Está en la página 1de 24

STRATEGI MENANGANI TEKANAN DI KALANGAN

GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH ZON A


DI BAHAGIAN KUCHING/SAMARAHAN,
SARAWAK : SATU TINJAUAN
Oleh
Abang Mat Ali bin Abang Masagus
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat untuk mendapat
Ijazah Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia
Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Julai 1998
Unit Kemasukan Siswazah
Universiti Malaysia Sarawak
Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Strategi
Menangani Tekanan Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Zon A Di Bahagian
Kuching/SamarahanV oleh Abang Mat Ali bin Abang Masagus, dan berpendapat bahawa
tesis ini adalah memuaskan dari segi skop, kualiti dan persembahan sebagai syarat
keperluan ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia).
(Penyelia) 1
Dr Rushaimi Zien
( ~emegksa Luar)
,
\J
Dr ~ G h a n bin Mustafa
(Bemeriksa Dalam)
PENGAKUAN
Diakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidik sendiri dan tiada bahagian tesis ini
telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu permohonan untuk mendapatkan sesuatu
kelayakan ijazah di universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu tinjauan tentang strategi menangani tekanan di kalangan guru-
guru sekolah menengah Zon A di Bahagian Kuching ISamarahan. Secara khusus, kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan, pandangan dan cara-cara para guru
memperolehi pengetahuan tentang strategi-strategi menangani tekanan semasa waktu
persekolahan. Sampel kajian ini terdiri daripada 209 orang guru-guru terlatih yang
mempunyai latar belakang yang berbeza. Data dikumpul menggunakan soal selidik yang
dialih bahasa dan diubahsuai daripada Cockburn (1996). Analisis data telah dilakukan
secara deskriptif dan statistik lain iaitu Korelasi Spearman rho, Jadual Silang, Ujian Chi
Kuasa Dua dan Ujian Cramer V menggunakan SPSS versi 6.0. Secara keseluruhan,
dapatan kajian menunjukkan 70.3% responden merasakan profesion guru adalah sekurang-
kurangnya sederhana tertekan. Kebanyakan responden mengetahui 36 daripada 45
strategi-strategi yang dikemukakan. Strategi memastikan diri faham apa yang akan diajar
merupakan strategi yang paling diketahui guru dan paling kerap dicuba serta berkesan.
Strategi melepaskan kemarahan kepada rakan-rakan sejawat merupakan strategi yang
paling tidak pernah terlikir dan tidak akan dicuba oleh responden. Strategi-strategi yang
ingin dicuba pula ialah membincangkan urusan-urusan dengan staf kanan, membaca buku-
buku tentang tekanan dan menghadiri seminar tentang tekanan. Dapatan kajian juga
menunjukkan tiada perbezaan signifikan pandangan umum guru tentang strategi
menangani tekanan antara kategori guru mengikut ciri-ciri demografi terpilih. Selain itu,
kebanyakan responden berpandangan pernah menggunakan strategi yang berlandaskan
agama. Mendengar daripada rakan sejawat merupakan cara mempelajari strategi
menangani tekanan yang paling popular. Sejumlah besar responden berpandangan ada
pihak yang bertanggungjawab ke atas tekanan guru dan 62.9% daripada mereka
menamakan sekolah atau pentadbir sekolah, Jabatan Pendidikan dan Kementerian
Pendidikan sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas tekanan guru. Semua pihak
termasuk guru sendiri perlu melihat persoalan pengurusan tekanan guru dengan lebih
serius bagi memastikan tekanan guru berada pada tahap optimum dan guru berkhidmat
dengan cemerlang.
ABSTRACT
This is a survey of stress coping strategies used by teachers in secondary schools in Zone
A of Kuching/Samarahan Division. In specific, the aims of this study is to ident&
teachers knowledge, their opinions and their ways to acquire knowledge of coping
strategies to reduce their stress during school hours. The sample in this study consists of
209 trained teachers from different backgrounds. Data was collected using
questionnaire translated and adopted from Cockburn (1996). Data was analysed using
descriptive statistics, Spearman s rho Correlation, Cross-tabulation, Chi Square Test and
Cramer s V Test by using SPSS version 6.0. Generally, the result shows that 70.3% of
the respondents felt that teaching profession is at least moderately stressed. On average
the respondents were aware of 36 out of 45 stress coping strategies. Ensuring that one
understood what one was about to teach was the most well known and effective strategy.
Expressing irritations to colleagues to let off steam was never thought of and would not
be tried by the respondents. The strategies that the respondents would like to try were
discussing ones concern with senior staff reading books about stress and attending a
seminar on stress. The finding also shows that there was no signtficant difference in
general opinions about coping strategies between categories of selected demographic
characteristics. Besides that, most respondents used to try religious types of coping
strategies. Hearing about the techniques porn colleagues in school was the most popular
way of learning the strategies. A significant proportion of teachers were in the opinion
that others should take more responsibility for reducing teachers stress and 62.9% of
them named the school or schools administrator, Education Department and the
A4inistry of Education as the responsible parties for teachers stress. All parties
including the teachers themselves should look seriously into managing teachers stress in
order to maintain teachers stress at optimum level and to ensure that teachers could
serve with excellence.
BIOGRAFI
Abang Mat Ali bin Abang Masagus telah dilahirkan pada 14 November 1960 di Kampung
Masjid, Bintangor, Sarawak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Abang Amin,
Bintangor, Sekolah Tun Perak, Jasin, Melaka dan Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.
Selepas tamat tingkatan 5, beliau melanjutkan pelajaran ke Pusat Asasi Sains, Universiti
Malaya dan seterusnya mengikuti Kursus Sains Dengan Pendidikan di universiti yang
sama. Beliau dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Kepujian)
pada tahun 1984.
Selepas tamat pengajian ijazah pertama, beliau mula bertugas sebagai guru pada bulan Mei
1984 di SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong. Beliau bertugas di sekolah tersebut hingga
tahun 1988 sebelum berpindah ke SMK Meradong, Bintangor selama sebulan. Seterusnya
beliau bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Rajang, Bintangor hingga tahun
1990. Beliau seterusnya berpindah ke Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching dan
bertugas di sana hingga tahun 1993. Pada 1 Disember 1993, beliau dipindahkan ke SMK
Simunjan No. 1 sebagai Pengetua sekolah tersebut hingga 14 April 1995. Beliau
seterusnya dipindahkan ke SMK Matang Hilir sebagai Pengetua dan bertugas di sana
hingga November 1996. Pada 1 Disember 1996, beliau berpeluang mengikuti Program
Kembar IABKJNIMAS Kohort 2.
DEDIKASI
Untuk
Allahyarham Ayahanda Abang Masagus Haji Abang Abdul Latep
Allahyarham Ayahanda Haji Abang Mon Abang Johari
Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarham.
Bonda Hajjah Dayang Marpati Haji Abang Bujang
Bonda Hajjah Mimah Haji Johari
Yang sentiasa mendoakan anaknya ini.
Guru-Guru
Jasamu dikenang .
Isteri tersayang, Siti Hajar Haji Abang Mon
dan anak-anak
Abang Mohamad Azizi
Abang Mohamad Aiman
Dayang Siti Humaira
Abang Mohamad Arnir
Dayang Siti Hannani
yang banyak berkorban
dan merestui perjuangan ini.
iii
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kehadrat Allah s.w.t. yang memberi rahmat dan limpah kurniaNya kepada
saya dalam menyempurnakan kursus dan juga tesis ini. Segala usaha telah membuahkan
hasilnya berkat usaha dan doa serta kerjasama, sokongan dan dorongan pelbagai pihak.
Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan yang telah menyediakan biasiswa dan
memberi kelulusan cuti belajar bagi membolehkan saya mengikuti Program Kembar
IAB/UNIMAS ini. Sekalung penghargaan khususnya kepada Pengarah IAB, Dr. Ibrahim
Ahmad Bajunid dan Dekan Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia, UNIMAS,
Profesor Dr. Razali Arof yang telah menyediakan tempat dan seterusnya menjadi
penggerak utama program ini.
Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah Program
Kembar IAB/UNIMAS Kohort 2 : Dr. Hj. Abang Ahmad Ridzuan Abang Awit, Profesor
Madya Dr. Napsiah Mahfoz, Profesor Madya Dr. Muhamed Awang, Profesor Madya Dr.
Zoraini Wati Abas, Profesor Madya Dr. Peter Songan, Dr. Spencer Empading Sagin, Dr.
Gabriel Tonga Noweg, Dr. Hadj Batatia, Dr. Farid Meziane, Dr. Bakhtiar Mansor, Dr.
Maheswari Kandasamy, Dr. Hazman Shah Abdullah, En. Mehander Singh, Pn. Jennifer
Songan dan En. Sharaf Sami Haroni yang telah banyak mencurahkan ilmu melalui kuliah-
kuliah mereka. Demikian juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang tumt menyumbang
dalam pencarian ilmu yang telah dilalui bersama.
Dalam menyediakan dan menyempurnakan tesis ini saya telah mendapat bimbingan dan
nasihat daripada penyelia saya, En. Mohd Razali Othman. Setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih diucapkan kepada beliau yang telah meluangkan banyak masa, tenaga dan
buah fikiran dalam usaha membimbing saya menyiapkan tesis ini. Terima kasih juga
kepada Cikgu Abang Othman Abang Masagus dan Cikgu Dayang Rokiah Awang Saperi
atas bantuan penterjemahan soal selidik yang digunakan, Cikgu Dr. Adi Badiozaman Tuah
atas cetusan idea, dorongan serta teladan yang ditunjukkan.
Terima kasih juga kepada pihak Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan yang
memberi kebenaran kepada saya menjalankan kajian ini dan Jabatan Pendidikan Sarawak
atas sokongan dan bantuan profesional yang diberi. Setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih juga kepada semua pengetua, para guru dan semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan kajian ini.
Akhir sekali, semoga usaha bersama dalam pencarian ilmu ini diberkati Allah s.w.t.
JADUAL KANDUNGAN
Muka surat
Tajuk
Abstrak (Abstract)
Biografi
Dedikasi
Penghargaan
Jadual Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
Senarai Singkatan
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pengendan
1
1.1 Latar Belakang Kajian
1
1.2 Sernyataan Masalah
3
1.3 Tujuan Kajian
7
1.4 Hipotesis Kajian 8
1.5 Definisi Operasiond
10
1.6 Kepentingan Kajian 2
12
1.7 Batasan Kajian
14
1.8 Kesimpulan
14
BAB 2 TINJAUAN KAJIAN
2.0 Pengenalan
2.1 Konsep Tekanan Guru Dan Strategi Menangani
Tekanan
15
1 5
2.2 Kajian-Kajian Tekanan Guru Luar Negara
23
2.3 Kajian-Kajian Tekanan Guru Dalam Negara
2 7
2.4 Kesimpulan
3 2
i i
. . .
1 1 1
iv
vi
i x
xii
. . .
x111
BAB 3 KAEDAH KAJIAN
3.0 Pengenalan
3.1 Rekabentuk Kajian
3.2 Populasi Dan Sarnpel Kajian
3.3 Kaedah Pengumpulan Data
3.4 Instrumen Kajian
3.5 Penganalisisan Data
3.6 Kesimpulan
BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan
4.1 DapatanKajian
4.1.1 Ciri-Ciri Demografi Responden
4.1.2 Dapatan-Dapatan Umum
4.1.3 Pengetahuan Tentang Strategi
Menangani Tekanan
4.1.4 Pandangan Tentang Strategi Menangani
Tekanan
4.1.5 Cara-Cara Memperolehi Pengetahuan
Tentang Strategi Menangani Tekanan
4.1.6 Pengujian Hipotesis
4.2 Perbincangan
4.2.1 Ciri-Ciri Demografi
4.2.2 Dapatan-Dapatan Umum
4.2.3 Pengetahuan Tentang Strategi
Menangani Tekanan
4.2.4 Pandangan Tentang Strategi Menangani
Tekanan
4.2.5 Cara-Cara Memperolehi Pengetahuan
Tentang Strategi Menangani Tekanan
4.2.6 Hipotesis Kajian
4.3 Kesimpulan
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan
5.1 Kesimpulan
5.2 Cadangan Untuk Tindakan
5.3 Cadangan Kajian Akan Datang
5.4 Penutup
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN A : Senarai Sekolah-Sekolah Menengah Zon A
Bahagian KuchingtSamarahan.
LAMPIRAN B : Taburan Respon (Kekerapan Dan Peratus) Bagi Setiap
Strategi Menangani Tekanan
LAMPIRAN C : Tiga Puluh Enam Strategi Menangani Tekanan Yang
Diketahui Oleh Kebanyakan Responden
LAMPIRAN D : Soal Selidik Tekanan Guru
SENARAI JADUAL
Tajuk Muka surat
Petunjuk Bagi Penvakilan Pandangan Tentang Strategi 37
Menangani Tekanan
Nilai Kebolehpercayaan Instrumen 38
Data-Data Yang Dianalisis Menggunakan SPSS Versi 4 1
6.0
Kod Asal Dan Kod Baru Bagi PandanganJRespon 42
Selepas Pengkodan Semula
Taburan Responden Mengikut Jantina 45
Taburan Responden Mengikut Umur 46
Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan 47
Taburan Responden Mengikut Bangsa 48
Taburan Responden Mengikut Agama 48
Taburan Responden Mengikut Gred Gaji 49
Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 5 0
Taburan Responden Mengikut Bilangan Waktu 5 0
Mengaj ar
Taburan Responden Mengikut Gred Sekolah 5 1
Taburan Responden Mengikut Lokasi Sekolah 5 1
Taburan Responden Mengikut Saiz Kelas 5 2
Tahap Keseronokan Responden Dengan Kerja Guru 5 3
Taburan Tahap Tekanan Guru 54
Pekali Korelasi Spearman Rho Antara Tekanan Guru 54
Dengan Keseronokan
Jadua14.15 Kebolehan Menangani Tekanan 55
Tujuh Daripada Tiga Puluh Enam Strategi Menangani
Tekanan Yang Diketahui Oleh Kebanyakan Responden
Tujuh Strategi Yang Paling Berkesan Dalam Menangani
Tekanan Guru
Tujuh Strategi Menangani Tekanan Yang Tidak Akan
Dicuba
Tujuh Strategi Menangani Tekanan Yang Ingin Dicuba
Tujuh Strategi Menangani Tekanan Yang Dianggap
Tidak Berkaitan
Cara-cara Responden Mempelajari Strategi Menangani
Tekanan
Pihak Yang Bertanggungjawab Atas Tekanan Guru
Strategi Menangani Tekanan Berlandaskan Agama
Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang
Strategi Antara Jantina
Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang
Strategi Antara Dua Kategori Umur
Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang
Strategi Antara Dua Kategori Taraf Perkahwinan
Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang
Strategi Antara Gred Gaji Guru
Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang
Strategi Antara Dua Kategori Pengalaman
Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang
Strategi Antara Dua Kategori Saiz Kelas
Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang
Strategi Antara Gred Sekolah
Jadua14.3 1 Dapatan Analisis Perbezaan Pandangan Umum Tentang 76
Strategi Antara Lokasi Sekolah
Jadua14.32 Taburan Keseluruhan Strategi-Strategi Yang Signifikan 77
Perbezaan Pandangan Umum Tentang Strategi
Mengikut Ciri-Ciri Demografi Terpilih
Jadua14.3 3 Perbandingan Sampel Kajian Dengan Populasi Kajian 79
Mengikut Beberapa Ciri Demografi
SENARAI RAJAH
Tajuk
Rajah 2.1 Model Tekanan Guru
Muka surat
16
SENARAI SINGKATAN
Singkatan
DK
SPSS
SRJK(C)
TB
TF
TPF
N
Maksud
Darjah Kebebasan
The Statistical Package for Social Science
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina)
Tidak Berkaitan
Terfikir
Tidak Pernah Terfikir
Jumlah Responden
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Bab ini membincangkan secara umum kajian dan persoalan yang berkaitan dengan kajian.
Bahagian 1.1 membincangkan latar belakang kajian. Bahagian 1.2 membincangkan
pernyataan masalah kajian. Bahagian 1.3 menjelaskan tujuan dan objektif kajian.
Bahagian 1.4 menjelaskan hipotesis kajian. Bahagian 1.5 menjelaskan definisi operasional
istilah-istilah yang digunakan dalam kajian. Bahagian 1.6 menghuraikan tentang
kepentingan kajian. Bahagian 1.7 menjelaskan batasan kajian dan bahagian 1.8 merumus
bab ini.
1.1 Latar Belakang Kajian
Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap
manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang boleh berpunca daripada peristiwa-
peristiwa dalam kehidupan, situasi-situasi tertentu dan persekitaran yang boleh berbentuk
fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak
bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu. Ini menggambarkan manusia perlu
memahami tentang tekanan dan dirinya sendiri bagi membolehkannya mencari
penyelesaian.
Beberapa definisi telah cuba diberikan oleh beberapa orang bagi menghuraikan makna
tekanan. Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respons fisiologikal dan
psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang individu. Rowland dan Birkett (1 992)
mendefinisikan tekanan sebagai suatu keadaan yang wujud apabila cara seseorang
berusaha untuk menyelesaikan masalah melebihi sumber daya tindaknya. Schafer (1992)
mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam
bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi
tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan.
Fontana menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu,
maka tekanan adalah baik dan membawa kesan positif. Sebaliknya, jika keupayaan
seseorang itu tidak dapat menangani permintaan, maka tekanan itu akan mendatang kesan
yang negatif. Anthony Yeo (1985) pula mendefinisikan tekanan jiwa sebagai tekanan yang
mempengaruhi seseorang dalam kehidupan sehariannya. Kesannya mungkin baik ataupun
tidak baik bergantung kepada reaksi orang itu terhadap faktor-faktor tekanan itu.
Daripada definisi-definisi di atas, jelaslah tekanan itu merupakan gangguan fisiologi dan
psikologi akibat daripada permintaan bagi dipenuhi dengan keupayaan yang ada pada
seseorang itu. Sekiranya permintaan itu dapat dipenuhi maka tekanan akan menjadi
perangsang dan membawa kesan positif. Oleh kerana keupayaan seseorang itu terbatas,
maka kerap kali juga tekanan itu membawa kesan negatif. Kesan negatif dari segi fisiologi
termasuklah menjejaskan kesihatan. Kesan negatif dari segi psikologi pula termasuklah
gangguan emosi, fikiran dan tingkahlaku.
Kesedaran tentang perlunya mengurus tekanan ini digambarkan dengan banyaknya kajian-
kajian yang telah dilakukan sama ada di luar negara mahupun di dalam negara dalam tahun
19907an. Antara kajian-kajian di luar negara adalah seperti yang telah dijalankan oleh
Nelson dan Sutton (1990), dan Jung (1995 ) di Amerika Syarikat; Cape1(1991), Cooper
dan Kelly (1993), Borg dan Riding (1993), Cooper (1995), Abouserie (1996) dan
Cockburn(l996) di United Kingdom; Morton, Vesco, Williams dan Awender (1 997) di
Canada; Pierce dan Molloy (1990), Sarros dan Sarros (1990), Hodge, Jupp dan Taylor
(1994), Pithers dan Fogarty (1995), Hart, Wearing dan Conn (1995) di Australia; Chan
dan Hui (1995) di Hong Kong; Borg dan Falzon (1990), Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni
(1995) di Malta; Gaziel (1993), Westman dan Shirom (1995) di Israel, dan Manthei,
Gilmore, Tuck dan Adair (1996) di New Zealand.
Di dalam negara pula, kajian-kajian berkaitan dengan tekanan telah dijalankan oleh Noor
Azzuddin (1 990), Siti Rohani (1 99 l), Chong (1 994), Junaidah (1 999, Noriah (1 999,
Sabitha (1995), Noriah (1995), Abdul Wahid (1996), Abu Omar (1996), Chei (1996),
Mohd Tarmizi (1 996), Tan (1996) dan Ungku Norulkamar (1997). Kebanyakan kajian
yang dimaksudkan di atas adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan di kalangan
guru-guru.
1.2 Pernyataan Masalah
Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap
mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan tekanan, moral guru yang rendah, dan
perletakan jawatan. Beliau telah memetik daripada Men's Health (1991) bahawa guru
sekolah tinggi dalam bandar merupakan pekerjaan yang mempunyai tekanan yang paling
tinggi, mengatasi pekerjaan pengawal trafik udara, pelatih perubatan dan juruterbang
pesawat pejuang. Moral guru yang rendah, keperluan meningkatkan persekitaran tempat
mengajar dan guru sebagai profesion digambarkan oleh Farber (1991).
Di Malaysia, persoalan tekanan di kalangan guru-guru bukan lagi setakat bahan kajian
ilmiah, malah telah turut juga ditimbulkan oleh media massa. Perkara-perkara yang
menggambarkan wujudnya tekanan di kalangan guru-guru kerap disiarkan oleh media
massa. Basinun (1995) telah memetik kata-kata bekas Menteri Pendidikan, Datuk Amar
Dr Sulaiman Daud yang mengatakan antara masalah utama guru adalah masalah kenaikan
gaji, peluang kenaikan pangkat dan beban kerja guru yang keterlaluan. Selain daripada
tugas mendidik murid-murid, guru-guru perlu berdepan dengan kerenah disiplin murid
yang menambahkan lagi beban kerja guru.
Muhamad (1995) dalam kertas kerjanya "Mewujudkan Kerjaya Guru Yang Menarik" telah
menggambarkan tentang tugas dan beban tugas guru. Menurut beliau, kajian Kongres
Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) telah
menunjukkan guru-guru cemuh terhadap kerja-kerja persediaan guru seperti menyediakan
perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Menurut beliau lagi, tugas guru
bukan sahaja mengajar murid-murid di dalam bilik darjah tetapi banyak tugas dan
tanggungjawab tambahan yang dibebankan kepada guru-guru; bilangan murid yang ramai
menimbulkan kecemuhan kaum guru dan kurang minat untuk mendidik; Sasaran Kerja
Tahunan dianggap sebagai kerja yang membazir kerana bentuknya yang sama dengan
Buku Rancangan Mengajar; dan kerja, beban serta tugas guru sekarang tidak mewujudkan
kerjaya guru yang menarik.
Bagi mengkaji kebajikan guru-guru di negara ini, kerajaan telah menubuhkan
Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Rahman At-shad (Utusan
Malaysia, 1995). Jawatankuasa Khas ini mempunyai empat perkara utama dalam senarai
tindakan iaitu, mengenali secara umum masalah yang dihadapi oleh guru-guru; memikirkan
skim gaji yang sesuai untuk mereka; mengkaji beban tugas yang ditanggung; dan peluang
masa depan dalam profesion itu.
Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari Tun
Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam ha1 ehwal pendidikan
telah menjelaskan sebab-sebab 75 orang guru yang terdiri daripada 58 orang guru bukan
siswazah dan 17 orang guru siswazah telah meninggalkan profesion perguruan sejak tahun
1993 sehingga Mei 1996. Antara sebab-sebab yang diberikan adalah sebab peribadi,
tawaran yang lebih baik daripada pekerjaan lain, tidak mahu berjauhan dengan keluarga,
melibatkan diri secara aktif dalam politik, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban
tugas yang berat (Borneo Post, 1996).
Daripada gambaran di atas, jelas profesion perguruan di negara ini juga mengalami suatu
keadaan yang memerlukan perhatian setiap pihak. Keadaan ini menggambarkan persoalan
tekanan di kalangan guru-guru tidak boleh dipandang ringan lagi. Malah satu ketika
dahulu, menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Fong Chan Onn, pihak
Kementerian Pendidikan telah bercadang memperkenalkan kursus pengurusan tekanan
kepada guru-guru. Menurut beliau lagi, Kementerian mengakui bahawa guru-guru
menghadapi berbagai tekanan setiap hari berikutan dengan beban tugas yang mereka perlu
laksanakan (Berita Harian, 1995).
Perubahan-perubahan yang berlaku di dunia hari juga memaksa perubahan yang pesat
dalam pendidikan negara kita. Perubahan teknologi, khususnya teknologi maklumat telah
turut merangsang dan memaksa perubahan dalam beberapa perkara dalam sistem
pendidikan negara. Konsep Sekolah Bestari (Smart School) dalam sistem pendidikan
negara yang bertujuan mewujudkan sistem pendidikan yang selaras dengan perkembangan
teknologi maklumat tersebut akan mula dilaksanakan pada tahun 1999. Tuntutan budaya
Sekolah Bestari dari segi kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penilaian, pengurusan,
dan penggunaan teknologi tinggi dalam sistem persekolahan akan mewujudkan tekanan di
kalangan guru, lebih-lebih lagi pada peringkat permulaannya.
Keadaan perubahan seperti ini pasti menyebabkan berlakunya tekanan ke atas guru-guru.
Gold dan Roth (1993) menyatakan bahawa salah satu punca tekanan bagi guru-guru
adalah perubahan. Justeru itu, guru-guru perlu dipersiapkan dengan bukan sahaja
ketrampilan menyesuaikan diri dengan perubahan, tetapi juga pengetahuan, kemahiran dan
sikap menangani tekanan akibat daripada perubahan itu. Keperluan kepada perkara ini
semalun mendesak dewasa ini sebab perubahan yang terpaksa dilalui pada zaman ini
berlaku begitu pantas sehingga memungkinkan lebih banyak tekanan.
Tinjauan tentang pengetahuan, pandangan, kesediaan, dan kemampuan sedia ada guru-
guru dalam menangani tekanan perlu dilakukan sebelum apa-apa tindakan lain dirancang
untuk membantu guru-guru. Dalam era maklumat hari ini, maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan tekanan dan strategi menangani tekanan mudah sampai ke pengetahuan
guru dengan pelbagai cara. Kajian ini akan cuba memokus kepada persoalan sejauh
manakah pengetahuan guru-guru tentang strategi menangani tekanan semasa waktu
persekolahan dan juga pandangan mereka terhadap strategi-strategi tersebut.
1.3 Tujuan Kajian
Secara umum kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang pengetahuan serta pandangan
guru-guru sekolah menengah Zon A di Bahagian Kuching/Samarahan tentang pelbagai
strategi menangani tekanan yang mereka alami semasa waktu persekolahan. Pengetahuan
tentang sesuatu perkara yang menjadi lumrah kehidupan seperti perkara yang berkaitan
dengan tekanan boleh diperolehi dengan pelbagai cara, iaitu daripada pengalaman yang
dilalui, pembacaan dan pendengaran daripada pelbagai sumber.
Objektif-objektif kajian ini adalah seperti berikut :
(a) Mengenalpasti pengetahuan guru-guru tentang strategi menangani tekanan
semasa waktu persekolahan;
(b) Mengenalpasti pandangan guru-guru terhadap strategi menangani tekanan
semasa waktu persekolahan; dan

También podría gustarte