Documentos de Académico
Documentos de Profesional
Documentos de Cultura
ARUS
Zam (transformer) 1
PENERANGAN :
Fungsi utamanya adalah mengubah nilai arus primer kepada nilai arus sekunder
iaitu nilai yang mampu diukur oleh jangka dalam keadaan selamat.
Arah aliran arus
yg tinggi.
Busbar
Alatubah arus
Arus pendua 0 - 5A
Didalam litar utama mungkin arus yang mengalir ialah 1000 A atau 2000 A atau
mungkin lebih tinggi lagi. Tiada jangka yang berkebolehan mengukur terus nilai
yang sebegitu tinggi tanpa mengunakan kaedah pengubahan arus.
Dalam perkara ini pengubah arus mestilah digunakan bagi merendahkan nilai yg
selamat disamping itu juga litar pendawaian sekunder (Permeteran dan
Perlindungan) akan menjadi lebih kecil saiz pengalirnya.
Zam (transformer) 2
Pengiraan nisbah ‘CT’ adalah seperti berikut...
Vp Is
─── = ─────
Vs Ip
Lilitan primer dililit hanya dengan beberapa lilitan sahaja atau pun biasanya diwakili bus
bar sebagai lilitan primer. Dalam keadaan ini arus utama adalah mengalir melalui bus
bar dan melalui teras ‘CT’.
3. Contoh.
Zam (transformer) 3
Satu Ammeter mempunyai skil pesongan penuh ialah 5A di gunakan mengukur
arus utama 200A. Jika lilitan utama/Primer sebanyak 2 belitan, kirakan jumlah
belitan sekunder yang diperlukan bagi memberikan nilai skil pesongan penuh.
Np= 2T Ns= ?
Np Is
─── = ─────
Ns Ip
Np x Ip
Ns = ─────────
Is
2t x 200A
Ns = ───────── = 80 belitan.
5A
Manakala ‘CT’, arus dari litar primer adalah arus utama dan mengalir tidak kira
lilitan pendua disambung atau tidak.
Oleh itu arus pendua perlu dialirkan melalui Ammeter bagi menstabilkan flux
didalam teras dan jika ammeter ditanggalkan, voltan yang merentangi di antara
punca ‘CT’ akan meningkat kepada nilai tinggi dan akan menyebabkan
Zam (transformer) 4
kerosakan tebatan (Insulation Breakdown) atau akan menyebabkan lampau
panas kepada teras.
‘CT’ tidak boleh dikendalikan dalam keadaan lilitan pendua terbuka dan
perlindungan lampau beban tidak boleh dipasangkan kepada litar
penduanyanya. (IEE 473-01-03).
Jika Ammeter memerlukan penggantian, litar pendua Ct mestilah di litar
pintaskan. Ini tidak akan merosakan Ct.
Kuasa ketara alat pengubah arus (CT) ini dikadarkan dalam nilai Volt ampiar
(VA) dan di sebutkan BURDEN. Untuk mengurangkan kesalahan (ERROR)
ammeter atau voltmeter yg disambungkan mestilah dikendalikan pada nilai
‘burden’ yang dikadarkan.
KEKUTUBAN ALATUBAH
Kumpulan belitan pada alatubah, sama ada belitan primer atau sekunder boleh
ditentukan dengan menggunakan jangka 'ohm'. Nilai rintangan yang tinggi menunjukan
belitan primer dan nilai rintangan yang rendah menunjukan belitan sekunder.
Selain dari itu, boleh juga mengguna voltmeter (jangka volt) untuk menentukan
kekutuban sesuatu alatubah.
1. Kaedah 'Subtractive'.
Zam (transformer) 5
V2
H1 (+) X2 (-)
P S
V1
H2 (-) X1 (+)
common jumper
transub/imc
2. Kaedah 'Additive'.
V2
H1 (+) X2 (-)
P S
V1
H2 (-) X1 (+)
common jumper
tranadd/imc
Sekiranya bacaan voltmeter V1 lebih daripada bacaan V2, maka titik 'common'
bagi sekunder adalah negatif (-), ditandakan dengan X2 dan hujung satu lagi adalah
positif (+), ditandakan dengan X1.
Zam (transformer) 6