Está en la página 1de 3

Terima kasih Pengerusi Majlis,

Para juri penjunjung kesaksamaan kelompok pendidik bestari, hadirin pendengar yang
dikasihi,...dekat dihati..

Selamat sejahtera .dan Salam 1 Malaysia
Berbunga kemesraan arena pada hari ini.. saya warnai dengan pidato yang berjudul.. Budi
Bahasa Amalan Mulia.

Hadirin yang dihormati,

Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, budi membawa maksud perangai atau tingkahlaku,
bahasa , didefinasikan sebagai percakapan atau tingkahlaku yang baik,
Amalan pula merupakaan sesuatu yang dilakukan sebagai kebiasaan, manakala. mulia pula
adalah luhur dan tinggi.lalu saya simpulkan frasa Budi Bahasa Amalan Mulia sebagai
..perangai atau tingkahlaku baik yang dijadikan amalan dalam kehidupan kita.

Sidang dewan yang budiman,

Saya mulakan pidato ini dengan seruan marilah kita menghormati dan bersopan terhadap orang
yang lebih tua daripada kita,ibu bapa, para guru dan juga rakan-rakan..

Dalam meniti arus kemodenan ini, negara kita mendepani masalah keruntuhan akhlak yang
kian kronik. Sudah lunturkah budi bahasa ini ditelan arus pemodenan? Tepuk dada ..tanya
selera. Pengamalan kesantunan budi bahasa adalah penting. terutamanya bagi negara yang
berbilang kaum seperti Malaysia. Budi bahasa juga dapat mewujudkan rasa saling
menghormati yang amat diperlukan untuk kehidupan masyarkat majmuk yang aman ..dan
harmoni. Budi bahasa merupakan dua konsep.. yang tersirat dalam prinsip Rukun Negara yang
kelima iaitu, Kesopanan dan Kesusilaan

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa,




Budi bahasa juga penting demi melahirkan masyarakat yang benar-benar membangun dan
bertamadun. Kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk
diri kita sendiri ataupun untuk warisan generasi yang lebih muda. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi,
kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni warisan
kita. Pengamalan etika yang luhur, budaya kerja yang mengutamakan prestasi berserta dengan adab sopan yang terpuji
berupaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Hadirin sekalian,
Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menanamkan nilai-nilai
berbudi bahasa dalam sukma anak-anak, sesuai dengan kata-kata pujangga yang berbunyi Anak-
anak ibarat sehelai kain putihyang suci dan bersih. Ibu bapalah yang mencorakkan dan mewarnainya. Ibu bapa
wajib mendidik, membimbing dan menegur anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul serta
mempunyai kelakuan yang terpuji sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam pada itu, ibu bapa
juga mesti menunjukkan teladan yang terbaik tentang budi bahasa kerana ibu bapa role model anak-anak. Bak kata
pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Di samping itu, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka agar
sentiasa bertutur dalamnada yang lembut, sederhana, tidak keras atau meninggi.
Institusi sekolah juga berperanan untuk menerapkan nilai-nilai murni dan budi bahasa dalam kalangan pelajar.
Aktiviti Bulan Berbudi Bahasa boleh diselang-seli dengan pelbagai peraduan yang dapat menyemarakkan nilai-nilai ini.
Misalnya, ceramah, kempen, pertandingan melukis poster serta pertandingan menulis karangan atau esei dapat
menyemarakkan amalan budi bahasa. Para pendidik haruslah menitikberatkan mata pelajaran agama dan moral
dan bukannya mengambil remeh terhadap mata pelajaran tersebut supaya para pelajar sedar akan
kepentingan nilai-nilai murni dan budi bahasa.
Hadirin sekalian,
.Selain itu, media massa yang semakin canggih turut dapat menyumbang untuk memupuk
nilai-nilai murni berbudi bahasa khususnya dalam golongan remaja. Hal ini demikian kerana golongan belia
pada masa kini banyak menghabiskan masa melalui media massa. Pihak media massa boleh menyelitkan iklan atau
kempenberkenaan kepentingan berbudi bahasa. Andainya seorang pemandu kereta yang sedang memandu, telah
diperdengarkan seruan daripada radio agar memandu cermat, nescaya besar kemungkinan dia akan memastikan
sepanjang perjalanannya dia memandu dengan cermat demi keselamatan diri serta pengguna jalanraya yang lain
.Intihanya, semua rakyat Malaysia perlu berganding bahu, bekerjasama ibarat aur dengan tebing untuk
mempertahankan budi bahasa warisan kita agar negara kita cemerlang, gemilang malahan terbilang di mata dunia.
Justeru, Wawasan 2020 yang diidam-idamkan dapat direalisasikan dan masyarakat Malaysia dikenali sebagai
masyarakat yang kaya dengan budi bahasa.

También podría gustarte