Está en la página 1de 4

Penerangan mengenai Perjuangan Pembebasan palestin

 Kenapa isu ini penting (isu pokok umat Islam masa kini)
- berhubung rapat dengan akidah umat Islam
- Isu ini dikaburkan oleh media massa

Hubungan isu ini dengan akidah.

 Status Baitulmaqdis yang diiktiraf oleh Allah sebagai bumi penuh keberkatan –
landasan dari surah al-Isra’ ayat 1.
- Bumi di mana sebahagian besar nabi-nabi di utus (ardhul anbiya’)
- Tempat di mana berlakunya peristiwa isra’ mi’raj Rasul s.a.w
- Kiblat pertama umat Islam
- Kedudukan mesjid aqsa – salah satu dari 3 mesjid paling suci di dalam Islam,
diberikan pahala sehingga 500 kali bersembahyang di dalamnya. Hadis s.a.w
yang membawa maksud – ‘Tidak boleh dipaksa-paksa berpergian melainkan
kepada tiga mesjid; mesjidil haram, masjidil aqsa dan mesjid ini (mesjid
Nabawi) – riwayat Bukhari. Juga “ Sesiapa yang melakukan haji atau umrah
dari mesjidil aqsa hingga mesjidil haram, akan diampunkan dosanya yang
telah lalu dan yang akan datang dan diwajibkan kepadanya syurga” – Sunan
Abu Daud dari hadith ummu Salamah.

 Peranan media massa memberikan gambaran berikut:

- Isu pertikaian wilayah di antara Israel dan penduduk Palestin. Sedangkan


kewujudan Israel dipaksakan ke atas negara Palestin dengan merampas hak
umat Islam di Palestin.
- Keganasan di antara kedua belah pehak menggagalkan usaha untuk mencapai
keamanan di timur tengah. Sedangkan umat Islam dizalimi dan hanya
mempertahankan hak mereka untuk kembali ke tanah air mereka dan
mempertahankan kesucian mesjidil aqsa. Adalah tidak wajar kumpulan yang
tertindas dan dizalimi dituduh melakukan keganasan sedangkan mereka
merupakan pehak yang ditindas dan dizalimi sejak 50 tahun. Tuduhan
keganasan yang dilemparkan ke atas umat Islam Palestin amat tidak wajar
terutama apabila mereka tidak mempunyai sebarang senjata sedang mereka
terus diserang dengan serangan roket, kereta kebal, helikopter penyerang dan
jet pejuang.

 Sejarah kelahiran negara Israel

- Persidangan Zionis antarabangsa di Basle, Switzerland pada tahun 1897.


Konvensyen zionis pertama ini dipengerusikan oleh Theodore Herzl. Mereka
membuat keputusan bahawa orang-orang Yahudi mesti memiliki tanah air
Yahudi yang tersendiri ‘Jewish National Home’ dan mereka memilih Palestin’
- Menghantar delegasi menemui Sultan Abdul Hamid II, Khalifah Uthmaniah
yang bertanggungjawab ke atas Palestin meminta supaya beliau menyerahkan
kawasan Palestin kepada orang Yahudi dengan bayaran yang cukup tinggi.
Namun Sultan Abdul Hamid II hanya bersetuju sekiranya seluruh umat Islam
bersedia menyerahkan Palestin kepada mereka.
- Peperangan dunia pertama tielah membuka peluang yang luas kepada pehak
zionis Yahudi. Kekalahan Turki Uthmani di dalam peperangan tersebut telah
menyebabkan seluruh jajahan takluknya dibahagi-bahagikan kepada pehak
bersekutu British dan Peranchis. Syria diserahkan kepada Peranchis, Jordan
dan Iraq kepada British yang juga diberikan mandat khas ke atas Palestin
(British mandate).
- Parlimen British telah menerima deklarasi Balfour pada tahun 1917 yang
menyokong hasrat orang-orang yahudi untuk membuka penempatan di
Palestin.
- Bermulalah proses pemindahan orang-orang yahudi ke negara Palestin.
Kemasukan orang yahudi pendatang telah menyebabkan tanah-tanah umat
Islam terlepas kepada mereka melalui pendudukan secara tidak sah dan juga
‘acquisition’ melalui transaksi jual beli.
- Mufti Palestin, al-Haj Amin Husaini telah mewartakan satu fatwa yang
mengharamkan umat Islam Palestin menjual tanah mereka kepada orang
Yahudi.
- Perang dunia ke II telah memberikan alasan tambahan kepada gerakan zionis
untuk memaksa dunia menyokong hasrat mereka untuk mendirikan negara
yahudi di Palestin. Mereka mendakwa menjadi mangsa kekejaman nazi
Germany Adolf Hitler semasa perang dunia yang kononnya telah
menyebabkan kematian seramai 6 juta orang yahudi di Eropah dan Rusia
(bilangan yang sangat dipertikaikan).
- Perpindahan orang Yahudi yang semakin meningkat di Palestin telah
menimbulkan beberapa siri pertempuran di antara umat Islam dan pendatang.
- Mereka telah menubuhkan pasukan bersenjata yang dilengkapi oleh British
bagi mempertahankan kepentingan Yahudi di Palestin. Antaranya Haganah,
Irgun dan Stern geng. Mereka telah melakukan tindakan keganasan ke atas
umat Islam dengan melakukan serangan dan pembunuhan. Salah satu dari
persitiwa penting pembunuhan itu ialah di Dier Yassin pada tahun 1948 yang
dipimpin oleh Menachem Begin sendiri. Penduduk Dier Yassin yang terbunuh
hampir 300 oarng termasuklah wanita dan kanak-kanak.
- Bangsa-bangsa bersatu mengistiharkan kelahiran negara Israel secara
resminya pada tahun 1948.
- Umat Islam mengistiharkan jihad, tetapi Israel berjaya meluaskan jajahan
takluknya sehingga meliputi 70% dari negara Palestin. Hanya Tebing Barat,
termasuk West Jerusalem dan Semenanjung Gaza yang masih dikuasai oleh
umat Islam Palestin.
- Pada tahun 1967, Isreal melancarkan serangan mengejut dan melumpuhkan
negara Arab dalam masa 6 hari. Di dalam peperangan tersebut Israel
menduduki semenanjung Sinai dari Mesir, Tanah Tinggi Golan dari Syria dan
baitul maqdis termasuk Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Lengkaplah
pendudukan Israel ke atas keseluruhan negara Palestin. Tidak wujud lagi
negara Palestin dari peta dunia.
- Tahun 1973, Mesir melancarkan serangan ke atas kedudukan tentera Israel
pada bulan Ramadhan dan hampir berjaya mengalahkan Israel. Ameria
melalui Setiausaha Negara Henry Kissinger telah mengusulkan satu gencatan
senjata di antara Mesir dan Israel. Ini membuka jalan kepada perjanjian camp
David yang ditanda tangani di antara Mesir dan Israel pada tahun 1978 yang
menamatkan sebarang permusuhan di antara kedua negara. Anwar Sadat dan
Menachem Begin (yang terlibat membunuh umat Islam pada tahun-tahun
menjelang kelahiran Israel) dijulang sebagai pejuang keamanan dunia!.
- Dengan termetrinya perjanjian Camp David ini maka satu negara yang boleh
mencabar Israel telah dikuasai sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. Meskipun
Mesir kembali mendapatkan Semenanjung Sinai tetapi dasar-dasar negara
Mesir tertakluk di bawah persetujuan Amerika Syarikat.
- Bencana yang lebih besar menimpa umat Islam pada tahun 1993 apabila
perjanjian Oslo ditanda tangani secara resmi oleh PLO bagi pehak Palestin
dengan Isreal. Di bawah Oslo peace plan, Palestin mengiktiraf Israel dan Israel
bersedia untuk mengiktiraf kewujudan negara Palestin dengan menyerahkan
Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
- Perjanjian Oslo ini telah membelakangkan hak umat Islam Palestin dan hak
umat Islam sejagat melalui syarat-syarat dan peruntukan yang merugikan umat
Islam.
- Namun kejahilan pemimpin negara Islam yang didorong oleh kepentingan dan
kerana tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat telah mengiktiraf perjanjian
ini dan mula memulakan langkah membina hubungan diplomasi dengan Israel.
Seorang pemimpin negara Islam yang tidak asing lagi mengatakan seperti
berikut “sekiranya kita berpuas hati dengan syarat-syaratnya maka kita akan
mengiktiraf Israel”

Syarat-syarat Perjanjian Oslo

- Israel mempunyai kekuasaan penuh ke atas kedaulatan Palestin termasuklah


sempadannya, tanah, air dan ruang udara.
- Palestin tidak boleh memiliki beberapa senjata seperti pelancar roket, mortar
dan sebagainya. Di samping itu Palestin mesti mendapatkan keizinan dari
Israel jika mahu menambah bilangan anggota tentera.
- Palestin juga tertakluk kepada persetujuan Isreal bagi menjalin hubungan
diplomatik dengan mana-mana negara.
- Terdapat kira-kira 150 penempatan Yahudi dengan bilangan pendatang
Yahudi seramai 200,000 di Tebing Barat yang kekal diletakkan di bawah
kawalan Israel.
- Israel akan terus menguasai Baitul maqdis dan berhasrat untuk memindahkan
ibu negaranya dari tel Aviv ke Baitulmaqdis.
- 5 juta rakyat Palestin tidak ada hak untuk kembali ke tanah air mereka.

Tindakan yang boleh dilakukan oleh umat Islam.

- Doa yang berterusan secara khusus untuk umat Islam Palestin


- Sumbangan kewangan. JIM bersama PUM dan ABIM telah menubuhkan satu
sekretariat selamatkan Baitulmaqdis pada 1 Maharram tahun 1422 H. JIM
mempunyai jalinan dengan Lujnah Palestin Al-Khairiyyah satu NGO yang
menguruskan saluran bantuan kepada umat Islam di Palestin (tiada hubungan
dengan PLO). Bantuan yang diperlukan ialah sumbangan wang, peralatan
khususnya perubatan dan khidmat doktor pakar.
- Menyahut seruan Dr Syeikh Yusuf Qardhawi agar umat Islam memulau
barang-barang keluaran Amerika Syarikat. Seruan ini turut disuarakan oleh
Syeikh Tantawi, syeikhul Azhar. Ulama Jamaatil Islami, Pakestin dan
Bangladesh. Syeikh Yusuf Qardhawi mengatakan satu rial yang dibelanjakan
membeli barang Amerika bererti membeli sebutir peluru yang akan
membunuh anak-anak kita di Palestin. Tujuan boikot ialah untuk mendesak
syarikat-syarikat perniagaan Amerika Syarikat (spt restoran makanan segera,
minuman ringan, pakaian berjenama, syarikat minyak dsbnya) supaya
mendesak Amerika mengkaji semula dasar luar Amerika terhadap Israel
kerana ditakuti mengalami kerugian. Peranan Amerika memihak kepada Israel
begitu jelas sehingga lebih dari 70 resolusi yang dikeluarkan oleh PBB
mengenai perintah supaya Israel mengundur dari kawasan yang diduduki
semasa perang 1967 tidak diendahkan oleh Israel. Ini tidak termasuk labih dari
25 resolusi yang dibatalkan oleh Amerika Syarikat melalui kuasa veto atas
tekanan gerakan zionis antarabangsa.

Nota tambahan mengenai masjidil aqsa yang diancam oleh musuh.

- mesjidil aqsa yang sebenar yang dimulakan pembinaannya oleh Sy Umar kini
diancam kemusnahan kerana regim Israel telah mengorek terowong di
bawahnya. Mereka menggunakan bahan kimia untuk melembutkan tanah
sekaligus melemahkan asas-asas bangunan.
- Pernah ditemui 1 tan bahan letupan di bawah mesjid tetapi dapat dikesan oleh
umat Islam.
- Pehak Yahudi berhasrat untuk meruntuhkan mesjid dan mendirikan di atasnya
‘Haikal’ Sulaiman – kuil tempat ibadat orang yahudi.
- Mereka telah membina begitu banyak apartmen di sekeliling baitul maqdis
menglilingi mesjid untuk meminggirkan umat Islam di dalam usaha jangka
panjang bagi menguasai kawasan mesjid sepenuhnya.

También podría gustarte