Está en la página 1de 2

ADAM, ALLAH DAN MUHAMMAD

TIDAK BECERAI

Adam adalah seorang manusia yang di cipta oleh Allah s.w.t, yang dimaksudkan manusia itu ialah
apabila Rohani itu sudah memiliki jasad (manus adalah jasmani sementara ia ialah Rohani) jika ada
jasmani tanpa Rohani maka ia bukan manusia, demikian juga jika Rohani tanpa jasmani maka ia bukan
manusia, maka yang dimaksudkan manusia itu adalah zuriat daripada Adam sebagaimana firman Allah
menyatakan:

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah muliakan Bani Adam, dan Kami angkat mereka di darat dan
juga di laut dan Kami beri rezeki yang baik, dan sesungguhnya Kami lebihkan mereka dari kebanyakan
(makhluk) yang telah Kami jadikan sebenar-benar kelebihan ( Al Israk 70) Di atas pemberian Allah
kepada bani Adam gelaran sebagai makhluk yang di muliakan maka manusia menjadi makhluk yang
terpuji dan mulia, dan makhluk terpuji itu adalah bernama Muhammad, kerana Muhammad itu
bermaksud terpuji, dan yang terpuji itu adalah yang sebaik-baik kejadian seperti mana firman Allah
menyatakan:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian ( At Tin 4 ) Ayat yang di atas
menerangkan bahwa insan itu adalah sebaik-baik kejadian, sem entara Allah pula beserta dengan Insan
tersebut sebagaimana firman Allah menyata kan:

Maksudnya: Dan Allah beserta kamu dimana juga kamu berada ( Al Hadid 4 ) Ayat yangdiatas
menunjukkan bahwa Allah tetap bersama manusia di mana juga manusia itu berada, ertinya manusia
dan Allah tidak bercerai, ertinya Adam dan Allah tidak mungkin bercerai, jika demikian mengapa Azazil
dapat menyesatkan Adam dan isterinya Siti Hawa ? Di sinilah timbul persoalan dan keraguan yang
akhirnya melahirkan ilmu yang lebih khusus tentang istilah di antara Muhammad dan Allah itu, logiknya
setan tidak boleh menggelincirkan Adam jika Allah beserta manusia(Adam)Di sebabkan manusia itu ada
kelebihan maka kelebihan tersebut pula di katakan melahirkan suatu ilmu yang lebih khusus kerana
masalah Adam dapat di sesatkan oleh syaitan walaupun Adam beserta Allah, jadi apakah ilmu yang lebih
khusus itu suatu yang dapat dicapai oleh manusia, kerana itu untuk menyelesaikannya mari kita tinjau
dalam bentuk soal jawab Soalan: Dimanakah letaknya kelebihan manusia jika di bandingkan dengan
makhluk Allah yang lain ? Jawapan: Kelebihan di antara manusia dan makhluk terletak pada lembaga
akal manusia kerana lembaga akal maka manusia itu di kenali sebagai manusia, jika manusia tiada
lembaga akal maka manusia itu setaraf dengan haiwan dan syaitan Soalan: Bukankah manusia itu
sebaik-baik kejadian dan mengapa ada di antara manusia itu berperangai syaitan dan haiwan ? Jawapan:
Manusia berperangai syaitan dan haiwan kerana adanya hawa kepada nafsu tersebut dan ia adalah
suatu fitrah daripada Allah s.w.t Soalan: Jika demikian manusia yang dikatakan sempurna itu adalah
sesuatu yang tidak mutlak ? Jawapan : Untuk mendapatkan jawapannya maka kita kena faham siapa
yang di maksudkan Insan yang mulia tersebut, adapun yang di maksudkan Insan yang sempurna
kejadian tersebut ialah diri sebenar diri manusia yang di kenali sebagai Insan atau
nyawa atau nafas atau Nur Muhammad Maka dialah yang sempurna kerana itulah diri
manusia terbahagi kepada empat istilah iaitu diri terdiri (jasmani) Diri terperi iaitu Ruhul
Yaqazah yang terdiri dari roh, Akal dan nafsu, sementara nafas atau nyawa kita
di namakan diri sebenar diri, maka diri inilah yang di katakan Insan yang
sempurna itu sementara diri tajalli ialah sifat Kamal yang tidak bercerai dengan
Insan terseb ut Soalan: Siapakah yang sebenar diri Tajalli tersebut ? Jawapan: Diri Tajalli
tersebut adalah Tuhan Yang Maha Esa yang
menggerakkan manusia zahir dan batin yang bersifat
Qadirun, Muridun, Alimun dan Hayyun Soalan: Mengapakah Allah
tidak selamatkan Adam dari gangguan syaitan ? Jawapan: Allah wajib bersikap adil terhadap permintaan
syaitan yang hendak menyesatkan Adam kerana syaitanpun makhluk Allah juga walaupun dia di rejam
oleh Allah, atas permohonan syaitan tersebut Allah izinkan syaitan menggelincirkan Adam (manusia)
akan tetapi Allah kurniakan Al Quran kepada manusia sebagai senjata melawan
syaitan itu dan terpulanglah kepada manusia.

Katakan (wahai Muhammad) siapa yang memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu
menurunkan Al Quran di dalam hatimu dengan izin Allah (Al Baqarah 97)

También podría gustarte