Está en la página 1de 5

Bil Tajuk dipelajari Tarikh Ulang Soalan

kaji SPM
1 Biodata pengarang
2 Sinopsis novel. Bab 1 - 11
3 Plot novel
4  Eksposisi (Permulaan)
 Perkembangan cerita
 Perumitan (Konflik)
 Klimaks (Puncak)
 Peleraian cerita
5 Tema
6 Persoalan
7 Watak Utama / Wakatak Protagonis:Ratu Bongsu
 Perwatakan watak utama
 peranan watak utama
8 Watak sampingan:
 Robert
 William
 Perempuan Tua
9 Nilai kemanusiaan
10 Nilai kemasyarakatan / Citra masyarakat / Gambaran
masyarakat / Unsur kemsyarakatan / latar msayarakat
11 Latar novel
 Latar masa
 Latar tempat
 Latar masyarakat
12 Unsur pengajaran
13 Nilai kemanusiaan
14 Soalan tahun-tahun lepas SPM
15 Contoh jawapan
16 Soalan Percubaan SPM 2005
17 Soalan Percubaan SPM 2006
18 Latihan Kendiri
SINOPSIS
Bab 1
Negeri Pahang merupakan sebuah negeri tersohor di Semenanjung Tanah Melayu. Seorang
gabenor yang memerintah Tanah Melayu pernah mengatakan bahawa Pahang merupakan sebuah negeri
terbesar dengan sungai, harimau, gajah, dan hutan rimba yang besar. Negeri Pahang juga memiliki
pahlawan yang handal dan hebat seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Gunung Tahan
merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Tanah Melayu. Diceritakan bahawa orang-orang Melayu
yang kalah menentang Sikh (askar British) dalam peperangan telah melarikan diri ke dalam hutan dan
Gunung Tahan. Seorang anak raja yang berasa malu atas kekalahan orang Melayu telah naik ke Gunung
Tahan dan tinggal di situ. Baginda dikenali sebagai Putera Gunung Tahan. Oleh itu, pengarang memberi
judul novel ini Putera Gunung Tahan.

Bab 2
Tuan Robert dan Tuan William datang ke Kuala Tembeling sekitar 1926. Mereka merupakan pakar
ilmu tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan. Mereka ditugaskan untuk mencari tempat peranginan bagi
pegawai tadbir Inggeris. Ali dan Awang ditugaskan menjadi jurupandu. Dalam perjalanan menuju ke
puncak gunung, hujan turun dengan lebat siang dan malam. Ali mati kerana dipatuk ular tedung sementara
Awang mati kerana sakit perut dan kesejukan. Hujan turun selama tujuh hari. Robert dan William terpaksa
bermalam di dalam gua. Pada hari ketujuh, hujan mulai reda. Robert telah keluar merayau-rayau
menyaksikan keindahan hutan tetapi telah ditangkap oleh orang-orang sakai. Tuan William berusaha
mencarinya tetapi hanya terjumpa kesan-kesan dan garisan-garisan di permukaan tanah menunjukkan ada
pergelutan berlaku. William menduga bahawa Robert telah diserang oleh orang asli. Oleh itu, William
kembali ke gua dan bermalam di situ. Pada keesokan harinya, William terjumpa sehelai sapu tangan
dengan tulisan darah memaklumkan bahawa Robert telah ditangkap oleh orang sakai. Walau
bagaimanapun, William tetap mempercayai bahawa Robert masih hidup kerana arang asli di Tanah Melayu
tidak memakan daging manusia.

Bab 3
Tuan Robert merayau-rayau di luar gua tempat persembunyian kerana hendak mengambil gambar
pemandangan dan tumbuh-tumbuhan yang cantik. Dia dikepung oleh orang sakai. Robert tidak melawan
kerana tidak sempat menggunakan pistolnya. Dia menyerah diri. Dia dibawa ke perkampungan orang
sakai. Terdapat beberapa pondok di situ. Robert berpendapat orang sakai di situ sudah maju kerana
terdapat tanaman ubi kayu, jagung dan padi huma. Walaupun Robert tidak dapat berkomunikasi dengan
orang-orang sakai, Robert dilayan dengan baik. Dia diberi makan ubi bakar. Pada waktu malam, diadakan
majis jamuan dengan nyanyian dan sorak-sorai. Hidangan yang disediakan termasuk dua ekor babi
gemuk, buah-buahan dan umbut-umbut tumbuhan di dalam hutan. Di situ terdapat seorang perempuan tua
keturunan Melayu yang tidak makan daging babi yang dihidangkan. Orang tua itu meminta jasa baik Tok
Batin memberitahu Robert bahawa tujuan jamuan itu bagi meraikan Robert yang dilantik sebagai ‘Batin
Putih’, iaitu penghulu kepada masyarakat sakai di situ.

Bab 4
Selepas jamuan, Robert masih tidak berpuas hati walaupun dilantik sebagai penghulu kerana
jawatannya itu tidak menjanjikan sebarang ganjaran dalam bentuk wang. Tujuannya datang ke Tanah
Melayu bersama-sama dengan William adalah untuk mendapatkan ganjaran lima ribu paun yang dijanjikan
kerajaan Inggeris sekiranya mereka berdua berjaya mendapatkan kawasan peranginan di puncak gunung
itu. Perempuan tua menceritakan asal-usulnya kepada Robert iaitu beliau berasal dari Kampung Marhum,
Pekan, Pahang. Suaminya meninggal dunia dalam pertempuran dengan askar Inggeris. Dia amat kecewa
dengan orang-orang Melayu kerana mereka tinggalkan perempuan tua yang sarat mengandung di dalam
hutan dan melarikan diri apabila diserang oleh askar Inggeris. Dia diselamatkan oleh orang-orang sakai.
Setelah bersalin, dia memencilkan diri di dalam hutan dan tinggal bersama-sama dengan masyarakat
sakai. Puteranya yang bernama Tahan dibawa oleh orang-orang sakai untuk mempelajari pelbagai ilmu.
Perempuan tua juga meluahkan perasaan bencinya terhadap orang Inggeris dan dia juga menjelaskan
mengapa diadan suaminya tidak suka akan pemerintahan atau naungan Inggeris. Dia tidak tahu faedah
daripada penjajahan Inggeris. Mereka juga sangat sayang akan negeri ini hingga tidak diperintah oleh
bangsa lain yang berbeza agama. Tuan Robert pula menyenaraikan faedah-faedah yang diterima oleh
orang Melayu. Antaranya ialah,negeri-negeri Melayu telah menjadi cantik dan maju, lengkap dengan jalan
raya dan jalan kereta api serta kemudahan lain. Raja –raja dan pembesar Melayupula diberi gaji dan
pangkat yang tinggi. Tuan Robert juga menegaskan bahawa orang-orang Melayu telah moden dan maju
dari segi ekonomi dan cara hidup bersosial. Cara berpakaian, kebersihan ,pekerjaan, dan adat istiadat juga
sudah semakin moden dan mengikut cara Barat. Oleh sebab itu, Tuan Robert mengajak perempuan tua itu
keluar dari hutan untuk menikmati kemajuan. Walau bagaimanapun, perempuan tua itu tidak bersetuju
kerana dia sedar bahawa orang putih seperti Tuan Robert tidak pernah ikhlas. Perempuan tua itu percaya
bahawa Tuan Robert merupakan seorang yang tamak dan mengharapkan ganjaran apabila melakukan
sesuatu perkara, begitu juga dengan orang Inggeris yang menjajah negeri Melayu. Walaupun negeri
Melayu bertambah maju, tetapi pada masa yang sama sebenarnya orang putih mendapat faedah yang
banyak dari Tanah Melayu.

Bab 5
Semasa Robert datang ke rumah perempuan tua, dia sedang mengajar agama Islam kepada
perempuan-perempuan sakai. Perempuan tua menjelaskan kepada Robert bahawa sebagai balasan
orang-orang sakai mengajarnya ilmu dunia seperti ilmu pengasih, pembenci, dan uabt-ubatan. Robert tidak
percaya akan ilmu-ilmu itu dan ingin mengajar agama Kristian. Perempuan tua marah dan mengenakan
ubat pengasih (cenuai) dalam minumannya. Perbuatan ini menyebabkan Robert tergila-gila akan seorang
gadis sakai. Dia ingin mengahwininya dan terpaksa akur dengan adat istiadat masyarakat sakai. Dia
terpaksa lari berkaki ayam menangkap perempuan sakai yang lari mengelilingi busut jantan sebanyak tujuh
kali. Dia gagal menangkapnya. Lalu, dia terpaksa memanjat pokok untuk menangkapnya. Tuan Robert
gagal memegang perempuan muda Sakai itu kerana kulit pokok itu yang licin. Akhirnya dia tergelincir dan
jatuh lalu mati.

Bab 6
William cuba mencari sahabatnya yang hilang dan terjumpa dengan Kusina, orang bunian yang
berpakaian lengkap dan bertombak. Kusina memperkenalkan diri sebagai pengiring Ratu Bongsu. Kusina
mengenakan syarat bahawa William tidak boleh turun dari puncak Gunung Tahan apabila tiba di puncak
gunung. William bersetuju dengan syarat yang dikenakan itu. Kusina memberitahu William bahawa Robert
telah mati. Selepas dua hari dua malam, mereka berdua sampai ke puncak gunung. William terdengar
suara ayam berkokok, kambing mengembek, suara burung dan suara manusia tetapi jasad mereka tidak
kelihatan. Tiba-tiba Kusina menghilangkan diri. Namun, William gembira kerana dapat sampai ke puncak
gunung.

Bab 7
Pada keesokan harinya, apabila terjaga daripada tidur, Tuan William mendapati ada beberapa
orang lelaki muda bersenjatakan keris dan tombak memberitahunya bahawa Ratu Bongsu sedang
menunggunya di istana. William memberitahu Ratu Bongsu bahawa kerajaan Inggeris sanggup membayar
lima ribu ringgit kepadanya setiap bulan sepanjang hayatnya dan suatu kawasan yang luas untuk membina
istana yang cantik kalau Ratu Bongsu sanggup melepaskan Gunung Tahan. Ratu Bongsu menolak
tawaran William dan menegaskan bahawa baginda bukan seperti raja-raja atau pembesar negeri-negeri
Melayu lain yang mengikut telunjuk orang Inggeris kerana Ratu Bongsu tahu tipu muslihat orang Inggeris.
Tuan Wiliam sangat hairan kerana Ratu Bongsu tahu hajat sebenar orang putih. Ratu Bongsu
memberitahunya bahawa baginda mengetahui semua rahsia kerajaan Inggeris dan menegaskan bahawa
Tuan William tidak dibenarkan turun dari puncak Gunung Tahan serta dia dibenarkan tinggal di situ buat
selama-lamanya. Dia akur dengan perintah ratu tersebut.

Bab 8
Selepas sebulan tinggal di situ, Tuan William berasa bosan. Pada suatu hari, Ratu Bongsu
memberi teropong ajaib yang dibuat daripada buluh dan William meneropong untuk melihat isterinya yang
berada di England. Dia berasa kesal kerana dapat melihat isterinya sedang bercumbu dengan seorang
lelaki. Ratu Bongsu menyalahkan budaya barat yang menggalakkan pergaulan bebas. Dengan
berbekalkan teropong itu juga, Ratu Bongsu dapat melihat tingkah laku masyarakat Melayu yang
mengamalkan pergaulan bebas, berkunjung ke tempat tari-menari, bersuka-ria, dan mengandung anak di
luar nikah. Pengaruh barat telah membawa musibah kepada masyarakat Melayu. Terluka hati Ratu Bongsu
melihat fenomena tersebut. Tuan William dan Ratu Bongsu sependapat bahawa pihak pemerintah Inggeris
yang meletakkan raja-raja dan pembesar Melayu di bawah telunjuk dan pengaruh mereka dengan cara
menyogok mereka dengan hiburan , kemewahan dan keseronokan.

Bab 9
Pohon beringin ajaib yang boleh bercakap ini tumbuh di Taman Indera Kayangan dan dijaga oleh
seorang perempuan tua yang dipanggil Maharani.Sebelum Maharani (seorang perempuan tua) memberi
kebenaran kepada Ratu Bongsu untuk menggunakan beringin bercakap, baginda dinasihati agar berhati-
hati dengan William. William dapat melihat dan mendengar perbualan antara isterinya dengan pemuda
tersebut. Isterinya mengadu bahawa William tidak bertanggungjawab kerana langsung tidak mengutus
berita dan mengirim wang selama setahun. Pemuda itu andaikan bahawa William sudah mati. Tuan
William ingin menjelaskan perkara sebenarnya iatu dia telah meninggalkan belanja yang cukup selama dua
tahun , tambahan pula isterinya bukan daripada keluarga yang miskin. Walau bagaimanapun, dia tidak
mengutus surat kepada isterinya walaupun dia sebenarnya ingin berbuat begitu. Hal ini demikian kerana
dia berada di hutan rimba yang tiada sebarang kemudahan. Kemudian, Ratu Bongsu menawarkan khidmat
burung pesuruh jaya yang boleh membawa surat Tuan William kepada isterinya yang berada di London.
Tuan William sebenarnya menulis surat meminta kerajaan Inggeris menghantar bantuan bagi menawan
Gunung Tahan. Dalam suratnya itu dia mahu ketuanya menawan puncak Gunung Tahan dengan cara
kekerasan iaitu mengebom istana Ratu Bongsu kerana dirinya gagal memujuk Ratu Bongsu menyerahkan
Gunung Tahan kepada orang Inggeris walaupun disogok dengan harta benda. Tiga hari kemudian, Tuan
William menemui Ratu Bongsu untuk mengirimkan surat tersebut ke Kota London menyampaikan surat
Tuan William kepada ketuanya.

Bab 10
Selepas tiga bulan, datanglah dua buah kapal terbang ke tempat itu. Namun, Ratu Bongsu
mengesan hal itu terlebih dahulu dan mengarahkan rakyatnya agar bersembunyi dan meninggalkan tempat
itu. Hal ini kerana Baginda sudah tahu malapetaka akan menimpa negeri mereka. Ratu Bongsu berpura-
pura ingin tahu benda yang datang berdengung di udara dan mengarahkan William agar mengambil
teropong dari bilik khazanahnya. Tuan William bercakap bohong bahawa bunyi tersebut ialah bunyi anak
burung.Ketika itu, Kusina telah menguncikan pintu bilik istana. Kapal terbang telah tiba dan mengebom
istana Ratu Bongsu dan puncak Gunung Tahan. Tuan William mati terhidu gas beracun dan istana Ratu
Bongsu musnah dibom.Kedua-dua kapal terbang Inggeris terhempas semasa hendak mendarat. Daripada
tujuh orang anak kapal, hanya isteri William, iaitu Mem William terselamat. Setelah dijampi dan dirawat,
isteri William sedar tetapi masih dalam keadaan terperanjat.

Bab 11
Selepas tiga bulan, Ratu Bongsu membina sebuah bangunan yang kecil tetapi comel sebagai
tempat tinggal Mem William. Dia berasa insaf kerana berlaku curang. Selepas tiga tahun tinggal di puncak
Gunung Tahan, Ratu Bongsu berkahwin dengan Mem William.

También podría gustarte