Está en la página 1de 17

PENILAIAN AUTENTIK

OLEH :
MISRAINI WAZIR
WAN NUR HANISAH A. HALIM
DEFINISI
PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pert (1990)
Merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan
pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.

Grace (1992)
Penilaian autentik ini merupakan amalan yang
membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam
menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga
melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara
berterusan.

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran
dari pelbagai aspek merangkumi:
- pengetahuan pelajar
-pemahaman mendalam
-penyelesaian masalah
-kemahiran sosial
-sikap terhadap persekitaran
-simulasi terhadap situasi dunia sebenar.


Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini
juga merupakan suatu proses yang melibatkan
pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang
boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,
kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti
yang releven.

Pentaksiran autentik berada di bawah cabang
penilaian formatif iaitu penilaian yang
dilakukan secara berterusan dalam tempoh
sesuatu semester.

Tidak hanya melibatkan ujian berasaskan
kertas dan pensel sahaja. Sebahagian
kemahiran memerlukan ujian prestasi.



Realistik dan bermakna
merupakan terma yang sering
digunakan dalam pentaksiran
autentik.
KEPENTINGAN
PENTAKSIRAN AUTENTIK
Merangsang pelajar menggunakan kombinasi
kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang
ada dalam dunia sebenar.

Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki
dan melakukan penambahbaikan melalui
pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam
memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.



Menghendaki pelajar mahir menggunakan
pelbagai kemahiran.
contohnya: penulisan, penyelidikan,
perdebatan, kemahiran komunikasi dan
kemahiran berfikir secara kritis

Menghendaki pelajar menggunakan
pengetahuan dengan bermakna



KOMPONEN PENILAIAN AUTENTIK
Menurut Rule (2006), setiap penilaian autentik
mestilah terdiri daripada 4 komponen :

Melibatkan diri dengan masalah-masalah sebenar
yang sama dengan karya profesional.
Perlu memasukkan penyelidikan terbuka,
kemampuan berfkikir dan metakognisi.
Perlu melibatkan pelajar dalam wacana dan
pembelajaran.
Memberi kuasa kepada pelajar untuk membuat
pilihan dan menyusun pembelajaran kendiri.

JENIS-JENIS PENILAIAN AUTENTIK
SKOR PANDUAN / RUBRIK :
Sebuah skala penilaian digunakan untuk menilai
prestasi murid dalam tempoh tertentu. Kriteria
penilaian ditentukan sebagai panduan.

PORTFOLIO / E-PORTFOLIO :
Koleksi hasil karya pelajar yang dipilih secara
khusus untuk menilai tahap pencapaian dan
prestasi pelajar dari semasa ke semasa.
TUGASAN AUTENTIK :
Sebuah tugasan diberikan kepada pelajar untuk
menilai kemampuan mereka mengaplikasi
pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi
cabaran dunia sebenar.

PENILAIAN KENDIRI :
Penilaian terhadap prestasi sendiri untuk
menentukan kekuatan dan kelemahan. Membuat
refleksi tentang perkara tersebut untuk membuat
penambahbaikan.

UJIAN LISAN :
guru mengajukan beberapa soalan kepada
pelajar berkaitan latar belakang peribadi,
aktiviti, pembacaan dan perkara-perkara yang
dirasakan perlu serta wajar.

BERCERITA ATAU PENCERITAAN KEMBALI :
Pelajar menceritakan kembali idea-idea utama
atau butiran yang dipilih daripada teks yng
mereka dengar atau baca.

MENULIS SAMPEL :
Pelajar menghasilkan naratif, ekpositoris,
persuasif atau rujukan.

PROJEK / PAMERAN :
Pelajar bekerjasama dengan pelajar lain
sebagai satu pasukan untuk melaksanakan
sebuah projek yang lazimnya melibatkan
persembahan multimedia, persembahan lisan
dan bertulis serta pameran.

EKSPERIMEN / DEMONSTRASI :
Pelajar mendokumentasikan beberapa siri
eksperimen yang dilakukan, membuat ilustrasi
prosedur, melaksanakan langkah-langkah yang
perlu untuk menyelesaikan tugasan dan
mendokumentasikan hasil yang diperoleh.

MEMBINA ITEM RESPON :
Pelajar memberi respon secara bertulis
terhadap soalan-soalan open-ended.

PEMERHATIAN GURU :
Guru membuat pemerhatian terhadap pelajar,
interaksi mereka di dalam kelas, tindak balas
mereka terhadap bahan-bahan pembelajaran
dan sikap kerjasama mereka dengan pelajar
lain.
NAMA LAIN BAGI PENILAIAN
AUTENTIK
Performance assessment
Alternative assessment
Direct assessment

También podría gustarte