Está en la página 1de 6

ANNYSS SOPHILLEA

Nisah Haji Haron

PERSINGGAHANNYA ke Bumi banyak melukiskan detik-detik indah bersama. Siapa sangka seorang gadis lemah
lembutini sanggup meredah alam yang jauh lagi asing demi yang dikasihi. Ternyata lemahnya bukan bererti kalah dan
lembut tidak bermakna menyerah.
Sesuai dengan namanya persinggahan, Annyss hanya hinggap sebentar di Bumi, kalau-kalau ada orang yang
dicarinya di sini. Saatnya talah tiba kini. Persinggahan pasti menuntut perpisahan yang seterusnya mengemis air
mata. Bagai mutiara terputus Dari rangkaian, gerimis sendu mula rebas.
Akmal sedar betapa kasihnya Annyss pada Eyrique. Seribu lautan sanggup direnangi, sejuta bintang sanggup
dilewati.
“Apabila kau sudah kembali ke Alstonia,” katanya, “adakah kau akan embali semula?”
“Jika ditakdirkan.”
“Kalau sudah muktamad keputusanmu, Annyss, apalagi yang boleh kuperkatakan.” Akmal mengeluh.
Sesungguhnya Annyss umpama akar tunjang, lemah dan liat, desis hati kecilnya, dilentur mahu tetapi dipatah tiday
dapat.
Hakikat bahawa Annyss seorang perantau dunia luar sudah lama sebati dengan akalnya. Kalau dahulu,
pertama kali Annyss menyatakan tentang kebenaran itu, hamper sesau dia memikirkanya. Siapa yang akan percaya
jika Akmal mencanangkan bahawa dia mempunyai seorang taman baru daripada dimensi Alstonia? Sejagat raya akan
berdeka-dekah mentertawakannya. Tetapi kini dia sedar, dia adalah insan yang istimewa yang diberi kesempatan
waktu untuk berkenalan dengan Annyss.
Annyss tidak ingin meruntun kepiluannya sebegini lama. Sebuah kalung yang berbuahkan loket permata
berbentuk dedaman digenggam dalam tapak tangannya yang comel. Sementara bibirnya yang mongel mengucapkan
sesuatu yang asing pada pendengaran Akmal. Kesemua jemarinya dikuncup dan dihimpunkan lalu diletakkan di
tengah-tengah dahinya.
Serentak dengan itu, ada sebutir bintang yang cahayanya kian memancar lantas menjadi terang dan turun
merendah ke Bumi. Amal sedikit pun tidak menegur segala perilaku Annyss. Dia mengerti. Semua fenomena aneh ini
ada hubung kait dengan perbuatan Annyss sebentar tadi.
Setelah ia kian menghampiri mereka, ternyata bintang itu sebenarnya suatu objek asing berbentuk seakan-
akan seekor kuda putih. Anehnya, kuda ini bersayap perak dan tepinya ditinta warna keemasan. Bulu tengkuknya
lebat berombak. Pada dahinya tercacak tanduk tunggal. Haiwan itu melayang turun, kakinya yang tegap mendarat
dengan kemas di atas pepasir pantai yang halus.
“Unicorn?” Hanya perkataan itu terpacul dari mulut Akmal.
“Ya. Mungkin nama itu memperkenalkannya kepada warga Bumi tetapi di Alstonia kami memanggilnya
‘eustary’,” terang Annyss.
“Tapi bukankah unicorn…er…eustary hanyalah haiwan mitos?”
Eustary mendengus seperti kuda biasa cuma lebih halus lagi. Dia seolah-olah berasa tersinggung dengan tutur
kata Akmal.
“Eustary agak unik. Dia boleh wujud di alam yang meyakini kewujudannya sahaja.”
“Begitu….”
Wajah Annyss kembali suram.
“Sudah sampai masanya kita harus berpisah,” ujarnya. Ambillah kalung ini sebagai kenangan, juga tanda
bahawa kita pernah bersama satu masa dahulu. Sisipkan di bawah ranjang. Setiap malam aku pasti hadir dalam
mimpimu.”
“Terima kasih, Annyss. Kini setiap tidurku akan lebih bermakna lagi.” Akmal mengucap dahi Annyss. “Selamat
hari lahir; esok harinya bukan?” Annyss mengangguk. “Selamat kau sampai ke Alstonia.”
Kucupan terlerai. Annyss bingkas memacu eustary lantas menguja ke udara. Dia tidak menoleh lagi. Melihat
Akmal tertinggal begitu, amat menggigit tampuk hatinya.
Namun Akmal terus menghantar Annyss dengan pandangan mata sehingga bentuk eustary menjadi sebutir
bintang semula.
“Semoga kita bertemu lagi, Annyss!” Akmal berbisik. “Semoga kau bertemu dengan tunanganmu.”

Sudah hamper sejam Annyss bertafakur di pusara ayah dan bondanya. Pohon dsymma di sisi pusara masih belum
mungkir menaburkan wangiannya. Subuh telah mengundur diri apabila melihat matahari pagi bangkit daripada
selimut gunung di timur Alstonia. Hamparan permaidani hijau masih segar bermandikan embun. Eustary masih setia
menemani puterinya.
“Sabarlah wahai ayahanda, bonda. Wasiat itu pasti akan anakanda tunaikan jua,” bisik Annyss perlahan.
Namun, sambung kata hatinya, mampukah aku menemui Eyrique sebelum suria terlelap senja ini?

“Aha! Annyss Sophillea! Lama betul kau menghilangkan diri. Apa yang dimenungkan tu?” Satu suara lelaki
mengejutkan lamunnya. Pantas dia menoleh.

“Kau, Strenn?”

“siapa lagi kalau bukan sepupu kau yang seorang ni?” balas Strenn. Dia bukanlah orang pertama yang Annyss jangka
akan menyabut kepulangannya. “Tak ke mana pun perginya belut, akhirnya pulang juga ke Kuala Lumpur.” Strenn
terus menyidir.

“apa yang kau mahu datang ke sini?” tegas Annyss.

“Sekadar bertanya khabar.”

“Kalau itu uang kau inginkan , khabarku masih baik.”

“Bagaimana dengan Eyrique? Sudah detemui?” pertanyaan Strenn berbau sinis.” Lupakan dia Annyss , kalau kau
menjadi isteriku,sekaligus kau adalah Permaisuri Alstonia. Tapi kalau Eyrique naik takhta , kau tidk akan dapat apa-
apa.” Strenn telah merasakan kemenangannya. “Untuk pengetahuan kau , aku sudah berjumpa degan Eyrque.”
Annyss cukup nekad dengan jawapannya. “esok akan kubawa dia ke istana . bersedialah! “ dengan hamburan kata-
kata itu, Annyss meninggalkan Strenn yang amat terkejut. Air mukanya jelas berubah tatkala Ansyss manekan
perkataan ‘sudah’.

Annyss sendiri agak tergamam dengan tindakannya. Entah mengapa lancer benar lidahnya mendustai Strenn. Dalam
diam dia memasang tekad. Eyrique harus muncul esok walau apa sekalipun halangannya.

Annyss menghempaskan diri di atas katil peraduannya. Kekecohan ini timbul semenjak Maharaja Alstonia yang ke-73
mangkat. Eyrque sebagai pewaris tunggal belum mencapaiusia kedewaannys. Olah itu, adinda baginda dilantik
sebagai pemangku. Namun setelah masanya tiba, kehilangan Eyrique yang mandadak menjadi satu miteri. Ada yang
berkata, dia merajuk kerana ayahanda saudaranya enggan mnyerahkan takhta kepadanysa. Kemangkatan bonda
Annyss pula menambah kekeruhan suasana.

Tetapi Annyss amat mengenali perilaku Eyrique. Sejak kecil lagi, eyrique ‘musuh’ dan Eyrique juga teman
sepermainan. Annyss tahu , merajuk nukanlah sifat Eyrique .
Zaman kanak-kanaknya mengingatkan Annyss pada suatu tempat yang amat mereka gemari. Seekor nurung
Inderwasih dikeluarkan lalu ditenggekkan di atas lengan kirinya. Sememtara tangan kanannya menyarung sebentuk
cincin berbatu delima pada kaki Inderwasih. Sekalip mata , unggas tadi telah membersar hingga membolehkan
Annyss menunggannya.

“indera, bawa aku kepinggir Rimba Besar Alstonia.” Annyss memerintahkan .

Tanpa berlengah lagi , unggas gergasi it uterus mengibaskan sayapnya membawa Annyss ke distinasi yang
dimaksudkan . Setika sahaja semua kota dan desa dilewati.

Inderawasih yang terbang dengan laju mula melembutkan sayapnya dan semakin merendah. Annyss ditinggalkan
pada sebuah bangsal si tepi sebatang anak sungai lantas terbang semula ke udara.

Ratu suria telah tergelincir dari persemayamannya di puncak langit. Sendirian di hutan belukur begitu sesekali
meremangkan bulu tengkuknya.

“Kalaulah eustary ada di sini…” desis Annyss sendirian.

Krrapp!

Derapan tapak kai seseorang telah mematahkan ranting kering di belakangnya. Sekaligus darahnyaberderu. Annyss
sedah bersedia menghunus pisau belatinya. Demi dia berpusing, senjatanya dihayun tinggiuntuk dibenamkan ke
tubuh musuhnya.

“Ehh..nanti dulu! Sabar, Annyss!”

“Akmal?” annyss bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya. Kemunculan eustary di sisi Akmal menambahkan
kekagetannya.” Bagaimana kau boeh beada di sini?”

“Terbang.” Akmal membalas dengan selamba.

Annyss tersenyum. ”Jadi kau gunakan kalung aku untuk menyeru eystary, ya ?”

Akmal mengagguk.”Setiap malamku diserikan oleh bayanganmu di dalam impian. Tapi suaramu seakan-akan
memerlulan. Kerana itu aku datang. Lagipun sudah seminggu kau tiada. Terasa canggung pula.”

Seminggu? Sedangkan aku baru sampai semalam, bisik Annyss …Oh ya! Baru aku teringat.

“Akmal, ada sesuatu tentang Alstonia yang kau perlu tahu.”

“Apa dia?”

“Sehari di Alstonia bererti seminggu di Bumi.”

“Macam mana bolah jadi begitu.” Akmal mula keliru.

“Kau tentu tahu bahawa dimensi kita berbeza. Begitu juaga dengan masanya.”

“Oooh!” Akmal dapat mencerna maklumat baru itu dengan mudah.” Bagaimana pula dengan Eyrique?”

“Sebab itulah aku berada di bangsal ini.” Dalam perjalanannya dengan Strenn serta teorinya tentang kedudukan
Eyrique yang sebenar.
Akmal menyangka tentulah Eyrique ada di dalam bangsal tersebut tetapi ternyata tidak. Annyss mangangkat sekeping
papan selebar dua kaki persegi yang merupakan sebuah pntu rahsia pada lantainya.

“Aku selalu bermain sembunyi di sini dahulu dengan Eyrique,” kata Annyss.

“Nampaknya terlalu gelap. Kita perlukan api.” Akmal menjelaskan seraya menyeluk koceknya kalau-kalau ada sekotak
mancis.

“Tak perlu,” ujar Annyss lantas memimpin tangan Akmal melangkah masuk, diikuti oleh eustary di belakang. Ruang
yang gelap itu lama-kelamaan menjadi terang dengan sendiri. Akmal tecari-cari punca cahayanya. Rupa-rupanya
sayap eustary yang bertinta warna emas itu boleh mengeluarkan cahaya. Akmal mengangkat kening. Annyss hanya
tersenyum di sisinya.

Ke mana agarnya hala terowong ini? Akmal tertanya-tanya. Soalan terjawab akhirnya, Nun,di penghujung terowong
rahsia itu terdapat sebuah tingkap kecil pada dindingnya. Dia menjenguk ke dalam.

“Cuba kau lihat sendiiri, mungkinkah penghuni penjara ini, tunangmu?” cadanga Akmal.

Annyss mengintai. Ada seorang lelaki sedang terbaring lesu di sudut bilik kurungan.

“Ya, itulah Eyrique Etiqaz. Tetapi tidak, dia bukan tunang, cuma kembarku.”

“Kembar?” Akmal terkejut besar. Dugaannya selama ini melesaet sekali. Dia meninjau semula pada Eyrique di dalam.
Kemudian dia merenung Annyss. Ya, fikirnya, ada persamaan pada wajah mereka.

“Apalagi yang ditunggu, Annyss. Dugaanmu ternyata tepat. Kita tidak boleh biarkan Eyrique lebih lama di sini. Aku
khuatir mereka akan membunuhnya.” Akmal mula risau.

Annyss termenung sejenak.

“Aku tak fakir begitu. Nyawa adalah suatu yang amat suci buat kami. Tiada siapa yang boleh merampasnya daripada
jasad.”

“Habis, bagaimana percaturan kita sekarang?”

“Kita perlu berhati-hati. Tujuan mereka bukan untuk membunuh aku atau Eyrique. Kami hanya mahu dipisahkan
sahaja,” jelas Annyss,” Aku akan cuba memanggilnya.”

“Bagaimana? Takkan melaung pula.”

“Dengan ini.” Annyss menunjukkan kepalanya.”Bukan ini.” Dia menundung bibirnya pula. Akmal mengangguk. Gadis
Alstonia itu memejamkan matanya seraya bibirnya melafazkan bisikan halus.

“Eyrique Etiqaz, aku Annyss Sophillea. Sahut panggilanku.” Annyss mengulangkannya berkali-kali. Akmal nampak
Eyrique yang mula sedar meniru perbuatan kembarnya. Dia melemparkan pandangan kepada Annyss. Temannya
mengangguk. Eyrique telah membalas.

Annyss menutup medan perbualannya dengan Eyrique. Dia merenung anak mata eustary lalu membisikkan sesuatu
kepadanya melalui kuasa mindah. Dengan serta-merta eustary malaksanakan hasratnya. Kepalanya detundukkan.
Tanduk tunggal eustary dihalakan tepat pada dinding penjara itu. Seberkas cahaya merah terpuncut keluar daripada
tanduknya yang bergerig, lalu menghentam dinding tersebut. Ikatan konkritnya mula retak dan gugur satu persatu.
Tanpa berlengah-lengah lagi, Eyrique menerpa keluar lantas menyentuh tanduk eustary. Sejurus sahaja tenaganya
pulih.

“Terima kasih,” ucapnya sambil memegang tangan Anyss dan AKmal di kiri dan kanannya. Mereka bergegas keluar
dari situ tatkala terdengar hentakan kaki yang kian menghampiri.

Eyrique keluar dahulu ke permukaan. “Strenn!” Dia memuntahkan perkataan pertama melalui ketapan bibirnya.
Nadanya terkejut berbau geram. Strenn dan konco-koncoya telah menanti kedatangan mereka.

“Mawarku telah disunting orang rupanya, padanlah semakin tajam durinya sekarang,” ujar Strenn dengan sinis. Hati
Annyss terbakar mendengarnya.

“Ha, Eyrique Etiqaz, perwira terbilang Alstonia. Mahu ke mana sekarang?” Strenn masih lagi berbasa-basi.

“Hentikan madah pincangmu, Strenn.” Eyrique membentak.” Aku kembali untuk menuntut hakku yang telah kau
rampas! “

“Ya? Yang mana satu? Banyak juga milikmu yang telah kurampas, termasuk kekasihmu, Sarlyn!” Ketawa besar
menjadi penutup bicaranya. Perasaan Eyrique semakin panas. Mujur fikirannya masih bertakhta di hati. Dia tahu
Strenn memahami maksudnya.

Masih jelas dalam ingatan Eyrique bagaimana konco-konco Strenn telah menculik dan menyembunyikannya pada
malam dia akan ditabalkan sebagai pengganti ayahandanya. Strenn mahu menguasai Mahligai Alstonia sepenuhnya.
Perpisahannya dengan Annyss tambah melemahkan tenaga yang wujud di dalam dirinya.

Tetapi malam ini tidak lagi. Malam ini malam penghujung bintang Gemini bermain di angkasa raya. Pada malam ini 22
tahun dahulu, telah lahir sepasang anak kembar sebagai pewaris takhta Alstonia.

“Penyatuan kuasa kau dan Annyss mampu menumpaskan seteru terhandal di dinding ingatan.

Satu hantaran bola api magenta yang dikirim kepada Akmal menetas jahitan Eyrique pada nostalgianya. Sepantas
kilat, Annyss terlebih dahulu memintas dengan satu jurus cahaya biru. Kedua-duanya bertemu di udara lantas
berkecai. Akmal terkejut. Mungkin kerana kecekapan Annyss atau tidak menyangka dia akan menerima bingisan
daripada Strenn.

“Itu sahaja persembahanmu yang terbaik, Strenn?” Suara Eyrique berkumandang di dalam bangsal itu.

Strenn berasa tercabar.

“Kau tak akan mencium bau Mahligai Alstonia lagi, Eyrique!” Dia menjerkah. Kesumat yang lalu mahu ditamatkan di
sini sahaja. Selagi Eyrique masih berdiri, selama itulah dia masih belum puas.

Tangannya yang bertaup diramas-ramaskan hingga memercikkan cahaya ungu. Dari udara yang kosong muncul
sebilah pedang di dalam genggaman Strenn. Eyrique juga berbuat demikian, Cuma oedang putihnya yang dihasilkan
nampak lebih kemas buatannya.

Strenn menghayun senjata memulakan sayembara yang telah lama tertangguh. Eyrique sekadar menangkis.”
Strenn.” Katanya sambil melayan kehendak sepupunya. “kau tahu akibatnya sekiranya aku kau bunuh?”

“Aku tidak peduli itu semua. Yang penting kau mesti kuhapuskan,” balas Strenn.
“Jadi sia-sialah tindakanmu selama ini.” Eyrique menekan. Jawapan Strenn hanyalah serangan yang bertubi-tubi ke
arah anak saudara bapanya. Eyrique kian berundur sehingga dia terasak ke dinding bangsal . Pertahanannya semakin
tipis walaupun aksinya tetap tenang.

Annyss mula dicakar cemas. Namun dia tahu pertarungan ini adalah perhintungan peribadi. Tetapi Akmal tidak dapat
membiarkan sahabat yang baru dikenali begitu sahaja. Dicapai senjatahnya sendiri dari saku seluarnya lantas
dihalakan kepada Strenn.

“Akmal! Jangan!”

Banggg!!!

Teriakan Annyss serentak dengan pergerakan peluru Akmal yang menemui sasarannya tepat ke dada Strenn.

Akmal tumbang. Kesakitan yang merayap pada tubuh Strenn, entah mengapa, turut mengigit dirinya, walaupun tidak
berdarah.

“Akmal, kenapa kau buat begitu?” Annyss seakan-akan menyesali tindakannya.

“Tiada siapa yang sanggup membunuhnya. Aku juaga tahu, di Alstonia, siapa yang membunuh akan mati bersama-
sama orang yang dibunuh.” Nafasnys tersekat seketika. Kemudian dia menyambung,” Dia tidak layak untuk hidup,
walaupun aku galang gantinya.”

Tangan Akmal meyeluh saku kemejanya.” Malam ini hari lahir kau, bukan?” Dia menarik nafas yang hampir sesat.”
Aku ada bawakan kau kad berirama dari Bumi. Ini sahaja, untuk hari jadimu, Annyss dan kau juga, Eyrique.”

Titis demi titis air mata oerawannya gugur. Hatinya terasa luluh. Pengorbanan Akmal terlalu besar nilainya. Mereka
berdua tidak dapat membiarkannya begitu sahaja. Annyss merenung mata Eyrique. Kembarnya mengangguk,
mengerti mesej yang dihantar oleh Annyss.

Serentak tangan mereka diletakkan ke atas dad Akmal, tempat lukanya yang tidak kelihatan itu. Seberkas cahaya
kebiruan meresap ke dalam tubuh sahabat Buminya. Perlahan-lahan mata Akmal terpejam erat. “Betulkah tindakan
kita, Eyrique?”

Kembarnya mengangguk lagi, “ Sebahagian daripada nafas kita telah bersimpul di penghujung nyawanya. Biarkan dia
tidur.”

Annyss Sophillea, 1997

Dewan Bahasa dan Pustaka.

También podría gustarte