Está en la página 1de 13

1.

SEJARAH AWAL SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH, BOHOR MALI


Selepas berakhirnya penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1945 M, penduduk
tempatan di Kampung Behor Mali merasakan perlu ada sebuah tempat pengajian untuk penduduk
tempatan khususnya untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai agama Islam. Atas kesedaran itulah
maka sebuah jawatankuasa telah dibentuk dalam usaha untuk melahirkan sebuah pusat pengajian.
Akhirnya dengan usaha jawatankuasa ini dan disokong penduduk tempatan maka lahirlah Pondok
Islahiah pada tahun 1364 H/1945M. Individu yang bertanggungjawab menyampaikan pengajaran di sini
ialah Tuan Guru Haji Ismail Naim Bin Salim.

Beberapa tahun kemudiannya, pondok ini telah mengalami pembaharuan. Selepas dipindahkan
bangunannya ketapak yang ada sekarang ini pada tahun 1369H/1950 M, namanya juga telah ditukarkan
kepada Al- Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah dan sistem pendidikannya atau pengajianya juga turut
berubah dari sitem pondok kepada sistem persekolah formal. Namun begitu, bentuk pengajian
bercorakkan pondok ini masih dikekalkan hingga ke hari ini. Inilah satu-satunya pusat pengajian di
Negeri Perlis yang masih melaksanakan dan mengamalkan sistem pengajian pondok.

Pada awal penubuhannya Al- Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah berfungsi sebagai tempat
pengajian berkonsepkan pondok kepada pelajar yang lebih menekankan kepada pendidikan berbentuk
keagamaan khususnya. Disamping itu, berkongsi didalam satu kawasan yang sama juga, telah wujud dan
kekal bersama-sama sistem pendidikan itu adalah rumah-rumah orang tua yang menempatkan lebih
kurang 100 orang warga emas yang mengambil pilihan untuk tinggal disana bagi mendalami ilmu agama
dan turut juga menjadi tenaga pengajar kepada pelajar di sekolah pondok berkenaan.








Gambar 1.1 : Gambar diatas menunjukkan penempatan asal rumah warga emas yang mendiami dikawasan
sama dengan Al- Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah .

Gambar 1.2 : Berhadapan dengan rumah warga emas ( rumah kayu) adalah bangunan sekolah yang merupakan
kelas tempat penyampaian ilmu.

Gambar 1.3 : Menunjukkan rumah warga tua , sekitar tahun 1970-an




Gambar 1.4 : Sebagai tanda kenangan pelajar pelajar sekitar tahu 1970-an bergambar dihadapan bangunan
sekolah Al- Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah pada ketika itu.

Al-Madarasah Al-Islahiah Al-Wataniyyah mengalami satu lagi perkembangan pada tahun 1988M iaitu
dengan mendaftarkan madrasah ini di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. (
rujukan : MAIPS.203 Jilid 6(9) 1985). Ini memberi erti bahawa pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Perlis memberikan perhatian yang mencukupi terhadap sekolah ini. Ini terbukti dengan bantuan
kewangan yang diperuntukkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.

Pada 17 Januari 1988, Madrasah ini mendaftar pula di bawah Jabatan Pendidikan Perlis dengan
nombor Pendaftarannya JPPS/PPGS/5/2/4/11. Serentak dengan itu, namanya juga telah ditukarkan dari
Al- Madrasah Al-Islahiyah Al-Wataniah kepada Sekolah Menengah Agama Al-Islahiah, Behor Mali, Perlis.
Sehingga kini, kedua-dua pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan Jabatan Pendidikan Perlis
memberikan perhatian yang baik
2. PERUBAHAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH DARI SEBUAH SEKOLAH PONDOK/MADRASAH KEPADA
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN.
Pada tahun 1990-an, pihak Lembaga Pengurusan Sekolah bersama guru-guru pada masa itu
telah berusaha memperbaiki dan menambahbaikan keperluan pelajar dan juga guru-guru bagi
memastikan keselesaan dan kesempurnaa dalam proses pembelajaran. Jika difikirkan pun pada waktu
itu, aspek yang perlu dititikberatkan ialah tempat atau bangunan sekolah bagi menampung pelajar-
pelajar.

Memandangkan sekolah Agama Al- Islahiah pada waktu itu dikenali Al- Madrasah Al-Islahiyah Al-
Wataniah telah sebati dengan masyarakat setempat, maka telah tampil beberapa orang yang sanggup
mewakafkan tanah mahupun sumbangan dalam bentuk kewangan bagi membaik pulih dan membina
bangunan sekolah yang baru.

Perkembangan dan peningkatan bangunan sekolah bermula pada tahun 1990-an. Antara
bangunan terawal yang dibina bagi menggantikan bangunan lama ialah bangunan seperti gambar
dibawah. Bahan bagi binaan bangunan tersebut digunasemula daripada bahan bangunan Sekolah
Rendah Simpang Empat yang pada waktu itu diroboh untuk pembinaan bangunan yang baru.

Memandangkan waktu itu, kedudukan kewangan sekolah Al- Madrasah Al-Islahiyah Al-Wataniah
banyak bergantung kepada sumbangan masyarakat dari segenap lapisan masyarakat maka segala usaha
untuk penambahbaikkan sekolah terhasil perlu ditangani dengan bijak supaya tidak membebankan
kewangan sekolah.







Gambar : Kawasan asal sekolah binaan pada tahun 1990-an, bahan binaan diguna semula daripada bahan
bangunan Sek.Ren. Simpang Empat.

Gambar : Antara kawasan/tanah yang diwakafkan oleh penduduk kampung untuk digunakan oleh pihak
sekolah bagi membina kawasan sekolah baru.

Pada tahun 1992, sekolah telah menerima satu sumbangan yang amat besar maknanya kepada
pihak sekolah dan pelajar-pelajar. Dato Abdul Rahman Abbas ialah seorang yang sentiasa mengambil
berat dalam hal-hal kebajikan dan pengembangan agama Islam. Hari ini, Dato Abdul Rahman sendiri
telah menubuhkan satu yayasan yang dinamakan Yayasan Sofia.

Dato Abdul Rahman Abas telah menderma demi membina Sekolah Agama Al-Islahiah, Perlis
dengan kos sebanyak RM365,000. Jawatankuasa sekolah bersetuju menamakannya sebagai Bangunan
Ibnu Abas. Biasiswa juga diberi kepada 10 orang pelajar cemerlang mulai tahun 2005.






Gambar : Kenangan Dato Abdul Rahman Bin Abas.


3. TAPAK DAN BANGUNAN SEKOLAH

Disember 2004 setelah rasminya Memorandum Persefahaman antara Jemaah Pengurusan Sekolah
Agama Al-Islahiah (Menengah dan Rendah) dan Kementerian Pelajaran Malaysia maka bermulalah
sumbangan modal dan bantuan yang diperuntukkan oleh pihak Kerajaan kepada pihak sekolah yang
mana diantaranya melibatkan sumbangan bantuan bangunan sekolah.

Walaubagaimanapun mengikut syarat Perkara VII dalam memorandum tertulis bahawa tapak dan
bangunan Sekolah Agama hendaklah kekal di bawah hak milik tuan punya tanah atau Jemaah
Pengurusan dan tidak, dengan apa-apa cara jua, boleh terletak hak kepada kerajaan.

Tapak dan bangunan Sekolah Menengah Agama Al-Islahiah dan dan Sekolah Rendah Agama Al-
Islahiah di daftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Perlis sebagai Pemegang Amanah bagi pihak yang
mewakafkan tanah-tanah itu. Manakala kawasan perkuburan seluas 2 relong dalam tapak kawasan
sekolah ini dan 4 blok Rumah Penyayang ( Baitul Hanan) yang dulu terletak di dalam kawasan yang sama
dalam sekolah dikekalkan di bawah Lembaga Pentadbir dan di bawah Kawalan Kebajikan Masyarakat.

Selanjut dengan itu, Kerajaan telah menyumbang bantuan bangunan baru termasuk bangunan
Asrama Putra dan Asrama Putri bagi menampung jumlah pelajar yang kini mencecah 350 orang pelajar.
Sehingga pada masa kini pun, pihak Kerajaan masih dalam proses membangunkan beberapa bangunan
tambahan dan menambahbaikan bangunan yang sedia ada untuk keselesaan pelajar dan warga pendidik
malahan masyarakat setempat khususnya.

Sumbangan dan bantuan Kerajaan membantu pihak sekolah dalam mencapai misi, visi dan
matlamat Sekolah Agama Al-Islahiah, Bohor Mali, Simpang Empat, Perlis.


Gambar : Wajah baru Sekolah Agama Al-Islahiah, Bohor Mali selepas diserap sebagai Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan.












4. PERUBAHAN CORAK PENTADBIRAN DARI SEKOLAH PONDOK/ MADRASAH KEPADA SEKOLAH
AGAMA BANTUAN KERAJAAN

Titik permulaan yang mendorong kepada penyerapan Sekolah Al- Madrasah Al-Islahiah Al-
Wataniah sebagai sebuah Sekolah Agama Rakyat kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ialah apabila
secara rasminya Kementerian Pendidikan Malaysia menghantar surat cadangan menjadikan sekolah ini
sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan setelah dikenalpasti oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perlis sendiri
pada bulan Februari tahun 2000.

Namun secara tidak langsungnya, pihak sekolah dalam mesyuarat yang bertarikh 28 Disember
1999 telahpun membincangkan tentang syarat-syarat yang akan dibentangkan kepada pihak
Kementerian. Antara perkara yang diketengahkan dan dipandang utama ialah berkaitan :
i. Tanah
ii. Bangunan
iii. Pengetua
iv. Guru
v. Pentadbiran
vi. Penasihat
vii. Kurikulum/Kokurikulum
viii. Peperiksaan
ix. Buku Teks
x. Biasiswa

Seterusnya melalui surat yang bertarikh 24 Januari 2003, rujukan sekolah
SMAI/Ps.372(1), pihak sekolah telah menghantar persetujuan untuk diterima masuk sebagai Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan dengan melampirkan syarat-syarat yang telah dibincangkan dikalangan
Mesyuarat Lembaga Tadbir dengan harapan diberi pertimbangan oleh pihak Kementerian.

Proses perbincangan dan semakan perkara-perkara berkenaan penerimaan sekolah Al-
Madrasah Al-Islahiyah Al-Wataniah ke dalam sebagai salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
berlangsung lebih kurang 1 tahun, dan akhirnya pada Disember 2004 maka terjalinlah secara rasminya
Memorandum Persefahaman antara sedia ada dalam (Sukatan Al-azhar). Seperti yang terkandung
didalam Memorandum Persefahaman antara Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Al-Islahiah (Menengah
dan Rendah) dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Melihat bahawa demi kepentingan dan manfaat terbaik sistem pendidikan agama di sekolah
tersebut, Jemaah Pengurusan telah bersetuju supaya sekolah tersebut menerima sumbangan modal dan
sumbangan bantuan penuh daripada Kementerian Pelajaran.

Selepas terbentuknya Memorandum Persefahaman itu, maka corak pentadbiran sekolah telah
mengalami perubahan, dan perubahan-perubahan tersebut telah dilakukan secara berperingkat-
peringkat.

Perubahan yang utama ialah menjadikan Sekolah Agama Al-Islahiah (Menengah dan Rendah)
selepas itu disebut Sekolah Agama sebagai sekolah bantuan kerajaan di bawah Akta Pendidikan 1996.
Sumbangan akan diterima olah pihak sekolah dalam bentuk sumbangan modal dan sumbangan bantuan.
Sumbangan yang diberikan akan ditentukan oleh Menteri Pelajaran selaras dengan peruntukan undang-
undang.

Dari segi Kurikulum dan Kokurikulum pula, sekolah perlu melaksanakan juga Kurikulum
Kebangsaan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996, tanpa meninggalkan Kurikulum
Pelajaran Agama yang diluluskan oleh Majlis Raja-Raja.

Dalam perkara yang menyentuh mengenai pelajar, pendaftaran pelajar di sekolah perlu
diuruskan oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Jemaah Pengurusan. Manakala kedudukan
guru di sekolah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran dengan persetujuan bersama Jemaah
Pengurusan, begitu juga dengan kedudukan kakitangan sokongan di sekolah.

Kedudukan Lembaga Pengurus sekolah tidak tergugat dengan campurtangan Pihak Kementerian
kerana masing-masing punyai tanggungjawab dan skop kerja masing-masing hanya semata-mata untuk
ke arah kebaikan sekolah agama rakyat. Yang pastinya, kerjasama daripada Lembaga Pengurus Sekolah
dengan Pihak Kementerian dilihat sebagai gabungan yang lebih mantap dalam meningkatkan mutu
pendidikan yang lebih teratur, licin dan terjamin samaada kepada pelajar, guru-guru, staf sokongan dan
masyarakat sekeliling.


5.TOKOH YANG LAHIR DARIPADA SEKOLAH AL-ISLAHIAH, BOHOR MALI
Sekolah Agama Al-Islahiah, Bohor Mali yang asalnya ditubuhkan pada tahun 1938 dengan
berkonsepkan sekolah Pondok telah bertahan ke hari ini dengan kejayaan yang boleh dibanggakan.
Kenyataan ini dibuktikan dengan kejayaan institusi ilmu ini telah melahirkan ramai ilmuan yang terkenal
dan berjaya. Antaranya ialah tokoh ilmu agama yang terkenal seperti Ustaz Haron Din, Ustaz Hassan Din
dan ramai lagi.

Yang Berbahagia Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri.
Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-
Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej
Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang
kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
Master Degree di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau
telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-
Azhar dan Diploma Pendidikan dari Ain Shams, Universiti Cairo.
Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru
agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan
cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).
Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai
satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat Profesor
kepadanya sejak tahun 1986.

RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN
Pendidikan
Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
Madrasah al-Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
Diploma Pendidikan - Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)
Kerjaya
Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 1976)
Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting





6. PENUTUP
Kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Sekolah Agama Al-Islahiah boleh dibanggakan dan dicontohi
dalam usaha memperjuangkan ilmu agama di negara ini.
Pendidikan di Sekolah Agama Al-islahiyah (Menengah) adalah merupakan usaha berterusan ke arah
melahirkan insan soleh yang bersepadu, beriman beramal dan bertaqwa berdasarkan petunjuk Al-Quran
dan Al-Sunnah serta mengarapkan potensi individu ke arah penghayatan Islam dengan penuh
tanggungjawab ke arah kesejahteraan dan kebaikan (Hasanah) di dunia kahirat sesuai dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidiakan Islam bagi mencapai keredhaan Allah Azzawajalla.
Sekolah ini terus memperjuangkan usaha untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan
hidup sebagai hamba Allah yang mmepunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat,
alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.

También podría gustarte