Está en la página 1de 39

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,

KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU.






KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU
NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL
(PSS 3107)


MUHAMMAD ZULHILMI BIN DAUD 4179 880419-09-5175
NOOR SYAHIRAH BINTI OTHMAN 4180 870424-23-5938


UNIT : PENGAJIAN SOSIAL 2
PISMP SEMESTER 6
PENSYARAH : TUAN HAJI GHZALI BIN ISMAIL
JABATAN : JAB. KAJIAN SOSIAL
TARIKH HANTAR : 5 OKTOBER 2010


2

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1

PROFIL PELAJAR

3

2

PENGHARGAAN

5

3

SOALAN

6

4

KEPENTINGAN NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN
SOSIAL

7

5

PENERAPAN NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN
SOSIAL

14

6

HUBUNGAN NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

17

7

PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN

22

8

REFLEKSI

36

9

BIBLIOGRAFI

37

10

BORANG KOLABORASI

38
11 LAMPIRAN 39


3

PROFIL PELAJAR








NAMA : MUHAMMAD ZULHILMI BIN DAUD

NO. K/P : 880419-09-5175

NO. TEL : 017-9296295

ASAL : 718, KG. BEHOR TUI, 02000, KUALA PERLIS, PERLIS

UNIT : KAJIAN SOSIAL 2

PENGKHUSUSAN : PENGAJIAN KAJIAN SOSIAL
(SEKOLAH RENDAH)

PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JANUARI 2008

NAMA TUTOR : EN. AHMAD SATMI BIN SALLEH

EMAIL : zlhlm_me@yahoo.com

NO. MATRIK : 4179



4


PROFIL PELAJAR
















NAMA : NOOR SYAHIRAH BINTI OTHMAN

NO. K/P : 870424-23-5938

NO. TEL : 017-7889036

ASAL : KM 62, KG. RIMBA TERJUN, 82000 PONTIAN, JOHOR

UNIT : KAJIAN SOSIAL 2

PENGKHUSUSAN : PENGAJIAN KAJIAN SOSIAL
(SEKOLAH RENDAH)

PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JANUARI 2008

NAMA TUTOR : EN. AHMAD SATMI BIN SALLEH

EMAIL : n_syahirah87@yahoo.com.my

NO. MATRIK : 4180






5

PENGHARGAAN



Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat
juga kami siapkan tugasan taksiran kerja kursus berasaskan ilmu ini dalam masa yang terdekat
tanpa sebarang masalah. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing, Tn. Hj. Ghzali bin Ismail yang gigih memberikan khidmat nasihat dan juga
dorongan kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada rakan-rakan serta pihak-pikah yang terlibat :
1. Seluruh ahli keluarga Pakatan Haji Mohamad
2. Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun, Pontian.
3. Jawatankuasa Masjid Kampung Rimba Terjun, Pontian.
4. Jawatankuasa Masjid Kampung Sungai Berembang, Kuala Perlis
5. Jawatankuasa Karnival Sukan IPG Kampus Sultan Mizan, Besut.

Diharapkan apa yang kami lakukan ini diberkati oleh Allah S.W.T. dan dapat memberi
ilham dan panduan kepada rakan-rakan lain demi kebaikan bersama. Akhir kata, kami ucapkan
jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu kami dalam menyelesaikan
tugasan kerja kursus berasaskan ilmu bagi mata pelajaran Nilai dan Etika Dalam Pengajian
Sosial baik secara langsung atau tidak.



6

SOALAN






























7

1.0 Kepentingan nilai dan etika dalam Pengajian Sosial

Nilai merupakan satu perkataan yang mampu memberi banyak takrif dalam pelbagai
bidang yang dikehendaki. Sekiranya kita cuba memahami konsep nilai dengan merujuk
kepada kamus bahasa, nilai didefinisikan dari aspek ekonomi (nilai wang), bahasa (nilai
dimaksudkan sebagai erti sebenar suatu perkataan), matematik (nilai dari segi kuantiti),
muzik (nilai dari segi not muzik), seni (nilai warna, ton) dan nilai moral (prinsip betul-
salah, baik-buruk individu yang dipupuk dan dipraktikkan dalam kehidupan). Merujuk
kepada Kamus Dewan (Edisi Baru, 1995) nilai dihuraikan sebagai sesuatu benda atau
perkara yang boleh dilihat, pertamanya dari segi kuantiti iaitu harga yang boleh dikira
dengan aritmetik dan keduanya dari kualiti intrinsik iaitu sesuatu yang boleh dirasai
secara dalaman atau dalam pemikiran individu.

Suffean Hussin (1993) pula menyatakan nilai adalah mutu, faedah, kepentingan
dan valuableness sesuatu tingkah laku, pegangan, amalan aktiviti dan objek
(Saharudin Suhaidi, 2007). Terdapat beberapa ciri nilai yang harus diketahui bagi
memahami konsep ini antaranya, nilai ditonjolkan secara lisan atau menerusi perlakuan
individu sesuatu kumpulan. Contohnya, seseorang yang mempunyai nilai hormat akan
menunjukkan nilai dalam pertuturan dan perlakuannya. Individu yang mempunyai nilai
hormat juga akan mempertahankan nilai yang ada pada dirinya serta mengkritik orang
lain yang tidak bersikap sedemikian (Muthualagan, 2009).

Namun, sesuatu nilai itu sememangnya berbeza di antara seorang individu
dengan individu yang lain atau sesebuah masyarakat dengan masyarakat di tempat
lain. Sebagai contoh, masyarakat di Malaysia yang mengamalkan nilai ketimuran
menganggap bahawa dua orang individu bukan muhrim yang tinggal bersama di dalam
sebuah rumah adalah salah serta tidak dapat diterima umum. Tetapi bagi masyarakat
asing umpamanya di barat, mereka tidak menganggap bahawa tindakan 2 individu
tersebut tidak salah dan menerimanya sebagai satu kebiasaan. Di sini, jelas terlihat
bahawa nilai yang diberikan adalah berbeza mengikut pegangan seseorang itu.

8



Rajah 1.1 : Jenis-jenis nilai


Nilai boleh dibahagikan kepada 6 jenis seperti yang dinyatakan pada rajah 1.1 di
atas. Nilai instrumental ialah alat yang digunakan bagi mencapai sesuatu matlamat
akhir yang telah ditetapkan oleh individu. Kualiti yang diterima atau ditolak bagi
mencapai matlamat akhir disebut sebagai nilai instrumental. Misalnya, Kempen
Pemuliharaan Alam bersifat instrumental sekiranya bertujuan meningkatkan kehijauan
dan kelestarian alam sekitar. Kempen Pemuliharaan Alam yang dilaksanakan menjadi
nilai instrumental kepada matlamat akhir iaitu memastikan bumi terus terpelihara dari
kemusnahan dan generasi akan datang dapat mengecapi keindahannya.

Nilai yang kedua adalah nilai intrinsik iaitu kualiti yang diterima atau ditolak
semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya. Nilai ini juga
tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamat. Nilai intrinsik itu sendiri
merupakan matlamat akhir individu. Contohnya, pelajar yang mengamalkan nilai
kebersihan fizikal dan mental akan sentiasa menjaga kebersihan di mana sahaja dia
berada. Walaupun pada hari tersebut bukan gilirannya membersihkan kelas, tetapi jika
dia melihat kelas terlalu kotor dan tiada yang membersihkannya, pelajar tersebut
dengan senang hati akan melaksanakan tanggungjawabnya.
JENIS NILAI
Nilai
Instrumental
Nilai Instrinsik
Nilai Subjektif
Nilai Objektif
Nilai Relatif
Nilai Mutlak
9

Seterusnya, nilai subjektif. Mengikut perspektif nilai subjektif, apa yang baik bagi
satu pihak mungkin diterima, dibiar atau ditentang oleh pihak lain. Ia merupakan satu
kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan. Nilai
seubjektif ini berhubungkait dengan citarasa dan pendangan peribadi semata-mata.
Misalnya, terdapat rakyat Amerika yang tidak menyukai Barrack Obama namun
terdapat pula segolongan yang menyokongnya tanpa berbelah bahagi. Hal ini terjadi
kerana setiap individu mempunyai pandangan dan nilai subjektif yang tersendiri.
Seseorang individu tidak boleh memaksa individu lain untuk bersetuju atau tidak
dengan sesuatu pandangan yang rigid.

Nilai objektif pula adalah satu nilai yang sangat rigid dan tidak boleh dinafikan
kebenarannya. Berbeza dengan nilai subjektif, nilai objektif ini bebas daripada
pandangan individu atau pilihan peribadi. Sesuatu pendapat yang diterima atau ditolak
adalah berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua orang atau telah
ditentukan oleh pihak yang mempunyai autoriti seperti pihak polis atau badan yang
menggubal undang-undang. Contohnya, individu yang mengamalkan rasuah akan
dihukum di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Kesalahan rasuah dianggap salah oleh semua masyarakat dan satu perbuatan yang
hina tanpa boleh diterima oleh mana-mana pihak.

Nilai relatif ialah nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu
masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakatnya. Ia adalah berubah-ubah
mengikut pandangan serta penilaian masyarakat yang tinggal di sesebuah kawasan
dengan kawasan yang lain. Nilai relatif juga memberi pandangan yang berbeza
mengikut kebiasaan serta pegangan individu. Contohnya, lelaki yang memakai seluar
pendek di atas lutut untuk bermain bola sepak dianggap betul dan diterima oleh
sesetengah masyarakat seperti di Barat. Namun, pemakaian jenis itu akan dipandang
salah serta tidak diterima di kalangan masyarakat timur yang beragama Islam kerana
pegangan mereka bahawa aurat lelaki adalah dari pusat sehingga lutut dan harus
ditutup.

10

Nilai yang terakhir pula adalah nilai mutlak yang disebut juga sebagai absolute.
Nilai ini sering digunakan untuk menunjukkan apa yang dinilai dan tidak boleh
dirasionalkan. Keberhagaannya tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan dan amalan
bagi sesebuah masyarakat. Nilai-nilai yang terkandung di dalamnya diyakini diterima
umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau sememangnya buruk. Pandangan
yang diberikan oleh sesebuah masyarakat tentang nilai ini adalah kekal sepanjang
masa di semua tempat serta hampir semua situasi norma masyarakat. Sebagai contoh,
nilai menghormati mereka yang lebih tua adalah disukai, diterima dan disyorkan oleh
semua agama di dunia. Nilai menghormati juga dipandang mulia oleh semua lapisan
masyarakat tanpa mengira mobiliti tempat.

Perbincangan mengenai nilai mempunyai perkaitan rapat dengan konsep etika.
Kadangkala kedua frasa ini digunakan seiring atau saling melengkapi. Menurut
Ashmore, RB. 1987 frasa etika atau ethics berasal daripada perkataan Yunani iaitu
ethos yang bermaksud adat atau kegunaan (Vishalache Balakrishnan, 2009). Semasa
falsafah Greek berkembang iaitu tempat di mana etika mula-mula digunakan, agama
masih belum wujud menyebabkan etika lebih cenderung dikaitkan dengan pemikiran
rasional dan logikal. Namun, konsep etika dari kaca mata masyarakat Malaysia
dipengaruhi oleh pelbagai agama yang menjadi pegangan masyarakat majmuknya,
terutama Agama Islam yang menjadi agama rasmi di Malaysia (Artikel/Perkara 11).

Grassian V. 1981 pula berpendapat etika boleh ditakrifkan sebagai kajian
falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral,
tanggungjawab moral, keadilan sosial dan ciri-ciri kehidupan yang baik (Muthualagan,
2009). Pendapat tokoh lain iaitu Frankena, W.k 1973 menyatakan bahawa etika
merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral
dan pertimbangan moral. Etika berbentuk teoritikal di mana etika merupakan satu kajian
falsafah tentang moral iaitu tentang kelakuan yang baik (Saharudin Suhaidi, 2007).
Ringkasnya, etika merupakan satu teori yang perlu dihayati oleh individu. Contohnya
dalam konteks Malaysia, etika selalu dirujuk kepada sesuatu profesion seperti Kod
Etika Perguruan atau Etika Budaya Kerja dalam Perkhidmatan Awam dan sebagainya.
11

Kamus Dewan (edisi keempat) mentakrifkan etika sebagai prinsip moral (atau
akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan. Menurut Shahrul Azman daripada Institut Tadbir Awam Negara (INTAN),
etika merupakan satu standard bagi menentukan betul atau tidak sesuatu perbuatan
atau tingkahlaku. Etika membolehkan seseorang individu itu memahami tanggungjawab
dan akibat tingkahlaku atau profesyen mereka terhadap diri sendiri, masyarakat dan
negara. Etika menyedarkan individu tentang sesuatu yang perlu dan patut dilakukan
dan begitu juga sebaliknya.

Daripada pendapat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika adalah satu
disiplin, piawai atau garis panduan yang memberi maklumat kepada seseorang tentang
sistem moral yang dihayati oleh satu-satu kelompok manusia tertentu. Penghayatan
etika ini dilaksanakan secara mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral
tersebut. Contohnya, terdapat beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh penjawat am bagi
memenuhi etika perkhidmatan awam. Sebagai seorang penjawat am, individu perlu
mengekal dan memelihara kepercayaan terhadap tugas yang diberikan, memupuk
tanggungjawab bersama, mengeratkan hubungan antara kakitangan dan mewujudkan
suasana yang sihat dan cekap dalam perkhidmatan serta membentuk sikap dan
pembawaan kakitangan kerajaan bersesuaian dengan semangat Rukun Negara.

Contoh lain yang boleh diambil adalah melalui Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan adalah Perlembagaan Malaysia yang merupakan undang-
undang tertinggi di Malaysia. Ia adalah dokumen bertulis tentang undang-undang
berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
Kemerdekaan 1957. Semua warganegara Malaysia perlu patuh kepada kod etika yang
digariskan di dalam perlembagaan tersebut. Tiada siapa yang mempunyai kekebalan
atau dapat menandingi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Namun, ia masih
boleh dipinda dan dibuat penambahbaikan sekiranya dipersetujui oleh Dewan Rakyat
dan Dewan Negera yang kemudiannya diluluskan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Pindaan Perlembagaan Malaysia juga boleh
berlaku melalui Perkara 150).
12


Rajah 1.2 : Kepentingan Nilai dan Etika


Eow B.H 2001 menyatakan bahawa nilai dan etika secara amnya mempunyai
banyak kepentingan kepada kehidupan masyarakat (Muthualagan, 2009). Nilai dan
etika dikatakan menjadi satu kriteria atau piawai (standart) yang konsisten agar individu
atau masyarakat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Fungsi ini
membolehkan individu dalam masyarakat menjadi agen dan pengkritik ke arah
kebaikan. Melalui standart ini juga, individu dapat menilai kebaikan diri sendiri dengan
kebaikan yang dilakukan oleh orang lain. Contohnya, di dalam kelas tahun 4 Bestari
terdapat satu peraturan yang melarang pelajar makan di dalam kelas pada waktu rehat.
Jadi, nilai bertanggungjawab dalam diri pelajar kelas tersebut membolehkan kelas
mereka bersih dan membatasi tingkah laku pelajar yang tidak diterima.

Nilai dan etika juga penting sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk
menyelesaikan konflik tingkah laku baik dan buruk individu. Hal ini bermaksud,
walaupun dalam keadaan beberapa nilai berkemungkinan berkonflik, keutamaan
individu terhadap sesuatu nilai itu dapat membantu menyelesaikan konflik yang dialami.
Malahan, nilai dan etika bukan sahaja mampu merangsang tungkah laku individu tetapi
dapat membatasi tingkah laku mereka. Secara mudahnya, seseorang itu akan bertindak
mengikut nilai dan etika yang dipegangnya. Mereka tidak akan melakukan perbuatan
yang bertentangan daripada nilai yang dihayatinya selama ini. Misalnya, jika seseorang
pelajar memegang nilai berbaik sangka. Mereka tidak akan bermusuhan dengan pelajar
yang lain seterusnya menjalinkan hubungan yang akrab di kalangan mereka.
KEPENTINGAN
NILAI DAN
ETIKA
Kriteria, piawai
atau standart
Tunjuk arah,
rujukan dan
panduan
Batasan
Pemangkin
kebaikan
menghalang
kejahatan
13

Nilai dan etika berkepentingan sebagai batasan kepada perbuatan dan kelakuan
individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai yang dipegangnya. Dengan
berpegang kepada nilai dan etika yang dapat diterima umum, individu tidak akan
mengguris perasaan orang lain. Terutamanya dalam konteks masyarakat Malaysia
yang terkenal dengan kemajmukan budaya dan agama. Contohnya, pepatah Melayu
ada mengatakan Yang tua dihormati, yang muda disayangi manakala dalam pepatah
Cina pula mengatakan Hormati ibu bapa sendiri dan orang lain, layani anak orang lain
seperti anak sendiri. Melalui kedua-dua pepatah ini, dapat difahami bahawa nilai
hormat-menghormati dan berkasih sayang diterima oleh kedua-dua masyarakat Melayu
dan Cina serta semestinya oleh semua bangsa di dunia.

Nilai dan etika juga menjadi pemangkin kepada kebaikan dan penghalang
kepada kejahatan. Jika seorang individu mempunyai nilai dan etika yang baik, mereka
akan mudah menghulurkan bantuan kepada insan lain walaupun berlainan bangsa dan
agama. Contohnya, seorang pelajar Melayu yang sedang bejalan pulang ke rumah dan
tiba-tiba terlihat seorang pelajar India terjatuh dari basikal, dengan segera dia akan
menghulurkan bantuan. Pertolongan yang diberikan itu telah berjaya menggalakkan
nilai baik yang ada dalam dirinya dan menghapuskan kejahatan seperti tindakan
mengejek dan mentertawakan pelajar yang terjatuh itu.

Kesimpulan daripada perbincangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa setiap
individu perlu ditanam dan diterapkan dengan nilai dan etika yang baik dan terpuji.
Penerapan ini wajar dilaksanakan pada tahap umur yang muda iaitu semasa individu
berada di sekolah rendah. Hal ini supaya nilai dan etika yang menjadi amalan
masyarakat dan diterima umum dapat menjadi satu kebiasaan dalam diri individu
tersebut. Nilai yang bertentangan dengan penerimaan masyarakat perlu dielakkan dan
segera dihapuskan dalam diri individu. Selain itu, individu juga perlu mengelakkan diri
daripada menghadapi konflik nilai agar mereka cenderung melaksanakan kebaikan
tanpa sebarang kekeliruan.


14

1.1 Penerapan nilai dan etika dalam Pengajian Sosial

Dalam pendidikan , penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung.
Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh
diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan satu penghayatan dan
pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan. Maka
dengan yang demikian, para pendidik seharuslah memainkan peranan yang proaktif
bagi menerap nilai-nilai murni pada peringkat akar umbi lagi iaitu pelajar di sekolah
rendah. Namun, alternatif yang diambil oleh warga pendidik perlu bersesuai dengan
persekitaran serta nilai murni yang dipegang oleh masyarakat setempat.

Kementerian Pelajaran Malaysia turut memperhebatkan usaha menerapkan
integriti dan nilai murni di kalangan pelajar secara merentasi semua mata pelajaran di
peringkat rendah dan menengah. Dalam konteks ini, Buku Panduan Nilai Merentas
Kurikulum telah diterbitkan bagi membantu guru-guru menerapkan elemen positif
berkaitan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Selain itu,
penyemaian nilai integriti turut dilakukan melalui mata pelajaran secara khusus seperti
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.


Rajah 1.3 : Strategi Penerapan Nilai
STRATEGI
PENERAPAN
NILAI
Kaedah
Perbincangan
Penerbitan
Buku Panduan
Nilai Merentasi
Kurikulum
Kaedah
koperatif atau
kolaboratif
Penerapan luar
bilik darjah
Penerapan
melalui aktiviti
kokurikulum
15

Bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran, pendekatan
kognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan. Fakta-fakta sejarah dan contoh-
contoh melalui cerita-cerita dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarga-
negaraan serta Kajian Tempatan umpamanya sangat sesuai dikaitkan secara langsung
dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu. Contohnya,
dalam matapelajaran Kajian Tempatan Tahun 4 berkaitan tajuk bentuk muka bumi.
Dalam tajuk ini, guru dapat menerapkan nilai-nilai alam sekitar yang perlu ada di dalam
diri pelajar. Agak sukar memastikan pelajar dapat menerima nilai yang dinyatakan oleh
guru, namun daripada tindakbalas yang dipamerkan oleh pelajar sememangnya
penilaian dapat dilakukan.

Nilai yang diterapkan boleh menjadi kriteria panduan tentang bagaimana sesuatu
nilai harus dilakukan misalnya nilai keberanian ataupun rasional. Individu yang rasional
boleh membuat pertimbangan yang baik apabila menghadapi sesuatu masalah. Bagi
tujuan tersebut, guru perlu bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara dengan
mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan nilai yang ada dalam diri
mereka. Dengan menggunakan kaedah kooperatif atau kolaboratif, diyakini dapat
menggalakkan pelajar berfikir secara lebih kreatif dan kritis bagi menyelesaikan
masalah di samping mengaplikasikan nilai-nilai murni seperti bekerjasama serta
menghormati pendapat rakan yang lain.

Sikap prihatin guru dan kesedaran pelajar dalam memupuk nilai murni baik
secara formal ataupun tidak menyebabkan ianya akan sentiasa dapat dipupuk dari
semasa ke semasa. Penerapan nilai murni tidak semestinya dilaksanakan di dalam
kelas sahaja, bahkan ia boleh berlaku di mana sahaja. Budaya memberi salam kepada
guru dan rakan apabila berselisih di luar waktu belajar merupakan salah satu contoh
penerapan nilai murni secara tidak formal. Bagi menerapkan nilai murni seumpama ini,
pihak sekolah harus memainkan peranan secara holistik. Contohnya, peringatan
tentang nilai murni diselitkan dalam ucapan guru besar pada perhimpunan mingguan.
Enam belas nilai murni yang telah sedia digariskan dalam bidang pendidikan juga boleh
menghiasi dinding-dinding sekolah supaya pelajar membaca dan menghayatinya.
16

Selain penerapan nilai integriti melalui kurikulum, elemen nilai murni ini juga
boleh disampaikan menerusi kegiatan kokurikulum. Penerapan nilai melalui kokurikulum
dilakukan melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti persatuan dan pasukan pakaian
seragam yang mendedahkan pelajar dengan amalan-amalan serta sifat-sifat murni
seperti jujur, ikhlas, dan amanah yang menjurus kepada pemupukan integriti dalam diri
mereka. Contohnya, pelaksanaan aktiviti dalam Kelab Rukun Negara boleh
menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama dan setia kawan. Kelab
Rukun Negara merupakan salah satu kelab yang mempunyai hubungan rapat dengan
bidang pengajian sosial. Aktiviti yang mungkin sesuai dilaksanakan dalam kelab ini
adalah seperti membina Buku Skrap Hari Kemerdekaan.

Pelbagai pihak sememangnya sedar tentang pentingnya usaha memupuk nilai-
nilai positif di kalangan individu terutamanya para pelajar. Melalui reformasi di dalam
aspek kurikulum, kegiatan kokurikulum dan kaedah pentaksiran diharapkan dapat
menyemai pelbagai sikap positif, toleransi dan nilai-nilai murni, termasuk integriti . ia
adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam Misi Nasional serta Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Tidak dapat disangkal lagi bahawa sistem pendidikan yang berkesan
merupakan tonggak utama dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang mempunyai
nilai murni. Tetapi, amanah ini bukan dipertanggungjawabkan kepada warga pendidik
semata-mata, tetapi memerlukan penglibatan semua pihak. Tanpa kerjasama yang
dedikasi, usaha Kerajaan akan menjadi pincang dan hasrat untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang beretika akan tinggal sebagai harapan.









17

1.2 Hubungan nilai dan etika dalam Pengajian Sosial

Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah
meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara
kita, tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepada
pandangan dan maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang dianggotai oleh
wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada
semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh
dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak. Justeru, satu wadah yang berkesan
bagi menyalurkan penerapan nilai murni kepada individu harus dicari terutamanya
dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana, seawal umur 6 tahun lagi individu telah berada
di alam persekolahan sehingga la mencecah umur 17 tahun.



Rajah 1.4 : Nilai Murni Dalam Pendidikan

NILAI-NILAI
MURNI
1.Baik Hati 2.Berdikari
3.Hemah
Tinggi
4.Hormat
Menghormati
5.Kasih Sayang 6.Keadilan 7.Kebebasan
8.Keberanian
9.Kebersihan
Fizikal &
Mental
10.Kejujuran 11.Kerjasama
12.Kesedaran 13.Kesyukuran 14.Rasional
Semangat
bermasyarakat
18

Skop bidang Pengajian Sosial di sekolah rendah merangkumi 2 matapelajaran
iaitu Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan serta Kajian Tempatan. Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan mula diajar pada tahun 2005. Secara ringkasnya, PSK bertujuan
memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka
dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat yang bersatu
padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan
dunia. Berdasarkan matlamat yang dinyatakan di dalam sukatan pelajaran PSK
sememangnya aspek penerapan nilai murni mempunyai hubungan yang rapat dengan
kandungan matapelajaran ini. Terdapat 6 tema kesemuanya dan mengandungi topik-
topik yang sesuai mengikut tahap perkembangan pelajar.

Tema 1 dalam matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan ialah Sayangi Diri.
Tema ini menghuraikan aspek perkembangan diri iaitu cara murid mengenal, mengurus
dan mendisiplinkan diri serta mempelajari tentang hak dan tanggungjawab mereka
sebagai kanak-kanak. Topik yang terkandung di dalam tema ini adalah mengenali diri,
keyakinan diri, pengurusan diri, disiplin diri, pengurusan masa serta hak dan
tanggungjawab kanak-kanak. Nilai yang sesuai diselitkan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran tema ini adalah menyayangi diri, bertanggungjawab terhadap diri dan
amanah kepada diri sendiri.

Sayangi Keluarga adalah tema kedua yang menjelaskan tentang peranan dan
tanggungjawab anggota keluarga serta pembinaan keluarga bahagia mengikut perspektif
agama dan budaya. Mengenali keluarga sendiri, peranan dan tanggung-jawab anggota
keluarga asas, hubungan keluarga kembangan dan keluarga yang harmoni mengikut
ajaran agama dan kepercayaan merupakan topik yang terkandung di dalam tema ini.
Tajuk tema 3 pula adalah Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat yang meliputi
perihal interaksi dan komunikasi dalam komuniti sekolah, semangat kejiranan,
tanggungjawab individu terhadap alam sekitar dan peranan agensi tempatan dalam
memastikan kesejahteraan masyarakat. Di dalam kedua-dua tema ini nilai yang wajar
diterapkan adalah berkaitan kasih sayang, kebersihan dan semangat bermasyarakat.

19

Seterusnya iaitu tema 4 adalah Kenali Budaya Malaysia. Tema ini menghuraikan
tentang kepelbagaian warisan budaya masyarakat dan tanggungjawab individu untuk
mengekalkan dan menghargai warisan budaya negara. Topik dalam tema ini ialah
kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia, kenali adab sosial
warisan budaya Malaysia dan tanggungjawab mengekalkan warisan budaya Malaysia.
Malaysia Negaraku pula merupakan tema yang kelima bagi matapelajaran ini. Topik
yang dirangkum ialah kenali Malaysia, bangga dengan identiti negara, kenali sistem
kerajaan Malaysia, kenali dan hormati pemimpin negara, hargai perjuangan tokoh-tokoh
serta tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan. Nilai patriotik seperti kesedaran dan
kesyukuran adalah antara nilai yang paling sesuai dikaitkan dengan kedua tema ini.

Tema akhir bagi matapelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan yang
telah digariskan mengikut sukatan Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah adalah
Sedia Hadapi Cabaran. Tema ini menghuraikan aspek persediaan diri untuk masa
depan individu terpuji dan kehidupan remaja yang sihat dan cergas. Topik-topik di
dalam tema 5 ini ialah Membina budaya cemerlang untuk masa depan, Ciri-ciri peribadi
terpuji serta remaja yang sihat dan cergas. Nilai yang boleh dihubungkaitkan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran tema ini pula adalah nilai berdikari, nilai kesedaran serta
nilai keberanian. Selain itu, terdapat nilai-nilai lain juga yang boleh disesuaikan oleh
guru dengan topik pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.

Bagi matapelajaran Kajian Tempatan pula telah menjalani penambahbaikan
dalam isi kandungannya pada tahun 2004. Matapelajaran ini diwujudkan bagi memupuk
semangat patriotic di peringkat sekolah rendah. Penekanan nilai perlu dibuat supaya
pelajar dapat menyayangi keluarga, jiran dan persekitaran serta menghormati
masyarakat, patuh kepada pemimpin dan taat kepada raja dan seterusnyaakan
sentiasa mendaulatkan undang-undang. Pengalaman pembelajaran ini serta penerapan
nilai murni yang sentiasa diterapkan oleh guru akan membentuk murid yang setia
kepada negara dan bangga sebagai rakyat Malaysia. Adalah sangat penting bagi para
guru untuk menanam nilai-nilai murni di kalangan pelajar melalui 6 tema yang
terkandung dalam matapelajaran ini.
20

Rumah sebagai keperluan asas manusia diletakkan sebagai tema pertama.
Tema ini menggalakkan murid untuk menghargai rumah sebagai tempat tinggal dan
menjadikan rumah sebagai Rumahku Syurgaku. Murid juga perlu menjadikan rumah
sebagai satu tempat istimewa dalam kehidupannya. Tema seterusnya adalah Perihal
kawasan setempat. Tema ini membawa murid mengenali dan menghargai lokasi tempat
tinggal mereka. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum memperlihatkan kekayaan
negara kita dari segi kaum dan budaya yang memerlukan warganegaranya saling
hormat menghormati dan bertoleransi. Oleh hal demikian, nilai murni perlu dipupuk di
kalangan individu terutamnya pelajar sekolah rendah bagi meningkatkan kesejahteraan
negara pada masa hadapan.

Tema ketiga ialah Mengenal negara kita dan keempat pula adalah Sejarah
negara kita yang diajar semasa di tahun 5. Bagi tema ketiga, murid didedahkan dengan
lokasi Malaysia di Asia tenggara, Benua Asia dan di dunia. Manakala bagi tema
keempat membincangkan tentang sejarah negara yang bermula dengan sejarah
pengasasan Kesultanan Melayu Melaka dan kegemilangannya sehingga kedatangan
kuasa luar. Di samping itu, tema ini turut memberikan penjelasan tentang sejarah awal
Sabah dan Sarawak. Nilai-nilai murni mungkin tidak dapat diterapkan melalui topik yang
diajar, tetapi boleh diselitkan semasa murid melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang disediakan oleh guru.

Pelajar tahun 6 pula akan diajar berkaitan tajuk Ekonomi Negara yang
terkandung tema 5 dan Kejayaan dan Kebanggaan Negara bagi tema 6. Tajuk Ekonomi
Negara membolehkan pelajar mengetahui dan menghargai pelbagai jenis sumber dan
kegunaannya di negara kita. Tema terakhir bagi matapelajaran Kajian Tempatan
membolehkan murid memahami usaha ke arah kemerdekaan negara seterusnya ke
arah pembentukan Malaysia. Selain itu, murid dapat memahami behawa keamanan dan
kemakmuran ekonomi mampu membawa kepada kesejahteraan hidup rakyat dan
kejayaan cemerlang negara. Nilai yang sesuai diaplikasikan di dalam tema-tema ini
adalah nilai kesedaran, kejujuran serta keadilan.

21

Kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran untuk kedua mata-
pelajaran pengajian sosial di sekolah rendah mempunyai hubungkait yang sangat rapat
dengan penerapan nilai murni di kalangan pelajar. Sememangnya penyusunan sukatan
pelajaran yang dilakukan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum telah sekali gus
mengambil kira aspek afektif selain kognitif dan psikologi. Hal ini seterusnya menjadi
tanggungjawab para guru untuk mewujudkan ruang dan peluang menggalakkan tingkah
laku pelajar yang bercirikan nilai moral. Terdapat pelbagai langkah bagi menilai tingkah
laku pelajar baik dari aspek kurikulum mahupun aktiviti kokurikulum. Namun, penerapan
nilai murni ini bukanlah tanggungjawab pihak sekolah semata-mata tetapi adalah
tanggungjawab bersama pendidik, ibu bapa dan masyarakat.





















22

1.3 Penghayatan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

Penerapan nilai murni di kalangan individu bukan sahaja dilaksanakan secara
formal semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ianya berlaku
sepanjang hayat baik dari usia muda sehingga warga tua. Lokasinya pula boleh di
mana sahaja termasuklah kawasan sekolah, kawasan kejiranan mahupun apabila
melawat kawasan lain. Berdasarkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu ini, saya
memfokuskan kepada 3 komuniti utama iaitu komuniti keluarga, komuniti sekolah dan
komuniti masyarakat. Ketiga-tiga komuniti ini adalah peneraju utama kepada penerapan
dan pengaplikasian nilai murni individu.

Rajah 1.5 : Aktiviti Penerapan Nilai Murni Mengikut Komuniti

Rajah di atas menunjukkan aktiviti yang boleh disertai oleh individu mangikut
komuniti. Aktiviti di atas juga merupakan sebahagian sahaja daripada aktiviti yang boleh
dilaksanakan oleh komuniti yang terlibat. Dapat dilihat bahawa komuniti sekolah
memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri individu. selain itu, ibu bapa dan masyarakat sekeliling juga mempunyai
peranan mereka masing-masing.

Hari Keluarga Pakatan Haji Mohamad
Komuniti Keluarga
Sambutan Kemerdekaan Ke-53 Di Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun
Sambutan Hari Raya Di Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun
Hari Karnival Sukan Di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu
Komuniti Sekolah
Menunaikan Solat Jumaat
Sambutan Hari Raya Di Masjid Jamek Kampung Rimba Terjun, Pontian,
Johor
Komuniti Masyarakat
23

HARI KELUARGA PAKATAN HAJI MOHAMMAD ------------------------------------------------

Pakatan Haji Mohamad merupakan sebuah pakatan yang ditubuhkan pada tahun
1998 di Kampung Rimba Terjun, Pontian, Johor. Pakatan ini diilhamkan oleh salah
seorang anak kepada Allahyarham Haji Mohamad Bin Ahmad iaitu seorang bekas
imam Masjid Kampung Rimba Terjun. Semua ahli keluarga daripada 17 orang anak Haji
Mohamad wajib menyertai pakatan ini. Sehingga kini, terdapat 4 generasi yang telah
mendaftar dan menjadi ahli yang aktif. Pengerusi Pakatan Haji Mohamad pada tahun
2010 ialah Tuan Haji Ibrahim Bin Haji Mohamad. Beliau merupakan seorang pesara
guru dan kini bertugas sebagai Ketua Kampung bagi Kampung Rimba Terjun. Beliau
sangat bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan pelbagai tanggungjawab
yang dipikul.

Baru-baru ini bertempat di Kampung Rimba Terjun telah diadakan satu Hari
Keluarga Pakatan Haji Mohamad yang dihadiri oleh hampir 30 keluarga. Terdapat
beberapa objektif pelaksanaan program ini iaitu mempertemukan ahli keluarga yang
tinggal berjauhan, mengeratkan tali silaturrahim antara keluarga serta memper-
kenalkan ahli keluarga yang baru kepada keluarga besar Haji Mohamad. Pelbagai
aktiviti disusun bagi mengisi program Hari keluarga ini seperti mengadakan bacaan
tahlil di Rumah Bonda, pertandingan bowling, sukaneka serta sambutan Hari Bapa.
Semua ahli keluarga yang hadir memberikan kerjasama yang sangat baik bagi
melancarkan aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, banyak nilai murni yang
berjaya diterapkan di kalangan ahli keluarga.

24

Hormat-menghormati & Kasih Sayang
Nilai hormat-menghormati dan berkasih sayang telah lama diterapkan di dalam
keluarga ini. Sejak kecil anak-anak dilatih untuk menghormati mereka yang lebih
tua manakala yang tua harus menyayangi mereka yang muda. Apabila bertemu
ahli keluarga akan bersalaman dan berpelukan serta nama yang dipanggil juga
menunjukkan rasa hormat antara satu sama lain.

Tolong-menolong & Kerjasama
Bukan sahaja semasa Hari Keluarga yang dilaksanakan baru-baru ini nilai
tolong-menolong diterapkan, malah telah lama menjadi darah daging di kalangan
ahli. Boleh dikatakan setiap ahli ringan tulang untuk membantu pelbagai tugas
terutamanya jika mengadakan sesuatu majlis. Contohnya, semasa majlis tahlil di
Rumah Bonda, semua ahli memainkan peranan mereka. Ahli keluarga yang
lelaki mengangkat pinggan serta menghamparkan tikar manakala ahli keluarga
perempuan pula membantu menghidangkan makanan.

Kerjasama
Nilai ini sangat jelas diperlihatkan oleh semua ahli terutamanya semasa acara
sukaneka dan pertandingan bowling. Peserta bagi pertandingan bowling adalah
hasil undian dan ahli keluarga tidak akan berada dalam satu kumpulan yang
sama. Untuk memenangi pertandingan tersebut, kerjasama yang baik antara
peserta sangat diperlukan tanpa mengira peringkat umur dan jantina kerana di
bawah satu nama iaitu Keluarga Haji Mohamad.

Kesyukuran
Nilai kesyukuran dapat digambarkan semasa majlis tahlil di adakan. Selain itu,
sesuatu aktiviti akan didahului dan diakhiri dengan bacaan doa tanda kesyukuran
ke hadrat Ilahi. Selain itu, Pakatan Haji Mohamad turut mengadakan kenduri
tahlil setiap 1 Mei saban tahun.


25

Melalui pelaksanaan program seumpama ini, banyak nilai murni yang boleh
menjadi tauladan kepada setiap individu dan juga para pelajar. Contohnya, di dalam
tema 2 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan yang bertajuk Sayangi Keluarga pelajar
akan didedahkan dengan topik-topik seperti mengenali keluarga sendiri, peranan dan
tanggungjawab keluarga asas, hubungan keluarga kembangan serta keluarga yang
harmoni mengikut perspektif pelbagai agama dan kepercayaan. Hasil pembelajaran
bagi matapelajaran PSK tema 2 secara tidak langsung akan diaplikasikan di dalam
program kekeluargaan seperti yang dilaksanakan oleh Pakatan Haji Mohamad.























26

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-53 -----------------------------------------------------------------
SEKOLAH KEBANGSAAN RIMBA TERJUN, PONTIAN.

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun, Pontian telah
diadakan pada 30 Ogos 2010 yang lalu. Objektif program ini adalah member kesedaran
tentang erti kemerdekaan kepada murid-murid serta menanam sikap bangga menjadi
rakyat Malaysia yang hidup dalam aman dan makmur. Selain itu, tujuan pelaksanaan-
nya adalah bagi meningkatkan semangat jati diri dan jiwa patriotik di kalangan murid-
murid. Antara acara yang telah disusun oleh jawantankuasa program ialah menghias
dan mengibar Jalur Gemilang di kawasan sekolah, Mendengar lagu-lagu patriotik,
pertandingan keceriaan kelas, pertandingan mewarna, pertandingan membina banner,
kuiz patriotic dan sebagainya. Tema sambutan kemerdekaan kali ini adalah 1 Malaysia
Menjana Transformasi. Program ini diharap dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam
diri pelajar.








Kerjasama
Nilai kerjasama diperlukan dalam kebanyakan aktiviti yang dirancang contohnya
menghias dan mengibar Jalur Gemilang di kawasan sekolah serta pertandingan
keceriaan kelas. Tanpa nilai kerjasama yang tinggi pelajar tidak akan mampu
melaksanakan aktiviti dengan baik dan memberi hasil yang memuaskan hati.
Peranan guru sangat penting dalam memupuk nilai kerjasama ini kepada pelajar
melalui peluang-peluang yang diwujudkan semasa aktiviti dijalankan.


27

Kesedaran
Murid sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan peranan yang
perlu dimainkan sebagai warganegara yang baik. Contohnya, mereka perlu
melaksanakan aktiviti menceria dan membersihkan kelas dalam pertandingan
keceriaan kelas. Hal ini akan melatih pelajar untuk menjadi warganegara yang
bersih dari segi fizikal dan mental.

Secara amnya, program ini mencapai objektif yang telah disusun. Semua pelajar
dapat memahami rasional menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap tahun. Selain itu
kebolehan murid yang pelbagai seperti yang dinyatakan oleh Howard Gardner juga
dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.




















28

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI -----------------------------------------------------------------
SEKOLAH KEBANGSAAN RIMBA TERJUN, PONTIAN.

Pada 18 September 2010 yang lalu Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun, Pontian, Johor
telah mengadakan satu sambutan hari raya aidilfitri. Majlis ini dihadiri oleh para pelajar
serta guru-guru. Pelbagai acara diisi bagi memenuhi program yang telah dirancang
dengan rapi ini seperti nyanyian lagu hari raya oleh para pelajar pra-sekolah serta sesi
bertukar-tukar kuih raya bersama rakan. Seramai 400 orang pelajar memeriahkan
majlis pada hari ini. Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri dianggap penting bagi
menonjolkan identiti bangsa dan warisan budaya. Selain itu, melalui program yang
disusun para pelajar dapat diterapkan dengan pelbagai nilai murni.

Baik Hati
Pada program tersebut, pelajar telah diminta untuk membawa kuih raya masing-
masing dari rumah untuk dikongsi bersama dengan rakan dan guru-guru. Ada
juga di kalangan pelajar yang bertukar-tukar kuih raya dengan rakan kerana ingin
merasa kelainan. Selain itu, mereka juga dapat mengenali kuih-kuit tradisional
seperti kuih samprit, kuih baulu dan tat nenas. Manakala biskut almond london,
coklat cip dan cornflakes madu adalah antara biskut raya yang moden.






29

Kesyukuran
Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan juga sebagai tanda kesyukuran
telah tamatnya Bulan Ramadhan Al-Mubarak terutamanya bagi mereka yang
berpuasa penuh. Manakala bagi mereka yang belum mampu berpuasa penuh,
sambutan kali ini sebagai motivasi untuk mereka berusaha menjalani ibadah
puasa dengan sempurna pada masa akan datang.

Selain menerapkan nilai murni seperti baik hati dan kesyukuran, sambutan
perayaan yang diadakan ini juga memberi satu input kepada pelajar tentang perayaan
yang terdapat di Malaysia. Pada tema 4 di tahun 4, 5 dan 6 iaitu berkaitan Kenali
Budaya Malaysia, pelajar akan mempelajari tentang aspek makanan, pakaian, peraya-
an, kesenian dan pelbagai warisan lain yang dimiliki oleh setiap kaum di Malaysia.
Melalui sambutan ini, pelajar akan mendapat gambaran sebenar cara sesuatu perayaan
itu disambut.
















30

HARI KARNIVAL SUKAN ---------------------------------------------------------------------------------
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT.

Hari Karnival Sukan IPG Kampus Sultan Mizan merupakan salah satu program yang
dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan bantuan pelajar semester 5.
Pada hari tersebut, pelbagai sukan dipertandingkan seperti bola jarring, futsal, bola
tampar, hoki, catur serta badminton. Pertandingan ini disertai oleh semua pelajar IPG
KSM mengikut semester. Walaupun objektif penganjuran sukan ini adalah untuk
mencungkil bakat baru serta mengeratkan silaturrahim antara pelajar, namun ia mampu
menggalakkan penerapan nilai murni di kalangan pelajar di peringkat pengajian tinggi,
lebih-lebih lagi semua peserta adalah bakal menjadi seorang pendidik kelak.

Kerjasama
Nilai kerjasama jelas ditunjukkan dalam proses pelaksanaan program serta
kerjasama antara pasukan yang bertanding. Setiap individu sangat berdedikasi
menjalankan tugas dan peranan yang telah diamanahkan tanpa mengira kelas,
pasukan mahupun batch. Jika nilai kerjasama ini tiada di kalangan para pelajar,
maka tidak mustahil aktiviti ini tidak akan berjalan dengan lancer seperti yang
dirancang.

Tolong-menolong
Nilai tolong-menolong adalah sangat dituntut oleh semua agama dan mana-
mana masyarakat di dunia. Dalam konteks program Hari Karnival Sukan ini, nilai
tolong-menolong sangat jelas dipamerkan. Semua pelajar ringan tulang untuk
membantu rakan-rakan mereka seperti mengangkat kerusi, memasang khemah
dan sebagainya. Pada hujung acara pula, pelajar bersama-sama membersihkan
kawasan gelanggang yang digunakan daripada sampah sarap yang ada. Nilai ini
wajar diteruskan pada masa-masa akan datang
31



Keadilan
Nilai keadilan difokuskan kepada para pengadil yang mengadili acara sukan
yang dijalankan. Para pengadil yang bertugas mempunyai nilai keadilan yang
tinggi tanpa menyebelahi mana-mana pasukan. Oleh hal demikian, setelah tamat
Hari Karnival Sukan ini tidak terdapat sebarang bantahan daripada pasukan
yang bertanding dan membuktikan bahawa ketelusan dari segi pengadilan.

Secara keseluruhan, pelaksanaan program Hari Karnival Sukan dapat menerap-
kan nilai-nilai positif dalam diri pelajar pada peringkat yang lebih tinggi iaitu di Institusi
Pengajian Tinggi. Sememangnya penerapan nilai baik bukan sahaja tertumpu di
peringkat sekolah rendah sahaja tetapi di semua peringkat umur. Di samping itu juga,
program ini mampu memberi pengalaman kepada pelajar tentang cara mengurus
sesuatu acara.










32

MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT------------------------------------------------------------------------
DI MASJID SUNGAI BEREMBANG, KUALA PERLIS.

Solat jumaat merupakan ibadat fardu ain yang dituntut kepada semua lelaki akil baligh
yang beragama Islam. Pengisian Solat Jumaat dimulakan dengan para jemaah
mendengar 2 khutbah daripada khatib yang bertugas, kemudian mereka menunaikan
solat fardu jumaat dan diakhiri dengan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain.



Kasih Sayang
Nilai ini diterapkan melalui susunan saf yang rapat antara jemaah. Semua
jemaah perlulah mengikut tertib sembahyang jemaah, iaitu imam perlu
mendahului makmum. Perkara ini adalah penting dalam solat fardhu jumaat bagi
menanamkan nilai disiplin dah juga kasih sayang antara jemaah yang hadir.

Semangat kemasyarakatan
Oleh kerana ruang meletak kenderaan di kawasan masjid ini agak kecil dan
terhad, para jemaah perlu bertolak ansur agar kenderaan mereka dapat diletak
dengan selamat. Jika para jemaah tidak mempunyai semangat kemsyarakatan
yang tinggi, mungkin sahaja akan berlaku perselisihan faham antara mereka.



33

Kejujuran
Di masjid ini juga jarang berlaku pelbagai kes kecurian seperti kecurian selipar
atau alas kaki dan kecurian kenderaan. Hal ini kerana, nilai kejujuran dalam diri
individu yang telah diterapkan. Oleh kerana jemaah yang hadir adalah ramai,
maka tidak mustahil alas kaki mereka akan tertukar, namun hal ini bukanlah satu
masalah yang besar kerana mereka akan memulangkannya kembali.

Kesedaran & kesyukuran
Nilai ini jelas dipamerkan apabila para jemaah hadir ke masjid menunaikan
kewajipan mereka. Mereka sedar akan tanggungjawab yang dipikul dan dengan
senang hati melaksanakannya. Kehadiran mereka juga adalah sebagai tanda
syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas di dunia-Nya.

Solat Jumaat merupakan satu rutin mingguan bagi setiap lelaki Islam yang telah
mencapai baligh. Namun, tidak dinafikan ramai juga kanak-kanak yang hadir bersama
bapa mereka untuk menunaikannya. Oleh hal demikian, jemaah yang lebih dewasa
wajar menunjukkan contoh dan tauladan yang baik supaya nilai positif itu mudah
diterima kemudian diserap dalam diri kanak-kanak sebagai satu cara hidup.













34

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ---------------------------------------------------------------------
MASJID JAMEK KAMPUNG RIMBA TERJUN, PONTIAN

Sambutan Hari Raya di Masjid Jamek Kampung Rimba Terjun merupakan acara
tahunan yang dilaksanakan.Sambutan seumpama ini akan diadakan saban tahun
apabila tibanya bulan Syawal. Ia akan diuruskan oleh jawatankuasa masjid dengan
bantuan penduduk kampung. Sambutan kali ini telah diadakan pada 18 September
2010. Ramai tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Aktiviti yang disusun
bagi mengisi acara ini adalah bacaan Al-Quran, selawat, nyanyian nasyid dan jamuan
makan. Tidak dinafikan bahawa acara ini dipenuhi dengan nilai-nilai murni yang perlu
diterapkan dalam diri setiap individu.

Kerjasama
Nilai ini ditonjolkan dalam banyak aspek sepanjang persiapan dan semasa
berjalannya aktiviti. Ramai penduduk kampung yang datang menghulurkan
bantuan. Contohnya, aktiviti memasak memerlukan ramai tenaga kerja dan
mereka bersama-sama melakukannya. Ada yang memasak dan ada juga yang
sibuk membuat air. Kerjasama juga berlaku di segenap lapisan masyarakat
bukan sahaja di kalangan warga tua atau jawatankuasa masjid sahaja

Semangat kemasyarakatan
Aktiviti ini berjaya mengumpul penduduk kampung yang mungkin jarang ditemui
kerana faktor kesibukan bekerja. Oleh itu, mereka boleh saling berkenalan dan
berkongsi cerita antara satu sama lain. Semangat kemasyarakatan penting
supaya tidak wujud perasaan hasad dengki dan syak wasangka yang boleh
memusnahkan perpaduan

Kasih sayang
Budaya bersalaman dan melemparkan senyuman adalah antara contoh nilai
kasih sayang yang ditonjolkan melalui aktiviti ini. Kasih sayang terjalin sesama
penduduk tanpa mengira pangkat atau peringkat umur.
35



Dengan adanya aktiviti di peringkat kampung seperti ini, penerapan nilai murni
lebih mudah diaplikasikan. Selain itu, masyarakat akan lebih kenal dan mengeratkan
ukhuwah. Selain itu, jurang umur antara segenap lapisan masyarakat juga dapat
dikurangkan kerana aktiviti ini dihadiri oleh pelbagai peringkat umur. Warga tua yang
prihatin juga menjadi contoh dan tauladan kepada warga muda. Oleh hal demikian,
bersamalah mengamalkan nilai murni supaya dapat hidup dengan aman dan harmoni.
















36

REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana kami berjaya menyiapkan Kerja
Kursus Berasaskan Ilmu mata pelajaran Nilai Dan Etika Dalam Pengajian Sosial.
Subjek ini diajar oleh Tn Hj Ghzali Bin Ismail dengan sangat berdedikasi dan kami
mudah memahaminya. Kami tidak menghadapi sebarang masalah yang rumit dalam
proses menyiapkannya tetapi bukanlah bermakna kami tidak memerlukan bimbingan
daripada beliau. Kami tetap berkolaborasi dan meminta pendapat beliau.

Melalui KKBI ini kami mendapat pelbagai input yang baru dan berguna. Kami
juga merasa tanggungjawab sebagai seorang guru ini mempunyai ruang yang sangat
luas untuk berbakti kepada bangsa, agama dan negara. KKBI ini juga membuka mata
kami bahawa banyak program yang boleh dilaksanakan disulami dengan penerapan
nilai murni di kalangan individu. Namun, kami juga sedar cabaran sebagai seorang guru
kini yang terpaksa berhadapan dengan situasi tahap nilai dan etika yang sangat rendah.
Oleh itu, kami perlu berusaha dengan lebih gigih untuk memperbaiki nasib generasi
akan datang.

Kami mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat
dan kami sangat berharap agar KKBI ini dapat memenuhi kriteria tugasan sepenuhnya.











37

BIBLIOGRAFI

BUKU

Muthualagan Thangavelu, 2009, Pendidikan Moral, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.,
Selangor

Vishalache Balakrishnan, 2009, Pendidikan Moral Untuk Universiti Dan Kolej, Arah
Publications, Selangor.

Saharudin Suhaidi, 2007, Pengajian Moral, Prentice Hall, Selangor



INTERNET
Laman sesawang ini dimuat turun pada :
22/9/2010
http://sarjana.tripod.com/nilai3.html
http://www.iim.com.my/v3/download/06-09-07%20Seminar%20Integriti%20_3_.pdf
http://www.ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=58
http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=29
24/9/2010
http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66
http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_di_Malaysia
28/9/2010
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=291%3Apindaan-
perlembagaan&catid=13%3Amaklumat-kenegaraan&Itemid=20

38

kolaborasi






























39















LAMPIRAN

También podría gustarte

  • VPCG
    VPCG
    Documento2 páginas
    VPCG
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • SEJARAH PENURUNAN
    SEJARAH PENURUNAN
    Documento6 páginas
    SEJARAH PENURUNAN
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • RPH Pak21
    RPH Pak21
    Documento2 páginas
    RPH Pak21
    Farhana Rashid
    100% (1)
  • Memang Tidak Dinafikan
    Memang Tidak Dinafikan
    Documento1 página
    Memang Tidak Dinafikan
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Penulisan Jurnalm7
    Penulisan Jurnalm7
    Documento5 páginas
    Penulisan Jurnalm7
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • PEDANG KREATIF
    PEDANG KREATIF
    Documento3 páginas
    PEDANG KREATIF
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Penulisan Jurnalm2
    Penulisan Jurnalm2
    Documento4 páginas
    Penulisan Jurnalm2
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • HQ 123
    HQ 123
    Documento10 páginas
    HQ 123
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Penulisan Jurnalm4
    Penulisan Jurnalm4
    Documento3 páginas
    Penulisan Jurnalm4
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Pantun Alam Sekitar
    Pantun Alam Sekitar
    Documento1 página
    Pantun Alam Sekitar
    Farhana Rashid
    100% (2)
  • Penulisan Jurnalm1
    Penulisan Jurnalm1
    Documento5 páginas
    Penulisan Jurnalm1
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Penulisan Jurnalm5
    Penulisan Jurnalm5
    Documento5 páginas
    Penulisan Jurnalm5
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • RPH 3
    RPH 3
    Documento2 páginas
    RPH 3
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Penulisan Jurnalm8
    Penulisan Jurnalm8
    Documento3 páginas
    Penulisan Jurnalm8
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Penjelasan Akhlak Mulia
    Penjelasan Akhlak Mulia
    Documento14 páginas
    Penjelasan Akhlak Mulia
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam Ab Rahman
    Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam Ab Rahman
    Documento8 páginas
    Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam Ab Rahman
    Siti Nuraisyah Abdullah
    Aún no hay calificaciones
  • Cara Nak Tinggalkan Maksiat
    Cara Nak Tinggalkan Maksiat
    Documento10 páginas
    Cara Nak Tinggalkan Maksiat
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Indahnye Hidup DGN Al-Quran
    Indahnye Hidup DGN Al-Quran
    Documento16 páginas
    Indahnye Hidup DGN Al-Quran
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Abdullah Huzaifah As-Sahmy
    Abdullah Huzaifah As-Sahmy
    Documento9 páginas
    Abdullah Huzaifah As-Sahmy
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Buku
    Buku
    Documento1 página
    Buku
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Cover
    Cover
    Documento1 página
    Cover
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Nota Kaunseling
    Nota Kaunseling
    Documento18 páginas
    Nota Kaunseling
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Cover Edusem5
    Cover Edusem5
    Documento1 página
    Cover Edusem5
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Tutorial BNK
    Tutorial BNK
    Documento5 páginas
    Tutorial BNK
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Indahnye Hidup DGN Al-Quran
    Indahnye Hidup DGN Al-Quran
    Documento16 páginas
    Indahnye Hidup DGN Al-Quran
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Kaunseling Kelompok
    Kaunseling Kelompok
    Documento4 páginas
    Kaunseling Kelompok
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH
    BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH
    Documento6 páginas
    BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Terapi Ijat
    Terapi Ijat
    Documento2 páginas
    Terapi Ijat
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Kaunseling Kelompok 2
    Kaunseling Kelompok 2
    Documento3 páginas
    Kaunseling Kelompok 2
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones
  • Asemen Kaunseling
    Asemen Kaunseling
    Documento6 páginas
    Asemen Kaunseling
    Farhana Rashid
    Aún no hay calificaciones