Está en la página 1de 2

Pendekatan bimbingan

1. Bimbingan ialah satu proses yang berterusan mengikut susunan dan bersifat
mendidik.
2. Bimbingan diberi berdasarkan kesedaran tingkah laku yang bersesuaian dengan
kehendak masyuarakat, kesedaran, kehormatan dan harga diri serta kesedaran hak
memilih atau menolak untuk pelajar.
3. Proses bimbingan mesti dipraktikkan berdasarkan prinsip-prinsip bimbingan yang
baik.
(A) Pendekatan bimbingan dalam perkembangan

Aktiviti-aktiviti yang memotivasikan individu dijalankan untuk membentuk


personaliti dan konsep kendiri yang positif ke arah mencapai prestasi diri yang lebih
baik.
Bimbingan diberi berdasarkan kepercayaan bahawa manusia mempunyai kebolehan
dan kesanggupan yang tidak ada had.

(B) Pendekatan bimbingan dalam pencegahan

Bimbingan menyediakan satu sistem tanggungjawab bersama di antara guru-guru,


pentadbir, ibu-bapa, rakan sebaya dan ahli-ahli komuniti untuk mencegah dan
menyekat kemungkinan berlakunya permasalahanpermasalahan dalam sistem
persekolahan. Contohnya, penyalahgunaan dadah, AIDS, budaya lepak dan
sebagainya.

(C) Pendekatan bimbingan dalam pemulihan

Disediakan untuk pelajar-pelajar yang lemah supaya mereka dapat mempertingkatkan


prestasi diri dalam pencapaian akademik.

(D) Pendekatan bimbingan dalam krisis

Krisis merujuk kepada kes-kes kritikal seperti bertumbuk dengan tujuan mencedera,
percubaan membunuh orang atau diri, masalah mental atau penyalahgunaan dadah.
Krisis-krisis yang biasa yang dihadapi oleh guru bimbingan ialah masalah
pembelajaran, masalah peribadi, masalah kurang kecerdasan dan masalah mental di
kalangan pelajar-pelajar selokah.
Krisis masalah pembelajaran yang biasa dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah
ketidaksinambungan di antara kurikulum dengan perkembangan kognitif mereka atau
pun strategi dan kaedah mengajar guru yang kurang sesuai dengan diri mereka.
Selain daripada itu, guru bimbingan juga boleh membimbing pelajar-pelajar yang
menghadapi masalah peribadi seperti mereka yang mempunyai motivasi dan konsep

kendiri yang rendah atau pun yang mempunyai masalah kemiskinan dan masalah
sosial.
Masalah kecerdasan mental di kalangan pelajar adalah masalah seperti cepat lupa atau
sukar memahami sesuatu konsep yang diajar oleh guru. Seorang guru pembimbing
boleh menolong pelajar dengan mencadangkan pelbagai cara atau latihan yang boleh
meningkatkan daya ingatan pelajar.
Untuk mengesahkan pelajar yang mengalami krisis mental, guru bimbingan perlu
mengenali ciri-ciri yang akan ditunjukkan oleh pelajar seperti berikut:
(i)
tidak boleh menyebut perkataan-perkataan dengan tepat
(ii)
tidak boleh menyusun perkataan-perkataan untuk membina ayat dengan tepat
(iii)
membaca dengan kadar lambat atau langsung tidak boleh membaca
(iv)
jangka masa penumpuan perhatian semasa guru mengajar adalah sangat singkat
(v)

También podría gustarte