Está en la página 1de 1

TAZKIRAH SUBUH

Hari ni kita nak ungkap sedikit rahsia solat yang terkandung dalam takbir dan takbiratul ihram sahaja. Kenapa
kita perlu mengangkat tangan semasa takbir permulaan? Bagaimana cara mengangkat tangan dan bagaimana
pula kedudukan jari-jemari? Apa pula lafaz takbir? Kesemuanya ada rahsia tersendiri yang harus kita ungkap
dengan kebijaksanaan kita yang semestinya wajib dipandu dengan tuntutan wahyu yang mulia.

Bila kita sebut perkara ini, saya teringat satu kisah yang berkaitan dengan al-Syafei yang menyatakan bahawa
beliau memulakan solat dengan tiga perkara, dua fardhu dan satu sunat. Apa dua fardhu tersebut dan apa pula
satu sunat? Dua fardhu adalah niat dan takbiratul ihram manakala sunat pula adalah mengangkat tangan.
Benda sunat ni beza dengan benda mubah, atau harus. Sunat kalau dibuat dapat pahala tetapi jika ditinggal
kita akan rugi. Silap kalau kita kata tidak mengapa meninggalkan perkara sunat, kerana perkara sunat perkara
yang baik, maka jika ditinggalkan maka rugi. Begitu juga makruh, dibuat kita rugi. Harus pula, jika dibuat tidak
mengapa, tidak buat pun tidak mengapa.
Persoalan pertama ialah, mana satu dahulu? Angkat tangan dulu ke, takbir dulu? Ini barang penting. Mungkin
ada ulama kata angkat tangan dulu, tidak kurang juga ulama kata serentak. Tidak kishalah sama ada angkat
tangan dulu ke atau dibuat serentak, kedua-dua ada hujjah dan kemungkinan nabi melakukan kedua-duanya
sekali sebagai satu rahmat. Al-Bukhari berpendangan angkat tangan dahulu, kemudian diucapkan takbir.
Angkat tangan ni, apa tujuannya. Nah, yang kita duk sibuk angkat tangan selama ni, apa tujuannya? Ke kita
saja-saja angkat? Suka tengok orang angkat tangan, maka kita pun, angkatlah, nampak comel sikit.

Al-Bukhari kata, angkat tangan ni nak menghapuskan rasa takabbur yang bersarang dalam diri kita. Siapa kita
nak tunjuk hebat depan Allah. Sekali Allah jentik kita, sudah kita. Mung kalau takabbur, mung buat bumi
sendiri. Ha, kamu takabbur lah di bumi kamu tu. Mung kalau nak takabbur, mung makan nasi hak mung buat
sendiri. Ha, kalau mung boleh buat macam tu, kamu nak sombong pun takpe. Mung kalau nak takabbur, pastu
nanti malaikat maut nak cabut nyawa, mung minta tempoh sikit masa lagi, nah, nak takabbur banyak mana
pun boleh. Takpun masa takabbur, jangan tunjuk pada Allah. Sorok sikit supaya Allah tak tahu bahawa kamu
takabbur. Nah, kalau kamu boleh buat macam tu, nak sombong ke, nak buat benda jahat ke, nak buat apa-apa
ke, buatlah.

Tapi boleh ke? Tu persoalannya. Takabbur ni lah yang menyebabkan Iblis yang takut kepada Allah diusir keluar
dari syurga. Amal banyak mana pun akalu takabbur, neraka jugak. Jadi angkat tangan ni nak hapuskan
takabbur. Nyah jauh-jauh wahai rasa sombong, aku ni hamba Allah. Bila kita nak masuk solat, ni tempat orang
hina nak jumpa Tuhan dia. Allah tak suka orang yang ada perasaan angkuh, rasa hebat. Allah nak orang yang
tawadhu dan merendah diri. Jadi, kita setelah angkat tangan sampai ke paras telinga, atau setara dengan
bahu, maka kita sertakan dengan ucapan ALLAHU AKBAR. Ni je ucapan yang boleh dilafazkan. Nak sebut Allahu
al-Rahman, Allahu al-Razaq, tak boleh kecuali menurut Abu Hanifah. Tapi tu Abu Hanifah seorang sahaja yang
berpandangan demikian. Maka pandangan jumhur ulama adalah, hanya ucapan takbir yang diterima.
Maksudnya ialah, Allah Maha Besar, maka hasil kefahaman kita ialah, bila Allah Maha Besar, maka kita ni kecil
sangat-sangat. Kecil ilmu, kecil akhlak, kecil wibawa, kecil pemikiran, kecil kekuatan, kecil keupayaan. Ulama
yang jadi tempat rujuk manusia, bila masuk tempat solat, maka ilmu mereka pun, kecil je. Ambil jari letak di
laut, mana-mana air yang terlekat di jari, tu lah ilmu kita. Manakala laut yang luas mendalam tu, adalah ilmu
Allah.
Orang yang gagah perkasa, di depan Allah macam kita ikan bilis, tiada apa-apa kehebatan pun. Semua
kekuatan adalah milik Allah yang Maha Berkuasa.
Maka bila sebut Allahu Akbar iaitu Allah Maha Besar, maka nyahlah segala keangkuhan, pergilah segala sikap
Iblis yang dibenci ni. Hurmcara kita angkat tangan, ialah jangan dirapatkan jari jemari kita, dan jangan dibuka
luas sangat. Kita buka sikit, biar lenang tidak kaku. Apa tandanya? Tandanya ialah kepasrahan kepada Allah.
Jadi maksudnya ialah, bila masuk nak solat, kita serah diri sepenuhnya kepada Allah. Khaaif, jadilah orang yang
takut amalan tidak akan diterima oleh Allah. Raaji, jadilah orang yang mengharapkan amalan diterima oleh
Allah. Muhib, jadilah orang yang cinta kepda solat.
Kalau Allah nak cabut nyawa kita dalam solat, terpulang kepada Allah dan itulah yang ramai orang nak.
Terserah kepada Allah segalanya, yang penting kita usaha. Inilah maksud daripada cara kita susun jari-jemari
kita. Bukannya rapat kaku, bukan juga dibuka keterlaluan, tetapi dibuka sikit, tidak keras menandakan tanda
kepasrahan kita kepada Allah.

También podría gustarte