Está en la página 1de 4

[ADAB PERMOHONAN KERJA - MELALUI E-MEL]

.
.
TOLONG BACA DAN KONGSIKAN.
.
.
Ini merupakan permohonan kerja melalui e-mel yang membolehkan saya menembusi industri
minyak & gas yang mana umum mengetahui sangat sukar untuk ditembusi.
.
.
Ini merupakan salah satu daripada beratus jika bukan beribu permohonan yang diterima oleh
Technip Geoproduction (M) Sdn. Bhd. dan permohonan saya telah disenarai pendek kepada lebih
kurang 80 calon untuk ditemuduga. Dan dari 80 calon yang ditemuduga, dengan izin ALLAH saya di
antara 17 orang yang diterima memulakan 'on-the-job' training. Permohonan saya ini telah disenarai
pendek oleh pakar HR - Bahagian Pengambilan (Recruitment), Cik Puan Halizah Bahroddin. Mungkin
beliau boleh kongsikan apakah kelebihan permohonan saya sehingga membuatkan beliau
menyenarai pendek permohonan saya.
.
.
Dengan merujuk kedua-dua gambar ini, ada beberapa perkara yang anda semua perlu belajar dan
perlu buat untuk permohonan kerja anda pada masa akang datang:
1. Alamat E-mel Professional
2. 'Subject Header'
3. Isi Kandungan E-mel
=> Pengenalan diri secara ringkas,
=> Pengalaman praktikal/kerja,
=> Kelebihan diri anda yang buatkan majikan perlu mengambil anda bekerja,
=> Butiran untuk dihubungi, dan
=> 'E-mail signature'
4. Lampiran (yang BERSAIZ KECIL!!!)
=> 'Cover Letter'
=> 'Resume' (pada masa ini saya masih tidak tahu beza CV & Resume)
=> 'Recommendation Letters' (ini insiatif saya sendiri untuk mendapatkan surat sokongan bertulis
dari majikan tempat saya menjalankan latihan industri).
Nota Penting: Lihat bagaimana saya namakan setiap fail dokumen tersebut. Kita cerita adab
menamakan fail dokumen dalam perkongsian saya yang akan datang.
.
.
Ini cerita tahun 2009. Ini cerita 6 tahun lepas. Ini cerita semasa dunia sedang dalam krisis ekonomi.
Ini cerita semasa ekonomi dunia sedang menguncup. Ini cerita semasa syarikat dalam industri
minyak dan gas juga mengurangkan pengambilan pekerja. Ini cerita semasa kebanyakan syarikat
membuang pekerja.
.
.
Bukan ingin membangga diri atau menyombong, tapi jujur saya katakan setelah hampir 6 tahun,
kebanyakan permohonan kerja yang saya terima masih jauh dari 'standard' dan adab yang saya guna
pakai pada tahun 2009. Jika permohonan kerja melalui e-mel pada tahun 2009 ini saya sendiri beri
3/5 (penggunaan bahasa masih boleh diperbaiki, saiz fail yang masih besar, tiada usaha untuk
mencari dan menulis nama penerima, dan sebagainya), rasanya kebanyakan permohonan yang saya
terima selama 6 tahun ini kebanyakannya pada tahap 0/5-2/5, adalah sedikit yang berada pada
tahap 3/5 dan sangat sukar mencari yang berada tahap 4/5. Jadi janganlah engkau mengomel kalau
dah dekat SETAHUN engkau MENGANGGUR!!!
.
.
Saya MERAYU sangat-sangat, tolonglah perbaiki permohonan kerja melalui e-mel anda selepas ini.
Kalau adab yang ini pun anda dah gagal untuk jadikan pada tahap sekurang-kurangnya 3/5, jangan
mimpilah HR nak buka dan tengok lampiran (Cover Letter & CV) yang anda lampirkan, jawabnya
berhabuklah sebab masuk dalam 'ARCHIVE FOLDER'.
.
.
Ini adab permohonon kerja melalui e-mel yang saya amalkan selama 5-6 tahun ini. Bagaimana pula
adab permohonan kerja melalui e-mel yang anda amalkan?
.
.
Jika anda belajar sesuatu, mohon 'like' dan komen "ADAB E-MEL". Jangan lupa untuk kongsikan di
'wall' anda juga supaya lebih ramai akan mendapat manfaatnya.
.
.
ameirulazraie
-Coach Penulisan CV-
London, 3.15 pagi, 11 Ogos

También podría gustarte