Está en la página 1de 7

A.9.

1 ‫ﺗﺤﻘﻴﻖ ﻣﻌﻨﻰ اﻟﺸﻬﺎدﺗﻴﻦ‬


Makna tajuk: Menentukan hakikat makna shahadatain

Pengenalan:
Tajuk ini memfokuskan tentang hubungan manusia dengan Allah.
Terdapat tiga cara bagaimana perhubungan manusia dengan Allah. Kesemua
hubungan ini sebenarnya merupakan suatu ibadah kepada Allah.

‫اﷲ‬

‫اﻟﺘﺠﺎر‬ ‫اﻟﻤﺤﺒﻪ‬
‫اﻟﻌﻤﻞ‬

‫اﻟﻤﺆﻣﻦ‬

Penerangan:

1) ‫اﻟﻤﺤﺒﻪ‬
Al-Mahabbah (kecintaan)

Firman Allah di dalam Al-Quran:

Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan


selain Allah; mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun orang-
orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan seandainya orang-orang yang
berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa
kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya
(nescaya mereka menyesal)
(Al-Baqarah : 165)
Dalam ayat diatas, Allah ada menyebutkan perkataan ‘kahubb’ (‫) آﺤﺐ‬.
Suku kata ‘ka’ di dalam perkataan ‘kahubb’ ini membawa indikasi meletakkan
sesuatu sama taraf dengan Allah s.w.t. Jika kita rujuk dalam bahasa Arab, salah
satu makna perkataan ‘hubb’ (cinta) adalah ‘dhal’ (blind) dan implikasi daripada
‘hub’ ini timbulnya ‘ ‘asyaq’ (asyik / angau). Ini selari dengan konsep Ilah yang
merangkumi tiga aspek iaitu ‘sakana’ (ketenangan), ‘istijariah’(perlindungan),
dan ‘isytaq’ yang berasal dari ‘asyaq’ (asyik). Cuba kita perhatikan diri kita
sendiri, dari rasa ‘hubb’ (cinta) kita kepada seseorang, kita akan sanggup
berkorban, cuba untuk membuatkan orang itu gembira serta menunaikan
haknya. Perasaan sebegini semestinya ditujukan kepada Allah dahulu, baru
kepada perkara-perkara yang lain. Jika kita membuat sesuatu dengan niat untuk
menggembirakan Allah dan seseorang (kedua-duanya serentak), itu adalah salah
kerana telah menyamaratakan Allah dengan seseorang. Kesannya ia boleh
membawa kepada syirik. Dalam apa jua hal dan keadaan, kita mestilah
mendahulukan niat untuk mencapai redha Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut
nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-
ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka
bertawakkal.
(Al-Anfal : 2)

Dalam ayat diatas Allah s.w.t menerangkan antara sifat-sifat orang yang
beriman (orang-orang yang cinta kepadaNya). Perlu diingat, jangan sampaikan
kita terasa gementar apabila berhadapan orang-orang yang kita sukai/ cintai,
lebih daripada gementar kita apabila disebutkan nama Allah s.w.t.
2) ‫اﻟﺘﺠﺎرة‬
At-Tijarah (ekonomi/muamalah)

Firman Allah s.w.t:

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan sesuatu perniagaan
yang dapat menyelamatkan kamu dari azab pedih?
(As-Saff: 10)

Ayat ini menunjukkan bahawa manusia juga mempunyai perhubungan


dengan Allah dari segi ekonomi. Manusia sebagai penjual (‫) اﻟﻤﺸﺘﺮي‬manakala
Allah s.w.t pula sebagai pembeli (‫)اﻟﺒﺎﺋﻊ‬. Manusia menjual ‘al-amwal wal-anfus’
iaitu harta dan diri mereka kepada Allah s.w.t. Apa yang dimaksudkan dengan
diri mereka dalam konteks ayat di atas merangkumi ruh, akal dan jasad manusia
yang kesemuanya dipengaruhi oleh ‘al-hawa’ atau nafsu. Allah s.w.t akan
membeli dan membayar kepada manusia dengan ‘al-Jannah wa redha’ iaitu
syurga dan redhaNya. Di sini perlu kita ingat bahawa seseorang hamba tidak
akan masuk syurga melainkan dengan redha Allah taala.

Kesan terunggul daripada hubungan ekonomi/muamalah yang cemerlang


antara manusia dan Allah s.w.t ialah kesanggupan seseorang untuk berjihad
dijalan-Nya. Jihad hanya dapat dilakukan oleh seseorang yang sudah memenuhi
tiga perkara iaitu:

2.1) ‫اﻟﺸﻬﺎدﻩ‬
As-Syahadah

Firman Allah s.w.t:


Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta
ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: Kami
dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya) Dan bertakwalah
kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati)
yang ada di dalam dada.
(Al-Maidah: 7)

Ayat di atas menerangkan bahawa manusia telah membuat perjanjian bahawa


dia akan mendengar dan mentaati segala perintah Allah serta mengikuti ajaran
Nabi dalam segala hal dan keadaan. Begitulah syahadah yang perlu ada dalam
setiap diri kita. Hasil dari ikrar yang lengkap inilah akan wujudnya sistem
hubungan Allah dengan manusia yang diperbincangkan ini. Apabila sempurna
syahadatain seseorang, maka dia harus mengorak langkah yang kedua dalam
mencapai jihad, iaitu ‘Hayatul Mu’min’.

2.2) ‫ﺡﻴﺎﻩ اﻟﻤﺆﻣﻦ‬


Hayatul Mu’min

Firman Allah s.w.t:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam
(turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap
diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan
kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.
Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami
adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
(Al-A’raf:172)

Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menerangkan bahawa setiap jiwa manusia telah
bersaksi akan keesaan Allah s.w.t. Maka kesan dari penyaksian inilah kita perlu
amalkan kehidupan sebagai seorang mu’min yang berpaksikan Allah dalam apa
jua perkara.

Hayatul mu’min merangkumi beberapa komponen utama, iaitu ‘taubah’, ‘ibadah’,


’ruku’, ‘sujud’, ‘amar bil-ma’ruf’, dan ‘nahi bil-munkar’. Hal ini dijelaskan dalam
firman Allah s.w.t.:
Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah),
yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah
berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-
orang mu’min itu.
(At-Taubah: 112)

Berbalik kepada definisi iman, ‘Iman ialah mengakui dengan lidah,


membenarkan dengan hati, dan melakukan dengan perbuatan’. Maka dengan itu,
iman seseorang tidak akan sempurna jika tidak disertakan dengan amalan.
Dalam kata lain, amal ‘ibadah adalah bukti keimanan seseorang kepada ‘al-
Khaliq’ iaitu Penciptanya.

Seorang mu’min itu melakukan sesuatu perkara hanyalah untuk mencari


keredhaan Allah s.w.t., bukannya redha sahabat, teman rapat atau naqeebnya.
Dalam pada itu, perlu diingat bahawa setiap amalan kita, sama ada hal duniawi
mahupun ukhrawi, hendaklah diniatkan ikhlas kerana Allah agar amalan itu
diterima oleh-Nya.

Bilamana seseorang itu berjaya mengamalkan konsep ‘hayatul mu’min’ dalam


segala aspek kehidupannya, maka layaklah baginya untuk melangkah ke tahap
yang lebih tinggi iaitu ‘As-Syahid’.

2.3)‫اﻟﺸﻬﻴﺪ‬
As-Syahid

Firman Allah s.w.t:


Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari
mereka (kaum Yahudi), berkatalah dia: Siapakah penolong-penolongku (dalam
perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?. Orang-orang
"Hawariyyuun" (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: Kamilah penolong-penolong
(Utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah dan saksikanlah (wahai Nabi Allah)
sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).
(Al-Imran: 52)

Firman Allah s.w.t dalam ayat yang lain:

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang
telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara
mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di
antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang
mereka janjikan itu) sedikitpun.
(Al-Ahzab:23)

Manazil atau peringkat dalam point 2.1-2.3 di atas adalah pemahaman yang
perlu ada pada setiap Muslim. Perlu ditegaskan, semua komponen di atas
bukanlah entiti secara terpisah, tetapi perlu dilaksanakan sekaligus. Peringkat-
peringkat ini diterangkan agar kita dapat mengukur kita di peringkat mana dan
kita perlu berusaha melonjakkan diri ke arah peringkat lebih tinggi, bukan
sekadar pasif atau menunggu sempurna sesuatu peringkat, barulah menuju
tingkat seterusnya. Inilah pemahaman yang lebih saheeh sebagai Muslim.

3)‫اﻟﻌﻤﻞ‬
Al-A’mal(Amalan)

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang


diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat
apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui
perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu
apa yang kamu telah kerjakan.
(At-Taubah : 105)

Setiap amal yang manusia kerjakan, dari sekecil-kecil amal hingga sebesar-besar
amal, diperhatikan oleh Allah s.w.t. Walaupun dengan hanya bercakap juga boleh
dikira sebagai amal dengan syarat perkara yang diperkatakan itu adalah untuk
menyeru kepada kebaikan. Urusniaga dengan Allah yang paling utama adalah
jihad. Dalam hal ini komponen hati memainkan peranan yang sangat penting.
Ada pepatah melayu yang berbunyi “Kalau ikut hati, mati”. Ini menunjukkan
apabila seseorang itu sudah mencapai tahap dimana hatinya hanya dipenuhi
dengan cinta kepada Allah s.w.t sahaja, seseorang itu akan sanggup dan sudah
bersedia untuk mati demi Allah s.w.t.

Kesimpulan:

Mengetahui hakikat dan mentahkik makna shahadatain ini amat penting untuk
kita memahami sejauh mana kita telah berinteraksi dengan kalimah yang kita
sebutkan selama ini. Pemahaman dan tadabur yang mendalam pada topik ini
amat penting untuk kita menyiapkan diri kita dengan kekuatan iman dan
tauheed pada Allah untuk bersedia beramal di peringkat lebih besar dan
memahami konsep jihad yang sebenar. Semoga kita mampu menjadi individu
Muslim yang sanggup bekorban hanya kerana Allah.

También podría gustarte