Penyambut tetamu penting dalam sesuatu majlis

Seperti yang kita tahu dalam majlis, penyambut tetamu memainkan peranan penting untuk
tetamu-tetamu yang hadir. Penyambut tetamu atau 'usherette' merupakan individu yang
ditugaskan untuk berperanan sebagai penyambut, penunjuk arah dan pengiring tetamu ke tempat
duduk .

Penyambut Tetamu Yang Baik

Penyambut tetamu penting sebagai pendokong imej sesuatu majlis, jadi amat penting penyambut
tetamu menonjolkan imej dan bertingkah laku baik apatah lagi jika majlis mempunyai tetamu
jemputan yang penting


Kritertia penyambut tetamu yang baik ialah :
 Memiliki perwatakan yang baik dan menarik .
 Tingkah laku sopan dan berbudi bahasa.
 Pergerakan pantas - mampu melaksanakan tugas dengan cekap
 Sabar dan tidak cepat marah
 Mahir dalam teknik menyambut iaitu tatacara menyambut dalam pelbagai situasi
 Sentiasa melemparkan senyuman
 Tahu susunan tempat duduk
 Mengetahui aturcara majlis
 Tahu protokol
Bidang Tugas

Untuk memastikan majlis berjalan lancar, setiap penyambut tetamu bidang tugas mereka .
Penyambut tetamu mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan kelancaran majlis .

Tugas-tugas penyambut tetamu adalah
 Mengenali / mengetahui tetamu yang akan hadir
 Menyambut ketibaan tetamu
 Menunjuk dan mengiringi tetamu ke tempat duduk
 Memberi apa-apa maklumat yang diminta tetamu
 Membantu tetamu dalam pelbagai hal yang mampu
 Menjaga ketenteraman majlis
 Menjaga keselesaan tetamu

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful