Está en la página 1de 2

Pendekatan Pemahaman Teks

Kaedah Struktural
Strukturalisme ialah pendekatan yang digunakan untuk menganalisis karya naratif dengan
meneliti struktur dalaman teks. Strukturalisme berasal daripada linguistik Ferdinad de
Saussure yang mengetengahkan cara berfikir tentang dunia melalui persepsi dan deskripsi
berhubung dengan fenomena metos dan ritual untuk melihat sistem tanda. Pandangan
tersebut telah ditransformasikan ke dalam bidang kesusasteraan oleh tokoh-tokoh
selepasnya Strukturalisme zaman awal berpendapat bahasa memainkan peranan penting
dalam pencarian makna. Makna itu pula bukanlah sesuatu yang mudah dicari
memandangkan makna itu sendiri suatu konsep yang abstrak. Suatu makna adalah sebagai
fungsi sistem bahasa, sistem itu pula membentuk struktur sastera dan seterusnya
mempunyai hubungan dengan sistem kehidupan Strukturalisme menyatakan pengkritik
haruslah berusaha untuk mencari makna teks berdasarkan struktur teks itu sendiri. Menurut
pendekatan ini, dalam sesebuah itu terkandung makna sebenar dan pengkritik
bertanggungjawab menyorot dan menggeledah struktur teks tersebut Teori ini melihat
pembentukan kesatuan teks dalam erti kata teks sastera sebagai jalinan struktur yang
kompleks Segala unsur yang membentuk karya itu perlu diselidiki dan dianalisis dan dengan
berbuat demikian makna keseluruhan teks akan dapat dijelmakan. Teori ini menekankan
elemen yang menjadi pengawal sesebuah teks. Pengawal sesebuah teks itu ialah segala
unsur yang menjalin teks yang terdiri daripada keseluruhan, transformasi, regulasi diri,
sinkronik dan desentralisasi Menganalisis karya semata-mata berpandukan kepada apa
yang dihasilkan Menghuraikan aspek ekstrinsiknya Melihat mutu pencapaian karya,
bukannya usaha penyelidikan karya tersebut. Pertama, Karya sastera sebagai sebuah dunia
yang mempunyai rangka dan bentuknya tersendiri ibarat sebuah rumah. Melihat komponen
tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan Memberi perhatian yang utama
terhadap aspek-aspek dan unsur-unsur membina sesebuah karya iaitu aspek teknik karya
Menurut C.T.Winchester, 1960, kekuatan karya terletak pada teknik dan kemahiran
pengarang bercerita atau berkarya

KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI


Pendekatan yang menekankan pengalaman pelajar dan sejauhmana pelajar dapat
menghayati pengalaman penulis melalui teks yang dibaca. Keupayaan mengaitkan
pengalaman dengan isi karya yang dikaji. Kebolehan memahami dahulu isi cerita atau
maksud puisi sebelum mengkaji secara terperinci aspek-aspek struktur sesebuah karya

Keupayaan memberikan pendapat dan menilai aspek-aspek struktur yang tertentu dalam
sesebuah karya sastera.
a.Guru suruh murid baca dulu karya sastera
b.Adegan/aksi/aspek paling berkesan dipilih guru untuk diaktifkan dalam aktiviti.
c.Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya.
Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau
improvisasi.Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas
pantun atau karya gurindam dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, zapin,
dangdut dan yang bersesuaian
d.Murid menyatakan pengalamannya dan pengalaman dalam karya sastera.

También podría gustarte