Está en la página 1de 16

Tajuk 1

Meningkatkan Kemahiran Memberus Gigi Murid Prasekolah


Bermasalah Pembelajaran Melalui Pendekatan Kasih

Oleh:
Rosezeta Binti Jalaluddin
Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat
Kajang, Selangor Darul Ehsan

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah guru dalam
meningkatkan kemahiran memberus gigi dalam kalangan murid Prasekolah
Bermasalah Pembelajaran SK Seri Sekamat, Kajang semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Seramai 7 orang murid (3 lelaki dan 4
perempuan) dan seorang guru Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
pemerhatian dan semakan Senarai Semak. Perancangan Tindakan
difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran memberus gigi
dengan cara yang betul. Teknik tunjuk cara, latihan amali dan penggunaan
kad bergambar yang didedahkan setiap hari semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran telah membantu mencapai objektif kajian.

Tajuk 2
Meningkatkan Kemahiran Mengira Operasi Tambah Dan Tolak Nombor Dalam Bentuk
Piawai Melalui Teknik S.M.a.RT b Dalam Kalangan Murid Bermasalah Penglihatan

Oleh:
Suriani Binti Yusof
Sm. Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan)
Setapak, Kuala Lumpur

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kelemahan murid Tingkatan
Empat Amanah dan Bestari menyelesaikan masalah matematik di dalam
Subtopik Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi Nombor Bentuk Piawai.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui dan ujian prapeperiksaan dan
Peperiksaan

Pertengahan

Tahun

2008

yang

lalu.

Hasil

tinjauan

menunjukkan majoriti murid tidak dapat melakukan operasi tambah, tolak,


darab dan bahagi nombor dalam Bentuk Piawai. Perancangan tindakan
difokuskan kepada mengenalpasti jenis-jenis kesilapan yang dilakukan
murid semasa mengira operasi tambah dan tolak nombor dalam Bentuk
Piawai dan meningkatkan kemahiran menukar indeks bagi asas sepuluh
semasa membuat operasi tambah dan tolak nombor Bentuk Piawai melalui
Teknik S.M.a.RT b. Murid telah didedahkan kepada Teknik S.M.a.RT b
selama 120 minit dan diberi latihtubi secukupnya dalam tempoh 3 minggu.
Keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan yang ketara dan murid
masih dapat mengaplikasikan teknik ini semasa menjawab soalan
Matematik dalam peperiksaan akhir tahun 2008.

Tajuk 3
Improving The Answering Skills Among Hearing - Impaired
Students In Section B Of UPSR Science Paper

By:
Manimala Muthusamy
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban

Abstract
The percentage of passes in Science UPSR paper is alarming poor
especially among hearing impaired children. One of the pupils problems is
answering questions from the Section B of the paper. It is known that
through observations, marking the pupils examination papers, discussion
and pre test, that the number of passes in this paper dropped because they
cannot answer this Section of the paper. Thus, this research was done to
look for ways to improve the situation and at the same time to increase the
answering skill in order to increase the percentage of passes in the UPSR
Science paper. It involved 6 year 6 pupils and was carried out for 12 weeks
(May to August 2008). The objective of the research is to increase the
pupils ability to answer questions on aims/purpose accurately and to
increase the percentage of pupils who can answer questions on
aims/purpose correctly. The activities will be carried out in 5 stages. They
are explaining the key words, understanding the key words, memorizing the
formula, practice to use the formula and applying the formula. The pre
test done in the preliminary observations stage showed that only 10% can
answer the questions on aims. The research was carried out three times in
a week. Each time 15 minutes will be allocated to carry out the research.
The end result of the post test shows that there was an increasing number
of passes, that is from 10%,it increased to 73%.

Tajuk 4
Memperkasa Komunikasi Kod Tangan Bahasa Melayu
Dalam Kalangan Murid-Murid Bermasalah Pendengaran

Oleh:
Nurhamizah Binti Abdul Rahman
Sekolah Rendah Kebangsaan Pendidikan Khas
Johor Bahru, Johor Darul Takzim

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi serta memperkasakan lagi Kod
Tangan Bahasa Melayu dikalangan murid bermasalah pendengaran di
dalam Tahun 3 di Sekolah Rendah Kebangsaan Pendidikan Khas Johor
Bahru. Seramai 4 daripada 9 orang murid berusia dalam lingkungan 10
tahun terlibat dalam kajian yang dijalankan ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui ujian dan latihan kod tangan, serta pemerhatian ketika
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hasil tinjauan mendapati
murid-murid

tersebut

lemah

dalam

menulis,

mengeja

dan

lebih

menyedihkan langsung tidak kenal huruf dari A hingga Z. Lebih teruk lagi
didapati kebanyakan murid-murid gemar membina isyarat sendiri yang tidak
terdapat

dalam

buku

KTBM.

Dalam

menyelesaikan

masalah

ini,

perancangan tindakan akan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan


lagi kefahaman dan daya ingatan murid dengan menggunakan Kaedah
Bermain serta penggunaan bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan
berkesan.

Tajuk 5
Meningkatkan Kemahiran Menyebut Perkataan Dua Suku Kata
Bagi Murid Pemulihan Bermasalah Penglihatan

Oleh :
Nor Farhana Binti Hj. Juraimi
Skpk Princess Elizabeth, Johor Bahru.

Abstrak
Kajian ini melibatkan lima orang murid bermasalah penglihatan (tiga buta
dan lima rabun teruk) di SKPK Princess Elizabeth berdepan dengan
masalah menyebut perkataan. Mereka tidak yakin ketika menyebut sesuatu
perkataan. Murid-murid berkenaan diberi latihan berbentuk mengisi tempat
kosong, melengkapkan suku kata dan mengisi konsonan berdasarkan
gambar selama tiga bulan. Matlamat kajian ini untuk mempertingkat
penguasaan bacaan dapat dicapai menerusi aktiviti telah yang dijalankan.

Tajuk 6
Penggunaan Nota Modifikasi Bersama-Sama Penggunaan Peta
Minda Untuk Membimbing Murid Mengingati Fakta Sejarah

Oleh:
Chua Kim Nio
Sm Pendidikan Khas Persekutuan
Tanjong Bungah, Pulau Pinang

Abstrak
Kajian ini melibatkan seramai 12 daripada 43 pelajar tingkatan 5 sebagai
sampel kajian ini dari mula hingga akhir kajian ini dijalankan. Fokus kajian
ialah untuk menguji penggunaan ayat-ayat mudah dan pengenalan peta
minda dalam membantu pelajar-pelajar pekak menghasilkan perkara
dipelajarinya dalam ujian berbentuk esei khusus untuk mata pelajaran
Sejarah. Intervensi kajian kali ini melibatkan pengenalan peta minda selain
penggunaan nota modifikasi sedia ada digunakan. Instrumen yang
digunakan melibatkan ujian pra sebelum intervensi dan ujian pasca selepas
intervensi serta ujian mengejut. Tumpuan pengkaji hanya setakat cuba
membantu kumpulan pelajar khas ini mengatasi masalah output deficiency
dan kelemahan mengingati fakta. Dapatan kajian ini menunjukkan
penggunaan nota yang dimodifikasi dan pengenalan peta minda dapat
membantu pelajar-pelajar pekak mengingati fakta-fakta lebih lama. Kajian
ini menunjukkan guru yang mengajar kumpulan ini perlu memodifikasikan
nota dan selepas itu menggunakan peta minda bagi menggambarkan fakta
yang tersusun supaya sesuai dengan keupayaan mereka.

Tajuk 7
Meningkatkan Kemahiran Pengurusan Diri (Penggunaan Tandas)
Oleh Pelajar Prasekolah Melalui Terapi Toilet Mastery

Oleh:
Shyielathy A/P Arumugam
Skpk Princess Elizebeth, Johor Bahru

Abstrak
Kajian ini adalah satu kajian kes aspek pengurusan diri (penggunaan
tandas) murid bernama Kenny (bukan nama sebenar) yang berada di kelas
prasekolah. Kenny mempunyai ketidakupayaan penglihatan dan autistik.
Dalam kajian tindakan ini, data dikumpulkan melalui instrumen penentuan
perkembangan kanak-kanak -senarai semak, temuramah dengan ibu bapa
dan ppm asrama serta ujian auditori. Dapatan daripada senarai semak
menunjukkan pelajar mempunyai kelemahan yang ketara khususnya dalam
aspek penggunaan tandas. Dapatan ujian auditori telah mengesahkan
bahawa murid tersebut tidak mempunyai kecacatan. Hasil dapatan telah
membantu guru untuk merangka tindakan-tindakan yang berkesan bagi
membantu Kenny mengatasi masalah pengurusan diri-penggunaan tandas.
Tindakan pertama mengambil masa 10 minggu. Pelbagai terapi telah
dijalankan seperti latihan pengawalan pundi kencing, orientasi dan mobility
tandas, dan latihan toilet mastery. Secara keseluruhannya, selepas
tindakan-tindakan

tersebut

pelajar

ini

telah

menunjukkan

sedikit

perkembangan iaitu sebanyak 40% berbanding dengan keadaannya


sebelum ini.

Tajuk 8
Meningkatkan Kelancaran Bacaan Bahasa Melayu Mengikut Pola KV + KV
Murid Pemulihan Khas 2008
Oleh:
Md Yusop Bin Mahmud
Sek. Keb. Sungai Tengas
09800 Serdang Kedah
Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk membantu empat orang murid lelaki Tahun 2
Sekolah Kebangsaan Sungai Tengas, Serdang Kedah yang sedang belajar
di kelas pemulihan khas. Mereka gagal dalam Ujian KIA2M Pelepasan 3
Tahun 1 2007 dan gagal dalan ujian saringan BM kelas pemulihan.
Berdasarkan ujian saringan bahagian bacaan, pelajar ini didapati sudah
mengenal semua huruf dan dapat menyambungkan sukukata KV tetapi
gagal untuk membaca dengan lancar walaupun perkataan yang berpola
KV+KV. Mereka perlu mengeja dahulu dan mengambil masa yang agak
lama untuk membunyikan perkataan yang telah dieja. Kadang-kadang
mereka membunyikan perkataan yang tidak berkaitan dengan apa yang
dieja. Contoh: eja ka+ki bunyi kita, eja ba+tu bunyi tuba, eja ba+tu bunyi
bata. Hasil dari perhatian dalam kajian ini didapati murid ini lupa apa yang
mereka eja iaitu bunyi suku kata awal perkataan, mereka hanya mengingati
sukukata yang akhir sahaja apabila mengeja sesuatu perkataan. Dalam
kajian ini, kaedah konvensional disepaduakan iaitu menggunakan kad-kad
perkataan dan gambar dengan kaedah bantuan komputer dengan
menggunakan perisian e-bacalis khusus untuk membantu murid ini
melancarkan bacaan mereka. Dalam kajian ini ia dikhususkan untuk
membolehkan mereka membaca dengan lancar dan menulis dengan
tepat/betul 30 patah perkataan berpola KV+KV. Hasil kajian yang diperolehi
sangat memuaskan kerana semua sampel kajian dapat membaca dengan
lancar tanpa melakukan kesalahan.

Tajuk 9
Meningkatkan Kemahiran Bertutur Dalam Kalangan Murid
Pra Sekolah (Bermasalah Pembelajaran)
Oleh:
Meriam Binti Mat Zin
Sk. Kuala Berang
Hulu Terengganu
Terengganu Darul Iman
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi permasalahan dan kebuntuan yang
dihadapi oleh murid prasekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
(PKBP) di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, Terengganu. Murid tersebut
terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan. Dua murid
sindrom down dan seorang murid lambat perkembangan. Murid-murid
tersebut mempunyai masalah pertuturan. Seorang murid yang langsung
tidak bercakap dan mengeluarkan suara. Murid ini bukan dikategori
bermasalah pendengaran. Ini kerana beliau mempunyai tidak balas
terhadap arahan dan mempunyai reaksi terhadap bunyi di persekitarannya.
Murid ini adalah murid sindrom down. Manakala murid kedua pula
membunyi suara, tetapi suara itu tidak mempunyai makna langsung bila
dituturkan. Bagi murid ketiga, murid tersebut boleh bertutur atau berlisan
dengan

pertuturan

yang

pelat.

Murid

tersebut

bercakap

dengan

membunyikan setiap perkataan yang diucapkan hanya sukukata akhir


sahaja yang kedengaran. Mereka ini mempunyai IQ yang terlalu rendah.
Pergerakan dan tindakbalas ke atas arahan juga terlalu lemah, lambat dan
agak terbatas. Mereka tidak tahu mengurus diri walaupun perkara tersebut
mudah. Masalah ini membelenggu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pemerhatian dan analisa dijalankan untuk menjurus kepada aktiviti yang
akan dilaksanakan. Peringkat permulaan aktiviti terapi pertuturan dijalankan
seterusnya diikuti pendekatan sukukata. Alhamdulillah berkat kesungguhan
murid masalah pertuturan murid-murid tersebut sudah berkurangan dan
menjadi lebih baik bila mereka semakin meningkat umurnya.

Tajuk 10
Meningkatkan Penguasaan Huruf A,B,C,D, Dan E Dengan Menggunakan Kaedah Huruf
Cantum Bagi Murid Pelbagai Kecacatan

Oleh :
Nursyahirah Binti Adam,
Norwahida Binti Abu Bakar
Sek. Keb. Pendidikan Khas Taiping,
Taiping, Perak

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk membantu murid bermasalah pembelajaran
menguasai huruf a,b,c,d, dan e. Kajian ini hanya melibatkan seorang murid
dari kelas khas bermasalah pembelajaran. Murid ini mempunyai masalah
pendengaran dan slow learner. Tinjauan awal mendapati murid keliru untuk
mengkod huruf b dan d. Selain itu murid juga gagal mengkelas huruf-huruf
tersebut apabila diletakkan secara rawak. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui ujian pra, latihan dari buku latihan dan pemerhatian semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Hasil tinjauan menunjukkan murid keliru
antara kod huruf b dan d serta gagal mengkelas huruf-huruf tersebut. Bagi
menangani masalah tersebut, Kaedah Huruf Cantum dan Permainan Mari
Memancing telah dilaksanakan supaya dapat menarik perhatian murid dan
seterusnya meningkatkan penguasaan murid terhadap huruf a,b,c,d dan e.
Melalui kaedah ini, didapati murid menunjukkan minat dan penguasaan
terhadap huruf-huruf tersebut.

Tajuk 11
Meningkatkan Kemahiran Mengenal, Menyebut Dan Menulis Suku Kata Mudah
KV + KV Dalam Bahasa Melayu Murid Pra-Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran

Oleh:
Halim Bin Yasin
Sekolah Kebangsaan Taman Kepong
Jalan Kelicap, Kepong Baru
Kuala Lumpur

Abstrak
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menyebut,
menulis,

membaca

dan

mengira

melalui

strategi

pengubahsuaian

tingkahlaku secara komprenhensif telah dijalankan terhadap murid-murid


Pra-Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di S. K. Taman
Kepong Kuala Lumpur.

Seramai dua orang murid Pra-Intergrasi yang

terlibat dalam kajian tindakan ini. Mereka terdiri daripada murid-murid


hiperaktif+autism, dan murid paraplegia/mlodysplasia. Kajian ini telah
dijalankan dengan kerjasama yang padu daripada penyelidik, guru besar,
pembantu pra-sekolah, ibu bapa dan warga sekolah S. K. Taman Kepong
melalui "Program Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing". Ibu bapa
berkerjasama dengan penyelidik semasa menjalankan aktiviti terapi mandi
bunga, terapi urutan, latihan pernafasan dan pelbagai aktiviti lain. Banyak
manfaat yang telah diperolehi melalui aktiviti terapi mandi bunga dan terapi
urutan yang telah dijalankan setiap hari. Antaranya telah membantu
merangsang saraf serta meningkatkan daya perkembangan minda muridmurid. Malahan murid-murid terbabit juga telah berjaya membaca, menulis
suku kata mudah, menyalin ayat pendek dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris serta dapat melakukan aktiviti operasi tambah dan tolak.
Pendekatan kolaberasi yang telah dijalankan ini telah membawa kejayaan
yang membanggakan kepada pihak sekolah dalam melahirkan murid-murid
istimewa yang dapat berdikari dan maju dalam pelajaran.

Tajuk 12
Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Matematik Dalam Cerita Tahun 3

Oleh:
Marsita Binti A.Rahman
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka
Km.4, Jalan Semabok
Melaka

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengesan dan mengatasi masalah matematik
dalam cerita melalui program pengecaman istilah matematik yang dihadapi
oleh murid-murid Tahun 3. Seramai empat orang murid Tahun 3 yang
mengalami masalah pendengaran dan seorang guru Matematik yang
terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada
penguasaan istilah Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi memudahkan
murid-murid ini menyelesaikan masalah bercerita dalam operasi tambah,
tolak, darab dan bahagi. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan
kerja murid, ujian pertengahan semester, ujian pra dan dan ujian pos. Hasil
tinjauan menunjukkan murid-murid tidak dapat menjawab soalan Matematik
dalam

bentuk

cerita

walaupun

soalan

tersebut

tidak

mempunyai

pengganggu. Sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan dalam


tempoh lapan minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan
prestasi pelajar. Pelajar juga dapat mengecam, mengingati istilah dan
menentukan operasi yang betul digunakan dalam soalan tersebut melalui
teknik pohon istilah yang dijalankan.

Tajuk 13
Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Mengembangkan Isi/Idea
Dalam Karangan Murid Tingkatan 5

Oleh:
Siti Zaiton Binti Alias
Sekolah Menengah Pendidikan Khas
(Cacat Penglihatan)
Jalan Genting Kelang
Setapak Kuala Lumpur

Abstrak
Kajian

ini

memfokuskan

kepada

usaha

membantu

murid-murid

mengembangkan isi atau idea dalam karangan. Kajian ini dijalankan khas
untuk membantu murid-murid berdepan dengan masalah menghurai isi
karangan. Sasaran kajian ini melibatkan 12 orang murid yang terdiri
daripada 8 orang murid perempuan dan 4 orang murid lelaki dari Tingkatan
5 tahun 2007. Tinjauan awal mendapati murid-murid ini paling banyak sekali
melakukan kesalahan bahasa di samping tidak tahu kaedah yang betul
untuk menulis karangan sehingga mereka menghasilkan karangan yang
terlalu pendek. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan kepada murid-murid
untuk mengatasi masalah ini antaranya memperkenalkan 8 jenis cara
membina pendahuluan, teknik THC (topik, huraian, contoh) dan teknik
4W1H (apa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana). Dapatan kajian
berjaya menunjukkan kemajuan yang positif dalam penulisan murid-murid
setelah

teknik-teknik tersebut diperkenalkan.

Tajuk 14
Meningkatkan Kemahiran Menguasai Perbendaharaan Kata
Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Sains Tahun 3

Oleh:
Nor Atifah Binti Jusoh
Program Integrasi Masalah Penglihatan
Sek. Keb. Kubang Ikan Chendering,
Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Abstrak
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti dan mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid Tahun 3 Resos dalam menguasai perbendaharan kata
Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains. Bertitik tolak daripada
masalah ini, satu kajian dilakukan melalui kaedah Kajian Tindakan yang
bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan perbendaharaan kata
Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid. Kajian ini melibatkan dua orang
murid Tahun 3 Resos, Program Integrasi Pendidikan Khas Sekolah
Kebangsaan Kubang Ikan yang rabun dan buta.. Hasil tinjauan awal
didapati kedua-dua murid ini belum dapat menguasai perbendaharaan kata
Bahasa Inggeris dalam setiap tajuk yang dipelajari. Oleh itu, tiga kaedah
akan digunakan dalam menjalankan kajian ini iaitu soal jawab lisan dalam
kelas, soalan-soalan ujian dan pemerhatian yang dilakukan selama tiga
bulan. Hasil daripada kajian ini, buat didapati kedua-dua murid dapat
meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dalam
mata pelajaran Sains Tahun 3 secara berperingkat-peringkat.

Tajuk 15
Pengunaan Gambar Untuk Membantu Murid Mengenal Dan Mengeja
10 Jenis Pekerjaan Dalam Bahasa Inggeris

Oleh:
Pn. Usha Rani A/P Tavasee
Sek Men Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang
600h Jalan Lembah Permai
11200 Tanjung Bungah
Pulau Pinang

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah
yang dihadapi oleh murid-murid Tingkatan 2C dalam mengenali dan
mengeja jenis-jenis pekerjaan (Occupations) dalam Bahasa Inggeris.
Seramai tujuh orang murid Tingkatan 2C di Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Persekutuan Pulau Pinang yang bermasalah pendengaran dan
seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal kajian ini telah
dilaksanakan melalui pelbagai jenis ujian seperti pra0ujian, ujian bulanan
dan ujian ejaan. Hasil daripada tinjauan tersebut membuktikan bahawa
murid Tingkatan 2C tidak mampu untuk mengenal, mengeja dan meningati
perkataan-perkataan yang pendek seperti Bird, Dog, Frog, dan Fish.
Oleh yang demikian, perancangan tindakan difokuskan kepada suatu teknik
pengajaran yang menggunakan gambar secara meluas. Teknik ini didapati
mampu membentu murid untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan
mereka untuk mengeja. Murid telah didedahkan kepada teknik pengajaran
yang menggunakan gambar dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh
lapan minggu. Manakala keputusan ujian pos yang telah diadakan pada
akhir kajian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Melalui
pemerhatian dan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati,
memahami dan seronok untuk belajar perkataan. Suasana pengajaran dan
pembelajaran

dalam

memberangsangkan.

bilik

darjah

menjadi

lebih

seronok

dan

Tajuk 16
Mengenal Dan Membezakan Jarum Panjang Dan Jarum Pendek Pada Jam Analog
Melalui Kaedah Jam Warna

Oleh:
Muhammad Shafiq Bin Ab. Ghani
Sek. Keb. Pendidikan Khas Melaka
Km.4, Jalan Semabok,
Melaka

Abstrak
Kajian dibuat berdasarkan daripada dapatan yang diambil dari enam murid
bermasalah pendengaran. Semasa melakukan kajian ini, mereka dalam
proses pengajaran kaedah tambah. Oleh kerana penambahan amat
penting, penekanan lebih kepada kaedah tambah. Kajian dapat dibuat
semasa mengumpul masalah dan data awal. Masalah utama yang dihadapi
oleh murid-murid ialah mereka tidak boleh mengenal dan menilai
nombor-nombor yang lebih dari 20. Memandangkan jam analog yang
digunakan memaparkan nombor sehingga 60 bagi jarum panjang, maka
mereka perlu diperkenalkan dahulu dengan nombor dan nilai nombor
tersebut. Semasa proses kajian berlaku, P&P berjalan seperti biasa dan
mengikut sukatan yang diberikan. Walau bagaimanapun, kajian ini tetap
mengambil sedikit masa untuk dijalankan.

También podría gustarte