Está en la página 1de 4

ANATOMI KAYAK

Sebagaimana fizikal manusia,kayak mempunyai bahagian-bahagian yang penting


dalam menentukan prestasinya.Secara amnya, semua kayak mempunyai bahagianbahagian berikut namun berbeza dari segi saiz, bahan binaan dan
bentuknya.Penerangan di bawah akan menerangkan fungsi setiap bahagian yang
terdapat pada sesebuah kayak.
Bow dan Stern ( Haluan dan Buritan )
Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak.berbentuk tajam dan bulat. Bow
adalah muncung bahagian hadapan manakala Stern adalah muncung bahagian

belakang. Kedudukan kedua-dua bahagian ini kadangkala amat mengelirukan. Oleh


itu, bahagian ini bnoleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah
tempat duduk sesebuah kayak.Bahagian ini amat mudah rosak jika tidak
dikendalikan dengan baik.Fungsi utamanya ialah untuk memotong air dan
memecah ombak selain menjadi panduan arah tujuan kayak.
Hull
Dinding lantai, geladak bahagian bawah kayak.Ia mempunyai bentuk yang berbezabeza bergantung kepada jenis dan kegunaan sesebuah kayak itu.
Deck ( Geladak Atas )
Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit.Ia berfungsi menutup
bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan
kemahiran gulingan.Dek hadapan di panggil foredeck manakala dek belakang
dipanggil aftdeck.
Toggles
Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan
stern.Kegunaannya ialah memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut
apabila terbalik dan mengikatnya ketebing
Cockpit
Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck.
Ia meruapakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya.Bahagian hadapan
dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit.
Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahgian belakang.
Tempat Duduk ( Seat )
Tempat duduk pendayung yang terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada
beberapa jenis iaitu tempat duduk standart ( mempunyai saiz yang tetap) , tempat
duduk sederhana ( untuk kegunaan rekreasi ) , tempat duduk ketat ( untuk
kegunaan aktiviti rodeo dan arus deras ) dan tempat duduk boleh laras.
Coaming
Bahagian tepi yang kecik dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk
menghalang air dari memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover.
Knee Brace
Terdapat di bahagian bawah coaming di bahagian foredeck.Fungsi utamanya ialah
untuk menyokong lutut pepedayung dan memberikan cengkaman kaki pedayung
lebih kuat terhadap kayaknya. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom
sahaja.
Towline/Deckline
Tali yang diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian
stern. Ia berfungsi sebagai tali untuk menyelamat, menunda, mengikat alatan dan
mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline.
Keel
Terletak di bahagian bawah geladak bawah kayak Fungsi utamanya ialah untuk

membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu
bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel.
Buoyancy ( Bahan Apungan )
Bahan apungan yang terdapat di dalam kayak. Ia terletak di bawah deck di
bahagian bow dan stern. Fungsi utamanya ialah untuk mengapungkan kayak
apabila terbalik dan di masuki air. Selain itu, ia juga mengukuhkan dan menyokong
bahagian geladak atas dan bawah. Secara amnya, terdapat tiga jenis buoyancy iaitu
Beg Udara, Foam dan Polisterin.
Footrest
Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat meletak kaki pedayung. Ia
berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang di
hasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan , bahu, lowerback dan kaki terhadap
footrest.
Hatches
Lubang berpenutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck dan
aftdeck.Fungsinya ialah untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan. Saiz
hatches ini bergantung kepada saiz dan bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat
pada kayak laut.
Definisi Kenu dan Kayak
Kenu merangkumi semua aktiviti air yang melibatkan penggunaan kenderaan atau
alatanyang menjadikan air sebagai medium utamanya serta digerakkan dengan
menggunakan teknikdayungan ataupun bantuan tenaga alam. Kayak pula
merupakan pecahan daripada keluarga kenu
Perbezaan Antara Kayak dan Kenu
Kayak
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah
matadayung dan didayung secara melunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang
digunakan oleh orangEskimo.
Kenu
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah
mata dayung dan didayung secara berlunjur. Contoh kenu ialah sampan yang
digunakan oleh Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek
moyang kita.

También podría gustarte