Está en la página 1de 36

MUQADDIMAH

Pada tahun 2010, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan oleh AJK
Kerja Pusat Sumber. Berbekalkan motto Khazanah Informasi Anda, kami cuba menjadi
pusat maklumat setempat kepada warga sekolah khususnya dan komuniti daerah
Keningau amnya. Tribulasi dan mehnah yang dihadapi dalam melaksanakan aktiviti
merupakan secebis ujian dalam merealisasikan carta gantt 2010.
Seperti tahun lepas program Nilam diuruskan oleh satu jawatankuasa khusus yang
dianggotai oleh selain guru pusat sumber agar impak program tersebut lebih
meransangkan. Bagi program tetap anjuran pusat sumber seperti Sambutan Bulan
Membaca, Minggu Pusat Sumber, Pameran Berfokus dan lain-lain telah dijalankan
dengan jayanya. Sementara aktiviti bulanan diadakan agar pengguna dapat merasakan
variasi dalam penggunaan kemudahan di pusat sumber.
Dari segi perkhidmatan, dengan mengekalkan perkhidmatan sedia ada di samping
menaik taraf kemudahan prasarana telah berjaya memuaskan hati pengguna. Yang paling
penting semua perkhidmatan pusat sumber disediakan secara percuma melainkan untuk
fotokopi dan percetakan.
Sebagai usaha untuk menjana kewangan, aktiviti jualan barang runcit meliputi
cenderamata, pakaian serta minuman mineral telah dijalankan. Jualan ini mendapat
sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengguna lebih-lebih lagi ia dijual dengan
harga yang sangat berpatutan. Hasil jualan ini dimasukkan ke dalam akaun pusat sumber
dan digunakan untuk aktiviti.
Adalah diharapkan segala prasarana dan aktiviti yang dijalankan banyak menjana
kecemerlangan pelajar dan banyak membantu pencapaian pelajar di dalam SPM. Semoga
pelbagai aktiviti dan program dapat dijalankan lagi pada tahun-tahun yang mendatang.
HILMI MOHAMED
PENYELARAS PSS

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia ialah satu
usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasrkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK


DAN VOKASIONAL
VISI
Peneraju pendidikan teknikal dan
vokasional terunggul untuk
memenuhi keperluan semasa
Negara
MISI
Memajukan pendidikan teknikal dan
vokasional yang berkualiti dan
relevan melalui perlaksanaan
kurikulum yang komprehensif dan
pengurusanyang berkesan.

PERANAN

Mengkonsepsikan hala tuju perkembangan


pendidikan teknikal dan vokasional(PTV)
diperingkat KPM
Menentukan pelaksanaan dan penyelarasan
polisi di semua institusi yang menawarkan
pendidikan teknikal dan vokasional
Merancang, melaksana dan memantau
pembangunan projek fizikal, pendidikan dan
pengkomputeran bagi pendidikan teknikal dan
vokasional
Merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran pendidikan teknikal dan
vokasional
Merancang, menyelia dan melaksanakan
segala aspek penyelidikan berkaitan
pendidikan teknikal dan vokasional
Mengenalpasti pengujudan dan pengurusan
serta pengemaskinian data dan maklumat
serta prasarana ICT yang berhubung dengan
pendidikan teknikal dan vokasional
Merancang, melaksana, memantau dan
meneliti program pembangunan staf sama
ada pra atau dalam perkhidmatan untuk
tenaga pengajar sekolah teknik dan
vokasional serta staf BPTV.

VISI SEKOLAH
Berusaha mewujudkan sebuah
organisasi yang mempunyai
pengurusan dan pentadbiran yang
cekap bagi melahirkan warga sekolah
yang cemerlang dalam pelbagai
bidang dan tugas selaras dengan
aspirasi dan kehendak Negara.

MISI SEKOLAH
SM Teknik Keningau berjaya
melahirkan pelajar yang cemerlang
dalam bidang akademik, kokurikulum
dan sahsiah dalam persekitaran yang
harmonis melalui budaya pengurusan
yang sistematik dan berkesan

PENGENALAN UNIT
Pusat Sumber Sekolah SM. Teknik Keningau ditubuhkan pada tahun
1981. Pada ketika itu lokasinya adalah bersebelahan dengan bilik guru. Walau
bagaimanapun bilangan guru yang semakin bertambah menyebabkan bilik guru
memerlukan pengubahsuaian dan ia melibatkan bilik PSS. Oleh itu pada tahun

1996, PSS terpaksa berpindah dan menumpang di bangunan katering.


Keprihatinan pihak pentadbir tentang pentingnya PSS sebagai penjana
kecemerlangan akademik telah membawa era baru kepada PSS SM. Teknik
Keningau.
Perpindahannya ke bangunan baru pada bulan Mei 2001 membuktikan
kesungguhan pihak pentadbir untuk mewujudkan sebuah PSS yang ceria,
canggih dan mampu membantu meningkatkan kecemerlangan akademik sesuai
dengan moto "Khazanah Informasi Anda". Ruang belajar yang luas boleh
menampung seramai 150 orang dalam satu waktu dan ini memberi peluang lebih
ramai pelajar untuk menggunakan perkhidmatan PSS.
Pembukaan rasmi Pusat Sumber Sekolah yang baru telah disempurnakan
oleh pengetua SM. Teknik Keningau, Pn. Siti Aisa Hj.Maidin pada 27 Julai 2001.
Pada awal penubuhannya bilangan buku di PSS hanyalah berjumlah 1050
buah sahaja. Walau bagimanapun sikap keprihatinan pentadbiran pada ketika itu
telah berjaya menambah bilangan buku melalui sumbangan daripada PIBG serta
Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu PSS juga telah melanggan majalahmajalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa dan sebagainya.
Setelah berusia 20 tahun lebih, kini koleksi PSS telah bertambah menjadi
lebih kurang 13,000 nashkah. Walau bagaimanapun bilangan ini adalah tidak
mencukupi dan tidak seimbang dengan nisbah pelajar. Oleh itu pihak PSS
dengan kerjasama pihak pentadbiran sedang berusaha untuk menambah
bilangan buku sehingga mencukupi nisbah yang diperlukan pada tahun hadapan.
Pelbagai anugerah telah dicapai oleh pusat sumber hasil kerja keras
semua pihak. Pada tahun 2006 pusat sumber telah dianugerahkan dengan
Anugerah Pusat Sumber Cemerlang (tempat ketiga) peringkat kebangsaan bagi
kategori sekolah menengah luar bandar. Anugerah lain yang telah dicapai oleh
pusat sumber ialah Johan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah peringkat
kebangsaan pada tahun 2004 bagi Anugerah Kecemerlangan Sekolah
Menengah Teknik. Bermula pertengahan tahun ini, Pusat Sumber telah
kehilangan seorang pegawai yang banyak kepakaran dalam pengurusan iaitu

Puan Juahati Amat yang berpindah ke SM St Francis. Ketiadaannya sangat


dirasai kerana banyak tugas di Pusat Sumber yang tidak dapat diselesaikan.
Oleh itu AJK Kerja Pusat Sumber terpaksa memberi lebih komitmen dalam
menguruskan pusat sumber.

OBJEKTIF Pusat Sumber Sekolah


1. Menghayati visi dan misi pusat sumber oleh semua AJK kerja
PSS.
2. Memajukan organisasi pusat sumber yang teratur, sistematik,
cekap dan berkesan.
3. Membina kepimpinan yang professional.
4. Mewujudkan budaya sepakat yang berlandaskan toleransi
dan hbormat menghormati.
5. Pemajuan program pendidikan.
6. Memberi fokus kepada penggunaan bahan Bantu mengajar
dalam aktiviti P&P.
7. Meningkatkan perkhidmatan pusat sumber.
8. Menambahkan penggunaan media dalam P&P.

AKTIVITI PUSAT SUMBER 2010

1. PROGRAM NILAM
2. SEMAI
3. POKOK ILMU
4. MINI PERPUSTAKAAN DI KELAS DAN ASRAMA
5. PAMERAN BERFOKUS
6. GALERI PSS
7. MINGGU PSS
8. MINI PERPUSTAKAAN DI ASRAMA
9. LALUAN ILMU
10. SAMBUTAN BULAN MEMBACA
11. IHYA RAMADHAN
12. KANTIN PUSAT INFO
13. JAMUAN AKHIR TAHUN
14. JEJAK MAKLUMAT
15. 5S
16. LAWATAN PENANDARAS
17. PROGRAM BULANAN
-JOM KEMBALI KE PUSAT SUMBER(JANUARII)
-BULAN SAINS DAN TEKNOLOGI(FEBRUARI)
-BULAN MOTIVASI(MAC)
-BULAN PEPERIKSAAN(MEI)
-BULAN PATRIOTIK(OGOS)
JUALAN CENDERAMATA
PAMERAN KRAFTANGAN

LAPORAN SETIAP AKTIVITI


1.

PROGRAM NILAM

Latar belakang
Satu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui mesyuarat yang mengamalkan budaya ilmu.
Cara utama membina budaya ilmu adalah melalui amalan membaca sebagai budaya hidup.
Matlamat
Membina tabiat membaca di kalangan pelajar secara berterusan
Objektif
1. Menjadikan pelajar banyak membaca
2. Menggalakkan secara terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
3 elemen program NILAM

1. Rekod membaca
Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam buku rekod membaca program NILAM.

2. Pengesahan pembacaan
Guru mengesahkan rekod bacaan pelbagai

3. Pengiktirafan
Pengiktirafan di beri kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca

Murid layak masuk ke tahap Rakan Pembaca (RP) setelah membaca 100 naskah buku.

Pelaksanaan
Tahap 1 : JAUHARI
1. Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi tabiat
2. Pelajar wajib mengikuti aktiviti galakkan membaca di sekolah
3. Menggunakan kemudahan meminjam buku melalui PSS dan lain-lain sumber
4. Markah dikira mengikut jumlah buku yang dibaca
Sekolah Rendah
90 - 179
180-269
270-359
360

Sekolah Menengah
72-143
144-215
216-287
288

Pengiktirafan
Gangsa
Perak
Emas
NILAM

Tahap 2 : RAKAN PEMBACA(RP)


1. Kebolehan pelajar membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca
2. Setelah membaca 100 naskah buku, pelajar layak memasuki tahap RP
3. Pelajar dibimbing oleh guru secara berkumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara
4. Buku yang dipinjam akan dipinjam kepada rakan, keluarga dan jiran
5. Segala aktiviti RP yang dijalankan akan direkod dalam buku khas, disemak dan dinilai oleh
guru pembimbing yang ditentukan
6. Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti kekerapan , bilangan pinjaman,
pendengar dan pembaca.
Markah
100-199
200-299
300-399
400 ke atas
Ganjaran
Tahunan

Buku rekod kemajuan

Pengiktirafan
Gangsa
Perak
Emas
NILAM

Sijil Khas

Keseluruhan

Sijil berhenti sekolah

Surat akuan sekolah

Masa disarankan

Satu slot semua bahasa secara integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran

Masa khas sebagai SEMAI ( 10 minit asas Ilmu )

Waktu aktiviti PSS

Menggunakan waktu senggang untuk membaca dalam pelbagai aktiviti membaca.

Model program NILAM

Tabiat membaca

Ganjaran/pengiktirafan

Penilaian
Kawalan
Rekod Bacaan

Pelaksanaan aktiviti

Rakan Pembaca

Jauhari

Program NILAM
( Nadi ilmu amalan membaca )

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM DI SM TEKNIK KENINGAU

Edaran Buku Nilam Kepada Pelajar

Buku Dikutip Selepas Sebulan

Penilaian Oleh Guru

Membuat Analisa

Pengumuman Keputusan

Pengiktirafan

ANUGERAH NILAM TAHUNAN

RAKAN PEMBACA (GANGSA)


Mainee Mating

5 Auto

Falnidah Jabin

4 Pengajian Pakaian

Kedua-dua pelajar ini telah dianugerahkan ganjaran pelbagai, sumbangan daripada PIBG
yang disampaikan semasa Majlis Bakti Disemai Bukti Dituai.

2.

SEMAI

Semai bermaksud sepuluh minit asas ilmu. Pengisian dalam program ini adalah aktiviti membaca.
Di sekolah ini, ia diadakan pada waktu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris selama sepuluh
minit sekali seminggu. Program ini juga merupakan sokongan kepada program Nilam. Pengisian
program ini lebih bermatlllamatkan galakan membaca dan merekod jumlah bahan bacaan.

3.

POKOK ILMU

Pokok ini, daun dan buahnya ialah kad-kad ilmu yang digantung pada pokok tersebut. Mulanya
pokok ini diletakkan di kantin dan laluan kejuruteraan, tetapi memandangkan keadaan kad yang
selalu basah ditimpa hujan, maka pokok tersebut dipindahkan ke perpustakaan. Kad-kad tersebut
dihasilkan oleh pelajar dan mengandungi formula atau fakta bagi subjek-subjek tertentu.

4. MINI PERPUSTAKAAN DI KELAS


Salah satu cabaran dalam Wawasan 2020 adalah membangun satu bangsa Malaysia
yang berketrampilan, inovatif dan berpengetahuan. Untuk mencapai matlamat ini, pelbagai
program perlu dilaksanakan untuk membina asas yang kukuh dalam keperibadian masyarakat
Malaysia. Antara elemen yang perlu dibangunkan adalah tabiat minat membaca di kalangan
masyarakat. Tidak dapat dinafikan bahawa tabiat membaca merupakan satu elemen penting
dalam usaha menjana masyarakat madani. Masyarakat yang rajin membaca adalah masyarakat

yang dikagumi di mana-mana. Sehubungan dengan ini, kerajaan telah menyeru agar tabiat
membaca disemai sejak di bangku sekolah lagi.
Di sekolah SM Teknik Keningau, pelbagai program telah dilaksanakan oleh pusat sumber
untuk menyahut seruan ini. Antaranya ialah dengan mengadakan sebuah perpustakaan mini di
setiap kelas. Aktiviti ini telah dimulakan pada tahun 2002. Dalam aktiviti ini setiap kelas akan
diberikan sebuah almari kecil berwarna kuning. Para pelajar adalah digalakkan untuk mencari
bahan-bahan bacaan seperti buku ilmiah, risalah dan keratan surat khabar, dan meletakan bahanbahan tersebut dalam almari yang disediakan. Pemantauan atau penyeliaan setiap minggu akan
dijalankan oleh guru dan pengawas pusat sumber bagi memastikan kelancaran program ini.
Diharapkan melalui aktiviti ini, para pelajar sekurang-kurangnya bukan hanya dapat
berkongsi maklumat tetapi juga membuat rujukan dengan mudah. Ini disebabkan buku-buku
rujukan juga dapat disimpan dalam peti mini perpustakaan ini.
OBJEKTIF
Memupuk minat membaca di kalangan pelajar
Memudahkan pelajar membuat rujukan
Menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan informasi.
Menggalakkan pelajar berkongsi maklumat
Mewujudkan sikap berkerjasama di antara pelajar
Menggalakkan sikap rajin di kalangan pelajar
PERLAKSANAAN
1. Susulan cadangan daripada aktiviti untuk tahun 2002.
2. Pemberitahuan mengenai aktiviti ini dalam Perhimpunan Mingguan Sekolah.
3. Perjumpaan dengan ketua-ketua kelas untuk memberikan taklimat berkenaan aktiviti ini.
4. Pembahagian peti kuning kepada para pelajar.
5. Semua guru kelas dan kelas mengambil tindakan menyediakan mini perpustakaan di
kelas masing-masing dalam masa dua minggu.
6. Pemantauan dijalankan pada setiap minggu oleh guru dan pengawas perpustakaan.

7. Laporan pemantauan disampaikan dalam perhimpunan mingguan.

5. PAMERAN BERFOKUS
Pameran Berfokus merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk menggalakkan para pelajar
dengan kerjasama guru kelas mencari atau mendapatkan pelbagai bahan dan maklumat. Aktiviti ini
merupakan aktiviti tahunan yang mula diperkenalkan pada tahun 2003 sehingga sekarang.
Dalam aktiviti ini, setiap kelas perlu menyediakan satu ruang kecil di dalam kelas masing-masing
untuk mengadakan mini pameran berdasarkan sesuatu tajuk yang ditentukan atau dipersetujui
melalui mesyuarat AJK Pusat Sumber.

Tema pameran berfokus pada tahun 2010 ialah

masyarakat majmuk, ledakan maklumat dan kemerdekaan.


Dalam melaksanakan aktiviti ini, setiap guru kelas akan diberikan surat makluman untuk
mengadakan atau menyediakan satu sudut mini pameran di dalam kelas masing-masing. Selain
daripada itu AJK Pameran Berfokus juga turut mengadakan perjumpaan dengan semua ketua
kelas untuk memberikan taklimat mengenai perkara ini.
Setiap pameran berdasarkan satu tajuk tertentu akan berlangsung selama tiga bulan
sebelum tajuk baru diberikan. Penilaian akan dibuat sebanyak tiga kali iaitu pada setiap akhir
bulan. Penilaian setiap bulan dijalankan bagi menggalakkan dan membolehkan para pelajar
membuat penambahan atau penambahbaikkan terhadap pameran mereka. Penilaian akan dibuat
berdasarkan beberapa kriteria iaitu perolehan maklumat, kreativiti, kesesuaian tema dan susun
atur pameran. Pemenang bagi setiap tiga bulan akan diumumkan dalam perhimpunan dan hadiah
berbentuk hamper akan diberikan. Sementara pada akhir tahun keputusan pemenang
keseluruhan akan diumumkan dalam Majlis Bakti Disemai Bukti Dituai dan hadiah berbentuk Piala
Pusingan En. Abdul Razak berserta hamper akan diberikan kepada pemenang.
OBJEKTIF
Memupuk minat membaca di kalangan pelajar

Menggalakkan daya kreativiti pelajar


Menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan informasi.
Menghasilkan pelajar yang kreatif dan berpengetahuan
Mewujudkan sikap berkerjasama di antara pelajar
Menggalakkan sikap rajin di kalangan pelajar

PELAKSANAAN
1. Susulan cadangan dalam Strategi Perancangan Lima Tahun untuk tahun 2005.
2. Cadangan aktiviti ini dibawa dalam mesyuarat AJK Pusat Sumber dan AJK Kecil pameran
berfokus ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti ini. Tajuk mini pameran ditentukan dalam
mesyuarat.
3. Pemberitahuan mengenai aktiviti ini diumumkan dalam perhimpunan mingguan sekolah.
4. Surat makluman untuk mengadakan pameran berfokus di setiap kelas diberikan kepada
semua guru kelas.
5. Perjumpaan dengan ketua-ketua kelas untuk memberikan taklimat berkenaan perkara ini.
6. Semua guru kelas dan kelas mengambil tindakan menyediakan mini pameran di kelas masingmasing dalam masa dua minggu.
7. Penilaian dijalankan pada setiap akhir bulan sepanjang tiga bulan mini pameran berlangsung
untuk satu tajuk.
8. Pemenang setiap tajuk (3 bulan) akan diumumkan dan diberikan hadiah dalam perhimpunan
mingguan.
9. Pemenang keseluruhan diumumkan dan piala pusingan akan disampaikan dalam Majlis Bakti
Disemai Bukti Dituai.
KEPUTUSAN PAMERAN BERFOKUS
MASYARAKAT MAJMUK

5 PENGAJIAN MAKANAN

LEDAKAN MAKLUMAT

5 BAKERI

KEMERDEKAAN

4 SK/PKK

Borang Penilaian
Tajuk Pameran

: ______________________________

Tarikh

: ______________________________

Tingkatan
5 PKA Cerdik
5 PKA Cerdas
5PKEE Bestari
5 PKEE Bitara
5 PKM

Perolehan
Maklumat (40%)

Kreativiti
(25%)

Kesesuaian
Tema (20%)

Susun Atur
(15%)

Jumlah

5 ABM/AUTO
5 ENK/KFL
5 BB/ELK
5 PPN
5 KT/BK
5 SK/AKK
5 RF
5 PM/PP
4 PKA Cerdas
4 PKA Cerdik
4 PKEE
4 PKM
4 ABM/AUTO
4 ENK/KFL
4 BB/ELK
4 PPN
4 KT
4 SK/AKK
4 RF/BK
4 PM/PP
4 PD
Nama Pemeriksa

: _______________________

Tandatangan

: _______________________

6. GALERI PSS
Satu sudut dalam pusat sumber telah dijadikan galeri. Ia memuatkan gambar aktiviti, sijil dan trofi
kejayaan pusat sumber. Galeri ini juga diberi tema iaitu patriotisme. Galeri ini mendedahkan pelajar
dengan kejayaan yang telah diperolehi oleh sekolah.

7. MINGGU PSS
Minggu PSS adalah aktiviti yang wajib dilaksanakan setiap tahun. Pada tahun ini ia telah
dijalankan pada 19 hingga 24 April 2010. Tema pada tahun ini ialah PUSAT SUMBER PUSAT
INFO. Seperti tahun lepas pengawas pusat sumber diberi tanggungjawab untuk melaksanakan
aktiviti tahunan ini. Aktiviti yang telah dirancang dan berjaya dilaksanakan ialah:
1.Cabutan peminjam bertuah
2.Teka silangkata
3.Sudoku
4.Kemahiran Penggunaan Kad Katalog
5.Kursus Pengawas
6. Pelancaran Majalah Libur dan I-Islam
7.Had pinjaman dinaikkan kepada 2 buah buku
8.Pertandingan Menghias Meja

SENARAI NAMA PEMENANG


KATEGORI
TEKA SILANGKATA

PEMENANG
1.Keyna Mail
2.Saadan Josep
3.Melvin Marco Martin
1.Norshafara Wasli

SUDOKU

2.Ivy Iverlyana Loduni


PERTANDINGAN
MEJA

MENGHIAS

3.Jovinne Sami
1.KUMPULAN PP N KAT
2.PPK GURLZ

3.EMERALD OF PPK

8. MINI PERPUSTAKAAN DI ASRAMA


Selain daripada pusat sumber di sekolah, perpustakaan juga diwujudkan di asrama. Ia
melibatkan kedua-dua asrama lelaki dan perempuan. Diletakkan di bawah pengawasan warden
asrama dan beberapa orang orang pengawas pusat sumber. Berfungsi sebagai tempat rujukan
pelajar asrama dan pusat info bagi peristiwa yang berlaku di seluruh dunia setiap hari. Buku-buku
rujukan yang ditempatkan di asrama dibeli khusus dengan menggunakan wang peruntukan untuk
matapelajaran teras dan elektif. Perpustakaan ini beroperasi pada waktu belajar asrama dan
banyak memberi manfaat kepada pelajar.

9. LALUAN ILMU
Laluan di seluruh sekolah telah dipertanggungjawabkan kepada unit-unit tertentu. Setiap unit
tersebut bertanggungjawab mengisi laluan tersebut dengan informasi atau kata-kata yang
berkaitan dengan laluan masing-masing. Antara laluan yang terdapat di seluruh sekolah ialah:
1. Laluan Matematik
2. Laluan Ilmu
3. Laluan Bahasa
4. Laluan Kokurikulum
5. Laluan Kebudayaan
6. Laluan Kaunseling
7. Laluan Kemanusiaan
8. Laluan ICT
9. Laluan PPSMTI
10. Laluan Sejarah

10. BULAN MEMBACA


Bulan Julai telah diisytiharkan sebagai bulan membaca di seluruh negara. Bagi menyokong hasrat
negara untuk melahirkan pelajar yang celik buku, maka pusat sumber sekolah telah melancarkan
bulan membaca peringkat sekolah pada 5 Julai 2010 dengan bertemakan 1Malaysia-Membaca
adalah pemangkinnya. Antara aktiviti yang diadakan ialah:
-

Pinjaman 3 buku untuk 1 pelajar

Peminjaman buku rujukan dilanjutkan seminggu

Juara Membaca

Buletin Membaca

Jejak Maklumat

Cabutan Bertuah bagi setiap peminjaman bukan fiksyen

Mencari mukasurat hilang

Kembara Maklumat

Memburu buku

Teka nama pengarang

Selain daripada itu pelbagai promosi juga diadakan bagi menarik minat warga sekolah
mengunjungi pusat sumber. Antaranya ialah:
-

Tawaran kad ahli percuma untuk guru, KTBM dan pelajar

Buku Nilam percuma bagi pelajar yang kehilangan buku

Bulan Pengampunan

Anugerah Peminjam Terbanyak sepanjang tahun ( Pelajar )

Berikut adalah peminjam terbanyak daripada bulan Mac hingga Jun


Mac

Mainee Mating

5 Auto

April

Rozlicedawe Laidu

5 Auto

Mei

Kenneth Areson

5 PKA

Jun

Falnidah Jabin

5 PP

Kebanyakan aktiviti diadakan pada waktu rehat untuk menggalakkan pelajar mengunjungi
pusat sumber pada waktu rehat. Semua aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan hangat
daripada pelajar.

11. IHYA RAMADHAN


Untuk melahirkan rasa kesyukuran dengan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak,
Pusat Sumber juga merancang program untuk menghidupkan bulan tersebut dengan
amalan soleh. Diharapkan aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Sumber dapat menambah
pahala mereka yang mengikutinya.
Program Ihya Ramadhan :
1. Tayangan Jejak Rasul dan Syahadah di waktu rehat
2. Penyediaan ruang untuk solat
3. Penyediaan Mushaf al-Quran untuk dibaca
Sasaran :
Semua guru dan pelajar muslim

12. KANTIN PUSAT INFO


Aktiviti ini telah diperkenalkan pada tahun lepas dengan kerjasama Unit Kantin. Tujuannya adalah
untuk menjadikan kantin sebagai sebagai pusat maklumat memandangkan ia adalah tempat yang
paling ramai dikunjungi warga sekolah. Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 9 Mac 2010 di mana
penyertaan pada tahun ini dibuka kepada semua pelajar. Mereka telah dibahagikan kepada
beberapa kumpulan. Pada tahun ini sebanyak 14 kumpulan mengambil bahagian. Setiap
kumpulan diberi masa sehari untuk mencari bahan-bahan di Pusat Sumber. Pada hari yang
berikutnya mereka bertanding mengisi meja di kantin dengan informasi dan hiasan yang telah
disediakan.
Tajuk-tajuk yang telah ditetapkan oleh AJK penganjur ialah:
a) Alam sekitar
b) Makan dan pemakanan
c) Kesihatan
d) Pelancongan
e) Pend. Islam
f)

Sejarah

g) Pend. Moral
h) Pend. Sivik
i)

Pend. Seni

j)

Bahasa Melayu

k) Bahasa Inggeris
l)

Matematik

m) Sains
n) Kimia
Berikut ialah senarai pemenang pertandingan tersebut:

1. Kumpulan Mary Magdeline


2. Kumpulan Paula Corda
3. Kumpulan Nur Etika Azlila
4. Kumpulan Shamli
5. Kumpulan Mohd al-Hafiz
6. Kumpulan Mohd Gaffar Moni

13. JAMUAN AKHIR TAHUN


Sebagai penghargaan kepada pengawas Pusat Sumber yang telah memberi
banyak sumbangan dalam menjayakan program pusat sumber, satu jamuan diadakan
untuk menyampaikan sijil dan hadiah penghargaan kepada pengawas PSS. Ia telah
diadakan pada 31 Oktober 2010. Jamuan ini juga dihadiri oleh guru-guru AJK Kerja Pusat
Sumber.

14. JEJAK MAKLUMAT


Program berbentuk explorace ini telah diadakan pada 24 Julai 2010 semasa
sambutan bulan membaca. Sebanyak 26 pasukan telah mengambil bahagian dan setiap
pasukan dianggotai 5 pelajar. Pengawas pusat sumber dilantik sebagai pengadil pengiring
dan guru pusat sumber menjadi hakim. Ia dibahagikan kepada 3 lokasi.
Antara lokasi yang digunakan semasa acara ialah:
Segmen Ketahanan Fizikal
Segmen Uji Minda
Segmen Pembacaan

Padang Sekolah
Dewan Visi
Pusat Sumber Sekolah

Semua soalan dan tugasan yang diberikan adalah bertemakan pengetahuan am. Hadiah
bagi pemenang disampaikan oleh pengetua semasa penutup Bulan Membaca.
Senarai pemenang Jejak Maklumat PSS :

TINGKATAN 5
JOHAN
5 PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
NAIB JOHAN 5 PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
KETIGA
5 PERDAGANGAN
TINGKATAN 4
JOHAN
4 PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
KEDUA
4 ELEKTRIK ELEKTRONIK
KETIGA
4 SENI KECANTIKAN
Tambahan daripada itu, sekolah telah menghantar peserta ke petandingan jejak maklumat
peringkat daerah Keningau bertempat di SMK Sook pada 23 Jun 2010 dan telah berjaya
mendapat tempat yang pertama.

15. 5S
Suatu budaya kerja yang merupakan aktiviti-aktiviti untuk memaksimakan
kebersihan, susunan dan keselamatan di tempat kerja. Terdiri daripada 5 peringkat iaitu
Seiri(sisih), Seiton(susun), Seiso(sapu), Seiketsu(seragam), dan Shitsuke(sentiasa amal).
Pelaksanaan 5S telah dijalankan secara berpusat di peringkat sekolah di mana
satu jawatankuasa 5S telah dibentuk. Pusat sumber juga terlibat dalam pelaksanaannya.
Setiap peringkat dijalankan berdasarkan tempoh masa tertentu. Hasil daripada amalan
persekitaran berkualiti ini Berjaya mewujudkan pusat sumber yang kemas, tersusun dan
sangat kondusif untuk kegunaan pengguna.

16. LAWATAN PENANDARAS


Kerana kemenangan Pusat Sumber dalam Anugerah Pusat Sumber cemerlang, ia telah
dijadikan tempat untuk lawatan penandaras. Pusat sumber telah menerima pelawat dari seluruh
Sabah khususnya dan seluruh negara secara amnya. Antara sekolah yang melawat pusat sumber
ialah :
SMT KUALA KANGSAR, PERAK
PANEL SERASI
Sekolah Menengah Daerah Keningau

29 Mac 2010
7 Mei 2010
25 Mei 2010

Melalui lawatan ini, para penyelaras PSS dan pengawas dapat bertukar-tukar idea untuk lebih
memajukan pusat sumber masing-masing. Hasil janaan minda ini diharap akan menjadi tunas
percambahan kecemerlangan semua pelajar.

17. PROGRAM BULANAN

Selain daripada program di atas, pelbagai program tetap dan bulanan telah dijalankan oleh
pusat sumber. Pada tahun ini, program bulanan yang dijalankan adalah berkonsepkan
Program Jom. Berikut ialah jadual program tersebut :
Januari
Februari
Mac
Mei
Ogos

Jom Kembali ke Pusat Sumber


Bulan Sains dan Teknologi
Bulan Motivasi
Bulan Peperiksaan
Bulan Patriotik

18. HAL-HAL LAIN


Pada tahun 2010 ini juga, pusat sumber telah dibekalkan dengan rancangan
terbitan Astro yang dikenali dengan nama Kampus Astro. Dengan adanya program ini,
guru boleh merakam program melalui saluran berbayar Astro yang akan ditayangkan
kembali kepada pelajar semasa P&P. Selain itu pelajar juga dapat mengetahui
perkembangan semasa melalui tayangan berita pada waktu rehat.
Sebagai pengiktirafan kepada pengurusan dan pelaksanaan program pusat
sumber sekolah, pihak Pelajaran Pelajaran Daerah Keningau telah menganugerahkan
Anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat daerah Keningau 2010 kepada pusat
sumber sekolah ini yang disampaikan semasa sambutan hari guru peringkat daerah.
Sekalung tahniah diucapkan kepada AJK Kerja yang Berjaya menguruskan pusat sumber
dengan efektif.

BORANG PENGGUNAAN BILIK BACAAN/APD


JENIS RUANG :
NAMA PENGGUNA

KELAS

MATAPELAJARAN

BILANGAN PELAJAR

TUJUAN PENGGUNAAN :
BAHAN YANG DIPERLUKAN

TANDATANGAN PEMINJAM

PENGGUNAAN DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN

(Penyelaras)

KEADAAN BILIK/PERALATAN SELEPAS DIGUNAKAN


BILIK

PERALATAN

(Penyelaras)

PENUTUP
Segala aktiviti yang dijalankan adalah hasil usaha semua guru dan pengawas
pusat sumber. Tanpa semangat kerja berpasukan, segala perancangan tidak akan
menjadi kenyataan. Hasil usaha melonjakkan aktiviti tersebut, jumlah penggunaan
dan peminjaman buku bertambah dari masa ke semasa. Diharapkan semua warga
sekolah beroleh manfaat yang bukan sedikit daripada semua program tersebut.
Sebagai sebuah pusat yang menyimpan kebanyakan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran, fungsi yang dimainkan oleh pusat sumber sangat penting. Kalau pusat
sumber tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya, nescaya aktiviti P&P akan
terencat. Oleh itu untuk masa-masa hadapan, kami memohon sokongan padu daripada
semua pihak untuk memajukan pusat sumber sekolah.
Sekian. Terima kasih.

También podría gustarte