Está en la página 1de 13

Disediakan oleh:

Abdul Halim bin Isa @ Daud


Muhammad Hazwan bin Khairil Khalid
Fatin Izzati binti Hussin Pakri
Faten Nadiah binti Mohd Fauzi
Norsyuhada binti Suhaime
Nur Atiyah binti Muni
Wan Nor Amira Fateen binti Wan Ahmad Fu-ad

Pengertian Integrasi Nasional:

satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok
dalam masyarakat melalui satu identiti dengan
menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing.


MENU
MENU
Integrasi sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit
politik.- Shamsul Amri (2007)
Satu proses penyatuan antara kumpulan yang membentuk entiti yang mempunyai
pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama.
- Noriati A. Rashid (2010)
Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia
khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan
Sarawak untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri
berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.- Jabatan Integrasi
Nasional
Ciri-Ciri
Integrasi
Nasional
Melibatkan pertembungan
dua atau lebih masyarakat
dan budaya
Satu bentuk budaya
baru dilahirkan dan
menjadi milik bersama
masyarakat dan budaya
berbeza
Dalam budaya baru yang dibentuk,
hilangnya identiti masyarakat dan
perbezaan budaya
Integrasi sosial boleh
berlaku dalam sektor
ekonomi, parti politik
dan negara.
MENU
MENU
Usaha memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia ialah
dengan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969 yang
dahulunya lebih dikenali sebagai Jabatan Perpaduan
Negara. Jabatan ini merupakan sebuah agensi di bawah
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan (KPKKW).
MENU
Tujuan : memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat
dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
MENU
PERANAN JPNIN
mengukuhkan perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional, menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan
ke arah pembentukan suatu bangsa Malaysia yang
bersatu padu.
mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah serta
memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum
dan masyarakat.
menyelaraskan program dan aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi kerajaan,
swasta dan pihak-pihak lain, dan yang paling utama adalah berusaha merapatkan
masyarakat daripada semua negeri di Malaysia khususnya di antara
Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan adalah untuk membentuk
perpaduan negara.

DUA LANGKAH :
1. mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan
menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang
pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

2. mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat
Malaysia bagi membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang
tidak seimbang supaya dapat mengurang dan setarusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

MENU
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-
sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di
bawah konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah yang berlainan sekolah akan
mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama.

MATLAMAT PENUBUHAN :
1. sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi di antara murid
yang berlainan etnik dan agama.

2. melahirkan sifat tolenrasi dan persefahaman yang tinggi dan menggalakkan
integrasi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan
sekolah dan perlaksanaan aktiviti.

MENU
Pendemokrasian antara etnik yang telah diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat
menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka
yang bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.

Kemudahan yang sama bermaksud seperti reka bentuk sekolah-sekolah
yang dibina adalah sama, alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi,
meja, almari adalah seragam di semua sekolah.

Dengan ini tidak akan timbul perbezaan antara sekolah sama ada yang
digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sabah dan
Sarawak.
MENU
bersikap sama rata terhadap semua murid
berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu yang standard
berperanan dalam masyarakat
terlibat dalam program-program yang membentuk nilai-nilai
kebersamaan, contoh: RIMUP
bersikap adil dan amanah
peribadi guru yang tidak bersikap perkauman di kalangan guru
sendiri
menanam budaya harmonis
memupuk toleransi antara kaum
menghormati kepelbagaian budaya di sekolah
memupuk persefahaman antara kaum di sekolah.
MENU
MENU
http://norzianaiberahim.blogspot.com/2011/04/integrasi
-dan-pelaksanaannya.html
http://gurujqafcemerlang.blogspot.com/2011/12/integras
i-nasional.html
http://tatiuc.edu.my/syahrul/integrasi1.htm
http://pendididi.blogspot.com/2013/10/pengertian-
integrasi-nasional.html
http://azamrahman.blogspot.com/2012/03/integrasi-
perpaduan-nasional.html
http://www.kickstory.net/2011/10/integrasi-
nasional.html

También podría gustarte