Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis. Walaubagaimanapun anda dibenarkan berkongsi, pos di blog anda dan memberi eBook ini kepada sesiapa yang anda rasa boleh mendapat manfaat daripadanya dengan syarat meletakkan kredit kepada saya sebagai penulis dengan harapan tidak wujud konflik pemilikan di masa akan datang.
Hak Milik Al Faruq Academy Training & Consultancy
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
Terima kasih Allah SWT kerana memudahkan segala urusan. Ayahanda dan Bonda tercinta, En Mahamad Fuad dan Puan Wan Ropiah atas sokongan yang diberikan. Ahli Keluarga tercinta.
Seterusnya pembaca yang dimuliakan Allah SWT.
Semoga usaha ini dikira sebagai pelaburan saya di akhirat kelak.
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
Dengan Nama Allah,yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
AMALAN RASULLULLAH SAW UNTUK MENINGKATKAN DAYA INGATAN Baginda mengambil segenggam buah kismis dan direndamkan di dalam air zam-zam sehingga kembang. Kemudian Baginda minum. RAHSIA KEKUATAN MINDA SAIDINA ALI (K.R.W.) 1. Sentiasa membaca Al-Quran 2. Sentiasa berpuasa. 3. Bersugi menjaga kebersihan mulut. 4. Solat sunat dua rakaat. 5. Menutup kepala menjaga kebersihan kepala
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
Apakah Sasaran anda untuk peperiksaan kali ini?
Peperiksaan Satu : _________________________________
Peperiksaan Dua : _________________________________
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
JIKA AKU ADALAH PANGLIMA PERANG Bayangkan anda adalah seorang Panglima Perang dan akan menghadapi peperangan terbesar menentang pihak musuh yang mahu menakluki Negara anda. Anda mempunyai 1000 orang tentera sedangkan pihak musuh memiliki 3000 orang tentera. Anda mempunyai 100 buah kereta kebal manakala pihak musuh memiliki 300 buah kereta kebal. Anda mempunyai kekuatan teknologi peperangan yang biasa-biasa sedangkan pihak musuh mempunyai kekuatan teknologi yang luar biasa. Persoalannya.. Adakah anda boleh memenangi peperangan ini?
Anda boleh memenangi peperangan ini bila anda mempunyai kebijaksanaan dan kehebatan strategi perang yang luar biasa!
MENGAPA PERLU STRATEGI BELAJAR EFEKTIF? 1. Persaingan dunia hari ini semakin tinggi dengan daya saing dan cabaran hidup semakin tinggi. 2. Mengelakkan kerugian masa cabaran dunia moden yang penuh dengan aktiviti di sekolah dan berbagai aktiviti keluarga, masyarakat, dan gangguan hiburan. 3. Peningkatan nilai kualiti ilmu semua peringkat peperiksaan memerlukan pelajar untuk memiliki kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. 4. Pencemaran alam nilai kualiti udara, bising, jerebu akan mengganggu konsentrasi belajar. 5. Self esteem jika kita seorang guru, pastinya kita mempunyai impian untuk menjadi seorang pensyarah universiti. 6. Satu keperluan pada zaman globalisasi pelajar zaman ini perlu mempunyai nilai professional yang tinggi selain mempunyai nilai kemahiran yang universal. 7. SATU PERJUANGAN DAN JIHAD untuk diri, keluarga, bangsa, agama dan Negara. FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
Saya Mahu dan Saya akan Dapat!
Peperiksaan : _____________________________
Subjek Gred Catatan Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Matematik
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
CARA SAYA DAN GAYA SAYA!
Menurut DePorter dan Hernacki (2002), gaya belajar adalah kombinasi dari menyerap, mengatur, dan mengolah informasi. Terdapat tiga jenis gaya belajar berdasarkan modalitas yang digunakan individu dalam memproses informasi (perceptual modality). Maka, di dalam buku ini, kita akan belajar untuk mengenali diri sendiri.
Nota : sila minta tunjuk ajar dari guru anda untuk mengetahui gaya berfikir anda. FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
Pengertian Gaya Belajar dan Macam-macam Gaya Belajar
1. VISUAL (Visual Learners) Gaya Belajar Visual (Visual Learners) menitikberatkan pada ketajaman penglihatan. Ertinya, bukti-bukti konkret harus diperlihatkan terlebih dahulu agar mereka paham Gaya belajar seperti ini mengandalkan penglihatan atau melihat dulu buktinya untuk kemudian bisa mempercayainya. Ada beberapa karakteristik yang khas bagai orang-orang yang menyukai gaya belajar visual ini. Pertama adalah keperluan melihat sesuatu (informasi/pelajaran) secara visual untuk mengetahuinya atau memahaminya, kedua memiliki kepekaan yang kuat terhadap warna, ketiga memiliki pemahaman yang cukup terhadap masalah artistik, keempat memiliki kesulitan dalam berdialog secara langsung, kelima terlalu reaktif terhadap suara, keenam sulit mengikuti anjuran secara lisan, ketujuh seringkali salah menginterpretasikan kata atau ucapan. Ciri-ciri gaya belajar visual ini iaitu : 1. Cenderung melihat sikap, gerakan, dan bibir guru yang sedang mengajar 2. Bukan pendengar yang baik saat berkomunikasi 3. Saat mendapat petunjuk untuk melakukan sesuatu, biasanya akan melihat teman-teman lainnya baru kemudian dia sendiri yang bertindak 4. Tak suka bicara didepan kelompok dan tak suka pula mendengarkan orang lain. Terlihat pasif dalam kegiatan diskusi. 5. Kurang mampu mengingat informasi yang diberikan secara lisan 6. Lebih suka peragaan daripada penjelasan lisan 7. Dapat duduk tenang ditengah situasi yang rebut dan ramai tanpa terganggu
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
2. AUDITORI (Auditory Learners ) Gaya belajar Auditori (Auditory Learners) meletakkan pada pendengaran untuk memahami dan mengingatnya. Karakteristik model belajar seperti ini benar- benar menggunakan deria pendengaran sebagai alat utama menyerap informasi atau pengetahuan. Bermaksud, kita harus mendengar, baru kemudian kita mengingat dan memahami informasi itu. Karakter pertama orang yang memiliki gaya belajar ini adalah semua informasi hanya diserap melalui pendengaran, kedua memiliki kesulitan untuk menyerap maklumat dalam bentuk tulisan secara langsung, ketiga memiliki kesulitan menulis ataupun membaca. Ciri-ciri gaya belajar Auditori iaitu : 1. Mampu mengingat dengan baik penjelasan guru di depan kelas, atau topik perbincangan di dalam kelas. 2. Pendengar yang sangat baik : anak mudah menguasai dan mengingat iklan/ lagu di TV/ radio 3. Perlu cenderung untuk lebih banyak bercakap 4. Tak suka membaca dan umumnya memang bukan pembaca yang baik kerana kurang dapat mengingat dengan baik apa yang baru saja dibacanya 5. Kurang cakap dalam mengerjakan tugas mengarang/ menulis 6. Senang berdiskusi dan berkomunikasi dengan orang lain 7. Kurang tertarik memperhatikan hal-hal baru dilingkungan sekitarnya, seperti hal penerimaan pelajar baru dan sebagainya
3. KINESTETIK (Kinesthetic Learners) Gaya belajar Kinestetik (Kinesthetic Learners) mengharuskan individu yang bersangkutan menyentuh sesuatu yang memberikan informasi tertentu agar ia boleh mengingatnya. Tentu saja ada beberapa karakteristik model belajar seperti ini yang tak semua orang dapat melakukannya. Karakter pertama adalah menempatkan tangan sebagai alat penerima informasi utama agar bisa terus mengingatnya. Hanya dengan memegangnya saja, seseorang yang FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
memiliki gaya ini dapat menyerap sebarang maklumat / informasi tanpa harus membaca penjelasannya.
Ciri-ciri gaya belajar Kinestetik iaitu : 1. Menyentuh segala sesuatu yang dijumpainya, termasuk saat belajar 2. Tak boleh duduk diam, selalu ingin bergerak 3. Mengerjakan segala sesuatu yang memungkinkan tangannya aktif. Contoh: saat guru menerangkan pelajaran, dia mendengarkan sambil tangannya asyik menggambar 4. Suka menggunakan objek nyata sebagai alat bantu belajar 5. Sulit menguasai hal-hal abstrak seperti peta, symbol dan lambing 6. Menyukai aktiviti praktikal dan ujian 7. Menyukai permainan dan aktivitiviti fizikal
FAEDAH MENGAMALKAN SENAMAN Sistem saraf pusat o Tingkat daya koordinasi dan gerak balas. o Kurangkan TEKANAN EMOSI @ STRESS
Sistem Jantung o Tingkatkan isipadu darah pada setiap denyutan. o Turunkan kadar nadi. o Tingkatkan kadar nadi pemulihan.
Peparu o Tingkatkan kapasiti o Tingkatkan peredaran oksigen di dalam darah dan otak.
Otot-otot o Tingkatkan edaran darah. o Tingkatkan saiz, daya tahan dan kekuatan tubuh badan.
Metabolisme o Mengurangkan lemak badan. o Kurangkan peratusan gula dan garam di dalam darah.
TEKNIK RIADAH BERKESAN UNTUK CALON PEPERIKSAAN Setiap hari. Masa yang sama. Contoh 6.00 petang setiap hari. Dicadangkan petang kerana Mudah berpeluh Ada masa yang lebih lapang. 25 minit sahaja. Mencungap / kepenatan kerana beriadah. Cadangan Riadah yang berkualiti : - Badminton Joging Skipping
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
JADUAL ANJAL DAN SENARAI SEMAK PENGURUSAN MASA MASA TINDAKAN
5.30 pagi
Bangun Mandi Solat MINUM dan sarapan pagi PENTING
7.00 pagi
Ke sekolah
2.00 petang
Balik ke rumah / asrama Mandi makan Solat
3.00 petang
Siapkan kerja rumah / latihan Aktiviti kokurikulum
4.30 petang
Solat Membaca surat khabar / buku cerita
6.00 petang
Riadah harian
7.00 malam
Mandi makan malam solat
9.00 malam
Membina Nota dan Peta Minda INILAH SEGMEN BELAJAR YANG PALING UTAMA Susun sama rata bagi semua mata pelajaran peperiksaan
11.00 malam
Susun buku mengikut jadual esok Minum malam Tidur
Penyusunan jadual ini adalah berdasarkan penggunaan dan pengurusan masa bagi pelajar sekolah menengah di Malaysia samada pelajar asrama atau tidak.
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
Manusia tidak mampu mengubah sejarah lalu tetapi manusia mampu mencipta sejarah baru!
STRATEGI BELAJAR GEMILANG DI RUMAH 1. Beritahu ibu Ibu, saya nak studi. Sila doakan saya. 2. Sentiasa berada di dalam wudhuk. 3. Mengadap kiblat. 4. Niat dan membaca doa. 5. Konsentrasi / fokus. 6. Rehat dan tarik nafas panjang setiap 30 minit.
INSAN YANG HEBAT 1. Memiliki badan yang sihat, kuat serta OTAK yang cerdas. 2. Berilmu dan mempraktikkan ilmu. 3. Sentiasa berfikiran positif dan mempunyai motivasi diri yang tinggi. 4. Berwawasan dan mempunyai keyakinan untuk mencapainya. 5. Bertindak ke arah mencapai impian. 6. Berakhlak mulia dari aspek : a. Pakaian b. Percakapan c. Kelakuan d. Pergaulan e. Pemikiran 7. Taat pada agama, ibu dan bapa. Kejayaan akan datang kepada orang yang malas TETAPI Yang datang hanyalah sisa-sisa. FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
RAHSIA DAN AMALAN PEMAKANAN PELAJAR CEMERLANG 1. Halalan thoyyiba Halal lagi baik. 2. Berkualiti : a. Seimbang. b. Meliputi semua kelas makanan. c. Memfokuskan protein dan karbohidrat. d. Vitamin, mineral dan air serat (fibre) 3. Makan secara berjadual Pelajar yang telah menempa nama yang pernah menjuarai keputusan- keputusan peperiksaan, orang-orang kenamaan seperti Profesor Diraja Ungku Aziz, Profesor Tan Sri Dato Awang Hadi Salleh hinggalah kepada tokoh-tokoh dunia seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Imam Al Ghazali serta tokoh utama dunia Nabi Muhammad SAW. Mereka amat menitikberatkan amalan pemakanan yang terancang lagi berkualiti untuk kesihatan dan kecanggihan minda mereka. Contoh Pemakanan yang seimbang. Sarapan Roti, susu rendah lemak, keju dan kismis. Makan Tengah Hari - Ikan bakar, nasi, sup ayam, kurma dan air oren. Makan Malam - Ayam Stim, roti, coleslaw, kurma dan air mineral.
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
TABIAT DAN AMALAN PEMAKANAN YANG BAIK UNTUK ORANG YANG CEMERLANG 1. Makan 70 % makanan mentah dan 30 % makanan bermasak. 2. Banyakkan pengambilan bahan-bahan yang tidak dimasak seperti a. Sayuran. b. Bijirin c. Buah-buahan d. Kekacang 3. Ambil secara sederhana makanan berikut. a. Daging termasuk ayam b. Organ dalam haiwan seperti hati , limpa, dll. 4. Kurangkan a. Makanan dalam tin / makanan diawet b. Lemak. c. Gula dan garam KELEBIHAN AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT LAGI TERANCANG 1. Lebih bertenaga dan tidak letih. 2. Meningkatan daya konsentrasi (fokus). 3. Memiliki kulit dan rambut yang sihat. 4. Jarang diserang penyakit berbahaya. 5. Sistem penghadaman yang lebih baik. 6. Berupaya menangani masalah tekanan perasaan / stress. 7. Tiada kesakitan semasa haid. 8. Tidak meminati makanan / minuman manis. INGAT! Tabiat pemakanan kita pada hari ini akan mempengaruhi kesihatan dan umur kita untuk jangka masa 10 hingga 20 tahun akan datang. Mungkin, jika kita mengamalkan tabiat pemakanan yang kurang sihat, kita mudah diserang penyakit kronik seperti darang tinggi, kencing manis, gangguan jantung, kanser dan banyak lagi. Budaya makan yang tidak terancang akan mengakibatkan : Gangguan sistem penghadaman. Badan mudah letih. Menumpulkan daya ingatan dan hafalan. FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
RAHSIA PEMAKANAN YANG MEMBANTU MENINGKATKAN DAYA INGATAN 1. Madu Lebah i. Madu lebah bukan sahaja gula ringkas yang mudah dihadam bahkan mempunyai mineral, vitamin, protein, antiseptik yang mampu menyihatkan otak bahkan terbukti menyihatkan badan. ii. Cara minum : 2 Sudu teh setiap pagi dan malam.
2. Susu Segar i. Susu bukan sahaja mengandungi protein bahkan juga mineral dan vitamin serta antiseptik. Susu yang terbaik adalah susu daripada susu kambing, biri-biri dan lembu.
3. Kismis i. Menjadi amalan-amalan para perawi hadis di Kota Madinah. Cara makan ; a. 21 biji sehari. b. Menghadap kiblat. c. Duduk. d. Baca Bismillah dan Selawat. e. Berdoa supaya dimudahkan urusan belajar.
4. Kekacang i. Gajus ii. Badam
5. Kuning Telur. 6. Bunga Cengkih. 7. Lobak Merah. 8. Daging Burung merpati. 9. Halia sebaiknya halia merah. 10. Minyak Sapi.
SUCCESS IS A JOURNEY NOT A DESTINATION. FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
PENGURUSAN MASA DAN BUDAYA KERJA RASULLULLAH Pengurusan masa melalui nur-iman. Di dalam masa 24 jam, Rasullullah bahagikan kepada tiga bahagian. 1. Ibadah. Dalam Islam, bekerja tanpa ibadah adalah dilarang.
2. Tugas Dengan mengutamakan akhlak dan keteladanan. Sepanjang hayat, Rasullullah disulami dengan sifat terpuji seperti pemaaf, ,memudahkan urusan orang lain, menyenangkan hati orang di sekelilingnya. Baginda berbudi luhur kepada kawan dan lawan. Walaupun kepada orang yang membenci Baginda sekalipun, Baginda tetap membalasnya dengan kebaikan.
3. Keluarga Pelajar : Diri, ibu bapa dan adik beradik. Orang Dewasa : Diri, anak dan isteri.
Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya Allah menyuruh menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia. Hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. An-Nisa : 58
Cara pengurusan masa yang efektif dan berjadual dapat mengelakkan diri dari sibuk. Justeru, alasan bahawa kita kesuntukan masa dan tidak sempat melakukan sesuatu itu adalah alasan yang tidak relevan.
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
TIPS PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF
1. Peruntukkan masa untuk melakukan satu-satu tugasan Dalam kehidupan seharian, pasti anda akan sibuk dengan tugasan kerja yang mungkin tidak akan habis. Jangan sesekali cuba untuk menyiapkan kerja itu secara sekaligus. Rancang dan peruntukkan masa untuk satu-satu tugasan. Sekiranya anda mampu untuk melakukan pengurusan masa yang baik, pasti anda berkesempatan untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan.
2. Senaraikan keutamaan anda Untuk seseorang yang terlalu sibuk dengan kerja harian, anda perlu sentiasa menyenaraikan keutamaan yang anda ingin lakukan pada hari-hari tertentu. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan masa anda. Pasti anda tidak akan mampu untuk melakukan perkara yang diinginkan untuk setiap hari. Tetapi anda boleh menyenaraikan keutamaan yang perlu diberikan mengikut hari-hari yang bersesuaian. Sebagai contoh, mungkin hari sabtu keutamaan diberikan terhadap keluarga. Sekiranya ada tugasan yang perlu disiapkan, anda tidak perlu runsing untuk memikirkannya kerana anda sudah tahu hari itu keutamaan telah diberikan terhadap keluarga. Peruntukkan untuk menyiapkan tugasan pada hari yang kerja menjadi keutamaan pula.
3. Jadilah individu yang menghargai masa Pasti tidak akan wujud masalah pengurusan masa sekiranya anda sendiri tahu bagaimana untuk menghargai masa. Hargailah setiap masa yang anda lalui. Jangan sesekali mempersiakan masa anda. Ini adalah merupakan kunci utama untuk anda mendapatkan kehidupan yang lebih seimbang.
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
Masa/Hari Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu 05.00-06.00 P 06.00-07.00 A 07.00-08.00 G 08.00-09.00 I 09.00-10.00
10.00-11.00
11.00-12.00
12.00-01.00
01.00-02.00 P 02.00-03.00 E 03.00-04.00 T 04.00-05.00 A 05.00-06.00 N 06.00-07.00 G 07.00-08.00
08.00-09.00 M 09.00-10.00 L 10.00-11.00 M 11.00-12.00
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
Ayuh, lakukan analisis. ANALISIS MINGGUAN Belajar ________________ jam Kerja Rumah ______________________ jam Tuisyen __________________ jam Berehat __________________________jam Hiburan/TV __________________ jam Beriadah ______________________ jam Perbincangan / Diskusi __________________ jam Lain-lain ___________________ jam
TARIKH-TARIKH PENTING PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR/SPM
FADHILAT ZIKIR Hadis Rasullullah SAW . Perumpamaan orang yang menyebut nama Tuhannya dengan yang tidak seperti orang yang hidup dan orang yang mati. Riwayat Bukhari Zikir bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan Pencipta, tetapi juga dapat menenangkan jiwa yang dilanda masalah. Antara kelebihan zikir ialah ; 1. Menyucikan hati terang hati 2. Teguh Iman. 3. Menghindari gangguan syaitan. 4. Mulia dunia dan mulia akhirat. 5. Meningkatkan martabat hidup. 6. Pahala. 7. Elak malapetaka dan bala. 8. Dikasihi semua makhluk. 9. Bahagia diri, sahabat dan keluarga.
FADHILAT SELAWAT Antara kelebihan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW ialah ; 1. Mendapat rahmat dan kebajikan Allah. 2. Mendapat syafaat daripada Rasullullah di akhirat kelak. 3. Mendapat ketenangan jiwa dan menerangkan hati.
ADAB BERDOA 1. Berdoa pada waktu yang afdal. Antara waktu yang paling afdal ialah, a. Pada hari jumaat b. Pada akhir malam 2. Berada di dalam keadaan yang suci, bebas dari hadas besar mahupun hadas kecil. 3. Menghadap kiblat. 4. Berdoa dengan penuh khusyuk. FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN
A. SEKARANG a. Yakin dengan kebolehan diri sendiri Saya boleh buat! b. Usaha dengan bersungguh-sungguh. c. Usaha dengan berterusan / istiqamah. d. Elakkan dari menonton TV. e. Menjaga pemakanan. f. Riadah. g. Sentiasa berdoa kepada Allah.
B. BEBERAPA HARI SEBELUM PEPERIKSAAN a. Yakin dengan kebolehan diri aku boleh dapat straight A! b. Sentiasa teruskan usaha untuk menghadapi peperiksaan. c. Buat senarai semak tentang subjek peperiksaan. d. Elakkan pengaruh rakan yang negatif / tidak membantu meningkatkan keupayaan diri. e. Latih tubi soalan tahun lepas. f. Makanan dan riadah.
C. MALAM PEPERIKSAAN a. Mendapat tidur yang cukup. b. Tiada TV. c. Lihat nota ringkas / soalan tahun lepas. d. Makan dengan sederhana. e. Minum susu panas. f. Sentiasa yakin dan tenang. g. Mengamalkan solat hajat. h. Pakaian bersih.
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
D. PAGI PEPERIKSAAN a. Bangun awal dan bersedia. b. Lihat nota kasar. c. Minum minuman yang manis dan sedikit sarapan. d. Pakai tali pinggang dan tali kasut diikat kemas. e. Semak barang yang akan dibawa. f. Semak jadual peperiksaan. g. Sentiasa menenangkan fikiran, tiba awal di dewan dan lihat nota secara kasar. h. Elakkan perbincangan saat akhir dengan kawan-kawan. i. Masuk dan duduk dengan tenang. j. Baca selawat dan berdoa agar dipermudahkan menjawab soalan peperiksaan.
E. DI DALAM DEWAN PEPERIKSAAN a. Duduk tegak. b. Susun alat tulis c. Baca selawat dan doa ringkas. d. Sedia untuk mendengar arahan daripada Pengawas Peperiksaan. e. Baca arahan soalan dengan tepat dan jangan gopoh. f. Garis / tanda bahagian penting. g. Pembahagian masa mengikut nilai soalan. h. Buat rangka jawapan. i. Jaga tulisan dan elakkan tulisan cakar ayam. j. Jaga ketepatan fakta-latihan / ulangkaji. k. Tinggalkan soalan yang susah dan tandakan. l. Kembali siapkan soalan yang susah selepas selesaikan soalan yang mudah. m. Semak jawapan. n. Semak nobor indeks dan nombor soalan. o. Setelah tamat, jangan bincang dengan kawan kerana ini akan mengganggu emosi dan psikologi calon peperiksaan.
Katakan pada diri .. SAYA YANG TERBAIK! Winning isn't everything, but wanting to win is. FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
RASULLULLAH SAW : ROLE MODEL SEPANJANG ZAMAN a) AMALAN Amalan yang paling disukai oleh Rasullullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan NasaI daripada Aisyah dan Ummu Salamah)
b) TAHAJJUD Rasullullah bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki Baginda. (Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, NasaI, Ibnu Majah, kepada Mughirah)
c) PUASA Rasullullah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (Riwayat Ibnu Majah)
d) PAKAIAN Adalah pakaian yang paling disukai oleh Rasullullah SAW ialah gamis. (Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah)
e) BERSERBAN Apabila Rasullullah berserban, ia akan melabuhkan ekor serbannya antara dua bahunya. (Riwayat At Tarmizi daripada Ibnu Umar)
f) SUJUD SYUKUR Apabila Rasullullah didatangi berita yang menggembirakan hatinya, baginda terus sujud sebagai tanda syukur kepada Allah SWT. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah)
g) BERBARING Apabila Rasullullah SAW hendak berbaring (hendak tidur). Beliau akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya. (Riwayat TAbrani daripada Hafsah)
h) BERANI Adalah Rasullullah SAW orang yang paling baik, paling pemurah, dan paling berani. (Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Ibnu Majah dari Anas.)
i) BENCI DUSTA Adalah perangai yang paling dibenci oleh baginda ialah dusta (Riwayat Baihaqi dari Aisyah)
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
ADAB MENGHORMATI IBU BAPA i. Taat kepada kedua ibu bapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat kepada Allah dan Rasullullah SAW. ii. Bertutur kepada mereka dengan penuh lemah lembut dan beradab. iii. Mencium tangan mereka pada pagi dan petang. iv. Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang diminta oleh keduanya. v. Mendoakan dan memohon keampunan buat mereka. vi. Melakukan kerja yang disukai oleh ibu dan bapa. vii. Menjawab panggilan/seruan mereka seberapa pantas yang boleh.
ADAB BERSAMA GURU i. Memberi salam dan sentiasa menghormati guru. ii. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang. iii. Jika ingin bertanya atau keluar kelas, hendaklah meminta izin terlebih dahulu. iv. Nampakkan sikap menerima pendapat guru. v. Hindari daripada menyinggung perasaan guru. vi. Lakukan apa yang paling disenangi oleh guru.
ADAB MEMILIH SAHABAT i. Pilih rakan yang cerdik dan berakhlak mulia. ii. Pilih rakan yang mahu membantu di waktu senang dan susah. iii. Pilih teman yang rajin dan mahu diajak mengulangkaji. iv. Hindari teman yang suka berdusta. v. Hindari teman yang malas dalam banyak perkara. vi. Pilih teman yang suka memaafkan kesalahan orang lain. vii. Pilih teman yang bersifat rendah diri dan tidak sombong.
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
1. Pembangunan diri yang seimbang antara jasmani, rohani dan intelek.
2. Menguasai kemahiran ;
a. Teknologi computer dan gadjet teknologi yang lain. b. Berfikir secara kritis dan kreatif. c. Belajar. d. Fasilitator. e. Menaksir dan menilai. f. Mengurus emosi. g. Komunikasi.
3. Bijaksana lagi amanah.
4. Menguasai , mengamalkan dan menghayati nilai-nilai agama.
5. Bersikap membina dan terbuka.
6. Bersedia menerima teguran / kritikan yang membina.
7. Mempunyai wawasan dan perancangan masa depan yang strategik.
8. Sifat yang sabar, tekun, ikhlas, dan taqwa.
9. Berdisiplin.
10. Prinsip sentiasa menepati masa.
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
30 SEBAB MENGAPA GAGAL PEPERIKSAAN
1. Gagal memahami dan menguasai soalan. 2. Tidak menguasai konsep, fakta dan perkaitannya. 3. Tiada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. 4. Tertinggal isi, fakta dan langkah kerja. 5. Terkeliru oleh fakta dan soalan. 6. Tiada pengurusan dan perancangan masa dengan berkesan. 7. Tergopoh-gapah ketika menjawab soalan. 8. Tiada motivasi diri. 9. Tulisan terlalu teruk. 10. Terlalu yakin dengan kebolehan diri sedangkan kurang berusaha. 11. Bergantung kepada soalan ramalan. 12. Sikap yang negative, bersahaja dan tidak bersungguh-sungguh. 13. Mudah putus asa. 14. Terlalu memilih soalan dan tajuk. 15. Tiada stamina dan kurang latihan. 16. Pengaruh rakan yang bersifat negatif. 17. Kurang ibadah. 18. Keruntuhan akhlak hati yang kotor. 19. Mendapat guru tuisyen yang tidak mahir. 20. Malas malu sombong 21. Tiada kemahiran komunikasi. 22. Tiada tempat belajar yang sesuai. 23. Masalah kesihatan yang sering mengganggu. 24. Sensitive. 25. Tiada cita-cita atau matlamat diri. 26. Tiada contoh teladan / role model. 27. Tiada sokongan daripada ibu bapa. 28. Derhaka kepada guru. 29. Kurang riadah. 30. Selalu murung mempengaruhi corak kehidupan.
Adakah anda memiliki mana-mana sebab di atas? Ayuh, ubahlah sekarang! FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
DOA
Abu Mamar telah menceritakan kepada kami, Abdul Warits telah
menceritakan kepada kami, Khalid telah menceritakan kepada kami, dari
Ikrimah, dari Ibnu Abbas, Rasulullah saw. telah memelukku (ke dadanya) dan
bersabda, Ya Allah, ajarkanlah ia al-Kitab (Al-Quran).
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
RETROKSI : MOTIVASI DIRI
Belajar tanpa matlamat ibarat Menembak tanpa sasaran Syafiq Aizat Mahamad Fuad Profesional Learning Facilitator!
FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
IKRAR 10 AGENDA BERTINDAK
Sesungguhnya saya dengan penuh ikhlas hati berjanji. i. Sentiasa menunaikan solat fardhu ii. Akan menghormati ibu dan ayah dengan sepenuh hati. iii. Akan menghormati dan mematuhi semua arahan guru. iv. Menghormati adik, kakak, dan abang. v. Rajin baca buku. vi. Akan lebih jujur kepada diri sendiri, kawan-kawan dan keluarga vii. Akan berusaha bersungguh sungguh! viii. Tidak mementingkan diri sendiri.
Saya juga berjanji untuk berusaha dan berjuang untuk mendapat ___________________
dalam peperiksaan _________________________________________________________________
1. FAHAM fakta / isi utama. 2. TANDAkan perkataan (pen / highlight) 3. ULANG pada masa lapang. 4. FIKIR bina rasa penting pada fakta tersebut. 5. BELAJAR fakta ini. 6. BELAJAR secara keseluruhan bab ini. 7. ULANGAN secara istiqamah / berterusan. 8. ANALISA kaji dan fahami dengan lebih lanjut. 9. Visual gambar + konsentrasi. 10. BINA SENDIRI aplikasi / ilustrasi. 11. Ringkaskan. 12. Peta Minda / Grafik. 13. Sedia SENARAI SEMAK kata kunci. 14. GABUNG-JALIN fakta. 15. Jadikan pelbagai buku sebagai RUJUKAN. 16. ANALISIS soalan tahun lalu. 17. Ulangkaji. 18. Banyakkan latihtubi. 19. MOTIVASI dan KEMAHIRAN BELAJAR. 20. DOA dengan istiqamah. FB : Syafiq Aizat Mahamad Fuad | 017592 5439 2014
Dengan ingatan tulus ikhlas, Kami doakan anda menjadi pelajar gemilang, Pejuang terbilang, dan berjaya menempuh Peperiksaan dengan cemerlang.
___________________________________________ Syafiq Aizat bin Mahamad Fuad Profesional Learning Facilitator