Está en la página 1de 6

Intifadhah

•Perkembangan mutakhir: 1987 – 2001


•Intifadhah al-Hijarah – ‘The stone uprising’
•Permulaan fasa penting dalam keseluruhan sejarah perjuangan pembebasan
Palestin.
•Menyebabkan berlakunya perubahan pada dasar zionis terhadap Palestin.

•Gerakan yang diasaskan oleh penduduk Palestin dari wilayah yang dijajah
(Tebing Barat dan Gaza)
•Kebangkitan yang jelas bercirikan Islam.
•Semua kelompok terlibat.
•Penglibatan kanak-kanak (‘Atfal Al-Hijarah’ – ‘the stones children) dan wanita.

Modus operandi

•Empat tahun pertama – partisipasi massa dlm bentuk demonstrasi, mogok dan
‘boycott’ ke atas pentadbiran zionis.
•Usaha pembersihan masyarakat dari rasuah, dadah, maksiat dan pembelotan.
•Operasi ketenteraan terhadap zionis

Cabaran ke atas intifadhah

•Perjanjian Oslo di antara PLO dan entiti zionis – 1993


•Perang teluk dan kesannya ke atas dunia Arab/Palestin
•Kejatuhan Soviet dan kuasa unipolar USA

Perjanjian Oslo – kesannya ke atas intifadhah

•Perjanjian ‘damai’ Oslo – 1993, Fatah dan sekutunya dalam PLO


mengistiharkan berakhirnya intifadhah.
•Gerakan Islam HAMAS dan al-jihad meneruskan intifadhah.
•Palestinian Authority (PA) ditubuhkan pada Mei 1994 untuk membendung
intifadhah.

HAMAS

•Secara rasminya ditubuhkan pada 14 Dis. 1987.


•Sebuah gerakan yang berasaskan fikrah Al-Ikhwan Al-Muslimun.
•Perlembagaan HAMAS menekankan tentang
- iltizam penuh dgn pendidikan Islam
- Pembebasan Palestin sepenuhnya
- Penubuhan Negara Islam di atas bumi Palestin
•Sangat popular di kalangan pelajar/profesional.
•Memenangi 30-50% undi di Universiti dan pertubuhan profesional
•Golongan sekular mengakui HAMAS berjaya menyatukan rakyat Palestin dan
menyusun mereka untuk memberikan penentangan yang berkesan.

HAMAS – modus operandi


Keadaan semasa – kekuatan zionis, kelemahan politik rakyat Palestin,
perpecahan dunia Arab dan sokongan kuasa besar ke atas zionis.
•Jihad yang berterusan dari generasi ke generasi
•Menjelaskan kpd masyarakat antarabangsa perjuangan mereka ‘a just cause’
•Mengekalkan semangat jihad melalui pengorbanan syuhada.

HAMAS – sangat efektif

•General Uri Sagi – Dir. Military Intelligence – mengakui gerak kerja HAMAS
yang profesional dan berkesan.
•Mampu menyediakan pimpinan alternatif di saat krisis – Cth penangkapan
Syaikh ahmad Yasin (1989) dan Abu Marzuq (1995).
- Cth syahidnya Imad Aql (’93), Yahya Ayash (’96) Muhyi Al-Din Al-Sharif
(’98)

•Penubuhan PA menjejas pergerakan HAMAS.


•Namun berjaya menjalankan lima operasi ke atas zionis dari tahun 1994 – 98.
(tindak balas ke atas pembunuhan di Al-Aqsa tahun 1994)
•Dari Feb – Mar 1996 berjaya membunuh 70 musuh zionis dan mencederakan
340 (operasi tindak balas ke atas pembunuhan Yahya Ayyash).

Tindak balas regim Yahudi

•Israel dan sekutunya melancarkan perang ke atas apa yang disifatkan sebagai
‘keganasan’
•Berkerjasama dgn PA dan AS untuk membunuh kecenderungan Islam di
Palestin.

PLO dan intifadhah

•PLO sudah hilang ligetimasi utk memimpin kebangkitan rakyat Palestin.


•Intifadhah memberi kesempatan kpd PLO untuk ‘reassert’ kepimpinan politiknya.
•Fatah mengambil bhg dlm intifadhah secara aktif
•PLO menyatukan kepimpinan intifadhah di peringkat nasional.
•Zionis bentindak membunuh Abu Jihad pada 16 April 1988.
•Jordan melepaskan diri dari tanggungjawab ‘legal’ dan administratif ke atas
Tebing Barat pada tahun 1988
•PLO mengambil alih sebagai wakil tunggal rakyat Palestin dan melancarkan
‘Palestinian Peace Drive’
•November 1988 pada Majlis Kebangsaan Palestin ke 19, PLO mengiktiraf
Resolusi 181 (1948) dan Res 242 (1967) – mengiktiraf masalah Palestin sebagai
masalah pelarian.
•Untuk menutup kemarahan massa – mengistiharkan kemerdekaan Palestin.
•120 negara mengiktirafnya kecuali US dan Eropah Barat.

Kesan Perang Teluk dan kejatuhan Soviet

•Perang teluk memberi kesan negatif – rakyat Palestin diusir dari Kuwait dan
negara Arab menghentikan bantuan ketenteraan/kewangan kpd PLO
•Kejatuhan Soviet mengakhiri hegemoni Soviet ke atas timur tengah – Amerika
muncul sebagai kuasa tunggal. Keseimbangan kuasa tdk lagi wujud dan
merugikan negara Arab.
•Rusia membina hubungan diplomatik dgn Israel dan mengizinkan penghijrahan
penduduk Yahudi ke Israel.
•Meningkatnya pengaruh yahudi dlm pentadbiran Amerika.

‘The road to Oslo’

•Amerika menganjurkan ‘Arab-Israeli peace conference’ di Madrid Okt ‘91


•Israel tidak berganjak.
•Perundingan secara rahsia pada 20 Jan 1993 di Oslo.
•Perjanjian damai di tanda tangani pada 13 Sept ’93 di antara Yasir Arafat dan
Yitzhaq Rabin.
•Perjanjian interim untuk menyediakan pemerentahan ‘Palestinian self rule’ di
Gaza dan Jericho.
•PA bertanggungjawab – pendidikan, kesihatan, pelancungan dan hal ehwal
sosial.
•Isu-isu sensitif dipertimbangkan utk diselesaikan dalam tempoh 2 tahun.
•Israel terus menangguh-nangguh dan menguji kemampuan PA untuk
menangani HAMAS dan lain-lain penentang.

Perjanjian-perjanjian selepas Oslo

•Perjanjian berat sebelah terus berlangsung di antara PA dan Israel:


- Cairo agreement – 4 Mei 1994
- Taba agreement - 28 Sept 1995
- Perjanjian Wye River – 23 Okt 1998
- Sharm al-Sheikh MoU – 4 Sept 2000
•‘Self rule’ di bahagikan kpd kategori ‘A’ dan ‘B’
•PA bertanggungjawab ke atas
- 17% kawasan ‘A’ (keselamatan dan pentadbiran)
- 25% kawasan ‘B’ (pentadbiran shj)
Perjanjian Oslo dan implikasinya

•Isu Palestin adalah tanggungjawab ummah. Ulama mengharamkan sebarang


usaha untuk menggadai masa depan Palestin.
•PLO tidak merujuk kpd rakyat Palestin sebelum menandatangi perjanjian Oslo.
Fatah sendiri menentang.
•Mengiktiraf Israel bererti melepaskan 77% dari wilayah Palestin yang dijajah
pada tahun 1948.
•Isu-isu sensitif tidak disentuh.
- Masa depan Baitul Maqdis. Isreal telah merampas 86% dari kota tsb dan
meletakkan 200,000 pendatang Yahudi. (Israel mengistiharkan sebagai
ibu negara Israel untuk selama-lamanya).

- Masa depan 5 juta pelarian Palestin tidak terbela.

- Masa depan 160 penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan 16 di


Gaza yang didirikan di atas 62% tanah Palestin yang dirampas ‘is not up
for negotiation’

•Keselamatan luar dan sempadan Palestin bukan di tangan PA. Pergerakan


pasukan keselamatan dan persenjataan mesti mendapat keizinan Israel. PA
dilarang membentuk pasukan tentera.
•Pihak zionis berkuasa untuk mem’veto’ mana-mana keputusan PA.
•Perjanjian-perjanjian ini tidak menjelaskan hak Palestin untuk pemerentahan
sendiri. Tebing Barat dan Gaza tdk dirujuk sebagai wilayah yang dijajah tetapi
wilayah yang dipertikaikan.

Perjanjian Oslo dan Dunia Arab

• Jordan mengikat perjanjian damai dengan Israel


• Oman, Qatar dan Tunisia membuka pejabat perdagangan.
• 50 negara lain menjalin hubungan diplomatic atau kerjasama ekonomi dengan
Israel

PA membendung intifadhah

Untuk membuktikan kesetiaan PA kepada perjanjian-perjanjian berat sebelah


tersebut, PLO terpaksa menekan gerakan kebangkitan pembebasan Palestin.
PA bertindak sebagai ‘guardian’ kepada Israel dan menjalankan tugas-tugas
untuk menjaga keselamatan Israel yang dahulunya terpaksa dilakukan sendiri
oleh Israel.

•Edward Said:

“Arafat cornered his people into a trap from which there is no escape.”

Palestinian Authority (PA)

•Polis PA memasuki Gaza pada 18 Mei 1994 dan pentadbiran PA mengangkat


sumpah di hadapan Arafat pada 5 July.
•Apa yang dikhuatiri menjadi kenyataan apabila pihak zionis melengah-
lengahkan penyerahan kawasan untuk ‘self rule’ dan sebaliknya menekan PA
supaya menghapuskan penentangan terhadap Israel.
•Pihak zionis bersikap ‘wait and see’ dan tidak ada satupun peruntukan
perjanjian Oslo yang sepatutnya diselesaikan pada tahun 1998 terlaksana.
•Kuasa PA dihadkan di kawasan yang ramai penduduk Palestin dan dibebankan
dengan tugas mengutip cukai – ‘clean imperialism’.

PA menjadi instrumen zionis

•Bilangan polis PA mencapai 40,000 – nisbah paling tinggi di dunia.


•Perbelanjaan keselamatan pejabat Arafat ialah 70% dari baget 2000
•Pendapatan Per Capita di Gaza menurun sebanyak 38% pada tahun 1995
•Berlakunya korupsi dan nepotisme dalam PA.
•Pencapaian terbaik PA ialah menindas rakyat Palestin – 24 police station di
Gaza (363 km persegi), 23 military check points dan membuat serbuan ke atas
57 mesjid sebanyak 138 kali dalam masa kurang dari sebulan.
•Pada Januari 1997 menahan 1600 tahanan, 700 darinya tanpa bicara.
•Di masa yang sama pihak zionis terus membuka penempatan haram, membawa
masuk pendatang yahudi, merampas tanah rakyat Palestin dan memusnahkan
ciri-ciri keislaman Baitulmaqdis.

Kedudukan Baitul Maqdis : 1948 - 1967

• Pada tahun 1948 zionis menakluki 84.1% dari Jerusalem barat (85% milik
Arab).
• Pada tahun 1967 turut menakluk bhg timur Jerusalem (Baitul Maqdis)
termasuklah masjid Al-Aqsa yg merupakan sebahagian dari Tebing Barat.
• Kedua-dua bahagian Jaruselam timur dan barat disatukan pada 27 June 1967
dan pada July 1980 diistiharkan sebagai ‘United City’ and ‘Eternal Capital’ of
Israel.
• Jerusalem adalah cita-cita zionis : Theodore Herzl mengatakan “If we capture
Jerusalem before I die, I will personally obliterate everything that is non-sacred to
jews, and burn all the relics established over the centuries.”
• David Ben Gurion mengatakan : ‘’ Israel is meaningless without Jerusalem and
Jerusalem is meaningless without the temple.’’

Kedudukan Baitul Maqdis: 1967 - 2000


• Pihak zionis menambah keluasan Jerusalem dari 6.5 km persegi ke dalam
Tebing Barat pada tahun 1967 kepada 123 km persegi pada tahun 1990.
• berhasrat untuk meluaskan bandar Jerusalem kepada 840 km persegi atau
15% dari Tebing Barat.
• membangunkan di dalam municipal Jerusalem timur (di mana terletaknya
Masjid Al-Aqsa dan mengelilinginya ) sebanyak 19 penempatan Yahudi yang
menempatkan 190,000 penduduk Yahudi
• 17 penempatan Yahudi lagi dibina sekeliling Jerusalem untuk memisahkannya
dari kawasan Arab-Islam.
• Rancangan ini menjadikan penyerahan Jerusalem dan bhg timurnya kepada
Palestin sesuatu yang mustahil dilakukan.
• Perangkaan 2000, penduduk di bhg timur dan barat Jerusalem ialah 650,000.
Penduduk Yahudi seramai 450,000. Penduduk Arab seramai 200,000 tinggal dib
hg timur.
• Penduduk Arab hanya memiliki 4% dari Jerusalem dan 10% lagi diperuntukkan
untuk penempatan Yahudi pada masa depan.

Kedudukan Masjid Al-Aqsa

• Pihak zionis merobohkan penempatan Arab di bhg al-Maharibah bersebelahan


dgn Tembok barat (tembok Buraq). Sebanyak 135 rumah dan dua mesjid di
musnahkan utk membina kawasan tanah lapang (wailing wall).
• Dari 1967 – 2000 melakukan 10 aktiviti menggali terowong di bawah Al-Aqsa.
• Dari 1967 – 1993 – melakukan 40 serangan ke atas Al-Aqsa.
• Dari 1993 – 1998 – melakukan 70 serangan ! selepas perjanjian Oslo!
• Membakar masjid pada 21 Ogos 1969
• Percubaan meletupkan masjid pada 1 Mei 1980, Jan, Ogos dan Disember
1984.
• Meletakkan batu asas Haikal Sulaiman di depan pintu masuk Al-Aqsa pada 17
Okt 1989.(34 syahid dan 115 cedera ketika menghalang usaha ini).
• Ketika menghalang pembukaan terowong di bawah masjid Al-Aqsa pada 25 –
27 September 1996, 62 syahid dan 1600 cedera.

Kedudukan Jerusalem timur dan UN

UN dan Majlis Keselamatan meluluskan banyak resolusi berkaitan Jerusalem


timur.
Resolusi 2253 pada 4 julai 1967
Resolusi ES 712 pada 29 julai 1980 mendesak supaya Israel keluar dari
Jerusalem (112 menyokong, 8 menentang, 24 berkecuali)
Keesokannya Majlis keselamatan (14 undi kecuali US) mengutuk usaha Israel
untuk menukar status Jerusalem.
Perjuangan rakyat Palestin adalah sah dan diiktiraf oleh badan dunia dan
masyarakat antarabangsa.
Kelemahan Negara-negara Islam sahaja yang menjadi penghalang kepada
perjuangan pembebasan palestin