Está en la página 1de 6

ZAMAN PEMBAHARUAN MEIJI (1868-1912 )Pemerintah Meiji setelah mengambil tampok pemerintahan

daripada keshogunan Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan membangunkan
Jepun. Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih kuasa pemerintahan.
Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan pemimpin yang merupakan bekas kelas tentera.
Objektif utama dalam dasar luar mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian-perjanjian yang berat
sebelah, mencapai kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras dengan kuasa barat.

Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin terkemuka seperti Inobuto Hirobumi,
Saigo Takamori, Okuma Shigenobu, Fukuzawa dan diketuai oleh Mahajara Mutsuhito yang terkenal
dengan gelaran Maharaja Meiji. Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada
kekuatan ekonomi dan ketenteraan. Para pemimpin muda Meiji telah menyedarkan betapa pentingnya
pembaharuan dan pembangunan bagi Negara Jepun. Mereka ini telah menggubal satu dasar modenisasi
yang menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial . Ia melibatkan penyerapan teknologi dan sains
dari Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun.

KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN KEHIDUPAN

Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun untuk meyokong
kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan ketamadunan barat. Keempat-empat
prinsip ini telah disematkan di jiwa orang-orang Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta
keunggulan di dunia.

Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk mempelajari sistem
industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor militarinya dengan berpandukan kepada
model Jerman dan Perancis.

i. Fukoku Kyohei- Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi. Prinsip ini mendokong
cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah
memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya
rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa bekerja
kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan.

ii. Bunmei Kaika- Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan. Prinsip ini
mendokong agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkan
dan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada
seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasarkan Jepun telah ketinggalan jauh
dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka pintu
negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin maruah dan bangsa
Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan.

iii. Shokusan Kogyo- Menjalankan Program Perindustrian Berat. Prinsip ini
mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan
perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia.
Tokyo telah memainkan peranan sebagai pusat perindustrian dan
penyelidikan di lapangan perindustrian supaya negara Jepun mampu
mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. Ramai orang Jepun telah
dihantar ke negara barat untuk menimba ilmupengetahuan dan pulang ke
Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepun di lapangan
perindustrian.

iv. Kokusai- Kankei Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa
Untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan
perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini
sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. Budaya Jepun
menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun melalui
konsep kaizen dan arigato




ASPEK SOSIAL

Kerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas semua lapisan masyarakat. Rakyat
Jepun percaya bahawa pendidikan boleh menjadikan Negara mereka makmur dan masyarakat akan
mahir dalam bidang sains dan teknologi. Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan negara
Jepun dan bersikap setia, yakin, berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa . Amanat dan
amanah ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.

Perkembangan pendidikan zaman Meiji dilihat sebagai satu cara meyetupadukan rakyat dengan
mengarahkan rakyat kea rah modenisasi nasional. Perlembagaan Tokugawa telah menjadi landasan awal
pemodenan Meiji. Dasar pendidikan Meiji adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime, serta
penyerapan budaya barat yang bersifat selektif.

Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah:-

i. Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem pendidikan
Terrakoya. Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan kemahiran
membaca,menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama kearah
pemikiran yang kritis. Kementerian Pendidikan ditubuhkan pada tahun 1871
dan pembentukan Rukun asas Pendidikan Rasmi Negara (Gakusei 1872 )
berkesan menambahbaikkan mutu pendidikan Jepun. Jepun telah menjadikan
negara-negara barat sebagai model dalam memajukan pendidikan. Jepun
telah menjadikan Perancis, Jerman ,Belanda , Amerika Syarikat, Britain dan
Russia.

ii. Memasukkan doktrin Shinto (agama rasmi Jepun), sistem Kokutai
(semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep Furusato (nilai kekeluargaan dan
hubungan sosial). Bagi menyedarkan rakyat Jepun supaya sentiasa mengenal
diri, bangsa dan tidak mudah lupa, lali atau lemah, pelajar-pelajar dan rakyat
Jepun ditanamkan tiga elemen tersebut. Doktrin Shinto menekankan falsafah
perjuangan dan pengorbanan dalam kehidupan seharian, falsafah kokutai
menekankan rakyat mesti bersatu pada dan berjuang untuk menjadikan orang-
orang Jepun satu bangsa yang mulia di dunia menerusi taat setia kepada
maharaja dan menjaga Negara sepanjang masa. Manakala Furusato ialah
menekankan nilai ikatan kekeluargaan dan hubungan social yang rukun damai
bagi membangunkan Negara yang dapat memberikan satu kehidupan yang
terjamin lagi aman.

iii. Kota Tokyo berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran ilmu.
Pemimpin Meiji telah menjadikan Tokyo pusat pusat kecemerlangan ilmu
sejajar dengan kemudahan infrastruktur yang dimilikinya. Menjelang tahu
1880- an banyak universiti ditubuhkan antaranya Universiti Tokyo 1877,
Universiti Meiji 1881, Universiti Tokyo Imperial 1885, dan Universiti Waseda
1882. Penubuhan unversiti ini telah melahirkan golongan cerdik pandai Jepun
yang seterusnya menabur bakti untuk kemajuan negara Jepun.

iv. Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang
pendidikan. Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke
dalam bahasa Jepun diambil. Pemimpin Meiji sedar mutu pendidikan akan
terabai dan rakyat lambat menerima pembaharuan ilmu-ilmu moden tanpa
adanya kepakaran dan buku-buku ilmuan bagi rakyat Jepun meningkatkan
ilmu pengetahuan dan bidang teknologi.

ASPEK EKONOMI

Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun Tokugawa pada tahun
1868-1912, telah mengambil daya usaha yang gigih memajukan dan memodenkan pembangunan
ekonomi bagi memajukan Negara Jepun. Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri
perkapalan perdagangan untuk kejayaan ekonominya. Perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan
dengan kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi. Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah
negara yang berpengaruh dan berkuasa, pada tahun 1869, pemerintah Meiji telah menetapkan
keputusan pembinaan kapal-kapal moden. Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri
Jepun melalui arahan yang bernombor 968.

Pada tahun1870, pengumunan ini dijalankan sekali lagi untuk meningkatkan pertumbuhan syarikat-
syarikat perkapalan Jepun. Kedua-dua pengistiharkan ini menunjukkan secara jelas pemerintah Meiji
mengutamakan dan menggalakkan perdagangan luarnya.Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika
Syarikat, British, Perancis, German dan lain-lain berlumba-lumba ingin mendapatkan konsesi
perdagangan terbuka luas di Jepun. Dasar terbuka ini telah menyebabkan pelabuhan-pelabuhan utama
seperti Tokyo, Osaka, Kyoto,Yokohama, Nigata menjadi tumpuan pertukaran perdagangan
antarabangsa. Pemimpin Meiji juga turut membina kapal perang bagi mengawal dan menjamin
kedaulatannya daripada sebarang ancaman daripada luar.

Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu kejayaan Jepun di dalam menewaskan
China pada 1894-1895 dan Rusia 1904-1905. Kemengan ini telah meninggikan lagi imej Jepun di
kalangan negara-negara barat.Menerusi pelaksanaan dasar industri perkapalan moden, pemerintah
Meiji telah berjaya membuka mata orang-orang Jepun bahawa dasar pemencilan diri tidak lagi
menguntungkan orang-orang Jepun dan Negara mereka secara keseluruhannya. Melalui perdagangan
import dan eksportnya, Pemerintah Meiji juga turut memajukan pembinaan jalanraya, landasan
keretapi, dan telgraf. Perkembangan ini adalah penting bagi membantu Negara Jepun melaksanakan
revolusi industri berat seperti penubuhan kilang-kilang simen, besi,pembinaan pelabuhan-
pelabuhan.Revolusi perindustrian berat ini tidak akan berjaya jika pengangkutan perkapalan tidak
dijalankan lebih dahulu.
Selain daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah Meiji, berbagai-bagai
program ekonomi di adakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun. Dimulakan dengan perindustrian
bercorak berat .Sebelum tahun 1870 ekonomi pertanian dan perindustrian dimulakan secara kecil-
kecilan akibat kekurangan modal. Selepas tahun 1870 kerajaan tealh mengambil alih dan mula
membiayai pembangunan perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman
saudagar. Untuk terus meningkatkan lagi bidang industri, kerajaan telah menubuhkan Kementerian
Perusahaan dalam bulan Disember 1870. Kerajaan Meiji mula mengimport mesin-mesin dan menjual
mesin-mesin ini kepada pengusaha tempatan secara ansuran, perindustrian utama seperti kilang kain
bulu dan tekstil, simen, dan kertas ditubuhkan.

Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi meningkatkan daya pengeluaran
pertanian khususnya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya
di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi ,teh, buah-buahan dan sayur-sayuran diberi tumpuan
utama. Para pelajar telah dihantar ke luar negeri untuk mendalami bidang pertanian, khususnya di
Britiain untuk mendalami cara-cara penggunaan jentera moden, baja kimia, cara mengawal penyakit,
pemasaran dansebagainya.

Pemerintah Meiji juga telah membangunkan pertanian secara moden dengan cara meningkatkan daya
pengeluaran pertanian khusunya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka
dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi,teh ,buah-buahan telah diberi tumpuan
utama.Tumpuan juga diberi pada program perindustrian berat .Pemimpin-pemimpin telah berusaha
memperkembangkan industri besi dan keluli, perkapalan, ketenteraan, tanah, pembinaan untuk
melahirkan sebuah masyarakat usahawan dan negara industri.

Kemunculan Zaibatsu (keluarga perdagangan) seperti Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo dan Yasuda telah
mempercepatkan proses perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun. Kumpulan ini telah
berkembang menjadi syrikat-syarikat gergasi dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Zaibatsu
Mitsui dan Mitsubishi telah bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji. Kumpulan ini menjadi
penggerak dalam semua lapangan pembagunan seperti pembinaan jalan raya, landsan keretapi,
penubuhan bank-bank dan sebagainya.
Institusi-institusi kewangan ditubuhkan untuk menjana projek-projek perindustrian secara besar-
besaran dan mengurus kewangan negara.

Pada tahun 1870, sistem kewangan baru diperkenalan daripada ryo kepada yen. Sistem cukai, sistem
tariff dan perlindungan turut diperkenalkan bagi mengurus ekonomi Jepun. Pada tahun 1876,
Pemerintah Meiji telah menubuhkan Pusat Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti
perdagangan baru, menyusun kemudahan pengangkutan dan mengkaji masalah-masalah perdagangan
di dalam dan di luar negeri. Pusat ini juga ditugaskan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di
seluruh Negara. Kemuncak daripada kepesatan ekonomi ini ialah penubuhan Bank Industri pada tahun
1900.Selain itu kerajaan Meiji juga turut merangka satu bentuk sistem ekonomi baru yang sistematik.

Sistem ini meliputi sistem perkembangan infrastruktur termasuk jalan raya, sistem keretapi, sistem pos
dan telegraf, penerimaan organisasi saham bersama sebagai satu bentuk perbadanan, mengimport
jentera serta memilik negarakan kilang-kilang.5.0POLITIKSebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui
pemerintahan kerajaan Jepun, pada 3hb Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar. Ia bertujuan
untuk menaik taraf negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Meji
mengandungi lima usul iaitu :-

i. Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen
ii. Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran.
iii.Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan.
iv.Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada
orang-orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam.
v.Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu
dihapuskan.

Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai. Sistem bayaran cukai secara tradisional dan rampasan
harta secara paksaan telah dihapuskan. Bayaran wang secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis
urusniaga. Satu sistem cukai pusat yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem
wang yang baru. Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal kepada
sistem pemerintahan secara demokrasi.

Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji. Ini membolehkan kerajaan
mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan rakyat. Pada tahun 1876 sistem feudalisme
dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah pemerintahan pusat. pemerintah Meiji juga telah
menamatkan system class. Lapisan masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai,
petukan, petani dan pedagang. Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistemewaan-
keistemewaan sebagai raakyat Jepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan pendidikan.

Pada 11hb. Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan Meiji ( Perlembagaan
Negeri Jepun yang pertama dan bertulis ).Perlembagaan Meiji mengandungi dua buah dewan iaitu
Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan. Pemerintah Meiji juga membuat perubahan dari dasar
pemencilan kepada dasar berbaik-baik dengan negara barat.Pada tahun 1877 Menteri Luar negeri
Terajima Munenori, telah membuka jalan perundingan dengan Amerika Syarikat.

Kerajaan Meiji juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan pemimpin-peminpin negara barat
khususnya Britain, Amerika Syarikat, German, Perancis, Belanda, Sepanyol, Portugis dan lain-lain untuk
menimba berbagai-bagai disiplin ilmu khususnya sains dan teknologi. Pemerintah Meiji juga
menumpukan kekuatan tentera menubuhkan sebuah Angkatan Tentera dengan menubuhkan Angkatan
Tentera Darat dan Laut bertaraf Antarabangsa Gagah Perkasa- Berani Mati (Harakiri dan Kamekaze).

También podría gustarte