Está en la página 1de 3

EDU 3083 NOV 2013

BAHAGIAN C (40%)
1. Bincangkan akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan Negara bagi
menjamin keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara seperti
yang digariskan dalam kod etika keguruan.
Jawapan:
Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat
majmuk seperti penduduk berbilang bangsa, bahasa, agama dan budaya.
Kemajmukan ini merupakan satu keunikan negara Malaysia. Terdapat dua
kemungkinan boleh wujud, sama ada keunikan ini menjadi punca kekuatan dan
kemajuan negara ataupun ia mungkin menjadi punca konflik dan pengunduran
negara yang boleh menghancurkan kemajuan dan perpaduan hasil daripada
usaha generasi sebelum ini. Perpaduan dan keharmonian merupakan elemen
yang sangat penting dalam mengekal persefahaman dan kesejahteraan dalam
masyarakat Malaysia.
Cabaran ini perlu dihadapi oleh guru-guru yang mendidik generasi muda
berdasarkan hasrat FPK. Sehubungan itu, guru mempunyai akauntabiliti penting
terhadap masyarakat dan negaranya. Guru-guru harus memahami aspirasi sistem
pendidikan

negara

seperti

yang

digariskan

dalam

Pelan

Pendidikan

Perkembangan Malaysia (PPPM) 2013-2015. Kaum guru akan komited


melaksanakan sistem utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
Di samping itu, guru-guru akan bertanggungjawab memastikan enam ciri aspirasi
murid dapat disasarkan iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identity nasional.
Hujah-hujah lain:
i. Mengajar dengan berkesan dan cemerlang agar anak-anak Malaysia dapat
ii.

mendekatkan / memecahkan jurang perkauman dan ekonomi.


Memberi ruang kepada murid-murid melalui aktiviti bilik darjah atau
kokurikulum yang dapat mendekatkan dan berkawan dengan rakan-rakan

dari kumpulan etnik lain.


iii. Murid-murid daripada pelbagai kaum harus dididik untuk menghormati
perbezaan antara satu sama lain selaras dengan semangat 1 Malaysia.

iv. Perpaduan harus menjadi prinsip panduan untuk semua guru dalam aktiviti
kokurikulum,

contohnya

menghargai

semangat

kesukaran,

bukan

mengutamakan menang-kalah bagi memupuk persefahaman antara kaum.


2. Faktor

guru

merupakan

penyumbang

kepada

kejayaan

sesebuah

organisasi sekolah yang cemerlang


Adakah anda setuju dengan pernyataan anda? Huraikan pendirian anda
dengan memberi contoh dan justifikasi yang sesuai.
Jawapan:
Guru merupakan pihak yang dipertanggungjawab dalam mengembangkan
potensi dan bakat murid-murid. Tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya
terbatas di dalam bilik darjah semata-mata, malah melebihi batasan dan
sempadan sekolah. Guru yang positif akan mendidik murid-murid supaya
mempunyai jangkaan yang tinggi dalam usaha mencapai kejayaan dalam
pelajaran. Jangkaan yang tinggi perlu dibentuk di kalangan murid yang
mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi kognitif, emosi, jasmani dan
social. Dalam hal ini, guru perlu memahami status sosio-ekonomi, minat dan
kebolehan serta aspek-aspek perkembangan diri murid. Inisiatif ini membolehkan
guru mengenal pasti kelebihan dan kekurangan dalam pencapaian muridmuridnya.

Seterusnya

guru

dapat

memupuk

sifat-sifat

murni

seperti

tanggungjawab, kesungguhan, keyakinan diri dan motivasi sebagai usaha untuk


meletakkan jangkaan tinggi dalam minda murid. Kriteria tingkah laku guru yang
berfikiran positif merupakan satu landasan awal untuk menghasilkan sumber
manusia iaitu murid-murid yang berketrampilan dalam konteks keberkesanan
sekolah.
Contohnya, guru-guru proaktif akan sentiasa memberikan input-input yang
berkaitan perkembangan dunia sains dan teknologi yang boleh membina
percambahan idea-idea semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara
langsung, tahap jangkaan untuk membina kejayaan dalam pelajaran di kalangan
murid akan meningkatkan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Hujah-hujah lain:
i. Merangsang serta memberi penekanan kepada murid-murid supaya cintakan
ilmu, menggalakkan amalan budaya ilmu di sekolah.

ii.

Guru mencipta suatu persekitaran pembelajaran yang mana murid-murid

boleh belajar dengan cara yang selesa.


iii. Guru berperanan sebagai hubungan dengan para pentadbir sekolah dan
komuniti, menerapkan nilai social dan kolaborasi komuniti untuk mengangkat
sekolah ke aras yang lebih cemerlang.
3. Sebagai

guru,

memastikan

apakah

amalan

pelan

proses

pembelajaran
pembelajaran

peribadi
sepanjang

anda
hayat

untuk
bagi

meningkatkan ilmu pengetahuan dan keberkesanan diri dalam profesion


keguruan.
Jawapan:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Melaksanakan kemahiran menyelidik dalam bidang pendidikan.


Menjadi pengamal reflektif.
Mengamalkan cara kerja secara musyawarah atau kolaborasi.
Menyumbang kemahiran dalam bidang penulis.
Mengamalkan pembelajaran kendiri.

También podría gustarte