Está en la página 1de 36

ANDA ADALAH ANDA 

Hiduplah hari ini seolah- olah anda seorang yang istimewa.Hiduplah pada hari ini seolah-
olah anda hidup untuk berjaya.Hiduplah pada hari ini seolah- olah segala peluang
terbentang di hadapan anda.Sepanjang hari ini sedarlah bahawa setiap pemikiran,
perasaan , bauan , pandangan dan rasaan adalah suatu keajaiban kerana anda hidup pada
hari ini untuk menikmatinya.

 Fikirkanlah betapa semua itu adalah satu anugerah yang amat berharga kerana anda
adalah anda dan bukannya orang lain. Hiduplah pada hari ini dengan menyedari bahawa
apa yang akan terjadi lebih penting daripada apa yang telah anda miliki. Hiduplah pada
hari ini dengan penuh kesedaran tentang anda adalah sebahagian daripada realiti
kehidupan ini biar siapa pun anda dan di manapun anda berada. Ketepikan kekecewaan
kerana anda mampu melakukan .

 Hadapi masalah sebagai satu peluang kerana begitulah hal yang sebenarnya. Hidup
dengan penuh matlamat dan tujuan , terfokus dan ceria kerana begitulah halnya dan itulah
realiti kehidupan anda. 

ANDA BOLEH 

Anda boleh menikmati kehidupan sebagaimana yang anda inginkan. Malah anda boleh
mendapatkan apa sahaja yang and idamkan daripada kehidupan ini. Anda boleh
memenafaatkan diri anda ke tahap yang paling tinggi dan paling baik. Anda boleh hidup
dengan penuh bahagia dan ceria.

Anda boleh memulakannya pada hari ini dan hari- hari seterusnya selagi yang anda mahu
dan anda mampu. Anda mampu menangani sebarang cabaran dan halangan. Anda boleh
mewujudkan sesuatu yang hebat yang belum pernah anda lakukan dan ujudkan sebelum
ini. 

Anda boleh hidup dengan penuh kesepaduan di dalam dunia serba mencabar ini. Masa
hadapan anda ada di dalam tangan anda sendiri. Masa lalu boleh anda lupakan. Setidak-
tidaknya anda boleh belajar untuk melupakannya. 

Anda sekarang boleh mengikuti apa jua impian yang anda idam- idamkan sejak lama
dahulu. Anda boleh, pasti anda boleh melakukannya, di sini dan sekarang ini! Itupun jika
anda memutuskan untuk bertindak, sekarang !
ATASI KERAGUAN

 Setiap tindakan yang anda ambil adalah satu kemenangan ke atas keraguan anda.
Teruskan dan ambil daya usaha yang berterusan. Teruskan dan atasi segala halangan.
Pasti anda mempunyai keraguan sama seperti orang yang lain juga. Sungguhpun begitu
jangan biarkan ia menghentikan langkah- langkah anda. Teragak- agak di dalam
bertindak akan memberikan kekuatan kepada keraguan. Semakin kuat ia semakin sukar
untuk anda bergerak.

 Jika anda mengalah dengan cepat ia akan menjadi impian yang menjadi kenyataan.
Tetapi apabila anda mula bertindak keraguan mula kehilangan kuasa . Semakin jauh anda
bertindak maka semakin ia lumpuh dan menghilang . Apabila anda berhenti seketika ia
akan kembali tetapi dengan kadar yang perlahan sehingga tidak mampu untuk menggugat
langkah anda. Ambil langkah pertama itu dan lihatlah bagaimana keraguan berundur.
Setapak anda mara , setapak ia berundur dan akhirnya semakin jauh anda
meninggalkannya. 

BANGUN SEMULA

 Anda tidak akan dapat melarikan diri daripada cobaan dan dugaan. Walaubagaimanapun
anda boleh menjadikan satu prioriti kepada diri anda sendiri untuk bangun semula
meneruskan cabaran biar bagaimana kuat segala cobaan dan dugaan yang menghalang.
Di dalam setiap usaha seumpama itu pasti akan ada gangguan , kekecewaan dan mungkin
kadangkala musibah dan bala. 

Masa yang diperlukan untuk pulih amat besar bergantung kepada keputusan yang anda
ambil.Masa dan tenaga yang anda curahkan di dalam kemarahan dan menangisi nasib diri
sendiri akan memanjangkan masa untuk anda bangun semula. Terimalah cobaan dan
dugaan yang datang dan apabila ia berlaku tentukan dan putuskan bahawa anda akan
melepasinya dengan kadar yang segera. Carilah yang positif di dalam setiap satunya dan
ia akan membantu anda untuk kembali mengekalkan fokus dan maju ke arah matlamat
anda yang asal. 

Orang yang berjaya dan orang yang gagal kedua- duanya tumbang dan tunggang-
langgang pada sesuatu masa dan ketika. Tetapi orang yang berjaya adalah mereka yang
cepat bangun semula untuk meneruskan cabaran biar bagaimana kuat sekalipun badai
cobaan dan dugaan yang datang melanda.

 
BERCITA- CITA TINGGI ATAU SOMBONG 

Ramai yang terkeliru di antara bercita- cita tinggi dan sombong dan menduga- duga
mengapakah ia berakhir dengan kegagalan? Perbezaan di antara kedua-duanya amat tipis
dan kadangkala kedua-duanya kelihatan sama sahaja.. Walaubagaimanapun hasilnya
amat jauh berbeza. Bercita- cita tinggi bermaksud mengharapkan yang terbaik. Sombong
pula meyakini bahawa anda adalah lebih baik daripada orang lain. Bercita- cita tinggi
ialah keinginan untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Kesombongan pula percaya
bahawa anda tidak ada pengganti yang hampir. 

Bercita- cita tinggi bermaksud melakukan apa sahaja yang perlu untuk mencapai apa
yang patut dicapai sedangkan kesombongan pula bermaksud bahawa dunia ini berhutang
dengan anda dan anda perlu melakkukan apa sahaja untuk mendapatkannya kembali.
Bercita- cita tinggi bermaksud berdisiplin dan berlembut. Kesombongan pula mendesak.
Bercita- cita tinggi bermaksud bertanggungjawab dan terhormat manakala kesombongan
pula memusnahkan dan menjijikkan. Adakah anda di dorong oleh cita- cita tinggi atau
kesombongan ? Kesombongan akan membenamkan anda ke tanah manakala cita- cita
tinggi akan menjulang anda ke langit. 

BERGEMBIRALAH 

Dunia tidak boleh membuat anda gembira. Hanya anda sahaja yang mampu untuk
melakukannya, dan ia adalah lebih mudah daripada yang anda sangkakan. Anda boleh
bergembira dengan hanya memutuskan untuk bergembira. Walaupun ia kelihatannya
agak mudah , tetapi dengan pendekatan yang sebegitu rupa ia sebenarnya adalah
pendekatan yang berkesan.

 Untuk menggunakan potensi yang ada sepenuhnya, anda perlu terlebih dahulu
menghargai apa yang anda ada.Adakah cara yang lebih baik dengan memutuskan untuk
merasa gembira dan bertuah dengan anda dan kehidupan anda sendiri? Adakah mungkin
untuk berasa gembira sedangkan apa yang berlaku adalah tidak seperti yang anda
inginkan, atau sesuatu yang menyedihkan menimpa anda ? Boleh! Apa yang berlaku dan
mengelilingi anda bukanlah diri anda. Merasa sedih adalah sesuatu yang biasa dan tidak
memudaratkan bahkan kadang- kadang sesuatu yang perlu.

 Kesedihan biar bagaimana tinggi sekalipun darjahnya tidak sepatutnya menggugat anda.
Anda boleh merasa kecewa dengan apa yang berlaku ke atas diri dan persekitaran anda ,
tetapi dalam masa yang sama anda boleh merasa gembira dengan diri anda dan apa yang
anda miliki di dalam masa yang sama. Di dalam kegembiraan ada tenaga yang cukup
hebat dan dapat digunakan untuk mengatasi kesedihan dan kekecewaan. Bergembiralah
--bukan kerana sengaja di ada- adakan tetapi kerana anda tahu kelebihan dan
kekuatannya. Bergembiralah dan jadilah yang terbaik dengan potensi diri yang anda
miliki. 
BERIKAN BONUS KEPADA KEHIDUPAN ANDA

 Selesaikan projek yang sedang anda usahakan sekarang. Kejutkan seseorang dengan
memberi lebih daripada apa yang mereka harapkan daripada anda Luangkan masa untuk
mempelajari sesuatu yang baru. Tawarkan persahabatan dan keselesaan kepada sesiapa
sahaja yang mungkin memerlukannya. Ajarkan sesuatu yang anda tahu kepada seseorang
yang lain.

Cari kesempatan untuk memahami pandangan orang lain yang berbeza. Berikan
seseorang pujian yang okhlas. Lapangkan masa untuk berjalan- jalan. Bersihkan kertas
yang berselerak di atas meja atau di dalam bilik anda. Ambillah langkah yang berani
menggantikan langkah yang terlalu berhati- hati yang selalunya anda ambil di dalam
bertindak. Ucapkan terima kasih kepada seseorang. Dengar dengan bersungguh- sungguh
apa yang diperkatan oleh orang lain.

 Lakukan sesuatu yang menggembirakan untuk diri anda dan orang lain.Jadilah seorang
yang sabar terhadap diri anda sendiri dan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling anda.
Kehidupan ini adalah istimewa jika anda bercita- cita untuk menjadikannya istimewa.
Berikan diri anda sesuatu bonus pada hari ini dan lihatlah nanti betapa cerahnya hari esok
hasil daripada tindakan anda itu.

BERITA BAIK

 Hari ini berjuta- juta orang memandu ke tempat kerja pergi dan balik dengan penuh
selesa dan selamat tanpa sebarang kemalangan. Hari ini berjuta- juta orang jatuh cinta
dan cinta itu kekal sepanjang usianya. Hari ini berjuta- juta orang mendermakan masa
dan wang ringgit mereka kepada yang memerlukannya. Hari ini berjuta- juta orang di
seluruh dunia hidup dengan penuh aman damai dan produktif sepanjang hari.

 Hari ini penemuan yang mengkagumkan telah berjaya dibuat. Rumah kediaman yang
baru tegak terbina.Imaginasi terpancar. Kehidupan terpelihara.Persahabatan diperbaharui.
Anak- anak dididik dengan sempurna. Antara hari ini dan besok , berjuta- juta perkara
yang baik terjadi. Hari ini penuh dengan peluang yang positif dan kebanyakan daripada
disedari dan dipergunakan sebaiknya. 

Apakah tidak ada bencana dan kesengsaraan di dunia ini ? Sudah pasti ada. Tetapi
kebaikan juga tetap ada. Bahkan kebaikan oleh kerana terlalu banyak dan terlalu kerap
sehingga sudah tidak menjadi berita sensasi lagi. Apabila sahaja anda mendengar tentang
perkara yang negatif , ingatlah perkara ini: terlalu banyak yang positif di mana- mana.
Banyak yang telah kita abaikan kerana terlalu biasa. Secara keseluruhannya, hari ini
adalah terlalu indah dan menakjubkan melebihi daripada apa yang dapat diucapkan oleh
kata- kata dan perkataan. 

BERSEDIA UNTUK BERJAYA 

Sudah pasti anda sentiasa berharap untuk "hari yang dinanti-nantikan" itu, tetapi
sudahkah anda bersedia jika ia adalah pada hari ini? Walau bagaimana besar sekalipun
peluang yang jatuh ke riba anda , tidak akan ada ertinya jika anda tidak bersedia untuk
menerimanya. Bersedia bukanlah sesuatu yang mudah. Ia adalah sukar dan memenatkan.
Ia juga boleh menjadi sesuatu yang mengecewakan dan meletihkan. Sungguhpun begitu
ia adalah amat penting. 

Sering kita melihat hasil dan melupakan usaha yang telah dicurahkan untuk mendapatkan
hasil tersebut. Persediaan sering dilakukan secara tersembunyi tetapi ia adalah sesuatu
yang mesti dilakukan tanpa kecuali. Bersedia selalunya tidak menghiburkan.Ia selalunya
kerja yang kuat dan keras. Setiap orang yang pernah mengecapi walau sekecil mana
sekalipun madu kejayaan, pasti tahu pahitnya jadam persediaan. Apakah yang telah anda
lakukan sekarang sebagai persediaan untuk menerima peluang yang anda cari selama
ini ? 

Tanpa persediaan yang mencukupi semua peluang itu adalah kosong belaka. Sebaliknya
jika anda bersedia , semua peluang terbuka luas umpama suatu keajaiban . Yang mana
satukah pilihan anda? Pilihlah untuk membuat bayaran yang setimpal dengan mengambil
dayausaha yang sepatutnya untuk bersedia. Apa sahaja yang datang kepada anda selepas
itu adalah sesuatu yang setimpal dengan bayaran yang telah anda buat di dalam bentuk
membuat persediaan yang secukupnya secara fizikal, mental, spiritual dan sosio-
emosional.

BERSEMANGAT

 Apa sahaja yang anda lakukan , lakukanlah dengan penuh semangat. Hampir setiap
orang yang berusia 30 -an dan keatas, berasa ingin kembali muda semula. Apakah salah
satu ciri terpenting orang muda? Bersemangat! Apabila masa berlalu dan semakin
meningkat usia , kita seolah- olah kehilangan dan kekurangan semangat sama ada dengan
sengaja atau kerana memikirkan bahawa itu satu hakikat dan kenyataan yang patut
diterima. Semua ini adalah karut belaka. Anda mahu berasa muda dan bertenaga? Cari
sesuatu yang boleh menjadikan anda bersemangat.

 Semangat akan menyalakan kembali lampu yang semakin suram di dalam diri anda.
Semangat akan membawa anda melayari lautan kehidupan yang penuh dengan badai
dugaaan dan cobaan. Semangat akan mendorong anda untuk maju ke hadapan dan
meninggalkan saingan anda di belakang. Semangat adalah sesuatu yang tidak dapat di
tahan- tahankan. Ia juga membuahkan kegembiraan, keceriaan dan keberkesanan. Carilah
jalan untuk ke sana. Ia adalah sesuatu yang berbaloi!
BIAR APAPUN KIRANYA..

 Inovasi atau penciptaan benda- benda baru datangnya daripada orang dan keadaan yang
bermasalah. Kreativiti muncul daripada kalangan mereka yang tidak berpuas hati
terhadap sesuatu perkara. Penemuan yang terhebat adalah datangnya daripada mereka
yang juga berhadapan dengan cabaran dan halangan yang besar dan hebat juga.
Kecemerlangan tidak akan dicapai oleh mereka yang hanya mampu berkata:" Saya akan
mulakan apabila ada masa dan wang ." 

Kecemerlangan dan kehebatan datangnya daripada mereka yang mencari ruang dan
peluang untuk menjayakan apa sahaja biar apa sekalipun cabaran dan halangan ataupun
terhadnya sumber- sumber yang ada. Apakah yang melambatkan anda? Adakah kerana
kekurangan sumber, seperti yang selalu anda ingatkan diri anda, atau adakah ia hanya
alasan belaka? Cara yang paling mudah selalunya bukanlah cara yang satu itu sahaja .
Ada banyak cara lain untuk mencapai sesuatu tujuan atau matlamat. Bilakah kali terakhir
anda berkata kepada diri anda sendiri " biar apapun kiranya.."? 

Jangan menunggu sehingga sesuatu perkara itu sempurna. Halangan akan sentiasa ada
menunggu di mana- mana. Mereka tidak akan pergi begitu sahaja. Carilah jalan untuk
melalui menerusi dan mengatasi mereka. Berhenti menunggu untuk " kalaulah.." dan
mulalah hidup anda dengan " biar apapun kira…". 

CABARAN DAN KRITIKAN 

Ramai orang mula mengkritik apabila sesuatu yang ingin mereka lakukan menghadapi
cabaran. Kritikan ialah menunjukkan apakah yang salah.Cabaran pula ialah menunjukkan
kepada kemungkinan.Kritikan boleh menjadi sesuatu yang menghancurkan.Ia
melenyapkan daya usaha dan ikhtiar.Sebaliknya cabaran adalah sesuatu yang membina
dan patut dilakukan kepada orang lain.Ia menjadikan seseorang itu terfokus, bertenaga ,
bermotivasi dan bersemangat tinggi untuk berusaha.

 Apabila anda cuba untuk mengkritik orang lain terlebih dahulku tanyakan kepada diri
anda apakah tujuan sebenarnya anda mengkritik tersebut.Adakah tujuan anda untuk
membina atau memusnahkan ?Jika anda bertujuan untuk memusnahkan , mengapakah
anda perlu melakukannya? Anda tidak dapat membina diri anda sendiri dengan
memusnahkan orang lain. Jika anda bertujuan untuk membina, tukarkan kritikan kepada
cabaran. 

Lihat kepada dua penyataan berikut: "Cara persembahan anda lemah, sudah pasti anda
tidak akan mendapat sebarang pesanan." dan " anda tentu akan mendapat pesanan
daripada pelanggan sekiranya anda memperkemaskan lagi cara persembahan anda."
Kedua- dua pernyataan tersebut menunjukkan kelemahan yang ada. Tetapi satu
memusnahkan manakala yang satu lagi membina. Tidak perlu kritikan yang
memusnahkan kepada sesiapapun pada bila- bila masapun. Ia tidak memberikan sebarang
menafaat.Daripada menunjukkan kesalahan , cubalah mencari jalan untuk menunjukkan
kemungkinan. Itulah yang baik dan bermenafaat. 

CARA YANG PALING MUDAH 

Apabila ada sesuatu yang perlu dilakukan, anda mempunyai pilihan yang banyak. Anda
boleh merungut, anda boleh mencari alasan, anda boleh tidak mengendahkannya,anda
boleh mencari hujjah- hujjah yang rasional untuk menentangnya atau yang paling mudah
ialah melakukannya tanpa banyak bicara. Memang benar bahawa pada akhirnya nanti
anda akan terpaksa melakukannya juga. Melakukannya dengan segera tanpa banyak
bicara memerlukan tenaga yang paling minimum.

 Melambat- lambatkan kerja, merungut dan mencari- cari alasan akan menghabiskan
tenaga dan menjadikan tugasan tersebut lebih sukar untuk dihadapi nanti. Jadikan diri
anda malas dengan mengambil langkah yang sepatutnya dengan segera.Jimatkan tenaga
dengan bertindak segera secepat yang mungkin. Kebanyakan orang cuba untuk mengelak
daripada berusaha dan bertindak menyelesaikan sesuatu tugasan, keluarkanlah diri anda
daripada senarai orang yang begini.

CARILAH JALAN 

Berapa kalikah sesuatu yang pada mulanya bermula dengan 'tidak' tetapi berakhir dengan
'ya' ? . Berapa kalikah sesuatu yang dianggap mustahil pada mulanya tetapi berakhir
dengan penuh kegemilangan? Sejarah peradaban manusia adalah satu siri perubahan di
dalam harapan dan siri yang berkesinambungan di dalam sesuatu yang mustahil menjadi
kenyataan. Hanya ada satu sahaja jalan untuk menjadikan sesuatu itu mustahil iaitu
dengan tidak mencubanya. Sebaliknya banyak cara untuk menjadikan sesuatu yang
mustahil itu tidak mustahil. Dalam keadaan ini usaha menjadi penentu sama ada sesuatu
itu boleh atau tidak boleh dijayakan. Kejayaan dimulai dengan keputusan untuk
melakukan sesuatu kemungkinan dan kemudian mengikutinya dengan komitmen dan
kesungguhan. 

Cubaan yang tidak membuahkan hasil atau tidak menepati tahap yang telah ditetapkan
bukanlah satu kegagalan. Ia sebenarnya adalah pengalaman pembelajaran yang menjurus
kepada kejayaan dan pencapaian seperti yang diharapkan atau ditetapkan.Ia
membekalkan ilmu dan kekuatan untuk mencari jalan ke arah matlamat tersebut. Pasti
ada jalan yang membawa anda dari tempat anda berada sekarang ini ke tempat tujuan
anda. Pasti ada onak dan duri, cobaan dan dugaan di dalam perjalanan ke sana , tetapi
semuanya akan ke tepi sekiranya anda memutuskan untuk meneruskannya dengan tabah
dan sabar ke puncak jaya. Jadi apa yang sebelumnya dianggap sebagai mustahil akhirnya
terbukti tidak mustahil lagi. 
CARILAH YANG TERBAIK

 Keceriaan dan kepuasan bukan sahaja sesuatu yang mudah diperolehi tetapi juga sukar
dielakkan sekiranya itulah yang anda cari dengan penuh ikhlas. Kecemerlangan adalah
matlamat anda. Tidak ada gunanya jika anda mengenepikan hidup ini dengan tidak
berusaha ke arah sesuatu yang terbaik yang boleh anda fikirkan. Apa ertinya hari ini jika
tidak kita memutuskan kepada diri sendiri bahawa kita akan menghayati setiap saat
dengan penuh keceriaan? Keceriaan yang sebenar bukanlah sesuatu yang tidak
bertanggungjawab. Tetapi ia adalah sesuatu yang penuh pertanggungjawaban. 

Menghidupkan impian anda bermakna bertanggungjawab memberikan sesuatu yang


terbaik yang dapat anda berikan. Adalah sesuatu yang malang apabila kita sering
mengaitkan kegembiraan dan kepuasan dengan sesuatu yang negatif seperti membalas
dendam, mengelakkan daripada tugas dan tanggungjawab dan mencari- cari peluang
untuk berehat sepanjang masa. Kegembiraan dan keceriaan sebenar berpunca daripada
tindakan- tindakan yang kreatif, produktif dan berdisiplin. Gembira dan ceria bererti
memberikan segala yang terbaik yang anda mampu berikan . Apa sahaja yang anda cari
dari segi pemikiran dan tindakan pada setiap masa akan menjadi agenda anda pada hari
ini, dan pasti anda akan menemuinya.Anda tidak akan dapat mengelak daripadanya.
Jadikanlah ia persembahan terbaik semampu dan seupaya anda. 

DALAM KE LUAR 

Kebanyakan daripada apa yang ada di luar ini datangnya daripada dalam sama ada dari
dalam kepala ataupun hati kita. Situasi luaran adalah keputusan atau hasil daripada apa
yang berlaku terhadap nilai dan pemikiran. Malangnya seringkali kita membiarkan
situasai luaran yang mengawal dan mempengaruhi perasaan dan pemikiran dan
seterusnya mempengaruhi kesan persekitaran dalaman diri kita. Hasilnya kita
terperangkap di dalam pemikiran dan realiti yang negatif. Pemikiran dan perasaan anda
adalah terpisah daripada dunia luar. Sudah pasti anda boleh menjadikannya berkaitan
dengan dunia luaran dan sebaliknya tetapi yang pasti yang dalam itu adalah milik anda
dan anda boleh menjadikannya milik anda sahaja tanpa dapat dipengaruhi oleh orang ,
persekitaran ataupun peristiwa luaran. 

Anda berkuasa untuk mengawal walaupun bagi seseorang yang mempunyai kelemahan
dan kecacatan fizikal yang teruk, tetapi beliau masih boleh mengawal pemikiran dan
perasaannya sendiri. Tidak ada sebab untuk pemikiran anda menekankan apa jua bentuk
negatif kepada dunia luar. Jika adapun terimalah ia seadanya dan jangan berikan ia
kuasa . Musnahkan ia pada peringkat awal lagi. Ambil yang positif sahaja daripada
pemikiran dan perasaan anda dan serlahkannya ke dunia luar dan lihat apakah kesan yang
akan dilhasilkannya terhadap diri anda sendiri , keluarga , masayarakat, negara dan dunia
keseluruhannya.
DUNIA SERBA BERKEMUNGKINAN

 Anda boleh membuat perubahan yang positif. Anda boleh bergerak ke hadapan dari sini,
tanpa mengira siapakah anda atau apakah yang anda miliki atau apakah yang telah anda
lakukan pada masa lalu. Walaupun masa lalu mempunyai kesan yang mendalam terhadap
apa dan siapa anda sekarang ini, ia tidak dapat menghalang anda daripada bergerak ke
hadapan apabila anda dengan penuh keyakinan memutuskan untuk melakukan sesuatu
perkara. Tidak ada sesuatu apapun yang akan dapat menghalang atau memperlahankan
pergerakan anda apabila anda tidak mengendahkannya sama ada orang , kumpulan
ataupun keadaan. 

Orang lain yang sama seperti anda telah dapat melalui dan melepasi halangan yang
kelihatannya sangat besar dan mencabar walaupun terhadap seseorang yang penuh
dengan sikap optimistik. Orang yang seperti anda telah mencapai perkara yang tidak
disangka dan diharapkan akan berjaya oleh orang lain. Tidak terkira banyaknya jalan dan
haluan yang boleh anda ikuti dari sini. Ada setengahnya mencabar dan ada setengahnya
amat menyenangkan. Pilihan tentang arah dan haluan yang akan anda pilih adalah
terletak secara langsung di tangan anda. Bayangkan masa hadapan yang anda harapkan
dan tetapkan hati serta berusahalah untuk memilih jalan yang sesuai yang akan
menmbawa anda ke sana.

JADIKAN SETIAP GANGGUAN BERHARGA 

Anda duduk di meja dengan hasrat untuk menyelesaikan tugasan anda. Tetapi setiap
beberapa saat terdengar komputer anda berbunyi . Semakin kerap ia berbunyi semakin
anda merasa terganggu.Akhirnya anda sampai ke suatu tahap di mana anda sudah tidak
boleh bersabar lagi dengan bunyi gangguan tersebut. Selepas menyiasat puncanya anda
mendapati bahawa setiap kali komputer anda berbunyi RM 50 dimasukkan ke dalam
akaun anda. Kini bunyi yang mengganggu tadi menjadi satu bunyi yang merdu, indah dan
menghiburkan semasa anda menyelesaikan tugasan anda. Apabila sela masa di antara
bunyi itu menjadi panjang dan lama anda menjadi risau dan tertanya- tanya mengapa ia
tidak berbunyi lagi. Anda cuba mencari- cari jalan untuk membuatkan ia berbunyi dengan
lebih kerap lagi. 

Kita semua terganggu sekali seketika oleh sesuatu perkara. Tetapi di manakah punca
gangguan tersebut? Adakah ia berpunca daripada gangguan itu sendiri ataupun daripada
cara atau persepsi kita menerima gangguan tersebut ? Apakah yang sebenarnya membuat
anda merasa terganggu? Bagaimana jika anda dapat menemukan cara untuk menjadi
setiap gangguan itu berharga dan bernilai?/ Adakah ia masih tetap satu gangguan? Sering
kita goyah untuk meneruskan impian dan cita- cita kita kerana gangguan yang terpaksa
dihadapi di dalam merealisasikannya. Tindakan boleh menjadi satu gangguan. Memakai
tali leher contohnya, mungkin membuat anda berasa tidak selesa dan terganggu.
Terperangkap di dalam kesesakan lalulintas membuat anda merasa terganggu.
Mengemaskinikan buku akaun anda juga satu gangguan.Tetapi orang- orang yang
cemerlang dan berjaya mesti menghadapi gangguan di dalam kehidupan mereka dan
kadang- kadang lebih daripada apa yang pernah kita alami. 

Apakah yang berlaku sekiranya anda cuba mengelakkan sesuatu yang anda anggap
sebagai gangguan tetapi sebenarnya ia adalah batu loncatan yang dapat membawa anda
kepada kejayaan? Apabila dapat anda merasa selesa dengan gangguan dan
ketidakselesaan yang perlu untuk mencapai kejayaan, pulangan dan imbuhan yang
menanti anda sesuangguhnya amat memberangsangkan. 

HARAPKAN IA

 Jarang anda akan mendapat lebih dariada apa yang anda harapkan. Jadikanlah satu tabiat
untuk mengharapkan yang terbaik. Harapan anda bukan menjadi realiti dengan
sendirinya, tetapi ia menyediakan halatuju ke arah itu. Apakah yang anda harap akan
dicapai pada hari ini, minggu ini atau pada bulan ini? Bagaimana anda mengharapkan
orang lain akan berhubung atau berkomunikasi dengan anda? Harapan adalah petunjuk
kepada tindakan- tindakan yang bakal kita ambil. Jika kita mengetahui dengan pasti
apakah yang diharapkan daripada kita , ia memberikan perancangan yang jelas tentang
apakah yang akan kita lakukan. Apa sahaja yang anda harapkan dengan ikhlas, bekerja ke
arahnya, memupuknya, anda akan memberikan segala perhatian , tenaga dan usaha
kepada anda kepadanya .Perkara tersebut akan membantu menjadikan harapan anda
sebagai satu realiti.

 Harapan berkuasa mempengaruhi tindakan anda sama ada secara sedar atau diluar sedar.
Jika anda mengharapkan hari ini akan membosankan, maka ia akan menjadi kenyataan.
Jika anda mengharapkan hari ini akan menjadi hari yang produktif dan
memberangsangkan , anda akan mendapati diri anda melakukan perkara dan tindakan
yang menuju ke arah itu. Jadikan mengharapkan sesuatu yang terbaik itu satu tabiat dan
kemudian tetapkan hati, pemikiran dan perasaan anda untuk menjurus ke arah
pengharapan- pengharapan tersebut. InsyaAllah ia akan menjadi kenyataan.

 HORMAT 

Apabila anda menunjukkan rasa tidak hormat kepada seseorang, apakah yang anda dapat
sebagai balasannya ? Tidak ada apa- apa. Ia adalah salah satu cara untuk membazirkan
masa dan tenaga dengan mudah.Sebaliknya apabila anda menunjukkan rasa hormat
kepada seseorang yang lain, sebagai balasannya anda akan lebih dihormati. Adakah
semua orang berhak menerima rasa hormat daripada anda? Tidak semuanya. Tetapi
penghormatan yang diberikan bukanlah satu anugerah . Ia lebih kepada alat di dalam
memahami dan berkomunikasi sesama manusia. Apabila anda menunjukkan rasa tidak
hormat, anda sebenarnya menunjukkan kelemahan anda kepada orang lain. Untuk apa
anda perlu menunjukkan kelemahan anda?

 Orang yang anda hormati anda membalas penghormatan yang diberikan kepada mereka
dengan setimpal dan ini akan membuka banyak pintu- pintu kemungkinan yang positif.
Melaburlah di dalam kekuatan anda dengan menunjukkan rasa hormat kepada orang lain.
Rasa hormat tidak semestinya memberi makna anda bersetuju dengan mereka di dalam
segala hal. Malahan pertelingkahan yang penuh dengan rasa saling menghormati akan
menjadi pemangkin kepada perkembangan dan pencapaian yang positif. Berfikirlah
dengan penuh hormat, bercakap dengan penuh hormat, dan bertindak dengan penuh
hormat kepada orang lain.Sudah pasti ia akan menjadikan anda lebih dihormati dan ia
adalah pelaburan yang menjanjikan dividen dan bonus yang berpanjangan untuk masa
yang akan datang….

IA BOLEH DILAKUKAN 

Sepanjang perjalanan meniti hari ini perhatikan beberapa barang dan perkara yang amat
berguna kepada manusia yang lahir daripada sifat kreativiti seseorang. Perhatikan
bagaimana berkuasanya komputer dan menafaat yang dibawanya sehinggakan anak- anak
sekolah sudah pandai untuk menggunakannya. Begitu juga halnya dengan telefon yang
semakin kecil saiznya tetapi memberi kemudahan kepada anda untuk menghubungi
sesiapa sahaja di muka bumi ini dengan segera. Perhatikan juga buku- buku oleh penulis
yang hebat- hebat, peralatan dan teknologi yang canggih, hasil seni yang mengkagumkan,
rumah yang selesa dan selamat dan senarai ini tidak ada kesudahannya. Semua ini ujud
kerana seseorang mengetahui bahawa ia boleh dilakukan.

 Seseorang mempunyai keyakinan terhadap sesuatu idea, dan mengambil langkah yang
sesuai untuk memperkembangkannya, sering pula bekerjasama dengan orang lain untuk
menjadikannya sebagai suatu realiti. Ke mana sahaja anda melemparkan pandangan, anda
dapat melihat bukti yang jelas nyata dan konkrit bahawa ia boleh dilakukan. Kemana
sahaja anda melihat pencapaian manusia , semuanya di dasari oleh keyakinan bahawa ia
boleh dilakukan. Orang lain telah mencapai dan menyempurnakan matlamat mereka
sebagai memenuhi cabaran. Ini adalah kerana mereka percaya bahawa ia boleh dilakukan.
Mereka menegaskannya bahawa ia boleh dilakukan dan mereka membuktikannya. Anda
juga boleh. Dan sememangnya ia boleh dilakukan. Dan sekaranglah masa yang paling
sesuai untuk memulakannya. 

INTUISI/ILHAM/PSIKIK

 Persepsi anda mungkin boleh pergi lebih dalam daripada yang anda sedari. Pernahkah
anda mengalami perasaan bahawa anda mengetahui sesuatu dengan terperinci sebelum
sesuatu itu berlaku dan kemudian melihat ia berlaku seperti yang anda rasakan itu? Atau
pernahkah anda terfikir tentang seseorang yang sudah lama tidak berjumpa dan tidak
berapa lama kemudian anda bertemu dengannya? Sungguhpun ia kelihatannya luarbiasa ,
sebenarnya ia ujud. Ia adalah kesedaran dalaman persepsi anda tentang sesuatu. Apabila
anda memikirkan sesuatu perkara dengan mendalam , banyak perkara yang dapat anda
lihat dengan terpeinci sebaelum ia menjadi kenyataan. Apabila anda menanam benih
bunga, anda sudah mengetahui bahawa suatu hai nanti benih itu akan membesar dan
mengeluarkan bunga.
 Intuisi nemenghubungkan antara perkara yang berlaku dengan perkara yang akan
berlaku, antara sebab dan akibat. Dan nia memberikan anda persepsi melebihi daripada
sekadar apa yang sedang berlaku di hadapan mata anda sekarang. Kita sering merendah-
rendahkan intusisi kita dan sering menganggapnya sebagai tidak logij dan luar daripada
kebiasaaan . Tetapi ia amat berguna bagi kita. Berilah perhatian yang wajar terhadap
intuisi anda dan uia akan membantu anda melihat lebih daripada apa yang sedia ada.
Hormati apa yang didedahkannya dan anda akan lebih memahami dengan mendalam apa
yang sedang berlaku di sekeliling anda .

 JADIKAN LEBIH BAIK 

Jika anda tidak berpuas hati dengan apa yang ada, jadi anda perlu menyibukkan diri anda
membayangkan apa yang anda idamkan/inginkan. Memperbaiki dau menggantikan apa
yang tidak diingini adalah lebih efektif daripada hanya sekadar menolaknya sahaja.
Mengerjakan sesuatu ke arah kebaikan dan penambahbaikan adalah lebih baik dari
sekadar merungut sahaja. Daripada menghabiskan masa dan tenaga anda dengan
merungut ,desak diri anda agar memperbaiki keadaan. Menolak diri anda ke hadapan
adalah lebih baik daripada menentang apa yang tidak anda ingini. Di dalam setiap situasi
akan ada orang yang merungut dan akan ada yang bersedia untuk menjadi mangsa untuk
dipersalahkan. Dan akan sentiasa ada serta perlu ada orang yang melihat peluang yang
terselindung dan tersembunyi di dalam setiap sesuatu keadaan. Yang mana satukah
pilihan anda ? 

Jika ada sesuatu yang tidak anda sukai di dalam apa jua keadaan , peristiwa dan
perorangan, jadikan ia lebih baik. Bukannya sukar untuk melihat sesuatu yang tidak
diingini daripada perspektif yang membina dan membayangkan bagaimana sesuatu
situasi itu boleh dijadikan lebih baik. Berusahalah biar bagaimana sedikit sekalipun untuk
memperbaiki keadaan dan jangan habiskan masa dan tenaga anda dengan merungut dan
mencari sesuatu untuk dipersalahkan. Jadikan sesuatu itu lebih baik. 

JADILAH SEORANG YANG KUAT

 Anda perlukan kekuatan untuk bersopan terhadap seseorang yang kurang-ajar terhadap
anda. Anda perlukan kekuatan untuk mengatakan kebenaran walaupun pada ketika itu
kebohongan lebih mudah. Anda perlukan kekuatan untuk melakukan sesuatu yang
kelihatannya tidak selesa dan tidak menyenangkan untuk diselesaikan. Kekuatan
diperlukan untuk menghadapi halangan walaupun lebih mudah untuk menyerah kalah.
Anda perlukan kekuatan untuk membina masa hadapan. Kekuatan diperlukan untuk
mengalahkan godaan.Kekuatan diperlukan untuk melakukan sesuatu yang betul.
Kekuatan diperlukan untuk berusaha melakukan sesuatu walaupun lebih mudah untuk
mencari alasan. Di dalam masa yang sama kekuatan datangnya daripada melakukan apa
yang betul.Kekuatan datangnya daripada kebenaran .Kekuatan datangnya daripada
membina masa hadapan.

 Kekuatan datangnya daripada usaha, kekuatan datangnya daripada ketabahan. Jadilah


seorang yang kuat dan anda akan menjadi lebih kuat. Kekuatan akan memberikan
kemegahan.Kekuatan anda akan memberikan kejayaan . Anda mempunyai kekuatan
dalam pelbagai bentuk dan gaya yang tersendiri.Carilah dan gunakanlah ia dengan sebaik
mungkin untuk memperbanyakkan usaha- usaha ke arah kebaikan

KALAULAH….

 Kalaulah anda bercadang untuk melakukan sesuatu, sekaranglah masanya. Kalaulah anda
ingin menjadi seperti seseorang yang anda idamkan, sekaranglah masa untuk bermula.
Kalaulah anda ingin memenuhi kemungkinan yang sudah pastinya milik anda ,
sekaranglah masanya untuk memulakannya. Kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan
dan kekayaan adalah di tangan anda , tetapi ia tidak akan datang bergolek dan melayang
begitu sahaja. Ia memerlukan penglibatan yang menyeluruh dan bersungguh- sungguh.
Sekaranglah masa untuk menjadikannya sebagai satu kenyataan. Masa lalu telah lama
pergi menghilang dan masa akan datang belum pasti milik anda. Sekarang adalah sesuatu
yang sudah pasti di dalam gengaman anda. Sekaranglah masanya untuk membuat
sebarang perubahan. Apakah impian, harapan dan cita- cita anda? Sekarang adalah masa
untuk mengikuti semua itu dan menjadikannya sebagai satu kenyataan. 

Sekaranglah masanya untuk bertindak. Menangguhkanya akan membuat anda tertipu dan
menjadikan impian, harapan dan cita- cita sebagai satu angan kosong. Lakukanlah,
bertindaklah dan hiduplah dengan sebenarnya sekarang! Sekaranglah peluang yang
terbesar yang pernah jatuh keribaan anda lebih daripada apa yang dapat anda impikan. 

KATAKAN 'YA'

 Saban hari kita dihadapkan dengan berbagai perkara yang memerlukan kita untuk
mengatakan 'tidak'. Jika ini tidak kita lakukan maka kita akan terasak dan terjerat oleh
perkara dan maklumat yang datang kepada kita pada setiap saat. Malangnya tabiat
mengatakan 'tidak' akan menjadikan kita terbatas dari segi pemikiran dan tindakan. Kita
perlu belajar untuk mengatakan 'tidak' pada kebanyakan masa dan bersedia untuk
memberikan ruang kepada diri kita sendiri untuk mengatakan 'ya' pada beberapa ketika
yang lain.Di celah- celah kebisingan dan gangguan yang datang kepada kita ada terselit
harta karun yang amat bernilai. Selalunya yang terbaik adalah yang paling tidak selesa
sekali untuk kita menerimanya. Walaupun mengatakan 'tidak' itu satu keperluan , berhati-
hatilah agar ia tidak menjadi satu alasan semata- mata. 

Perhatikanlah perkara- perkara yang mempunyai nilai yang murni untuk anda
mengatakan 'ya' kepadanya.Cabarlah diri anda untuk keluar daripada kepompong
keselesaan sedikit demi sedikit setiap hari. Carilah peluang untuk mengembangkan diri
anda ke arah horizon yang menambahkan kekayaan di dalam segenap aspek kehidupan.
Di dalam keinginan anda untuk mengelak daripada yang negatif, berhati- hatilah agar
anda tidak mengenepikan yang positif. Tetapkan diri anda waras dan terfokus pada setiap
masa dengan mengatakan 'tidak' di samping menjadikan kehidupan anda bersinar dengan
bersedia untuk mengatakan 'ya'.
KAWALAN 

Jika anda sedang membaca ini, cuba sentuh hujung jari telunjuk kiri anda dengan hujung
jari telunjuk kanan anda . Sentuh sekadar mempertemukan hujung jari sahaja.
kelihatannya ia suatu perkara yang cepat dan mudah. Tetapi sebanarnya anda telah
melakukan satu perkara yang amat berkuasa dan kompleks. Anda telah dengan tepat
menenang dan menuju ke arah sasaran anda dengan begitu tepat dan cepat sekali. Anda
juga telah mengawal regangan dengan baik dengan sekadar menyentuhnya sahaja dan
tidak menekan. Latihan ini menunjukkan bahawa anda mempunyai kawalan terhadap
segala tindakan anda . Setiap detik anda mempunyai kawalan terus terhadap diri anda.
Anda mengawal makanan yang masuk ke dalam badan melalui mulut dan anda mengawal
perkataan yang keluar daripada mulut anda. 

Anda mengawal setiap pergerakan anda sejak bangun tidur pada awal pagi sehinggalah
anda kembali merebahkan badan setelah hari berakhir pada malam nanti. Kawalan anda
pada masa lalu telah membawa anda ke sini pada hari ini. Dengan mengawal tindakan
anda boleh membawa diri anda ke mana sahaja yang anda inginkan. Apabila terlintas
sahaja di dalam fikiran anda untuk mencapai sesuatu yang berada di luar jangkauan anda
ingatlah latihan yang telah anda lakukan di atas. Anda yang mengawal dan anda mampu
melakukan apa sahaja yang anda inginkan.

KEBENCIAN 

Kebencian ialah suatu ikatan. Ia membentuk ikatan yang cukup kuat di antara anda
dengan orang yang anda benci. Adakah itu yang anda inginkan ? Masa dan tenaga yang
diambil oleh kebencian itu adalah masa anda. Adakah itu caranya untuk anda
menggunakan masa anda? 

Anda tidak perlu menyukai seseorang sebagai ganti kebencian anda kepadanya.
Bersedialah untuk memaafkannya. Membawa bersama perasaan marah dan benci adalah
suatu beban. Bayangkan bagaimana bahagia dan berharganya kehidupan ini tanpa
dibebani oleh kedua- dua perasaan tersebut. Tidak semestinya anda mesti menerima
sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan begitu sahaja. Dan bukan ertinya
anda memberikan kebenaran ia berulang. Ia memerlukan agar anda bersedia untuk
melepaskannya begitu sahaja. Melepaskan ia berlalu dan memaafkan tidak
menyelesaikan masalah dan kesulitan yang timbul tetapi ia membebaskan anda daripada
perasaan kebencian itu. Carilah jalan untuk melakukannya dan ubah fokus anda untuk
masa hadapan

KEINGINAN YANG MELUAP- LUAP 

Adalah suatu keinginan yang meluap- luap untuk kita memperolehi sesuatu tanpa perlu
melakukan sesuatu apapun. Adalah juga suatu keinginan yang meluap- luap bahawa di
dalam setiap perkara ada jalan ringkas ke sana. Begitulah juga halnya apabila anda
berfikir bahawa anda boleh mengelakkan kesan yang negatif hasil daripada gelagat anda
yang memusnahkan dan merosakkan. Apabila kita mempunyai keinginan yang meluap-
luap untuk melakukan sesuatu , ada kekeliruan yang mungkin timbul. Mungkin ganjaran
yang terlalu diharapkan ataupun perasaan terlalu suka atau keinginan yang melulu
sehingga kita melihatnya sebagai sesuatu yang teramat perlu dilakukan. Kita mungkin
gagal melihat akibat atau kesan buruk yang mungkin terjana hasil daripada pemikiran dan
tindakan kita nanti.

 Menjadi seorang yang positif tidak semestinya mengenepikan kesan negatif yang
mungkin terhasil daripada tindakan yang kita ambil. Hidup dengan positif datangnya
daripada usaha mengelakkan kesan yang negatif daripada gelagat yang merosakkan yang
sudah pasti membawa kita ke sana. Apa sahaja yang akan anda lakukan pada masa akan
datang yang kelihatannya bertentangan dengan kesedaran anda , ingatlah bahawa ia
sebenarnya suatu pembohongan yang akan membuat anda menyesal tanpa kesudahan.
Jadilah seorang yang positif dengan melihat sesuatu yang negatif dengan jelas dan cuba
untuk mengelakkan diri daripadanya. 

KEJAYAAN TANPA SYARAT 

Kejayaan akan datang dengan lebih pasti dan pantas kepada sesiapa yang tidak
meletakkan sebarang syarat ke atas segala usahanya. Sikap mementingkan keselesaan
tidak akan membawa anda ke mana- mana . Sikap " Berkorban apa sahaja" adalah sesuatu
yang hampir- hampir mustahil untuk di gugat. Apakah prioriti anda ? Keselesaan atau
kesungguhan? Apakah yang lebih anda pentingkan? Keselesaan atau pencapaian?
Adakah anda mencari jalan mudah ataupun cara yang paling berkesan untuk maju ke
hadapan ? 

Usaha dan kesungguhan tanpa syarat akan membuahkan kejayaan tanpa syarat juga.
Apabila peluang menunjukkan muka jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Keselesaan
adalah pilihan manakala ketidakselesaan ada kemestian. Anda akan diganggu ketika
menonton rancangan kegemaran anda di tv untuk memandu ke luar bandar atau terbang
ke seberang sana dunia. Anda mungkin perlu menemui muka- muka yang baru , belajar
kemahiran yang baru atau bangun pada awal- awal pagi. Apa sahaja yang datang biar
berapa lama masa yang diambilnya, ia pasti akan membuahkan hasil. 

KEJUTAN

Setiap hari penuh dengan kejutan. Ada setengahnya menggembirakan manakala ada
setengahnya mendukacitakan. Terimalah hakikat bahawa semua itu akan berlaku juga
tanpa anda perlu risaukan tentangnya.Rancang dan bertindaklah dengan bijak tetapi
jangan risau dan merungut. Ia tidak akan membawa anda ke mana- mana. Habiskan masa
dan tenaga anda dengan kreatif dan produktif tanpa perasaan marah, cemburu atau risau .
Lakukanlah segala sesuatu dengan terbaik tanpa terlalu memikirkan bagaimana untuk
melakukannya dengan sesempurna mungkin.

 Layanilah orang lain dengan ikhlas tanpa terlalu memikirkan apakah yang mereka
fikirkan tentang diri anda. Jadilah diri anda yang sebenarnya tanpa merasa takut.
Terimalah segala sesuatu seadanya dan bergeraklah dari situ ke arah mana sahaja yang
anda impikan. Anda mempunyai banyak masa , tenaga dan sumber yang sedia untuk
digunakan , lebih daripada mencukupi untuk membina kehidupan yang anda ingini.
Jangan bazirkan semua itu untuk sesuatu yang tidak berfaedah dan sia- sia. Kejutan akan
sentiasa datang. Terimalah dengan penuh persediaan tanpa sebarang
ketakutan.Hidupkanlah setiap saat daripada kehidupan ini dengan tujuan yang positif dan
setiap hari anda anda menjadi hari yang penuh bererti. 

KEKECEWAAN 

Pernahkah anda mengalami kekecewaan ? atau dikecewakan ? Pertimbangkan ini.


Kekecewaan tidak datang daripada persekitaran dan keadaan. Keadaan dan persekitaran
yang sama boleh membuat seorang yang lain gembira manakala yang lain tidak.
Kekecewaan datangnya daripada pengetahuan anda bahawa keadaan boleh menjadi lebih
baik. Masalah timbul apabila anda tidak mampu untuk membayangkan keadaan yang
lebih baik itu.

 Apabila anda kecewa itu adalah kerana anda mempunyai visi yang positif , anda melihat
dan tahu bagaimana baiknya kehidupan ini sepatutnya. Fikirkan tentangnya. Tidakkah ia
sesuatu yang hebat ? Pada masa akan datang jika anda kecewa atau dikecewakan,
sedarlah bahawa anda sebenarnya sibuk membayangkan kehidupan lain yang lebih baik
atau yang sepatutnya lebih baik daripada apa yang sedang anda capai sekarang. Fokuskan
kepada keadaan yang ada sekarang dan bukannya kemungkinan (apa yang sepatutnya
berlaku ). Kekecewaan yang terfokus ini akan menjadi satu tenaga penggerak yang cukup
besar yang dapat membawa anda keluar daripada lingkungan kekecewaan itu kepada
sesuatu yang lebih baik dan lebih hebat. Gunakan tenaga yang terpendam di dalam
kekecewaan itu untuk menzahirkan kemungkinan yang anda harapkan

KEINGINAN 

Keinginan memisahkan sesuatu yang mungkin dengan sesuatu yang mustahil dicapai.
Segala sesuatu adalah di dalam lingkungan berkemungkinan untuk dicapai sekiranya
anda mempunyai keinginan yang secukupnya untuk menjadikannya sebagai suatu
kenyataaan. Pengetahuan, bakat, keupayaan dan sumber yang dimiliki akan terarah
dengan sendirinya ke arah sesuatu yang anda berikan keinginanan yang lebih daripada
yang lain. Jika keinginan anda lebih kepada mendaki gunung, anda akan mendapat jalan
untuk menjayakannya. Begitu juga halnya jika keinginanan anda ialah duduk - duduk
dengan santai di hadapan peti televisyen sambil mengunyah kacang, maka anda akan
menemui jalan untuk mencapainya.

 Jika keinginan anda kelihatannya tidak bermaya itu adalah disebabkan oleh kekurangan
pengetahuan ataupun maklumat. Kita tidak boleh menginginkan sesuatu yang tidak kita
ketahui dengan pasti.Yakinkan diri anda bahawa kehidupan ini menawarkan apa sahaja
yang terbaik untuk anda , maka keinginan anda akan bersemarak dan membara. Kita telah
berjaya memenuhi dan mencapai keinginan kita yang sebenar . Apa sahaja yang anda
inginkan dengan tulus dan ikhlas sudah pasti anda akan dapat memilikinya. Belajarlah
untuk menjuruskan keinginan anda kepada apa sahaja yang terbaik yang ditawarkan oleh
kehidupan ini kepada anda. 

NILAI KETAKUTAN

 Ketakutan ada gunanya jika anda memutuskan untuk menjadikan ia sesuatu yang
berguna. Ketakutan bukan untuk menghentikan anda , tetapi ia membuat anda bersedia.
Ketakutan kadangkala amat kuat sehingga ia boleh menjadi alasan untuk tidak melakukan
sesuatu perkara. Kekuatan yang sama apabila di arahkan kepada cara dan tujuan yang
positif akan menjadikan segala tindakan yang diambil menjadi lebih efektif. Ketakutan
mempertajamkan kesedaran anda. Ini sebenarnya memberikan banyak kelebihan kepada
anda. Ketakutan menunjukkan apakah kesilapan yang mungkin berlaku supaya anda
bersedia untuk berhadapan dengan sebarang halangan yang mungkin akan timbul.

Ketakutan memberikan anda kejutan yang boleh disalurkan menjadi semangat lebih
bernyala. Ketakutan akan membuat anda terfokus lebih daripada yang lain. Dengan fokus
yang mencukupi tidak ada had kepada apa yang mungkin anda capai. Rasakan ketakutan
anda dan jangan cuba untuk bersembunyi daripadanya. Terimalah ia seadanya. Gunakan
ia untuk menggerakkan anda dengan penuh kuasa dan tenaga ke hadapan

KETEPIKAN SEGALA YANG NEGATIF 

Amat mudah untuk menjadi seorang yang positif apabila hari begitu cerah dan segala
sesuatu berjalan seperti yang telah dirancangkan. Sukar untuk tidak menjadi seorang yang
positif pada hari yang begitu sifatnya.. Keberkesanan untuk menjadi seorang yang positif
teruji apabila hari muram dan apabila segala yang dirancang tidak berjalan dengan baik.
Hari- hari yang begitu sifatnya sebenarnya penuh dengan peluang untuk mengubah diri,
keluarga, masyarakat dan dunia keseluruhannya. Bagaimana untuk melakukannya?
Apabila anda di dalam keadaan yang negatif dari segi pemikiran, perkataan , perasaan,
dan perbuatan/tindakan, sukar untuk menjadi positif kerana anda cenderung untuk
mengkritik segala sesuatu walaupun terhadap keinginan anda untuk menjadi positif. 

Cara keluar yang paling mudah ialah dengan menggunakan perasaan negatif itu sendiri
untuk menghancurkan dirinya sendiri. Daripada bersusah payah mencari jalan untuk
menjadi positif, cari jalan untuk mengkritik dan mempersoalkan perasaan negatif anda
itu. Anda sememangnya sedang mengkritik segala sesuatu, jadi sudah pasti mudah untuk
anda mencari kelemahan di dalam pandangan anda yang negatif itu. Katakan kepada diri
anda:" Perasaan negatif ini tidak membawa sebarang faedah. Bagaimana boleh saya
menghabiskan masa dan tenaga untuk kerja yang tidak berfaedah ini?." Jadilah seorang
yang benar- benar negatif terhadap pandangan negatif anda itu sehingga anda tidak
mempunyai peluang yang lain selain daripada menjadi seorang yang positif. Daripada
menghabiskan masa untuk menawan perasan yang gundah-gulana , berikan ia kuasa
untuk memusnahkan dirinya sendiri. Akhirnya anda tidak mempunyai pilihan lain selain
daripada menjadi seorang yang positif secara jujur dan ikhlas terhadap diri anda sendiri. 

KEYAKINAN 

Setiap tindakan yang anda ambil memberikan anda keyakinan untuk mengambil langkah-
langkah selanjutnya. Keyakinan datangnya daripada tindakan. Jika anda kekurangan
keyakinan, lakukan sesuatu terhadapnya. Lakukan sesuatu. Ambil sebarang tindakan.
Tidak kira biar bagaimana kecil sekalipun keyakinan yang anda miliki , pasti ada
sebarang tindakan yang boleh anda ambil dengan keyakinan yang sedikit itu. Teruskan
dan ambil sebarang tindakan. Ambil langkah yang pertama itu. Teruskan sedikit demi
sedikit sehingga anda mempunyai keyakinan untuk mengambil langkah yang seterusnya.

Keyakinan adalah sesuatu yang terbina dengan tindakan. Tidak ada sesiapa yang dapat
memberi atau menjualnya kepada anda. Keyakinan mesti datang daripada anda sendiri.
Bagaimana kekurangan keyakinan menghalang anda ? Apa yang boleh anda lakukan
untuk membina keyakinan yang anda perlukan ? Apakah tindakan yang kecil yang anda
mempunyai keyakinan untuk melakukannya yang dapat meletakkan anda di atas landasan
yang dapat memberikan anda lebih banyak keyakinan? Bermulalah di mana sahaja anda
berada sekarang ini. Pasti ada sesuatu yang boleh anda lakukan. Ambil daya usaha ke
arah itu. Bina keyakinan anda sedikit demi sedikit dan ia pasti akan menjadi pembantu
anda yang paling setia kelak.

KITARAN BALAS REAKSI 

Apa sahaja perkara yang positif yang anda lakukan merupakan satu reaksi yang bakal
menggamit tindakbalas. Ia adalah satu perkara yang berkitar dan berkesinambungan
sehingga amat sukar untuk kita mengira apakah kemungkinan yang akan dihasilkannya.
Apa sahaja yang anda lakukan kepada orang lain akan kembali kepada anda dengan
kesan yang berganda. Apa sahaja yang anda perkatakan, lakukan atau fikirkan akan
menyelinap masuk kedunia nyata dan akan kembali kepada anda berkali- kali ganda
kesannya sama ada dengan cepat ataupun lambat. Lebih lambat kembalinya kepada anda
lebih besar kesannya kepada anda. Apakah dunia yang ingin anda harapkan untuk
meneruskan kehidupan ini? Apakah kitaran balas reaksi yang anda harap akan berputar
mengelilingi anda ? 

Adalah dianggarkan bahawa anda secara personalnya terikat dengan orang lain di dunia
ini tidak lebih daripada enam ganda bagi sesuatu masa dan keadaan. Dengan kitaran balas
yang anda hasilkan melalui pemikiran, perkataan dan tindakan akan menjadi lebih kuat
dan kembali ke puncanya melalui arah yang tidak dapat anda pastikan ataupun
jangkakan. Ia kelihatannya sebagai sesuatu yang ajaib, tetapi itulah hakikat kehidupan
yang perlu anda terima sama ada secara rela ataupun terpaksa. Ini menunjukkan betapa
besarnya pengaruh pemikiran, perkataan dan perbuatan anda terhadap dunia dan seisinya
yang menjadi pentas kehidupan anda ini. Pergunakanlah ia dengan sebijaksana mungkin. 

KUASA AKIBAT 

Setiap sesuatu yang anda lakukan ada akibatnya. Mungkin ia sesuatu yang membawa
kepada menafaat ataupun sebaliknya bergantung kepada apa yang anda lakukan. Anda
bukanlah seperti bulu sehelai yang boleh ditiup angin ke mana- mana. Anda mempunyai
kuasa dan kawalan ke atas nasib anda, berdasarkan kepada tindakan yang anda ambil.
Jika tindakan anda tidak ada kesannya , ertinya anda tidak mempunyai kuasa ataupun
pengaruh. Akibat dan kesan daripada perbuatan kita menunjukkan beban atau
tanggungjawab yang kita pikul. 

Kuasa dan pengaruh yang anda miliki untuk mempengaruhi dunia anda adalah terletak di
dalam akibat yang terhasil daripada tindak-tanduk anda.Anda mengambil tindakan dan
terhasillah keputusan. Sama ada ia negatif atau positif , baik ataupun buruk bukan
bergantung kepada keputusan itu sendiri tetapi lebih banyak dipengaruhi oleh bagaimana
anda menggunakan keputusan yang terhasil itu untuk sesuatu yang lain. Fahami dan
terimalah implikasi daripada akibat dan hasil serta kesan daripada perbuatan anda dan
anda mempunyai kuasa untuk pergi ke mana sahaja anda idamkan. 

KUASA DI DALAM MEMAHAMI 

Banyak masalah yang boleh diselesaikan atau dielakkan jika ramai yang mengambil
usaha cuba untuk memahami dan menilai segala sesuatu dari sudut pandangan orang lain.
Banyak peluang dan kemungkinan akan diperkembangkan jika mereka yang terlibat
mencari ruang dan peluang untuk lebih memahami orang lain. Empati dan kefahaman
yang mendalam bukan sekadar satu perkara baik yang perlu dilakukan. Ia adalah satu
strategi yang cukup berkuasa yang dapat membantu anda mencapai keberkesanan.
Semakin baik anda mengetahui sudut pandangan orang lain , semakin berjaya anda
berurusan dengan orang tersebut. Peluang dan nasib baik di dalam dunia ini terbentuk dan
terujud kerana ada seseorang yang memahami apa yang sebenarnya diperlukan oleh
orang lain. Tidak kurang banyaknya peluang yang terjejas dan terlepas kerana semata-
mata tidak memahami. Atau tidak cukup memahami. 

Di dalam dunia yang serba pantas ini , ramai yang tidak mengambil endah dan peduli
tentang orang lain di sekeliling mereka. Apatah lagi mengambil usaha dan inisiatif untuk
memahami mereka. Ini adalah satu kerugian yang cukup besar dan cukup mahal
harganya. Ambillah daya usaha untuk menyedari, menimbangkan dan memahami serta
menghargai orang- orang lain di sekeliling anda. Ia adalah salah satu cara yang amat
berkuasa untuk mempertingkatkan kehidupan anda. Tidak semestinya anda terpaksa
bersetuju dengan pandangan dan pendapat orang lain di dalam sesuatu perkara, hanya
cubalah untuk memahami mereka. Ia akan membuahkan hasil yang cukup besar dan
membawa kepada perubahan yang positif kepada semua yang terlibat. 

LAKUKAN JUGA 

Walaupun anda telah berusaha dengan sebaik mungkin tetapi masih gagal mencapai
kesempurnaan yang anda idam-idamkan, jangan berhenti, terus lakukan juga apa yang
sedang anda lakukan sekarang. Jika anda memikirkan masalah yang mungkin
menghalang., lakukan juga. Jika orang lain sentiasa mengkritik apa sahaja yang anda
lakukan, terus lakukan juga. Banyak alasan untuk tidak melakukan sesuatu perkara,
lakukan juga. 

Pada masa yang lepas sering anda dikecewakan, lakukan juga. Cabaran akan menjadikan
anda berasa kecil dan tidak selesa, lakukan juga. Banyak masa dan tenaga akan
diperlukan, lakukan juga. Anda tahu apa yang perlu anda lakukan . Anda juga tahu
apakah tindakan yang akan membuahkan hasil yang anda harapkan. Anda tahu juga
dengan pasti apakah yang betul dan salah. Anda boleh menghabiskan masa untuk
mencari alasan , tetapi apakah faedahnya ? Berusahalah seupaya mungkin untuk mencari
kecemerlangan dengan melakukan perkara yang betul. Lakukan apa yang semestinya
dilakukan. Lakukan juga walaupun banyak alasan boleh diberikan . Lakukan juga.
Ujudkan perubahan . Pergilah ke tahap yang lebih jauh dan lebih tinggi daripada tahap di
mana anda berada sekarang. 

LAYAN DIRI ANDA DENGAN BAIK 

Apakah yang akan anda lakukan jika ada seseorang yang melayan anda sama seperti anda
melayan diri anda sekarang ini? Bagaimanakah tindakan anda sekiranya seseorang
mengkritik anda sama seperti caranya anda mengkritik diri sendiri ? Apakah yang akan
terjadi sekiranya ada seseorang yang memaksa anda bergelagat dengan gelagat yang
merendah- rendahkan diri sendiri seperti yang sedang anda lakukan sekarang ini?
Bagaimana jika ada seseorang yang menghalang anda daripada menikmati kehidupan ini
sama seperti anda menghalang diri anda sendiri daripada menikmati keindahan kehidupan
ini? Sudah barang pasti tanpa ragu- ragu lagi anda akan berasa marah dan amat
tersinggung.Mungkin anda akan membawa kes ini ke mahkamah atau membuat laporan
polis ataupun cuba membalas dendam.Tetapi itulah yang sedang anda lakukan terhadap
diri sendiri tanpa anda sedari. 

Jika anda tidak akan membenarkan seseorang melayan anda sebegitu rupa bagaimana
mungkin anda membenarkan anda melayan diri anda sendiri sebegitu rupa? Anda
mempunyai kawalan terhadap tindakan, pemikiran dan perasaan anda sendiri.Hentikan
gelagat yang melemahkan dan merendah- rendahkan diri anda sendiri ini. Izinkan diri
anda untuk hidup , benarkan diri anda untuk berjaya dan biarkan diri anda menikmati
kehidupan ini. Berlaku baiklah terhadap diri sendiri . Diri anda memang layak dan amat
memerlukan layanan yang baik.

LEBIHKAN BELAJAR 

Apa sahaja ilmu pengetahuan yang sudah sedia ada sebenarnya adalah satu asas yang
cukup kukuh untuk anda belajar dengan lebih mendalam. Malangnya ia juga kadang-
kadang boleh menjadi batu penghalang yang cukup kukuh. Sering semakin banyak yang
kita ketahui tentang sesuatu perkara , semakin kurang keinginanan anda untuk
mengetahui dengan lebih mendalam. Pemikiran ini adalah diasaskan kepada andaian
bahawa di sana ada batas dan sempadan kepada pembelajaran. 

Sebenarnya ilmu pengetahuan tidak mempunyai batas dan sempadan. Dunia sedang
berubah dengan kadar yang begitu cepat. Di dalam bidang ilmu yang khususpun,
maklumat bertambah dengan begitu cepat dari hari ke hari. Ilmu pengetahuan yang telah
sedia anda miliki akan dapat banyak membantu anda memahami perkara yang baru.
Sebenarnya apa yang telah anda ketahui banyak bergantung kepada keinginan anda untuk
menjadikannya asas untuk mengetahui perkara yang sama dengan lebih lanjut dan
mendalam lagi. Jangan berhenti belajar . Cabar dan pupuk ilmu pengetahuan yang sedia
ada setiap hari untuk menjadikannya dinamik dan hidup. 

MEMENUHI HARI 

Setiap hari yang mendatang adalah umpama sebuah kotak yang kosong yang minta diisi.
Ia boleh disikan dengan barang yang berharga ataupun sampah sarap yang tidak berguna
lagi. Banyak perkara yang dimasukkan ke dalam kotak tersebut kerana ia sudah menjadi
tabiat kita dan proses ini berlaku tanpa berfikir kerana ia mudah dan selesa. Sehingga
kadang- kadang ia tidak memberi ruang dan peluang kepada perkara yang lain. Jika anda
akan membuka kotak tersebut setahun dari tarikh hari ini, apakah yang anda harapkan ia
akan menjadi sesuatu yang benar- benar berharga pada masa tersebut ? Bolehkah kotak
ini dibezakan daripada kotak- kotak yang lain? Sebaik sahaja kotak pada hari ini dipenuhi
ia terus tertutup dengan rapat. Anda tidak boleh lagi mengisi atau mengeluarkan satu
apapun kepada ataupun daripadanya. 

Apabila sesuatu hari berakhir maka berakhirlah peluang anda untuk menjadikannya harta
benda yang bernilai ataupun membiarkan ia dipenuhi dengan sampah sarap .
Walaubagaimanapun subuh esok sebuah kotak akan diberikan kepada anda lagi untuk
diisi dengan segala kemungkinan. Setiap hari adalah penuh dengan seribu satu macam
peluang. Jadikan ia sesuatu yang istimewa. Penuhkan mereka dengan kehidupan .
Terimalah ia sebagai sesuatu yang terlalu berharga untuk dibazirkan begitu sahaja. 

MENCARI KESEMPURNAAN 

Kesempurnaan dapat dicari melalui pengalaman. Pengalaman pula penuh dengan


kesilapan. Jika tidak begitu halnya tidak banyak yang dapat kita pelajari daripadanya.
Adalah sesuatu yang menjadi impian kepada semua orang untuk mencapai
kecemerlangan dan kesempurnaan, tetapi suatu kesilapan besar jika mengharapkan ia
tercapai tanpa sebarang kesilapan. Ada harga yang perlu dibayar untuk mengharapkan
yang terbaik daripada diri anda sendiri. Anda juga perlu membayar untuk menjadi
seorang yang realistik, jadi bersabarlah. 

Kesempurnaan adalah satu tahap yang diharapkan akan dapat dicapai dan bukannya satu
titik permulaan. Biarkan keinginan menolak anda ke arahnya, tetapi janganlah sampai
ketiadaan keinginan melambat dan menghentikan pergerakan anda. Jika anda ingin
menyudahkan sesuatu, anda kena memulakan sesuatu . Anda perlu bermula di mana anda
berada sekarang ini. Dalam dunia yang serba cepat dan cekap ini segalanya berbentuk
segera. Tetapi sesuatu yang bernilai dan tahan lama memerlukan masa dan usaha yang
banyak dan berkekalan. Tujuilah kecemerlangan dan kesempurnaan dan carilah jalan
yang kurang selesa ke sana agar anda tidak terlalai kerana terlalu lama berada di atas
lebuhraya sempurna untuk mencari dan menuju ke arah kesempurnaan. 

MENCUKUPI

 Dalam kesibukan hidup di dunia yang serba cepat ini sering kita menafikan nikmat yang
selama ini kita nikmati. Bagaimana rasanya jika kita mempunyai segalanya di dalam
kuantiti yang mencukupi - cukup wang, cukup masa, cukup ramai kawan, cukup besar
rumah, cukup banyak perkara yang menarik untuk dilakukan…..Jika anda sentiasa
berusaha untuk mendapat lebih daripada segala yang anda ada ertinya anda tidak
berkecukupan dengan apa yang anda ada. Perasaan berkecukupan ini adalah hasil
daripada sikap yang berfungsi sama seperti akaun di bank. Jika anda mempunyai
simpanan yang mencukupi anda akan berasa bahagia dan gembira.Mempunyai jumlah
deposit yang mencukupi di bank tidak menghalang anda untuk mencari wang yang lebih
untuk didepositkan lagi dan lagi. Sebaliknya mempunyai sesuatu dalam jumlah yang
mencukupi sering menggalakkan kita untuk mendapatkannya di dalam jumlah yang lebih
banyak.

 Kemewahan mengalir di dalam kehidupan ini selari dengan sikap bersyukur seseorang.
Tetapi sukar untuk menunjukkan sikap bersyukur sekiranya anda berterusan
memfokuskan perhatian anda kepada usaha untuk mendapatkan lebih banyak segala
sesuatu. Bagaimana mungkin anda seorang yang bersyukur dan berterima kasih dengan
apa yang anda sedangkan anda sibuk mencari lebih banyak lagi ? Bagaimana mungkin
anda menikmati pengalaman kemewahan sekiranya pemikiran anda dipenuhi dengan
ketidakcukupan? Adakah cita- cita terhenti apabila kita berkecukupan? Tidak, seiring
dengan rasa bersyukur yang ikhlas kerana mempunyai sesuatu di dalam jumlah yang
mencukupi datang seiring dengan keinginan yang juga ikhlas untuk menambahkan apa
yang sedia ada.

 Teruskanlah memfokuskan perhatian anda kepada mempersembahkan potensi anda yang


terbaik dengan apa yang anda miliki dan anda akan sentiasa mempunyai segala sesuatu di
dalam jumlah yang mencukupi.
MERDEKA DIRI 

Adakah anda ingin merdekakan diri anda daripada segala bebanan . Lakukanlah sesuatu
terhadapnya. Walaubagaimana kecil sekalipun sesuatu perkara itu ia akan menjadi
semakin besar dan membebankan dari masa ke masa. Sesuatu perkara yang tidak
diselesaikan akan mengambil masa anda setiap kali anda memikirkan tentangnya. Ia
mencengkam minda anda dengan kebimbangan dan keraguan. Ia melambatkan
pergerakan anda dan menjadikan anda sebagai hambanya. Semakin segera tindakan anda
ambil segalanya akan berubah. Daripada menjadi hamba kepada sesuatu masalah , anda
menjadi tuan kepada persekitaran yang melingkungi anda.

 Fikirkan bagaimana hebat rasanya apabila anda dapat menyelesaikan sesuatu yang sejak
lama dahulu menghantui pemikiran anda. Kenapa perlu anda bertangguh walaupun sesaat
lagi ? Berapa banyak tenaga yang terbang begitu sahaja setiap hari apabila anda risaukan
tentang sesuatu yang perlukan perhatian dan tindakan? Berapa banyak perkara lain yang
boleh anda lakukan jika anda tidak terbeban dengannya ? Mengenepikan masalah tidak
akan menyelesaikannya. Ia hanya disebelahkan untuk seketika dan akan terus menyedut
tenaga anda setiap masa dan setiap hari selagi ia belum diselesaikan. Merdekakan diri
anda daripada segala bebanan dengan melakukan sesuatu yang positif terhadapnya,
sekarang juga!

PANDANG KE HADAPAN

 Punca utama kekecewaan ialah andaian bahawa masa hadapan adalah sama dengan masa
lalu. Adalah sukar untuk meneruskan kehidupan ini apabila pengalaman lalu memberikan
banyak kekecewaan. Kenyataannya hidup ini bukanlah satu garislurus. Anda boleh
menukar haluan apabila anda fikirkan perlu. Pencapaian yang hebat dan agung selalunya
datang daripada pengalaman yang pahit. Daripada anda dihantui oleh pengalaman pahit
masa silam, bukankah baik jika anda mencari ruang dna peluang untuk masa hadapan
yang lebih cerah? Setiap hari dan setiap saat adalah peluang yang terbentang luas tanpa
memperdulikan apakah yang berlaku sebelumnya. Belajarlah daripada pengalaman lalu
tetapi habiskan banyak masa untuk melihat masa hadapan . Masa lalu mungkin penuh
dengan kekecewaan tetapi anda tidak perlu hidup di sana lagi. Kediaman baru anda
sedang di bina pada masa hadapan dan anda boleh menjadikannya sebagai istana impian
jika itu yang anda mahu.

PEMILIKAN

 Adakah anda memiliki atau dimiliki ? Pemilikan anda lebih daripada sekadar pemilikan
kewangan dan kebendaan semata- mata. Anda juga turut memiliki kebanggaan, ilmu
pengetahuan, andaian dan pendapat. Semua pemilikan ini , kebendaan dan lainnya, boleh
menjadi hamba yang baik, tetapi mereka adalah tuan yang buruk. Kebanggaan sebagai
contohnya. Bawalah ia ke dalam pekerjaan dan perawakan anda dan ia akan mendorong
anda untuk mempersembahkan yang terbaik. Tetapi jika ia adalah satu- satunya matlamat
di dalam kerjayaa anda ia berubah menjadi pengaruh yang negatif yang membawa anda
kepada kehancuran. Begitu jugalah halnya dengan wang. Ia dapat menjadi hamba yang
boleh disuruh untuk membantu anda mencapai tujuan dan matlamat hidup anda yang
tertinggi. Tetapi jika ia menjadi matlamat hidup semata- mata, ia akan memusnahkan. 

Anda mempunyai harta-benda di dalam pemiklikan anda. Ia meliputi kepingan syiling


yang berada di dalam poket anda sehinggalah kepada apa yang ada di dalam kepala dan
pemikiran anda. Jika anda membiarkan mereka mengawal anda, anda akan dibebankan
dengan kehancuran. Pastikan mereka sentiasa dikawal. Mereka adalah alat untuk
mencapai sebarang tujuan tetapi bukannya tujuan itu sendiri. 

PENZAHIRAN 

Ada sesuatu yang baik dan bernilai di dalam diri anda yang bersedia dan menunggu untuk
dizahirkan. Zahirkanlah ia, berikan ia kehidupan. Jadikan ia satu kenyataan. Apakah yang
terlebih baik gunanya untuk masa dan tenaga anda selain daripada menzahirkan
kecemerlangan yang sememangnya telah didaftarkan di atas nama anda sejak dahulu
lagi ? Zahirkan segala sesuatu yang telah lama berada di dalam imaginasi anda .
Kongsilah kemungkinan- kemungkinan yang istimewa dengan seluruh isi dunia ini.
Keindahan dan kecemerlangan yang menunggu- nunggu untuk dizahirkan di dalam diri
dan minda anda . Zahirkanlah ia. Apakah kemungkinan terbaik untuk dunia ini yang anda
idamkan? Apakah yang dapat anda lakukan untuk menjadikan ia satu kenyataan? 

Terlalu banyak yang boleh anda lakukan sepanjang hari ini. Impian anda bukannya
kosong. Ia adalah hadiah dan tanggungjawab yang diberikan kepada anda. Terimalah ia
dengan penuh penghormatan. Berikan ia perhatian yang sepatutnya. Jadilah seorang yang
terbaik yang boleh anda banyangkan. Lakukan perbezaan yang unik milik anda. Biarkan
yang terbaik daripada diri anda di zahirkan. Anda ditakdirkan untuk menyerlahkan dan
mewarnai kehidupan ini dengan serlahan dan warna yang tidak boleh dilakukan oleh
orang lain. Hidupkanlah ia dan biarkan ia mengalir dengan cara istimewa yang dapat
anda zahirkan , hari ini dan setiap saat. 

PERGI LEBIH TINGGI

Kita memilih untuk pergi ke bulan bukan kerana ia sesuatu yang mudah tetapi kerana ia
sesuatu yang sukar. - John. F. Kennedy

Tiga puluh tahun yang lalu pada 20 July 1969, selepas 250,000 batu perjalanan, dua
orang angkasawan Neil Armstrong dan Edwin Aldrin telah menjejakkan kaki ke bulan
untuk pertama kali di dalam sejarah manusia. Kesungguhan, fokus, usaha, pengorbanan
dan kerjasama di dalam kumpulan , matlamat menghantar manusia ke bulan telah berjaya
dicapai. Ini telah mengajar kita keyakinan, ilmu pengetahuan, kemahiran, pengalaman,
teknologi dan semangat serta keyakinan kepada kemungkinan untuk meneruskan
pencapaian yang lebih baik pada masa hadapan.

Teknologi, inovasi dan semangat pengembaraan adalah sesuatu yang pasti tidak
mengecewakan jika diarahkan dan digunakan dengan sebaik mungkin. Ia menjadikan kita
lebih baik dari masa ke masa. Ada sesuatu yang patut dilakukan hanya kerana menyahut
cabaran sahaja.Kita perlukan semangat ini dan orang - orang seperti ini yang sanggup
mengambil risiko untuk mengubah sejarah. Ia menjadikan manusia cuba untuk mencari
dan menyerlah sesuatu yang terbaik di dalam dirinya. Cabaran seperti ini menggalakkan
kita untuk meletakkan standard yang lebih tinggi untuk menjelajah sebarang
kemungkinan. Pada hari ini kita meraikan pengkhayal, peneroka, dan penjelajah yang
menggalakkan kita untuk meletakkan horizon pemandangan kita lebih tinggi. Mereka
telah membuktikan bahawa apa yang dikhayalkan dan yang difikirkan oleh manusia
boleh menjadi kenyataan.

Semoga semangat dan api obor ini akan terus menyala dengan maraknya dan membakar
semangat kita untuk terus mempunyai keinginan dan keupayaan untuk menghadapi
cabaran yang paling hebat.

PERUBAHAN

Setiap orang yang hidup akan sentiasa berubah. Sesungguhnya intipati kehidupan ini
adalah perubahan itu sendiri. Setiap unit anggota badan kita juga turut berubah. Perasaan
anda juga berubah jam demi jam. Badan anda juga turut berubah. Pemikiran,
perhubungan , harapan dan persekitaran juga turut sentiasa berubah. Di dalam setiap
perubahan penuh sarat dengan peluang.

Perubahan adalah satu kenyataan di dalam kehidupan ini. Ia akan tetap berlaku dan
berlalu sama ada dengan atau tanpa persetujuan daripada anda. Pertumbuhan,
perkembangan, pencapaian dan kejayaan adalah bentuk - bentuk perubahan. Perubahan
akan mengambil bentuk- bentuk positif ini apabila dengan secara sedar kita mengawal
dan mengarahkannya.Tenaga di dalam perubahan sama ada boleh mengangkat dan
menjatuhkan anda. Semuanya tidak bergantung perubahan itu sendiri tetapi lebih kepada
apa yang anda lakukan dengan dan terhadapnya. Perubahan akan tetap berlaku.anda tidak
boleh menghalang dan mengelakkannya.Jika anda melakukannya ertinya anda cuba
melarikan diri daripada kenyatan hidup.Sebaliknya, lihatlah peluang yang terkandung di
dlam setiap perubahan yang berlaku.

Arahkan tenaga yang tidak terbatas yang dibawa bersama oleh perubahan untuk
mencapai matlamat dan pilihan anda. Genggam erat perubahan yang berlaku dan berlalu
dan seraplah peluang yang datang bersama- sama dengannya.
PETANDA KEKUATAN

Kekuatan selalunya bersifat senyap dan tersembunyi. Kekuatan yang diwar-warkan,


ditunjukkan dan diiringi dengan gelagat yang menyakitkan hati adalah petanda
kelemahan. Menunjuk- nunjuk memerlukan usaha yang sedikit sahaja. Bekerja di sebalik
tabir untuk menjayakan sesuatu perkara adalah sebenarnya tanda kekuatan dan
komitmen. Tidak ada atau amat sedikit perasaan untuk menunjuk- menunjuk apabila anda
mempunyai kebolehan untuk menjayakan sesuatu perkara.

Kekuatan yang sebenar ialah pemurah, kesabaran, berfikir sebelum bertindak ,


memahami dan berkesan. Sesiapapun yang penakut boleh menjadi kasar dan kurang-ajar ,
tetapi ia memerlukan kekuatan dan keyakinan untuk menjadi seorang yang pemurah dan
bersopan. Amat mudah untuk merungut, tetapi ia memerlukan kekuatan untuk mengikuti
langkah- langkah yang positif ke arah menyelesaikan sesuatu masalah. Untuk mencari
kekuatan, jangan lihat kepada orang yang mendakwa memilikinya. Lihat kepada mereka
yang hidup bersama- sama dengannya.Tidak ada apa yang diperlukan untuk membuat
janji walau bagaimana besar sekalipun.

Anda akan menemui bukti kekuatan yang nyata dan keberkesanan di dalam keputusan
atau hasil dan bukannya janji atau pengakuan yang kosong.

PILIHAN ANDA

Apa sahaja perasaan anda sama ada baik atau buruk adalah sebenarnya menggambarkan
pilihan yang telah anda buat. Apa yang anda lakukan ketika marah dan apa yang anda
lakukan dengan penuh kasih sayang adalah juga pilihan anda Menjadi seorang yang
berkesan adalah juga pilihan anda sama seperti halnya jika anda memilih untuk menjadi
seorang yang hidup tanpa tujuan dan haluan. Membuat perubahan yang positif adalah
pilihan anda .

Sesungguhnya segala sesuatu yang mempengaruhi kualiti kehidupan anda adalah amat
bergantung kepada pilihan yang anda buat. Ada banyak perkara yang berada di luar
kawalan atau yang anda kawal pada kadar yang amat kecil.Tetapi anda mempunyai
kawalan kepada semua tindakbalas anda terhadap rangsangan yang datang atau
dihadapkan kepada anda. Anda tidak boleh menentukan cuaca. Tetapi anda boleh
menentukan untuk menikmati hari ini dengan sepenuhnya walau apapun cuaca pada hari
ini. Anda juga tidak mempunyai kuasa untuk menentukan tahap ekonomi dunia ataupun
persekitaran bisnes anda pada hari ini. Tetapi anda mempunyai kawalan sepenuhya untuk
menentukan reasksi dan tindakbalas anda terhadap apa jua keadaan tersebut. Hidup ini
ditentukan ertinya bukan melalui apa yang dapat anda capai tetapi lebih kepada
bagaimana anda menggunakan dengan sebaik- baiknya apa yang telah , sedang dan akan
anda capai, miliki dan perolehi.

Tetapkanlah untuk menjadi seorang yang berjaya.. Tetapkanlah untuk gembira, ceria dan
bahagia. Pilihlah dengan pasti untuk mengadakan perubahan dan pasti akan dapat anda
mencapainya
REALISTIK YANG POSITIF

Menjadi seorang yang positif tidak semestinya anda mengenepikan yang negatif.
Menjadi seorang yang positif bererti mengatasi yang negatif. Itulah perbezaan yang
paling ketara. Sering orang yang menunjukkan sesuatu masalah dicap sebagai seorang
yang berfikiran negatif.Sungguhpun begitu amat penting untuk menyedari tentang
masalah ayang mungkin timbul sekiranya anda ingin bertambah baik di dalam
menyempurnakan sesuatu tugasan. Sifat suka merungut , mengadu dan mencari- cari
kesalahan dan alasan adalah sesuatu yang negatif , tetapi mengatasinya dengan kejujuran
dan ketelusan adalah amat positif.

Jika anda bercadang untuk menjadi positif dengan mengenepi dan mengabaikan yang
negatif anda adalah tidak realistik. Apabila anda menyedari dan melihat serta memahami
aspek- aspek yang negatif , dengan visi dan misi yang jelas, barulah dapat anda menjana
kuasa yang sebenarnya daripada pemfokusan yang positif. Jadilah seorang yang positif
dan juga realistik. Ia adalah kombinasi yang cukup berkuasa. Lihat sesuatu situasi itu
sebagaimana sepatutnya dan kemudian mengambil laangkah- langkah yang perlu untuk
memperbaikinya.

Kukuhkan pemfokusan anda yang positif terhadap apa jua perkara bukan dengan
mengabaikan dan mengenepikan yang negatif tetapi memilih untuk tidak menerimanya. -

REGANGAN

Di dalam ketidakselesaan dan ketidaktentuan tentang sesuatu yang tidak pasti, ketika
itulah penemuan yang hebat berjaya dilakukan. Kemungkinnan yang tidak teruji adalah
sesuatu yang berkecenderungan besar untuk mengubah dunia ini. Melakukan sesuatu
yang biasa akan memberikan sesuatu yang biasa anda perolehi. Panjangkan jangkauan
anda melepasi sesuatu yang biasa. Jelajahlah ke dalam sesuatu yang tidak pasti dan tidak
diketahui. Jelajahi kemungkina yang akan sayapnya terkembang ke segala arah pada saat
ini. Ambillah langkah- langkah baru yang jauh daripada yang biasa anda lakukan yang
akan mencabar kemampuan anda. Jangan biarkan matlamat anda terpendam di bawah
tempurung keselesaan anda. Ada banyak cara untuk menyerlahkan cinta dan kasih sayang
yang akan mengkagumkan anda, sesuatu yang akan menghiburkan anda lebih daripada
biasa, sesuatu yang akan menjadikan kehidupan anda lebih meriah dan ceria dan
mengkagumkan.

Regangkan diri anda daripada tempat anda berada sekarang . Anda dilahirkan untuk
berkembang , belajar dan menjelajah, tanpa hentinya…
SEKARANG!

Apa yang salahnya sekarang ini? Tidak ada apa- apa yang salah. Adakah sesuatu yang
ingin anda ubah? Sudah tentu. Istimewanya masa kini atau sekarang ialah ia memberi
anda ruang dan peluang untuk bermula dan kebijaksanaan untuk mengetahui halatuju
anda pada masa hadapan. Tidak ada apa salah dan silapnya sekarang ini. Ia adalah masa
terpenting di dalam kehidupan anda. Sebarang masalah yang anda sedari adalah
berdasarkan kepada interpretasi anda sendiri terhadap orang , keadaan , peristiwa , masa
dan tempat.

Tidak ada apa yang silap melainkan anda sendiri yang memilih dan memutuskan bahawa
kesilapan berlaku. Pilihlah untuk melihat dan menghidupkan hari ini dan sekarang
dengan penuh kebaikan. Lupakan masa lalu yang menghad dan menghalang anda
daripada melakukan yang terbaik. Bebaskan diri anda dan berikan yang terbaik Teguklah
keindahan dan serapkan tenaga hari ini ke dalam diri anda sekarang.Dunia yang serba
berkemungkinan terbentang luas di hadapan untuk anda jelajahi. Semuanya bermula
dengan sekarang.

Hidup ini melimpah ruah dengan rahmat dan sekarang adalah masanya untuk anda
menjadikannya lebih baik lagi.

SELAMAT DATANG KEHIDUPAN

Terimalah hari yang mendatang dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang, ia
akan menjadi hari yang produktif. Terimalah segala cabaran , halangan sebagai sesuatu
yang mesti dan ia akan menjadikan anda lebih kuat. Terimalah pendapat dan pandangan
orang lain terutamanya yang amat berlainan dengan pandangan dan pendapat anda sendiri
dan dengan sendirinya perspektif anda akan menjadi lebih luas. Terimalah hari ini dengan
segala sesuatu yang datang bersamanya dan ia akan meningkatkan keupayaan anda untuk
melakukan apa sahaja dengan apa yang anda untuk menjayakan apa sahaja yang anda
idamkan. . Hiduplah seolah- olah segala sesuatu mengandungi kebaikan di dalam setiap
keadaaan dan anda pasti akan menemuinya.

Terimalah hari yang mendatang dan raikan segala yang baik dan buruk yang datang
bersama dengannya. Anggap segala yang buruk itu ada rahmat dan kebaikan yang
tersembunyi di dalamnya. Carilah sebanyak mungkin pengajaran dan nilai yang
tersembunyi di sebalik kekalahan dan kesilapan yang telah dilakukan seperti juga halnya
anda mencari perkara yang sama di dalam setiap kejayaan yang telah dicapai. Keindahan
cahaya suria tidak akan ada ertinya jika tidak adanya kelam malam. Usaha tidak akan ada
tanpa rehat yang mencukupi.

Jika anda mencari beberapa perkara sahaja daripada kehidupan ini akan hilanglah
keindahan keseluruhan kehidupan itu sendiri. Terimalah dunia ini dengan segala isinya
dengan menghidupkan hari ini dengan penuh keceriaan
SEMINIT BERLALU

Seminit baru sahaja berlalu. Mungkin anda menggunakannya untuk belajar tentang
sesuatu atau melakukan sesuatu. Atau mungkin anda sedang menyudahkan kerja atau
bergerak ke arah matlamat yang anda idamkan. Mungkin juga anda menggunakannya
untuk mengucapkan terima kasih kerana bantuan atau pertolongan yang anda terima atau
anda melakukan sesuatu untuk mengubah hidup orang lain yang paling anda sayangi.
Atau mungkin anda membiarkan sahaja ia berlalu dan pergi begitu sahaja.

Seminit itu telah berlalu dan tidak akan kembali lagi kepangkuan anda sampai bila- bila.
Begitulah halnya dengan minit- minit lain sebelum ini , pergi dan tidak akan kembali lagi.
Berjuta perkara dapat anda lakukan dengan setiap minit yang ada di dalam hidup anda. Di
dalam seminit impian sedang dilaksanakan, kehidupan diteruskan, bandaraya yang hebat
dibangunkan, seni yang indah dicipta,mesin yang canggih dibina, institusi keluarga
diperkukuhkan dan perniagaan diperbesarkan.

Setiap minit menjanjikan peluang untuk melompat ke arah kecemerlangan dan


kejayaan .Semuanya bergantung kepada bagaimana anda menggunakannya. Seminit baru
sahaja berlalu dan akan terus berlalu….

SENARAI IDAMAN

Bayangkan begini. Anda bangun pada suatu pagi dan mendapati apa sahaja ayang anda
idamkan akan menjadi kenyataan di hadapan mata anda sendiri. Anda idamkan sebuah
kereta 'sport' dan tiba- tiba ia muncul di garaj anda.Anda idamkan badan yang tegap sasa
dan tiba- tiba ia menjadi kenyataan. Amat menakjubkan dan menghiburkan sekali. Anda
idamkan jutaan ringgit di dalam akaun anda di bank, dan ia menjadi kenyataan dengan
tiba- tiba. Kemudia anda mendapati bahawa wang bukan lagi satu keperluan kerana tidak
ada apa yang perlu dibeli lagi kerana semuanya berada di hadapan mata anda sekarang.
Anda idamkan sebuah komputer yang terbaru dan yang tercanggih , binatang peliharaan
yang comel dan manja, rumah bak mahligai dan pasangan yang penyayang. Semuanya
menjadi kenyataan dan hadir di hadapan mata dengan sekelip mata sahaja . Lama
kelamaan ia menjadi sesuatu yang melampau, apa sahaja yang anda fikirkan walaupun
perkara yang remeh - temeh , akan menjadi kenyataan dan semuanya bertimbun di
hadapan mata.Ia menjadi sesuatu yang membosankan . Apa gunanya semua 'sampah-
sarap' ini ?

Anda akhirnya cuba untuk mengurangkan keinginan anda kerana ia akan membuat
kehidupan anda penuh dengan sampah. Anda tidak dapat lari ke mana- mana lagi.
Akhirnya anda berharap untuk tidak mempunyai kuasa ini lagi dan keinginan inipun
tercapai dan segala yang berada di hadapan mata anda hilang meninggalkan anda sama
seperti sebelumnya dengan pengalaman dan sedikit kebijaksanaan. Semua ini
memberikan anda pengertian tentang betapa pentingnya usaha dan ikhtiar di dalam
memperolehi sesuatu perkara yang anda idamkan. Anda menyedari bahawa keinginanan
bukanlah boleh dipenuhi dengan perkara yang anda ingini tetapi ialah pengalaman dan
kebijaksanaan yang anda perolehi di dalam proses merealisasikan impian dan idaman
anda itu. Anda akhirnya menyedari bahawa kehiudpan ini dengan segala masalah,
kesulitan dan cabaran yang ada bersamanya adalah lebih baik daripada mempunyai kuasa
untuk menzahirkan idaman dan impian anda di dalam sekelip mata tanpa sebarang usaha.

Usaha dan ikhtiar itulah yang menjadikan keinginan dan idaman yang dicapai sesuatu
yang menggembirakan dan membahagiakan dan menjadikan kehidupan ini lebih
bermakna.

SYURGA

Adakah anda sedang berada di syurga sedangkan anda tidak menyedarinya? Adakah anda
melihat bahawa di sekeliling anda penuh dengan buah- buah yang manis dan masak
dengan ranumnya tetapi anda mencari- cari buah yang masam? Adakah anda sedang
melalui jalan yang penuh dnegan taburan intan dan berlian di kiri dan kanan jalan tetapi
anda tidak memperdulikannya apatah lagi untuk berhenti dan mengambilnya? Adakah
anda terlepas peluang keemasan setiap hari kerana mengunci diri di dalam penjara
keselesaaan yang anda bina untuk kehidupan anda? Adakah had dan batasan yang
memisahkan di antara anda dengan pencapaian sebenar.

Setiap saat ada emas yang menunggu-nunggu untuk dilombong. Di dalam setiap
persahabatan anda keceriaan yang menunggu-nunggu untuk dinikmati. Bukalah mata
anda dengan seluas- luasnya. Bukalah pintu hati anda selebar- lebarnya.Lihatlah
disekeliling anda, melihat dengan mata dan hati yang terbuka, dan lihatlah keindahan
dunia yang tersedia untuk anda nikmati, jika itulah yang anda inginkan…

TAKUTKAN KRITIKAN

Bagaimanalah agaknya hidup penuh dengan kritikan? Jika anda melakukan sesuatu yang
anda ketahui sebagai betul, apakah alasan untuk anda merasa takut dengan kritikan
daripada orang lain ? Adakah anda merasa bahawa kritikan dan komen daripada orang
lain akan merosakkan imej dan harga diri anda ? Adakah anda takut mengeluarkan
pendapat dan bertindak kerana khuatir perasaan anda akan dilukai ?

Jika anda ingin memperbaiki imej dan harga kendiri jangan biarkan orang lain
menentukan apa yang anda perkatakan atau lakukan. Sebaliknya berusahalah untuk
melakukan sesuatu yang bernilai kepada kemanusiaan keseluruhannya. Lakukan
perubahan yang positif. Memuji diri sendiri ada baiknya tetapi anda akan berasa selesa
dengan diri anda apabila sesuatu yang anda perkatakan dan lakukan mendatangkan
faedah. Dapatkan pengajaran yang positif daripada kritikan yang anda terima. Sedarlah
bahawa ia tidak akan menyakiti hati dan perasaan anda. Sebaliknya ia adalah alat yang
amat berguna jika dipergunakan dengan sebaik mungkin.

Teruskanlah apa yang sedang anda lakukan sekarang dengan kesedaran bahawa ia akan
mendatangkan faedah. Pastinya ia akan mendatangkan faedah terhadap diri sendiri,
keluarga, masayarakat dan negara.

TANGGUNGJAWAB YANG SERIUS

Anda tidak akan dapat memberikan menafaat kepada sesiapapun walaupun kepada diri
anda sendiri sekiranya anda tidak menjadi seperti yang sepatutnya.Apabila anda
memutuskan untuk menerima kekalahan ia akan pergi lebih jauh daripada itu.Ia
menghampakan dan mengecewakan kepada kehidupan ini dan merendahkan mertabat
kehidupan dan kemanusiaan yang menjadi punca kepada segala kejadian Tuhan di muka
bumi ini. Bukan pilihan atau hak untuk anda hidup pada setiap hari dan memenuhi
kehidupan itu dengan keceriaan dan penyempurnaan tugas dan tanggungjawab, tetapi ia
adalah satu tanggungjawab yang serius terhadap diri sendiri dan juga kepada dunia
keseluruhannya.Bukanlah sesuatu yang bersifat mementingkan diri sendiri sekiranya
anda cuba untuk memenuhi apa yang anda harapkan akan dapat dicapai.

Mementingkan diri sendiri ialah apabila anda mengabaikannya. Tingkatkan diri anda
dengan ketulusan dan kesepaduan dan segala yang berada di sekeliling atau persekitaran
anda akan juga turut dipertingkatkan. Anda hidup bukanlah untuk diri anda sendiri
semata- mata.

Seluruh alam ini bergantung dan berharap kepada anda agar mempersembahkan yang
terbaik.Apa yang sepatutnya anda lakukan, tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Ia
pastinya adalah satu tanggungjawab yang besar dan berat . Terimalah ia dengan hati
terbuka dan bawalah ia ke mana sahaja anda pergi dan apa sahaja yang anda lakukan dan
kecemerlangan akan pasti berada di dalam genggaman anda.

TERAPUNG KE ATAS

Adakah prioriti dan komitmen anda memberikan lebih tenaga ataupun memenjarakan
anda ? Jika anda berasa terperangkap dan terpenjara dengarlah nasihat ini: pergilah
berenang.. Jika anda cuba untuk menggenggam air, ia akan meleleh keluar dan kering.
Jika anda masuk kedalam air , tanpa rasa untuk memegangnya dan mengapungkan diri
anda dengan selesa dan membiarkan ia mengelilingi diri anda dengan bebas , anda akan
dapat menikmati pengalaman itu selama yang anda ingini. Jika anda melawan dan
bertindak menentang arus air anda akan meletakkan diri anda sehingga ke tahap
membahayakan . Tetapi apabila anda bertenang dan relax, daya apungan anda yang
semulajadi beserta dengan usaha yang amat sedikit, akan membenarkan badan anda
terapung tanpa mengira berapa dalamnya air di sekitar anda. Adakah anda mendapati diri
anda bergelut dengan segala sesuatu yang ingin anda capai ?

Berhentilah seketika. Ingatkan kembali berapa banyak masa dan tenaga yang telah
terbuang dengan sia- sia tanpa hasil yang diharapkan. Hentikanlah daripada pergelutan
yang sia- sia itu dan bertenanglah dengan mengapungkan diri anda di dalam arus
kehidupan ini. Usaha anda akan lebih berkesan jika diarahkan dengan baik ke arah
matlamat yang ingin anda capai tanpa terburu- buru atau dipaksakan untuk mencapai apa
yang anda idamkan. Apabila ketekanan membuat anda berasa lemas di dalam arus
kehidupan ini, bayangkanlah di dalam fikiran anda bahawa anda sedang berenang.
Biarkanlah komitmen yang anda berikan terhadap segala sesuatu menyokong anda untuk
terus terapung daripada membuat anda merasa kelemasan.

TERIMALAH HAKIKAT

Setiap sesuatu ada akibatnya. Sama ada kehidupan anda akan penuh dengan kegagalan
ataupun kegembiraan banyak bergantung kepada tindakan yang anda ambil. Adakah
kenyataan ini mengganggu anda ? Adakah ia satu berita yang buruk ? Jika begitulah
halnya maka anda perlu menilai kembali tindakan yang telah anda ambil. Sebaliknya jika
ia menggembirakan dan merangsang anda , mungkin anda sedang mengikuti langkah atau
haluan yang akan membawa anda kepada kehidupan yang ideal yang anda idam-
idamkan. Apakah yang anda lakukan sekarang untuk memenuhi impian anda ? Apakah
tindakan yang mungkin akan anda ambil pada hari ini untuk mencapai matlamat yang
telah anda tetapkan terhadap diri anda? Apakah idaman dan impian anda dan bagaimana
mungkin anda menggunakan segala masa dan tenaga yang ada untuk mencapainya ?

Fikirkan sejenak tentang betapa hebatnya hakikat bahawa segala tindakan yang anda
telah sedang dan akan ambil mendatangkan kesan dan akibat yang tersendiri. Segala
sesuatu yang agung yang telah dicapai adalah merupakan akibat. Capailah apa jua
kejayaan yang anda idamkan dengan menjadikan akibat daripada segala perbuatan anda
menjuruskan anda kepada kejayaan yang anda idam- idamkan.

ADAKAH ANDA TERLEBIH MENCUBA?

Apa yang anda lakukan kadang- kadang kelihatannya tidak berhasil dan tidak berkesan.
Anda memujuk diri agar terus mencuba. Anda menghebahkan kepada orang lain betapa
anda telah mencuba dengan seupaya mungkin. Hakikatnya anda hanya dikatakan
mencuba apabila apa yang anda cuba itu dapat mencapai matlamatnya. Apa akan jadi
sekiranya anda menghapuskan perkataan "mencuba' daripada kamus hidup anda ? Yang
pastinya ia akan menjadikan anda lebih spesifik. Daripada berkata :" Saya cuba
menyelesaikan tugasan ini.." anda akan lebih tepat berkata begini:" Saya sedang cuba
menyiapkan laporan prestasi pelajar saya semester yang lalu!" Jika anda tidak
memikirkan tentang "mencuba' anda akan terfokus untuk meneruskan apa yang sedang
anda lakukan dan memilih untuk memastikannya mencapai matlamat atau objekif yang
telah ditetapkan.

Berusaha dengan ikhlas adalah amat baik, tetapi berusaha dengan hanya mencuba- cuba,
adalah tidak berapa baik. Jangan biarkan anda terperangkap di dalam percubaan untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan tetapi sebenarnya anda hanya melakukan tugasan yang
berbentuk serpihan dan cabang sahaja. Lupakan tentang cuba untuk menyelesaikan
sesuatu. Tetapi bangun dan berusaha bersungguh- sungguh menyelesaikan apa yang
sepatutnya anda selesaikan.

TERLIBAT SAMA

Adakah keadaan persekitaran menghalang pergerakan anda atau ia menggambarkan


berapa banyak anda menahan diri daripada terlibat ? Tidak ada keadaan persekitaran dan
nasib yang dapat mengatasi kuasa yang terdapat di dalam komitmen dan kesungguhan.
Apabila anda membiarkan sesuatu halangan menghentikan anda, apakah yang sebenarnya
menghalang anda? Adakah halangan itu atau diri anda sendiri ? Berita yang paling buruk
yang patut anda ketahui ialah andalah yang sebenarnya menghalang diri anda daripada
mencapai sesuatu yang sepatutnya anda capai. Berita baiknya pula ialah anda telah
memperlahankan pergerakan anda sehingga anda berupaya untuk mengubah nasib anda
pada bila- bila masa yang anda suka. Daripada menghabiskan tenaga bertelagah dengan
masalah dan halangan , arahkan tenaga tersebut ke arah impian dan cita- cita anda. Anda
boleh memilih untuk terlibat sama di dalam kejayaan ataupun di dalam menentukan nasib
tidak baik anda . Semuanya itu akan membawa perubahan yang besar kepada kualiti
hidup anda. Setiap keputusan di dalam setiap saat putuskan untuk terlibat secara
menyeluruh ke arah tindakan, pemikiran dan perasaan yang positif, produktif dan kreatif.
Pilihlah untuk dunia ini menerima yang terbaik sahaja daripada anda.

TETAPKAN MATLAMAT YANG KECIL

Tetapkan satu matlamat yang kecil dan cubalah untuk mencapainya. Jadikan ia besar
sedikit dan cubalah juga untuk mencapainya. Ini akan membina keyakinan anda. Hidup
dengan bermatlamat menjadikan hidup ini bermakna. Ketenangan mempunyai erti yang
cukup besar. Ia memberikan kelegaan, relax dan penyempurnaan. Tetapi hanyut di dalam
ketenangan kerana tidak tahu apakah yang akan di lakukan kemudian adalah satu sumber
pembaziran kepada masa yang amat berharga itu. Setiap pencapaian yang besar adalah
datangnya daripada banyak matlamat- matlamat kecil yang telah kita tetapkan. Orang
yang bekerja dengan mengetahui apakah yang ingin mereka capai adalah seseorang yang
sentiasa menyelesaikan kerjanya. Mereka menanamkan tabiat menetapkan matlamat dan
berusaha mencapainya. Ia bukanlah sesuatu yang rumit ataupun sukar sangat. Tetapi ia
memberikan keajaiban yang sentiasa dicari- cari oleh semua orang. Tentukan apa yang
ingin dicapai dan terus berusaha untuk mencapainya. Jika kelihatannya sukar dicapai,
pecahkan ia kepada beberapa bahagian yang kecil yang boleh atau terjamin untuk
dicapai. Matlamat yang kecil amat bererti , ini kerana ia menyediakan satu tapak atau
asas yang kukuh untuk didirikan matlamat lain yang lebih besar dan mencabar. Patuhilah
matlamat anda dan pasti akhirnya anda akan sampai ke puncak idaman yang anda harap-
harapkan

TIADA ALASAN

Alasan adalah batu asas yang paling penting kepada segala kegagalan. Sama ada anda
memberi atau menerimanya , ia adalah satu petanda bahawa anda sedang menyimpang
daripada jalan yang sebenar. Tindakan yang telah difikirkan dan dipertimbangkan dengan
semasak mungkin adalah petanda ke arah keberkesanan manakala alasan adalah petanda
kepada ketidakberkesanan. Setiap kegagalan ada sebabnya. Setiap kesalahan ada sebab
dan puncanya. Anda boleh menerima segala sebab tersebut dan mempelajari sesuatu yang
positif daripadanya ataupun anda boleh menjadikannya sebagai alasan dan
membiarkannya mengalahkan anda. Setiap alasan adalah kekalahan yang kecil , dan ia
boleh bertambah dan membesar dengan begitu cepat sekali . Strategi yang paling baik
ialah mengelakkannya.Perjelaskan kedudukan yang sebenar tetapi jangan cuba untuk
mencari alasan. Perdengarkan sebab tetapi jauhi alasan yang tidak berasas. Alami
kehidupan ini tanpa alasan. Keberkesanan anda dan mereka yang berada di sekeliling
anda akan membuahkan hasil dan kecemerlangan yang menjadi harapan dan idaman
anda, mereka dan kita semua.

TIGA LANGKAH KE ARAH KEJAYAAN

Tiga langkah ke arah kejayaan untuk mencapai segala sesuatu ialah langkah terakhir,
langkah pertama dan langkah berikutnya. Langkah terakhir ialah langkah penghabisan
yang anda ambil untuk mencapai matlamat yang anda cari atau yang telah anda tetapkan.
Ini adalah langkah yang diambil setelah matlamat anda di jelaskan dan diperincikan
dengan setepat mungkin. Ia juga adalah langkah terpenting di dalam menentukan arah
dan perancangan dan tindakan yang spesifik . Untuk membentuk perancangan yang
realistik ke arah matlamat anda, mulakan dengan langkah yang terakhir. Kemudian
tentukan langkah sebelumnya dan bekerjalah dengan mengundur sehingga anda
membentuk satu hubungan yang kukuh di antara di mana anda sekarang dengan ke
manakah anda akan pergi. Langkah pertama juga adalah penting. Apabila anda telah
menetapkan apakah langkah- langkah yang perlu di ambil, adalah tersangat penting anda
terus melakukannya tanpa bertangguh - tangguh lagi. Tidak ada gunanya menetapkan
sesuatu matlamat tetapi tidak berusaha ke arahnya dengan secepat mungkin. Tidak kira
apakah matlamat yang telah anda tetapkan terhadap diri anda, akan selalu ada sesuatu
langkah yang boleh anda ambil sekarang . Adalah tersangat penting anda melakukan
perkara tersebut. Langkah berikutnya adalah yang sangat- sangat penting. Daripada mula
anda menetapkan sesuatu matlamat, akan sentiasa ada langkah yang menunggu- nunggu
untuk di ambil . Teruskan mengambil langkah demi langkah, dan anda pasti akan
mencapai matlamat yang telah anda tetapkan tersebut.

USAHA MAMPAN

Adakah anda terikat dengan usaha- usaha lalu yang mudah dan dapat diselesaikan
dengan cepat dan betul serta memberikan imbuhan dan ganjaran yang segera ? Usaha
yang cepat ada tempatnya. Ia menjadikan anda terburu- buru atau memberikan perubahan
di dalam rentak bekerja . Memang benar melakukan sesuatu lebih baik daripada tidak
melakukan suatu apapun. Namun di sana ada tempat yang memerlukan anda melakukan
usaha yang lebih mampan serta kompleks. Berhati -hatilah agar tidak menjadikan usaha
yang cepat dan segera sebagai satu- satunya tumpuan perhatian anda. Berikan lebih masa
untuk usaha yang bersifat jangkapanjang dan sederhana serta lebih kompleks sifat . Ia
berkuasa merubah kehidupan anda . Penghargaan dan kepuasan yang bersifat segera amat
menghiburkan. Hasil dan keputusan yang berkekalan memerlukan usaha yang juga
berterusan dan berkekalan. Anda boleh berusaha ke arah perubahan yang positif sama ada
dengan cepat dan sementara atau dengan lambat tetapi berpanjangan ataupun melakukan
kedua- duanya pada masa yang sama. Seimbangkan usaha anda . Dalam masa anda
menikmati hasil daripada usaha yang cepat dan segera pastikan anda menyediakan tenaga
secukupnya untuk menghadapi cabaran yang lebih kompleks dan menggegarkan.

USAHA TAMBAHAN

Berusaha secukupnya untuk mencapai apa sahaja yang anda idamkan akan hanya
membawa anda kepada 95% daripada kecemerlangan yang sebenar. Jika anda sekadar
memnuhi harapan dan cita- cita sahaja , usaha tambahan akan membawa anda ke tahap
yang lebih tinggi. Walaupun begitu tidak ramai yang mengambil inisiatif untuk berusaha
lebih daripada sepatutnya. Ini adalah lebih banyak disebabkan oleh sikap dan sifat
berbanding dnegan kemahiran ataupun keupayaan. Seringkali kita berhadapan dengan
keadaan yang menghalang usaha yang berlebihan dan kecenderungan untuk
mengelakkannya apabila ada kesempatan. Oleh sebab itu sebahagian besar daripada kita
hanya memberikan usaha yang ala kadar sahaja dan berjuang untuk mengekalkan tempat
yang sedia ada. Tetapi dengan sdikit usaha tambahan , tiba- tiba anda akan mendapati
bahawa anda telah tersenarai di kalangan mereka yang mempunyai pencaoapaian yang
luar biasa. Jika anda berusaha ala kadar , sebenarnya anda sudah memang sedia ada di
sana. Malang jika anda beerterusan selamanya di sana. Anda senebenarnya lebih hampait
r kepada kecemeralngan lebih dekat daripada yang anda fikirkan. Apa yang diperlukan
ialah sedikit usaha tambahan , dengan bekerja lebih berkesan . Usaha tambahan yang
kecil dan sedikit tetapi berkekalan akan membawa perubahan dan perbezaan yang besar.
Apabila anda telah berusaha lebih anda akan membentuk momentum yang akan
melajakkan anda ke hadapan dengan lebih cepat . Berusahalang lebih sedikit dan ia pasti
akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan anda.
YAKINKAN DIRI ANDA

Anda tidak akan menerima segala tindakan mengalah seperti sekarang ini sebelum
terlebih dahulu menyakinkan diri anda untuk menerimanya. Begitulah jugalah halnya
apabila anda memutuskan untuk memilih jalan yang akan membawa anda kepada
kejayaan. Anda perlu terlebih dahulu meyakinkan diri anda untuk menerimanya. Anda
mempunyai kuasa untuk meyakinkan diri anda sama ada untuk kebaikan ataupun
keburukan. Anda yang mengawal pemikiran anda dan tidak akan mengambil dan
mengekalkan sebarang tindakan tanpa terlebih dahulu dengan sedar dan niat yang jelas
untuk melakukannya.

Cabaran pertama yang perlu anda hadapi di dalam mencapai apa sahaja yang anda
idamkan ialah pertama terlebih dahulu anda perlu meyakinkan diri anda. Apabila anda
telah diyakinkan untuk menerima atau menolak sesuatu nilai anda akan menemui jalan
untuk menjayakan apa sahaja. Sentiasa ingatkan diri anda sekerap mungkin tentang nilai
yang terkandung di sebalik tindakan yang anda ambil dan anda pasti akan bertemu
dengan hasil yang anda harapkan.

Meyakinkan diri sendiri adalah lebih mudah berbanding dengan orang lain. Anda tahu
apa yang penting terhadap diri anda dan anda turut mengetahui apakah yang
memotivasikan anda. Hakikatnya anda cukup bijak untuk meyakinkan diri anda sendiri.
Anda melakukannya setiap masa. Arahkan kuasa dan kebolehan itu kepada tujuan dan
arah yang positif, kreatif dan tidak ada had apa yang bakal anda capai nanti.

También podría gustarte