Está en la página 1de 12

1

EKONOMI MAKRO
EKO3323
TOPIK 1
PENDAPATAN NEGARA
[Bahagian 1]








2


PENDAPATAN NEGARA
1.1 Definisi:
Pendapatan negara merujuk kepada nilai barang-barang akhir dan
perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada suatu tahun
tertentu. Ini bermakna nilai semua barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan dalam sesebuah negara dikenali sebagai pendapatan negara.
KONSEP
1.2 Keluaran Dalam Negeri Kasar [KDNK]
KDNK merujuk kepada nilai pasaran barang-barang akhir dan perkhidmatan
yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada suatu tahun tertentu, tanpa
mengira samada faktor pengeluaran yang digunakan adalah milik negara
itu atau milik negara asing. Ini bererti KDNK Malaysia merupakan harga
pasaran semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan di Malaysia
tanpa mengira samada keluaran tersebut dikeluarkan oleh faktor milik
Malaysia atau dimiliki oleh negara lain. Pendek kata semua barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara dikenali sebagai
KDNK

Keluaran Negara Kasar [KNK]
KNK merujuk kepada semua nilai pasaran barang-barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran yang dimiliki
oleh sesebuah negara, tidak kira samada keluaran itu dikeluarkan dalam
negara atau di luar negara. Ini bermakna semua barang yang dikeluarkan
oleh faktor pengeluaran sesebuah negara, tidak kira di mana ia dikeluarkan
adalah dikenali sebagai KNK. Contoh KNK Malaysia merujuk kepada semua
barang yang dikeluarkan oleh faktor Malaysia [warganegara Malaysia] di
Malaysia dan juga di luar Malaysia.


3



1.3 Perbezaan Di antara KDNK dan KNK
Perbezaan di antara KDNK dan KNK ialah Pendapatan faktor bersih luar
negeri [PFbLN] iaitu
KNK = KDNK + Pendapatan faktor bersih luar negeri [PFbLN]
atau

KDNK XXXX
tolak pembayaran pendapatan faktor ke luar negeri XXX
tambah penerimaan pendapatan faktor dari luar negeri XX

KNK XXXX

PFbLN = penerimaan pendapatan faktor dari luar negeri
pembayaran pendapatan faktor ke luar negeri
Jika penerimaan melebihi pembayaran maka PFbLN adalah bersifat
+ve
Jika pembayaran melebihi penerimaan maka PFbLN adalah bersifat -
ve











4




Contoh pengiraan untuk membezakan KDNK dan KNK

Malaysia Indonesia
5A@RM2 [Faktor Malaysia] RM10 12K@RM1.5 [Faktor Indonesia] RM18
8B@RM4 [Faktor Malaysia] RM32 15L@RM1.4 [Faktor Malaysia] RM21
6C@RM5 [Faktor Indonesia] RM30 22M@2 [Faktor Indonesia] RM44
10D@RM3.5 [Faktor Malaysia] RM35 10N@1.2 [Faktor Indonesia] RM12
KDNK Malaysia RM107 KDNK Indonesia RM95
Andaikan mata wang Rp telah diukur kepada RM

Tafsiran:
1) KDNK Malaysia ialah RM107.
Ini adalah kerana semua barang yang dikeluarkan di Malaysia adalah
sebanyak RM107. Pastikan pengeluaran sebanyak RM107 dikeluarkan
oleh faktor pengeluaran Malaysia dan Indonesia. KDNK tidak
mementingkan siapa yang mengeluarkan keluaran tersebut, asalkan
ia dikeluarkan di Malaysia maka ia adalah dikenali sebagai KDNK
Malaysia
2) KNK Malaysia ialah sebanyak: RM96 [RM107 RM30 + RM21]
KNK Malaysia menghitung keluaran yang di keluarkan oleh faktor
pengeluaran Malaysia yang berada di Malaysia dan juga yang
berada di Indonesia
3) Keluaran 6C tidak diambil kira dalam KNK Malaysia kerana ia bukan
keluaran yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran Malaysia
4) Keluaran 15L diambil kira kerana ia adalah keluaran yang dikeluarkan
oleh faktor Malaysia, walaupun ia berada di Indonesia.


5




1.4 Perbezaan di antara Harga Pasaran dan Kos Faktor
harga pasaran [hp] ialah harga yang dibayar ke atas barang akhir
semasa pembeli beli sesuatu barangan.
kos faktor [kf] merupakan harga yang dibayar kepada faktor
pengeluaran yang digunakan untuk mengeluarkan barang tersebut
Perbezaan di antara harga pasaran dan kos faktor ialah
cukai tak langsung (CTL)
subsidi (B)
Cukai tak langsung merupakan beban cukai yang boleh dipindahkan
kepada orang lain seperti cukai jualan, cukai perkhidmatan, cukai
eksport dan cukai import. CTL mengakibatkan harga pasaran
meningkat
Subsidi merupakan bantuan kerajaan kepada pengeluar untuk
mengeluarkan sesuatu barang tertentu. Subsidi mengakibatkan kos
faktor menurun
Hubungan di antara hp dan kf dapat ditunjukkan seperti di bawah:
Kos faktor = Harga pasaran CTL + B : maka
KDNkkf = KDNKhp CTL +B
KNKkf= KNKhp CTL + B
KDNKhp ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan
oleh faktor-faktor pengeluaran dalam sesebuah negara termasuk
faktor milik asing yang dihitung berdasarkan kepada harga yang
dibayar oleh pembeli di pasaran.
KDNKhf ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan
oleh faktor-faktor pengeluaran dalam sesebuah negara termasuk
faktor milik asing yang dihitung berdasarkan kepada harga yang
dibayar untuk mendapatkan faktor-faktor pengeluaran di dalam
proses pengeluaran
6

KDNKkf = KDNKhp cukai tak langsung + Subsidi Atau
KDNKhp = KDNKkf + cukai tak langsung subsidi
Jika nilai cukai tak langsung melebihi subsidi, maka KDNKkf bernilai
lebih kecil daripada KDNKhp
Jika nilai cukai tak langsung lebih kecil daripada subsidi, maka KDNKkf
bernilai lebih besar daripada KDNKhp
Jika nilai cukai tak langsung menyamai subsidi, maka nilai KDNkkf
adalah sama dengan KDNKhp

1.5 Perbezaan di antara pelaburan kasar dan pelaburan bersih
Perbezaan di antara pelaburan kasar dan pelaburan bersih ialah susut nilai.
Barang modal yang digunakan dalam proses pengeluaran akan mengalami
kehausan dan kerosakan, maka ia akan mengalami kejatuhan nilai.
Pengurangan nilai inilah yang dikenali sebagai susut nilai.
Pelaburan bersih = Pelaburan kasar susut nilai ini bermakna
KDNB = KDNK susut nilai
KNB = KNK susut nilai

1.6 Perbezaan di antara eksport dan eksport bersih
Perbezaan di antara eksport dan eksport bersih ialah import. Maka
Eksport bersih = Eksport import
Jika eksport melebihi import maka eksport bersih adalah positif
Sebaliknya jika import melebihi eksport maka eksport bersih adalah negatif








7



1.7 Kaedah Keluaran [Nilai Tambah]
ekonomi dibahagi kepada tiga sektor pengeluaran iaitu sektor pertama,
sektor kedua dan sektor Ketiga.
sektor pertama
pertanian, ternakan, perhutanan dan perikanan
perlombongan dan kuari
sektor kedua
pembuatan
pembinaan
sektor Ketiga
rujuk kepada data di bawah
dihitung dengan mencampurkan nilai tambah dari setiap sektor
pengeluaran
nilai tambah merujuk kepada tambahan nilai sesuatu barangan akibat
pemprosesan yang berlaku dalam kegiatan ekonomi
contoh:













8



Jenis aktiviti ekonomi
2012 (RM
juta)
Pertanian
Perlombongan dan kuari
Pembuatan
Pembinaan
Perkhidmatan
Utiliti [elektrik, gas dan air]
Perdagangan, borong dan runcit
Penginapan dan restoran
Pengangkutan dan penyimpanan
Komunikasi
Kewangan dan insurans
Hartanah dan perkhidmatan perniagaan
Perkhidmatan lain
Perkhidmatan kerajaan
Tolak: Bayaran perkhidmatan bank
Tambah: Cukai import
20
50
80
110
64
10
5
8
11
9
12
4
2
3
4
2
KDNK harga pasaran 322










9


1.8 MASALAH DALAM PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA
A. Masalah pengiraan dua kali
Di dalam kaedah perbelanjaan, sukar untuk membezakan barang akhir
atau barang perantaraan . Jika perbelanjaan ke atas barang
perantaraan dihitung, ia akan menimbulkan masalah pengiraan dua kali.
Akibatnya, nilai pendapatan negara menjadi tidak tepat
B. Masalah pengumpulan maklumat
Di negara-negara membangun, maklumat dan data dari kegiatan
ekonomi adalah tidak tepat dan tidak lengkap. Keadaan ini akan
menyulitkan pengiraan pendapatan negara menyebabkan
penghitungannya menjadi tidak tepat
C. Masalah menentukan susut nilai
Modal tetap fizikal seperti alat jentera, mesin dan kenderaan akan
mengalami kerosakan dan penyusutan nilai di dalam proses
pengeluaran. Bagaimana pun susut nilai sukar ditentukan dan ditaksir.
Oleh itu masalah menentukan susut nilai ini akan menyulitkan pengiraan
keluaran negara bersih dan nilai pelaburan bersih.
D. Aktiviti dan urus niaga yang tidak dibayar dengan wang
Ketiadaan anggaran untuk menentukan nilai kegiatan ekonomi produktif
yang tidak dibayar dengan wang seperti gotong-royong dan
perkhidmatan suri rumah menyebabkan nilainya tidak dihitung ke dalam
pengiraan. Oleh itu, nilai pendapatan negara yang dihitung akan
menjadi lebih rendah berbanding dengan nilainya yang sebenar.




10


1.9 KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA/KDNK/KNK
Data pendapatan negara mempunyai beberapa kegunaan seperti di
bawah
Mengukur pertumbuhan ekonomi
Dengan mengira pendapatan Negara dan seterusnya mengira
pendapatan Negara benar maka kita boleh menghitung pertumbuhan
ekonomi sesebuah Negara. Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada
pertambahan dalam keluaran fizikal dari satu tahun ke tahun yang lain
dan ia tidak merangkumi kenaikan harga. Pertumbuhan ekonomi boleh
diukur seperti di bawah:


Contoh jika g negara ini adalah 6% ia bermakna Negara ini telah
mengalami pertumbuhan ekonomi sebanyak 6% iaitu barang-barang
dan perkhidmatan yang dikeluarkan telah meningkat sebanyak 6%

Mengukur sumbangan pelbagai sektor.
Dengan cara keluaran kita boleh menentukan sumbangan yang diberi
oleh ketiga-tiga sektor pengeluaran atau ia juga boleh menentukan
sumbangan yang diberi oleh setiap sektor pengeluaran tertentu. Formula
berikut boleh digunakan untuk mengetahui sumbangan sector tertentu:-



Mengetahui perubahan struktur ekonomi
Peratusan sumbangan setiap sektor membolehkan kita melihat
perubahan struktur ekonomi dalam jangka panjang, misalnya perubahan
daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian atau kepada
sektor perkhidmatan.



g = KDNK
b1
KDNK
b0
KDNK
b0
Sumbangan Sektor
Utama
=
Jumlah keluaran sektor utama
Pendapatan Negara
X 100
11


Untuk membuat rancangan masa depan.
Untuk membuat rancangan bagi masa depan kita memerlukan data
pendapatan Negara. Dengan merujuk kepada struktur kita dapat
memperuntukkan sumber-sumber bagi perkara-perkara yang diperlukan
Contoh rancangan Malaysia yang Sembilan adalah digubal berdasar
kepada data pendapatan Negara.










Contoh Soalan

1. Apakah maksud keluaran dalam negeri kasar (KDNK) dan keluaran
negara bersih(KNB) [2]
2. Huraikan hubungan antara KDNK dengan KNB [4]
KNB = KDNK + PFbLN susut nilai, di mana
Pendapatan faktor bersih luar negeri ialah perbezaan di antara
penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negeri dengan
pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negeri.
Susut nilai ialah nilai barang modal yang mengalami kehausan nilai
apabila digunakan pada tahun berkenaan
Jika PFbLN bernilai negatif @ bernilai positif tetapi lebih kecil daripada
susut nilai, KNB menjadi lebih kecil daripada KDNK
12

Jika PFbLN bernilai positif tetapi lebih besar daripada susut nilai, KNB
menjadi lebih besar daripada KDNK

También podría gustarte