Está en la página 1de 24

NOTA KEUSAHAWANAN DAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Nama Kursus:

Kursus Pembangunan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) bagi Gred DG41
1. KEUSAHAWAN Pengenalan Keusahawanan merupakan proses penerokaan peluang-peluang baharu yang melibatkan penggunaan serta penggabung jalinan sumber sedia ada secara optimum. Dalam era globalisasi dan pembangunan teknologi yang pesat, keusahawanan amat penting dalam pertumbuhan ekonomi, peningkatan produktiviti, pengurusan alaf baharu, menjana inovasi serta mewujudkan idea dan peluang-peluang baharu. Keusahawanan sebenarnya tidak terhad hanya kepada ahli perniagaan sahaja. Setiap individu termasuk guru mendapat manfaat sekiranya mempunyai sifat keusahawanan yang tinggi.

Definisi

Keusahawanan ditakrifkan sebagai sifat, nilai, pengetahuan dan kemahiran tertentu yang dimiliki oleh individu untuk membolehkannya mampu dan cekap untuk meneroka peluang-peluang baharu, peka kepada perubahan, mengambil risiko dan berupaya untuk menterjemahkan idea kepada strategi serta menjadikannya satu reality (Harvard Business Review, 2013). Keusahawanan dalam bidang pendidikan turut melibatkan kreativiti dan inovasi dalam aktiviti yang dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian murid.

Keusahawanan Dalam Pendidikan Profesion sebagai guru memberikan faedah secara nyata mahupun abstrak. Selain daripada memenuhi keperluan material, kerjaya guru memberikan mereka tempat dalam masyarakat, perasaan nilai kendiri yang tinggi di samping dapat memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Amat sedikit sekali bilangan guru yang melihat profesion keguruan dari sudut kewangan semata-mata. Selalunya guru meletakkan nilai yang tinggi kepada manfaat 1

dalam bentuk abstrak yang didapati daripada profesionnya. Guru yang mengganggap mereka hanya makan gaji sahaja akan bersikap seperti seorang pekerja di sesebuah syarikat. Guru seperti ini akan melihat dirinya bekerja untuk sekolah dan bergantung kepada pentadbir sekolah untuk menentukan masa depan kerjayanya sekiranya ada sebarang peluang peningkatan kerjaya dan pembangunan kompetensi. Melalui pendekatan sebegini, guru secara tidak langsung memberikan kuasa kepada pentadbir sekolah untuk menentukan masa depan kerjayanya. Sekiranya guru yang mengambil pendekatan keusahawanan, mereka akan berfikir seperti seorang pemilik perniagaan yang mempunyai produk untuk dipasarkan iaitu kemahiran yang dimilikinya. Guru ini akan menganggap diri mereka bekerja sendiri dan rasa bertanggungjawab terhadap prestasi murid dan sekolah, peningkatan kerjaya dan pembangunan profesionalismenya. Guru yang mempunyai sifat keusahawanan yang tinggi akan sentiasa berfikir, dengan menggunakan sumber sedia ada di sekelilingnya, untuk berusaha meningkatkan prestasi diri, murid mahupun sekolah. Guru yang mempunyai keusahawanan yang tinggi juga membina hubungan sama ada di dalam dan di luar ruang lingkup organisasinya.

Keusahawanan yang dipamerkan oleh guru termasuk dalam kategori Keusahawanan Sosial. Usahawan sosial (social entrepreneur) merupakan individu yang berusaha menyelesaikan sesuatu masalah atau isu sosial secara inovatif. Mereka ialah agen perubahan, berwawasan dan prihatin dalam merealisasikan visi mereka. Ini menunjukkan bahawa sesiapa juga mampu melaksanakan perubahan jika mereka tahu bagaimana menukar idea kepada tindakan.

Ciri-ciri Keusahawanan Terdapat beberapa ciri-ciri keusahawanan yang telah dikenalpasti untuk membina sifat keusahawanan yang berjaya dan berdaya saing, iaitu:

1. Inisiatif dan bertanggungjawab 2. Komitmen yang tinggi 3. Kreatif dan Inovatif 4. Keyakinan dan optimistik 5. Berdikari (Independent)

6. Semangat berpasukan (Team Building) 7. Tahap tenaga yang tinggi (High level of Energy) 8. Fleksibel 9. Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback) 10. Orentasi Peluang (Opportunity Orientation) 11. Mengambil Risiko Secara Sederhana (Moderate Risk Taker) 12. Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising) 13. Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve) 14. Kebolehan menentukan Visi (Ability to Set Vision) 15. Kawalan Fokus Dalaman (Internal Locus of Control) Kemahiran Keusahawanan Kemahiran keusahawanan mempunyai empat tahap seperti berikut:

a. b. c. d.

Kebolehan mengenal pasti peluang Kebolehan merangka perancangan Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang Kebolehan melaksanakan kerja secara kendiri (berdikari)

Oleh kerana keusahawanan sering kali dikaitkan sebagai aktiviti sosial, dan bukan hanya terhad kepada aktiviti individu, terdapat beberapa kemahiran tambahan yang telah dikenal pasti oleh para penyelidik seperti berikut:

1. Kemahiran interpersonal Pengaruh (influence) 2. Kemahiran Runding cara (negotiations) 3. Kemahiran Kerja Berpasukan
2. ICT DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ialah pelbagai jenis peralatan teknologi dan sumber yang digunakan untuk mewujud, menyebar, menyimpan, mengumpul, dan mengurus maklumat dan berkomunikasi. Teknologi yang dimaksudkan merangkumi komputer, Internet, teknologi penyiaran dan transmisi.

ICT Dalam Pendidikan ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pembelajaran sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam PdP membolehkan aktiviti PdP dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan murid.

Definisi ICT dalam Pendidikan

Dalam konteks pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk menyelesaikan masalah PdP dan pengurusan dan pentadbiran (PdT) sekolah dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan peralatan dan bahan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet (e-mel, forum, portal, laman wab), video telesidang atau instruksi berasaskan komputer. Literasi ICT seperti kebolehan mengakses, mencari, memilih, menilai, menstruktur, membina dan menyusun maklumat untuk tujuan PdP merupakan kemahiran yang perlu ada pada semua guru dalam Zaman Maklumat ini. (Yusup Hashim & Razmah Man, 2006).

Perkembangan ICT Dalam Pendidikan

Penggunaan komputer dalam pendidikan bermula pada tahun 1987 apabila Lembaga Peperiksaan (LP) menggunakan teknologi komputer dalam urusan pemprosesan data peperiksaan. Menyedari bahawa pendedahan awal kepada ICT akan menyediakan generasi muda dengan nilai tambah kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi ledakan maklumat serta mengharungi arus globalisasi, ICT dijadikan mata pelajaran di sekolah pada tahun 1990-an.

Dasar Wawasan 2020 telah memacu penggunaan ICT dengan meluas dalam pendidikan negara melalui pelancaran projek Koridor Raya Multimedia pada tahun 1997 melalui Projek Sekolah 4

Bestari. Pelbagai usaha membudayakan ICT juga telah diperkenalkan di sekolah bagi merapatkan jurang digital yang dihadapi oleh negara berbanding negara maju. Projek Makmal Komputer yang dilengkapi dengan komputer terkini beserta kemudahan LAN dan Internet mula dilaksanakan pada tahun 1999.

KPM telah melancarkan program pembestarian sekolah bagi tujuan melengkapkan murid dengan Kemahiran Abad Ke-21 yang menekankan penggunaan ICT sebagai pemangkin. Sejajar dengan program pembestarian ini, penyediaan capaian Internet jalur lebar melalui Projek SchoolNet dilaksanakan untuk semua sekolah di seluruh negara. Bagi membudayakan ICT di sekolah dan meningkatkan penggunaan komputer oleh murid, Projek Pusat Akses Sekolah (PuAS) diperkenalkan pada tahun 2006. KPM juga telah menambahbaik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dengan pelaksanaan WebTV KPM atau lebih dikenali sebagai eduWebTV pada tahun 2008. Ia merupakan sumber pendidikan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan PdP dalam bentuk audio-visual kepada murid dan guru terutamanya di kawasan pedalaman.

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) digubal untuk memastikan kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan generasi berilmu yang berupaya menyumbang ke arah pembangunan negara.

Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terkandung dalam DPK menyatakan ICT sebagai faktor penting untuk membantu pencapaian pembangunan pendidikan dan seharusnya diintegrasikan dalam P&P serta pengurusan pendidikan. Pernyataan dasar ini meliputi perkara berikut:

ICT untuk semua murid ICT sebagai alat P&P, sebagai komponen mata pelajaran dan sebagai mata pelajaran ICT digunakan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
5

sistem pengurusan
Pembangunan ICT Dalam Pendidikan di Malaysia bermatlamat untuk:

meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT memperluas kurikulum berasaskan ICT meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT menekankan pengintegrasian ICT dalalm PdP meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan murid, tenaga pengajar, dan personel KPM meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT Dalam Pendidikan

Kemahiran ICT

Kemahiran ICT yang diperlukan oleh guru / setiap individu adalah berbeza. Ini bergantung kepada keperluan tugas, organisasi, minat dan kecenderungan individu.

Dalam alam pendidikan, kemahiran mengguna aplikasi pemprosesan perkataan seperti Words, aplikasi paparan seperti Excel, aplikasi penyampaian seperti Powerpoint, kemahiran mencari maklumat, dan kemahiran mengolah data yang diperoleh menjadi satu kemahiran asas untuk semua. Pengkhususan selanjutnya bergantung kepada keperluan tugas individu. Contohnya:

Guru perlu tahu bagaimana berkomunikasi melalui e-mel, serta mengintegrasikan ICT sebagai satu bentuk sumber pendidikan dalam PdP. Guru Pendidikan Seni boleh mencuba perisian melukis dan diikuti dengan
6

perisian untuk animasi. Pentadbir sekolah perlu tahu bagaimana menggunakan ICT untuk memudahkan kerja pentadbiran, meiningkatkan keberkesanan kerja dan mewujudkan saluran komunikasi dengan guru dan agensi luar dengan menggunakan e-mel. Guru Penyelaras Bestari / ICT perlu tahu menyenggara komputer, memasang dan mengurus rangkaian setempat dan lain-lain. Guru Perpustakaan dan Media perlu meneroka aplikasi atau perisian terkini yang boleh dicadangkan kepada guru untuk disesuai dan diintegrasikan dalam PdP.

Kaedah Meningkatkan Kemahiran ICT

Terdapat pelbagai kaedah dan saluran untuk meningkatkan kemahiran ICT, antaranya:

Menghadiri kursus atau latihan yang dianjurkan oleh KPM atau pihak luar Menghadiri latihan dalaman sekolah Meneroka sendiri melalui web atau e-pembelajaran Belajar sambil bekerja (On-the-job training) Melalui rakan sejawat Mengajar

Peningkatan kemahiran bermula dengan minat, kesedaran, keperluan dan motivasi untuk belajar yang akan menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran individu. Selepas mengikuti latihan kemahiran, individu mesti menggunakan kemahiran yang diperoleh dalam menjalankan tugas harian. Secara tidak langsung, seseorang itu akan memperoleh lebih banyak kemahiran. Kemahiran ini juga boleh dipindah ke penggunaan program yang baharu.

Latihan secara tidak formal seperti on-the-job training dan aplikasi perisian dalam kerja memainkan peranan yang penting dalam peningkatan kemahiran ICT individu. Perkongsian pengalaman dan mengajar orang lain pula merupakan cara terbaik untuk mendalami kefahaman 7

berkaitan kemahiran yang diperoleh.

Sumber Pendidikan Digital

Bahan sumber digital terdiri daripada bahan berasaskan Internet, CD-ROM, video dan audio. Sumber pendidikan digital boleh digunakan untuk tujuan pemulihan, rujukan dan pengayaan.

Sumber digital mudah diguna, disesuai, diperbanyak dan diedarkan dengan serta merta. Guru dan murid perlu mempunyai kemahiran mencari, memilih, memproses dan menggunakan maklumat dan bahan digital.

Dalam Internet, terdapat tiga sumber pendidikan digital, iaitu:

1. Laman web
Bahan sumber dimuatkan dalam pelayan (server) dan disusun mengikut indeks, Bahan ini boleh dimuat turun dengan menggunakan enjin carian maklumat seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.

2. Portal
Portal ialah pusat sehenti (one-stop centre) yang digunakan untuk mendapatkan maklumat khusus contohnya berkaitan pendidikan, ekonomi, alam sekitar, perkhidmatan seperti berita, forum, dan sebagainya. Portal atau gerbang pendidikan merupakan trenda pendidikan terkini yang deharusnya dimanfaatkan oleh semua pihak.

3. Pembelajaran Dalam Talian


Pembelajaran Dalam talian (Online learning) merupakan kaedah pembelajaran yang membolehkan pengguna untuk belajar di mana-mana pada bila-bila masa melalui

komputer dan Internet.

4. Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment - VLE)


Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) atau platform pembelajaran ialah sistem epembelajaran berasaskan web yang menyediakan akses kepada bilik darjah, kandungan PdP, pentaksiran, tugasan, sumber pendidikan dan pautan pendidikan, secara maya. VLE juga menyediakan ruang sosial yang digunakan oleh guru dan murid berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Selain daripada pembelajaran secara jarak jauh, VLE boleh diintegrasikan dalam persekitaran pebelajaran secara fizikal yang selalunya dirujuk sebagai pembelajaran (blended learning)

5. CD-ROM / VCD / DVD / CD Audio


Sumber pendidikan digital bagi PdP selain daripada Internet ialah CD-ROM / VCD / DVD / CD Audio. Bahan ini terdiri daripada perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat. Ianya bertujuan untuk membolehkan penggunakan menjalankan pembelajaran kendiri dan mencari maklumat.

Kemahiran Abad Ke-21

Pakar pendidikan di kebanyakan negara menyedari hakikat bahawa kanak-kanak memerlukan kemahiran yang lebih daripada 3M (menulis, membaca, mengira) setelah mereka menamatkan alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi semakin penting.

Komponen Kemahiran Abad Ke-21

Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja secara berpasukan. Kurikulum sekolah rendah dan menengah yang dikaji semula akan memastikan keseimbangan pengetahuan yang penting dengan kemahiran berfikir, dan nilai untuk memastikan kejayaan murid pada masa akan datang.

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan ICT

Terdapat beberapa strategi pengajaran yang boleh diguna pakai oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran ICT akan menjadi lebih berkesan

10

dengan menggunakan strategi berikut:

1. Pembelajaran Kendiri Pembelajaran kendiri ini terdiri daripada empat pendekatan iaitu Terarah Kendiri (SelfDirected), Kadar Kendiri (Self-Paced), Akses Kendiri (Self-Accessed) dan Pentaksiran Kendiri (Self-Assessed) yang lebih berfokuskan kepada pembelajaran berpusatkan murid. Dengan adanya ICT, konsep pembelajaran ini menjadi lebih mudah untuk direalisasikan. Sebagai contoh melalui penggunaan perisian kursus dengan terarah kendiri, murid boleh menentukan apa yang hendak dipelajari mengikut kadar kemampuan sendiri, mampu mengakses sendiri, malah dapat mentaksir pembelajaran sendiri. Strategi ini membolehkan murid menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran, lebih yakin dan tekun untuk mencapai standard kurikulum.

2. Kolaboratif Pembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan yang mementingkan kerjasama dan mengkehendaki murid menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. Dalam ICT, pendekatan ini boleh dilaksanakan dengan guru memberi tugasan kepada kumpulan-kumpulan yang telah dikenalpasti. Murid boleh menggunakan emel untuk bertukar-tukar bahan dan menggunakan perisian persembahan untuk mempersembahkan hasil kerja mereka. Semua ahli kumpulan akan menyumbang dengan aktifnya pengetahuan, pendapat, kemahiran dan menyelesaikan masalah bersama.

3. Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu model aktiviti bilik darjah yang berbeza dari kebiasaan. Pendekatan aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang panjang, menginterasikan pelbagai disiplin ilmu, berpusatkan murid dan menghubungkaitkan pengamalan kehidupan sebenar. Projek ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau siasatan yang teratur yang menjurus kepada matlamat yang spesifik. Murid berupaya belajar menggunakan ICT semasa proses menyediakan projek dan murid juga boleh meneroka atau membuat kajian terhadap projek dengan menggunakan ICT.

4. Inkuiri-Penemuan Pendekatan Inkuiri-Penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara amnya membawa maksud maklumat, menyoal dan 11

menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti seperti eksperimen, murid akan mengkaji sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian akan membimbing murid untuk memahami konsep melalui hasil inkuiri.

Penggunaan ICT dalam Inkuiri-Penemuan berlaku apabila perisian kursus digunakan oleh murid untuk mencuba atau melaksana ekperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilaksanakan dengan cara biasa. Dengan menggunakan perisian aplikasi, murid juga dapat mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. Selain itu, demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid boleh juga dilihat dengan mengunakan perisian 3D Modeling.

5. Penyelesaian Masalah Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu kaedah pembelajaran berasaskan masalah sebenar dan murid dapat menyelesaikan masalah dengan keupayaan mereka sendiri. Kaedah ini boleh dijalankan secara kolaboratif dan berpusatkan murid. Murid perlu kenal pasti masalah, cari kaedah penyelesaian, laksanakan operasi penyelesaian masalah dan menilai kaedah penyelesaian masalah yang digunakan. Dalam konteks ICT, kaedah ini akan melibatkan murid untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, murid ingin menyiapkan sesuatu tugasan yang memerlukannya memasukkan imej. Murid dapati imej yang diperlukan tidak ada dalam komputernya. Maka untuk mengatasi masalah itu, murid hendaklah berbincang dengan rakan bagi mencari penyelesaiannya. Guru berperanan sebagai fasilitator dengan memberi panduan kepada murid dalam proses penyelesaian sesuatu masalah pada peringkat awal.

6. Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pendekatan ini murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Sumber-sumber ICT seperti penggunaan papan putih interaktif, tayangan video, perisian kursus, permainan komputer pendidikan dan bahan-bahan Internet yang terpilih dapat membantu murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang spesifik.

12

7. Konstruktivisme Pembelajaran secara konstruktivisme ialah satu kaedah dimana murid dapat membina sendiri pengetahuan atau konsep baru secara aktif berdasarkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman yang telah diperolehi dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui pembelajaran konstruktivisme murid menjadi lebih kreatif dan inovatif. Murid gunakan TMK untuk mendapatkan data, maklumat dan pengetahuan.

8. Pembelajaran Penerokaan Pembelajaran Penerokaan membolehkan murid belajar melalui penerokaan berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Murid secara aktif mencari dan mengakses maklumat dalam mencapai objektif pembelajaran mereka dalam konteks yang terkawal. Sehubungan itu, ICT merupakan alat yang paling berkesan dalam menterjemahkan konsep pembelajaran penerokaan memandangkan ianya dapat mencapai maklumat dan pengetahuan dengan cepat bagi membolehkan murid menganalisis dan memproses maklumat yang diingini dalam situasi pembelajaran yang berbentuk penyelesaian masalah, kajian masa depan dan simulasi.

Perkembangan Terkini

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada abad ke-21 seperti Web 2.0 membenarkan pengguna berinteraksi dan berkolaboratif sesama sendiri melalui platform media sosial. Pengguna boleh mencipta kandungan baharu sebagai pencipta yang aktif dalam komuniti maya berbanding sebagai pengguna laman web yang hanya melihat kandungan secara pasif. Aplikasi Web 2.0 merangkumi laman media sosial, blog, wiki, laman perkongsian video dan sebagainya.

Pengenalan

Globalisasi dan perubahan teknologi yang pesat telah mewujudkan ekonomi baharu yang dipacu oleh pengetahuan. Sehubungan itu, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications Technology - ICT) telah menjadi pengupaya penting ekonomi berasaskan 13

pengetahuan bagi kebanyakan negara. Kerajaan di seluruh dunia sememangnya mengakui kesan positif ICT terhadap pembangunan sosial dan ekonomi masyarakatnya. Justeru, semakin banyak kerajaan telah mula membuat pelaburan yang ketara dalam ICT untuk membangunkan modal insan agar mereka mampu menangani cabaran dalam era digital dan maklumat.

Pelaksanaan ICT dalam Pendidikan Melalui Penubuhan Sekolah Bestari dan Konsep Pembestarian Sekolah

ICT dalam Pendidikan bermula dengan pelancaran Aplikasi Perdana Sekolah Bestari, iaitu salah satu daripada tujuh aplikasi utama dalam Koridor Raya Multimedia (MSC), pada tahun 1997, oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sekolah Bestari merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PDP) serta pengurusan sekolah melalui penggunaan teknologi pendidikan termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai dengan perkembangan semasa yang bertujuan meningkatkan minat, kreativiti, pengetahuan dan kemahiran murid.

Komponen Sekolah Bestari

Pengajaran dan Pembelajaran


P&P Sekolah Bestari, jantung atau nadi sekolah adalah berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, bahan P&P dan pentaksiran untuk membantu murid belajar dengan cekap dan berkesan.

14

Komponen Sekolah Bestari

Pengurusan dan Pentadbiran


Pengurusan dan pentadbiran sekolah berbantukan teknologi sebagai pemandu atau pemacu pengoperasian Sekolah Bestari memastikan pengurusan yang cekap dan berkesan di sekolah.

Modal Insan, Kemahiran dan Tanggungjawab


Modal insan yakni guru, pentadbir dan staf sokongan, ibu bapa, komuniti serta agensi swasta memainkan peranan secara aktif untuk membangun profesionalisme dan pengetahuan warga sekolah demi peningkatan prestasi sekolah.

Proses
Sekolah Bestari dibekalkan dengan pelbagai sumber (input) untuk menjana keberhasilan (outcomes) yang dikehendakki.

Teknologi
Teknologi digunakan sebagai pengupaya dalam P&P, pengurusan dan pentadbiran serta

15

komunikasi dengan pihak luar.

Dasar
Dasar diwujudkan untuk keperluan Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah.

Ciri-Ciri Sekolah Bestari

Ciri-ciri Sekolah Bestari adalah seperti berikut:

Guru berperanan sebagai pemudah cara atau fasilitator Murid belajar secara akses kendiri, terarah kendiri, dan kadar kendiri menjurus kepada pembelajaran sepanjang hayat Pengajaran dan pembelajaran (PdP) menarik, berkesan dan berpusatkan murid Sekolah membudayakan penggunaan ICT dalam pengurusan dan PdP Sekolah mewujudkan rangkaian dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak

Pembestarian Sekolah

Pembestarian Sekolah ialah proses memperluaskan konsep Sekolah Bestari ke semua sekolah dengan mengambil kira manfaat (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedang dilaksanakan oleh KPM. Proses ini dijalankan secara berterusan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah serta PDP secara interaktif berasaskan ICT.

Pembestarian Sekolah telah memanfaatkan (leveraging) semua inisiatif ICT yang telah dan sedang dijalankan oleh KPM seperti Projek SchoolNet, Projek Makmal Pengkomputeran, Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), TV Pendidikan melalui web (EduWebTV), Pusat Akses Sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain inisiatif.
Matlamat Pembestarian Sekolah adalah seperti berikut:

Meningkatkan kadar pembelajaran berpusatkan murid


16

Membangunkan modal insan yang berkemahiran ICT untuk memenuhi keperluan masa hadapan; Menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Tahap Bestari Sekolah diukur berasaskan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator) melalui aplikasi Smart School Qualification Standards (SSQS). Empat (4) bidang utama SSQS ialah modal insan (pembangunan kompetensi ICT pentadbir, guru dan murid), penggunaan ICT (integrasi ICT dalam pengurusan serta PDP), aplikasi (sistem yang digunakan di sekolah) dan infrastruktur (teknologi sedia ada di sekolah).
Fokus Dan Hala Tuju Pembestarian Sekolah

Fokus dan hala tuju Pembestarian Sekolah dilaksanakan berpandukan kepada beberapa dasar pendidikan seperti berikut: 1. Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) digubal untuk memastikan kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan generasi berilmu yang berupaya menyumbang ke arah pembangunan negara. Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terkandung dalam DPK menyatakan bahawa ICT sebagai faktor penting untuk membantu pencapaian pembangunan pendidikan dan seharusnya diintegrasikan dalam P&P serta pengurusan pendidikan. Pernyataan dasar ini meliputi perkara berikut: ICT untuk semua murid ICT sebagai alat P&P, sebagai komponen mata pelajaran dan sebagai mata pelajaran ICT digunakan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan

2. Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pendidikan


17

Dasar ICT dalam Pendidikan yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada 12 Oktober 2010 menyarankan kerangka untuk menyusun transformasi sistem pendidikan negara melalui penggunaan ICT di sekolah, penglibatan dan kerjasama kelompok pakar, perkongsian dengan sektor awam dan swasta serta penglibatan komuniti.

Matlamat Dasar ICT dalam Pendidikan adalah untuk melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru bagi menjana kekayaan negara.

Asas-asas Dasar ICT dalam Pendidikan melibatlkan perkara berikut:

Pembangunan modal insan secara berterusan selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21, Penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk mengintegrasikan inisiatif ICT sedia ada dalam pendidikan, dan Transformasi proses P&P dan pengurusan pendidikan di sekolah melalui penggunaan teknologi sebagai pengupaya.

3. Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020 Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011- 2020 digunapakai sementara menantikan blueprint Hala Tuju dan Transformasi Pendidikan Negara yang sedang dibangunkan siap sepenuhnya. Pelan Strategik ini merangkumi 14 inisiatif strategik atau teras strategik untuk mencapai visi dan misi KPM. Bagi memastikan matlamat ini dicapai, dua (2) pendekatan utama dalam Pelan Strategik telah dikenal pasti iaitu: Pemantapan pengupaya inisiatif sedia ada untuk memacu perubahan dalam sistem pendidikan Pembaharuan dan kecemerlangan lonjakan dimensi-dimensi baharu bagi mencapai

KPM berpandangan bahawa penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam bidang pentadbiran dan

18

pengurusan sekolah dan institusi pendidikan adalah prasyarat bagi Malaysia untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi. Juteru, keperluan mewujudkan ruang belajar baru, iaitu ruang belajar maya perlu ditekankan. Pembelajaran Maya ialah pembelajaran secara online yang diperoleh pada bila-bila masa di mana juga (ubiquitous learning). Pembelajaran bentuk ini menggalakkan semua guru dan murid menggunakan teknologi berasaskan web untuk mengajar dan belajar. Fokus utama e-pembelajaran ialah murid perlu berdikari dan bertanggungjawab ke atas pembelajarannya. Suasana e-pembelajaran mendorong murid memainkan peranan lebih aktif dalam pembelajarannya.

4. Pelan Strategik ICT KPM 2011-2015 KPM melihat ICT sebagai wadah yang menyumbang kepada pembangunan modal insan supaya dapat merancakkan lagi kemajuan negara. Selain daripada keperihatinan KPM berkaitan ekuiti dan akses, ICT merupakan wahana kepada penyampaian dan penerimaan maklumat secara pantas dan penyediaan kaedah yang lebih cekap dan berkesan dalam pelaksanaan tugas. ICT juga dapat menyediakan persekitaran P&P yang dinamik, mengurangkan jurang digital dan menyediakan peluang pendidikan untuk semua. ICT Dalam pendidikan akan mengukuhkan lagi kapasiti sumber manusia, menggalakkan kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis san pembuatan keputusan yang secara langsung akan membina keupayaan individu untuk mengenal pasti kemampuan dirinya dalam ekonomi berasaskan teknologi. Penggunaan meluas ICT dalam pendidikan juga akan mengoptimumkan pengurusan dan pengoperasian KPM dalam usaha menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat Malaysia. Pelan Strategik ICT KPM dirangka untuk tempoh lima tahun (2011-2015) berteraskan kepada lima inisiatif yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) dan ke arah melaksanakan perancangan pendidikan yang telah digariskan dalam Bidang Keberhasilan Utama (National Key Result Area NKRA). Program dan aktiviti ICT akan berdasarkan skop Projek Perkhidmatan 1BestariNet.

19

Lima Inisiatif Utama Pelan Strategik KPM 2011-2015

5. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025) Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberikan impak kepada sekurangkurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, seperti akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Anjakan khusus untuk ICT dalam Pendidikan termaktub dalam Anjakan ke-7 iaitu Memanfaatkan ICt Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia. Fokus anjakan ini mencakupi perkara berikut:

Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui

20

1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013 Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013 Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus

Status Semasa Pelaksanaan Pembestarian Sekolah Beberapa inisiatif ICT baharu KPM sedang rancak dilaksanakan di seluruh negara. Kesemua inisiatif ini merupakan lonjakan perdana Pembestarian Sekolah dalam Fasa Kestabilan dan Kelestarian menjelang 2020. 1. Perkhidmatan 1BestariNet 1BestariNet merupakan perkhidmatan rangkaian End To End(E2E) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran bagi 10,000 sekolah di Malaysia. Perkhidmatan yang dilaksanakan di bawah projek 1BestariNet KPM adalah seperti berikut: Capaian Lebar Jalur 2 sehingga 4 Mbps setahun Capaian Lebar Jalur 4 sehingga 10 Mbps setahun Capaian Labar Jalur sehingga 50 Mbps setahun (hanya di BTP sahaja 1 lokasi) Persekitaran Pembelajaran Maya (PPM) Penyenggaraan Aplikasi PPM Perkhidmatan Keselamatan Terurus Perkhidmatan Hosting Terurus Project Management Office

2. Persekitaran Pembelajaran Maya (PPM) Persekitaran Pembelajaran Maya (PPM) atau Virtual Learning Environment (VLE)
21

mengupayakan PdP di mana-mana dan pada bila-bila masa. pembelajaran yang mantap ini:

Pelantar

Berupaya membantu KPM melaksanakan student profiling bagi tujuan psikometrik Berupaya menjadi pelantar perkongsian dan kolaborasi PdP Mengupayakan guru untuk membangunkan objek pembelajaran yang interaktif Mempunyai keupayaan antaramuka perisian aplikasi atau application programming interface (API) bagi pengintegrasian dengan aplikasi KPM sedia ada Keserasian dengan piawaian teknologi e-pembelajaran

3. Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA). 4. Makmal Bahasa
Dasar MBMMBI ialah satu dasar yang penting dan berhasrat untuk melahirkan warga Malaysia yang petah berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Oleh itu, pelaksanaan dasar dasar ini bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris standard dalam komunikasi, urusan rasmi, penerokaan ilmu, dan alam kerjaya. Tumpuan juga diberi dalam pembinaan modal insan yang berminda kritis, kreatif dan inovatif serta mampu mengakses pelbagai media seperti teknologi maklumat dan komunikasi. Individu ini akan mempunyai jati diri yang kuat, progresif, dinamik dan mampu bersaing pada peringkat antarabangsa ke arah mencapai negara maju.

22

5. Penggunaan MBMMBI Bahan CD digital MBMMBI dibekalkan di sekolah rendah dan juga sekolah menengah bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digunakan semasa PDP di dalam bilik darjah. Sementara Perisian Makmal Bahasa MBMMBI dibekalkan di sekolah yang mempunyai makmal bahasa yang lebih menekankan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

6. Hala Tuju Pembestarian Sekolah Bagi menghadapi pembelajaran abad ke-21, kemahiran spesifik perlu dikuasai melaui PDP berteraskan pengetahuan kandungan, kepakaran dan literasi ICT dengan sokongan sistem inovatif. Justeru Pembestarian Sekolah ialah satu usaha berterusan KPM untuk melengkapkan generasi muda dengan kemahiran abad ke-21 supaya mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan, dan berfungsi sebagai k-workers bagi menjana ekonomi berasaskan pengetahuan. Dengan itu, kelestarian Pembestarian Sekolah amat bergantung kepada usaha-usaha berikut:

Menyediakan infrastruktur ICT yang terkini dan sesuai dengan tujuan PDP Memastikan capaian internet tersedia untuk semua sekolah Bahan sumber pembelajaran tersedia untuk guru dan murid Pembelajaran sepanjang hayat dan ubiquitous diutamakan dalam sekolah dan luar sekolah Membangun modal insan yang holistik, berpengetahuan serta berfikiran, kreatif, kritis dan berinovatif Menanda aras amalan terbaik peringkat antarabangsa untuk melonjak kecemerlangan pembestarian

23

Penutup

KPM akan terus berusaha menjadikan ICT sebagai alat / sumber pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pengurusan sistem pendidikan negara. Perancangan rapi yang diikuti dengan strategi pelaksanaan yang utuh dan bersepadu diharap dapat memastikan aspirasi ini dapat dicapai bagi merealisasikan matlamat untuk melahirkan warganegara yang seimbang dari segi rohani dan jasmani, berpengetahuan dan berkemahiran menggunakan ICT.

Pembestarian Sekolah ialah satu usaha berterusan KPM untuk menyediakan generasi muda dengan kemahiran abad ke-21 supaya mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan dan seterusnya menyediakan k-workers bagi menjana ekonomi berasaskan pengetahuan. Kelestarian (sustainability) Pembestarian Sekolah amat bergantung kepada sokongan, sumbangan serta komitmen semua pihak.

Disusun oleh: Fadzliaton binti Zainudin Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Jun 2013

24

También podría gustarte