Está en la página 1de 5

BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)

NILAI

PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA

RAJIN

Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja


rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja
sekolah/buat latihan

TOLONGMENOLONG

MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh


pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di
sekolah/

BEKERJASAMA

bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/


bermuafakat/berbincang/berganding bahu bahu/berpadu
tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat

BAIK HATI

Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan


derma/belanja kawan makan/tidak berdendam

PEMURAH/
MURAH HATI

Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan


makan/menolong/membantu/berkongsi

JUJUR
AMANAH
RELA/SANGGUP
BERKORBAN
MENGHARGAI
MASA
MENGHARGAI /
MEMBALAS
JASA
PRIHATIN
BERDISIPLIN

bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta


benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan
melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu
bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan.
Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/
secara sukarela
Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran
/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu
belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan
Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/
memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit
Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma
/menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi
peraturan dan undang-undang.
Norzila Binti Otoh ( Guru BM Tahun 6 )

BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)

MENJAGA KEBERSIHAN

MENJAGA KESIHATAN

MENJAGA KESELAMATAN

Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam


sekitar/menebas rumput/membakar sampah
Makan makanan berkhasiat/ makanan
seimbang/bersukan/berjoging/
bermain badminton
Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang
ke kiri dan kanan/memakai topi keledar

SEMANGAT PATRIOTIK

Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/


melawat Tugu Negara/tempat bersejarah

TABAH/SABAR/
CEKAL

Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/


dugaan/diejek/dihina/dibuli

PERAMAH/MUDAH
MESRA
IKHLAS
KASIH SAYANG/ SIMPATI

Bertanya khabar/menyapa kawan


Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu
tanpa mengharapkan balasan
Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/
menghulurkan derma kepada orang miskin

RASIONAL

Melakukan sesuatu setelah memikirkan


kebaikannya

TAAT / PATUH

Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guru


Mengikut peraturan

SEMANGAT
BERMASYARAKAT
/ KEJIRANAN

Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit


Ziarah kematian ucap takziah
Beri makanan kepada jiran / tolong jiran

BERTANGGUNGJAWAB

Memulangkan harta benda orang / melaksanakan


tugas / menegur perbuatan negatif

BERDIKARI

Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa


mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut
Norzila Binti Otoh ( Guru BM Tahun 6 )

BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)


2

KEBEBASAN
BERSIKAP SEDERHANA

Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan,


mencadangkan sesuatu
Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegahmegah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru

BIJAKSANA /
BIJAK BERFIKIR /
BIJAK MEMBUAT
KEPUTUSAN

Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu


setelah berfikir.

BERWAWASAN /
BERCITA-CITA TINGGI /
BERJIWA BESAR

Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah


nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke
menara gading/ ingin menjadi doctor

DEDIKASI

Berminat dan rela mengorbankan masa dan


tenaga dalam melakukan sesuatu yang
berfaedah / bekerja dengan bersunggguhsungguh

BERDIKARI

Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa


mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

BERTOLERANSI /
BERTOLAK ANSUR

Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel


kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan
rakan / tidak mengambil hati

MEMPUNYAI JATI DIRI

Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi


cubaan/rintangan/kesusahan

BERANI

Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas /


berlawan dengan penjahat / penjenayah
/ mempertahankan diri

HORMAT /
MENGHORMATI

Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa


seseorang dengan baik / bangun apabila guru
masuk ke dalam kelas.

Norzila Binti Otoh ( Guru BM Tahun 6 )

KEBAIKAN MEMBAWA BEKAL KE SEKOLAH


3

Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk membeli
makanan dan minuman di kantin sekolah. Namun begitu, kita juga boleh
membawa bekal ke sekolah. Membawa bekal ke sekolah sebenarnya
membawa banyak kebaikan kepada kita.
Apabila kita membawa makanan sendiri ke sekolah, kita akan dapat
menjimatkan wang kita. Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa kita boleh
disimpan di dalam tabung atau di bank. Lama-kelamaan wang tabungan kita
akan bertambah, seperti kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama menjadi
bukit.
Selain itu, makanan yang dibekalkan oleh ibu kita semestinya sedap
dan berkhasiat. Ini dapat mengelakkan kita daripada terkena keracunan
makanan. Kita juga akan lebih berselera untuk menikmati makanan yang
dimasak oleh ibu pada waktu rehat.
Di samping itu, kita tidak perlu lagi berebut-rebut atau beratur untuk
membeli makanan di kantin. Kita dapat menjamah terus makanan yang
dibawa dari rumah. Masa rehat kita dapat dijimatkan. Oleh itu, kita masih
ada masa untuk membaca buku atau akhbar di perpustakaan.
Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi bekal dengan kawankawan kita. Dengan ini, perhubungan kita dengan kawan-kawan akan
menjadi lebih erat. Selain itu, hubungan kasih sayang antara kita dan ibu
juga akan bertambah erat.
Kesimpulannya, membawa bekal ke sekolah memang mendatangkan
banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu ada baiknya amalan tersebut kita
lakukan untuk kebaikan diri kita sendiri.

KEBAIKAN BELAJAR BERKUMPULAN

Terdapat banyak cara untuk belajar. Sebagai pelajar kita boleh belajar
sendiri atau belajar secara berkumpulan. Belajar berkumpulan sebenarnya
mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.
Apabila kita belajar secara berkumpulan, kita dapat bertanya tentang
pelajaran yang tidak kita fahami. Kata pepatah, malu bertanya, sesat jalan.
Oleh itu, segala masalah kita dalam pelajaran akan dapat diatasi serta-merta
dengan bantuan kawan-kawan kita.
Kita juga akan lebih memahami sesuatu perkara jika kita belajar secara
berkumpulan. Kawan-kawan kita yang lebih pandai akan memberikan
penerangan yang jelas. Sebaliknya, apabila kawan kita pula yang tidak
memahami sesuatu perkara, kita boleh membantunya dengan memberikan
penerangan yang dimintanya.
Di samping itu, kita juga tidak akan berasa jemu atau mengantuk.
Pembelajaran secara berkumpulan yang diselang-selikan dengan perbualan
dan gurauan tentunya akan menjadi lebih menarik. Oleh itu,
Kita akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar.
Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi pendapat dengan
kawan-kawan kita. Dengan cara ini, ilmu pengetahuan kita akan bertambah
dari semasa ke semasa. Perhubungan kita dengan kawan-kawan juga akan
menjadi lebih erat.
Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan memang mendatangkan
banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu amalkanlah belajar secara
berkumpulan untuk kebaikan kita bersama.

También podría gustarte