Está en la página 1de 6

Agama

Suatu kepercayaan dan amalan sesuatu masyarakat. Kajian tentang


agama juga meliputi kajian tentang upacara amal yang berkaitan dengan
sistem kepercayaan dan amalan tersebut. Kajian lain yang termasuk
dalam skop ini ialah animisme, shamanisme, kultus, totemisme dan
agama-agama besar di dunia seperti Islam, Kristian dan Judaisme.
Mengikut Firth ( 1961), agama adalah satu daripada gerakan kuasa yang
paling kuat dalam aktiviti manusia, sama ada secara individu mahupun
sosial. Agama memberi jawapan kepada persoalan hidup, sakit dan mati
serta kejadian yang samar-samar dalam dalam kehidupan manusia tetapi
masih memerlukan suatu jawapan dan penerangan yang dapat diterima.
Teras Agama adalah kepercayaan kepada suatu kuasa yang
supernature atau luar biasa. Bagaimanapun, sistem kepercayaan sahaja
tidak dapat didefinisikan sebagai agama. Hal tersebut mesti dikaitkan
dengan uapacara amal yang berkaitan.
Bagi Durkheim ( 1915), agama adalah satu rangkaina sistem
kepercayaan dan amalan yang berkait dengan perkara yang dianggap
sacred atau kudus. Malinowski ( 1948 ) pula berpendapat, agama wujud
kerana kehendak emosi manusia. Agama adalah satu daripada cara
bagaimana manusia cuba memahami dan mengatasi keadaan di luar
kawalan mereka. Agama juga berfungsi sebagai agen perpaduan.
Definisi tentang agama boleh dibahagikan kepada dua: substantif
dan fungsional. Definisisubstantif melihat agama dari segi bentuk dan
amalanya, sementara definisi fungsional melihatnya dari segi fungsi dan
tujuan kewujudan agama tersebut.
PENGARUH AGAMA DAN FALSAFAH
Idea al-Iji dalam bidang pensejarahan banyak dipengaruhi oleh disiplin
agama kerana beliau telah dididik dalam disiplin tersebut sejak kecil,
khususnya dalam bidang hadis. Disamping itu, beliau terpengaruh
dengan ilmu falsafah yang diterima daripada gurunya, Abd al-Din al-Iji.
Namun begitu, beliau tidak mengikuti ilmu dan logik falsafah secara
membuta tuli. Beliau berpendapat bahawa ilmu falsafah sangat
berbahaya jikalau disalahgunkan tetapi ia perlu dipelajari dan difahami
bagi menyelesaikan masalah yang berbentuk auliah. Dengan kata lain,
beliau menggunakan ilmu falsafah dalam kajian sejarah pada masa yang
tertentu sahaja. Atau lebih tepatnya, asas-asas teori sejarahnya
berlandaskan lunas-lunas agama dan dibahas mengikut kaedah ilmu
falsafah. Oleh itu, beliau boleh dianggap sebagai sejarawan dan falsafah
agama.
TEORI EVOLUSI AGAMA
Kepercayaan bahawa agama itu bermula pada satutitik dalam zaman
tetapi telah mengalami beberapa perubahan pada tahap yang tertentu.
Setiap masyarakat memperlihatkan tahap yang berbeza. Masyarakat
kurang maju akan menampakkan sistem agama yang mudah dan kurang
maju.
Ahli teori evolusi melihat sesuatu perubahan sebagai suatu
kemajuan. Mereka boleh dibahagikan kepada dua golongan: golongan
rasional atau Intelektual dan golongan tidak rasional yang terkemuka
seperti Tylor. Spencer dan Franzer. Mereka percaya agama bermula
daripada usaha manusia untuk memahami persoalan seperti peralihan
dari siang ke malam, hidup dan mati, mimpi dan nyata dan hubungan
antara kejadian dengan sebab-musabab.
Agama bermula daripadapemujaan nenek moyang kepada satu
tahap politeisme. Berhala disusun mengikut kepentingan dan
keistimewaanya. Tuhan yang di anggap kurang penting akan lenyap dan
wujud pula tahap monoteisme.
Mengikut Frazer, manusia akan melalui tiga tahap perkembangan
intelektual, iaitu magis, agama dan sains. Pada zaman awal, manusia
berfikir bahawa mereka boleh memanipulasi kejadian di dunia mengenai
magis tetapi kemudian timbul satu golongan manusia yang lebih cerdik
yang percaya kepada kewujudan Tuhan. Kuasa Tuhan hanya boleh
dipohon melalui sembahyang dan perhambaan diri. Akhirnya golongan
yang cerdik sedar bahawa mereka tidak berjaya mendapatkan hasil yang
dicari dengan memperhambakan diri mereka kepada Tuhan. Maka
wujudlah penemuan dalam bidang sains.
Golongan emosional sebaliknya tidak melihat perkembangan
pemikiran manusia itu sebagai perubahan dinamik. Marret ( 1914 )
misalnya, menganggap agama sebagai perasaan daripada teori kerana
agama bermula sebagai reaksi kepada perasaan gamam, takut, pelik dan
hormat terhadap kuasa alam semesta. Agama berkembang daripada
kepercayaan terhadap kuasa animatisme, iaitu kepercayaan bahawa
manusia, haiwan dan objekyang tidak bernyawa memiliki kuasa luar
biasa yang kemudian cenderung kepada sistem kepercayaan yang
menyembah berhala persendirian.
TEORI FUNGSIONAL AGAMA
Teori Fungsional ini melihat kesan agama terhadap manusia,
agama boleh membantu seseorang menghadapi sebarang tekanan jiwa.
Melalui upacara amal, individu yang sedang bersedih kerana kematian
akan berasa bahawa masyarakat sekelilingnya juga bersimpati dengan
penderitaannya.
Didalam bukunya, Elementary Forms Of Religious Life, Durkheim
percaya bahawa sistem kepercayaan dan upacara amal boleh
memperteguhkan perpaduan masyarakat.
Radcliffe Brown ( 1965 ) bersetuju dengan pendapat Durkheim.
Beliau berpendapat bahawa upacara agama yang berbentuk tarian
beramai-ramai boleh memperkuatkan perpaduan dan harmoni dalam
sesuatu masyarakat. Ini penting untuk kewujudan masyarakat tersebut.
Agama juga memberi fokus identiti kepada penganutnya yang
berbilang bangsa. Walaupun mereka berbeza dari segi fizikalnya tetapi
dari segi rohaniah mereka serupa. Mereka patuh pada tuhan yang satu.
Ideniti yang sama boleh menyatupadukan yang seagama.
AGAMA BANGSA
Agama yang berasal daripada sesuatu bangsa atau agama lokal.Agama
bangsa dianut oleh bangsa tertentu. Antara agama bangsa yang pernah
dianut oleh sesuatu bangsa ialah agama Babilonia dan Assyria, agama
Mesir, agama cina ( Taoisma 2600 tahun yang lalu ), agama Hindu,
agama Iran, agama Yunani, agama Kelt dan agama Jepun( Shinto).
AGAMA BUDAYA
Agama ciptaan manusia yang lahir daripada hasil pemikiran falsafah.
Agama budaya merupakan satu daripada cabang kebudayaan yang
setaraf dengan politik, sosial, ekonomi, falsafah dan lain-lain. Oleh itu,
agama budaya diistilahkan sebagai natural religio.
AGAMA DUNIA
Agama yang mempunyai penganut yang ramai. Agama yang tergolong
dalam kategori ini ialah Yahudi (2600 tahun yang lalu), Buddha ( 1400
tahun yang lalu ),Nasrani ( 2000 tahun yang lalu ) dan Islam ( 1400
tahun yang lalu ).
Agama lokal dan atau agama bangsa mempengaruhi agama dunia.
Pertemuan antara agama tersebut sering melahirkan sinkrestisma
( percampuran kepercayaan ). Dalam peristilaahn islam, unsur yang lahir
kerana sinkretisma disebut bidaah.
AGAMA LANGIT
Agama yang berasal dari langit. Ia merupakan agaam peninggalan nabi
Ibrahim a.s. di Makkah. Penduduk Makkah yang ketika itu tidak
mempunyai agama begitu tertarik hati lalu memeluk agama itu. Agama
ini kemudian berpecah dua, iaitu agama Hanif yang telah diubahsuaikan
mengikut perubahan masa dan agama Hanif yang asli. Agama Hanif
yang asli telah diubahsuai sebagai contohnya upacara haji telah
bercampur aduk dengan unsur-unsur keberhalaan. Agama asli ini masih
di pertahankan. Oleh beberapa ahli fikir Arab pada masa itu. Antarnya
ialah Waraqah Naufal, Qiss bin Saidan, Zaid bin Umar, Umaiyah Abi-
Salt.
AGAMA LOKAL
Agama masyarkat setempat. Pada masa dahulu agama ini sering
didapati. Isi kepercayaan umumnya dinamisme, animisme dan
politeisme. Di Sumatra, misalnya sebelum agama islam tersebar, setiap
negeri mempunyai agama tersendiri. Di Afrika, agama lokal masih
dianuti kerana agama dunia masih belum berkembang
AGAMA TAUHID
Agama yang dipercayai bahawa Tuhan satu sahaja, iaitu Allah S.W.T.
yang mempunyai kuasa tidak terbatas. Contohnya agama Tauhid ialah
agama Islam.
AGAMA WAHYU
Agama yang diturunkan oleh Allah melalui kitab-kitabnya, iaitu Taurat,
Zabur, Injil, dan al-Quran. Bagaimanapun ajaran kitab tersebut selain al-
Quran telah diselewengkan oleh pengikutnya dan tidak boleh dipakai
lagi. Tambahan pula, dengan turunnya al-Quran, semmua kitab yang
terdahulu telah terbatal dan tidak boleh digunakan lagi. Hanya al-Quran
sahaja yang kekal hingga ke hari kiamat.

También podría gustarte