termahal iaitu RM9,000 dan
ketinggian robot Gundam dari Jepun ini adalan 1.8m. Sebelah robot tu
adalah Jack Sparrow dari cerita Pirate of The Carribean, saiznya
sebesar manusia. Begitu juga Superman dan Spiderman di bawah.
Koleksi sentiasa ditambah dari masa ke semasa termasuk watak-watak
baru dari filem.

Zoo taiping

Sejarah
Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping
merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.
Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu
pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan
konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan
tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang
dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai.
Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180
spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada harimau, singa,gajah, badak
air, zirafah, enggang, orang utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha
pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya
dibiakan adalah seperti harimau belang, singa, siamang, rusa, nilgai, burung
kuak dan banyak lagi.

Muzium Perak
Submitted by webmaster on 7 September 2009 - 4:16pm

Muzium ini merupakan muzium yang tertua di Semenanjung Malaysia. Ia


terletak di bandar Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri
Perak. Ia juga berhampiran dengan Penjara Taiping dan lebih kurang 1.5 km
dari pusat bandar. Kebanyakkan koleksi terawal muzium ini adalah bahanbahan etnologi dan antropologi. Kemudian, koleksi geologi, botani dan
entamobologi menjadi spesimen tambahannya. Sehingga hari ini, jumlah
koleksi terkumpul adalah sebanyak 8,474 dan terdiri daripada 5,074 koleksi
kebudayaan, 523 koleksi alam semulajadi dan 2,877 lain-lain koleksi yang
termasuk bahan-bahan arkeologi. Muzium Perak yang kaya dengan bahan
koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi dan etamobologi yang
sebahagiannya diklasfikasikan sebagai koleksi nadir (rare) berusia lebih
seratus tahun seperti spesimen binatang jenis benturong dan pulasan,
tengkorak dan berpuluh kerangka binatang serta tembikar jenis perasapan
yang kini hampir pupus atau sukar ditemui. Kebanyakan kolekis atau artifak
ini diperagakan dalam empat galeri utama muzium yang ditempatkan di
dalam bangunan berusia hampir 120 tahun yang dibina tahun 1883 berkonsep
senibina British kuno jenis Art Dico.

Koleksi dan Galeri

Galeri Alam Semulajadi memaparkan pelbagai jenis spesimen haiwan,


burung, ikan, siput dan herberium yang dimasukan ke dalam peti-peti
pameran yang juga unik berusia lebih seratus tahun, di samping ditempatkan
ke dalam pelbagai jenis diorama yang merakamkan satu kaedah
persembahan ala British dan mengekalkan suasana habitat haiwan yang
menarik penuh dengan unsur estatika yang agung. Galeri Kebudayaan pula
banyak memperagakan koleksi ataupun artifak daripada pelbagai jenis kerja
perusahan pertukangan, kraftangan dan anyaman masyarakat Malaysia
khususnya negeri Perak seperti tekatan yang unik diantaranya telah
dihasilkan bonda seorang Sultan Perak. Anyaman tudung saji, tikar pandan
dan mengkuang dan termasuk bakul amat halus hasil kerja tangannya, di
samping unik, indah, menarik dan kaya dengan nilai-nilai estatika yang
semankin sukar diperolehi dekad ini. Galeri Orang Asli dan Tembikar pula
kaya dengan koleksi atau artifak. Perak yang merupakan salah sebuah negeri
yang banyak dihuni oleh masyarakat Orang Asli daripada keturunan Melayu
Proto, Senoi dan Negroto. Galeri Orang Asli di muzium ini merupakan sebuah

jendela ke arah memperlihatkan kehebatan kerja tangan masyarakat ini


seperti kehebatan mereka menghasilkan pakaian daripada kulit kayu, banyak
menghasilkan alat permanian muzik tradisional di samping kehebatan hasil
ukiran dan senikraf seperti patung dan topeng yang banyak diadaptasikan
dalam upacara perubatan dan magik. Tembikar yang diperagakan oleh
muzium adalah hasil perusahan tembikar tradional yang meliputi labu, geluk,
belanga, pasu pucung, buyung, kukusan dan perasapan yang berusia lebih
100 tahun. Selain itu muzium juga menganjurkan pameran bergerak
khususnya ke sekolah-sekolah sekitar Bandar Taiping dan Bandar-bandar lain
yang berdekatannya yang kebiasaanya dilakukan di atas permintaan pihak
sekolah yang berminat. Di antara tajuk-tajuk yang ditrampilkan ialah
Pameran Kegemilangan Bandar Taiping dan Kesultanan Perak.

También podría gustarte