Está en la página 1de 15

1

Fun Iqra Alat Bantu Mengajar Baru Di Dalam Pembelajaran Asas Al-
Quran Untuk Kanak-Kanak Prasekolah

Asrol Hasan
Jabatan Seni Reka Perindustrian
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah
Peti Surat 187, 08400 Merbok, Kedah
asrolhasan79@gmail.com


ABSTRAK

Kaedah Iqra merupakan salah satu kaedah cepat belajar Asas Tilawah al-
Quran yang telah digunakan di Malaysia sejak tahun 1995 dan kaedah belajar
melalui bermain pula merupakan salah satu pendekatan yang diberi keutamaan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk digunakan diperingkat
prasekolah. Penulis percaya pembelajaran Asas Tilawah al-Quran iaitu
pengenalan huruf-huruf tunggal Hijayah kepada kanak-kanak prasekolah
dengan mengadaptasikan kaedah Iqra dan belajar melalui bermain bukan
hanya menambah pemahaman tetapi memberi lebih keseronokkan di dalam
kelas tanpa mengalami sebarang tekanan sepanjang proses pembelajaran. Pada
peringkat umur empat hingga enam tahun, pembelajaran melalui buku semata-
mata terdapat kesukaran untuk mereka ini memberi tumpuan serta kurang
menarik minat. Penulis membuat penyelesaian dengan merekabentuk alat
bantu mengajar baru yang berbentuk permainan pendidikan iaitu FUN IQRA
merujuk kepada buku Iqra satu agar mereka boleh mengenal, membaca dan
mengeja huruf-huruf tunggal Hijayah dengan lebih lancar. Alat bantu
mengajar ini telah diuji di dua buah prasekolah swasta pilihan dari kawasan
Lembah Klang. Penyelidikan ini dijalankan untuk menjawab persoalan
bahawa kanak-kanak empat hingga enam tahun lebih mudah faham kepada
huruf-huruf tunggal Hijayah jika mereka belajar kaedah Iqra menggunakan
permainan berbentuk pendidikan selain hanya menghadiri kelas konvesional.
Kaedah kajian eksperimen telah dijalankan kepada 40 kanak-kanak prasekolah
empat dan lima tahun di mana 20 daripadanya telah didedahkan kepada
kaedah belajar melalui bermain. Tiga jenis penilaian telah digunakan pada
kanak-kanak ini iaitu secara sumatif (pre-test / post-test) dan penilaian
formatif untuk pemerhatian penulis di dalam kelas. Dapatan kajian
menunjukkan pemahaman yang cepat dari kumpulan eksperimen di kedua-dua
buah prasekolah pilihan dengan perbandingan ujian awal (pre-test) kepada
ujian akhir (post-test) selepas menggunakan permainan berbentuk pendidikan
FUN IQRA.


Kata Kunci: Kaedah iqra, permainan berbentuk pendidikan, belajar melalui
bermain, prasekolah, asas Tilawah al-Quran, huruf tunggal Hijayah



2

1.0 PENGENALAN

Kaedah Iqra dipilih kerana ianya salah satu kaedah cepat belajar Asas
Tilawah al-Quran yang telah digunakan di Malaysia sejak tahun 1995 dan
hingga kini masih digunakan di dalam program j-QAF oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk murid-murid di peringkat sekolah rendah. Melihat
kepada kepentingan pendidikan Tilawah al-Quran, maka satu mesyuarat
mengenai pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan KBSM pada
21 Januari 1994 telah bersetuju supaya murid dalam tahun satu di sekolah
kebangsaan diberi tumpuan kepada pendidikan Tilawah al-Quran dengan
menggunakan kaedah Iqra'. Oleh itu murid-murid tahun satu telah didedahkan
kepada buku kaedah Iqra' dan mengikuti kelas kemahiran Tilawah al-Quran
dalam jangka masa 6 bulan awal persekolahan 1994/1995. Kajian oleh Mohd
Alwi Yussof, Adel M. Abdulaziz, dan Ahmad Kamel Mohamed (2003)
menyatakan kaedah Iqra' telah memberi kesan baik terhadap pencapaian
pengajaran Tilawah al-Quran di sekolah rendah kebangsaan.

Penekanan kepada bidang Tilawah al-Quran dalam kurikulum Pendidikan
Islam semakin penting berikutan daripada keprihatinan tentang penguasaan al-
Quran oleh Perdana Menteri Malaysia semasa lawatan beliau ke Kementerian
Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003 yang membawa kepada
tercetusnya program j-QAF dan sehingga kini sebanyak 4,169 buah sekolah
rendah yang telah melaksanakan program j-QAF (Konvensyen Nasional PIPP
Kedua 2008). Antara objektif program ini adalah membolehkan semua murid
sekolah rendah menguasai bacaan dan tulisan jawi serta khatam al-Quran
sebelum tamat tahun enam (Halim Naam 2005). Tidak hanya peringkat
sekolah rendah malah penekanan Tilawah al-Quran ini berterusan di peringkat
Sekolah Menengah. Berdasarkan kurikulum Pendidikan Islam KBSM,
Tilawah al-Quran tidak hanya dilihat dari sudut membetulkan bacaan semata-
mata, tetapi lebih daripada itu kerana Tilawah al-Quran meliputi tilawah
(bacaan), kefahaman, penghayatan dan amalan. Antara penekanan objektif dan
matlamat pendidikan Tilawah al-Quran adalah seperti berikut:

i. Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh membaca dan menghafaz al-
Quran dengan baik dan fasih
ii. Melahirkan pelajar-pelajar yang sentiasa membaca dan menghafaz al-
Quran di rumah dan di luar sekolah
iii. Melahirkan pelajar yang terdidik dengan didikan al-Quran dan
iv. Melahirkan pelajar yang sentiasa menghayati ajaran al-Quran dalam
kehidupan individu dan jemaah
(Kementerian Pelajaran Malaysia 2005).

Abdul Halim (1991) menyatakan membaca al-Quran adalah membaca
kalam Allah S.W.T yang mesti dibaca dengan betul dari makhraj dan
tajwidnya supaya tidak terpesong maknanya. Tuntutan kepada kemahiran
membaca al-Quran merupakan tuntutan Fardu Ain iaitu kewajipan ke atas
individu muslim yang mesti dilaksanakan kerana kesempurnaan bacaan al-
Quran itu ada hubungan rapat dengan tuntutan kesempurnaan ibadah solat.
Oleh itu, bagi mencapai tujuan tersebut, al-Quran perlulah dipelajari seawal
3
mungkin, iaitu sejak kanak-kanak mula mengenali perbezaan sesuatu bentuk.
Pendedahan awal di dalam pelajaran al-Quran dapat menanam minda kepada
penghayatan al-Quran sebenarnya. Ibnu Khaldun menyatakan dalam mendidik
kanak-kanak yang masih belum baligh ini, pembacaan al-Quran harus diajar
dahulu sebelum menghafalnya dan ianya haruslah dibentuk dengan cara lemah
lembut dan bertimbang rasa dan bukannya dengan kekerasan (Shahril dan
Habib, 1999). Penulis berpendapat perlaksanaannya haruslah bermula dari
peringkat prasekolah.

Secara amnya objektif pendidikan Asas Tilawah al-Quran yang terdapat
dalam Sukatan Kurikulum Pelajaran Malaysia untuk prasekolah, sekolah
rendah dan sekolah menengah adalah sama iaitu dapat menyumbang kearah
melahirkan murid Islam yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertaqwa
dan beramal soleh. Untuk peringkat prasekolah matlamat utama pendidikan al-
Quran ialah agar kanak-kanak mula mengenal bentuk huruf, mengecam bunyi
dan menyebut huruf tunggal Hijayah (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2001). Mengikut Al-Killany (1986), menjelaskan kaedah yang digunakan
semasa mengajar asas Al-Quran harus dipadankan dengan objektif pengajaran
tersebut. Oleh itu pendidik terlebih dahulu merancang apakah objektif
pengajarannya dan siapa pelajarnya, kemudian baru memilih kaedah mana
yang sesuai. Ada lima perkara penting yang disenaraikan oleh Al-Killany
sebagai panduan guru memilih kaedah mengajar asas al-Quran iaitu:

i. Kaedah yang dipilih mesti sesuai dengan tujuan dan objektif
pengajaran.
ii. Kaedah mesti sesuai dengan nature mata pelajaran yang diajar.
iii. Kaedah yang digunakan mesti sepadan atau setara dengan umur
pelajar.
iv. Guru harus mampu menggunakan atau mengaplikasikan kaedah yang
dipilih.
v. Masa harus mencukupi apabila mengaplikasikan mana-mana kaedah.

(Mohd Yusof, 2000)

Kaedah Iqra merupakan satu kaedah pembelajaran asas al-Quran
diperingkat mengenal huruf-huruf tunggal Hijayah Arab hingga ke peringkat
membaca ayat-ayat al-Quran. Melalui kajian AB Rahim Md. Arshad (2000)
iaitu Kajian Keberkesanan Kaedah Iqra di Sekolah-Sekolah Rendah Derah
Kulim menerima maklumbalas yang sama dimana 100% guru dari semua
sekolah bersetuju mengatakan kaedah Iqra amat berkesan dan berjaya. Kajian
beliau juga mendapati 80% guru-guru juga menjelaskan penyertaan murid
juga amat menggalakkan dan 95.4% pelajar menyatakan kaedah Iqra ini
mudah dipelajari untuk mereka mendalami bacaan al-Quran.

Pengajaran dengan menggunakan kaedah Iqra adalah berasaskan kepada
Buku Iqra satu hingga enam. Dalam merealisasikan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
kaedah Iqra dalam pengajaran dan pembelajaran Asas Tilawah al-Quran
terutamanya kepada murid tahun satu. Kaedah Iqra diperkenalkan pada
peringkat ini bertujuan untuk meningkatkan kemajuan murid sekolah rendah
4
mengenal huruf-huruf al-Quran, dapat membaca al-Quran dengan betul dan
fasih serta dapat menguasai bacaan al-Quran.

Perlaksanaan aktiviti belajar melalui bermain telah diberi penegasan yang
jelas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyatakan bahawa proses
pembelajaran yang dijalankan haruslah dalam bentuk tidak formal iaitu belajar
melalui bermain (Buku Garis Panduan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah
Malaysia 2003). Dalam erti kata lain, proses pengajaran dan pembelajaran
yang disarankan oleh kurikulum prasekolah Malaysia adalah satu proses yang
lebih mirip kepada kaedah yang tidak formal tetapi berstruktur dan terancang
serta mempunyai tujuan yang khusus. Semasa bermain tanpa disedari kanak-
kanak sebenarnya dibimbing ke arah memperolehi ilmu pengetahuan dan
kemahiran. Pusat Perkembangan Kurikulum juga mengasaskan ciri-ciri
pendekatan bermain sambil belajar itu sebagai permainan yang
menyeronokkan, bebas dan terancang, melibatkan penerokaan dan interaksi
kanak-kanak dengan persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak
sendiri, memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan
kelonggaran masa bermain.

Bermain dapat membantu perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek
dan bermain juga menekankan kepada aspek pembelajaran sebagai proses
aktif dan interaksi, (Gestwick, 1995). Sungguh pun begitu, bermain yang
dimaksudkan di sini tidak bermakna bermain semata-mata untuk bermain.
Bermain di peringkat prasekolah mestilah memberi makna kepada proses
pembelajarannya. Gestwick juga menegaskan bermain menyediakan semua
ruang perkembangannya dan bermain ditekankan sebagai proses pembelajaran
yang aktif dan menarik.

Selain itu juga bermain membantu di dalam membangun struktur kognitif
kanak-kanak iaitu melalui permainan, kanak-kanak akan memperolehi
informasi yang lebih banyak sehingga pengetahuan dan pemahamannya
menjadi lebih luas dan lebih mendalam. Informasi baru yang diterima ternyata
berbeza dengan apa diketahuinya selama ini, seterusnya kanak-kanak dapat
mengubah informasi yang lama sehingga ia mendapatkan pemahaman atau
pengetahuan yang lebih baru. Jadi melalui bermain, struktur kognitif kanak-
kanak terus diperkaya, diperdalam, dan diperbaharui sehingga menjadi
sempurna. Pakar psikologi kanak-kanak menekankan kepentingan bermain
bagi perkembangan mereka. Ia menyediakan kanak-kanak kepada pendidikan
serta pengalaman bersosial dan permainan adalah sebahagian daripada
keperluan bermain. Permainan adalah alat membantu dalam proses
perkembangan mereka. Permainan adalah menyeronokkan, tetapi ianya juga
alat yang membantu kanak-kanak belajar mengenal diri sendiri dan dunia
persekitarannya (Charlotte Bird, 2004).

Permainan mempunyai banyak dimensi dan tahap kepentingan
memandangkan ia berkaitan dengan perkembangan dan pembelajaran kanak-
kanak. Kebanyakkan pemahaman kita tentang nilai permainan adalah
diperolehi daripada Piaget (1962), Vygotsky (1978) dan Brunner (1990) yang
memberi fokus kepada peranan permainan dalam perkembangan kanak-kanak
daripada perspektif konstruktif. Permainan dapat memperluas interaksi sosial
5
dan mengembangkan keterampilan sosial, iaitu belajar bagaimana bergaul,
hidup bersama, mengambil peranan dan belajar hidup dalam masyarakat
secara umum. Selain itu, permainan akan meningkatkan perkembangan fizikal,
koordinasi tubuh, dan mengembangkan serta memperhalusi keterampilan
motor kasar dan halus.
Menurut Essa (1992), bermain meningkatkan penguasaan kanak-kanak
seperti melatih kemahiran; melanjutkan perkembangan kognitif seperti
kebolehan berfikir digunakan sepenuh-penuhnya; melibatkan aktiviti fizikal;
menolong kanak-kanak bekerja dalam emosi tertentu dan kepandaian mencipta
semulajadi membolehkan kanak-kanak menjadi kreatif. Kanak-kanak juga
akan mengetahui bahawa bermain itu menyegarkan, menyenangkan dan
memberi kepuasan. Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah,
tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan
tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat
perkembangan kanak-kanak. Menurut Profesor Goldstein (2001) yang
merupakan Ketua International Play Research Organisation, menyatakan
bahawa;

There are many established research studies that
show that children play longer when a wide variety of toys
is available. One study in particular shows that access to a
wide range of well-selected toys can actually improve a
childs emotional, physical, social and intellectual
development, even increasing potential IQ, regardless of
their sex, race or social class.
(British Toy and Hobby Assiociation, 2001)

Oleh itu permainan dapat membantu di dalam perkembangan keperibadian
dan emosi kerana kanak-kanak mencuba melakukan pelbagai peranan,
meluahkan perasaan, menyatakan diri dalam suasana yang tidak terancam,
juga memerhatikan peranan orang lain. Melalui permainan, kanak-kanak akan
belajar mematuhi peraturan sekaligus menghargai hak orang lain.


2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti serta
menilai keberkesanan alat bantu mengajar baru iaitu permainan berbentuk
pendidikan dengan mengadaptasikan kaedah Iqra dalam proses pembelajaran
Asas Tilawah al-Quran kepada kanak-kanak prasekolah berumur empat hingga
enam tahun. Antara objektif-objektif penyelidikan ini dijalankan adalah:

i. Untuk membolehkan kanak-kanak prasekolah mengenal, membaca
dan mengeja huruf-huruf tunggal Hijayah dengan lebih lancar
melalui pembelajaran Asas Tilawah al-Quran menggunakan kaedah
Iqra dan belajar melalui bermain.
ii. Untuk menjadikan proses pembelajaran Asas Tilawah al-Quran
melalui kaedah Iqra dan belajar melalui bermain lebih
menyeronokkan dan seterusnya dapat merangsang minda agar lebih
fokus.
6
iii. Untuk mengenalpasti bahawa permainan berbentuk pendidikan yang
diadaptasikan dari kaedah Iqra sebagai alat bantu mengajar baru
bagi subjek Asas Tilawah al-Quran boleh diterima dengan baik oleh
kanak-kanak prasekolah.
iv. Untuk memberi dimensi dan perspektif baru kepada guru, ibu bapa
dan kanak-kanak prasekolah di dalam pembelajaran Asas Tilawah al-
Quran pada masa hadapan.


3.0 SOALAN KAJIAN

i. Kanak-kanak prasekolah kerajaan yang berumur empat hingga enam
tahun akan lebih mudah faham dalam proses pembelajaran Asas
Tilawah al-Quran dan dapat mengenal dengan lebih cepat huruf-
huruf tunggal Hijaiyah jika mereka diberi pendedahan belajar
melalui bermain berbantukan permainan berbentuk pendidikan selain
hanya menghadiri kelas konversional Asas Tilawah al-Quran.
ii. Kanak-kanak prasekolah yang belajar Asas Tilawah al-Quran
menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dengan
berbantukan permainan berbentuk pendidikan akan lebih
bersemangat, bermotovasi dan mempunyai keyakinan diri lebih
tinggi jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang menggunakan
kaedah konversional.
iii. Dengan menggunakan permainan berbentuk pendidikan sebagai alat
bantu mengajar, kanak-kanak prasekolah akan lebih terdorong untuk
belajar dan mereka akan lebih rasa selesa serta seronok tanpa
mengalami sebarang tekanan sepanjang proses pembelajaran.


4.0 METHODOLOGI KAJIAN

Untuk mencapai objektif kajian, penulis menggunakan dua kaedah kajian
iaitu kajian tinjauan pada fasa pertama untuk meninjau pendapat guru-guru
yang berkenaan bagi mendapatkan data-data terperinci yang diperlukan dalam
kajian ini. Manakala pada fasa kedua penulis menggunakan kajian eksperimen
untuk melihat perbandingan keputusan dari dua kumpulan kajian iaitu
kumpulan kawalan (Control Group) untuk pembelajaran secara konversional
manakala kumpulan eksperimen (Experimental Group) untuk pembelajaran
menggunakan alat bantu mengajar baru secara belajar melalui bermain.
Kaedah kajian secara ujikaji adalah cara mudah untuk mengenal atau
mempelajari sesuatu yang baru (McMillan and Schumacher, 1989).

Untuk fasa pertama penulis membuat kajian di tiga buah jenis prasekolah
di empat daerah utama Lembah Klang Kajian iaitu daerah Petaling Jaya,
Puchong, Shah Alam dan Putrajaya. Dua dari jenis prasekolah kerajaan iaitu
Tadika Kemas dan Prasekolah Kementerian Pendidikan yang menyediakan
pembelajaran menggunakan kaedah belajar melalaui bermain.. Manakala dua
jenis prasekolah swasta diplilih di mana kaedah Iqra digunakan untuk
pembelajaran asas Tilawah al-Quran. Selepas mendapatkan data-data yang
diperlukan, penulis akan memulakan proses merekabentuk prototaip alat bantu
7
mengajar baru bagi tujuan eksperimen pada fasa kedua. Prototaip tersebut
akan melalui kajian rintis untuk melihat kelemahan yang perlu diperbaiki
sebelum ujikaji sebenar dijalankan. Penyediaan prototaip yang memenuhi ciri-
ciri yang dikehendaki akan digunakan pada ujikaji fasa kedua yang dijalankan
di dua buah prasekolah swasta pilihan.

Terdapat 80 pelajar, 80 ibu bapa dan empat orang guru yang terlibat di
dalam pengumpulan data fasa pertama. Soal selidik dilakukan pada ibubapa
dan hanya 51 soal selidik yang dikembalikan semula. Manakala 80 responden
daripada pelajar dilakukan dengan membuat pemerhatian aktiviti
pembelajaran di dalam dan di luar kelas dengan penggunaan pelbagai bantu
mengajar serta tempat yang disediakan. Empat guru pula dipilih untuk
ditemuramah bagi mendapatkan kedua-dua maklumat yang berkaitan dengan
kaedah Iqra dan belajar melalui bermain. Fasa kedua pula, seramai 40 pelajar
dari umur empat dan lima tahun dipilih untuk melalui proses eksperimen yang
dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen. Kedua-dua kumpulan ini akan diberi penilaian sumatif melalui
ujian awal (pre-test) sebelum ujikaji dijalankan dan selepas selesai ujikaji
mereka akan diberi ujian akhir (post-test) untuk membuat perbandingan
keputusan selain pemerhatian formatif yang dijalankan oleh penulis.
Pemilihan kanak-kanak ini adalah berdasarkan prestasi yang masih diperingkat
awal iaitu peringkat mengenal atau tidak dapat menguasai asas huruf tunggal
Hijayyah dengan baik. Eksperimen ini juga dijalankan pada sesi awal tahun
pembelajaran.

Instrumen kajian yang digunakan untuk pengumpulan data dalam kajian
ini terbahagi kepada dua fasa. Untuk fasa pertama tiga jenis instrumen akan
digunakan iaitu satu set soal selidik untuk ibubapa dan penjaga, dua set borang
temubual untuk guru, dan dua set borang pemerhatian untuk menilai proses
pembelajaran di dalam kelas. Untuk fasa kedua, semasa eksperimen dijalankan
dua jenis borang penilaian digunakan iaitu penilaian sumatif (pre-test)
sebelum ujikaji, (post-test) selepas ujikaji dan penilaian formatif semasa
eksperimen dijalankan.


5.0 MODUL PEMBANGUNAN PROTOTAIP ALAT BANTU
MENGAJAR

Di dalam penghasilan prototaip alat bantu mengajar, penulis telah mereka
bentuk dan menyediakan satu modul pembangunan prototaip berasaskan
daripada data-data yang diterima di peringkat penyelidikan fasa pertama.
Terdapat beberapa komponen yang diperlukan untuk menyokong
pembangunannya seperti kaedah dan konsep prototaip, strategi pembelajaran,
media, dan modul / subjek asas pengenalan huruf-huruf tunggal Hijayah.

Penulis telah menyediakan dua konsep yang berbeza dan digabungkan
menjadi satu agar boleh digunakan guru mengikut keperluan pembelajaran. Ini
juga bertujuan mempelbagaikan kaedah pembelajaran agar kanak-kanak tidak
mudah rasa bosan dan hilang tumpuan. Dua alat bantu mengajar yang sedia
ada di pasaran akan digunakan sebagai rujukan dan dibuat pengolahan agar
8
selari dengan keperluan pembelajaran. Setelah kajian dibuat dan segala aspek
digabungkan, penulis telah menamakan modul prototaip ini sebagai FUN
IQRA seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.




























Rajah 1: Model Pembangunan Prototaip Alat Bantu Mengajar


5.1 Modul / Subjek

Prototaip ini direka bentuk berpandukan buku Iqra Satu yang
mengandungi 16 huruf tunggal Hijayah dimana kanak-kanak akan
menggunakan kaedah Iqra yang dibaca mengikut sebutan huruf dan mengikut
tanda baris. Kanak-kanak akan mengenal huruf melalui bunyi dan hanya
menunjukkan bentuk huruf dan menyebut sebutan bunyi huruf tanpa dieja.
Contoh; sebutan Alif AA tidak dieja seperti Alif di atas AA, sebutan huruf
Sin SA tidak dieja seperti SIN di atas SA, sebaliknya huruf-huruf tersebut
terus dibaca.

5.2 Strategi Pembelajaran

Konsep Talaqqi Musyafahah digunakan dimana kanak-kanak berhadapan
secara langsung dengan guru, melihat dan mengecam bentuk tulisan,
mendengar sebutan dan mengikut bacaan guru. Tunjuk cara dan amali ini

Strategi
Pembelajaran
Kaedah
& Konsep

Modul /
Subjek

Media
MODUL
PEMBAGUNAN
PROTOTAIP
FUN IQRA
Talaqqi
Musyafahah


Huruf tunggal
Hijayah
Buku Iqra 1
Padan dan Eja
Huruf dan Papan
Lukis Bermagnet
Blok Huruf
Kad Huruf
Huruf Bermagnet Susun
Suai
Papan Lukis Bermagnet
Pen Marker Berpemadam
9
penting bagi murid mengikutnya dengan sebutan yang betul mengikut
Makhraj huruf al-Quran.

5.3 Media

Terdapat lima media untuk dua konsep yang digunakan dalam
pembangunan bahan bantu menagajar ini, iaitu Blok Huruf dan Kad Huruf
untuk konsep pertama. Manakala Huruf Bermagnet Susun Suai, Papan
Lukis Bermagnet dan Pen Marker Berpemadam adalah untuk konsep kedua.
Kesemua media ini disatukan di dalam satu alat bantu mengajar.

5.4 Kaedah dan Konsep

Untuk mendapatkkan konsep yang sesuai berpandukan hasil rumusan
penyelidikan fasa pertama, penulis telah membuat tinjauan di empat buah
kedai permainan dan pemilihannya haruslah menepati keperluan pembelajaran
kerana prototaip ini merupakan material utama untuk ujikaji. Hasil dari
tinjauan, pengkaji telah menemui dua konsep atau kaedah yang sesuai dengan
kriteria-kriteria yang diperlukan untuk kajian ini. Konsep pertama ialah Padan
dan Eja (Match and Spell) dan konsep kedua adalah Huruf dan Papan Lukis
Bermagnet (Magnetic Alphabets and Drawing Board). Kedua-dua alat bantu
mengajar ini telah direka khusus untuk kegunaan pelajar empat tahun ke atas.

i. Konsep Padan dan Eja (Match and Spell)
Konsep ini adalah ringkas dan mudah untuk kendalikan oleh kanak-
kanak empat hingga enam tahun. Ia menggunakan kaedah permainan yang
memerlukan kanak-kanak berfikir secara mudah dan membantu mereka
untuk tidak membuat kesilapan. Kanak-kanak hanya perlu memilih huruf
yang sesuai dan disusun mengikut ejaan dan warna yang betul dengan
berpandukan kepada huruf di sebelahnya.

Permainan ini menggunakan dua komponen utama iaitu Blok Huruf
(Alphabet Tiles) dan Kad Huruf (Alphabet Card). Sistem ini dinamakan
penyelesaian kendiri (self-correcting) dimana blok huruf yang disediakan
tidak akan membenarkan kanak-kanak untuk meletakkannya pada ruang
yang salah. Ini kerana setiap blok huruf mempunyai kedudukan pin yang
berbeza pada bahagian belakang setiap blok huruf. Setiap huruf pula
dibezakan dengan enam warna yang berlainan. Konsep ini memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk berdikari dan menilai tahap kecekapan
masing-masing.

ii. Konsep Huruf dan Papan Lukis Bermagnet (Magnetic Alphabets
and Drawing Board)
Konsep ini juga ringkas dan mudah cara pengunaanya. Ia mengadungi
tiga komponen utama iaitu Huruf Bermagnet Susun Suai, Papan Lukis
Bermagnet dan Pen Marker Berpemadam. Cara pengunaanya adalah
jelas iaitu kanak-kanak hanya perlu mengeja dan menyusun huruf
mengikut contoh ejaan atau contoh kad yang diberi. Kemudian kanak
kanak ini boleh ditambah kefahaman mereka dengan menulis huruf
tersebut pada papan lukis. Konsep ini secara tidak langsung memberi
10
peluang kepada kanak-kanak untuk melatih diri mereka kepada asas
penulisan dan kreativiti. Akan tetapi, kedua-dua konsep ini adalah
digalakkan di lakukan bersama-sama guru atau pembimbing.


6.0 PROSES PEMBANGUNAN PROTOTAIP ALAT BANTU
MENGAJAR

Di dalam kajian ini, pembuatan prototaip alat bantu mengajar baru
haruslah dilakukan secara sistematik dan proses ini berpandukan model reka
bentuk instruksi Addie seperti rajah di bawah:






















Rajah 2: Aliran kerja berasaskan Model Addie

(Dick dan Carey, 1996)


6.1 Analisa

Analisa yang dibuat untuk pengumpulan data yang berkaitan bagi
membantu penulis dalam memastikan jenis permainan yang bersesuain untuk
kegunaan kanak-kanak mereka dalam pembelajaran Asas Tilawah al-Quran.
Soal selidik yang diedarkan kepada ibu bapa, pemerhatian di dalam kelas dan
temuramah guru yang dijalankan pada fasa pertama membantu di dalam
penyediaan alat bantu mengajar ini. Terdapat beberapa perkara hasil analisa
ketiga-tiga data tersebut iaitu:

Evaluation (Penilaian)
Analysis (Analisa)

Design (Reka bentuk)

Development (Pembangunan)
Implementation (Implementasi)
11
i. Konsep permainan yang dihasilkan mestilah jelas, ringkas dari segi
penggunaan dan pengendaliannya serta mudah difahami oleh kanak-
kanak umur empat hingga enam tahun.
ii. Direka khusus untuk permainan di dalam bilik darjah.
iii. Permainan tersebut mestilah memberi keseronokan kepada kanak-
kanak menggunakannya untuk sekurang-kurangnya 30 minit sesi
pembelajaran.
iv. Mempunyai ciri-ciri keselamatan dan keselesaan pada kanak-kanak
umur empat hingga enam tahun.
v. Penggunaan enam jenis warna tema iaitu biru, merah, kuning, hijau,
jingga, ungu dan merah jambu.
vi. Permainan yang boleh digunakan untuk aktiviti secara berkumpulan
atau individu.
vii. Harga yang mampu dimiliki.


6.2 Reka Bentuk

Pengkaji telah mencari dua jenis permainan yang berbeza konsep untuk
digabungkan menjadi satu permainan yang boleh digunakan guru mengikut
keperluan pembelajaran yang berbeza. Ini untuk memastikan pelajar daripada
cepat merasa bosan dan hilang tumpuan semasa belajar. Pengkaji telah
menggunakan produk permainan yang ada di pasaran sebagai asas kepada reka
bentuk yang akan dihasilkan dengan membuat pengubahsuaian mengikut
kesesuaian pembelajaran kaedah Iqra.





















Rajah 3: Lakaran Reka Bentuk Alat Bantu Mengajar FUN IQRA


12
6.3 Pembangunan

Proses pembangunan, iaitu peringkat pembuatan prototaip berdasarkan
proses asas reka bentuk iaitu dari peringkat kajian, lakaran idea, pembuatan
mock-up, lukisan teknikal, lukisan perincian, lukisan persembahan dan
pembuatan prototaip.

6.4 Implementasi

Proses awal implimentasi, penulis melakukan kajian rintis dengan memilih
lima orang guru dari tiga buah prasekolah yang berbeza dan guru telah
memilih tiga orang pelajar untuk mencuba prototaip tersebut. Pengkaji
membuat 10 buah prototaip dan mengambil masa seminggu untuk disiapkan
termasuk flash card yang dicadangkan. Seterusnya ujikaji dijalankan di dua
buah prasekolah swasta pilihan iaitu kepada 20 orang kanak-kanak dari
kumpulan terkawal dan 20 orang dari kumpulan eksperimen.

6.5 Penilaian

Proses menilai aplikasi, iaitu membuat eksperimen berasaskan permainan
berbentuk pendidikan melalui penilaian sumatif dan formatif kepada pengguna
sasaran. Ujian awal (Pre-test) dan ujian akhir (post-test) adalah teknik
penilaian yang sering digunakan untuk menentukan kepercayaan kepada data-
data yang diperolehi. Keputusan dari kedua-dua ujian akan dibuat
perbandingan untuk menetukan kesamaan jawapan (Mertens, 1998). Penulis
telah menggunakan empat jenis soalan penilaian yang sesuai untuk peringkat
prasekolah iaitu (i) Menyebut setiap huruf dengan betul, (ii) Mengenal setiap
huruf dengan mengambil kad huruf yang betul, (iii) Membuat tiga kali
penilaian Betul atau Salah, dan terakhir (iv) Membuat tiga kali penilaian
Kad yang mana?. Ujian ini dibuat hanya untuk enam jenis huruf tunggal
Hijayah sahaja iaitu Alif, Ba, Ta, Sa, Ja dan Ha.

Penulis menggunakan sistem pemarkahan mengikut gred iaitu (i) A untuk
80 100, (ii) B untuk 60 79, (iii) C untuk 40 59, (iv) D untuk 20 39 dan
(iv) E untuk 0 19. Penulis tidak meletakkan samada pelajar itu lulus atau
gagal kerana di peringkat prasekolah penilaian pelajar adalah lebih kepada
menilai tahap kemampuan diri pelajar samada lemah, sederhana atau baik.


7.0 DAPATAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk menjawab tiga persoalan kajian yang
menyentuh eksperimen tentang penggunaan alat bantu mengajar baru di dalam
pembelajaran Asas Tilawah al-Quran untuk kanak-kanak prasekolah. Jadual 1
menunjukkan keputusan eksperimen diantara dua kumpulan kajian yang terdiri
daripada kanak-kanak empat dan lima tahun.




13

















Jadual 1: Keputusan peratus kenaikan untuk kumpulan eksperimen berbanding
kumpulan kawalan

Hasil keputusan ujian yang dijalankan pada kedua-dua kumpulan
eksperimen menunjukkan pencapaian peratus peningkatan 37% pemahaman
kanak-kanak empat tahun dan 22.5% untuk kanak-kanak lima tahun.
Berbanding dengan kumpulan kawalan, mereka masih menunjukkan peningkat
tetapi pada kadar yang sedikit berbanding kumpulan eksperimen iaitu 18%
untuk kanak-kanak empat tahun dan 14.4% untuk kanak-kanak lima tahun.
Hasil ujian menunjukkan bahawa perbezaan peratusan yang meningkat adalah
19% bagi kanak-kanak empat tahun, manakala 8.1% bagi kanak-kanak lima
tahun. Perbezaan peningkatan peratus diantara kedua-dua peringkat umur ini
menunjukkan bahawa kanak-kanak 4 tahun lebih cepat dan mudah menerima
kaedah ini berbanding pelajar 5 tahun. Keputusan ini telah membuktikan
bahawa, kanak-kanak prasekolah kerajaan yang berumur empat hingga enam
tahun akan lebih mudah faham dalam proses pembelajaran Asas Tilawah al-
Quran dan dapat mengenal dengan lebih cepat huruf-huruf tunggal Hijaiyah
jika mereka diberi pendedahan belajar melalui bermain berbantukan
permainan berbentuk pendidikan selain hanya menghadiri kelas konversional
Asas Tilawah al-Quran.

Melalui temuramah bersama-sama dua orang guru yang terlibat dengan
kedua-dua kumpulan kajian ini berpendapat bahawa hampir 90% berjaya
dilaksanakan. Ini kerana kaedah ini berjaya menarik minat kanak-kanak untuk
belajar dan memberi kefahaman yang cepat selain daripada pelajar berasa
seronok dan tidak tertekan. Selain itu, mereka juga berpendapat dengan
adanya alat bantu mengajar ini, proses pembelajaran di dalam kelas menjadi
lebih menarik, tidak membosankan dan memenuhi keperluan pembelajaran
Asas Tilawah al-Quran. Antara perkembangan-perkembangan positif yang
dinyatakan oleh kedua-dua guru ini adalah:

i. Kanak-kanak yang lemah dan tidak mengenal huruf telah berjaya
sekurang-kurangnya mengenal tiga huruf dalam masa lima hari.
0%
10%
20%
30%
40%
Control Group 18% 14.4%
Experimental Group 37% 22.5%
Increase % 19% 8.1%
4 Years Old 5 Years Old
14
ii. Kanak-kanak yang tidak menunjukkan sebarang tindakbalas terhadap
pembelajaran Asas Tilawah al-Quran telah mula berinteraksi dan
bekerjasama dengan guru.
iii. Kanak-kanak yang pendiam dan tidak yakin dengan diri sendiri telah
mula berani dan bertindak-balas dengan cepat terhadap soalan dan
arahan guru.

Ini menjelaskan bahawa dengan menggunakan permainan berbentuk
pendidikan sebagai alat bantu mengajar, kanak-kanak prasekolah akan lebih
terdorong untuk belajar dan mereka akan lebih rasa selesa serta seronok tanpa
mengalami sebarang tekanan sepanjang proses pembelajaran.


8.0 PERBINCANGAN

Faktor utama di dalam penghasilan FUN IQRA ini ialah kerana
kekurangan alat bantu mengajar berbentuk permainan khususnya untuk
pembelajaran Asas Tilawah al-Quran di pasaran. Ada sesetengah pihak
beranggapan kaedah belajar melalui bermain untuk subjek Asas Tilawah al-
Quran adalah tidak perlu atau tidak sesuai. Pada pendapat penulis subjek ini
adalah sama dengan pembelajaran asas huruf roman, cuma perlaksanaanya
harus dihormati dan diberi sedikit perhatian agar lebih tertib dan tidak
keterlaluan semasa menggunakannya.

Hasil dari kajian ini didapati guru-guru prasekolah menerima baik alat
bantu mengajar berbentuk permainan ini kerana secara tidak langsung ianya
telah membantu mereka untuk lebih mudah mengajar subject Asas Tilawah al-
Quran kepada kanak-kanak peasekolah. Hasil kajian ini juga telah memberi
satu keputusan bahawa kanak-kanak empat tahun merupakan satu peringkat
umur yang paling sesuai dan cepat menerima kaedah pembelajaran seperti ini
selain menunjukkan pemahaman yang memberangsangkan. Oleh itu adalah
tidak salah jika semua subjek di dalam kurikulum prasekolah menggunakan
pendekatan belajar melalui bermain dengan berbantukan alat bantu mengajar
berbentuk permainan.

Dari pemerhatian penulis semasa lapangan kajian didapati guru dan ibu
bapa juga memainkan peranan penting untuk memastikan perlaksanaan ini
berjaya mencapai matlamatnya kerana kanak-kanak yang dibiarkan bermain
sendiri tanpa perhatian mungkin kurang atau tidak mencapai matlamat
tersebut.


9.0 PENUTUP

Dengan adanya alat bantu mengajar berbentuk permainan ini di harapkan
kanak-kanak prasekolah akan merasa lebih bersemangat dan yakin untuk
mempelajari Asas Tilawah al-Quran agar jumlah pelajar yang buta al-Quran di
Malaysia dapat dikurangkan. Selain itu juga diharapkan lebih ramai lagi
kanak-kanak prasekolah di Malaysia yang boleh membaca al-Quran dengan
baik dan lebih lancar.
15
RUJUKAN

AB Rahim Md. Arshad. (2000). Kajian keberkesanan perlaksanaan kaedah
Iqra di Sekolah-Sekolah Rendah daerah Kulai. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Abdul Halim El-Muhammady (1991). Pendidikan Islam, falsafah disiplin dan
peranan pendidik, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Salam.
British Toy & Hobby Association. (2001). Child development depends on play
and toys. Diperolehi November 29, 2005, dari
http://www.btha.co.uk/pr
Charlotte Bird. (2004). Toy-helping children play, laugh and grow. Diperolehi
Januari 1, 2005, dari
http://www.preschool.org.uk/iacontent.php/en//.html
Essa, E. (1992). Introduction to early childhood education. New York: Delmar
Publishers Inc.
Halim Naam. (2005). Pelaksanaan j-QAF. Prosiding Wacana Pendidikan
Islam Siri ke-4. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dick, W., & Carey, L. (1996). The Systematic Design of Instruction (4th Ed.).
New York: Haper Collins College Publishers.
Gestwicki, C. (1995). Developmentally appropriate practice: Curriculum and
development in early education. New York: Delmar Publisher Inc.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Modul pengajaran pendidikan Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008). Memperkasakan Sekolah
Kebangsaan: Isu Dan Cabaran. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
24-27.
McMilan, J.H, & Schumacher, S. (1989). Research in Education, A
Conceptual Introduction. 2
nd
Edition. London: Scott, Feresman and
Company.
Mertens, D.M. (1998). Research methods in education and psychology :
integrating diversity with quantitative & qualitative approaches.
Thousand Oaks: Sage Pub.
Mohd Alwi Yusoff, Adel M. Abdulaziz, & Ahmad Kamel Mohamed. (2003).
Keberkesanan iqra' sebagai kaedah pembelajaran membaca al-Quran.
Kuala Lumpur: Mes Enterprise.
Mohd Yusof Ahmad. (2000). Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya Publication.
Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan di
Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distrutions Sdn. Bhd.

También podría gustarte