Está en la página 1de 14

KAEDAH DAN TEKNIK

MENGAJAR

KAEDAH DAN TEKNIK


MENGAJAR
KAEDAH PERBINCANGAN
- melibatkan murid-murid dengan
aktiviti perbincangan.
- prinsip-prinsip perbincangan:
pemilihan topik perbincangan
a) guru harus memilih topik yang
berasaskan kepada pengalaman,
kebolehan dan minat murid-murid.

b) elakkan topik yang mengandungi isu

sensitif.
c) skop bagi tajuk yang dipilih haruslah
jelas dan khusus serta sesuai dengan
peruntukan masa dalam sesi
perbincangan.
tajuk perbincangan harus jelas dan
diberitahu kepada murid sebelum
perbincangan dimulakan.
semasa aktiviti perbincangan, guru
harus menggalakkan dan membimbing
setiap orang murid melibatkan diri
secara aktif dalam sesi perbincangan.

semasa sesi perbincangan,murid-murid

digalakkan mencatatkan idea-idea yang


disarankan dari semasa ke semasa.
pada akhir perbincangan, idea-idea yang
dicatatkan haruslah dirumuskan.
sedikit masa harus diperuntukkan bagi
guru membuat ulasan daripada hasil
perbincangan.
sebelum akhir pelajaran, pujian guru
haruslah diberikan kepada murid-murid
yang telah menyertai aktiviti perbincangan
supaya mereka dapat merasakan idea
mereka mendapat perhatian serta dihargai.

a)
b)
c)

KAEDAH TUNJUK CARA


melibatkan kemahiran guru
mendemonstrasikan cara melakukan
sesuatu aktiviti di hadapan murid.
prinsip-prinsip tunjuk cara:
sebelum demonstrasi
guru hendaklah menentukan topik,objektif
dan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu.
Alatan/radas disediakan dan disusun
mengikut langkah-langkah demonstrasi
yang ditentukan.
Tempat demonstrasi hendaklah disediakan
untuk memastikan semua murid dapat
menyaksikannya dengan jelas.

d) Pastikan keselamatan sebelum

menggunakan alatan/bahan yang


mungkin boleh mengakibatkan
kemalangan.
e) Sebelum memulakan demonstrasi,
guru hendaklah memberitahu murid
tujuan demonstrasi an aktiviti yang
hendak diperhatikan.
Semasa demonstrasi
a) Guru harus memandang ke arah
murid semasa memberi penerangan
tentang aktiviti demonstrasi yang
dijalankan.

b) Sekiranya murid menunjukkan


c)
d)
e)

keraguan,guru hendaklah menerangkan


langkah itu sekali lagi.
Guru boleh menggunakan teknik
menyoal untuk menarik perhatian murid.
Pastikan semua murid dapat melihat
demonstrasi serta mendengar
penerangan guru dengan jelas.
Jika masa mengizinkan, guru boleh
meminta seorang murid membuat
demonstrasi sekali lagi untuk
memperkukuh pemahaman tentang caracara melaksanakannya.

Selepas demonstrasi
a) Bincangkan dengan murid tentang

bahagian-bahagian demonstrasi
yang penting.
b) Bincangkan dengan murid tujuan
demonstrasi supaya mereka boleh
membuat rumusan dengan tepat.
c) Aktiviti pengukuhan harus diadakan
selepas demonstrasi.

-langkah-langkah pengajaran melalui


tunjuk cara.
1) Perancangan
2) Perlaksanaan
3) Latihan
4) Penutup

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH


- memerlukan murid-murid menggunakan
kemahiran, prinsip atau teori yang telah
mereka pelajari serta proses pemikiran untuk
menyelesaikan masalah yang timbul.
- Prinsip-prinsip penggunaan kaedah
penyelesaian masalah:
Soalan bermasalah harus diberikan sebaik
sahaja murid memperolehi ilmu pengetahuan
atau menguasai kemahiran yang berkaitan.
Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan
kepada kebolehan dan pengetahuan lepas
murid serta sesuai dengan pengalaman
mereka.

Sebelum proses penyelesaian

masalah dimulakan, guru harus


membimbing murid memahami dan
mengenal pasti masalah itu.
Berbincang dengan murid berbagai
cara yang membolehkan mereka
menyelesaikan masalah.
Elakkan memberi tunjuk cara guru
tentang cara menyelesaikan
masalah.

- langkah-langkah pengajaran

dengan kaedah penyelesaian


masalah
Model Dewey
1) Mengenalpasti masalah
2) Mencari maklumat rumusan
3) Membuat hipotesis
4) Menguji hipotesis
5) Menilai dan membuat rumusan


1)
2)
3)
4)

1)
2)
3)
4)
5)
6)

Model Polya
Memahami soalan bermasalah
Merancang strategi penyelesaian
Melaksanakan strategi penyelesaian
Menyemak masalah dan
penyelesaiannya semula
Model Lester
Kesedaran masalah
Kefahaman masalah
Analisis objektif
Perancangan strategi
Pelaksanaan strategi
Prosedur dan penilaian penyelesaian

También podría gustarte