Está en la página 1de 9

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara
disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Islam dan Perjuangan Melayu


Abdullah Zaidi Hassan
Perpustakaan Islam Nur Az-Zahrah, Kota Bharu, Kelantan

takuti kerugian, tempat tinggal yang kamu sukai, (semua perkara


ini) lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan Jihad
pada Jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan
perentah-Nya (azab-Nya). Dan Allah tidak memberi hidayah
kepada kaum yang fasik itu (al-Taubah: 24).

PENGENALAN
Sukalah kita mulai perbincangan ini dengan
mengutip perkataan Imam al-Shahid Hasan al-Banna
dalam risalah Qadiyyatuna, iaitu risalah terakhir
yang ditulis oleh beliau sebelum dibunuh:

Antara naluri yang terdapat pada manusia ialah


cintakan anak-isteri, ibu-bapa, kaum keluarga, hartabenda yang diusahakan, perniagaan yang ditakuti
kerugian, rumah kediaman yang digemari. Islam
datang bukan untuk menghancurleburkan rasa kasih
kepada semua perkara ini, tetapi semua perkara ini
perlu difahami melalui perspektif Islam.
Begitulah juga cintakan bangsa dan tanah air,
cinta ini perlu tunduk dan patuh kepada cintakan
Allah dan Rasul-Nya. Cintakan bangsa merupakan
jalaran cintakan kepada ibu bapa, anak pinak dan
ahli keluarg. Cintakan tanah air merupakan lanjutan
kepada cintakan rumah kediaman. Semua kecintaan
ini wajib tunduk di bawah naungan kecintaan kepada
Allah, Rasul-Nya serta berjuang di jalan-Nya. Tidak
ada kecintaan apa lagi ketaatan yang melebihi
kecintaan dan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Segala yang dicintai perlu sedia dikurban demi Cinta
Agung kepada Allah dan Rasul-Nya. Golongan yang
meletakkan kecintaan kepada perkara lain melebihi
daripada kecintaan kepada Allah, Rasul-Nya dan
berjuang pada Agama-Nya ialah golongan yang
tidak mendapat petunjuk dan merupakan golongan
yang fasik. Allah berfirman yang mafhumnya:

Oleh kerana ini (perkembangan yang berlaku ketika itu) adalah


sebahagian daripada kewajiban (ke atas kami) bagi
mempertengahkan penjelasan ini untuk persepsi umum rakyat
Masir, bangsa Arab, penganut Islam, dan damir insani yang
sejagat sehingga tidak berlaku kesalahan dan kezaliman dalam
menentukan hukuman, serta tidak berhukum hanya dengan
mendengar dari satu pihak. Telah dikatakan orang apabila engkau
didatangi oleh seorang yang berkelahi dengan matanya yang
tercungkil keluar, jangan engkau memutuskan hukuman sehingga
engkau melihat lawannya, mungkin kedua-dua mata lawannya itu
telah dicungkil keluar.

Begitu jugalah perkembangan yang berlaku di


dalam masyarakat kita mutakhir ini, pelbagai
kenyataan dikeluar dan dibincangkan, terdapat
beberapa tindakan yang telah diambil dan terdapat
pula tindak balasnya, oleh itu sudah sampai masanya
kita membincangkan tajuk sepenting ini dengan niat
mencari keredaan Allah, mencari kebenaran dan
tidak mengambil sikap berkeras walaupun berdiri
tanpa sokongan nas dan kemunasabahan akal yang
sempurna, Semoga perbincangan ini disejahterakan
Allah daripada sekadar dijadikan agenda untuk
memenuhi tujuan yang telah ditentukan oleh manamana pihak yang berkepentingan, atau dijadikan
peluncur dan landasan bagi mengiyakan sesuatu
yang tidak berumbitunjangkan Islam. Oleh itu
marilah kita berbincang untuk menjelaskan persepsi
sebagai rakyat Malaysia, bangsa Melayu, penganut
Islam, bahkan kita tujukan juga kepada damir insani
sejagat. Sekiranya kita benar dalam fahaman dan
pengungkapan kita ini, kita bersyukur, al-hamd li
Allah. Dan, sekiranya kita salah dan tergelincir, kita
pohon diampunkan Allah serta dibetulkan kesalahan
dan kegelinciran kita oleh mereka yang mempunyai
mata hati. Kepada Allah kita berserah.
Kecintaan kepada Bangsa
berfirman yang mafhumnya:

Sendiri:

Kamu tidak mencapai kebajikan sehingga kamu menginfaqkan


daripada perkara yang kamu kasihi, dan tidak kamu infaqkan
daripada sesuatu, sesungguhnya Allah Maha Menhetahui
berkenaannya (Al Imran: 92).

Allah menyebut yang antara tanda kebajikan


itu ialah menginfaqkan harta yang kita kasihi, ayat
ini jelas menunjukkan:

Allah

Katakanlah: Sekiranya bapa-bapa kamu, anak-anak kamu,


saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum-kerabat kamu,
dan harta-benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu

19

Allah memerintah kita agar mengorban harta


kita demi Agama. Kasihkan agama mengatasi
perasaan kasihkan harta.
Allah tidak mensyaratkan kebajikan itu
dengan dihilangkan rasa cinta kepada hartamilik kita, tetapi kebajikan itu ialah apabila kita
mengorbankan cinta kepada harta kerana cinta
kepada Agama. Cintakan harta bukan sesuatu

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011


Wahai manusia, sesungguhnya Kami (Allah) mencipta kamu
terdiri daripada lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu
pelbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenalkenalan, sesungguhnya yang termulia di kalangan kamu di sisi
Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah
Maha Mempunyai Ilmu dan Maha Mengetahui (al-Hujurat: 13).

yang dilarang oleh Islam, tetapi Islam melarang


memartabatkan cintakan harta mengatasi
cintakan Allah, Rasul-Nya dan Agama-Nya.
Begitu jugalah cintakan bangsa dan tanah air,
ianya tidak bertentangan dengan cintakan Allah,
cintakan Rasul-Nya dan cintakan perjuangan di
jalan-Nya. Hanya cinta kepada bangsa dan tanah air
mesti dinaungi dan tunduk patuh kepada cintakan
Allah, Rasul dan Agama. Cintakan anak keluarga,
suku dan bangsa sendiri merupakan naluri semula
jadi manusia yang berjiwa sejahtera. Islam datang
untuk meluruskan naluri tersebut agar berjalan di
atas landasan syara, bukan untuk menafikannya.
Islam mengajar kita bagaimana kita perlu
mengiktiraf pemilikan harta-benda oleh seseorang,
hal ini dibincangkan dengan panjang lebar dalam
bab muamalat dan bab jenayah dalam kitab-kitab
fiqh. Begitu juga tentang perbincangan hubungan
kekeluargaan dan berketurunan telah dibincangkan
dalam bab munakahat dan bab jenayah. Dalam pada
itu, Islam sememangnya mencela orang yang
mencintai diri sendiri, harta-benda dan kaum kerabat
melebihi daripada mencintai Kebenaran dan
Keadilan. Allah berfirman yang mafhumnya:

Allah juga menjelaskan tentang realiti


kewujudan iman dan kufur, kehadiran Muslim dan
kuffar yang terdapat dalam masyarakat sebagaimana
firman-Nya yang mafhumnya:
Dan jika Tuhanmu menghendaki nescaya beriman manusia yang
berada di bumi kesemuanya. Adakah kamu memaksa [membenci]
manusia sehingga mereka menjadi Mukmin? Tiadalah seseorang
itu dapat beriman kecuali dengan izin Allah. Dia (Allah)
menjadikan siksaan kepada mereka yang tidak menggunakan akal
(Yunus: 99-100).

Allah menyebut sikap yang kita perlu miliki


dalam kesungguhan kita melaksanakan perintah
dakwah dalam kalangan manusia kepada Islam.
Firman Allah yang mafhumnya:
Apabila mereka mendengar perkara-perkara yang lagha,
berpalinglah kamu daripadanya dan ucapkanlah: bagi kami
amalan kami, bagi kamu amalan kamu, sejahteralah ke atas kamu,
kami tidak menuntut orang yang jahil [untuk bersama dalam
amalan mereka]. Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi
hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah-lah yang
memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, Dia
Maha Mengetahui tentang mereka yang mendapat hidayah (alQasas: 55-56).

Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu tegakkan keadilan,


serta menjadi saksi untuk Allah walaupun ke atas diri kamu
sendiri, atau ke atas ibu bapa kamu atau ke atas kaum kerabat
kamu (al-Nisa: 135).

Rasulullah sendiri telah hidup dan mengetuai


masyarakat di Madinah, yang terdapat kabilah
Khazraj dan Aus dalam kalangan penduduk
peribumi Madinah, terdapat golongan Yahudi, suku
Badwi yang berada di sekitar Madinah dan golongan
munafiqun daripada kalangan mereka beserta para
Sahabat yang berhijrah (al-Muhajirun) dari Makkah
bersama kelompok kecil dari bangsa-bangsa lain.
Dilaporkan dalam kitab-kitab Sirah dan Tabaqat
bagaimana Rasulullah menggauli semua kelompok
ini, baginda mengadakan perjanjian dengan
golongan bukan Muslim, baginda menerima bayah
daripada kalangan Muslim. Baginda juga berhutang
dan bergadai kepada orang Yahudi. Baginda tidak
pernah mengkhianati atau menzalimi mana-mana
individu atau kelompok sehinggalah individu atau
kelompok itu sendiri bangun menentang, barulah
baginda akan bertindak-balas terhadap perbuatan
mereka.
Baginda telah memamerkan kemurkaan
baginda apabila terdapat kalangan Sahabat yang
merendah-rendah Sahabat yang lain kerana
perbezaan warna kulit atau keturunan. Bahkan
baginda telah mengahwinkan Zaid, anak angkat serta
bekas hambanya dengan Zainab, bangsawan
Quraysh, walaupun perkahwinan itu tidak kekal
lama. Konsep ummah telah mengatasi konsep
asabiyyah
kaum
dan
keturunan,
konsep
penghayatan agama mengatasi konsep berpegang
kepada adat resam nenek moyang. Dasar kefahaman
ini sangat penting untuk dihayati. Dasar kefahaman

Sesungguhnya Allah memerintah supaya dilaksanakan keadilan


dan keihsanan, memberi bantuan kepada kaum kerabat, mencegah
perkara keji, kemungkaran dan pelampaui-batasan, Dia (Allah)
memberi peringatan kepada kamu mudah-mudahkan kamu
mendapat peringatan (al-Nahl: 90).
Engkau tidak akan dapati kaum yang beriman kepada Allah dan
Hari Akhirah berkasih sayang dengan orang yang memerangi
Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka itu bapa-bapa mereka,
anak-anak mereka, saudara-saudara mereka, atau kaum-kerabat
mereka (al-Mujadalah: 22).

Dasar Kefahaman dan Amalan Islam tentang


Perbezaan Bangsa dan Agama: Islam datang
untuk menegaskan yang pada dasarnya manusia
tanpa mengira bangsa adalah sama, Semua manusia
berasal daripada Adam, dan Adam berasal
kejadiannya daripada tanah. Mereka dilayan secara
sama-rata dari segi pelaksanaan keadilan dan
undang-undang, sehingga Rasulullah bersabda yang
bermaksud, Sekiranya Fatimah binti Muhammad
mencuri, nescaya aku kerat tangannya.
Dalam khutbah di Jabal Rahmah pada hari
Arafah ketika Haji Widanya, Rasulullah telah
mewasiat dan menegaskan kepada ummah yang
tiada kelebihan orang Arab ke atas orang ajam,
tiada kelebihan orang kulit merah ke atas orang kulit
hitam. Kewujudan manusia yang terdiri daripada
pelbagai bangsa yang berbeza ialah sebahagian
daripada ayat-ayat kebesaran Allah, dijadikan yang
demikian dengan hikmah sebagaimana yang disebut
oleh Allah yang mafhumnya:

20

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

ini perlu menjadi kerangka pemikiran kita dalam kita


merangka dan menjalin hubungan sesama anggota
masyarakat. Ibn Taymiyyah dalam kitabnya, alSiyasah al-Shariyyah menyebut:

perkauman dan penubuhan negara bangsa di Barat


dan di negara-negara Arab. Bangsa-bangsa Barat
telah memperjuangkan agenda perkauman selepas
mereka menolak supremacy Gereja Katholik ke atas
wilayah-wilayah mereka, ikatan gereja telah
dileraikan daripada kegiatan politik mereka. Begitu
juga yang berlaku di negara-negara Arab, gerakan
perkauman muncul apabila bijak pandai daripada
anutan agama yang berbeza dan pemimpin tempatan
Arab menolak ketuanan Khilafah Turki
Uthmaniyyah ke atas bangsa dan wilayah mereka.
Kesatuan ummah di bawah sistem khalifah
dipinggirkan demi kesatuan bangsa dan tanah air.
Kemudiannya bijak pandai bangsa kita yang
terdedah kepada perkembangan politik di Barat dan
di Timur Tengah pula telah bersungguh-sungguh
mengikut jejak langkah politik ini.
Berlainan sedikit dengan apa yang berlaku
secara selari di Benua Kecil India pada awal abad
ke-19, terdapat gerakan kebangsaan Muslim atau
Muslim nationalism (meminjam istilah Husain
Qurashi dalam bukunya, Ulema in Politics), iaitu
suatu gerakan untuk memperjuangkan untung nasib
dan kepentingan penduduk Muslim sebagai suatu
kumpulan etnik tanpa menekankan pelaksanaan
ajaran agama Islam dalam kalangan mereka atau
tanpa
menjadikan
Islam
sebagai
sumber
perundangan mereka. Agaknya seakan-akan
perjuangan Zionis dalam penubuhan Negara Israel,
sebuah negara untuk keturunan penganut agama
Yahudi tanpa memberi penekanan kepada
pelaksanaan hukum agama Yahudi, bahkan
mengisytiharkan Israel sebagai Negara Demokrasi
Sekular.
Sebagai respon atau pengubahsuaian kepada
aliran tersebut, kini terdapat trend yang cuba
mengatasi konsep nation-state, contoh semasa yang
jelas ialah pembentukan Kesatuan Eropah (EU),
yang terdapat usaha-usaha untuk meruntuhkan
batasan sempadan imigration, aliran tenaga kerja
dan modal, memiliki satu mata wang untuk serantau
dan negara anggota membuat pendirian bersama
dalam isu-isu antarabangsa. Begitu juga terdapat
usaha-usaha lain di rantau kita, walaupun kurang
menonjol seperti pakatan ASEAN dan AFTA. Pada
peringkat global faktor seperti keterbukaan mediaperhubungan umpama ICT, aliran modal perlaburan
dan perlaburan di bursa-bursa saham yang bersifat
antarabangsa, serta persenjataan peperangan yang
bersifat inter-continental mengurangkan impak garis
sempadan antara negara.
Dalam hubungan kefahaman dan aktiviti yang
berkaitan dengan sosio-politik dalam kalangan
sebahagian daripada ummah ini, terdapat aliran yang
mahu mengenyah-buang konotasi bangsa daripada
agenda perjuangan agama. Agenda bangsa dilihat
sebagai bukan setakat alien, bahkan sesuatu yang
bertentangan dengan perjuangan Islam. Ia dianggap
sesuatu yang termasuk bahagian yang bukan
daripada golongan Rasulullah, ianya asabiyyah

Apabila dialih daripada orang yang berhak dan yang lebih baik
kepada yang selainnya, kerana perhubungan kerabat antara
keduanya, atau kerana jasa memerdekakan [bagi bekas seorang
hamba] atau persahabatan, atau kerana berasal dari negeri yang
sama atau mazhab yang sama, atau tariqah atau bangsa [jins]
yang sama, seperti bangsa Arab, Farsi, Turki atau Rum, atau
kerana rasuah yang telah diambil dari harta atau mendapat
manafaat, atau dari sebab-sebab yang lain, atau didorong oleh rasa
benci di hatinya terhadap orang yang berhak, atau terdapat
permusuhan antara keduanya, maka sesungguhnya dia telah
mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan orang Mukmin, perbuatan
sedemikian termasuk di bawah larangan yang terdapat dalam
firman Allah: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu
khianati Allah dan Rasul, dan jangan mengkhianati amanah kamu,
sedang kamu mengetahui (al-Anfal: 27).

AGENDA MELAYU YANG KITA TUNTUT


Pengamatan Latar: Apabila kita memperkatakan
perjuangan nasib bangsa, kita maksudkan
perjuangan dalam konteks sebegini; kita maksudkan
perjuangan Melayu yang tertakluk di bawah ruh
ajaran Islam dan ditentukan oleh butiran hukumhukum Islam. Kita memahami perkara ini adalah
suatu yang bukan baharu direka-reka, atau sebagai
helah untuk memberi justifikasi kepada suatu aliran
faham kebangsaan, tetapi kita telah menyelusuri
sejarah dan budaya adat-resam bangsa kita yang
telah lama menunjang dan bertapak dalam
masyarakat di sini.
Walaupun begitu kita menerima terdapat aliran
yang memperjuangkan agenda bangsa yang tidak
terikat kepada agama, bahkan agenda bangsa
mengatasi cintakan Allah, Rasul-Nya dan agamaNya. Kesesatan seumpama ini berlaku apabila cinta
kepada perkara-perkara lain mengatasi cintakan
Allah, Rasul-Nya dan agama-Nya, seperti juga
sesatnya apabila cintakan harta-benda, anak-pinak,
perniagaan, rumah kediaman melebihi daripada
Allah dan Rasul-Nya serta berjuang di jalan agamaNya. Aliran ini banyak dipengaruhi oleh gerakan
nasionalisme Barat serta konsep tertinggi adalah
kedaulatan negara bangsa mereka. Antara perkara
pokok dalam pemahaman ini ialah seperti
kedaulatan yang dibatasi oleh sempadan negara,
menjunjung tinggi perlembagaan negara sebagai
rujukan perundangan tertinggi, rakyat negara bangsa
tersebut mempunyai hak dan keistimewaan sebagai
warganegara, memiliki bahasa kebangsaan bagi
negara dan mempunyai mata wang rasmi yang
khusus bagi negara. Hanya terdapat pula perjuangan
bagi etnik yang berbeza-beza pada sesebuah negara;
etnik-etnik yang merasa diri mereka terpinggir akan
memperjuang kemerdekaan atau menuntut hak-hak
mereka yang didakwa terabai. Sementara etnik yang
dominan pula akan mempertahankan ketuanan
(supremacy) etnik tersebut ke atas etnik lainnya.
Aliran perkauman ini telah menjalar masuk ke
dalam masyarakat kita daripada pengaruh gerakan
21

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

yang perangi oleh Islam. Dari segi politik amalinya,


golongan yang beraliran sebegini akan menentang
agenda perjuangan berlandaskan bangsa, yang
dianggap sebagai tidak Islamik, bagaimanapun tidak
dapat membebaskan diri mereka daripada ikatan
kewarganegaraan atau konsep kerakyatan bagi
sebuah negara bangsa. Hanya kadang-kadang
konsep kerakyatan negara bangsa itu mengatasi
konsep kesejagatan ummah, yang konsep ummah itu
tidak dibatasi oleh sempadan politik negara bangsa.

Penjelasan Pendirian: Dalam kecelaruan dan


tersasarnya susur-atur rangka pemikiran perjuangan
Islam dan bangsa sebeginilah, makalah ini cuba
mencelah. Di tanah air kita mutakhir ini, ketika
golongan nasionalis garang dengan isu tercabarnya
ketuanan Melayu, ketika golongan agamis yang
memperkecilkan orang Melayu, yang agaknya
sehingga kepada kelakuan simbolik mematahkan
keris kayu dan mengisyhtiharkan yang orang
Melayu juga adalah kaum pendatang dan
mengesyorkan kepada kaum lain ketika orang
Melayu melaungkan Hidup Melayu, sewajarnya
dibalas oleh kaum Cina dan India, dengan slogan
Hidup Cina dan Hidup India.
Dalam waktu yang sama Tun Dr. Mahathir
yang mempopularkan konsep Bangsa Malaysia,
agenda Melayu baru (kerana Melayu tradisional itu
penuh dengan sifat-sifat negatif), telah memaksa
pengajaran mata pelajaran sains dan matematik
dalam bahasa Inggeris kerana bahasa Melayu bagi
beliau tidak boleh menjamin pekerjaan kepada
graduan. Malangnya apa yang dibuat oleh pemimpin
bangsa, mesti disambut dengan sokongan.
Contohnya, walaupun Tun Mahathir secara terangterang dari seawal tahun 1960-an lagi mempunyai
pandangannya sendiri terhadap bangsa Melayu.
Beliau menulis dalam bukunya, The Malay Dilemma
yang dari segi genetiknya (atau secara intrinsicnya)
orang Melayu memang lemah, kemudian dalam
Persidangan UMNO dengan jelas beliau mengatakan
Melayu dulunya haprak, Melayu dulunya hina,
Melayu mudah lupa, Melayu buat kerja asal jadi
tanpa mementingkan mutu kerja, Melayu kedekut
ilmu dan banyak lagi ulasan yang dinisbahkan
kepada bangsa, yang dikatakan beliau ialah presiden
kepada parti yang memperjuangkan bangsa tersebut.
Apakah perasaan dan semangat mahu melihat
bangsa kita itu selamat sejahtera dalam kehidupan di
dunia dan akhirat, sejahtera dari segi akidah, amalan
agama dan menjalani kehidupan dunia secara yang
lebih baik itu tidak terdapat dalam ajaran agama?
Apakah Islam menekankan kesejagatan ummah
tanpa memberi perhatian kepada nasib bangsa
sendiri? Itulah persoalan besar yang perlu kita susuri
secara jujur, tanpa dipengaruhi oleh faham-faham
dan amalan-amalan semasa.
Terdapat
dua
aliran
utama
dalam
memperjuangkan agenda Melayu-Islam:

Islam itu agama orang Melayu: Melihat


perjuangan Melayu adalah teras, Islam adalah
salah, suatu daripada unsur di perjuangan
Melayu; kerana orang Melayu takdirnya
beragama Islam. Golongan ini kerap menyebut
tentang empayar Melayu sebelum Islam,
(walaupun
sejarahnya
samar)
untuk
menunjukkan kehebatan bangsa Melayu
walaupun tanpa Islam.
Harun Aminurashid bermadah dalam
sajaknya yang tersiar dalam majalah pimpinan
beliau, iaitu Majalah Belia pada 19 Ogos 1955
di bawah tajuk, Aku Siapa?:
Semenjak yang aku tahu
Ku dengar orang lain mengatakan aku:
Bangsa Melayu
Aku diajar menyebut nama Allah
Dari kecil lagi aku diasuh oleh orang tua ku
Supaya dapat mengucap dua kalimah syahadah
Tak pernah ku diingatkan apa agamaku
Tetapi orang tuaku selalu menyebut
Kita orang Melayu
Anak negeri ini
Aku ada pernah mendengar bangsa Cina masuk Melayu
Aku terasa Melayu itu besar dan berkuasa
Orang tuaku marah kalau ditanyanya apa agamanya
Beliau tetap menjawab aku bangsa Melayu
Setelah aku mengerti Melayu itu tetap Islam
Mempunyai sifat pahlawan, jujur dan mulia
Aku pernah disuruh jadi Malayan
Tetapi jiwaku berpendirian
Biarpun bumi kan lebur
Tulang dagingku hancur
Aku tetap berbangsa Melayu, yang telah diamanahkan oleh
orang tuaku
Tidak dapat dijual beli, atau ditukar ganti hingga abadi

Melayu itu sebahagian daripada ummah


Islam: Melihat perjuangan Islam adalah teras,
bangsa Melayu adalah komponen daripada
ummah Islam di rantau kita. Memperkasakan
Melayu
bererti
usaha
memperkasakan
sebahagian daripada ummah agar bangsa ini
mendapat keredaan Allah di dunia dan
Akhirat. Melayu akan hilang makna,
seumpama buih di permukaan air tanpa
pemahaman dan penghayatan Islam.

Para Rasul dan Bangsa Mereka: Dalam al-Quran,


terdapat lebih daripada 50 tempat, para Rasul telah
menyeru wahai kaumku!; mengajak kaum mereka
agar meninggalkan penderhakaan kepada Allah,
kembali bertauhidkan Allah, memperingatkan
mereka kepada azab di dunia dan akhirat sekiranya
mereka terus dalam kemaksiatan, serta ganjaran baik
di dunia dan akhirat sekiranya mereka patuh kepada
agama. Sudah tentu kita telah berfikiran, itu adalah
rakaman kisah dakwah rasul-rasul terdahulu, Mereka
dihantar kepada kaum-kaum mereka yang tertentu,
tetapi Rasulullah datang dengan Risalah yang
mendatangkan Rahmat ke seluruh alam, tanpa
dibatasi oleh kaumnya semata-mata. Rasulullah
bersabda sebagaimana dalam hadith riwayat alBukhari dan Muslim yang bermaksud:
22

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011


Aku dianugerahi lima perkara, yang tidak dianugerahi kepada
seorangpun sebelum aku, aku ditolong dengan rasa gerun (di
pihak musuh) dari jarak sebulan perjalanan, dijadikan bagiku
bumi sebagai masjid dan tempat yang suci, dihalalkan bagiku
ghanimah yang tidak dihalalkan untuk sesiapa pun sebelumku,
aku diberi (kuasa) Syafaat [al-kubra], aku diutuskan untuk
manusia seluruhnya, dan adapun nabi-nabi sebelumku diutus
kepada kaumnya secara khusus.

yang dari bangsanya ke atas yang musuh bangsanya, lalu Musa


menumbuknya lalu dia mati. Musa berkata, ini adalah daripada
amalan syaitan dia (syaitan) adalah musuh yang menyesatkan
yang nyata. Musa berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku
telah menganiaya diriku, ampunlah aku (al-Qasas: 15-16).

Terdapat dua bentuk semangat kebangsaan


yang dikaitkan dengan Nabi Musa:

Bagaimana mahu difahami sabdaan ini?


Bagaimana mahu difahami pengertian qaum di
dalam konteks ini? Qaum telah digunakan dalam
konteks yang berbeza. Bagaimana kalau kita ertikan
qaum dengan maksud komuniti, yakni nabi-nabi
datang dengan syariat yang khusus untuk komuniti
semasa, syariat para nabi termansukh dengan
kedatangan nabi terkemudian. Rasulullah datang
dengan syariat yang kekal abadi, perutusannya
adalah bagi manusia seluruhnya, mengikut Imam alSubki dan Imam al-Suyuti ini bermaksud Risalah
baginda adalah untuk seluruhnya, bermula dari Nabi
Adam hingga ke akhir zaman.
Bagaimanapun al-Quran menceritakan hal
demikian tidaklah seketat itu, bukankah kita
menemui ajakan kepada Tauhid oleh Nabi Sulaiman
kepada Balqis yang berlainan bangsa. Bukankah
terdapat pemuda dalam kalangan keluarga Firaun
yang beriman kepada Risalah Nabi Musa? Bukankah
Dhu al-Qarnain merentasi sempadan wilayah dan
bangsa dalam penaklukannya dan penyebaran agama
oleh baginda? Bukankah Nabi Yusuf telah
berdakwah kepada rakan tahanan dalam penjara
daripada bangsa yang berlainan? Agaknya kita boleh
menerima yang para rasul terdahulu telah
menjadikan kaum mereka sebagai fokus utama
dakwah, dalam masa yang sama dakwah kepada
Tauhid dan pengabdian kepada Allah adalah
keperluan seluruh manusia tanpa kecuali, tidak
terbayang di akal kita yang para rasul akan
mengehadkan seruan dakwah yang sedemikian
penting dan terasas dalam kehidupan hanya berlegar
dalam kaumnya sahaja.
Al-Quran memberi gambaran sikap seorang
daripada Rasul ulu al-azm, Nabi Musa adalah
seorang Nabi yang sangat kuat berjuang untuk
bangsanya demi melepaskan mereka daripada
kezaliman Firaun, mengajak kaumnya kepada
Tauhid dan Ubudiyyah, perjuangan itu dirakamkan
dengan sebutan kepujian di dalam al-Quran,
sehingga disebut kisah Nabi Musa dan Nabi Harun
itu diabadikan untuk generasi yang datang kemudian
sebagaimana firman Allah yang mafhumnya, Kami
(Allah) tinggalkan kisah mereka pada generasi yang
datang kemudian.
Bagaimanapun Allah menyebut tentang
penyesalan baginda kerana sikap baginda yang telah
memihak kepada seorang daripada kaumnya secara
yang tidak sebenar. Firman Allah yang mafhumnya:

Semangat kebangsaan yang terpuji, iaitu


semangat yang mahu melihat bangsa sendiri
terselamat daripada kezaliman dan penindasan
oleh kekuasaan yang zalim serta keselamatan
bangsa daripada azab Allah di dunia dan di
akhirat dengan mereka mentauhidkan-Nya dan
melaksanakan ubudiyyah kepada-Nya
Semangat kebangsaan yang tercela, iaitu
semangat untuk membantu bangsa sendiri,
sama ada dalam salah dan benar.

Rasulullah
padanya
Tauladan
Terbaik:
Rasulullah telah diberi isyarat oleh Allah pada awal
tugasan dakwah agar memberi tumpuan kepada
kaum kerabatnya, iaitu kaum Quraysh. Allah
berfirman yang mafhumnya:
Yang demikian itu Allah memberi berita gembira kepada hambahamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Katakan (ya
Muhammad), aku tidak meminta daripada kamu sebarang
ganjaran [dari dakwah ini] kecuali kerana kasih-sayang
kekeluargaan. Barang siapa yang membuat kebaikan, Kami
(Allah) akan menambah baginya kebajikan, Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Pensyukur (al-Shura: 23).

Allah berfirman lagi yang mafhumnya:


Maka janganlah engkau berdoa kepada tuhan selain Allah, kerana
demikian engkau tergolong daripada orang yang mendapat azab.
Dan berilah peringatan kepada kaum-kerabat engkau yang akrab
(al-Shuara: 213-214).

Lihatlah bagaimana Rasulullah mengharapkan


kebaikan bagi kaumnya:
Wahai anak-cucu Abdul Muttalib, sesungguhnya aku bermohon
kepada Allah untuk kamu dengan tiga perkara: aku memohon
agar diperkukuhkan kedudukan kamu, dan agar diajar ilmu
kepada yang jahil daripada kamu, agar diberi petunjuk kepada
yang sesat daripada kamu, sekiranya seorang lelaki mendiami
antara Rukun [Yamani] dan Maqam [Ibrahim] kerana mendirikan
sembahyang serta berpuasa dan kemudiannya dia mati, sedangkan
dia benci kepada keluarga Muhammad, maka dia masuk neraka
(riwayat al-Tabrani dan al-Hakim).

Imam Ibn Hajar al-Haytami telah menyebut


sebuah hadith dalam kitabnya Mablagh al-Arb Fi
Fakhri al-Arab yang Rasulullah telah bersabda:
Wahai sekelian manusia cintailah Quraysh, sesungguhnya sesiapa
yang mencintai Quraysh, dia telah mencintai aku. Sesiapa yang
bencikan Quraysh, dia telah membenci aku, sesungguhnya Allah
telah menjadikan aku cinta kepada kaumku, Allah tidak
menyegerakan bagi mereka nikmat (kekayaan), dan Allah tidak
membanyakkan bagi mereka nikmat (kekayaan), Allahumma,
Engkau telah jadikan mereka pada awalnya penentang [nakal],
Engkau jadi mereka akhirnya penyokong [nawal]. Sesungguhnya
Allah mengetahui apa yang ada di dalam hatiku daripada cintaku
terhadap kaumku, lantas Dia mengembirakan aku dengan mereka.

(Pada suatu hari) Musa masuk ke dalam bandar, ketika sunyi


daripada penduduknya, lalu dia bertembung dengan dua lelaki
yang sedang berkelahi, seorang daripada bangsanya, dan seorang
daripada musuh bangsanya, kemudian telah meminta tolong oleh

23

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011


Allah Azza wa Jalla berfirman: Sesungguhnya [Risalah Islam]
itu kemuliaan bagi engkau dan kaum engkau, dan nanti engkau
akan ditanya tentang itu (al-Zukhruf: 44).

Arab, Arab Quraysh yang mengatasi, dalam


kalangan Quraysh pula, Banu Hashimlah yang
mengatasi. Semua ini adalah petanda yang faktorfaktor yang menjadi kenyataan dalam masyarakat itu
turut diambil kira.
Lihatlah betapa Rasulullah mengharapkan
kebaikan kepada kaum baginda, dalam sebuah
hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang antara
lain menyebut tentang kuatnya penentangan kaum
Quraysh kepada Risalah yang dibawa oleh
Rasulullah, Rasulullah didatangi oleh malaikat yang
menjaga bukit-bukau, malaikat tersebut bertanyakan
Rasulullah yang bermaksud:

Dalam catatan pentahqiq kitab ini dinyatakan


bahawa dalam kitab Majmu al-Zawaid, disebut
yang Imam al-Tabrani mengatakan dalam sanad
perawinya terdapat Husayn as-Sululi, yang beliau
tidak ketahui, sementara perawi selainya adalah
thiqah. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Kepimpinan [hendaklah] daripada Quryish, golongan abrar [baik]
daripada Quraysh [menjadi pemimpin] bagi golongan abrar, dan
golongan yang [fujjar] jahat daripada Quraysh [menjadi
pemimpin] bagi golongan fujjar, bagi setiap kumpulan ada
bahagian mereka, penuhilah bagi setiap yang berhak itu bahagian
mereka. Dan sesungguhnya sekiranya menjadi pemimpin ke atas
kamu hamba abdi Habshah, dengarlah dan patuhilah kepadanya.
Selagi kamu belum terpaksa membuat pilihan antara
keIslamannya atau memenggal kepalanya, apabila engkau perlu
memilih antara keislamannya dan memenggal kepalanya,
persiapakan tengkuknya [untuk dipenggal] dan berkabung ibunya,
lalu tiada baginya bahagian di dunia dan tiada bahagian Akhirat
selepas tercabut agamanya (al-Hakim dan al-Bayhaqi).

Sesungguh saya diutuskan oleh Tuhan engkau kepada engkau


agar aku memenuhi apa jua urusan sehendak engkau, adakah
engkau kehendaki saya hempapkan ke atas mereka dua dua buah
bukit di Makkah [Jabal Abu Qubis dan bukit yang setentang
dengannya]?. Rasulullah bersabda: Tidak, aku mengharapkan
Allah akan mengeluarkan daripada sulbi-sulbi mereka orang yang
menyembah Allah semata-mata, dia tidak mensyirikkan-Nya
dengan sesuatu (Hadaiq al-Anwar wa Matali al-Asrar fi Sirat
al-Nabiyyi al-Mukhtar, hlm. 198-199).

Adalah agak menarik untuk diperhatikan dalam


kitab al-Mathal al-Ala li Mujtama al-Insani ketika
membincang jenis-jenis asabiyyah yang terdapat
pada zaman jahiliyyah dalam kalangan orang Arab,
penulisnya menyebut:

Semangat Kemelayuan Sheikh Ahmad bin


Muhammad Zain al-Fattani: Agaknya yang
catatan terawal tentang orang Melayu yang dibuat
oleh orang Melayu sendiri ialah catatan Sheikh
Ahmad bin Muhammad dalam kitabnya, Tashil alAmani fi al-Awamil li al-Jurjani. Kami tidak akan
mengulang apa yang telah kami tuliskan pada
makalah kami, Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain
al-Fatani: Pemikir Agung Bangsa Melayu. Sheikh
Ahmad ialah seorang ulama yang kental semangat
keMelayuannya, sangat mencintai bangsanya dan
mahu melihat bangsanya menjadi bangsa yang
terkemuncak di antara anak-anak Adam. Lihatlah
surat-surat beliau kepada raja-raja Melayu dan
tulisan-tulisan dalam kitab beliau yang lain.
Beliau telah menulis surat kepada Sultan Zainal
Abidin III Terangganu agar berusaha membina
tamadun Islamiyyah-Melayuwiyyah. Istilah ini
kemudiannya diguna pakai oleh Sultan dalam Fasal
yang ke-51 daripada Undang-undang Bagi Diri
Kerajaan Terangganu (Itqan al-Muluk bi Tadil alSuluk) yang menyebut:

Adalah asabiyyah itu ialah [penyertaan] pada pendirian bersama


kaumnya, mereka akan menyeru [pertolongan] antara satu sama
lain, oleh yang demikian syiar orang Arab pada zaman jahiliyyah
adalah: tolonglah saudara engkau yang zalim dan yang kena
zalim (Salim Ahmad al-Maquri 1395H).

Rasulullah telah menegaskan perkara yang


sama, dengan pengisian maksud yang diluruskan
mengikut kebenaran dan keadilan. Tolonglah
saudara kamu yang zalim dengan menyekatnya
daripada
melakukan
kezaliman.
Sekiranya
pengisian kepada maksud asabiyyah, yang telah
diluruskan ini dihayati, siapakah yang masih layak
mengatakan ianya adalah kefahaman yang tertolak
dari segi agama? Tidak hairanlah selepas itu kita
dapati Rasulullah sendiri dengan
lantang
mengumumkan: Aku Nabi, tidak bohong Aku
keturunan Abdul Muttalib.
Adakalanya Rasulullah telah mengatur para
sahabat dalam pertempuran mengikut kabilah
masing-masing, setiap mereka akan berbangga
dengan kelebihan keturunan masing-masing dalam
keberanian dan kemahiran bersenjata. Manakala
dalam melunaskan diyyah bagi kesalahan jenayah,
sekiranya tidak termampu dibayar oleh pesalah,
kabilahnyalah yang akan membantu melunaskan
pembayaran tersebut.
Dalam perkahwinan, kufu (kesepadanan) di
antara pasangan diambil kira, termasuk latar
belakang keluarga dan keturunan boleh diambil kira.
Dalam hal ini, kitab feqah sebagai contohnya,
menyebut yang keturunan Arab itu mengatasi
keturunan Parsi, sementara keturunan Parsi itu
mengatasi keturunan Qibti. Daripada kalangan orang

Sesungguhnya telah disifatkan dan disebutkan dan ditetapkan


selama-lamanya Kerajaan Terangganu ini Kerajaan IslamiyyahMelayuwiyyah, ialah yang dikatakan agama negeri dan kerajaan.
Maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang agama lain dijadi, atau
disebut agama negeri sekalipun banyak segala bangsa dan agama,
dan amankan, dan dibenarkan masuk-biar di dalam negeri dan
jajahan Terangganu.

Beliau ialah seorang ulama Islam yang gigih


berkhidmat untuk Islam dengan mengajar, menulis
kitab-kitab agama dalam bahasa Arab dan Melayu
dan mentashihkan serta menerbit kitab-kitab. Beliau
juga
seorang
penyokong
kuat
Khilafah
Uthmaniyyah, beliau mengunjungi Sultan Abd alHamid II, memperincikan sejarah Khilafah
Uthmaniyyah dari seawal Amir Uthman sehingga
Sultan Abd al-Hamid secara yang sukar dicari
24

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

bandingan dalam keperinciannya dalam kitabnya,


Hadiqat al-Azhar. Belia berdoa dan mengharapkan
agar Khilafah Uthmaniyyah bertambah kekal dan
kukuh. Itulah peribadi yang ada padanya sifatnya
sangat menyayangi bangsa Melayu, sifatnya yang
gigih berkhidmat untuk Islam, sifatnya yang
mementingkan persaudaraan dalam kesejagatan
ummah yang kental. Semuanya telah diadun rapi
tanpa sebarang kecelaruan.

Dalam dongeng-dongeng Melayu disebut


tentang kisah-kisah yang agak sukar diterima
kemunasabahannya, tetapi jarang kita bertemu bari
Melayu tentang kehinduan atau kebuddhaan raja-raja
datuk-nenek kita, walaupun kerap kita berjumpa
kisah raja yang zalim seperti Raja Bersiong, raja
yang kuat berjudi dan raja yang bermukah. Terdapat
salinan kitab Tarikh Fatani yang dinisbahkan
kepada Sheikh Wan Muhammad Ali al-Makasari
dan kemudiannya dikatakan disalin oleh Sheikh
Daud bin Abdullah al-Fatani yang menyebut tentang
kehadiran golongan Brahma dalam istana raja.
Bagaimana kesahihan penisbahan kitab itu sangat
diragui, naskhah yang dimiliki oleh Allahyarham
Ustaz Wan Muhammad Shaghir Wan Abdullah
disalin di atas buku latihan bergaris yang tidak
berapa lama usianya dan terdapat beberapa keraguan
yang lain dalam fakta. Beliau sendiri mengakui
tentang keraguan-keraguan itu.
Lagipun agar sukar untuk difahami yang suatu
kelompok bangsa manusia yang telah mempunyai
agama yang teratur (organized religion) seperti
Hindu atau Buddha serta telah berada di selerak
tempat di negeri mereka untuk meninggalkan agama
asal tanpa sebarang tanda dan baki penganut agama
asal itu.
Sheikh Ahmad al-Fatani menyebut tulisan bagi
Bahasa Melayu ialah tulisan Jawi yang berasal-usul
daripada tulisan Arab serta ditambah beberapa abjad
bagi menampung sebutan Melayu, tidak diketemui
catatan tentang tulisan sebelum itu. Adapun tulisan
lain yang ada itu adalah tulisan-tulisan setempat
seperti tulisan rencong di Sumatera dan Bugis.
Tulisan Jawi telah dapat dikesan seawal Batu
Bersurat Kuala Berang yang dikatakan bertarikh
702H/1303M. Atau apa yang ditemui pada bungkah
batu di candi pada ekspedisi di Lembah Bujang pada
tahun 1982 yang bertulis Ibn Sardan dan angka 213.
Atau apa yang ditemui pada nisan Sheikh Abdul
Qadir Husain di Tanjung Inggers, Langgar Kedah
yang terdapat catatan yang dibaca 219H/903M.
Sehingga ungkapan Melayu digunakan secara
bertindih dengan pengertian Islam bagi penduduk
Semenanjung Tanah Melayu. Dalam masyarakat
tradisi Melayu, pemeluk agama lain yang menganut
Islam diistilahkan masuk Melayu. Tidak hairanlah
antara perkara yang dilakukan oleh seorang yang
baru memeluk Islam ialah untuk berkhitan, telah
diistilahkan dipanggil masuk Jawi. Sehingga
sekarang di Patani, masih dikatakan seorang itu
tubit Melayu-masuk Siam apabila seseorang asal
Melayu murtad dan menganut agama Buddha.
Takrifan penentu Melayu adalah agama anutannya
mestilah Islam.
Terdapat orang Melayu tradisional sangat
menghormati keturunan Rasulullah, sehingga
mereka membahasakan mereka Tengku dan
membahasakan diri sendiri patik. Tidak hairanlah
mereka melantik golongan sayyid ini sehingga
menjadi raja-raja Melayu. Mereka juga melantik

Jatidiri Melayu dalam Sorotan SejarahBudayanya: Sir Thomas Arnold dalam buku
agungnya, The Preaching of Islam, telah menyebut
kesebatian Islam dengan Melayu, dijadikan rantau
kita ini sebagai contoh bagaimana Islam
berkembang melalui dakwah tanpa sejarah perang.
Dalam catatan orang Eropah, seumpama Portugis
ada menyebut yang hampir tiada kedapatan orang
Melayu yang beragama selain daripada Islam,
walaupun penghayatan agama orang awam dalam
kalangan mereka adalah pada tahap yang sangat
sederhana serta bercampur-baur dengan warisan
animisme. Sedangkan orang Tamil Hindu pada
zaman Portugis Melaka telah memeluk Kristian dan
menggunakan nama-nama Portugis, sehingga
dikatakan Geragau yang ada sekarang ini di Melaka
itu adalah kebanyakannya berasal daripada
keturunan Tamil itulah.
Kita tidak mengetahui dengan pasti apakah
agama orang Melayu sebelum kedatangan Islam.
Penemuan arkeologi banyak menunjukkan pengaruh
awal India di rantau kita, kebanyakan artifak HinduBuddha
itu
menggunakan
medium
batu,
sebagaimana yang didapati di Borubudur, Jawa atau
Angkor Wat Kemboja. Hal ini sangat diperhati oleh
Philip Rawson dalam bukunya, The Art of South
East Asia. Adapun penemuan beberapa patungpatung peninggalan Hindu-Buddha di berapa lokasi
di Semenajung itu memerlukan pengamatan
terhadap wajah-wajah yang terukir pada patung itu.
Sekiranya penganut agama itu adalah orang
tempatan, wajah pada patung itu adalah
mengambarkan wajah-wajah penduduk tempatan,
sebagaimana yang terdapat pada patung Angkur Wat
dan Borubudur. Sekiranya wajah-wajah yang terukir
itu memamerkan wajah-wajah orang asing, itu
mungkin sahaja menafsirkan patung-patung itu
dibuat oleh koloni orang asing yang mendiami
tempat itu atau patung-patung itu didatangkan oleh
pendatang-pendatang asing bersama mereka.
Rawson mencatatkan:
The Indian modes provide themes and patterns for transformation,
opening up before local peoples [in South Esat Asia] avenues of
cultural and artistic development. Of course there were regions
where Indian colonies seem to have met little or no response, and
their settlements petered out in the Malay Peninsula, for example,
in Sumatra and perhaps in Sarawak and North Bornea. But
archeology may yet reveal more about the history of Indian
colonization in more remote parts of Southern Seas (pg. 7-8).

25

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

golongan Arab dan India Muslim menjadi pembesarpembesar Melayu sehingga dilantik menjadi Mamak
Bendahara.
R.O. Winstedt menyatakan tentang peranan
Sayyid Abdul Majid yang dilantik oleh Sultan
Tajuddin Perak menjadi menteri. Habib ini telah
mendatang undang-undang negeri yang dipanggil
Undang-undang 99 pada sekitar tahun 1570-an.
Winstedt menyebut dalam A History of Classical
Malay Literature:

kalangan bangsa kita. Segala penyelewengan


daripada sunnah hendaklah diterus buang secara
bijaksana daripada masyarakat kita, segala
keburukan dari luar hendaklah ditegah daripada
masuk.
Pihak berkuasa daripada kalangan kita orang
Melayu, bermula dari Raja-raja Melayu sehingga
pembesar-pembesar siyasah dan tadbiran hendaklah
meletak keutamaan agama dan bangsa di atas
perkiraan-perkiraan keuntungan keduniaaan yang
singkat. Raja-Raja yang juga berperanan sebagai
ketua-ketua institusi agama negeri-negeri hendaklah
mengikhlaskan hati untuk berkhidmat kepada agama
dan bangsa, tanpa dipermain-main oleh pedagangpedagang luar yang berkepentingan sebagaimana
yang pernah dicatat dalam sejarah.
Pihak pembesar-pembesar Melayu hendaklah
menggunakan siyasah dan tadbir secara berhemah
dan adil untuk meninggikan syiar agama dan
mengangkat darjat bangsa sendiri. Alim ulama dan
bijak pandai Melayu hendaklah berusaha untuk
menyebar luas ilmu yang berguna dan amalan yang
berfaedah dalam kalangan anak bangsa, sehingga
mereka gemar kepada ilmu dan mendatangkan
manfaat kepada diri mereka dan bangsa mereka di
dunia dan Akhirat.
Pihak hartawan hendaklah digalakkan agar
menyumbang
bantuan
dalam
usaha
memperteguhkan ilmu yang berguna, amalan yang
bermanfaat dan tabiat yang luhur sehingga bangsa
kita dikenali sebagai bangsa yang bermaruah,
berakhlak mulia dalam kepatuhan mereka kepada
Tuhan dan dalam kasih sayang mereka kepada Rasul
Junjungan. Semoga kita bersepakat dengan Sheikh
Ahmad al-Fatani pada cita-citanya ini:

The fullest and the most interesting of these laws, the Ninenty
Nine Laws of Perak, purpoet to have been brought to Malaya in
17th century by a Sayyid Husain al-Faradz of the great Hadramaut
house of Ahmad bin Isa al-Muhajir, and to have been used by his
decendants, who frommiddel of 18th century held the post of
Mantari in Perak for several generation.

Kerana pemahaman dan penghayatan yang


sebeginilah Sheikh Nuruddin al-Raniri seorang
ulama asal berketurunan Arab, tempat kelahiran dan
kematiannya di India telah dianggap ulama Jawi,
kerana ini jugalah Abdullah Munsyi yang sebelah
ayahnya adalah berketurunan Arab kelahiran India
dan sebelah ibunya seorang asal India Hindu dari
Kedah yang memeluk Islam telah dianggap penulis
Melayu. Kerana inilah Ishak, yang membina Masjid
Sultan Muzaffar Shah, atau lebih termasyhur dengan
Masjid Kerisik dianggap Tukang Melayu.
Berdasar pemahaman dan kenyataan sejarah
dan budaya sebeginilah, ketika Perlembagaan negara
kita digubal, istilah Melayu telah diberi takrifan:
Malay means a person who professes the religion of Islam,
habitually speaks the Malay Language, conforms to Malay
customs.

Percaturan Kita Sekarang: Agaknya kita perlu


kembali memahami Melayu dalam konteks Melayu
adalah sebahagian daripada Ummah Islam. Melayu
tidak mempunyai erti kewujudannya tanpa agama
Islam, sebagaimana yang disebutkan oleh Khalifah
Umar bin al-Khatab kepada Ubaydah al-Jarrah
tentang kelebihan bangsa Arab:

Dan adalah tercita-cita pada hati hamba ini bahawasa Allah Taala
akan memperdengarkan hamba dan memperlihatkan hamba di
dalam masa hidup hamba ini bahawa adalah segala raja-raja di
dalam Tanah Melayu yang mulia menaruh nmereka itu akan
cemburu pada segala hati mereka itu dan membesarkan himmah
mereka itu dan menghadapkan amat-amati [perhatian] mereka itu
dan menyungguh-nyungguh kan usaha mereka itu pada bahawa
dijadikan segala negeri mereka itu bendaharan ilmu dan
perladungan kepandaian dan membuka segala mata anak jenis
mereka itu kepada cemerlang kebijakan dan handalan supaya
adalah kelihatan megah bangsa Melayu antara segala alam. Dan
terkebilangan nama mereka itu atas segala Bani Adam. Dan
bertambah-tambah kelebihann ulama mereka itu atas segala
ulama. Dan bertambah nyata agama mereka itu atas segala agama.
Serta dapat pula bagi segala hadrat raja-raja itu jikalau
diperbuatkan demikian itu keredaan daripada Allah dan RasulNya yang mulia dan jadilah mereka tauladan dan ikutan bagi
segala mereka yang kemudian daripada mereka itu, maka
masuklah mereka itu di dalam mereka yang diimtinan Allah
Taala dengan mereka itu pada firman-Nya, ertinya: Dan Kami
(Allah) jadikan mereka itu segala yang menunjuk mereka itu
dengan pekerjaan Kami. Dan dapat pula bagi mereka itu pahala
yang amat besar ganda berganda kerana pahala tiap-tiap mereka
yang mendapat manfaat dengan segala perbuatan itu dan pahala
tiap-tiap mereka yang mempunyai kekuasaan yang meniru
perbuatan itu, terbahagi ia dengan mereka itu selamanya kerana
sabda Rasulullah salla Allah alayh wa sallam, ertinya: Barang
siapa yang mereka-reka ia pada agama Islam akan suatu rekaan
yang elok maka baginya pahalanya dan pahala mereka yang
mengerjakan dia kemudian daripadanya ketiadaan kurang
daripada segala pahala mereka itu sesuatu (riwayat Muslim).

Kamu [orang Arab] sebelum ini adalah serendah-rendah manusia,


sehina-hina manusia, sekurang-kurang manusia, maka Alalh
memuliakan kamu dengan Islam, selagi kamu mencari
kemegahan selain dari Islam, Allah akan menghina kamu.

Marilah kita memperdalamkan kasih-sayang


kita kepada bangsa kita dengan berusaha untuk
menyelamatkan kehidupan bangsa ini di dunia dan
akhirat. Kunci keselamatan dunia-akhirat itu berada
pada ketetapan kita dalam mengikut perintah Allah
dan menjauhi larangan-Nya.
Kita perkukuhkan segala institusi yang sedia
ada dan kita adakan segala yang perlu sekiranya
ianya belum ada. Segala kebaikan itu ialah pada
mengikut ajaran dan sunnah Rasulullah dan segala
keburukan itu ialah pada meninggalkan ajaran dan
sunnah Rasulullah. Segala amalan yang berasal
daripada ajaran sunnah atau yang sesuai dengan
suruhan sunnah hendaklah disuburkan dalam
26

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011


Dan dapat pula bagi mereka itu sebutan yang baik dan kepujian
yang elok atas lidah segala makhluk.

Makan seorang mengenyang


Makan beramai menyenang

Akirnya. marilah kita ingatkan diri kita dengan


pesanan orang tua tentang adab dan susila kita,
orang Melayu, sebagaimana yang kutip oleh Tenas
Effandy:

Kalau hendak berlapang-lapang pergilah ke padang


Kalau hendak bersempit-sempit masuklah kandang
Banyak adat perkara adat
Pertama adat sedia-lama
Adat air membasah
Adat api menghangus

Secupak sama secupak


Segantang sama segantang
Yang daging sama dikunyah
Yang tulang sama dikerkah

Kedua adat bertukar salin


Bertukar nodo [nahkoda] bersalin perahu
Ketiga adat tumbuh sendiri
Yang tumbuh tidak ditanam
Yang terbawa angin lalu
Yang hanyut di air lalu.

Lapang sama berlegar


Sempit sama berhimpit
Lebih beri memberi
Kurang isi mengisi
Aduhai beringatlah kita sebagaimana pesan orang tua-tua kita:
Hilang budi kerana bahasa
Habis daulat kerana kuasa
Sebengkok-bengkok alif kan lurus jua
Selurus-lurus wau kan bengkok jua

27

También podría gustarte